Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> zuriat : nak petua @ rawatan untuk mendapatkan zuriat
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : zuriat : nak petua @ rawatan untuk mendapatkan zuriat
ma2azie

31 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 10.42:20 pagi   [Edit]


ma2azie simpati dengan kawan2 yang belum dikurniakan cahayamata...bykkan bersabar..belum ada rezeki lagi tu...jgn putus asa..cuba n cuba

sahabat semua tak penah ker cuba amalkan makanan kesihatan? cth Spirulina Platensen AAA? mungkin bdn kita terlalu berasid so, spirulina platensen AAA boleh meneutralkan asid dlm bdn kita...lagipun setahu ma2azie spirulina platensen AAA ada kandungan Selinium yg boleh membantu mengaktifkan sperma kita....

SELENIUM Membantu masalah menopause
Melambatkan proses penuaan
Mencegah pertumbuhan sel2 barah
Meningkatkan penghasilan sperma yg sihat & aktif


apa pun...jadilah pengguna yang bijak

IP : 192.91.75.29

ma2azie

32 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 10.43:26 pagi   [Edit]


ma2azie simpati dengan kawan2 yang belum dikurniakan cahayamata...bykkan bersabar..belum ada rezeki lagi tu...jgn putus asa..cuba n cuba

sahabat semua tak penah ker cuba amalkan makanan kesihatan? cth Spirulina Platensen AAA? mungkin bdn kita terlalu berasid so, spirulina platensen AAA boleh meneutralkan asid dlm bdn kita...lagipun setahu ma2azie spirulina platensen AAA ada kandungan Selinium yg boleh membantu mengaktifkan sperma kita....

SELENIUM Membantu masalah menopause
Melambatkan proses penuaan
Mencegah pertumbuhan sel2 barah
Meningkatkan penghasilan sperma yg sihat & aktif


apa pun...jadilah pengguna yang bijak

IP : 192.91.75.29

icecreamgirl

33 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 11.54:15 pagi   [Edit]
hi..
saya pun sekrang ni tgh mkn defolia. utk kesuburan, seri wajah dan juga utk ketat.. hehehe..
mm..ramai yang suruh mkn asid folic. mm... dlm bentuk pil ada jual tak...

IP : 161.142.112.8

icecreamgirl

34 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 11.56:00 pagi   [Edit]
hi..
saya pun sekrang ni tgh mkn defolia. utk kesuburan, seri wajah dan juga utk ketat.. hehehe..
mm..ramai yang suruh mkn asid folic. mm... dlm bentuk pil ada jual tak...

IP : 161.142.112.8

icecreamgirl

35 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 11.56:59 pagi   [Edit]
hi..
saya pun sekrang ni tgh mkn defolia. utk kesuburan, seri wajah dan juga utk ketat.. hehehe..
mm..ramai yang suruh mkn asid folic. mm... dlm bentuk pil ada jual tak...

IP : 161.142.112.8

maisarazai

36 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 12.04:10 tghari   [Edit]
icecream,
ada ke folic acid dlm bentuk cecair. Setahu mai folic acid ni pil je. Mai pernah mkn dulu masa sakit tak tau pulak boleh meningkatkan kesuburan. Ramai pulak yg bagi cadangan. Pening kepala lak nak pilih yg mana. Sekarang ni tengah mkn LE DARA yg mamanisa jual. OK gak cuma nak cari kalau ada lagi vitamin2 yg boleh membantu. Dah benggang dgn family hubby ni.

IP : 61.6.65.38

nordini

37 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 12.48:42 tghari   [Edit]
Maisarazai,.. sayer dulu hampir lima tawun kawin barulah confirm pregnant. Macam2 kisah dah lalu. Setiap kali raya, pi sembahyang raya nyorok2 sbb takut kengkawan mak tanya. tanya elok tak pe gak, ini...Sayer pi jumpa pakar di Pusrawi, KL. Dua2 treatment, Doc buat checkup. Dua2 ok. Beurut pun dah, cakap saja dimana, adalah sayer...setiap bidan/bomoh beritau perkara yang berbeza. Macam2lah masalahnya. Sepanjang tu, sayer and hubby amalkan makan spirulina luxor dan jeligamat serigama hampir setahun,..setiap kali suap, bismilah, selawat dan niat...Alhamdulillah, Allah makbulkan melalui sebab musabab yang berkenaan..kini anak sayer dah 11 bulan...Ada satu artikel di paper mengatakan masalah kesuburan abad ini adalah satu penyakit..maknanya ia berpunca dari pelbagai..pencemaran udara, pemakanan dll, yang penting kita tidak putus asa...

IP : 219.95.19.110

maisarazai

38 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 12.59:51 tghari   [Edit]
TQ nordini,
Tahniah usaha awak dah berjaya. Saya pun dah mcm org gi berurut. Jumpa dr pakar kat PPUM. Spirulina Luxor pun dah cuba. Belum ada rezeki.

IP : 61.6.65.38

aman65

39 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 1.22:04 tghari   [Edit]
maisarazai,

Kalau begitu cubalah B'Young pula. Insyaallah, anda akan berjaya dengan izin Allah.

Yang penting jangan cepat putus asa, sentiasa berusaha dan berdoa dan bertawakal.....

IP : 202.157.192.162

meowmeow

40 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 1.31:08 tghari   [Edit]
hubby i ada prob dgn benih kurang...kata doc pulak i tak de prob, dah buat mcm2, berurut, iui, sampai ke ivf, rasanya kalau duit2 tu dikumpul boleh beli keta sebijik lagi... i ingatkan bila buat ivf boleh la jadik, sbb dah bercantum benih2 tu,2x buat, tapi tak de jugak...rasanya rahim i ni yg lemah kut...entahlah...kdg2 boring jugak jadi bahan experiment ni...brg2 sendayu tinggi tu ada utk laki2 tak?

IP : 202.184.211.193

maisarazai

41 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 1.44:19 tghari   [Edit]
meow2, lagi rumitkan masalah u ni. Susahkan jadi pompuan. Bila tak mengandung je pompuan yg disalahkan. Pernah dulu i suruh my hubby kawin lain. Actually masa tu i tengah tension sangat dengan mak mertua. Tapi nasib baiklah my hubby ni baik dan dia faham keadaan i yg terlalu tertekan dgn kerenah mak dia. Yg boringnya this year kena berhari raya kat umah hubby. Panaslah hati kalau masih tak bertiga lagi. Puaslah dengar sindiran kaum kerabat dia.

IP : 61.6.65.38

icecreamgirl

42 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 2.37:11 ptg   [Edit]
hi meowmeow...

Jamu untuk lelaki dari ST ada. Namanya Rock Arrow. Harga sebotol rm40. Ni info pasal Rock Arroe\w.


Tenaga Kelelakian Yang Maksima
Dirumus khusus untuk meningkatkan tenaga batin lelaki.Lebih lama dan tahan sepanjang bersenggama.Mampu melambatkan injakulasi, masalah tenaga batin dan kurang keinginan seks.Selain itu ia mampu menghilangkan letih dan lenguh badan kerana 25% bahan herbanya terdiri dari tongkat ali dan 75% adalah kombinasi herba lain dirumus khusus untuk lelaki.

Kandungan bahdan aktif
Carminative - membantu sistem penghadaman,buang angin dan unsur merangsang.

Stimulent - memanaskan badan,merangsang,melancarkan peredaran darah untuk sampai ke organ seks lelaki.

Aphrodisic dan Tonic - menambah unsur syahwat lelaki, zat dalam badan dan spermatozoa yang subur turut mengandungi antibiotik untuk menambah daya tahan dalam badan.

Ia berupaya meningkatkan keinginan seks dan mengalami perubahan dari segi saiz zakar bagi membantu pengepaman darah terus kebahagian penis bagi memastikan pancutan yang lebih kuat untuk sampai terus ke ovari.Ia juga merupakan makanan tambahan yang mampu meningkatkan tenaga dan dapat mengurangkan rasa mengantuk terutama bagi golongan yang kuat bekerja.

Simptom awal yang dialami semasa pengambilan:
Rasa mengantuk
Lesu badan
Pening(dalam masa 2 hingga 3 hari dimana ia merupakan tindakbalas bagi memperbetulkan sistem dalam badan)


Ia merupakan kesan posifit yang menunjukkan ia bertindak di dalam badan dan kemudian ia memberikan kebaikan-kebaikan lain seperti menguatkan stamina, membersihkan buah pinggang, perubahan saiz zakar dan memberikan kecergasan.

Untuk mendapat kesan yang lebih efektif elakkan minum air batu, jus masam seperti belimbing, mangga, limau dan nanas.

Tindakbalas cepat atau lambat bergantung kepada kesihatan individu. Jika produk ini memberi kesan yang amat positif sila kurangkan dos pengambilan.


1 Lelaki yang tidak biasa makan ubat herba hendaklah mengurangkan dos pengambilan pada minggu pertama iaitu 1 biji kapsul pagi dan 1 biji malam.

2 Minggu kedua:2 biji kapsul 2 kali sehari.

3 Jika kurang berkesan ambil 2 biji kapsul 3 kali sehari.Ambil sekali dengan 1001 Lucidum 1 biji kapsul pagi dan 1 biji kapsul malam.


4 Apabila memperolehi kesan positif, ambil kapsul seperti biasa.

5 Digalakkan berpantang daripada mengambil air batu, air gas, kefein, rokok, jus masam atau buah-buahan seperti belimbing, mangga, limau, nanas, nangka, tembikai dan sayuran seperti taugeh.

6 Jika inginkan kesan yang lebih baik banyakkan makanan berprotein seperti ikan, daging, telur dan sayuran kekacang.

7 Amalkan hidup sihat. Jauhi rokok,dadah dan minuman keras.

8 Pengguna yang mengalami tindakbalas yang lambat kerana:
a) Sistem dalaman lemah
b) Antibodi tidak kuat
c) Merokok, mengambil dadah dan faktor persekitaran
d) Berumur atau lemah tenaga batin
e) Berpenyakit

Senang2 lawatlah web ST : http://www.sendayutinggi.com



ala meowmeow... biasaler tu kene perli2. Pekak kan telinga je. Cam saya ni belah mentua mmg tak tanya langsung. Tapi yang sibuk2 jiran tetangga, member2. Siap member lelaki tu tanya , ko dah mengandung ke belu... adus.. tensen betul. Tapi sabar jelah... sambil2 berdoa. Carilah doa2 utk minta zuriat. Amalkan selalu. Mak saya mmg suruh saya mkn air pegaga, tapi taknaklah.. tak sedap. dahlah pahit, payau, busuk pulak tu... eee...

maisarazai, actually saya pun tak tau samada acid folic ni cecair atau pil.. tu yang saya tanya. Kalau kite p farmasi, nak ckp apa kat salesgirl kat situ....? Purata berapa harga pil tu... ada apa2 peraturan ke kalau nak mkn pil tu?

IP : 161.142.112.8

icecreamgirl

43 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 2.51:21 ptg   [Edit]
kengkawan sumer.... ni ada lagi info pasal produk ST untuk wanita2 yang sukar hamil. Tapi saya tak pernah lagi cuba. Saya just mkn De folia jerk..
Bacalah...

Women Set - Sedu'Arrow

Tua Pada Usia Tapi Muda Pada Wajah
Kesuburan dan kesihatan wanita ditentukan daripada kesihatan organ sistem reproduktifnya (peranakan).
Organ dalam sistem peranakan terdiri daripada vagina,Hormon estrogen dan progesteron, ovum, ovari, rahim, tiub fallopian dan payu dara.

Bagi wanita yang dalam proses pra menopaus,keracunan dalam darah (blood poisoning)akan berlaku.Ini akan mengakibatkan ovum(telur)kurang dihasilkan.

Selain itu,ovum kurang dihasilkan disebabkan oleh masalah yang dialami oleh tiub fallopian sama ada sempit atau tersumbat.Ini menjadi punca kepada senggugut haid yang tidak teratur,kurang keinginan terhadap seks, wajah menjadi pucat,perubahan pada bentuk tubuh,cepat mengalami osteoporosis dan ketidaktentuan emosi.

Sedu'Arrow merupakan formulasi khusus untuk wanita yang berumur 30 tahun ke atas bagi membantu masalah ini dengan:

Refrigerant
Mencuci untuk mengelakkan salur fallopian yang tersumbat akibat ovum yang mati.

Merangsangkan hormon dan mengaktif ovum (telur) untuk menyubur dan mencantikkan kulit.

Melancarkan perjalanan darah.

Pengambilan awal akan melambatkan proses menopaus yang akan dialami oleh setiap wanita.

Bagi individu yang kurang subur ia dapat menyuburkan ovari dan menyihatkan rahim.

Kandungan bahan aktif:
Aprodisic ~ menambah keinginan seks dan hormon wanita

Tonoc ~ membantu masalah wanita yang mengalami pusingan
pusingan haid tidak teratur.


Siapa yang perlu ambil Sedu'Arrow
Wanita yang berumur 30 tahun ke atas digalakkan mengambil Sedu'Arrow untuk melambatkan lagi proses pra menopous.Ia dapat mengimbangi hormon wanita seterusnya membantu melegakan masalah seperti cepat marah,mod tidak menentu,menyihat dan menyegarkan kulit dan mengurangkang sakit tumit atau sendi.

Semua wanita akan menopaus cuma dapat meringankan dan melambatkan sahaja dengan bantuan Sedu'Arrow.

Herba di dalam Sedu'Arrow lebih memfokus untuk kilang telur di mana penghasilan telur merangsang hormon wanita mengikut kepercayaan perubatan perbidanan tradisional.

Pengambilan Sedu'Arrow tidak menggemukkan dan tidak menyebabkan kejutan pada peranakan jika berhenti mengamalkannya,tetapu lebih digalakkan jika meneruskan mengambil produk ini.

Bagi wanita yang sukar untuk hamil cuba amalkan:

ISTERI :

1001 Lucidum
Sedu'Arrow
D'Folia

2 biji kapsul 2 kali sehari
2 biji kapsul 2 kali sehari
2 biji kapsul 2 kali sehari


SUAMI :

1001 Lucidum
Rock Arrow

2 biji kapsul 2 kali sehari
2 biji kapsul 2 kali sehari


Wanita yang mempunyai masalah kurang nafsu seks terutama selepas melahirkan anak atau telah berusia,digalakkan mengambil Sedu'Arrow dan D'Folia.

Remaja juga boleh amalkan Sedu'Arrow sekiranya wajah mereka kusam,kulit kering dan mengalami masalah haid yang tidak teratur.

Amat sesuai bagi wanita yang datang bulan (haid)tidak teratur seperti dalam setahun hanya datang dua atau tiga kali sahaja.

Wanita seperti ini mudah gemuk dan susah untuk kurus kerana mengalami masalah dalaman.Pengambilan D'Folia dan Sedu'Arrow amat digalakkan sebelum mengamalkan Slimming Set.

Wanita yang mengalami masalah tombong atau rahim terkeluar,lemah dan kencing tidak lawas juga boleh amalkan Sedu'Arrow dan D'Folia kerana ia akan menguatkan rahim dan akan mendapat tindakbalas yang baik dalam masa seminggu.

Biasanya wanita yang menopaus atau berusia akan mengalami sakit tumit,lutut dan susah hendak bergerak (pergerakan terbatas).Ini juga berpunca daripada rahim dan kilang telur dan proses pereputan tulang (osteoperosis).

Wanita yang inginkan kesempurnaan ambil Sedu'Arrow dan D'Folia terutamanya apabila lepas bersalin (61 hari ke atas) sebagai makanan tambahan dan kesannya akan dapat dilihat di usia matang.

Wanita yang mengalami sakit tumit atau mencucuk pada tapak kaki digalakkan mengamalkan 1001 Lucidum dan Sedu'Arrow.

Kehalusan kulit bergantung kepada hormon yang terhasil daripada kilang telur wanita atau sistem reprodukitifnya.

Ps : Tapi sebelum beli baik u all tanya dulu perunding kat situ. Tanya habis2an. Takpe.. diorang mesti layan baik punyer....





IP : 161.142.112.8

iyna

44 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 2.53:09 ptg   [Edit]
icecream,
asid folik memang dalam bentul tablet,biasanya kecik aje.. kalauutk org yg pregnant, saiznya lebih kurang sebesar ubat selsema yg kecik tu... kalau tak silap warna sedikit kuning... ni yg kita makan lah masa awal pregnant haritu...

dari pergi farmasi, kita syorkan pergi kat klinik yg korang biasa pergi, kata jer nak beli asid folik... mesti doktor tu kasi punya...

selain tu kene minum susu yg ada folate macam anmum tu... pun bertujuan utk memberi lebih folik utk tubuh org yg ingin mengandung,...

then, usaha dan tawakal ajelah... jgn putus asa cepat sangat, kadang2 belum rezeki kita lagi untuk menimang cahya mata. pasti ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu.

IP : 161.142.140.173

maisarazai

45 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 2.57:03 ptg   [Edit]
ice,
kalau nak beli kat farmaci cakap je folic asid. Memang ubat tu nama science cam tu. Harganya tak lebih dari rm20, cara mkn tu sehari sekali je, waktu pagi.
Kalau pasal perli tu actually masa mula2 dulu memang tak kisah tapi bila dah dijadikan isu, benggang gak. Sebab keturunan my hubby tak de yg lewat dapat anak. Tapi keturunan i pun sama gak cam tu. Itu bukan lagi dikira perli tapi menghina.

IP : 61.6.65.38

icecreamgirl

46 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 3.01:40 ptg   [Edit]
entahlah maisarazai..
saya ni w/pun baru 3 bulan kawin, tapi sibuk orang dok menanya pasal tu. nak tak nak terpaksa jawab dengan gelak2. Nak buat camne... rezeki belum mai..
Saya ni, masa kawin tu, lebih kurang serentak dengan 2 sepupu saya. Masing2 sedara dok banding2kan sapalah yg mengandung dulu. Buat pekak telinga jerk.. Tak pun sound balik... ingat senang ke buat anak...

Tapi kan mai, cuba kite lihat... orang yang bersekedudukan senang2 jerk boleh ngandung kan.. kite ni yang dah kawin, sukarnya nak dapat baby. Tapi mungkin ada hikmahnya. Kite pun tak tau. Hanya Yang Maha Esa jerk yang lebih mengetahui.

IP : 161.142.112.8

maisarazai

47 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 3.13:24 ptg   [Edit]
Tu lah pasal , memang betul apa kata ice, yg bersekedudukan tu sampai buang2 anak, kita ni nak dapat pun susah. Sana sini cari ubat.

IP : 61.6.65.38

sherry_zie

48 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 3.18:04 ptg   [Edit]

betul tu....yg kita nih sana sini berubat..blom ada lagi
tapi semuanya ada hikmah sebaliknya

Nota Kaki: Berusaha dan berdoa....

IP : 202.75.44.2

maisarazai

49 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 3.28:14 ptg   [Edit]
sherry pun sama nasib gak ke? pernah cuba apa2 ubat?

IP : 61.6.65.38

edinureen

50 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 3.33:54 ptg   [Edit]
masa bersama suami tuu...cuba letak bantal bawah punggung...pastu jgn terus bangun...rileks bagi lama sikit...ramai member yg lambat dapat anak dah try alhamdulillah 3 org dah berjaya....

IP : 203.106.3.164

iyna

51 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 3.49:06 ptg   [Edit]
icecream,

kita pun kawin sama dengan cousin, selang sebulan jer... cousin kita tu bunting pelamin gaknye, pastu, sedare mare sebok ler membandingkan kami ni... sampai tensen kita... merengek2 kat hubby nak baby juga... macam2 kita usaha padahal kawinnya baru 2 bulan...

alhamdulillah, atlast kita pregnant juga, rerupanya, time merengek2 kat hubby tu dah lekat dah... tak sedar jer, sebab kita ni period jenis tak tetap so tak tauler...

la ni dah nak masuk 8 bulan, tapi cousin kita tu yg katanya bunting pelamin tu tak pulak meletup lagi... agak2 nya kita dulu kot yg lekat dari dia...

anyway, cara yg edinureen kata tu memang betul.. kita pun guna cara tu juga dulu, masa bersama tu, letakkan bantal kat bawah punggung, kasi tinggi, so takde lah air tu keluar balik... bila dah sudah tu, suruh hubby tampung punggung tu kasi tinggi dalam 15 minit ker... insyaAllah

sebab kalau tak buat camtu, nanti air tu keluar balik, air tu kan bercampur ... mungkin yg keluar salah satu dari benih yg bakal menjadi...

selamat mencuba buat icecream dan mai...

IP : 161.142.140.173

sherry_zie

52 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 3.50:59 ptg   [Edit]
maisarazai..skrg nih i try amik bfw (bai feng wan), gi urut pun dah...gi jumpa dr pun dah...pendek kata semuanya dah terai, cuma lom ada rezki jek....

IP : 202.75.44.2

maisarazai

53 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 3.55:13 ptg   [Edit]
edinureen,
selalu gak letak bantal kat punggung tapi lepas tu terus mengiring ke tepi. OK pas ni nak rilek dulu baru mengiring

IP : 61.6.65.38

icecreamgirl

54 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 4.09:08 ptg   [Edit]
iyna ..
saya dah buat dah cam tu.. letak bantal sumer..
tapi still keluar... Tapi peliknya masa memula kawin tak pulak air tu keluar. Ni bila dah dekat 4 bulan kawin, byk pulak mengalir keluar. Ada tu, sampai ke pagi..
nak buat camner..
puaslah angkat kaki, letak bantal, sampai naik kebas punggung...

mai, kalau g beli acid folic tu, just ckp nak pil acid folic ke... salesgirl tu tak byk soal ke.. sebab separuh farmasi siap mintak surat doktor lagi

IP : 161.142.112.8

maisarazai

55 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 4.25:15 ptg   [Edit]
ice,
folic asid tu vitamin so tak memerlukan surat doktor, kecuali ubat kawalan seperti ubat tidor. Tapi kalau tanya kat promoter nanti macam jenama dia suggest. Pas tu kita tak tau mana nak pilih. Yg mai tahu jenama appeton. satu kotak ada 90 biji maknanya untuk 3 bulan. harganya 22.00

IP : 61.6.65.38

icecreamgirl

56 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 4.32:18 ptg   [Edit]
hi mai..
tq atas caadangan tu.. ari ni gak saya p turun beli...
mkn satu biji pagi sekali kan... Teringin nak dpt baby sebab umur pun dah masuk 27. lama2 kang takut dah tak larat.
inilah akibatnya lambat kawin.. huahuahuaha

mai, brand appetton ni ok ke..ada apa2 effect tak..
kalau period boleh makan ke tidak?
kalau pregnant pun, boleh ke makan...
time bila tak boleh makan

IP : 161.142.112.8

maisarazai

57 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 4.45:02 ptg   [Edit]
ice,
folic asid ni vitamin so boleh mkn tak kira masa apa pun. Kalau pregnant lagi digalakkan. Kalau ice tak percaya tanya kawan2 yg pernah mengandung. Klinik mana pun diaorg pegi, mesti doktor bagi folic acid. So tak yah risau kalau tak sempat habis tapi dah mengandung, teruskan mkn sebab tu lah vitamin untuk org mengandung. Moga2 kita sama2 dapat baby.

IP : 61.6.65.38

meowmeow

58 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 7.02:35 ptg   [Edit]
mai
kita pun dah tak larat nak berusaha dah, penat...selalunya org cakap berusaha la mesti ada, ni dah bertaun2 hampeh...lagi sakit hati, tak tau nak sakit hati kat sapa..kita cadang2 nak ambik anak angkat je..lagipun tiba2 je dah ada org offer, ingat nak ambik je la..
kawin pun susah tak kawin pun susah..
bila tak kawin org tanya bila lagi, bila dah kawin org tanya lagi bila lagi, bila dah tua sok, tanya jugak lagi bila nak bercucu pulak...hishhh...mulut org susah nak totop, kalau tempayan, seal je.
letih...letih

IP : 202.184.211.193

icecreamgirl

59 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 7.11:27 ptg   [Edit]
hi semua..
u all tak baca ke artikel dlm pasal Tips : Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan :Khazanah wanita ? Cuba cari.. ada...
nampak gaya cam best jerk produk ni...
cubalah u all semak topik tu

IP : 161.142.112.8

Mann70

60 . Dihantar pada 08hb Jun 2004 7.59:00 ptg   [Edit]
Baca posting saya dekat sembang keluarga..pasal rawatan cara batin..kalau makan macam-macam ubat pun kalau dah mmg ada problem, mmg susah nak dpt le..

IP : 202.186.140.100

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "