Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Part 5 : Nutrilite : Suplemen yang diperlukan oleh badan
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Part 5 : Nutrilite : Suplemen yang diperlukan oleh badan
ella973

1 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 09.23:13 pagi   [Edit]
Ok, dah masuk part 5 dah, so kita sambung lagi informasi produk nutrilite nie dari segi kegunaan, harga, dan macam-macam lagi la...

WHY WE NEED SUPLEMENT?

Suplemen Vitamin dan mineral adalah cara yang pantas dan mudah dalam mencapai pemakanan yang optimum dengan mengisi jurang nutrien yang mungkin berlaku akibat pemilihan makanan yang tidak mencukupi atau keperluan yang meningkat.

Nutrilite adalah jenama rangkaian supplemen di bawah brand Amway

Produk NUTRILITE disahkan HALAL. Semua produk NUTRILITE (termasuk produk gel lembut) disahkan Halal oleh Majlis Pemakanan dan Makanan Islam Amerika Syarikat (IFANCA). IFANCA diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM, Pusat Islam) sebagai badan Islam yang mengeluarkan Sijil Halal bagi daging dan produk yang dieksport ke Malaysia. Selain daripada Malaysia, sijil halal yang dikeluarkan oleh IFANCA juga diiktiraf di negara Islam yang lain


IP : 219.93.8.5

ella973

2 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 09.28:41 pagi   [Edit]
Kita kongsi info tentang suplemen yang popular..

LECITHIN E RM71 150 tablet



Satu tablet yang boleh dikunyah mengandungi 25 IU Vitamin E dan 50 mg Lesitin.
Kombinasi cemerlang vitamin E (d-alpha tocopheryl succinate) yang diambil secara semula jadi daripada minyak sayuran dan lesitin daripada minyak kacang soya.
Diperasakan dengan madu, karob,dan mapel-walnat.


Vitamin E adalah antioksidan larut lemak yang diperlukan untuk menentang radikal bebas dan melindungi vitamin A daripada pengoksidaan.
Lesitin adalah bahan-bahan pembaur lemak dalam tubuh dan membantu dalam penyerapan vitamin E.
150 tablet.


Supplemen ni yg membantu bagi mendapatkan berat yg ideal kerana fungsi Lecithin ialah bagi memecahkan lemak2 dalam salur darah dan vitamin E membantu proses penyerapan lecithin kedalam salur darah serta membawa keluar lemak2 yang dipecahkan tadi. selain dari itu kandungan vit. E nya turut menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat. Selain itu, ia juga membantu memudarkan kesan parut di kulit/badan kita




Nutrilite Bio C Plus RM51.30 100 tablet

VITAMIN C adalah vitamin yang paling dikenali dan paling banyak didokumentasikan dalam bidang sains pemakanan. Kepentingannya telah direkodkan dalam lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan secara berasingan.

APA VITAMIN C BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?

Kulit dan Kulit Muka - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

Antioksidan - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok, Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.

Tindakan Kardiovaskular - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK

Memperbaiki kesihatan kulit muka.
Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
Batuk, demam selsema, jangkitan.
Warga tua.
Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
Wanita yang mengambil pil perancang.
Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
Pesakit kencing manis.

* Mesej ini telah diedit oleh ella973 pada 18hb Okt 2004 08.32:32 pagi

IP : 219.93.8.5

ella973

3 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 10.35:15 pagi   [Edit]
Pada sesiapa yang ada masalah sembelit, sukar mendapat hidangan sayuran yang mencukupi atau mengikut program Diet, supplemen ini sesuai dijadikan supplemen tambahan :

Fruit and Fibre



Setiap tablet boleh dikunyah mengandungi 250 mg serat diet daripada 8 sumber tumbuhan berlainan dengan campuran serat larut dan tidak larut yang seimbang.
-Diet anda mungkin kekurangan kompleks serat diet yang diperlukan akibat makanan yang terlalu diproses pada hari ini.
-Seseorang hendaklah memakan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari mengikut piramid makanan Malaysia.
-Serat menyerap lembapan, menambah jisim pada makanan supaya ia bergerak lebih mudah menerusi saluran usus.
-Ciri-cirinya yang menghasilkan jisim, menyebabkan rasa kenyang dan oleh itu membantu mengurangkan pengambilan makanan.
-Serat membantu sembelit kerana ia melembutkan najis apabila ia menyerap lembapan.

untuk informasi, supplemen seperti Bio C dan Fruit and Fibre ini boleh diambil orang wanita yang mengandung untuk mengelakkan sembelit

IP : 219.93.8.5

shahir

4 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 11.35:58 pagi   [Edit]
Kepada yg ingin turunkan berat badan tu dan sentiasa berhati2 dlm pengambilan makanan, jom ambil supplemen ni dulu (kalau nak budget), mmg berkesan :

Bio C, Lecithin E, Fruit & Fibre

Kalau yg dah menten berat yg ideal tu, mmg elok ambil supplemen tu jugak.

IP : 219.95.203.43

noraizzah

5 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 11.43:19 pagi   [Edit]
ASSALAMUALAIKUM ....

Boleh saya tahu berapa harga untuk ketiga-tiga supplement ini? Berminat juga tapi kot mana pun kita kena juga jaga budget!!! tambah-tambah kar raya ni.
Selamat Berpuasa!!!

* Mesej ini telah diedit oleh noraizzah pada 12hb Okt 2004 11.44:29 pagi

IP : 219.93.200.66

jamd

6 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 11.46:56 pagi   [Edit]
noraizzah

BIO C = RM 51.30
LE = RM 71.30
FRUIT & FIBRE = RM 71.30

kalau nak dapat special price leh call jamd

IP : 61.6.163.24

raihanis

7 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 3.22:12 ptg   [Edit]
Kenapa Pemakanan Tambahan ?

Makanan harian sepatutnya mengandungi zat-zat dan vitamin perlu untuk menjamin kesihatan tetapi malangnya kini ia terdedah kepada :

- pencemaran makanan dengan tambahan bahan kimia,
- pencemaran alam, makanan diproses oleh manusia,
- gaya hidup yang moden dan cepat / tidak sihat
- pemakanan yang tidak seimbang.

Selain bersenam dan amalan kesihatan lain ia tidak memadai jika tidak disertakan dengan program pemakanan tambahan.

Makanan tambahan bererti makanan seharian kita yang masih diperlukan untuk membentuk kesihatan yang benar-benar sempurna dan lengkap, untuk mengelakkan dan mencegah daripada menghidap penyakit. Ia merupakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mereka yang mementingkan kesihatan, dan ingin hidup lebih lama, panjang umur !

Nampaknya punca berlakunya penyakit ialah kesan tidak sempurna dan lengkapnya pemakanan, jadi ia perlukan makanan tambahan.

Mengapa Vitamin (Pemakanan Tambahan) Adalah Penting ?
(Pemakanan Tambahan Adalah Keperluan Asas, Tiada Pilihan Lagi)

- Tubuh kita perlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah vitamin.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yg kurang subur.
- Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa memasaknya,
- Gaya hidup kita mungkin mengganggu penyerapan zat makanan.
- Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan kita.
- Kita mungkin kerap makan di luar.
- Gaya hidup yang tidak aktif.
- Banyak stress di tempat kerja, di jalanan dll.
- Kerap demam atau jangkitan selesema dll.
- Makanan kini digabungkan dengan bahan kimia, bahan awet, pewarna, perisa MSG dll.
- Peningkatan penyakit berkaitan diet (serangan jantung, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis dll)

KITA SERINGKALI SALAH FAHAM AKAN PERBEZAAN DIANTARA KEKURANGAN KHASIAT DAN SAKIT SEBENAR. MASALAH BERIKUT ADALAH TANDA-TANDA BIASA DISEBABKAN OLEH PEMAKANAN DAN CARA HIDUP YANG KURANG BAIK SEPERTI MEROKOK, MINUM MINUMAN KERAS DAN KURANG SENAMAN

MASALAH YANG MUNGKIN ADA PADA ANDA IALAH :

1. KURANG TENAGA / LETIH / LESU / PENAT
2. BERAT BADAN BERLEBIHAN ATAU BERKURANGAN
3. SELALU PENING / SAKIT KEPALA ( LEBIH 3 KALI SETAHUN)
4. GUSI BERDARAH
5. MUDAH BERCALAR / LEBAM
6. PENGHADAMAN YANG TIDAK BAIK (ULSER PERUT)
7. SUKAR UNTUK BANGUN TIDUR
8. MENGANTUK
9. KEINGINAN YANG TINGGI TERHADAP MAKANAN MANIS
10. GUGUP / GEMENTAR / SEDIH
11. KEKERINGAN MATA
12. SELALU MENGGUNAKAN PIL PENAHAN SAKIT
13. SELSEMA
14. NAFAS BERBAU
15. KEBAS TANGAN / KAKI ( SIMPUL BIAWAK )
16. KEKEJANGAN KAKI
17. SAKIT / SENGAL BADAN
18. BAHU / LENGAN YANG KAKU (TIDAK MUDAH DIGERAKKAN)
19. KUKU PECAH
20. SEMBELIT
21. RAMBUT GUGUR
22. PEMAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN LEMAK



IP : 219.95.247.115

raihanis

8 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 3.35:43 ptg   [Edit]
Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai pengambilan vitamin NUTRILITE sebelum dan semasa kehamilan.

Kehamilan adalah saat-saat istimewa untuk wanita. Pemakanan yang baik sepanjang kehamilan adalah penting untuk menentukan kesihatan anak yang baru lahir. Kuantiti dan jenis makanan yang dimakan oleh wanita hamil memberi zat makanan yang diperlukan untuk memula dan mengekalkan tumbesaran dan perkembangan janinnya.

Oleh itu, tenaga tambahan diperlukan sepanjang kehamilan untuk menyokong keperluan metabolik kehamilan dan pertumbuhan janin (untuk menyuburkan semua tisu tambahan dan darah yang membekalkan bayi dengan tenaga dan nutrien). Mengikut Pengambilan Diet yang Disarankan 1989, terdapat tambahan 300 kcal/hari untuk bakal ibu pada trimester kedua dan ketiga.

Selain daripada itu, wanita juga perlukan hampir dua kali jumlah protein untuk kehamilan yang sihat. RDA semasa sebanyak 60g/hari (Lembaga Makanan dan Pemakanan, 1989) boleh diperolehi daripada 1 cawan susu dan 1 aun daging atau gantian daging yang sama.

Bagi pengamal vegetarian yang tegas, adalah lebih sukar untuk mendapatkan protein yang cukup dan memerlukan banyak penjagaan. Sumber makanan untuk vegetarian yang kaya dengan protein seperti makanan soya dan legum boleh menangani keperluan protein. Protein adalah perlu untuk pertumbuhan janin yang normal, pembesaran uterus dan buah dada, pembentukan sel darah, pengembangan jumlah darah, dan penghasilan cecair amniotik.

Wanita hamil juga digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1200 mg kalsium sehari. Ini boleh dicapai dengan mengambil 3 cawan susu atau yogurt serta makanan tambahan seperti sayuran berdaun hijau atau produk tenusu setiap hari. Kalsium memainkan peranan yang penting dalam pembangunan rangka janin dan gigi.

Seterusnya, pengambilan asid folik yang disyorkan meningkat menjadi 4.0 mg manakala zat besi adalah 30 mg semasa hamil. Ia diperlukan untuk penghasilan sel darah merah maternal dan sintesis DNA dalam pertumbuhan janin dan plasenta, pembentukan embrio dan untuk mencegah kecacatan tiub neural pramatang semasa lahir. Daging tanpa lemak, hati, kerang-kerangan, buah, jus, sayuran hijau dan bijirin lengkap adalah sumber-sumber terbaik.

Akhir sekali, tambahan 10 mg vitamin C sebagai tambahan RDA orang dewasa sebanyak 60 mg adalah disyorkan sepanjang kehamilan. Sebagai tambahan kepada peranannya menghasilkan tisu penyambung, vitamin C membaiki penyerapan zat besi dan memudahkan pengaktifan asid folik. Satu hingga dua sajian buah sitrus atau sayuran berdaun yang mentah akan memenuhi keperluan tubuh. DICETAK SEMULA DENGAN KEBENARAN AMWAY (MALAYSIA) SDN BHD.

pengambilan vitamin NUTRILITE ini sebaik-baiknya diambil oleh kedua-dua pihak iaitu suami (kecuali asid folik) dan isteri, kerana ianya boleh membantu menghasilkan benih yang berkualiti dari pihak suami. Jangan bimbang untuk mencuba, kerana vitamin NUTRILITE telah berada di pasaran dunia selama 70 tahun dan disahkan HALAL.

IP : 219.95.247.115

ella973

9 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 4.01:54 ptg   [Edit]
kak anis

boleh kasi suggestion tak, kalau kita ada masalah angin dalam badan, supplemen herba mana yg sesuai utk diamik..macam ella nie ada masalah angin, tak boleh makan nangka atau cempedak...mesti sendaw memanjang, silap2 boleh pening kepala kalau angin tak kuar...

emmm kalau Nutrilite Garlic dan Licorice, camne ok tak??

* Mesej ini telah diedit oleh ella973 pada 12hb Okt 2004 4.03:08 ptg

IP : 219.93.8.5

raihanis

10 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 4.34:31 ptg   [Edit]
ella, pilihan yang tepat. banyak lagi kelebihan Garlic ni.

Garlic telah digunakan sejak turun temurun untuk tujuan kesihatan. Persoalannya adakah ia benar-benat berkesan sebagaimana yang dikatakan? Antara penyakit yang dikatakan boleh dibantu dengan pengambilan garlic ialah penyakit cardiovascular system dan kanser.

Antara bahan aktif garlic ialah:

alliin - dalam garlic yang segar
allicin
diallyl disulphide (ia mengeluarkan bau seperti sulfur menyebabkan ada orang yang tidak suka mengambil garlic)
ajoene

Garlic juga mengandungi pelbagai bahan yang lain. Dianggarkan lebih 200 bahan terdapat dalam garlic termasuklah selenium (sejenis anti-oksident), kalsium, vitamin B, C dan sebagainya.

CVD (Cardiovascular disease)

Garlic telah didapati membantu dalam perkara-perkara ini:

mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan triglycerides (lemak di dalam darah). Garlic juga mungkin meningkatkan kolesterol baik (HDL). Bagaimanapun ada kajian mendapati kandungan kolesterol menjadi bertambah tinggi selepas pengambilan garlic. Ini adalah disebabkan kolesterol yang telah melekat di saluran darah (atherosclerosis) dikikis oleh garlic dan kolesterol ini masuk ke dalam saluran darah. Ini membuktikan keberkesanan garlic dalam mengurangkan atherosclerosis - sila lihat di bawah.

mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku (blood clot). Pembekuan darah adalah tinggi disebabkan cara hidup moden seperti kerana pencemaran udara, merokok, tekanan perasaan kerana kerja dsb, pemakanan yang banyak lemak dsb.

membantu mencairkan blood clot yang sedia ada. Ini mengurangkan risiko mendapat angin ahmar (stroke).

mengurangkan berlakunya proses atherosclerosis.

mengurangkan tekanan darah. Ia berlaku kerana beberapa sebab : garlic membuang bakteria yang tidak baik dari usus. Bakteria ini boleh menyebabkan tekanan darah naik.

garlic mempunyai kesan diuretik iaitu pembuangan air dari badan. Ini menurunkan tekanan darah.

garlic menyebabkan prostaglandins, meregangkan (relax) saluran darah dan ini juga mengurangkan tekanan darah.


Antara produk lain yang baik untuk pesakit CVD ialah Lecithin, Vitamin E dan Minyak Ikan (mengandungi EPA dan DHA).

Kanser

Garlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain.

Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.

Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.



Kelebihan-kelebihan lain

Garlic sering diambil bersama-sama Horseradish untuk merawat masalah resdung, selsema dan sinus.

Garlic memperbaiki penghadaman anda. Ia berupaya membunuh bakteria yang tidak baik di dalam perut dan usus.

Garlic membantu bagi mereka yang bermasalah membuang air (sembelit).

Sulfur di dalam garlic mempunyai ciri-ciri antibiotik dan antifungus dan ini baik untuk masalah kulit seperti psoriasis dan jerawat.

Garlic telah digunakan dengan jayanya dalam masalah rheumatoid arthiris (sakit sendi).

Garlic baik untuk pesakit kencing manis kerana ia boleh mengurangkan kadar gula.

Salah satu bahan aktif garlic, ajoene, didapati berupaya menghalang pencernaan lemak dengan membantutkan tugas enzim lipase, iaitu enzim yang bertugas memecahkan lemak sebelum ia diserap. Oleh itu lemak tidak diserap. Bagaimanapun kajian tersebut dijalankan secara in vitro (in vitro bermakna di luar badan manusia). Pembantutan tugas lipase adalah cara bekerja sejenis ubat kurus yang terbaru di pasaran (Xenical).

Perkara-perkara lain

Garlic yang tidak berbau (odourless garlic) tidak mengandungi bahan aktif sulfur. Ini mungkin mengurangkan keberkesanan garlic tersebut.

Pengambilan garlic untuk jangkamasa yang lama dan dalam dos yang tinggi perlu untuk mendapatkan kesan yang baik.

Kesan sampingan garlic termasuklah ketidakhadaman yang berlaku pada individu tertentu dan bau mulut menjadi 'busuk' - terutamanya kepada mereka yang tidak suka garlic.

* Mesej ini telah diedit oleh raihanis pada 12hb Okt 2004 4.55:06 ptg

IP : 219.95.247.115

ella973

11 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 4.42:24 ptg   [Edit]
Thanks kak anis, a very details and good info..
nah munga

IP : 219.93.8.5

shahir

12 . Dihantar pada 13hb Okt 2004 00.47:24   [Edit]
noraizzah

quote:
Boleh saya tahu berapa harga untuk ketiga-tiga supplement ini? Berminat juga tapi kot mana pun kita kena juga jaga budget!!! tambah-tambah ...

Jika berminat hubungi Shahir. Kita boleh bincang dgn lanjut lagi...

IP : 203.121.80.67

raihanis

13 . Dihantar pada 13hb Okt 2004 11.00:46 pagi   [Edit]
ella, acara menembak akan bermula nampaknya.

IP : 219.95.33.151

ella973

14 . Dihantar pada 13hb Okt 2004 11.12:53 pagi   [Edit]


nak tembak apa kak anis...burung ker

* Mesej ini telah diedit oleh ella973 pada 13hb Okt 2004 11.13:32 pagi

IP : 219.93.8.5

raihanis

15 . Dihantar pada 13hb Okt 2004 11.33:46 pagi   [Edit]

Saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai Serat Diet. Serat Diet atau biasanya dikenali sebagai makanan pelawas, adalah komponen makanan yang penting yang diperlukan oleh kebanyakan orang untuk mencapai keseimbangan diet yang lebih baik. Ia menawarkan banyak faedah, seperti menggalakkan sistem salur pencernaan yang sihat dan mencegah sembelit. Serat diet banyak ditemui dalam buahan, sayuran dan bijirin lengkap.

Apakah serat diet?

Ia adalah campuran tujuh komponen berbeza yang sangat kompleks. Terdapat dua jenis serat yang utama: serat larut dan serat tidak larut.
Serat tidak larut ditemui dalam kulit buahan dan sayuran, biji dan produk gandum lengkap. Ia membantu agar usus berfungsi dengan betul. Bahagian serat diet yang boleh larut bukan sebenarnya bersifat berserat, tetapi walau bagaimanapun adalah tahan daripada pencernaan. Ia terdiri daripada bahan-bahan seperti pektin, gusi dan musilaj.
Serat larut ditemui dalam buahan, sayuran, dedak oat, barli, kacang yang dikeringkan dan kekacang. Kesemuanya membantu dalam mengawal tahap kolesterol dan gula dalam darah.


Kesan serat diet dalam kolon manusia
* Menambah berat najis
* Meningkatkan kekerapan pembuangan air besar
* Mengurangkan masa peralihan
* Mencairkan kandungan kolon
* Meningkatkan pertumbuhan mikrobik yang baik
* Mengubah metabolisme tenaga
* Menyerap bahan-bahan organik dan bukan organik

Pertimbangkan Suplementasi

Adakah anda mendapat serat diet yang cukup? Adakah anda makan sekurang-kurannya 5 sajian buahan dan sayuran setiap hari? Sekiranya jawapan anda TIDAK dapatkan serat daripada NUTRILITE Fruit and Vegetable Fibre. Setiap tablet memberi sebatian serat larut dan tidak larut yang seimbang daripada 8 sumber tumbuhan semulajadi:

Serat Lemon, Dedak Oat, Akasia, Palpa Ceri Aserola, Dedak Barli, Palpa Karot, Dedak Jagung dan Dedak Soya.
Tablet boleh kunyah ini sesuai untuk orang dewasa yang mempunyai masalah untuk menelan tablet. Juga sesuai khususnya bagi sesiapa yang ingin mengelakkan bahan tambahan tiruan.

p/s : ella, acara menembak tu best gak. rasa ringan je badan.

IP : 219.95.33.151

ella973

16 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 08.21:50 pagi   [Edit]
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

time bulan puasa la best sebab kita dapat menjaga permakanan kita..... disamping amik makanan yang berpatut time berbuka dan bersahur... amalan pengambilan supplemen pun amat digalakkan untuk mengekalkan kecergasan contohnyer Daily dan Bio C. Kalau nak memastikan perut sentiasa kenyang pulak, boleh gantikan hidangan bersahur dengan minuman Protein Powder...

IP : 219.93.8.5

raihanis

17 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 10.42:40 pagi   [Edit]
quote:
Kalau nak memastikan perut sentiasa kenyang pulak, boleh gantikan hidangan bersahur dengan minuman Protein Powder...



boleh juga dicampur dengan Positrim. bukan saja kenyang,
malah boleh menurunkan berat badan.

IP : 218.208.192.239

shahir

18 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 11.01:32 pagi   [Edit]


Kepada warga MDC Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Salah satu drp kebaikan Vitamin C dan E, ianya mengurangkan risiko Alzheimer. Sekiranya kedua2 vitamin ini diambil bersama setiap hari, ia dapat mengurangkan risiko penyakit Alzeimer di kalangan orang tua.

Sayangi ibu bapa kita...selain drp hadiah baju raya, duit raya, kuih raya yg dibawa pulang ke kampung, pecahkan tradisi keluarga dgn membekalkan suplemen spt Daily, Bio C, Lecithin E utk mereka yg kita sayangi.

IP : 218.111.61.203

raihanis

19 . Dihantar pada 16hb Okt 2004 8.29:37 mlm   [Edit]
Mencari Kelegaan?

Kembung? Lekas Marah? Keinginan terhadap seks menurun? PMS (Sindrom Sebelum Haid) mempunyai lebih daripada 150 simptom yang 60 peratus hingga 80 peratus daripada wanita mungkin mengalaminya semasa dua minggu sebelum bermulanya aliran haid. Perubahan badan yang sembarangan ini dipesatkan oleh ketidakseimbangan tahap estrogen dan progesteron. Wanita yang mengalami PMS yang teruk mempunyai penukaran asid linoleik (EFA) kepada asid gamma linolenik (GLA) yang melemahkan. Penggunaan asid lemak seperti GLA mungkin mengurangkan simptom-simptom yang dikaitkan dengan PMS.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kemurungan setiap bulan? Wanita bersama dengan pakar dan penyelidik perubatan mendapati bahawa penawar herba semula jadi memberi keselesaan yang hebat dan menawarkan penyelesaian terhadap kesengsaraan setiap bulan.

Gabungan Herba Berkuasa yang Berkesan NUTRILITE EPO Plus menawarkan campuran sumber GLA (asid gamma-linolenik) semula jadi yang paling kaya yang unik dan lembut, untuk membantu anda kembali seimbang.

Rumusan NUTRILITE yang eksklusif mengandungi Minyak Evening Primrose dan Borage untuk memberi campuran unik asid lemak perlu yang dikenali sebagai GLA. Ia juga mengandungi Chasteberry, Halia dan Dong Quai dengan Ekstrak Bioflavonoid Sitrus, sebagai Sebatian Tumbuhan Phytonutrient. Gabungan sains dan tradisi yang berkuasa ini memberi sokongan pemakanan untuk kesejahteraan wanita sepanjang pusingan haid mereka.

Minyak Evening Primrose telah pun diguna dalam beberapa kajian menyokong penggunaan bagi kesakitan buah dada, PMS, ekzema, menopaus dan artritis reumatoid. Ia mengandungi kira-kira 72% asid linoleik dan 9% GLA. Kuasa GLA datang daripada pengeluaran antikeradangan; bahan seperti hormon yang dipanggil prostaglandin (PGE 1). PGE 1 bertanggungjawab terhadap pelbagai faedah kesihatan dan kecantikan seperti keupayaan untuk melegakan kulit, menggalakkan penyembuhan dan mengawal kehilangan air.

Minyak Borage adalah sumber GLA yang paling kaya dan mengandungi 20-26% GLA. Ia sangat bernilai kepada mereka yang tidak boleh membentuk GLA yang cukup disebabkan faktor diet dan gaya hidup, seperti penuaan, diabetes, pengambilan alkohol dan kolesterol yang tinggi, karsinogen bahan kimia, tekanan dan turun naik hormon. 2-4 gm Minyak Borage setiap hari boleh menawarkan kelegaan daripada kekejangan, kelembutan buah dada, pengekalan air (bengkak air) dan kebolehrengsaan dan mengembungkan salur darah, jadi aliran darah boleh mengalir lancar, dan mengawal pembekuan darah.

Chasteberry sangat dikenali sebagai VITEX, memperbaiki pengaliran progesteron, meningkatkan hormon 'luteinizing' dan prolaktin, dan mencegah pelepasan hormon yang merangsang folikel. Herba ini membantu mengawal pusingan haid untuk wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga. Ia boleh membantu menormalkan haid, memendekkan pusingan yang panjang atau memanjangkan yang pendek. Chasteberry juga membantu memulihkan fungsi kelenjar pituitari seperti biasa.

Dong Quai adalah berguna untuk mengimbangi dan merawat banyak sistem wanita dan pusingannya. Unsur-unsur yang terdapat di dalamnya boleh bertindak untuk merangsang sisem saraf pusat yang boleh mengubat kelemahan dan sakit kepala yang dikaitkan dengan gangguan haid. Ia menguatkan organ pembiakan dalaman dan melegakan keadaan menopaus. Kandungan zat besinya yang tinggi boleh membantu mencegah kekurangan zat besi dan menggalakkan peredaran darah. Mengikut sejarah, Dong Quai telah lama diguna oleh wanita Cina.

Halia dengan kesannya yang menenang terhadap sistem gastrousus boleh membantu mencegah loya, mabuk menaiki kenderaan dan mabuk hamil.Tindakan mengurangkan loya daripada halia telah menyebabkan keupayaannya meningkatkan cecair pencernaan, serta menyerap dan meneutralkan toksin dan asid perut.

Bioflavonoid sebagai Sebatian Tumbuhan Phytonutrient ditemui dalam kulit putih buahan sitrus. Bioflavonoid membantu dalam penyerapan vitamin C dan melindunginya daripada pengoksidaan, oleh itu ia memperbaiki dan memanjangkan fungsi dan ketersediaannya. Bioflavonoid membantu mengekalkan kapilari dan menguatkan kapilari darah yang telah dilemahkan seperti gusi berdarah, pendarahan haid berlebihan dan keguguran serta-merta.

NUTRILITE EPO Plus

Produk wajib untuk wanita yang mementingkan keharmonian & kesejahteraan
rumahtangga, juga menjadi keutamaan dalam penjagaan kesihatan dalaman wanita

* Mesej ini telah diedit oleh raihanis pada 16hb Okt 2004 8.33:01 mlm

IP : 219.95.243.224

jamd

20 . Dihantar pada 18hb Okt 2004 08.08:22 pagi   [Edit]
Sempurnakan Puasa Anda dengan Nutrilite


Oleh Dr Abdul Aziz Hj Kechil

Orang berpuasa kerana pelbagai alasan contohnya dari segi perubatan atau atas tuntutan agama. Bagi orang Islam, berpuasa di bulan Ramadhan setiap tahun adalah suatu kewajiban.

Penyelidikan-penyelidikan oleh saintis menunjukkan dengan jelas bahawa berpuasa atau kurang makan adalah satu amalan yang baik yang bukan sahaja mengurangkan berat badan tetapi juga meningkatkan kesihatan dan memanjangkan usia. Sebaliknya, ketika berpuasa kita sering mendengar kemunculan gejala-gejala seperti letih, lesu, pening kepala, berat badan meningkat dan mudah jatuh sakit. Mengapa semua ini berlaku? Ini berkemungkinan adalah disebabkan tabiat makan yang tidak betul ketika berpuasa.

Apakah langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk memperbetulkan keadaan ini?

Pertama, kita perlu mempunyai pengetahuan tentang pemakanan supaya kita dapat memanfaatkannya ketika berpuasa.

1. Ketika berbuka puasa kelaparan seharian berpuasa akan mendorong kita makan dengan banyak.
2. Makanan yang biasa kita makan kebanyakannya adalah karbohidrat saperti nasi, mi, bihun, kuayteow, kuih-muih dan minuman yang manis. Semua ini tidak mengandungi zat, kurang berkhasiat, mengemukkan dan seterusnya membawa penyakit.

Kesemua makanan ini mempunyai kalori sahaja dan tidak memberi kita bahan nutrien yang diperlukan oleh tubuh seperti protein (asid amino perlu), lemak (asid lemak perlu), vitamin-vitamin, zat-zat galian, "unsur surih", "fitofaktor", serat dan antioksidan.

Kedua, kita perlu makan untuk mengisi perut yang kosong dan memberi keperluan nutrien untuk tubuh. Makanlah buah-buahan dahulu ketika berbuka puasa. Pengat, kuih-muih yang direbus atau dibakar dalam oven (bukan dengan api terbuka) adalah lebih baik daripada yang digoreng.

Ketika bersahur juga, eloklah memakan buak-buahan. Seterusnya, pengambilan suplemen makanan juga perlu diamalkan untuk memenuhi kekurangan nutrien untuk tubuh bagi mencapai kesihatan yang optimum. Pelbagai jenis produk Nutrilite boleh membantu anda mengisi kekurangan tersebut.

Petua amalan pemakanan untuk kesihatan yang baik:
a) Hadkan pengambilan makanan yang diproses
b) Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak atau bergoreng. Gantikan dengan makanan yang dikukus atau direbus.
c) Tambahkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
d) Makan lebih banyak daging putih seperti dada ayam dan ikan, kurangkan daging merah.
e) Kurangkan minuman manis, kopi dan minuman berkarbonat.
f) Minum lebih banyak air bersih yang ditapis dengan Sistem Rawatan Air Amway.
g) Tambahkan zat-zat makanan dengan produk Nutrilite.

Berikut adalah saranan resipi-resipi untuk berbuka puasa, selepas sembahyang terawih dan juga sahur untuk dimakan bersama produk Nutrilite.

Resipi untuk Berbuka Puasa(untuk 3 orang)
Makan sekurang-kurangnya tiga jenis buah-buahan seperti mangga, epal, pear, jambu, betik, nanas, tembikai dan lain-lain. Ini memberi pepejal dan serat untuk memenuhkan perut yang kosong. Untuk mendapatkan bahan makanan saperti asid amino, vitamin dan lain-lain, diet cecair adalah disyorkan.

Anda boleh pilih satu daripada tiga formula yang diberi di bawah.

Formula 1
Segelas susu kacang soya (sebaiknya dibuat sendiri di rumah)
1 skup Nutrilite Protein Powder
1 biji epal hijau, nanas atau karot
*Ketiga-tiga bahan di atas boleh dikisarkan bersama
1 biji Nutrilite Daily
2 biji Nutrilite B Complex
2 biji Nutrilite Bio-C Plus
2 biji Lecithin E
1 biji Calcium Magnesium


Formula 2
Segelas air (air yang ditapis, dan bukan terus dari paip air)
1 skup Nutrilite Protein Powder
1 biji epal hijau, nanas atau karot
*Ketiga-tiga bahan di atas boleh dikisarkan bersama
1 biji Nutrilite Daily
2 biji Lecithin E
1 biji Calcium Magnesium


Formula 3
Segelas susu kacang soya (sebaiknya dibuat sendiri di rumah)
1 paket Nutrilite Positrim (perasa kopi, vanila atau coklat)
1 biji epal hijau, nanas atau karot
*Ketiga-tiga bahan di atas boleh dikisarkan bersama
1 biji Nutrilite Daily
2 biji Lecithin E
1 biji Calcium Magnesium


*Formula-formula ini adalah untuk kegunaan sendiri sahaja dan bukan untuk dipek atau dijual.
Jika anda mempunyai masalah untuk menelan tablet, formula-formula di atas juga boleh dikisar semuanya. Namun, formula yang telah dikisar perlu dimakan terus selepas dikisar kerana ia tidak boleh disimpan.


Selepas sembahyang terawih
Sekiranya masih lapar selepas sembahyang terawih, makan nasi dengan lauk atau kuih-muih atau capati dengan ikan/ayam yang tidak dimasak secara goreng atau mengguna minyak. Minyak sayur memberi mudarat apatah lagi jika diguna untuk menggoreng. Kita boleh mengambil 3 biji Nutrilite Natural Fruit and Vegetable Fibre sebagai pengganti nasi agar perut kita berasa kenyang. Ini bukan sahaja amalan yang lebih baik tetapi juga menambahkan kesihatan kerana serat menghalang sembelit dan masalah kesihatan yang lain.

Sebelum tidur (lebih kurang 2 jam sebelum tidur)
Bancuh 1 skup Nutrilite Protein Powder dengan 3/4 gelas air, jus atau milo (jangan terlalu panas).

Resipi untuk Bersahur (untuk satu orang)
Formula 1
Makan seperti biasa tetapi kurangkan makanan masakan bergoreng.
Ambil suplemen produk Nutrilite seperti berikut:
1 biji Lecithin E
1 biji B-Complex
1 biji Bio C Plus
1 biji Salmon Omega-3

Formula 2
Segelas air
Nutrilite Protein Powder
1/2 paket Nutrilite Positrim (perasa kopi, vanila atau coklat)
1 biji Lecithin E
1 biji B-Complex
1 biji Bio C Plus
1 biji Salmon Omega-3

Anda juga digalakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kandungan karbohidrat dalam makanan yang kita makan pada hari ini adalah tinggi contohnya nasi, mi, bihun, koayteow, roti, roti canai, roti bom dan apatah lagi sekiranya digoreng dengan minyak sayur yang mengandungi "asid lemak trans dan radikal bebas". Kesemua ini boleh menyebabkan gejala-gejala tidak sihat kepada tubuh.

Dengan amalan memakan secara berpatutan yang disyorkan di sini, semoga anda semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan memanfaatkan faedah kesihatan serta mengekalkan kecerdasan fikiran di sepanjang bulan puasa.

Selamat Berpuasa.

IP : 61.6.163.24

ella973

21 . Dihantar pada 18hb Okt 2004 09.02:35 pagi   [Edit]
Good Info Jamd...

IP : 219.93.8.5

raihanis

22 . Dihantar pada 19hb Okt 2004 11.32:39 pagi   [Edit]
quote:
Segelas susu kacang soya (sebaiknya dibuat sendiri di rumah)
1 paket Nutrilite Positrim (perasa kopi, vanila atau coklat)


lebih suka campur dgn perasa vanila. sedap dan mengenyangkan.

dan kepada yang malas bangun sahur tu, minumla segelas
Positrim utk alas perut. org yg ada gastrik pun boleh
tahan puasa sampai masa berbuka. takde rasa pedih ulu
hati, rasa pedih perut dek lapar dan sebagainya.

berdasarkan pengalaman sendiri.

IP : 219.95.212.222

shahir

23 . Dihantar pada 19hb Okt 2004 1.08:13 tghari   [Edit]
quote:
Sebelum tidur (lebih kurang 2 jam sebelum tidur)
Bancuh 1 skup Nutrilite Protein Powder dengan 3/4 gelas air, jus atau milo (jangan terlalu panas).


Bila malas nak bersahur, cuba try minum Protein powder yg dicampur dgn jus. Selain tu ambil sekeping roti fibre. Mmg tak rasa lapar dan perut pun tak pedih2 sbb menahan kelaparan.

IP : 218.111.21.178

raihanis

24 . Dihantar pada 20hb Okt 2004 3.21:02 ptg   [Edit]
dah try satu lagi menu ni, time bersahur.

campurkan protein berry, blend ngan pisang sket dan
juga air batu . nyum nyum nyummmm. kalau hari2 sahur
macam ni, mmg slim la nanti.

IP : 219.95.58.37

shahir

25 . Dihantar pada 21hb Okt 2004 08.57:50 pagi   [Edit]
Jika baru ingin mengambil supplemen Nutrilite, mulakan dengan pengambilan Daily.



Kandungan dan Faedahnya:

- Satu tablet sehari memberi anda 100% atau lebih kesemua 11 vitamin penting AS RDI - A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, B12, C, D, E dan asid pantotenik; serta 7 mineral penting - kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum dan zink.

- Memberi perlindungan pemakanan yang luas dan nutrien seimbang yang membantu memenuhi keperluan metabolisme, tumbesaran, pembentukan sel-sel darah dan hormon.
Mengandungi Pekatan Alfalfa, Selada Air,Pasli, Bayam, Karot dan Ceri Aserola NUTRILITE yang eksklusif - memberi PHYTONUTRIEN kuasa tumbuhan untuk memaksimumkan nilai pemakanan.

Pengalaman sendiri

Sejak amalkan Daily, Shahir tak lagi rasa lenguh2 serta segar bertenaga setiap kali bangun pagi. Selain tu, Shahir boleh berjaga sampai larut malam dan esok paginya masih boleh bangun awal seperti biasa.

Minggu lepas, ada beberapa orang yg beritahu pd Shahir. Sejak amalkan supplemen ni Daily, dia tak lagi terasa flatkalau kena stay back utk siapkan tender, dan masih boleh kerja dan stay up "awake" tak tidur sampai keesokan harinya.

Dan ada gak yg beli utk mak. Katanya, mmg elok makan Daily utk kesihatan serta tenaga. Menurutnya pd. Shahir "Kak, sejak mak saya ambil Daily, dia dah OK. Tak lagi sakit2 badan..., Ni nak order utk mak, sebelum saya gi Jepun" . Alahai anak omak. Bertuahnya siibu, dapat anak yg prihatin akan kesihatan beliau.

IP : 219.95.200.200

ella973

26 . Dihantar pada 22hb Okt 2004 09.20:31 pagi   [Edit]
upkan topik ni...

Fruit and Fibre dah ada stok balik...hehehe...kalau sape2 yg teringin nak try esp sape yg dok iku 3 Days Diet Amway tu...dah boleh order from ur dealer..

IP : 219.93.8.5

raihanis

27 . Dihantar pada 22hb Okt 2004 1.53:15 tghari   [Edit]
ella, Lecithin E ada tak? ada dpt oder nak 2 botol, akak pun
nak oder lagi 2 botol. harap2 Protein Berri ada stok. dah
lama sangat duk ngidam tak beli. dah penah beli tapi kesian
pulak dkt member yg nak try tu. beli lagi, tapi yg plain je
la. tak teringin pulak nak minum.

IP : 219.95.63.67

ella973

28 . Dihantar pada 22hb Okt 2004 2.15:10 ptg   [Edit]
LE tak sure kak, stok saya pun dah abis nie...agak2 hujung bulan kot

IP : 219.93.8.5

santanpandan

29 . Dihantar pada 22hb Okt 2004 2.23:49 ptg   [Edit]
Nak share sikit dgn member-member mdc.

Sejak SP ambil fruit & vegetable fibre, tiap-tiap pagi lepas sahur mesti pergi toilet. Bagus betullah.

Raihanis,

Macammana dgn diet dlm bulan puasa ni,ada turun tak ?. SP akan pergi timbang pada 25 hb ni. Harap-harap turun lagilah hendaknya.

IP : 219.93.191.226

raihanis

30 . Dihantar pada 22hb Okt 2004 2.30:47 ptg   [Edit]
kalau LE sampai ujung bulan, tunggu bulan depan je la.

sp, i baru je buat detox seminggu. dah lose 3kg. lps abis
detox baru nak start diet dgn supplemen ni.

* Mesej ini telah diedit oleh raihanis pada 22hb Okt 2004 2.39:23 ptg

IP : 219.95.63.67

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "