Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Atkins Diet : Part 2: Kuruskan Badan Tanpa Membazir Wang
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Atkins Diet : Part 2: Kuruskan Badan Tanpa Membazir Wang
Galadriel

1 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 10.31:38 mlm   [Edit]


Di sini Galadriel akan meneruskan lagi topik mengenai Atkins Diet memandangkan topik pertama kita dah full...

Terima kasih diatas segala pertanyaan, email dan sokongan daripada ahli MDC semua.
Marilah kita sama-sama mengamalkan cara hidup yang sihat dan mengawal berat badan tanpa menghabiskan wang di pusat-pusat slimming, membeli ubat-ubatanyang tak tentu kesannya...

http://www.atkins.com

Maka sekali lagi sebagai peringatan...


IP : 202.186.181.202

maz3d

2 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 10.44:23 mlm   [Edit]
Galadriel :

Nak tanya sikit. Camner nak masak sayur bagi sedap sikit.
Tak sanggup la nak makan,kalau rebus dgn garam ajer. Boleh guna kiub ayam tak?. Pernah try cara u selama 2 weeks mmg ok.
Tekak dah muak itu ler sebab. Boleh tolong bagi idea. Nama2 resepi tu biarlah yg biasa di dengar ye. tq

IP : 61.6.163.20

Galadriel

3 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 10.52:20 mlm   [Edit]
Atkins Nutritional Approach / Atkins Diet
************************************************

Peringatan: Pregnant ladies dan yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda beforehand...

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea ‘karbohidrat rendah dalam pemakanan’ semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ‘low-fat diet’ atau diet rendah lemak.
Melalui ‘low-fat’ diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ‘low carbohydrate diet’ dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) – 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.

IP : 202.186.181.202

Galadriel

4 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 11.01:38 mlm   [Edit]


Sup Sayur
Saya kekadang masak sup sayur, dimana saya gunakan rempah yang orang buat sup ayam tu (cap Adabi) untuk jadi perasa tambahan. Kekadang saya tambah cebisan ayam sikit dalam sup tu untuk menambahkan lagi rasa. Jangan lupa garam secukup rasa.

Sayur Goreng
Sayur boleh digoreng macam biasa, macam buat stir-fry. Sebaik-baiknya guna minyak masak jenis Canola atau Caroteno.

Sayur Tomyam
Masak tomyam macam biasa, tambah sayur, udang dan ikan. Elakkan kerang2 dan sotong coz karbohidrat tinggi.

Sayur Steam
Sayur macam brokoli, cauliflower boleh disteam / rebus. Tambah jadi hidangan bersama steak ayam / daging. Macam yang dijual kat gerai2 dan steakhouse.

Sayur Ulam
Buat ulam dengan sayur-sayuran tu. Sayur boleh dimakan begitu saja.

Sayur Salad
Buat salad sayur dengan menambahkan olive oil, sos tobasco atau mayonis sebagai krim untuk salad. Salad yang dah disediakan boleh dibeli di Giant, carrefour atau Tesco dengan harga RM3.80 satu paket, boleh tahan satu minggu lebih dalam fridge. Paket lagi besar mahal sikit, lebih kurang RM7.00.

Wassalam

IP : 202.186.181.202

Farzana

5 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 09.11:05 pagi   [Edit]

Galadriel
nak tanye le kalau nugget ayam tu boleh tak.......ingat nak gantikan ayam dengan nugget je....boleh tak?

IP : 202.95.80.70

fiz1058

6 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 11.41:45 pagi   [Edit]
hai....
actually saya ni salah sorang yg try Atkins Diet...ni pon sebab terbaca dalam topik before this yg Galadriel bukak...
thanks a lot kat Galadriel coz mewar-warkan pasal program ni...
ni nak jugak kongsi pengalaman pasal Atkins Diet ni...
dah lebih kurang 2minggu cube program ni..mule2 tu perut asyik meragam jek..lapor takleh tahan..tapi alhamdulillah lepas seminggu dah boleh biase ngan makanan yang sikit...kurang 50%dari menu sebelum join program ni..
setakat hari ni saye dah berjaya kurangkan 5 kg..sukenye hati....mintak2 leh lar turun lagi...

* Mesej ini telah diedit oleh fiz1058 pada 13hb Ogo 2004 11.46:16 pagi

IP : 192.174.22.220

rashmielayla

7 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 1.53:41 tghari   [Edit]



rash pun dah try diet cara diet atkin ni
1-3 hari pertama rasa pening
hari ni hari keempat baru ok skit mean dah empat hari rash tak mkn nasi agak ok, tapi rash mungkin buat lebih dari 2 minggu tempoh induction pasal mungkin ni rash tak strict sgt even rash tak ambil gula, tapi baru ni bila rash ambil 2 sosej utk sarapan pagi baru rash notice kat situ ada gula, nyesal plak tapi rash tak pilihan tak lalu nak mkn telur hari2, jadi rash cuma tak ambil nasi dan kurangkan karbohidrat...

harap2 rash boleh bertahan cam yg lain

satu lagi rash nak tanya tempe tu boleh mkn ke tidak, ianya soya kan...

wassalam

IP : 202.185.58.44

shahir

8 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 2.33:17 ptg   [Edit]
quote:
1-3 hari pertama rasa pening
Sbb tu...disarankan ambil supplement...sewaktu berdiet
utk menggantikan vitamin dan mineral yg hilang..

IP : 218.208.250.137

LadyNur

9 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 3.03:18 ptg   [Edit]
Thanks Galadriel

sis dah siap copy paste dan tampal kat dinding program atkins nih.... emm alhamdulillah...so far so good. W/pun pd 1-3 hari tu rasa lapar sangat, mcm tak leh control, tapi nasib baiklah sis sebelum ni memang tengah diet, cuma mungkin bezanya sis tak amik protein jer. Karbohidrat memang kurang sangat...so just nice lah...

Alhamdulillah ....diet menjadi...baju yg dulunya tak leh pakai dah boleh pakai semula Cewah terasa muda lagi..
perasan pulak

kebetulan sis memang tak makan nasi, malam memang langsung tak makan apa2... emm...happy ah!

IP : 219.93.8.15

mamaaliyah

10 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 3.22:38 ptg   [Edit]


Hai kengkawan semua...
terima kasih kat Gadriel sebab bukak topik nie.. cuma mama nengok kekadang tu sunyi sepi jer... bukan aper, takut semangat tu makin luntur kalau tak selalu di perhangat!!!!

Actually mama dah mencuba atkin's diet nie tapi tak terlalu strict sebabnya still ambik roti.. tapi nasi memang dah tak sentuh langsung... setakat nie dah cuba 2 minggu lebih, alhamdulillah dah turun 4kg ...

pagi mama ambik roti bakar satu set dengan milo kosong (tanpa gula/susu).
Tengahari mkn buah ngan lauk..(tahu lembut/yong tau fu)
Mlm makan lauk (ayam/ikan/sayur) atau pun sup..

Tapi, since semalam dah cuba tak ambik roti bakar lagi pagi2..ganti dengan tahu sumbat. cuma buah waktu lunch tu still ambik lagi... nak kena try jugak nie.. sebab gadriel kata dalam induction nie takleh makan buah kan?

ok , all the best semua.. nyah bunga utk gadriel...

IP : 203.106.19.130

beetles

11 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 3.33:25 ptg   [Edit]
eemmm saya pun nak try amalkan...
eh tapi saya nak nanyer ler..
buleh ker kita amalkan makan tolo separuh masak ari2..

IP : 211.24.233.14

beetles

12 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 3.34:10 ptg   [Edit]
eemmm saya pun nak try amalkan...
eh tapi saya nak nanyer ler..
buleh ker kita amalkan makan tolo separuh masak ari2..

tu pun tolo yang cam omega dll tu semer...

IP : 211.24.233.14

penjejak

13 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 3.46:05 ptg   [Edit]
Ha ah...lah,TQ pd Galadriel,

Jejak terbaca tntg diet ni yg dibuka dulu tuh,since masa tu tgh ganti puasa,so habis puasa,jejak terus sambung ngan atkins diet ni.Tak banyak masalah sangat since masa puasa tu,perut ni dah kena induction.
Jejak pun mcm mamaaliya,makan tauhu(goreng/bakar)ngan lauk yg masak utk famili.Memang tak ambil nasi langsung,roti/tepung etc.Cuma jejak tak la strict sangat pasal lauk tu,apa yg masak utk family,jejak makan minus nasi.Cuma lebihkan sayur.Kadang makan sayur ngan lauk ayam/ikan pun dah kenyang.Agaknya perut tu dah makin mengecil kut.
So far so good,boleh keep up with this eating habit dan berat pun dah makin berkurang walaupun slow(mungkin sebab tak strict sangat).Since mula ari tu,dekat sebulan,dah kurang 4kg.Okla tu considering sebelum ni dah try mcm2 diet program dan duit pun dah abih banyak,tapi berat tak pernah berkurang.
Syukur sangat ni......meh le ramai2 kita sokong masing2.

IP : 161.142.112.8

Farzana

14 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 4.56:35 ptg   [Edit]

seorangpun tak jawab lagi boleh tak makan nugget..........jawablah...jawablah.......

IP : 202.95.80.70

mamaaliyah

15 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 5.02:38 ptg   [Edit]


wah dah ramai jugak yg cuba diet nie...
marilah kita sama2 menguruskan badan...

Rasanya kalau kita pantau progress setiap org yang try diet nie lagi best kan.. macm geng biodex tu.. baru semangat sikit..


Apa kata kengkawan yang lain?

IP : 203.106.19.130

mamaaliyah

16 . Dihantar pada 13hb Ogo 2004 5.04:40 ptg   [Edit]
Farzana,

rasanya ari tu gadriel ader kata jgn nugget tak leh makan sebab dia ada salut ngan tepung...

IP : 203.106.19.130

fiz1058

17 . Dihantar pada 16hb Ogo 2004 09.30:25 pagi   [Edit]

ari ni nak kongsi menu yg saya makan sepanjang program ni...
pagi: 2 biji telur (telur hancur/rebus) @ 2 sosej(rebus)+ milo
t/hari: ikan bakar @ sup ayam @ sup sayur + air kosong
malam : lebih kurang same ngan menu t/hari + air kosong
tambahan : ambil suplement 4 biji sehari (dietary suplement) disyorkan oleh instructor gym + aerobik 2 kali seminggu + gym 2 kali seminggu
mule2 tu mmg susah tol nak buat...tapi dah 4-5 hari dah ok dah...

minggu ni tak timbang lagi pasal tgh bulan mengambang..harap2 turun la lagi barang sekilo dua

* Mesej ini telah diedit oleh fiz1058 pada 16hb Ogo 2004 09.38:14 pagi

IP : 192.174.22.220

maz3d

18 . Dihantar pada 16hb Ogo 2004 10.51:10 pagi   [Edit]
Tq Galadriel bagi resepi sayur tu. Nanti nak cuba. bye

IP : 203.106.116.240

monica

19 . Dihantar pada 16hb Ogo 2004 12.28:14 tghari   [Edit]


Nampaknye ramai gak yg bermotivasi utk menurunkan berat bdn, nampak menarik diet ni, so far bolehlah x mkn nasi, tapi saya still amik roti, biscuit & minum air manis (coffee/milo/tea panas) Kalu betul2 ikut sure boleh kurus sungguh ni..... memakan salad ni memang kegemaran saya, tapi dah kalu hubby & anak nak mkn nasi payah gak...... tapi bila depa mkn saya x mkn pun nasi just mkn sup jer.... dia pun mcm pelik......anak pulak sibuk nak beradik lagi rosak progamme kita....... nak x nak tengah cuba pregnant gak, walau pun tengah berdiet, bila dah confirm pregnant byelah atkin diet ni, hopefully boleh ikut masa dlm pantang, tapi xlah sampai x sentuh nasi.... mau marah cik abg.

IP : 218.208.18.131

mamaaliyah

20 . Dihantar pada 18hb Ogo 2004 5.16:15 ptg   [Edit]
Kasi up sikit topik nie....

IP : 203.106.19.130

mamaaliyah

21 . Dihantar pada 18hb Ogo 2004 5.21:23 ptg   [Edit]


naper topik nie suka menyepi jer...
marilah bagi progress masing2 yang dah try atkins diet nie...

baru bersemangat!!

mama mulakan dulu kay...

berat 20/7/04: 92kg
pada 2/8/04 : 88kg
berat ari nie (18/8/04):86kg

okay.. kengkawan yang lain camner...

IP : 203.106.19.130

fiz1058

22 . Dihantar pada 18hb Ogo 2004 5.33:25 ptg   [Edit]
nampaknye kite nyer topik ni mmg slow sket la mamaaliyah...tapi saya akan sokong topik ni..

ok ni progress saye lak...
start program 30/7/04 = 98kg
last timbang 13/8/04 = 94kg
minggu ni tak leh nak timbang pasal tgh bulan mengambang..

tunggu minggu depan lak....hope turun lagi la berkilo-kilo

IP : 192.174.22.220

Galadriel

23 . Dihantar pada 18hb Ogo 2004 11.23:15 mlm   [Edit]


Sorrylah kawan2.... bukan Galadriel nak menyepi diri tapi sekarang sibuk sangat dengan kerja. Maybe satu hari kita semua boleh jumpa dan bincang2 pasal pengalaman kita ber-Atkins Diet ni....

Apa-apa pun, Galadriel akan cuba 'berada' di ruangan ni sekali seminggu...at least.

Teruskan usaha anda.... nanti, InsyaAllah kalau kita semua bertemu, bolehlah buat macam Atkins Picnic....

Oppss...tentang soalan2 kawan2 semua:

1.) Telur separuh masak okay, tapi janganlah makan telur je setiap hari. Trylah ayam, ikan, udang, sayur dan lain2.

2.) Okay, kALAU tak dapat strict, cuba kurangkanlah pengambilan roti, kuih-muih manis dan gula. Bukan saja untuk kuruskan badan tapi elakkan dari kena kencing manis.

3.)Bagi yang ada perut buncit, cuba exercise sit-up selain bersenam aerobic dan jogging.

4.) Jangan lupa minum air kosong banyak2.

5.) Jangan lupa ambil vitamin.

6.) Lebihkan memakan sayur drp benda lain untuk elakkan sembelit.

7.) Ayam nugget banyak ditambah 'filler' seperti TEPUNG dan karbohidrat lain. Sebaik2nye, makan ayam seada-adanya.

Okay, wassalam. Galadriel kena tido coz esok banyak keje....

Bye...

* Mesej ini telah diedit oleh Galadriel pada 18hb Ogo 2004 11.25:35 mlm

IP : 219.95.202.252

mamaaliyah

24 . Dihantar pada 19hb Ogo 2004 1.50:18 tghari   [Edit]


hah! akhirnya Gadriel muncul!!!!!!!! nyah munge..

okay kat sini mama update kan progress kengkawan yang sudi share ngang semua...

Mamaaliyah
start (20/7/04): 92kg
minggu nie 18/8/04:86kg

Fiz 1058
Start (30/7/04): 94kg
Latest 13/8/04: 94kg

Okay.. kengkawan lain yang dah cuba program nie, sesama la share kat sini.. baru le bersemangat kekami yang obes nie...

IP : 203.106.19.130

mamaaliyah

25 . Dihantar pada 19hb Ogo 2004 1.53:18 tghari   [Edit]
opss... sori Fiz 1058.. tersalah taip pulak...
kat sini mama betulkan...

Mamaaliyah
start (20/7/04): 92kg
minggu nie 18/8/04:86kg

Fiz 1058
Start (30/7/04): 98kg
Latest 13/8/04: 94kg

IP : 203.106.19.130

raihanis

26 . Dihantar pada 19hb Ogo 2004 2.17:23 ptg   [Edit]
quote:
5.) Jangan lupa ambil vitamin.



sokonggg ! i pernah amalkan lecithin dengan Bio-C dlm
seminggu, lose 2kg.

teruskan perjuangan anda menurunkan berat badan

IP : 219.95.57.170

fiz1058

27 . Dihantar pada 20hb Ogo 2004 09.39:45 pagi   [Edit]
mamaaliyah

terkejut kite mamaaliyah tulis berat yg same....nasib baik mamaaliyah cepat2 betulkan...kalau tak.....kite nangis

tq la mamaaliyah coz tulis progress utk yg join program ni..teruskan usaha...nah bunge untuk mamaaliyah


minggu ni tak dapat nak timbang lagi....so minggu depan kite update yek...

chayokkk!!!

IP : 203.126.136.220

aynn

28 . Dihantar pada 20hb Ogo 2004 3.54:52 ptg   [Edit]
aynn pulak ari ni masuk ari ke 3 berdiet cara atkins nih.Berat asal aynn 76 kg..tadi timbang...alhamdulillah 74kg ! best kan? harap-harap minggu depan turun lagi 2 kg dan seterusnya turunnnnn sampai 60.

IP : 202.188.127.61

eynda

29 . Dihantar pada 20hb Ogo 2004 4.00:20 ptg   [Edit]
Galadriel,

Ada kesan tak diet ni kepada kesihatan badan seperti tekanan darah tinggi atau jumlah kolestrol???

Sebab diet ni lebih cenderung kepada memakan daging, telur, seafood seperti udang...

Saja nak tambah pengetahuan...menarik gak diet ni tapi takleh buat le sebab nyusukan anak .


IP : 219.95.91.12

limaunipis

30 . Dihantar pada 20hb Ogo 2004 4.22:01 ptg   [Edit]

dah lama limau baca pasal atkin's diet nih.. cuma baru nak join sembang. best gaks diet nih.. takat ni limau boleh ikut la ikut sesikit.. dah lama tak ambik nasi. Tapi tak strict sangat.. gula muungkin ader ambik sesikit. Ermm tak timbang lagi nih.Harapnyer turun ler.

eynda,kalau tak silap pembacaan limau, atkin's diet ni tak elok diikut utk org yg asid uriknya tinggi esp. yg dah sakit gout, lutut dsb sebab cara makan ni lebih membuatkan byk protein dlm badan tul tak Galadriel?tapi tang kolesterol..tak tau plak.

IP : 202.185.40.9

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "