Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> vitamin : Shaklee & Amway Nutrilite - Tidak Halal?????
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : vitamin : Shaklee & Amway Nutrilite - Tidak Halal?????
nornie

1 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 10.44:35 pagi   [Edit]


Untuk pengetahuan saya ada terima email ..mengatakan senarai barangan shaklee dan amway - nutrilite tidak halal..saya tidak tahu ler..so saya nak tanyer pada warga mdc semua ada x terima email tu...saya nak paste x reti sebab document tu discan. ada 2 document...

So bole sesapa confirmkan takk?? barangan ni halal ker tidak...

terima kasih



IP : 203.163.103.4

jamd

2 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 10.49:26 pagi   [Edit]
nornie,

document tu dari mana...sapa yg keluarkan...buat pengetahuan semua nutrilite dari amway adalah halal

Produk NUTRILITE disahkan HALAL. Semua produk NUTRILITE (termasuk produk gel lembut) disahkan Halal oleh Majlis Pemakanan dan Makanan Islam Amerika Syarikat (IFANCA). IFANCA diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM, Pusat Islam) sebagai badan Islam yang mengeluarkan Sijil Halal bagi daging dan produk yang dieksport ke Malaysia. Selain daripada Malaysia, sijil halal yang dikeluarkan oleh IFANCA juga diiktiraf di negara Islam yang lain.

IP : 61.6.163.24

gee67

3 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.06:30 pagi   [Edit]


nornie,

Boleh tolong emailkan pada Kak Gee apa yang diemailkan pada Nornie tu? Email Kak Gee, fauziah@time.net.my

IP : 219.95.148.37

raihanis

4 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.07:30 pagi   [Edit]
dapat gak emel tu pagi tadi. rasa nak pengsan pun ada.

IP : 218.208.192.239

gee67

5 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.12:00 pagi   [Edit]
raihanis,

Forwardkan pada Kak Gee email tu.

IP : 219.95.148.37

Liz_Dee

6 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.12:12 pagi   [Edit]
byk sgt email mcm ni. Takut sabotaj jer.
cian org yg jual AMway dan Shaklee.

Pd liz, kalau ianya dah kuar berita di TV tu, spt KUIH BULAN tu barulah liz percaya.
Tapi kalau u all liz tak tau lah. Terpulang pd masing2.

IP : 202.75.160.212

fadizh

7 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.18:28 pagi   [Edit]
boleh foward kan sekali pasal shaklee dan amway x halal ..nak tahu gak ..email saya: elyna2us@yahoo.com

IP : 219.95.111.235

fadizh

8 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.18:29 pagi   [Edit]
boleh foward kan sekali pasal shaklee dan amway x halal ..nak tahu gak ..email saya: elyna2us@yahoo.com

IP : 219.95.111.235

nornie

9 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.18:42 pagi   [Edit]
ok saya email kan...

kat situ dari persatu pengguna islam malaysia..siap ada no tepon lagi

PPIM : 019-3591000

IP : 203.163.103.4

jamd

10 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.26:30 pagi   [Edit]
jamd dah dapat e-mail tu tapi jamd notice all amway product yg tak halal tu nama tak sama dgn kat malaysia...camna tu

IP : 61.6.163.24

gee67

11 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.26:58 pagi   [Edit]


Raihanis, terima kasih kerana forwardkan pada Kak Gee email tu.

Pada Kak Gee, Amway dah menyatakan bahawa SEMUA PRODUK NUTRILITE DISAHKAN HALAL OLEH MAJLIS PEMAKANAN DAN MAKANAN ISLAM AMERIKA SYARIKAT (IFANCA). So, tepuk dada tanya hati.

IP : 219.95.148.37

mamaboomboom

12 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.27:52 pagi   [Edit]
dari manalah dapat email tu...harap2 tak betul le email tu kan??

Masa mama dlm Amway pun dah ada isu2 sedemikian!!


* Mesej ini telah diedit oleh mamaboomboom pada 15hb Okt 2004 11.30:06 pagi

IP : 218.111.26.120

nornie

13 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.28:43 pagi   [Edit]
korang semer...kalu baca page 1 tu memang shaklee jer..but 2nd page tu..list dia...

dulu memang ader doc. cerita shaklee tu x halal gelatin dia..zaman early 90's

ngeri gak ek, kuih bulan pun org kita dah makan, ayam satu peti gan benda alah tu pun org kita dah makan...ni kalu ler betul amway tu ter*sensored*t..x tau ler nak crita...

agaknya tu ler skrang nie nak hafal quran pun susahkan...

IP : 203.163.103.4

raihanis

14 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.28:43 pagi   [Edit]
dah call number tu. sebenarnya persatuan tu nakkan Jabatan
Agama Islam sendiri mengeluarkan Sijil Halal utk produk2 yg
dikatakan ada kandungan tercemar / haram. produk khusus tu
adalah yg berbentuk gel sahaja. mcm Multi Carotene dgn Salmon
Omega-3. INFANCA mengesahkan bahawa produk ni adalah Halal.

itula yg diterangkan oleh tuan punya nombor hp tu.

IP : 218.208.192.239

raihanis

15 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.31:24 pagi   [Edit]
sebarang kemusykilan, boleh la call nombor tu.

IP : 218.208.192.239

Liz_Dee

16 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.37:07 pagi   [Edit]
Liz dah call number tu.

Dia kata mcm ni

" Barang SHAKLEE dikhuatiri mengandungi brg tak halal. Tak tau lagi status apa. Brg AMWAY yang dikeluarkan di Malaysia SAHAJA yg halal. So make sure ianya dr Malaysia, kalau dr Thailand and all that non halal. (Liz tanya dia, bukan ke brgan tu semua ada yg imported, dia kata yg mana di Msia shj boleh makan. Liz tak paham sgt maksud dia)

Liz tanya dia Make up mcmana pula, dia kata make up tak memerlukan LOGO halal. Liz tanya semula, tapi ada certain make up yg menggunakan brgn tak halal. So dia kata itu tak confirm halal atau tak.

Other than that, J&J baby lotion - DIKHUATIRI
Semua minyak wangi- mempunyai Gelatin (ini utk bagi tahan lama dan serap di kulit)

* Actually liz byk nak tanya dia, tapi dia mcm rushing jer..

So no comments in this matter.

IP : 202.75.160.212

raihanis

17 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.39:05 pagi   [Edit]
quote:
* Actually liz byk nak tanya dia, tapi dia mcm rushing jer..



betul tu, dengar jawapan dia pun mcm teragak2 je.

IP : 218.208.192.239

Liz_Dee

18 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.41:32 pagi   [Edit]
betul tu raihanis.. dia jawab teragak2.. Liz rasa kalau tanya lebih dan putar belit soalan mesti dia lagi confuse. . hehe.... knp mereka bagi handphone bukan office number?

IP : 202.75.160.212

gee67

19 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.42:45 pagi   [Edit]
quote:
dah call number tu. sebenarnya persatuan tu nakkan Jabatan Agama Islam sendiri mengeluarkan Sijil Halal utk produk2 yg dikatakan ada kandungan tercemar / haram. produk khusus tu adalah yg berbentuk gel sahaja. mcm Multi Carotene dgn Salmon Omega-3. INFANCA mengesahkan bahawa produk ni adalah Halal.

Sebenarnya produk tu tak haram. Segala macam email ni, orang suka memperbesar2kan berita yang kecil. Kadang2 orang salah faham apa yang ditulis. Raihanis dah telefon dan dia orang kata dia orang just nakkan Jabatan Agama Islam sendiri mengeluarkan Sijil Halal. Lagi pun INFANCA sendiri mengesahkan produk ni halal.

IP : 219.95.148.37

Liz_Dee

20 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.46:54 pagi   [Edit]
liz pun pening.

IP : 202.75.160.212

maizana

21 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.49:04 pagi   [Edit]
quote:
Untuk pengetahuan saya ada terima email ..mengatakan senarai barangan shaklee dan amway - nutrilite tidak halal..saya tidak tahu ler..so saya nak tanyer pada warga mdc semua ada x terima email tu...saya nak paste x reti sebab document tu discan. ada 2 document

Banyak faktor yang menyebabkan email2 sebegini tersebar..antaranya faktor sabotaj. So bagi I selagi JAKIM tak mengeluarkan sebarang 'statement' yang mengatakan produk tu tak halal..I percaya dan yakin produk tu halal. Biasalah orang kita..bila nampak sesuatu benda tu mendapat sambutan..mulalah..bukan nak buat saingan secara positif (upgrade produk sendiri)..malah cuba menjatuhkan produk lain dengan mengeluarkan statement benda tu tak halal..Kita orang Islam kan memang sensitif dengan statement halal haram tu..so dia orang hanya tau bagaimana nak downgrade kan produk lain...secara negatif.

My auntie..memang dah visit kilang nutrilite di US...katanya dalam kilang besar tu...ada dibahagi2kan..untuk pasaran umat Islam (contohnya malaysia..kilangnya lain..untuk pasaran yang tak kisah halal haram ..kilangnya lain...itu info yang I dapat dari my auntie

IP : 218.111.18.65

shahir

22 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 12.20:33 tghari   [Edit]
quote:
Banyak faktor yang menyebabkan email2 sebegini tersebar..antaranya faktor sabotaj. So bagi I selagi JAKIM tak mengeluarkan sebarang 'statement' yang mengatakan produk tu tak halal..I percaya dan yakin produk tu halal. Biasalah orang kita..bila nampak sesuatu benda tu mendapat sambutan..mulalah..bukan nak buat saingan secara positif (upgrade produk sendiri)..malah cuba menjatuhkan produk lain dengan mengeluarkan statement benda tu tak halal..Kita orang Islam kan memang sensitif dengan statement halal haram tu..so dia orang hanya tau bagaimana nak downgrade kan produk lain...secara negatif.


SETUJU

Shahir ada dapat email ni drp seorang kawan. Hmm...dalam email tu ada dikatakan pdt2 Shaklee dan Nutrilite yg tak halal. Kedua2nya pdt ni made in US. Jadi paham2 ajerlah.
Isu2 halal/haram Shahir tak nak komen sbb kawan2 yg lain dah komen ttng tu.

Pd Shahir kita mmg very sensitif ttng isu2 agama halal/haram, jadi ada sesetengah pihak mengeksplotasi isu2 begini utk kepentingan peribadi atau pun ada reason yg tersendiri utk menjatuhkan sesuatu produk tu.

IP : 218.111.61.203

Liz_Dee

23 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 12.20:56 tghari   [Edit]
setuju kak zana, sometimes byk yg sabotaj.

Mcm liz, susah sikit nak caya melainkan kuar tibi.

IP : 202.75.160.212

LeiLa04

24 . Dihantar pada 16hb Okt 2004 3.30:18 ptg   [Edit]

ada juga terima...terpulang lah kepada individu..sbb banyak lagi product yg memang sah HALAL..diperbuat di Malaysia...dan buatan Bumiputera..

Pilihan ditangan sendiri..

IP : 202.188.127.61

maizana

25 . Dihantar pada 16hb Okt 2004 3.38:56 ptg   [Edit]
quote:
ada juga terima...terpulang lah kepada individu..sbb banyak lagi product yg memang sah HALAL..diperbuat di Malaysia...dan buatan Bumiputera..


Syarikat sebeginlah yang sering memberi saingan, saingan dengan isu2 sensitif.

Ibarat macam nilah..ada 2 orang pelajar..Ali dan Bala..yang Ali ni pandai..dan yang Bala ni kurang pandai...untuk menjatuhkan si Ali ni..memang tak termampu oleh Bala..maka difitnahkanlah si Ali ni..hingga si Ali menjadi lemah, maka menanglah si Bala tadi..dan dari situ semakinlah lemahlah mutu pendidikan sekolah tersebut.

IP : 218.111.16.32

gee67

26 . Dihantar pada 17hb Okt 2004 10.11:49 pagi   [Edit]


quote:
So bagi I selagi JAKIM tak mengeluarkan sebarang 'statement' yang mengatakan produk tu tak halal..I percaya dan yakin produk tu halal.

Kak Gee setuju dan sependapat dengan Kak Maizana.

IP : 218.208.243.20

Mann70

27 . Dihantar pada 18hb Okt 2004 10.18:02 pagi   [Edit]
Ok meh saya jawab..

Kes ni sebenarnya dah lama...emel ni pun emel lama..
thn 2001 kalau tak silap..

kes ni telah diterangkan oleh Persatuan Pengguna Islam M'sia (PPIM) Lembah Keramat

thn lepas PPIM telah mengadakan sessi taklimat kpd mereka yg ingin mendapatkan maklumat lanjut ttg kes ini..

Di sini saya cut & pastekan emel yg saya telah terangkan kpd kengkawan saya :

Shaklee telah melantik pembekal utk membekal kapsul berbentuk geletin
kpd sebuah syarikat di luar negara iaitu Syarikat Banner.
Banner telah diberi garis panduan utk membekalkan sumber soft geletin
kpd Shaklee dgn mengikut syarat Halal dan garis panduan Islamic.

Banner pula telah mendaptkan sumber dari BP Geletin UK (syarikat yg
membekalkan semua produk geletin)

Sebelum BP Geletin hendak membekalkan produk geletin yg halal, syarikat
ini telah terlebih dahulu meminta kelulusan dari The Islamic Food and
Nutrition Council of America (INFANCA) iaitu badan bebas (NGO) yg
menjaga kepentingan halal haram produk di dunia utk org Islam.

So INFANCA hanya memberikan sijil halal kpd BP Geletin utk kelima-lima
produk Shaklee yg dinyatakan tadi.

Sijil tersebut boleh didapati di Shaklee Office di Glenmarie Shah Alam
(dlm bahasa Jawi dan Inggeris).
Sijil tersebut tidak boleh difotostat atau dibawa keluar kerana sijil
tersebut adalah milik BP Geletin UK dan bukan milik Shaklee..
Shaklee hanya mendapat pengesahan halal sahaja.

Sebab itu lah bila saya emel kpd Infanca, mereka menjawab yg INFANCA
tidak pernah beri sijil kpd Shaklee...mmg betul le sebab sijil tu
diberikan kpd pembekal shaklee sahaja.

Shaklee product adalah global yg semua produknya dikilang dan dibungkus
terus dari US (pemilik nya adalah http://www.yamanouchi.com).

Hanya produk M'sia sahaja yg perlu tanda JAKIM..produk luar negara hanya
kelulusan INFANCA.

Ok, kes JAKIM pula, bayar RM900 ++, pihak JAKIM akan ke kilang anda dan
sijil halal akan dikeluarkan jika cukup syarat.

Shaklee tidak pernah hantar permohonan kpd JAKIM, sebab itu lah JAKIM
mengatakan mereka tidak pernah bagi sijil kpd Shaklee..
sijil tersebut boleh dilihat di Shaklee Office Glenmarie


Di sini juga saya nyatakan kes yg telah shaklee menang di mahkamah shah alam :


Shah Alam High Court dismisses suit against Shaklee Malaysia
KUALA LUMPUR Nov 2 - The Shah Alam High Court has dismissed a suit filed by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) against Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

In dismissing the case with costs, Judge Dato' Zulkefli Makinudin ruled that IFANCA's application for an injunction to stop the company from selling its products was not supported by facts as contained in its affidavits, and that there was "no real issue" between the parties, Shaklee Malaysia said in a statement recently.

Shaklee Malaysia, which has 100,000 distributors in the country, is a multi-level marketing company with more than 40 years of experience.

Julie Yeap, general manager of the company, said Shaklee Malaysia had realised strong double-digit sales growth last year and expected this positive trend to continue next year.

She said Shaklee Malaysia would launch hair-care products and indoor air purification systems next year.


5 produk yg dimaksudkan tadi adalah
1. Lecithin
2. Vita E
3. Beta Carotene
4. GLA
5. Omega 3 (EPA)

Ni sijil halal shaklee yg dimaksudkan

http://www.geocities.com/abemae/TandaHalal.jpg

IP : 192.228.129.114

budakbaru

28 . Dihantar pada 18hb Okt 2004 2.44:17 ptg   [Edit]
Ni IFANCA nyer website http://www.ifanca.org/list_total.htm#07
ada senarai produk Nutrilite yg disahkan halal di seluruh dunia... produk yg disahkan halal oleh IFANCA ni ada logo cam kat bawah ni

IP : 222.159.199.208

nornie

29 . Dihantar pada 19hb Okt 2004 3.46:56 ptg   [Edit]


terima kasih atas penjelasan & penerangan anda semua..so at least tak der pengguna especially yg islam berasa was-was lagi.

IP : 203.163.103.4

bugpepel

30 . Dihantar pada 19hb Okt 2004 4.19:41 ptg   [Edit]
memang semua barangan Shaklee dan nutrilite Amway tu haram.....kalau kita curiler bukan beli kekekkekekeke....

IP : 210.186.244.122

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "