Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Sembang Kesihatan, P : SUSU APA YG SESUAI UTK BABY?
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Sembang Kesihatan, P : SUSU APA YG SESUAI UTK BABY?
zurina77

1 . Dihantar pada 26hb Mei 2004 10.23:42 pagi   [Edit]


Saya member baru dalam forum ni. Selalu baca je petua2 ke apa ke kat sini. Sekarang ada something yg saya minta tolong la pulak.

My baby baru 2 bulan. Semalam saya kasi dia susu formula sebab susah bila dah start keje. Baru seminggu masuk keje. Mula2 tu saya pam susu badan pastu 2-3 hari ni bila pam susu dah kurang. Saya ada jugak sembang2 dgn org tua2, diorang kata sbb saya tak berurut. Ye la, baby keluar pun ikut tingkap mmg tak boleh berurut lagi.

So saya pun kasi baby susu formula. Saya beli NURSOY. Ada saper2 yg penah guna tak? Susu lembu atau susu soya yang lebih baik?

TQ

IP : 202.161.129.58

si_kancil

2 . Dihantar pada 26hb Mei 2004 10.32:22 pagi   [Edit]
zurina,
tahniah kerana dapat cahayamata.. yang no berapa tu..
Kancil pun baru bersalin anak yang ke 3. Kancil cuba bagi baby kancil tu susu daripada ANMUM formula untu bayi.. Susu tu baru jugak dlm pasaran namanya Infacare.. Tengok baby kancil serasi pulak sebab alhamdulillah tak pernah kena kembung perut.. cubalah...

IP : 203.82.66.11

rohayati

3 . Dihantar pada 26hb Mei 2004 11.28:55 pagi   [Edit]

Zurina
Tahniah baru dapat cahayamata.yati pun baru dapat baby 4 bulan dan yati pun bagi susu keluaran Anmum infacare susu tu kira bagus juga pasal sebelum ini anak yang lain minum susu S26,SMA,Similac dan no. 4 minum anmum. Pasal yati tukar daripada susu dari keluaran Eropah kepada New Zealand milk pasal banyak sangat kes lembu gila dekat eropah.Dan dulu ada kes susu dari eropah yang ditarikh dari pasaran tapi tak pasti susu apa mungkin SMA

IP : 218.111.126.82

jamd

4 . Dihantar pada 26hb Mei 2004 11.32:44 pagi   [Edit]
anak2 jamd masa usia less than 1 year semua minum snow...lepas one year diorg minum essential from anmum...so far sesuai le dgn diorg

IP : 203.115.219.42

mamanabil

5 . Dihantar pada 26hb Mei 2004 11.36:25 pagi   [Edit]


mama suggest u belikan dulu susu lembu coz susu soya only untuk baby yang ada masalah... coz last time mama pernah tanya ngan one of the dc. nak tukarkan susu anak kepada susu soya... so memang tak recommend coz anak kita tak de masalah.. better bagi susu lembu coz susu soya kurang sikit khasiatnya..

IP : 203.115.226.151

suri76

6 . Dihantar pada 26hb Mei 2004 2.14:54 ptg   [Edit]
anak suri skang ni dah 3 bulan, time umur dia 2 ari suri dah sulam dia susu badan + susu formula.. suri pun kasi Anmum Infacare utk baby 0-6 lan..masa mula2 bagi susu formula tu ok je dia.. tapi sejak dah besar ni (2 lan lbh) makin kerap lak dia kembung perut.. so suri try tukar susu Frisolac 1, alhamdulillah.. kembung perut jarang dah la ni.. satu lagi klu dulu time baby nak buang.. punya lah susah... nampak teran punya lah susah.. rasa mcm dah byk yg kuar tapi bila bukak tgk, tak de benda pun, sejak dia tkr Frisolac ni, berak pun senang skt, tak nampak muka meneran yg suah2, tahu2 ada bau jer.. maybe anak suri tak sesuai dgn susu Anmum agak nyer.. sebab time pregnant pun suri tak lalu minum Anmum gak.

IP : 210.187.68.3

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "