Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Automotif >> Ubahsuai : Kesalahan dan undang2 JPJ
(Pengendali : zacks )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Ubahsuai : Kesalahan dan undang2 JPJ
zacks

1 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 8.23:25 mlm   [Edit]
A'kum...

Berapa ramai antara kita yg melakukan pengubhasuaian terhadap kenderaan masing2 terutamanya motokar tanpa menyedari adanya peruntukan undang2 terhadap larangan,penguatkuasaan dan yg dibolehkan terhadap pengubahsuaian tersebut. Mari kita lihat Akta2 Pengangkutan Jalan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (J.P.J )-Sumber maklumat yg diperolehi adalah tepat dari pihak yg berkenaan


KEPERLUAN UNDANG-UNDANG MENGENAI PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN

Undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya telah ditetapkan di bawah Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - Spt di bawah:


Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Inspection of motor vehicles and information to Director General


(1) The Director General or a Director may at any time before registration of a motor vehicle require the motor vehicle to be brought to any convenient place specified by him and to be inspected and, if necessary, to be weighed and measured and after registration may at any time require a motor vehicle to be brought as aforesaid if he has reason to believe-

(a) that the motor vehicle does not comply with the requirements of this Act;

(b) that any information furnished to him in respect of the motor vehicle is false, incorrect or misleading;

(c) that the motor vehicle is not in a serviceable condition; or

(d) that the weight, dimensions, character, construction, colour, identifying particulars or seating accomodation have been altered after the registration thereof.

(2) The registered owner of a motor vehicle shall forthwith inform the Director of a registration area in writing of any circumstance or event which affects the accuracy of any entry in the register relating to the motor vehicle, and shall at the same time forward or deliver to the Director the registration certificate relating to such motor vehicle.

(2A) The registered owner shall, in the case of a change of chasis of a motor vehicle, obtain the prior approval of the Director General before such change.

(3) The registered owner of a motor vehicle, shall, whenever required by a Director so to do-

(a) forthwith furnish to the Director all such information as he may require for the purpose of verifying the entries relating to such motor vehicle in the register; and
(b) forthwith forward or deliver to the Director the registration certificate relating to such motor vehicle.

(4) After a motor vehicle has been inspected, weighed or measured under subsection (1), or upon receipt of any information or proof furnished in respect of a motor vehicle under subsection (2) or (3), the Director may make such amendments in the register and in the registration certificate relating to such motor vehicle as he may consider necessary, and shall return the registration certificate to the registered owner.

(5) Any person who without reasonable excuse fails to comply with any requirement of the Director General or a Director under subsection (1) or with subsection (2) or (3) shall be guilty of an offence.




PENGUBAHSUAIAN KECIL ATAU PEMASANGAN ALAT KELENGKAPAN TAMBAHAN YANG DIBENARKAN TANPA PERLU MENDAPAT KEBENARAN DARI JPJ

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kesetabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-

-Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang
-Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta
-Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta
-Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu
-Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau mudguard
-Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang
-Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar
-Pemasangan para bumbung
-Pemasangan sun roof di atas bumbung
-Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber)
-Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada
-Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal
Nota: Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa

Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988. Contohnya:-

Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang (Rajah 1 dan Rajah 2)

RAJAH 1




RAJAH 2



Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi (Rajah 3)


RAJAH 3




Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps (Rajah 3) Spt di atas

Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal (Rajah 4)


RAJAH 4




Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan (Rajah 4) - Spt di atas

Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian
Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung







* Mesej ini telah diedit oleh zacks pada 06hb Mac 2003 8.35:03 mlm

IP : 202.184.225.4

zacks

2 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 8.32:46 mlm   [Edit]
w'salam
....

Sambungan


PEMASANGAN ALAT-ALAT KELENGKAPAN TAMBAHAN YANG TIDAK DIBENARKAN

- Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-berjaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta
- Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau
- Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada
- Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta
- Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan. Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa.



JENIS-JENIS PENGUBAHSUAIAN YANG PERLU MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

- Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor
- Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan
- Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible
- Pengubahan ke atas sistem bahanapi
- Pengubahan ke atas sistem brek
- Pengubahan ke atas sistem steering
- Pengubahan ke atas bes roda kenderaan
- Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli
- Penukaran enjin


Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengarah,
Bahagian Kawalselia Teknik,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Petaling Jaya, Jalan Sultan
46620 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.



Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-

- Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti
- Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan
- Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan
- Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.


Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.

IP : 202.184.225.4

lara_aisyah

3 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 8.41:16 mlm   [Edit]
a'kum..

woo.. jejaga org jpj dah sampai

IP : 210.187.30.46

zacks

4 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 8.43:44 mlm   [Edit]
w'salam...


Lara

Tangkap dia ..saman dia..ooo bawak kereta burung unta tanpa kebenaran ya?

IP : 202.184.225.4

lara_aisyah

5 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 8.52:26 mlm   [Edit]
bang zack

hehehe..
wujud ke keta burung unta??
kalo org tunggang brg unta ade ler..
nih dah teringin sgt nak naik brg unta lah ni ye

IP : 210.187.30.46

zacks

6 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 9.04:19 mlm   [Edit]
w'salam...

Lara...ada..ada....bila nak pergi tunggang burung unta ?

IP : 202.184.225.4

lara_aisyah

7 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 9.15:12 mlm   [Edit]

bang zack..

Insya-Allah ade rezeki sampai jugak kiter sumer ke sana nnt

IP : 210.187.30.46

syauqina

8 . Dihantar pada 07hb Mac 2003 07.50:35 pagi   [Edit]
errrrr incik kancil tu ikut spec ke ?

IP : 219.93.8.6

zacks

9 . Dihantar pada 07hb Mac 2003 08.21:15 pagi   [Edit]
w'salam...

lara.....okey...kami senantiasa menunggu perkembangannya dari masa ke semasa......dah ada lesen ke ?

syauqina.....yup...ikut spec....takde ubahsuai apa2....

IP : 202.184.225.4

ikang

10 . Dihantar pada 07hb Mac 2003 11.09:27 pagi   [Edit]
kalau camtuh banyak ler tak lulus keta aku ngan jpj

IP : 161.142.100.81

lara_aisyah

11 . Dihantar pada 07hb Mac 2003 11.17:53 pagi   [Edit]
a'kum..

hehehe..
lara lesen agung

IP : 210.187.30.46

exike

12 . Dihantar pada 07hb Mac 2003 7.06:47 ptg   [Edit]
undang-undang kan dicipta untuk dilanggar...kalau tak takde la undang-undang... tul takk...heheheheh...

>>>sekadar pendapat<<<<

IP : 210.186.52.74

zacks

13 . Dihantar pada 08hb Mac 2003 08.14:40 pagi   [Edit]
w'salam....

Bersua kita sekali lagi...kali ini mari kita lihat spesifikasi no.plat kenderaan pula

SPESIFIKASI NOMBOR PLAT KENDERAAN


SEKSYEN 14 AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987


Hendaklah diperagakan dan disuarkan pada kenderaan motor dan motosikal mengikut cara yang ditetapkan

Tiada apa-apa rekabentuk, perhiasan, lekapan atau tambahan boleh diletak pada sesuatu kenderaan pada mana-mana tempat atau dengan apa cara :-
hingga mungkin mengelirukan atau memperdayakan;

hingga menyebabkan sukar untuk dibaca atau dicamkan nombornya semasa kenderaan sedang bergerak.
Angka atau huruf yang sama bentuk yang boleh disilap tafsir huruf sebagai angka atau angka sebagai huruf yang boleh mengelirukan


(Ringkasan Seksyen 14 APJ)


--------------------------------------------------------------------------------
NOMBOR PLAT MOTOSIKAL :-

* Mesej ini telah diedit oleh zacks pada 08hb Mac 2003 08.22:40 pagi

IP : 202.184.225.4

zacks

14 . Dihantar pada 08hb Mac 2003 08.19:36 pagi   [Edit]
NO PLAT KERETA SEMENANJUNG MALAYSIA




NO PLAT KERETA MALAYSIA TIMUR


IP : 202.184.225.4

syauqina

15 . Dihantar pada 08hb Mac 2003 12.28:59 tghari   [Edit]
aiseh besarnya imej tu ....... byk gak nampak plat tak ikut spec ...

byk tul plat putrajaya

IP : 219.93.8.6

PuRe

16 . Dihantar pada 08hb Mac 2003 9.47:57 mlm   [Edit]
nampak kete staff JPJ pun cam tak lepas dari kesalahan ubahsuai

IP : 161.142.38.204

paksibumi

17 . Dihantar pada 11hb Mac 2003 1.56:21 tghari   [Edit]
citer pasal ubahsuai exzos takde ker tuan rumah??

IP : 202.94.167.134

mizanina

18 . Dihantar pada 14hb Mac 2003 1.42:20 tghari   [Edit]
Assalamualaikum

citer pasal bateri kereta takde ke? pasal enjin keta tak hidup sebab bateri weak ke? dah buat penjagaan bateri dengan baik? yang pastinya, kena maintain air bateri tu jangan bagi sampai kering, nanti bateri cepat rosak...

IP : 202.190.80.250

syauqina

19 . Dihantar pada 14hb Mac 2003 1.43:24 tghari   [Edit]
nina
rasanya yang tu paling utama kan ...

IP : 219.93.8.6

mizanina

20 . Dihantar pada 14hb Mac 2003 1.52:58 tghari   [Edit]
Assalamualaikum

kak qina

kalau bateri kereta rosak, kereta tak boleh jalan...

tapi kalau plet kereta patah, kereta masih boleh dipandu dengan syarat tak jumpa dengan polis....hehehehehe....

IP : 202.190.80.250

mivec

21 . Dihantar pada 20hb Mac 2003 09.31:19 pagi   [Edit]

hai....orang JPJ.

rasa2nyelah kan...
orang JPJ ni ikut ke aper yang telah dinyatakan dalam
undang2 seperti yang sibuk disarankan tu....soalan jer tu!!!???
kalau nak jawab, jawabler.....kalau tak nak pun takper.....

WE WANT PEACE!!!
WE WANT PEACE!!!
WE WANT PEACE!!!

IP : 170.38.99.107

otayipoh2002

22 . Dihantar pada 24hb Mac 2003 1.04:48 tghari   [Edit]
hmmm...kalau aku dah tambah stromberg kat keter aku camna lak?salah ke dari segi undang2?

IP : 202.188.63.211

Diana_ros

23 . Dihantar pada 24hb Mac 2003 3.58:37 ptg   [Edit]
zacks

walaupun keter buruk tapi den terlepas dan dapat kelulusan tukar
enjin 1.6 levin hehehehe.......takut nak menyalahi undang-undang nanti
nak klim insuran susah lak.

IP : 202.188.75.172

zacks

24 . Dihantar pada 27hb Mac 2003 08.12:20 pagi   [Edit]
w'salam....

Dah beli bateri baru dah....


mivec...ako bukan keje JPJ...

otayipoh...amacam ada power ke tambah stromberg ?....

diana...body kerete apa ?

IP : 202.184.225.4

Diana_ros

25 . Dihantar pada 27hb Mac 2003 1.03:39 tghari   [Edit]
zacks

toyota........kekadang den ni confuss juga.....bila bawak kereta proton
rasa ringan je rasa tak sedap lak dan tempat duduknya rendah......berbading dgn kereta toyota........berat......den minat juga dgn kereta stria, aper pendapat
hang tentang kereta stria, best tak?

IP : 210.186.74.121

mivec

26 . Dihantar pada 29hb Mac 2003 09.31:16 pagi   [Edit]


Zack...aku bukannya suruh kau jawab daaaa...

TQ, 4 your info

IP : 170.38.99.108

IrAfina

27 . Dihantar pada 30hb Mac 2003 7.12:33 ptg   [Edit]
Kat negeri aku lagi kesian...mesti normal semua..pakai tinted pun eventhough yg paling sikit aje dah kena saman. Tampal tinted sedikit kat depan atas cermin supaya mata kita tak silau pun tak dibenarkan. Tampal sticker kecil pun atas cermin tak dibenarkan kecuali roadtax aje. Pakai sportrims ditahan, pakai spoiler ditahan..byk lah. Naik boring jugak!!

IP : 202.160.18.144

Mat_Spanar

28 . Dihantar pada 31hb Mac 2003 2.47:18 ptg   [Edit]

IP : 219.93.188.90

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "