Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Nutrilite : Supplemen yang diperlukan oleh badan Part 3
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Nutrilite : Supplemen yang diperlukan oleh badan Part 3
ella973

1 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 10.21:47 pagi   [Edit]


since part 2 dah abis...so kita sambung kat part 3 pulak..

Pada sesiapa yang berminat dengan nurtilite iaitu supplemen keluaran Amway boleh dapatkan atau berkongsi makalumat kat topik nie...

so the most famous supplement which is also synonym ngan kak shahir kita is Lecithin E


Satu tablet yang boleh dikunyah mengandungi 25 IU Vitamin E dan 50 mg Lesitin.
Kombinasi cemerlang vitamin E (d-alpha tocopheryl succinate) yang diambil secara semula jadi daripada minyak sayuran dan lesitin daripada minyak kacang soya.
Diperasakan dengan madu, karob,dan mapel-walnat.


Vitamin E adalah antioksidan larut lemak yang diperlukan untuk menentang radikal bebas dan melindungi vitamin A daripada pengoksidaan.
Lesitin adalah bahan-bahan pembaur lemak dalam tubuh dan membantu dalam penyerapan vitamin E.
150 tablet.


Supplemen ni yg membantu bagi mendapatkan berat yg ideal kerana fungsi Lecithin ialah bagi memecahkan lemak2 dalam salur darah dan vitamin E membantu proses penyerapan lecithin kedalam salur darah serta membawa keluar lemak2 yang dipecahkan tadi. selain dari itu kandungan vit. E nya turut menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat. Selain itu, ia juga membantu memudarkan kesan parut di kulit/badan kita



Nutrilite Bio C Plus

VITAMIN C adalah vitamin yang paling dikenali dan paling banyak didokumentasikan dalam bidang sains pemakanan. Kepentingannya telah direkodkan dalam lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan secara berasingan.

APA VITAMIN C BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?

Kulit dan Kulit Muka - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

Antioksidan - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok, Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.

Tindakan Kardiovaskular - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK

Memperbaiki kesihatan kulit muka.
Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
Batuk, demam selsema, jangkitan.
Warga tua.
Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
Wanita yang mengambil pil perancang.
Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
Pesakit kencing manis.





kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan supplemen dari amway boleh contact one of the dealer kat sini...I pun dealer gak...

* Mesej ini telah diedit oleh ella973 pada 21hb Sep 2004 10.32:16 pagi

IP : 219.93.8.5

ella973

2 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 10.27:16 pagi   [Edit]


KESIHATAN YANG LEBIH BAIK untuk Kehidupan yang Lebih Baik. Banyak nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan yang baik adalah sukar diperolehi dalam jumlah yang mencukupi daripada makanan semata-mata.


Suplemen Vitamin dan mineral adalah cara yang pantas dan mudah dalam mencapai pemakanan yang optimum dengan mengisi jurang nutrien yang mungkin berlaku akibat pemilihan makanan yang tidak mencukupi atau keperluan yang meningkat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang falsafah Nutrilite, layari www.nutrilite.com untuk maklumat lebih lanjut.

Produk NUTRILITE disahkan HALAL. Semua produk NUTRILITE (termasuk produk gel lembut) disahkan Halal oleh Majlis Pemakanan dan Makanan Islam Amerika Syarikat (IFANCA). IFANCA diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM, Pusat Islam) sebagai badan Islam yang mengeluarkan Sijil Halal bagi daging dan produk yang dieksport ke Malaysia. Selain daripada Malaysia, sijil halal yang dikeluarkan oleh IFANCA juga diiktiraf di negara Islam yang lain.

IP : 219.93.8.5

ella973

3 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 11.20:43 pagi   [Edit]
Saya senaraikan harga bagi beberapa jenis supplemen Nutrilite untuk dijadikan panduan dan budget planning

Lecithin E - 150 tablet RM68.80
Bio C Plus - 100 tablet RM48.80
200 tablet RM87.80
B Complex - 250 tablet RM67.50
100 tablet RM30.00
Daily 60 - 60 softgel RM41.30

IP : 219.93.8.5

atinaiman

4 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 12.21:36 tghari   [Edit]
ella973,

just nak tanya skit..daily 60 tu sama ke ngan pharmaton..coz skrg i makan pharmaton..stock dah nak habis ingat nak try daily lak

IP : 219.95.160.49

ella973

5 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 12.27:47 tghari   [Edit]
Atinaiman

lebih kurang sama sebab daily tu multivitamin, cuma satu jer daily tak de tambahan ginseng sebab setahu I, pharmaton tu ada ginseng

so kandungan dalam daily ialah seperti berikut :

Satu tablet sehari membekalkan anda 100% atau lebih 11 vitamin AS RDI - A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, B12, C, D, E dan asid pantotenik; serta 7 mineral penting - kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum dan zink.

IP : 219.93.8.5

jamd

6 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 12.34:33 tghari   [Edit]
atinaiman

Satu tablet sehari membekalkan anda 100% atau lebih 11 vitamin AS RDI - A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, B12, C, D, E dan asid pantotenik; serta 7 mineral penting - kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum dan zink.
60 tablet.

so sama tak dgn pharmaton

IP : 61.6.163.24

shahir

7 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 2.01:18 ptg   [Edit]
quote:
so the most famous supplement which is also synonym ngan kak shahir kita is Lecithin E


Ella...baca posting ni akak dapat agak sapa sifooo ella...he!he!he!

Mmg Lecithin E ni...elok terutamanya bagi mereka yg nak urai lemak2 degil yg dah bersarang dlm tubuh. Kunyah ajer setiap hari.

Bio C juga bukan shj elok utk kulit tetapi ia ia juga cepatkan penurunan berat dgn membakar lemak dlm tubuh yg dah liat serta degil tu.

Bagi yg dah slim tu...utk menten elok amalkan LE dan Bio C ni.

* Mesej ini telah diedit oleh shahir pada 21hb Sep 2004 2.06:37 ptg

IP : 219.95.203.180

shahir

8 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 2.20:10 ptg   [Edit]
Cuma nak beri testimoni ttng Daily...

Sejak Shahir amalkan Daily, badan ni tak lagi lenguh2 dan tak lagi rasa malas ajer...dan sejak makan Daily juga, Shahir dah lama tak berurut. Kalau dulu sbb badan asyik sakit2 jer, selalulah gi urut. Cuma sekarang dah tak lagi rasa lenyuh2 serta sakit2 tu. Jika tidur lambat sekali pun, esoknya masih boleh lagi bangun awal dan cergas lagi.

IP : 219.95.203.180

jamd

9 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 2.28:05 ptg   [Edit]
jamd lak lepas makan daily mesti sedawa...angin keluar 3/4 kali le...pastu okay dah.....

yg notice sejak amalkan nutrilite nie...kulit cam gebu semacam happy sakan nie ......

IP : 61.6.163.24

ella973

10 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 3.39:38 ptg   [Edit]


Nyalakan Semula Api Asmara

Memperkenalkan alternatif semula jadi untuk mengeratkan perhubungan anda.

Gaya hidup sihat terbina daripada pemakanan yang baik, sikap mental yang positif, senaman dan perhubungan yang sihat. Walau bagaimanapun, tekanan, keletihan dan pelbagai masalah kesihatan boleh mengurangkan tahap tenaga dan menjejaskan mood anda.
Dapatkan semula keyakinan anda dengan Formulasi untuk Lelaki Tropical Herbs dan Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs. Herba-herba dalam formulasi ini telah dipilih dengan teliti untuk membantu menggalakkan kesejahteraan keseluruhan dan meningkatkan tenaga dan vitaliti. Formulasi untuk Lelaki Tropical Herbs dan Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs ¡­.bertindak secara sinergi untuk menyemarakkan semula perhubungan anda.

Bagaimana herba membantu mengeratkan perhubungan yang harmoni antara lelaki dan wanita?

Herba selalunya boleh membantu dengan memulakan perubahan dalam keseimbangan bahan kimia tubuh anda, seperti meningkatkan pengeluaran testosteron tubuh anda, hormon ¡®lelaki¡¯ yang berfungsi dalam lelaki dan wanita. Disebabkan kesan yang positif ini, kebanyakan herba ini adalah lebih berkesan apabila diambil secara konsisten sepanjang suatu tempoh masa, membantu anda menjalani kehidupan yang lebih ghairah dan lebih banyak tenaga

Herba ini sesuai utk kaum bapa esp kalau ada masalah letih-letih dan tidak bermaya...kalau asyik nak tido jer...belikan jer tropikal herbs ni...membantu mengembalikan kecergasan

Untuk kaum ibu /b]

kalau ada masalah letih-laetih, tidak cergas, boleh amalkan Tropikal herbs for women


Agar bertenaga membangkitkan keghairahan.

Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs
Mengandungi ekstrak-ekstrak Pegaga, Shataveri, Senduduk dan Kunyit yang telah diguna secara tradisional untuk menangani isu kesihatan wanita, meningkatkan tenaga dan rasa sejahtera. Ditambah dengan Manjakani, Buah Pinang dan Kayu Serapat untuk faedah pemakanan tambahan.

IP : 219.93.8.5

shahir

11 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 4.12:15 ptg   [Edit]
Bagi mereka yg ada masalah keputihan, serta masalah dalaman orang perempuan yg lain elok amalkan Tropikal Herbs ni. Kalau yg ada problem period pain juga, amalkan herbs ni..jika tak nak ambil EPO. Insyaallah masalah akan hilang. Cuma mesti kena amalkan. Herbs ni juga membantu menambah tenaga.

Shahir amalkan yg ni...mmg berkesan.

Untuk kaum bapa, elok amalkan Tropikal Herbs for Men.
Elok utk kesihatan esp. yg selalu komplen sakit2 badan...dan kpd isteri2 yg selalu kena jadi tukang picit sbb suami selalu sakit2 dan lenguh2, cubalah belikan utk suami kita Tropikal herbs ni..ianya mmg power dan berkesan.

Tak berani nak cerita lebih2...nanti ter-reveal yg sepatutnya menjadi rahsia...cuma yg boleh Shahir kata "amalkan"...pasti berkesan.

IP : 219.95.203.180

shahir

12 . Dihantar pada 21hb Sep 2004 4.27:57 ptg   [Edit]
Jika ada masalah nak ke tandas setiap hari atau pun tak regular ke tandas...cuba yg ni. Ia boleh membantu mereka yg ada masalah sembelit.

Ingat...jika kita tak membuang setiap hari..toksin akan menjadi khazanah dlm badan..seterusnya, menjadi racun dan perut pun nescaya akan buncit tanpa kita sedari.



{b] Fruit and Vegetable Fibre

-Setiap tablet boleh dikunyah mengandungi 250 mg serat diet daripada 8 sumber tumbuhan berlainan dengan campuran serat larut dan tidak larut yang seimbang.
-Diet anda mungkin kekurangan kompleks serat diet yang diperlukan akibat makanan yang terlalu diproses pada hari ini.
-Seseorang hendaklah memakan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari mengikut piramid makanan Malaysia.
-Serat menyerap lembapan, menambah jisim pada makanan supaya ia bergerak lebih mudah menerusi saluran usus.
-Ciri-cirinya yang menghasilkan jisim, menyebabkan rasa kenyang dan oleh itu membantu mengurangkan pengambilan makanan.
-Serat membantu sembelit kerana ia melembutkan najis apabila ia menyerap lembapan.

180 Tablet.

IP : 219.95.203.180

shahir

13 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 02.16:32 pagi   [Edit]
Sejak amalkan yg ni...jerawat kat muka cepat kecut dan kering... Jika kurang vit A, maka kulit akan kesat dan cepat tua. Seterusnya jerawat juga mudah hinggap.

Selain drp tu, ianya juga elok utk mata...terutamanya bagi mereka yg selalu ngadap PC dlm jangkawaktu yg lama.



Nutrilite - Multi Carotene

Kompleks karotena yang eksklusif daripada tiga pekatan bersumber semula jadi : alga dunaliella salina, buah palma dan bunga marigold.
Satu adunan beta karotena (4.5mg), alfa karotena (1.07mg), lutein (1.12mg) dan zeaxanthin (45mcg) lebih hampir kepada campuran karotenoid dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang bertindak sebagai antioksidan, membantu menghadapi kerosakan radikal bebas.

Beta karotena dan alfa karotena semula jadi adalah 'precursor' kepada vitamin A (retinol) yang boleh ditukar menjadi vitamin A dalam tubuh apabila diperlukan.

Lutein dan zeaxanthin yang membantu menggalakkan penglihatan mata yang tajam dan terperinci.

Membantu mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan penghasilan tisu.
Campuran karotena yang diambil bersama adalah lebih berkesan daripada semua kesan karotena yang diambil dalam satu dos.

IP : 219.95.203.180

jamd

14 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 08.51:56 pagi   [Edit]
shahir

story sikit apa nutrilite yg shahir ambil.....jamd nak cukupkan apa yg kurang nie...so far jamd ambil

1. Bio C
2. Lecithin E
3. Calcium Magnesium
4. Iron
5. daily

nie jelah....any suggestion yg nak kena tambah tak

IP : 61.6.163.24

maizana

15 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 11.09:23 pagi   [Edit]
quote:
story sikit apa nutrilite yg shahir ambil.....jamd nak cukupkan apa yg kurang nie...so far jamd ambil

1. Bio C
2. Lecithin E
3. Calcium Magnesium
4. Iron
5. daily

nie jelah....any suggestion yg nak kena tambah tak


jamd

Kak zana ambil semua yang jamd ambil..tapi extra sikit..


1. Bio C
2. Lecithin E
3. Calcium Magnesium
4. Iron
5. daily
6. B-complex
7. Protein Powder
8. Multi Carotene
9. Tropical Herbs Formulation for women (yang ni memang bagus ni - hilangkan masalah keputihan juga untuk hubungan suami isteri)



Agar bertenaga membangkitkan keghairahan.

Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs
Mengandungi ekstrak-ekstrak Pegaga, Shataveri, Senduduk dan Kunyit yang telah diguna secara tradisional untuk menangani isu kesihatan wanita, meningkatkan tenaga dan rasa sejahtera. Ditambah dengan Manjakani, Buah Pinang dan Kayu Serapat untuk faedah pemakanan tambahan.



* Mesej ini telah diedit oleh maizana pada 22hb Sep 2004 11.54:17 pagi

IP : 202.190.80.250

jamd

16 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 11.16:05 pagi   [Edit]
so kak zana,


jamd kurang lagi 4 eh i.e

1. B Complex
2. Protein powder
3. Multi caratone
4. Tropical herbs


cam jamd nie alhamdulillah tak de masalah keputihan coz jamd amalkan minum air rebusan manjakani.....yg B complex & protein powder tu bagus utk apa eh....tak abis study nie


IP : 61.6.163.24

maizana

17 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 11.48:58 pagi   [Edit]
quote:
cam jamd nie alhamdulillah tak de masalah keputihan coz jamd amalkan minum air rebusan manjakani.....yg B complex & protein powder tu bagus utk apa eh....tak abis study nie



B-Complex ni..bagus untuk kurangkan pengeluaran minyak berlebihan kat kulit muka...boleh hilangkan stress..bagi kita aktif.(kalau tak ambil ni..mana larat nak buat bisness), kalau anak2 yang sedang belajar tu..bagilah makan..Insyallah..dia cerdas dalam kelas nanti (tak mudah lupa).

Protein Powder..dia juga membekalkan tenaga. Protin perlu untuk mengantikan sel2 badan kita. Supaya sel2 badan kita sentiasa cukup. Sel2 perlu untuk pepbentukan organ2 dalam badan..kalau kekurangan sel2 ini..organ2 dalam badan akan mudah bermasalah. Selain itu..porein kaya dengan kolagen..yang mampu memejalkan kulit kita.

IP : 202.190.80.250

ella973

18 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 11.51:40 pagi   [Edit]
kak maizana

camne aturan akak amik semua suplemen tu...cuba terang sikit kat sini..boleh gak jadi panduan ni

satu lagi akak tahu tak individu perlukan brp mg vit E, saya amik LE 2 biji sehari dan pada masa yg sama saya ada dapat hadiah 2 botol Vitamin E, boleh ke amik kedua supplemen tu...

IP : 219.93.8.5

shahir

19 . Dihantar pada 22hb Sep 2004 1.12:44 tghari   [Edit]
quote:
shahir

story sikit apa nutrilite yg shahir ambil.....jamd nak cukupkan apa yg kurang nie...so far jamd ambil

1. Bio C
2. Lecithin E
3. Calcium Magnesium
4. Iron
5. daily

jamd,

Shahir ambil apa yg K/Zana ambil kecuali Iron.
Dulu ambil EPO gak...pas tu bila dah habis,
Shahir continue dgn Tropical Herbs.Dan Shahir dapati
Tropikal Herbs ni bukan shj atasi masalah keputihan
dalaman (isu2 SX18) tetapi ia juga boleh boleh atasi masalah period pain.

Protein Powder, Shahir ambil utk tenaga...tapi sebenarnya
utk organ dalaman dan pejalkan kulit...utk awet muda (sbb Shahir tak makan ulam)...

IP : 218.208.250.223

ella973

20 . Dihantar pada 24hb Sep 2004 11.40:00 pagi   [Edit]
For those yang till tercari-cari supplemen tambahan tu, boleh cuba produk amway dari rangkaian nutrilite...

Effective from this October, semua suplemen akan mengalamai kenaikan harga antara Rm2-3 so kalau nak order better order before end of this month.....

IP : 219.93.8.5

jane_s

21 . Dihantar pada 24hb Sep 2004 1.25:17 tghari   [Edit]
,

tahniah pada ella..nampaknya amway semakin mendpt sambutan di MDC nie...actually saya pun ambil produk nie..di rekomen oleh mak saya sendiri...beliau masih aktif walau dah lebih 60 tahun...& selain itu perbezaan yg ketara kulit beliau nampak berbeza dari dulu lebih cerah & bersih..., skrg kami sekeluarga memang mengambil supplement dari Amway & disini sya nak kongsi bersama bagaimana utk menguruskan badan & didalam masa yg sama mendpt kulit yg cantik serta sihat & bertenaga..., saya tidak pasti samada di topik yg lepas2 ada atau tidak topik ini....

Mak saya mendpt idea ini setelah beliau mengikuti beberapa program yg dianjurkan oleh bengkel2 Amway...iaitu Minuman Juice Berkhasiat...caranya...
Supplement yg perlu ada - Lecithin E 2 biji, Fibre 2 biji, Bio C 2 biji, B Complex 1 biji, Calsium 1 biji, Garlic 1 biji semua supplement ini diblender dgn 1 scoop protein, 2 biji epal hijau, juga bleh ditambah 1 pkt posistrim / susu segar utk mendptkan rasa yg lebih sedap...& jgn lupa 1 cawan air masak...& minuman ini lebih sedap sekiranya diminum sejuk...

Ada beberapa ahli Amway yg telah menjalankan experimen ni dah berjaya menguruskan badan sebyk 3 - 5 kg dlm tempoh 1 bulan...cubalah...saya pun sedang mengamalkannya...selain berkhasiat...ia mengenyangkan dan mencantikkan kulit kita..




IP : 219.93.212.218

maizana

22 . Dihantar pada 24hb Sep 2004 2.08:29 ptg   [Edit]
quote:
Mak saya mendpt idea ini setelah beliau mengikuti beberapa program yg dianjurkan oleh bengkel2 Amway...iaitu Minuman Juice Berkhasiat...caranya...
Supplement yg perlu ada - Lecithin E 2 biji, Fibre 2 biji, Bio C 2 biji, B Complex 1 biji, Calsium 1 biji, Garlic 1 biji semua supplement ini diblender dgn 1 scoop protein, 2 biji epal hijau, juga bleh ditambah 1 pkt posistrim / susu segar utk mendptkan rasa yg lebih sedap...& jgn lupa 1 cawan air masak...& minuman ini lebih sedap sekiranya diminum sejuk...

Ada beberapa ahli Amway yg telah menjalankan experimen ni dah berjaya menguruskan badan sebyk 3 - 5 kg dlm tempoh 1 bulan...cubalah...saya pun sedang mengamalkannya...selain berkhasiat...ia mengenyangkan dan mencantikkan kulit kita..


Memang dah ada topik2 Diet Cara Amway..dan ramai yang mengamalkannya dan ternyata berkesan. Kak Zana sendiri dah mengamalkannya semenjak Mac this year...MEMANG BERKESAN.. kita dapat kurus dan kulit pun CERAH BERSERI...ramai yang jumpa pasti tegur..BERTAMBAH ANGGUN...

IP : 202.190.80.250

ella973

23 . Dihantar pada 24hb Sep 2004 3.07:49 ptg   [Edit]
jane

thanks sebab bagi petua tu, first time dengar macam menarik jer...saya ras mesti sesuai ngan those yg malas nak kunyah LE

nampaknyer kena tambah koleksi supplemen macam garlic la kalau nak cuba resepi ala amway nie...

IP : 219.93.8.5

shahir

24 . Dihantar pada 24hb Sep 2004 5.44:24 ptg   [Edit]
quote:
Memang dah ada topik2 Diet Cara Amway..dan ramai yang mengamalkannya dan ternyata berkesan. Kak Zana sendiri dah mengamalkannya semenjak Mac this year...MEMANG BERKESAN.. kita dapat kurus dan kulit pun CERAH BERSERI...ramai yang jumpa pasti tegur..BERTAMBAH ANGGUN...

Shahir jaga pemakanan disamping mengambil Nutrilite dgn disiplin terutamanya LE, Bio C serta supplemen yg lain.
MEMANG MENAKJUBKAN kerana Shahir bukan setakat slim shj bahkan dapat BERAT IDEAL lagi. Kulit bertambah seri serta
penampilan hmmm....
, BUKAN OMONGAN KOSONG, apa yg Shahir nyatakan disini...tetapi itulah perubahan yg Shahir perolehi sejak mengambil Nutrilite.

IP : 203.121.80.67

jamd

25 . Dihantar pada 24hb Sep 2004 5.56:19 ptg   [Edit]
sejak ambil nutrilite jamd tak jaga pemakanan coz makan banyak mana pun...berat lebih kurang camtu gak...cuma bila skip lunch 2/3 hari dah turun gak kat 2/ 3 kg. Since semua org cakap jamd tak yah kurus lagi coz dah okay ....jamd amalkan nutrilite sebab nak kelihatan sihat dan bertenaga....tak nak le bila balik rumah muka tak berseri2, pastu nak masak cam tak larat...susah gak tu...


even anak2 jamd berselera makan bila ambil multivitamin...dulu nak makan punya le liat coz anak2 jamd jenis tak makan nasi.....yg kecik tu pun sib baik jenis makan sayur...kalau tak sure org dok cakap cam anak terbiar mak tak bagi makan

IP : 61.6.163.24

shahir

26 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 03.03:01 pagi   [Edit]
quote:
sejak ambil nutrilite jamd tak jaga pemakanan coz makan banyak mana pun...berat lebih kurang camtu gak...

Bestnya...makan bnyk mana berat tetap cam tu gak.
Mmg sejak amalkan Nutrilite ni, makan bnyk mana pun berat tetap menten gak...Dlm Shahir jaga pemakanan...tapi kalau Mc.D, KFC,BK semua tu Shahir tak tolak..tetap order dan makan.... W/b/m kerap Shahir makan fast food ni...dgn amalan LE dan Bio C mmg berat tetap menten.
Hmmm...tadi baru ajer pekena KFC...sedaappp...

IP : 218.208.239.177

dikme

27 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 08.13:35 pagi   [Edit]

saya dah minum protein powder dan tak ambik lunch memang boleh tahan dalam minggu nih setakat ni tak de apa-apa perubahan berat saya bercadang nak turun berat dalam 3-4 kg selain minum protein apa yg patut saya mkn ?

IP : 61.6.38.132

ella973

28 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 08.43:22 pagi   [Edit]
dikme

Kalau mengikut program diet amway, dicadangkan ambil supplemen berikut :

NUTRILITE Fruit and Vegetable Fibre
NUTRILITE Lecithin E
NUTRILITE Bio-C
NUTRILITE Protein Powder

Kalau dikme berminat untuk mengikuti program 3 Days Diet, boleh refer kat topik Program penurunan badan cara amway
kat situ ada diberikan menu untuk 3 hari diet.

IP : 219.93.8.5

shahir

29 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 1.20:47 tghari   [Edit]
dikme

Bio C
Lecithin E
Fibre
Protein Powder

Cuba amalkan 4 serangkai ni...selain tu sbb dikme pd Shahir ...bukannya nak turun bnyk sngt, jadi just berhati2 dlm pengambilan karbo dan yg berminyak. Insyaalah boleh dpt berat yg dihajati. Pastikan yg dikme minum bnyk air, paling kurang 8 gelas sehari.


Nanti shahir berikan menu diet tu kat dikme..ya.
Shahir dah balas email...tolong check ya.

* Mesej ini telah diedit oleh shahir pada 25hb Sep 2004 1.22:53 tghari

IP : 218.111.61.176

NorroN

30 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 1.22:39 tghari   [Edit]
quote:
Memang dah ada topik2 Diet Cara Amway..dan ramai yang mengamalkannya dan ternyata berkesan. Kak Zana sendiri dah mengamalkannya semenjak Mac this year...MEMANG BERKESAN.. kita dapat kurus dan kulit pun CERAH BERSERI...ramai yang jumpa pasti tegur..BERTAMBAH ANGGUN...

Kak Mai...memang anggun. Saya pun diperkenalkan diet cara Nutrilite ni oleh Kak Mai...dan sekarang ni masih mengamalkan pengambilan Nutrilite. Tapi memang ada perubahan..dulu saya gemuk..rasa malu nak berjalan dengan kawan-kawan...sekarang ni badan semakin mengecil dan rasa lebih yakin. Selain dari tu..kulit muka pun bertambah bersih. Kesihatan bertambah elok.

Yang penting..dulu saya sorang..hmmmm..sekarang Alhamdullilah...ada yang berkenan, Insyallah. Saya rasa bertambah yakin.

IP : 218.111.209.36

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "