Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> gout : ada apa utk gout tak?
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : gout : ada apa utk gout tak?
el8008

1 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 08.06:59 pagi   [Edit]

kat sini el nk mintak budi baik ahli ahli MDC untuk syorkan apa yang elok untuk mengurangkan penyakit gout nie..
el nak mintak tolong untuk bapak sedara. gout dia da teruk jugak sampaikan nak kena harapkan kerusi roda sebab gout tu da effect dua belah kaki and lutut dia. nak pergi toilet pun susah..

el dahulukan dengan terima kasih..

IP : 202.188.205.171

mamaboomboom

2 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 08.12:44 pagi   [Edit]
el8008

Cuba try Super Kino sbb mama ada sorang kawan kat rumah ni berikan utk suami nya.Memang dah jadi kes kena naik kerusi roda gak lee!!Kalau suami nya outstation , mesti bekalkan Super Kino ! Kira nya regular customer lah.Setiap bulan mesti beli paling kurang sekotak.



IP : 219.95.37.186

jamd

3 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 08.19:34 pagi   [Edit]
el8008

nie jamd paste kan petu utk pengetahuan semua

GOUT
Gout dikatakan sejenis penyakit hujungan kerana ianya menyebab- kan rasa sakit di bahagian-bahagian hujung badan sepertiibu jari kaki, pergelangan kaki, lutut, hujung jari, tangan, siku dan sendi-sendi lain seumpamanya.

Sebenarnya gout adalah penyakit yang diakibatkan oleh kesilapan metabolik (metabolic disoders). Tempat yang paling mudahdihinggapinya adalah di ibu jari kaki dan lain-lain sendi di kaki. Tempat yang terasa sakit itu kadangkala membengkak, panasdan amat menyakitkan. Barangkali itulah sebabnya karikatur-karikatur tradisi menggambarkan orang yang dihinggapi penyakitini duduk dikerusi dengan sebelah kakinya dilapik kusyen. Bahkan dalam novel 'Cashelmara' terdapat 'lelucun' yangmengatakan kepada seorang 'lord' yang tertembak ibu jari kakinya semasa perang tanding (duel) patut bersyukur kerana ituakan menghilangkan sakit goutnya.

Serangan penyakit gout boleh disebabkan oleh berbagai sebab seperti:-

- memakai kasut yang salah
- pemakanan yang terlalu banyak daging dan lemak
- kesejukan, terutamanya di kaki
- keluh kesah atau kegusaran yang kronik
- berlebihan meminum arak
- pembedahan di bahagian badan yang lain
- tersalah pengubatan.

Gout juga adalah sejenis penyakit yang dikaitkan dengan 'athritis' kerana kimia tubuh yang luar biasa. Ianya terjadi kerana
berlebihan asid urik (uric acid) di dalam tubuh.

Asid Uric yang berlebihan ini akan menghasilkan kristal-kristal yang berkumpul di segala sendi, menjadikannya bengkak serta
menimbulkan radang dan sakit. Kristal ini gemar berkumpul di ibu jari kaki.

Terdapat dua jenis gout yang dinamakan:-

- Gout utama (primary)
- Gout sampingan (secondary)

Gout Utama

Gout utama adalah disebabkan oleh kerosakan atau kesilapan metabolic dan biasanya menyerang lelaki. Namun wanita yangsudah putus haid boleh juga terkena penyakit ini. Serangan kesakitannya boleh terjadi dengan agak mengejut selepas sesuatukecederaan atau sakit mahupun kerana pertukaran tabiat pemakanan. Pesakit mungkin terasa demam dan tidak dapat bergerakkerana kesakitan dan radang di sendi-sendi yang dijangkiti itu.

Gout Sampingan

Gout sampingan adalah disebabkan oleh kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan lebihan atau hampas asid urik.Kegagalan ini mungkin berpunca dari pengambilan berbagai jenis ubat dadah seperti aspirin, diuretik dan pelali.Simpton-simpton gout juga akan kelihatan jikalau seseorang cuba mengurangkan berat badan atau menguruskan badan secaratergesa-gesa dengan mengurangkan makan atau berlapar. Perbuatan ini akan mengurangkan lemak- lemak badan pada kadaryang amat pantas dan mengurangkan daya kerja buah pinggang. Oleh kerana itulah ramai pengidap-pengidap gout akhirnyadihinggapi sakit buah pinggang atau sakit batu karang dalam buah pinggang.

Penghidap Gout

Orang-orang berikut mudah dihinggapi gout:

- orang-orang yang bekerja membongkok dengan terlalu lama atau banyak berdiri terutama berdiri setempat
- orang-orang yang selalu bekerja terendam kaki dalam air. Terutama wanita-wanita yang bertinggung sambil membasuhpakaian
- orang-orang yang banyak memakan daging dari jenis yang banyak mengandungi kimia purines

Cara mengubatinya

Selain dari mendapatkan rawatan doktor maka pesakit hendaklah menukar cara pemakanannya dengan:-

- Banyakkan meminum air suam atau air masak sejuk terutama waktu bangun tidur
- kurangkan memakan daging
- biasakan memakan sup ikan - sekurang-kurangnya untuk empat puluh hari yang pertama dengan cara berikut:-

Pilih ikan dari jenis yang baik-baik seperti:
- Siakap
- Senangin
- Tenggiri
- Bawal Putih
- Ikan Merah atau
- Ikan Kerapu

Masukkan bahan-bahan berikut secukup rasa:-
- Kumkuma
- Bawang Putih
- Kulit ari biji buah pala
- Jintan Manis
- Lada Hitam
- Buah Pelaga dan
- Bunga lawang

Rawatan Menurut Al-Quran

Ambil air, sebaik-baiknya air hujan atau air zam-zam dan bacakan padanya Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga ratus kali di samping lain- lain ayat asas. Beri pesakit minum air itu setiap pagi dan malam. Campurkan juga air yang sudah didoakan itu ke dalam sup ikan yang hendak dimasak seperti di atas.

Basuh

Ambil air kelapa tua dan basuhkan bahagian anggota yang sakit itu setiap pagi dan petang. Sebelum itu adalah baik jika didoakan air itu dengan ayat-ayat asas dan surah Al-Ikhlas. Semasa membasuh itu bacakan selawat Syifa' dan ayat 23 hingga 25 dari surah Al-Hasyri.

Serai Wangi

Ambil serai wangi dan rebus sehingga mendidih. Rendamkan kaki atau mana-mana bahagian anggota yang sakit itu ke dalam air rebusan itu apabila ianya telah suam. Perlulah diingat bahawa serai wangi yang diperlukan itu adalah keseluruhan pokoknya, batang dan daun, tidak termasuk akar.



IP : 61.6.163.24

haris74

4 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 08.21:29 pagi   [Edit]
cuba minum air rebusan misai kucing...ia berkesan dalam merawat gaut dan atritis...saya ada keluarkan produk berasaskan misai kucing...tapi buat masa ni dah kehabisan raw material...insyaalah lepas raya baru ada...ramai yang dah cuba...alhamdulillah ada peruabahan yang baik...

IP : 161.139.100.66

jamd

5 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 08.27:04 pagi   [Edit]
actually ayah jamd pun pernah kena gout sampai Dr suruh buat operation lutut tu coz at the same time lutut selalu sakit....pelincir kat lutut tu dah kering...so dia tak nak buat....cuba le beli plaster tampal kat kaki tu.....tak jalan gak coz gout . Abis gak 2/3 kotak.....finally ambil ubat kat hospital, amalkan minum madu asli & jaga pemakanan disamping jamd bekalkan supplement nutrilite.

IP : 61.6.163.24

raihanis

6 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 08.30:00 pagi   [Edit]
kekurangan vitamin E dalam tubuh boleh membawa kepada serangan
penyakit gout.

IP : 219.95.56.217

mamaboomboom

7 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 08.32:56 pagi   [Edit]
Pasal koyok tu..bergantung pada tahap ghout..kalau yg dah peringkat kritikal, pi sepital aje laa.Doktor leh kasi settle!!Tak pernah kena ghout..cuma org yg sakit ghout kata boleh redakan kesakitan..Bukan jugak promote produk cuma di sebabkan Super Kino tu murah dari yg kat luar, Hamba Allah tu beli dari Cosway ..Kalau ada yg murah, buat apa jadi sombong beli barang mahal!!

IP : 219.95.37.186

raihanis

8 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 08.44:13 pagi   [Edit]
kalau ikut nasihat pakar nutrisi, BERPANTANG makan!
udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta
sesetengah ‘sayur sejuk’ menjadi makanan larangan.

dan pesakit perlulah mengamalkan

NUTRILITE Fruit & Vegetable Fibre.
NUTRILITE B Complex.
NUTRILITE Garlic & Licorice.

insyaAllah, kita cuma mampu berikhtiar. Tuhan juga yang tentukan
segalanya. cuba la dulu...mana tau ianya berkesan.

nak tampal Superkino pun boleh gak, mak i pernah pakai 8 kotak.
dalam 3 minggu dia boleh bertateh. lps tu dia malas nak tampal
lagi kat kaki. sebab tiap2 malam dia kena bangun buang air 2-3 kali.
mmg masalah gak ler bila nak ke tandas dgn kaki berbalut
mcm tu.
berjalan pun pakai tongkat.

nasihat i, elok buat rawatan dari dalam dan juga luar. so kesan
penyembuhan tu lebih cepat.

sekian. terima kasih.

IP : 219.95.56.217

jamd

9 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 08.50:25 pagi   [Edit]
betul tu kak anis,pemakanan dalaman penting.....tu yg sejak amalkan nutrilite nie ayah jamd leh berkebun lagi tapi jalan pakai tongkat sebab lutut tak kuat dah.
ayah jamd letak plaster kat kaki by right tukar colour kan....tapi tak berubah pun warna....beli kat farmasi sampai 3 kotak pun tak jalan....brand apa tu yg selalu keluar TV...nak kata teruk sangat tak le...leh gak bawak basikal pi kebun & pasar....larat lagi orang tua tu jalan2.......tapi yg notice lepas sembahyang dia akan baca ayat Quran pastu dia usap2 kaki dia tu 3 kali....nanti jamd tanya ayat apa dia baca.

IP : 61.6.163.24

kaklonglin

10 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 09.29:29 pagi   [Edit]
Kak lin nak share personal experience dari ayah kak lin. 3 bulan lepas ,ayah kena acute gout. Pada peringkat awal doktor kata athritisso doktor bagi ubat untuk itu. then satu hari tu, dia complain kakinya panas & tak boleh pijak. sampai peringkat tak tahan sampai menanggis. so then doktor pun confirm gout & kata tak ada ubat & so listkan pantang larang.Sepanjang 1 bulan pertama tu,3 kali dia kena injection. Kesian tengok dia. knowing ayah susah nak pantang, i pun minta tolong thru e-group. Alhamdulliah ramai yg beri panduan, tapi saya tertarik dgn Transfer Factor yg diperkenalkan oleh Akmal. ( MIL Akmal kena gout for 10yrs). Ayah saya dah 3 kali pi cek darah & kesemuanya confirm uric acid dia jadi normal balik. So kalu berminat nak tau lebih lanjut pasai TF, sila email kak lin : lindasof@yahoo.com

IP : 210.186.217.2

jamd

11 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 09.42:21 pagi   [Edit]
kaka lin...ingat nak try le transfer factor tu utk ayah jamd...leh e-mail jamd tak detail apa yg kena ambik dgn harga sekali...thank you

IP : 61.6.163.24

k_link

12 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 10.02:16 pagi   [Edit]
Assalamualaikum...

Bisa ni orang yang kena sakit gout ni suka makanan laut
kurang makan sayur-sayuran jadi Asid dalam badan tinggi.
Dalam badan kita ni sebaiknya banyakkan makan yang seimbang.
Alkali dan Asid sekurangnya 2KG sayur satu hari dan buah-buahan.Menurut konsep asa kesihatan 90% daripada penyakit yang dialami adalah berpunca daripada usus.Ada sebarang masalah hubungi saya 017-6826482/483.Untuk penawar apa yang baik bagi pakcik kamu insyaAllah boleh di ubati.

IP : 61.6.163.24

kaklonglin

13 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 10.58:46 pagi   [Edit]
jamd,
saya dah email dah..
tq

IP : 210.186.217.2

Nur_Putri

14 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 11.06:57 pagi   [Edit]
el8008
ayah & mak memang mengidap gout sejak dulu! Tapi, sejak makan ubat yg diperkenalkan oleh seorang rakan ayah, durang tidak lagi mengalaminya! Kalau sakit tumit ke, sakit lutut ke, memang effective! Opah, yg memang susah nak bangun tu pun, dah ok dah! Nak tau lebih info email me anis_izan@hotmail.com

IP : 219.93.184.86

cha

15 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 11.16:13 pagi   [Edit]
el8008
mak cha pun ada gout.. lagi parah bila dia berselera sungguh ngan seafood... nak jalan pun susah... but now, alhamdulillah, mak dah ok after consume DETOFIBRE

sorang lagi opismate cha... after consume DETOFIBRE gak dia dah tak rasa sakit2 bila berjalan...

tapi org gout ni memang nak kena jaga pemakanan... lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan...

IP : 202.185.186.6

el8008

16 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 11.34:26 pagi   [Edit]
kaklonglin, el da anta email..

IP : 202.188.205.252

d_putra98

17 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 1.28:28 tghari   [Edit]
KETERANGAN LANJUT BOLEHLAH KELAMAN WEB http://www.4tf.com

IP : 210.19.40.2

kaklonglin

18 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 3.03:10 ptg   [Edit]
boleh juga layari www.4life.com , sama dgn www.4tf.com
Its Transfer Factor

IP : 210.186.217.2

pelangi04

19 . Dihantar pada 04hb Nov 2004 3.54:48 ptg   [Edit]
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Untuk Masalah gout ini, saya menyarankan anda mencuba rawatan alternatif Color Vibration Therapy (CVT) yang diasaskan oleh Prof. Dr. Norhisham Wahab dan digabungkan dengan satu produk Bio-Activated Energy (BAE). Antara produk yang sesuai ialah:

1. Seri Wajah (Aromatherapy Vibration) (CVT)
http://www.geocities.com/sihat2u4u/BAE-Iklan-SeriWajah
2. Garam Booster (Garam NW) (CVT)
http://www.geocities.com/sihat2u4u/BAE-Iklan-GaramBoosterGaramNW
3. BAE Synergy Alfalfa Concentrated Drink
http://www.geocities.com/sihat2u4u/BAE-BAESynergyAlfalfaConcentratedDrink

Bagi anda yang berkemampuan, saya mencadangkan anda memiliki sebuah Ozonizer
http://www.geocities.com/sihat2u4u/BAE-Iklan-Ozonizer

Pemakanan
Kurangkan memakanan makanan laut (sea food) secara berlebihan. Begitu juga ayam kerana ayam mempunyai hormon yang banyak.

Sekian, terima kasih.

IP : 219.94.63.58

cha

20 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 3.24:17 ptg   [Edit]
meh kita share info yg cha dpt tentang gout
quote:
Gout terjadi bila kandungan asid uric di dalam darah tinggi (melebihi 7.5mg/dL). Ini terjadi kerana dua sebab utama:

badan menghasilkan lebih asid uric
asid uric di dalam badan tidak dibuang dengan berkesan


Asid yang berlebihan ini akan berkumpul dan membentuk jarum-jarum kristal di sendi menyebabkan rasa sakit. Kristal ini juga berkumpul di tempat-tempat lain dan membentuk tophi atau batu karang (dalam buah pinggang).

Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini?

Ia sering terjadi pada lelaki yang berusia 30 tahun ke atas. Perempuan juga mengalami masalah ini, terutamanya selepas putus haid (menopause).

Keturunan juga memainkan peranan yang penting. Antara sebab-sebab lain ialah pengambilan alkohol berlebihan, tekanan (stress) dan penyakit-penyakit tertentu seperti leukemia.

Tanda-tanda

Tanda-tanda yang selalu dirasai:

sakit pada sendi terutamanya sendi ibu jari kaki
sendi menjadi merah, bengkak dan panas
demam

Apa yang perlu anda lakukan?

Dapatkan rawatan professional dari doktor anda. Selain daripada itu, anda bolehlah mencuba langkah-langkah ini:

rehat secukupnya bila sendi terasa sakit. Jangan banyak bergerak

minum air yang banyak

kurangkan makanan yang mengandungi purine. Antaranya ialah daging lembu, makanan laut, ikan bilis, kekacang, kacang soya, buah ciku, cendawan dan beberapa jenis sayuran. Oleh kerana makanan ini selalunya banyak vitamin B, pengurangan pengambilan makanan ini hendaklah disertai dengan pengambilan vitamin B kompleks

jangan ambil tomato dan oren

jangan minum minuman beralkohol (bagi yang Islam - benda tu haram)

lebihkan pengambilan buah cherry, hawthorn berries dan blueberries untuk mengurangkan radang

tambah vitamin C dalam pemakanan

tambah asid folik yang berupaya mengurangkan pengeluaran asid uric

IP : 202.185.186.6

meizwan

21 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 4.36:23 ptg   [Edit]
a'kum el8008,

jika el8008 ongin tahu penawar yg mujarab untuk mengurang serta menghilangkan gout bolehlah email kepada saya. sekian terima kasih.

IP : 202.171.32.100

nor_irnasz

22 . Dihantar pada 09hb Nov 2004 4.18:57 ptg   [Edit]
quote:

Serangan penyakit gout boleh disebabkan oleh berbagai sebab seperti:-

- memakai kasut yang salah
- pemakanan yang terlalu banyak daging dan lemak
- kesejukan, terutamanya di kaki
- keluh kesah atau kegusaran yang kronik
- berlebihan meminum arak
- pembedahan di bahagian badan yang lain
- tersalah pengubatan.


Alamak yek ke ni...
habis tu dalam kes irnasz mcm mane pulak?
Irnasz baru mc semalam sebab kaki irnasz sakit, abg ipar suruh gi gak klinik sebab tgk irnasz terhencot-hencot....
asalnya gini, kaki dah sakit gak sebab tak selesa pakai kasut, pulak tu irnasz jalan2 kat jalan TAR sampai sakit kaki ni. Esoknya balik dari jalan tu terus sakit. Irnasz mula cuma sapu minyak angin aje....tapi tak elok2 sakitnya, kejap sakit kejap tidak. Sakit dekat bahagian tapak kaki, tumit, pergelangan kaki dan bengkak juga kaki ni...
cuma lepas gi klinik semalam, doktor cuma sapu krim untuk relieves muscular aches and pains dan doktor tu balut guna bandage, dan juga dia bagi irnasz ubat tahan sakit. Doktor tu pun pesan kat irnasz tido tinggikan kaki dari badan...jadinya letak le bantal ke ape ke...alhamdulilah esoknya dah tak bengkak dan tak sakit dah pun.
yang tu pun kira gout gak ke? Doktor tak cakap pulak kat irnasz kena gout, cuma dia ade la tanya irnasz pernah tak kena gout sebelum ni tapi memang le tak pernah?
So, ade sesiapa boleh bagi jawapan?

IP : 202.184.106.43

syikin72

23 . Dihantar pada 09hb Nov 2004 4.38:18 ptg   [Edit]

IP : 161.142.183.159

kaklonglin

24 . Dihantar pada 22hb Nov 2004 10.33:11 pagi   [Edit]
nak cerita sikit pasal ayah saya yg kena gout dulu. Raya ari tu, ayah makan tak pantang, rendang ayam ke, rendang daging & pulut semua dia makan. tapi alhamdullilah , gout dia tak attack lagi. Dia mengamalkan Transfer factor- 2 biji sehari. Nampak riang diwajahnya, boleh makan ikut suka. Walaumacam mana pun kak long lin suruh dia slow down sikit.

IP : 210.186.217.140

abacus

25 . Dihantar pada 23hb Nov 2004 10.15:07 pagi   [Edit]
kaklonglin,

Transfer Factor yang ayah kaklonglin makan tu jenis yang mana..

TF Classic ke,TF advanced,TF plus advanced ke..

TQ

IP : 202.47.162.242

nuralisha

26 . Dihantar pada 23hb Nov 2004 10.45:47 pagi   [Edit]
cuba lah memasuki laman web ini ada yang boleh membantu sakit gout.

http://www.wawasan-gmc.com/E_Index.html

IP : 202.75.44.2

kaklonglin

27 . Dihantar pada 23hb Nov 2004 11.53:44 pagi   [Edit]
abacus,
famili saya ambil TF plus. Infact di M'sia ada TF plus & chewable je

IP : 210.186.217.84

kaklonglin

28 . Dihantar pada 23hb Nov 2004 12.08:44 tghari   [Edit]
SATU PERINGATAN... MEMANG ADA BANYAK PRODUCT DIPASARAN UNTUK BERBAGAI JENIS PENYAKIT TAPI KITA SEBAGAI PENGUUNA HARUS PANDAI MEMBUAT PILIHAN.. BUAT PILIHAN YG BIJAK JANGAN SAMPAI TERPIJAK...

IP : 210.186.217.84

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "