Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> MELILEA : : MELILEA GREEN FIELD ORGANIC : KESIHATAN ORGANIK
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : MELILEA : : MELILEA GREEN FIELD ORGANIC : KESIHATAN ORGANIK
erin77

1 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 11.04:27 pagi   [Edit]
GREENFIELD ORGANIC merupakan makanan organik paling bersih dan paling berzat didunia ini. Ia merupakan makan kesihatan dan bukan ubat-ubatan.

KEBAIKAN GREEFIELD ORGANIC :

1. Mencegah pelbagai penyakit moden
2. Mengekalkan kesihatan
3. Melangsingkan badan
4. Menguatkan sistem imun
5. Membersihkan toksin dalam darah.
6. Mengaktifkan sel-sel badan.
7. Mengimbangkan sistem endokrin.
8. Menyelaraskan metabolisme.
9. Terapi berpuasa.
10. Mempertingkatkan fungsi fisiologi badan

MEYEPADUKAN 3 FUNGSI UTAMA YANG BER MANFAAT !
>>> Fungsi Makanan Organik
>>> Fungsi Teori Pemulihan Semula jadi
>>> Fungsi Naturopati.

IP : 219.93.195.90

erin77

2 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 11.17:56 pagi   [Edit]
TESTIMONI : LELAKI 65 THN, BERSARA

Mengidap tekanan darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, badan gemuk, perut buncit,kaki busuk, sengal2 tulang, gout, sakit sendi. Saya mengalami hampir segala ketidakselasaan yang anda boleh bayangkan. Setiap hari letih lesu, perlu tidur lebih 10jam dan minum semangkuk ubat utk hidup.

REAKSI PEMULIHAN :

Sehari selepas mengambil produk, saya pergi ketandas 10kali (buang air besar secara normal, bukan cirit-birit) dan membuang najis berwarna gelap. Badan kurang bertenaga tetapi nampak lebih segar. Keaadaan ini berlanjutan selama 2 mingg. Kemudian tidak kerap ke tandas, cuma 5-6 kali sehari. Warna najis beransur berwarna kekuningan. Tempoh tidur juga berkurangan. Cuma 8-9 jam sehari. PAda bulan ke tiga, saya berupaya bersenam dan berjalan2 ditaman selama 3 jam setiap hari. Ubat yg saya mkn berkurangan 90% . Kaki busuk yang berpunca daripada penyakit kencing manis sudah kembali normal.

IP : 219.93.195.90

erin77

3 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 11.24:05 pagi   [Edit]
TESTIMONI : IZAM 32 THN , LELAKI

MASALAH : PERUT BUNCIT, TUMIT KAKI SAKIT, KULIT WAJAH BERMINYAK, BERAT BADAN 85kg.

REAKSI PEMULIHAN : PERUT SUDAH SEMAKIN SUSUT, TUMIT KAKI BERANSUR BAIK, KULIT WAJAH YG KUSAM DAN BERMINYAK SEMAKIN TIDAK BERMINYAK , BERAT BADAN BERKURANGAN KE 80KG DALAM MASA 3 MINGGU.

IP : 219.93.195.90

erin77

4 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 11.30:17 pagi   [Edit]

UNTUK mereka yang ingin menurunkan berat badan. Tunggu apa lagi.. Ternyata produk ini bukan ubat-ubatan yg memudaratkan kesihatan..s

IP : 219.93.195.90

erin77

5 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 12.00:42 tghari   [Edit]


Actually product ni masih baru jugak di pasaran.Erin tau dari bapa mentua yg lepas eksiden motor . Muka dia terparut atas jalan. So memang teruk gak.Dia mkn melilea nie, then selang beberapa minggu eryn tengok kulit dia dah semakin serata , luka parut pun dah tak nampak sgt. Tu yang erin mula bertanya2 produk yg dimakannya.

Sekarang nie erin dah mengamalkannya dan ramai kengkawan opis dah menggunakannya. Ternyata badan terasa ringan, sihat dan yg pentingnya, berat semakin turun dan turun....

Nak paste kan gambar product nie.. tapi tak tau camner..

IP : 219.93.195.90

adrianna

6 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 2.18:22 ptg   [Edit]
milelia ni yg logo die crown tu kan?

IP : 210.186.228.112

erin77

7 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 2.43:15 ptg   [Edit]
yer... logo dia bentuk crown.. kalu rajin surf lah laman web : www.melilea.com

IP : 219.93.195.90

erin77

8 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 5.35:15 ptg   [Edit]

IP : 219.93.195.90

erin77

9 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 5.37:20 ptg   [Edit]

IP : 219.93.195.90

erin77

10 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 5.38:48 ptg   [Edit]

IP : 219.93.195.90

erin77

11 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 5.42:16 ptg   [Edit]
Testimony

IP : 219.93.195.90

adrianna

12 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 5.53:04 ptg   [Edit]
yuppp...mmg betoiiii....produk ni mmg mkn utk kurus , kulit pun cantik..........

IP : 210.186.228.112

erin77

13 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 08.55:43 pagi   [Edit]

adrianna..
memang betul.. saper yg dah mkn baru tau kebaikan melilea nie.. badan pun terasa ringan.. takde nak malas2 lagi dah..

IP : 219.93.195.90

cikgu_taska

14 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 08.56:19 pagi   [Edit]
Aku pun salah seorang pengamal minuman MElilea nie..so far memang alhamdulilah..mmg nampak cara pembuangan toksin tu berlaku..

So far tindak balas yg terjadi pada aku cuma dlm masa pembuangan air jerk..nak cerita kat sini takut ada yg geli nanti..kekke..nak tau...email aku..

Pada pendapat aku..Melilea nie bukan saja untuk Menurunkan berat badan..tapi untuk menaikkan berat badan pun boleh..Aku ada baca dlm pamplet Melilea..Untuk orang yg terlalu kurus pun boleh..dan terlalu gemuk pun boleh..

Sebenarnya..fungsi utama barangan nie adalah untuk membuang segala toksin yg terkumpul dlm badan kita..Tu yang kulit boleh cantik dan berat badan pun boleh turun..

Bahan yang terkandung dlm Melilea nie..100% terdiri drp sayur-sayuran..Kita nie tak semua sayur yg boleh telan..macam aku..sayur sawi tak makan..terung tak makan..senang kata aku memilih..kalau tekak tak mau sayur..mmg aku tak sentuh sayur..Jadi dengan mengambil Melilea nie..rasanya dah semakin bertambah sayur-sayuran yg aku kurang sangat pengambilannya dulu..La nie alhamdulilah..berat makin turun..jerawat pun tak rajin naik macam dulu..dah dekat sebulan aku ambik melilea nie..dan sampai sekarang..pembuangan toksin masih lagi berlaku..bermakna...dah banyk sangat toksin dlm badan nie terkumpul..

IP : 210.186.228.7

erin77

15 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 08.59:28 pagi   [Edit]
adrianna ...
awak mcm dah pernah mkn jerr melilea nie...

IP : 219.93.195.90

erin77

16 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 09.03:37 pagi   [Edit]
cikgu taska & adrianna..

mari kita kempen.. produk baik mcm melilea nie... BENDA BAIK ELOK DIKONGSI BERSAMA..

nah bunge...

IP : 219.93.195.90

cikgu_taska

17 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 09.14:33 pagi   [Edit]
Erin..
Insyallah kalau berkesempatan..Sekarang nie ramai jugak yg ada kat area rumah saya minum Melilea nie...Ada tu naik ruam satu badan bila minum..Tapi alhamdulilah..seminggu lepas tu hilang..dia ada masalah bengkak kelenjar dekat punggung tu..bila minum nie..alhamdulilah...hilang pulak..tak payah dok tahan rasa sakit bila naik keta 2 ke 3 jam..

Kebanyakan yg saya perhatikan..Melilea nie banyak diamalkan oleh orang-orang cina..Produk nie pun saya amalkan sebab dia..Dia ada masalah Kanser Payudara..Dan sekarang rasanya dah ok..dah nampak perubahan pada dia..dengarnya macam dah kurang kanser tu..

La nie ada satu cikgu yg sekarang nie sedang mencuba minuman nie..Dia sekarang nie ada problem kanser hidung..mungkin sebab resdung..sampai tak boleh ke sekolah mengajar..terbaring 24 jam kat rumah..Dlm pertengahan bulan 10 nak buat operation untuk buang akar..Masih blm sempat nak hubungi dia untuk tahu perkembangan lanjut..Harap-harap kurang ler penyakit dia..

Salah satu fungsi Melilea nie juga untuk melawan dan menghalang Kanser..

IP : 210.186.228.7

erin77

18 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 09.19:51 pagi   [Edit]

ORGANIC SESUAI UNTUK ORANG-ORANG BERIKUT: 1) Mereka yang sedar bahawa pengeluaran makanan- makanan yang melibatkan penggunaan racun makhluk perosak dan baja kimia membahayakan kesihatan. 2) Mereka yang ada tanda-tanda sembelit dan bawasir. 3) Mereka yang terlalu gemuk atau ingin melangsingkan badan. 4) Mereka yang lemah-longlai dan ingin menambahkan berat badan. 5) Wanita yang mengalami senggugut dan haid tidak sekata. 6)Halangan putus haid. 7) Masalah tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah. 8) Masalah kolesterol tinggi. 9) pesakit kencing manis. 10) Mereka yang menghidap sakit buah pinggang. 11) Masalah hepatitis dan hati yang gagal berfungsi. 12) Masalah saluran gastroususnya tidak berfungsi normal. 13) Mereka yang mengalami pengerasan pembuluh darah. 14) Masalah kulit.t 15) Masalah sengal-sengal tulang. 16) Masalah sendi. 17) Bintik orang tua-tau, jagat dan jerawat. 18) Masalah batu karang. 19) Masalah tumor. 20) Masalah kanser. 21) Masalah vena varikos. 22) Masalah epilepis. 23) Mereka yang semakin lemah potennya. 24) Mereka yang ingin mengekalkan kejelitaan. 25) Mereka yang mementingkan kesihatan tubuh badan. 26) Mereka yang berumur 40 tahun ke atas, sedar akan penyahtoksikan dan menjaga kesihatan dengan baik. 27) Mereka yang ingin memperbaiki keadaan tubuh, enggan mengambil ubat atau menjalani pembedahan. 28) Mereka yang sedar bahawa makanan organik penting untuk kesihatan. REGIMEN BERPUASA GREENFIELD ORGANIC (Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) khususnya mengesyorkan GREENFIELD ORGANIC Nutrition & Revilatex sebagai makanan terbaik untuk berpuasa) Greenfield Organic ialah pengganti yang terunggul sebelum berpuasa, semasa berpuasa dan selepas berpuasa, di samping membekalkan zat-zat makanan yang secukupnya. Kesan penyahtoksikannya jauh lebih baik, lebih menyeluruh dan lebih efektif berbanding dengan cara-cara berpuasa lain. GREENFIELD ORGANIC REAKSI-REAKSI POSITIF SELEPAS PENGGUNAAN Jangka masa pendek: Guna selama 3 - 6 hari 1) Kerap buang air besar. Kerap pergi ke tandas. Najis yang menyumbat saluran kolon disingkirkan. 2) Perut tidak selesa dan mengandungi gas berlebihan. Ini ialah reaksi penyahtoksikan yang semula jadi di tubuh kita. 3) Jika pH tubuh anda berasid atau anda pernah mengidap penyakit dahulukala, bahagian-bahagian lemah tubuh anda mungkin berasa sakit. 4)Najis timbul di permukaan air, berwarna kuning keemasan. Ini menunjukkan sistem pencernaan dan keadaan tubuh telah diperbaiki. Jangka masa panjang: Guna selama 6 - 45 hari 1) Kurangkan kandungan air di dalam kolon. Kandungan toksin di dalam najis juga diturunkan. 2) Mencegah toksin yang tidak diingin daripada terserap ke dalam tubuh dan mengurangkan beban sistem hati. 3) Toksin di dalam setiap organ dan aliran darah akan dikurangkan secara perlahan. Paras oksigen akan meningkat dan anda berasa lebih bertenaga. 4) Pada masa ini, paras toksin di dalam tubuh akan menurun secara drastik. Anda bereasa lebih sejahtera dan wajah juga kelihatan lebih berseri-seri. 5) Melaraskan sistem hormon dan meringankan ketidakseimbangan hormon. Ini dapat mencegah warna kulit yang kemerah-merahan, pempigmenan kulit dan jagat. 6) Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi dan menghidap penyakit hati, atau penyakit membawa maut yang lain, ia akan mula sembuh atau dilegakan dengan nyata sekali. Jangka masa panjang: Guna selama 45 hari ke atas. 1) Toksin di dalam tubuh akan disingkirkan. 2) Apabila penyakit di tubuh anda semakin ringan, anda mula pulih secara beransur-ansur. 3) Keupayaan untuk mencegah penyakit daripada merebak sangat berkesan. Ini membolehkan anda mencapai kesihatan secara semula jadi, hidup lama dan kekal bersemangat. Berminat beli greenfield organic sila hubungi saya...

IP : 219.93.195.90

erin77

19 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 09.25:45 pagi   [Edit]
erm... betul tur..

erin pun walaupun baru lagi dengan melilea nie.. dah dengar byk citer pasal kebaikan melilea.. YUPP.. memang org cina ramai menggunakan..

satu lagi.. melilea nie sesuai untuk kita mkn time2 posa nie. dah try dah.. memang xder sgt rasa lapar.. mcm biasa jer..

erin sebenarnya x pernah nak jadik ahli mana2 MLM nie.. tak terpk langsung.. just mkn produknyer jer.. tapi semua x ok.. or maybe x sesuweii.. tapi lepas dah cuba melilea nie.. hatiku terpaut.. .....

PUAS HATI..MEMANG PUAS HATI...

IP : 219.93.195.90

firwanies

20 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 09.53:26 pagi   [Edit]

Erin, consume Melilea nie memang bole kurus ke? I ada gak try produk nie, dah dekat sebulan tapi setakat nie takde perubahan pun. tension gak, beli mahal2 tapi tak nampak kesan. ' membuang' pun tak de kuar yang luar biasa. tolonglah bagi panduan camne makan Melilea untuk kurus. I consume, setengah scoop pagi before breakfast dan petang before dinner. Nasi i jarang ambik, makan protein jek. malam pun jarang sangat makan. tapi, badan maintain gitu. naik kat penimbang, jarumnya tak mau berganjak dari angka sedia ada. ada apa-apa rahsia ke? TOLONGLAH... desperate nak kurus, nak naik pelamin lepas raya nie. he...he...he...

IP : 218.208.248.74

cikgu_taska

21 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 10.33:58 pagi   [Edit]
Cara saya makan: Satu skop Melilea dibancuh dengan Oren Jus..Setengah jam sebelum sarapan..Selepas minum..tunggu dlm setengah jam..baru minum air kosong..
Petang pun macam tu jugak..kadang-kadang dalam masa satu hari saya ambik sampai 3 kali..hehhehe

firwanies
Selalu ambik..atau jarang-jarang..macam saya nie..kadang tu miss gak..tapikan kalau ambik..mesti buang air tu ada perubahan..macamana yerk awak kata tak der perubahan langsung..apa pun jangan give up dulu..teruskan..mungkin feed back tak pada pembuangan air..mungkin cara lain..macam sakit kepala...sentiasa sendawa..lain orang lain ragamnya..


IP : 210.186.228.56

yana2006

22 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 10.59:27 pagi   [Edit]
melilea ni produk apa?.....mana boleh beli produk ni...berapa harga dia?

IP : 219.95.244.136

erin77

23 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 12.07:08 tghari   [Edit]
yana..

kalu nak tau lebih lanjut.. call lah erin.. nanti kita leh citer panjang lebar..

IP : 219.93.195.90

sriputri

24 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 12.07:49 tghari   [Edit]
Sri pun memang berminat dengan produk ni... boleh tak bagi info lebih sket pasal harga... kalau boleh nak mintak poskan kepada sri... nak jumpa susah sket la... terima kasih

IP : 202.188.139.77

erin77

25 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 12.14:21 tghari   [Edit]
firwanies..

Ada satu kaedah yg boleh digunakan.. iaitu TERAPI PUASA.. untuk kesan yg maksimum..

nak citer panjang sgt..

kalu rajin call erin.. nanti kita citer kan..

jgn putus asa.. kay

IP : 219.93.195.90

erin77

26 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 12.17:27 tghari   [Edit]
sri putri..


HARGA MELILEA : RM198 - harga biasa
HARGA AHLI : RM168 +

IP : 219.93.195.90

erin77

27 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 12.21:45 tghari   [Edit]
alamak ter enter lak

ok

sambung ..

HARGA AHLI : RM173.00 + buku panduan..+ delivery

UNTUK PENGENALAN : ERIN BAGI HARGA AHLI..

JUST CALL MY HP.. i will send u..

IP : 219.93.195.90

erin77

28 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 12.23:16 tghari   [Edit]
KANDUNGAN MELILEA : 16oz.. BEKALAN UTK 2 Bulan.

IP : 219.93.195.90

erin77

29 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 12.31:46 tghari   [Edit]
KALU NAK JADIK AHLI PUN BOLEH.. CUMA RM20.. seumur hidup.. SAMBIL MKN BOLEH DPT POINT.. DAN MENJANA PENDAPATAN.... apa2 hal.. mkn dulu.. baru tau khasiatnyeer...

IP : 219.93.195.90

izam1222

30 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 12.35:08 tghari   [Edit]
Produk Melilea baik dimakan pada bulan puasa atau ramadhan kerana fungsi organic ni - dia akan mengembang dan memenuhi 1/3 perut kita, kurang rasa lapar dan memberi tenaga sepanjang hari...baik untuk makanan ketika diet.Saya gantikan breakfast ngan makan malam saya dengan Melilea organic...seminggu 2kg turun

IP : 219.93.195.90

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "