Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> petua : buasir ketika hamil
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : petua : buasir ketika hamil
iyna

1 . Dihantar pada 01hb Apr 2004 1.13:45 tghari   [Edit]
hi...
kita ada masalah ler.... tapi tak tau camner... ada tak sesape kat sini yg ada petua nak sembuhkan sakit buasir. kita sekarang ni pregnant 5 bulan.. baru2 ni kene buasir... selain sakit, rasa tak selesa pun ada juga...
minta sangat ler korang tolong kasi petua ke atau ada ubat ker untuk sakit ni...
minta tolong ye...

* Mesej ini telah diedit oleh iyna pada 01hb Apr 2004 1.15:11 tghari

IP : 161.142.140.173

aman65

2 . Dihantar pada 01hb Apr 2004 1.25:15 tghari   [Edit]


Saya syorkan anda mengambil B'Young Advanced Functional Food Course. Ianya amat bagus kerana mengandungi 61 ramuan dari sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. 100% halal dan dilindungi insuran RM2 juta. Jika berminat boleh hubungi saya di 019 - 3238780 untuk penjelasan lanjut.

Saya dah alami buasir dan terakhir paling teruk pada bulan September 2003. Lepas makan produk tersebut 2 hari, rasa sakit dah tak ada dan sekarang ini, dengan izin Allah, saya dah sembuh sepenuhnya.

IP : 61.6.163.24

raisa

3 . Dihantar pada 01hb Apr 2004 1.38:01 tghari   [Edit]
Paling utama..elakkan masak/makan
masakan yg ada black pepper dan yg seangkatan.
Ini yg diberitahu oleh doktor yg merawat
nenek raisa (juga buasir).

Makan prune banyak-banyak supaya lawas.
Ambil juga fibre supplements.

* Mesej ini telah diedit oleh raisa pada 01hb Apr 2004 1.38:22 tghari

IP : 219.95.166.124

iyna

4 . Dihantar pada 01hb Apr 2004 1.40:04 tghari   [Edit]
thanks aman & raisa...
kita ada amik krim tapi tak elok pun...
kalau waktu tido tu tak terasa sangat...waktu bangun tido pun ok juga... tapi waktu kat ofis ni... banyak jalan agaknya so dia jadi sakit... geram betul asyik nak pi toilet jer...

IP : 161.142.140.173

aman65

5 . Dihantar pada 01hb Apr 2004 1.46:49 tghari   [Edit]


Kekadang tu, tabiat kita juga penyumbang akan penyakit buasir ni. Contoh:

1. Kurang makan sayur
2. Kurang minum air kosong
3. Kurang bersenam
4. Suka mengambil makanan yang pedas-pedas spt cili padi dan kari
5. Suka menahan buang air besar.

So, elakkan perkara-perkara di atas.

IP : 61.6.163.24

Adinra

6 . Dihantar pada 01hb Apr 2004 2.43:12 ptg   [Edit]
Masa anak no.2 ari tu kena gak buasir ni tapi mcm tersa bonjolan je sikit. So, what my guinea did was bagi I sejenis ubat bullet yg dimasukkan ke dlm dubur kita setiap mlm sebelum tidor. Alhamdulillah, dah tak teras sakit. Kalau tidak, nak melabur pun rasa sakit. Ubat tu..tak ingat dah nama dia.

Lepas beranak, masa pantang, mesti semua mak-mak pantang akan melabur tak lawas. So, I mintak guinea ubat yg boleh melembutkan najis . So, masa pantang I makan ubat tu, nak melabur pun senang

So, cuba la tanya kat guinea .

IP : 211.24.129.66

eternal_beau

7 . Dihantar pada 01hb Apr 2004 6.25:18 ptg   [Edit]

iyna,
...... saya baru terbaca pasal menda ni , saya syorkan u gunakan ubat Nona Roguy(Herbanika Bersalin/internal cleanser for mothers in comfinement), dari pengalaman saya dan kengkawan ia sangat berkesan tapi tak leh guna masa pregnent.

........ harga sebotol rm;115.00 ada 220 kapsul , selain utk. sembelit ia bagus ukk.buang angin dlm. badan.
Selamat mencuba saya ni bukan nak jual ubat sekadar menolong.

....one of my frends pernah potong oi,,,sakit gila nasihat aman 65 tu sangat baik......Insyallah

IP : 82.41.65.47

aneezs

8 . Dihantar pada 02hb Apr 2004 00.22:09   [Edit]
cuba makan yogurt. yg ni memang berkesan dgn i, tak tau la kot2 serasi jugak dgn u.

IP : 219.95.61.46

iyna

9 . Dihantar pada 02hb Apr 2004 08.13:10 pagi   [Edit]
aman - betullah kata aman tu, kita ni kuat makan cili..org negeri ler katakan, kalau tak pedas tak sah agaknya. ni ler bahananya. sejak kene sakit ni tak makan dah pedas2 nie. kita akan cuba ikut pesan aman tu... tq

adinra - kita buat cek-up kat private, boleh juga minta ubat tu ker?... tak effect ker ubat masuk tu?... bukan ape, kekadang tu segan nak cakap ngan doc. anyway thanks adinra, nanti kita pi klinik ler kalau tak elok2 juga.

eternal - thank you for the info

aneezs - boleh ek makan yogurt aje?... sebab kkita ni tak pernah makan yogurt...

anyway... thanks to ahli sumer, sudi gak kasi pendapat. harap2 nya cepatler sembuh kan

IP : 161.142.140.173

buazo

10 . Dihantar pada 02hb Apr 2004 3.20:11 ptg   [Edit]

bykkan mkn benda yg serat2...

IP : 210.19.203.100

NoorMasri

11 . Dihantar pada 02hb Apr 2004 5.17:06 ptg   [Edit]

Hai Iyna..

Buasir semasa pregnant mmg perkara biasa, jgn risau..ni disebabkan tekanan baby yg semakin membesar.

So utk atasi ketidak selesaan tu, mintak ubat kat doc..jgn malu2 cakap jer..nanti doc akan bagi ubat yg dimasukkan kedlm dubur utk mengecutkan balik buasir tu.Tak ada effect utk baby. Noor pernah alami buasir semasa mengandung tahun lepas. Lepas je bersalin , buasir baik sendiri InsyaAllah.

Dan selain dari tu mmg kena jaga pemakanan kita supaya tidak sembelit masa buang air besar.

IP : 195.92.67.75

just4fun

12 . Dihantar pada 02hb Apr 2004 6.21:12 ptg   [Edit]
iyna, kalau awak nak cuba herba nona roguy, awak boleh cuba herba 3 beradik - mustajab lawas angin, lawas kencang dan lawas segar. dulu masa dalam paket, boleh beli campur2 tapi sekarang dah tukar packing dalam botol. harganya RM40 (kalau ahli RM35) sebotol. seelok2nya digunakan ketiga2nya. cth: angin + kencang, kencang + segar atau segar + angin dan diulang2 selang sehari. ada satu lagi namanya phytodetox tapi saya tak pasti samada orang mengandung boleh mengambilnya.

kalau macam yg eternal_beau katakan tu, herbanika bersalin ni sesuai untuk orang dalam pantang. orang mengandung tak boleh makan herbanika bersalin.

disamping itu banyakkan makan buah dan minum susu. dan jangan lupa bersenam. kalau rajin berjalan kaki sekurang2nya buasir tu dapat dikurangkan. kalau tak amalkan bersenam masa mengandung nanti lepas bersalin susah sikit berat tu nak turun (dari apa yg saya pernah baca). masa mengandung pun kena fit juga. ok?

IP : 219.95.182.98

nurafisya

13 . Dihantar pada 04hb Apr 2004 00.14:20   [Edit]
Saya skrg pregnant 8 bulan..sblm pregnant, memang saya ni jenis susah nak melabur..2 hari sekali..3 hari sekali..kdg2 tu siap keluar darah lagi..tp alhamdulillah...time mengandung ni..lawas pulak..dalam sehari mesti lebih dr sekali..tentang mknn..saya tak mkn sayur sgt.. buah aje...lagi satu..saya makan salindah..

Tak tahulah kalau salindah tu yang melancarkan...

IP : 219.92.240.55

iyna

14 . Dihantar pada 05hb Apr 2004 08.09:16 pagi   [Edit]
nurafisya,
nak tanya sikit... elok ker makan salindah tu?... iyna ada dengar org citer pasal produk salindah..katanya memudahkan proses bersalin... betul ker?... nurafisya ada pengalaman ker makan ssalindah before ni?... citer ler kat iyna, ada juga rasa nak beli tapi husband kata tak elok makan ubat ubat nie... takut effect kat baby... tolong citer sikit pasal salindah yang nurafisya makan tu... rasa macam kiter nak beli juga... pleassseeee....
atau anyone yg tau pasal salindah???

p/s: pasal buasir tu, alhamdulillah dah elok... thaks kat sumer yang kasi info...

IP : 161.142.140.173

nabilanajwa

15 . Dihantar pada 05hb Apr 2004 08.52:07 pagi   [Edit]
kalau takmo banyak sangat bergantung kepada ubat2an utk menghilangkan masalah problemo buasir ketika pregnant, amalkan makan sepotong buah betik at least once a day, insyaAllah masalah tu selesai.

selepas bersalin plak, minta ngan gynae tu ubat pelembut najis cam yg selalu diberi pada anak2..rasa dier manis jer...gerenti berkesan.

saya pernah amik herba 3 beradik nona roguy tapi pastu stop sebab bukan setakat kita jek yg lawas tapi baby pun tumpang lawas sekali...kesian dier. Tapi ada produk dier yg boleh membantu memperbanyakkan air susu....tak ingat nama...uncang herbanika ke mende.

IP : 61.6.54.141

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "