Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Umum : Bunga akar fatimah
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Umum : Bunga akar fatimah
zuza

1 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 3.00:27 ptg   [Edit]
Hmm.. zuza nak tahu mana boleh dapat bunga akar fatimah ni.. meaning, mana boleh beli.. kalau nak cari dari org yg balik mekah.. memang tak de..

Dah nak dekat ni, tapi tak de lagilah.. anybody boleh membantu?? Jual kat zuza ke.. kasi pinjam ke... takut niii.. please???

IP : 218.208.226.87

mamanisa

2 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 3.12:15 ptg   [Edit]
nak buat apa bunga fatimah tu.? Buat ubat sakit bersalin ker?

IP : 219.95.151.195

zuza

3 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 3.13:40 ptg   [Edit]
mamanisa..

Ha'ah...

dah dekat ni.. tahu tak mana nak cari?

IP : 218.208.226.87

cha

4 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 3.14:35 ptg   [Edit]
zuza
cha ada bunga fatimah tu, coz ramadhan yg lepas, kakak cha pi umrah... kalau zuza nak bleh contact cha yer, cha bagi free jer...

IP : 161.142.141.122

maniss

5 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 3.14:42 ptg   [Edit]
..
zuza...bunga akar fatimah selalunya..org balik dari mekah beli.....

insya-allah...kalau maniss dapat info...masih ada lagi bunga akar fatimah tu...maniss beritahu zuza ye...sabar ye...

IP : 203.115.236.2

zuza

6 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 3.25:07 ptg   [Edit]
cha.. maniss.. TQ sesangatt.. kalau ada tu, biarlah zuza beli.. sebab segann nak mintak free.. cakaplah berapa harga, biar zuza bayar.. zuza kat png ni.. cemanalah nak ambik.. cemana ye???

baiknya korang ni..

IP : 218.208.226.87

cha

7 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 4.20:31 ptg   [Edit]
e-mail add zuza kat cha...nanti cha poskan... bleh ker..

IP : 161.142.141.122

sriayu

8 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 4.39:41 ptg   [Edit]

IP : 219.94.114.169

sriayu

9 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 4.41:33 ptg   [Edit]
cha.
i nak beli dari cha boleh tak?
i pon bersalin tak lama lagi ni, so nak lah bunga kacip patimah tu kan.
i dok kat area cheras, pandan perdana

IP : 219.94.114.169

sriayu

10 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 4.42:43 ptg   [Edit]
sorry bunga akar fatimah.

IP : 219.94.114.169

cha

11 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 4.48:23 ptg   [Edit]
zuza, sriayu... tak yah le beli2... kat umah cha ada 2 jer... tapi tadi cha call kakak cha, dia ada banyak lagi... haritu dia sajer beli banyak coz kami ramai adik-beradik pompuan yg nak/akan bersalin...

sri ayu bleh datang ambil kat umah cha ker?

IP : 161.142.141.122

sriayu

12 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 4.51:56 ptg   [Edit]
cha,
umah cha kat mane?
insyaAllah ayu boleh ambik kot,
tapi segan laa, baiknya cha.
cha juallah kat ayu, tak kisah berapa RM pon.

IP : 219.94.114.169

rosepurple

13 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 4.52:26 ptg   [Edit]
boleh tak bagi tau bunga akar fatimah ni apa kegunaan dia sebenarnya.rose nak jugak kongsi pengetahuan ni.

IP : 210.187.118.162

cha

14 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 5.00:18 ptg   [Edit]
rospurple
bunga akar fatimah tuh utk buat selusuh bagi wanita yg nak bersalin...

insyaallah lebih mujarab kalau husband yg buatkan air selusuh tu diiringi ngan sembahyang tahajud, hajad, dan bacaan surah2 tertentu...

sriayu, cha memang tak jual... coz cha pun kakak yg bagi... dan kakak cha pesan, kalau ada sesapa/kengkawan yg nak, sedekahkan aje...

umah cha kat bdr baru bangi... nak datang call jer eh...

IP : 161.142.141.122

cha

15 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 5.06:29 ptg   [Edit]
Doa selusuh untuk dibaca oleh suami, moga dapat dimanfaatkan

Pertamanya niatkan ikhlas kerana Allah dan berdoa agar dipermudahkan bersalin
1) membaca surah al fatihah dan selawat ke atas nabi
2) membaca ayat 54-56 surah al a'raf sebanyak 3 kali
3) membaca ayat pertama surah at-tariq sebanyak 3 kali
4) membaca ayat kursi sebanyak 3 kali
5) membaca permulaan surah qalam sebanyak 17 kali, nun pada permulaan surah dikatakan membawa makna nasir (penolong) dan nur (cahaya)
6) membaca bahagian terakhir ayat 104 surah yusuf sebanyak 17 kali
7) membaca surah mu`awwizatain (surah al-falaq dan surah an-nas) sebanyak 3 kali
8) membaca doa nabi yunus dalam perut ikan nun dalam ayat 87 surah anbiya' sebanyak 17 kali
9) akhir sekali baca "ya fattah bila miftah iftah lana bihurmati ummi musa bint lawi bin ya'kub salawatullahi taala 'alaihim ajma'in wa bihurmati buduhi" sebanyak 17 kali

Doa-doa ni bule dibaca sama ada pada 3 biji pisang, atau air masak atau minyak. Kalau pada pisang hendaklah dimakan terus.kalau air dan minyak sapu pada perut dari atas ke bawah

kalau bunga akar fatimah tu rendamkan dalam air, then minum..

wallahua'lam...
sesungguhnya al quran itu shifaa dan rahmat

IP : 161.142.141.122

zuza

16 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 5.08:34 ptg   [Edit]
cha.. dah email kat cha... ni segan pulak nak suruh cha tolong poskan.. dah la free.. sebab zuza kat Png ni.. betul ke boleh poss??

Takpele nanti kalau nak beli Halle... mmg kena la beli dengan cha nak balas budi.. (lepas bersalin baru boleh decide.. kena tengok budget.. huhuhu)

IP : 218.208.225.73

zuza

17 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 5.10:26 ptg   [Edit]
Ehh.. pos punya bayaran.. zuza tanggung tau... kalau envelope tu seme.. kiralah.. (tak bolehlah semua free!!)

Ok kan.. cha??

IP : 218.208.225.73

cha

18 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 5.21:11 ptg   [Edit]
zuza... nanti cha tengok e-mail... bila due date? kalau cha poskan hari selasa bleh ker coz esok pagi ada family day kat FRIM... tak sempat lak nak pi pos office..

kalau nak guna poslaju... zuza tanggung eh... ekekeke... alahai...

hehehhe nak beli halle ngan cha... boleh... tapi cha tak paksa... kalau zuza nak beli ngan org lain pun tak pa... no hal nyer... cha tak mintak balasan...

IP : 161.142.141.122

zuza

19 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 5.26:21 ptg   [Edit]
haa sib baika da lebih.. kalau tak sriayu, main tarik rambut la berebut kita

gurau je..

Lagi 2 minggu, InsyaAllah, sempat, Cha.. bolehhh.. bayaran apa pun boleh cha.. nak pengeras pon boleh.. hehe, cha e-mailkan zuza ur acct number dan details seme ehhh...

Bukan apa taknak beli Halle dulu, mmg berminattt sangat, tapi zuza nak tengok, zuza ni cemana bersalin nanti.. kalau dibuatnya kena operate (Nauzubillah) susah pulak.. tak guna pulak.. dah tu budgetnya.. ongkosnya pun melebih budget ku kalau kena operate.. apa-apa pun kena tengok dulu.. niat nak beli tu dah lama dahhh...

IP : 218.208.225.73

cha

20 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 5.47:47 ptg   [Edit]
takda la... cha gurau aje la...

zuza ada ambil salindah tak... kan apa... coz masa contraction tu bagus zuza ambil B6... insyaallah ianya akan dapat mengurangkan rasa sakit dan memberi tenaga utk push baby...

dulu masa nak bersalin myra, cha ambil B6 tu... setiap minit cha kemam pil tuh... dan alhamduillah memang tak rasa sakit sangat cam yg first & 2nd dulu (masa 1 & 2 tak tau pasal salindah pun)...

cha dah dapat add zuza... insyaalah cha akan usahakan hantar poslaju hari selasa nanti...

tak yah ler tarik2 rambut ngan ayu... kang terus terberanak la tu gak kang.... ekekeke

ayu bleh datang umah cha ker???

IP : 161.142.141.122

sriayu

21 . Dihantar pada 21hb Feb 2004 10.02:54 pagi   [Edit]
cha, tima kasih

cha dok kat bandar baru bangi ke? jauh jugak kan.
cha tak leh pos kat ayu ke?
sebab ayu skrang ni nak gi sorang pon tak leh.
nak ajak husband skrang ni dia tengah out station.
camane cha

IP : 219.94.114.169

cha

22 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 09.24:57 pagi   [Edit]
ayu e-mail kan add + tel no. kat cha yer... kang cha bleh hantar poslaju gak... tapi hari ni tak sempat ler coz tak bungkus lagi...

zuza, tel no ada tak... tghari ni cha bleh hantar poslaju...

kalau ada sesapa yg nak bunga akar fatimah ni just inform me... coz cha ada banyak lagi, semalam kakak cha bagi sebungkus (banyak tuuu...)

IP : 161.142.141.122

sriayu

23 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 10.00:06 pagi   [Edit]

IP : 219.94.114.169

sriayu

24 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 10.02:07 pagi   [Edit]
cha. ayu dah emailkan adress ayu dgn no phone skali.

ade ape2 cha contact ayu yek
by the way tima kasih laaa yek
cha bagitau la kat ayu cost utk antar tu

IP : 219.94.114.169

sriayu

25 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 10.04:41 pagi   [Edit]
cha.
ayu nak tanya
macamane cara penggunaan bunga akr fatimah tu yek,
ayu kurang paham laa.
sape2 tau boleh tak bagitau
bunga akar tu kite rendam and then kita minum air die yek?
lepas tu kita minum mase kite nak bersalin ke caname?

IP : 219.94.114.169

cha

26 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 11.00:39 pagi   [Edit]
ayu
act bunga akar fatimah tu u bleh rendamkan semalaman... (bunga tu akan kembang...) then sebahagiannya diminum sambil baca doa moga dipermudahkan utk bersalin serta selawat ke atas nabi, sebahagian lagi buat basuh kat 'tut'. lakukan bila dah start contraction/keluar tanda...

maybe org lain ada cara yg lain... please advice. tq

* Mesej ini telah diedit oleh cha pada 24hb Feb 2004 11.01:28 pagi

IP : 161.142.141.122

zuza

27 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 2.26:22 ptg   [Edit]
cha.. TQ so much... nanti zuza emelkan no phone sekali yerr...

Apa-apa hal pun, cha WAJIB bagi no acct kat zuza.. nak bayarkan kos pos, kos peluh cha etc.. hehe..

Zuza dah start sakit2.. tapi rasanya minggu ni sempat lagi..

Tulah ye, cemnaa cara nak gunakan ni.. cuma tahu, lepas rendam dan guna boleh jemur balik dan simpan.. maknanya reusable, kan... cuma pernah dengar, kalau dah kembang tu minum air dia, InsyaALlah dipermudahkan.. amin..

Bila patut kita rendam? Orang kata masuk labour room rendam ye??

IP : 219.95.204.23

cha

28 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 3.05:45 ptg   [Edit]
a'kum zuza... cha dah dpt your contact no... so sorry coz tadi tak sempat nak poskan coz tadi ada appointment... tapi cha akan usahakan utk pos esok... tu janji cha... (cha dah wrap sebenarnyer..)

no acc tu tak ya ler... lagipun kakak cha yg beri... dan dia dah niat nak sedekah... dan kalau nak say thanks... nanti cha sampaikan kat kakak... and doakan juga utk kakak cha yg akan deliver bulan may nanti eh..

yup... bunga ni memang reusable... dah guna bleh keringkan dan simpan. insyaallah kalau keringkan dengan betul bleh tahan bertahun2...

* Mesej ini telah diedit oleh cha pada 24hb Feb 2004 3.07:06 ptg

IP : 161.142.141.122

sriayu

29 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 3.19:26 ptg   [Edit]


cha, dah received ke ayu punya e-mail
dlam tu ade alamt ngan no phone skali
apa-2 hal contactlah bile nak pos yek

IP : 219.94.114.169

cha

30 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 3.21:06 ptg   [Edit]
ayu
cha dah terima... balik nanti cha wrapkan utk ayu lak... and insyaallah cha akan poskan utk ayu + zuza esok..

zuza, u dah sakit2 eh... camna ni... agak2 sempat tak cha poskan esok ek??

IP : 161.142.141.122

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "