Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Set Bersalin : Mana Yang Lebih Berkesan
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Set Bersalin : Mana Yang Lebih Berkesan
sitimania

1 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 12.11:04 tghari   [Edit]


Saya ni tgh mengandung anak kedua. Dah nak masuk 5 bulan dah. Saja nak survey set penjagaan badan lepas bersalin yang mana bagus sebab menyesal waktu lepas bersalin anak pertama dulu tak jaga badan. Sekarang ni bila mengandung anak kedua, dah rasa sakit2 belakang. Badan pun makin sihat.

So, saper-saper yang ada suggestion...boleh la kongsi ngan saya.

IP : 202.188.115.100

Nur_Putri

2 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 12.18:10 tghari   [Edit]
errr sitimania
tak silap dah keluar dah topic ni...

IP : 219.93.184.86

gee67

3 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 12.30:17 tghari   [Edit]




Set Lepas Bersalin Tropical Herbs

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah.

Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.

Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.

Untuk dimakan:
Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2.

Untuk Kegunaan Luaran:
Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang.

Ciri-ciri dan Faedah

Lengkap dan mudah.
Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.

Keberkesanan Terbukti.
Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.

Herba-herba yang distandardkan.
Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.

Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.

Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan.

Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.

Pengilang herba bertauliah.
Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)

Kehamilan adalah saat-saat istimewa dalam kehidupan seseorang wanita. Pemakanan yang betul dan mengekalkan kecergasan serta kerehatan amatlah penting kerana dia membekalkan keperluan pemakanan kepada bayi yang sedang membesar. Penjagaan lepas bersalin juga penting kerana ibu baru perlu memulihkan tenaga dan daya hidup, untuk penjagaan bayinya yang baru lahir. Dalam kebanyakan kebudayaan Asia, tempoh berpantang ialah masa apabila ibu-ibu baru memulihkan kesihatan, lazimnya dengan makanan, herba terpilih yang istimewa serta amalan tradisional lain.


IP : 219.95.149.82

fazyan_77

4 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 12.44:54 tghari   [Edit]


saya guna set bersalin salindah...

set tu ada sebelum bersalin dan selepas bersalin, siap ngan minyak urut lagiii...

IP : 219.93.8.15

sitimania

5 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 3.37:36 ptg   [Edit]
gee......set tu keluaran Malaysia ke? Tak pernah dengar pun. Berapa harganya?

fazyan.......macam mana rasanya bila guna set barangan Salindah tu? Baby ok ke? Waktu bersalin macam mana? Saya pernah gak dengar pasal Salindah tapi ader gak dengar ader doktor yg tak advise makan Salindah..tapi tak tau lak sebab apa.





"ingin kekal cantik menawan"

* Mesej ini telah diedit oleh sitimania pada 30hb Apr 2004 3.38:55 ptg

IP : 202.188.115.100

gee67

6 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 3.51:55 ptg   [Edit]


Sitimania, set lepas bersalin tropical herbs ni keluaran Malaysia produk Amway. Harga dia RM243.80.

* Mesej ini telah diedit oleh gee67 pada 30hb Apr 2004 3.52:24 ptg

IP : 219.95.149.82

sitimania

7 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 3.56:43 ptg   [Edit]
gee.....mahalnya! Boleh bayar ansuran tak! Bukannya apa, maklumlah sekarang ni tgh musim gawat nih. Bonus pun lom tentu masuk lagi. Takut nanti cik abang masam jek muka!




"Ingin kekal cantik menawan"

IP : 202.188.115.100

gee67

8 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 4.25:45 ptg   [Edit]
Sitimania, boleh bayar ansuran tapi habis bayar baru boleh Gee beri barangnya.

IP : 219.95.149.82

aN_Ne

9 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 4.27:57 ptg   [Edit]
sitimania,

try la Set Bersalin HPA.. murah, dan mujarab.. cuba cek kat thread SET BERSALIN HPA.. Keluaran melayu(islam) sendiri.. 100% herba... takde bhn kimia..

IP : 219.93.8.15

reynna

10 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 6.50:31 ptg   [Edit]
ni tolong iklan utk my aunty. sape yg berminat nak dptkan set bersalin MANJA, (lengkap dgn tungku) leh email. aina_mazia@yahoo.com ada diskaun 20%

IP : 219.95.56.20

just4fun

11 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 7.10:31 ptg   [Edit]
quote:
Sitimania, set lepas bersalin tropical herbs ni keluaran Malaysia produk Amway. Harga dia RM243.80.
gee.....mahalnya! Boleh bayar ansuran tak

sitimania, ada set yg lagi mahal. set bersalin Manja RM490...kalau set bersalin nona roguy harganya dlm 500 lebih utk set prima...saya ingat bersalin kali ni nak cuba set bersalin tropical herbs tu pulak...

IP : 219.95.187.133

reynna

12 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 7.15:44 ptg   [Edit]
diskaun 20% utk set MANJA. Kalau rekemenkan pd kawan2 boleh dpt komisyen.

IP : 219.95.56.20

raisa

13 . Dihantar pada 01hb Mei 2004 11.27:51 pagi   [Edit]
sitimania

Set Bersalin Amway (Tropical Herbs) harganya berpatutan dan berkesan. Buktinya ialah pada testimonial yg cukup banyak yg raisa kumpul dr internet. Akak Justforfun pun berminat nak try Tropical Herbs. Cubalah siti try satu set..mana tahu puas hati dengan kesannya.

justforfun
Akak, bila dah sedia nak order nanti hantar email lagi ya.
Raisa dah beri nombor account kan haritu.Thanks

IP : 219.95.171.135

raisa

14 . Dihantar pada 01hb Mei 2004 11.30:36 pagi   [Edit]
Nah raisa kumpulkan testimonial pengguna-pengguna di internet tentang Set Bersalin Tropical Herbs(Amway).


quote:
set Tropical Herbs tu bell tak cuba sbb waktu tu bell tak tau pun kewujudan product ni. mmg rugi betul la. tengok kak angkat bell guna set ni... pehhhh badan steady lagi. kena lak dia ambik sekali dgn set madu Bee Treasures... kulit dia pun lawa, tegang jer.

dia ada la bagi bell try bengkung yg dibagi free kalau beli set Trop. Herbs ni... mmg beshhhh, rasa padat jer. dia kata lepas 3 minggu pakai, terpaksa adjust kedudukan bengkung tu sbb perut dia dah kempis. mmg bell caya pun sbb sampai skrg anak dia dah 1 thn lebih... badan dia maintain jek. malu ahh bell nak compare dgn dia padahal dia lebih tua dari bell


quote:
so far, mmg setiap pengguna tropical herbs nih bell tengok... maintain jer figure diorang. skrg nih lagi best, dah keluar tropical herbs punya kacip fatimah dan tongkat ali. elok kalau ambik kacip fatimah tu sekali dgn set bersalin nihh



quote:
Byk info pasal set tropical herbs ni. insyaallah... bell berani jamin set ni tak menyebabkan sembelit atau side effect pada baby yg minum susu badan. kalau caesar pun blh guna set ni except for bengkung la.. yg tu kena tunggu sampai luka operation betul2 sembuh.

bell yg dah setahun lebih beranak ni pun, seronok jugak dpt pakai bengkung tu. mmg terasa perut flat betul.. yg bestnya, blh pakai sendiri... tak yah mintak bantuan sesaper nak pakai bengkung nih..




quote:
kebetulan mek mentua jual amway, so sbb dia dah promote, ambillah dgn dia.
masa mengandung lagi dah ambil beberapa supplement, protein, b-complex, vitamin c & kalsium. Okeylah rasa badan sbb masa pregnant kena betul-betul masa bln posa, tapi tak penah pun ponteng posa.
Masa mula pregnant berat bdn nie 53kg, sampai masa kat labour room dah 73kg. Kira masa pregnant tu naik sampai 20kg.
Masa pantang beli set Tropical Herbs, husband beli dgn mak dia, walaupun mak dida suruh makan ubat jamu yang lain tapi memandangkan husband dah belikan set yg ni, jadi makanlah. So far, so good. Lepas bersalin sampai sekarang maintain 53Kg walaupun anak dah 2thn 2bln


quote:
Soalan: pernah cuba set amway tu ke? Ada masalah sembelit tak?

Jawapan: semua berpuas hati... bukan jer tak der masalah, leh maintain body figure lagi. jeles betul nengok diorang nihh

quote:
epal masa dlm pantang anak sulong guna tropical Herbs dr Amway ni...beli dgn kawan....senang sebab dia dah sediakan jadual utk makan jamu2 dia...pd sesiapa yg mmg tak suka nak makan jamu tu, eloklah cuba set ni sebab jamu dlm bentuk kapsul..makan pagi & petang

quote:
Ermm... kawan yum3 pun jual Set bersalin Amway (Tropical Herbs tu). Dia kata ubat ni sesuai utk wanita moden yg tak lalu nak telan jamu2 pahit dan busuk tu. Katanya lagi, ramai bangsa asing esp. Chinese yg suka kan produk ni. Siap bagi bengkung dan baby oil (serupa cam minyak telon) lagi tu.



quote:
ttg tropical herb lak..adik i yg penah try...
mmg elok ler..sebab lepas pantang tu badan dia balik ke normal..nampak lebih kurus lagi dr lepas pantang anak pertama dia...


IP : 219.95.171.135

raisa

15 . Dihantar pada 01hb Mei 2004 11.31:49 pagi   [Edit]
Lagi testimonial utk Set Bersalin Tropical Herbs:

quote:
aku dari anak 1 sampai 4 semuanya pakai bengkung
no 1 & 2 bengkung tu mak mertua yg jahit sendiri...
then bila adik ipar bersalin turun ke dia pulak....

then anak 3 & 4 pakai bengkung amway
masa anak 3 tu beli set bersalin dr amway...tak silap tropical herbs
dalam tu dah siap ada bengkung...so guna yg tu je la...

tpmmg tak dinafikan mmg berkesan!!!
perut pun kempis je....badan pun kurus sedikit




quote:
yang penting jaga makan + exercise
tapi aku dulu lps beranak sulong pun pakai bengkung amway...pas tu makan + exercise main lantak jer....tapi alhamdulillah badan tak naik



quote:
rasanya nak guna amway jugak pasal serasi...lagipun senang sebab dah siap2 peketkan....
baru2 mmgla takley pakai slimming suit tu radinsya ooiiiii.......uuiihhhh luka jahitan tu toksah cakaplaaa.... kalau nak pakai pun lepas 2 minggu oklah...hehehe


quote:
kali ni beli yg Amwaynye.. jamu2 dia pon cam mudah nak telan hehehe sbb lam btk2 pill.




quote:
hmm...woman prefer pakai bengkung yg lilit2 tuh sbb perut rasa sedap jek...
tp dah terai pakai bengkung ready made yg amway nyer set tuh....besh gak.... perut terletak jek bila berjln2...tak der gegaran...



quote:
amway set, kismis makan, rasa macam bagus je, badan pun susut dari 70kg, sekarang turun 57kg.. rasanya oklah kott.. husband pun tegur dah nampak susut dari masa pregnant (op kos le).. bengkung dia pon mmg best.. tapi taktaulah kismis nak kata lagi bagus ke dari nona roguy ke.. sendayu ke.. sebab ni first time..




quote:
amway semuanya pil...takder bancuh2.... kecuali teh herba dia..itupun 5 hari pertama je kalau tak silap.....lepas tu semua telan pil je sampai abis pantang....cepat & mudah......mmg sesuai utk org yg tak suka makan jamu2


quote:
masa dalam pantang dulu pakai param yg amway punya sapu kat perut seblum pakai bengkung..... it's really work because perut kempis & tak kendur after 2-3 weeks...tanda2 hitam kat perut tu pun hilang...
masa baru2 lepas bersalin punyalah seram tgk perut melendut & tanda hitam2.... but Alhamdulillah lepas apply param tu kesan2 tu semua hilang


Buatlah pilihan yg bijak
Berminat, boleh juga email raisa.

IP : 219.95.171.135

wbatrisyi

16 . Dihantar pada 05hb Sep 2005 07.54:56 pagi   [Edit]
Assalamualaikum..saya wafa..sebenarnya saya nak tahu macam mana nak dapatkan product set lepas bersalin tropical herbs tu selain dari order on-line??Suami saya lebih suka kalau beli terus hand by hand.lebih selamat..katanya.Sesiapa ada address yang boleh saya dapatkan product tu,bolehlah bagitau kat saya ye..Saya menetap di kajang sekarang.sekarang saya dah masuk 8 bulan tapi tengah confius nak guna apa lepas bersalin, takut ada effect kat baby, tapi bila baca testimonials korang2 semua rasa macam rugi je kalau tak try..Tolonglah ye..Thanks

IP : 60.49.108.231

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "