Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Kesihatan : Apa tanda2 mengandung.............................
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Kesihatan : Apa tanda2 mengandung.............................
zizi

1 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 3.12:37 ptg   [Edit]

Saya baru berkahwin 3 bulan yang lalu.Saya nak tanya kat mdc ni..berapa usia kandungan yang kita boleh kesan?Kandungan 1 minggu macam tu boleh ke?Adakah ada apa2 alahan pada kandungan seusia macam ni?Dan lagi satu adakah pendarahan selepas kering haid tu 1 penyakit.
Thanks

IP : 202.186.7.251

noim

2 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 3.59:15 ptg   [Edit]
w,salam...
nak kesan tak bergantung pada usia kandungan tapi kehadiran hormon hcG yang terdapat pada orang yang mengandung.selalunya pada awal kandungan hormon ini dalam jumlah yang kecil dan jarang dapat dikesan dalam air kencing.alah tu bergantung kepada seseorang dan paras hormonnya.kadang2 tu tak ada alahan pun.pendarah selepas kering haid tu saya tak paham...pendarahan nie selalunya melebihi 15 hari ataupun darah terlalu sikit dam macam2 lagi...nak dikatakan penyakit kena buat check up dulu.kadang2 masalah hormon jugak.jadi,cara terbaik jumpa pakaro&g kat hospital...

IP : 202.184.17.249

zizi

3 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 4.15:12 ptg   [Edit]
noim thanks...
saya takut juga tentang pendarahan yg saya alami ni..lepas 14 hari datang haid..darah keluar balik.takut saya apabila terbaca tentang tanda2 kanser servik tu.

IP : 202.186.7.251

eidadara

4 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 4.19:55 ptg   [Edit]


Eida nak tahu gak....apa tanda2 awal mengandung.
Bila masa paling sesuai nak urine prenancy test? Kalau period lewat seminggu, boleh dah ke?

Excited la nak pregnant

IP : 219.93.124.27

maslinazaris

5 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 5.04:50 ptg   [Edit]
Kalau period kita tetap tiap bulan. 2/3 hari lewat dah boleh kesan mengandung/tidak. Seminggu kalau test sendiri dah clear line yg confirm pregnant.
Ina dulu lewat je 3/4 hari terus beli alat utk test pregnant kat famasi RM 10 aje. Baru check klinik..saja jerrr double check.
Tanda yg penting haid terlewat, tanda2 lain ikut org tu sendiri..sbb berbeza antara satu sama lain.Mana yg alah...rasa loya, pantang silap makan atau bau...muntah. Selera nak makan bertambah, sensitive..mudah merajuk/marah
Ada org yg langsung tak de tanda...period lak tak tetap..2 bulan sekali ke..tup2..check dah mengandung 5 bulan..tak ke haru.
Zizi dtg balik period lepas 14 hari ke?Banyak ke atau cuma tanda...hitam ke..Sebab dulu Ina biasa cam2.org panggil ekor. 2 sbb perempuan nie dilarang makan bhg ekor...takuti period berekor-ekor.Leceh bila dah mandi nak sembayang ler..or bila bab bulan posa.
Anak ke-2 Ina, masa mengandung bulan pertama & kedua ada keluar sikit cam period..ekor..bab nie lagi takut.Byk sangat cerita pasal mengandung anggur.Alhamdullilah tak de apa.Yg penting check doktor.

IP : 219.93.8.8

buazo

6 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 6.21:26 ptg   [Edit]
setiap org lain caranya....kalu yg statik period tu..mmg senang nk tahu..kalu tak statik cam buazo mmg tak tahu...cam buazo awal pregnent tu..buazo angin dlm badan, loya, muntah, pening kepala..mmg tak larat ler...tu yg wat urine test sendiri..mmg pregnent..lps tu check lak kt klinik mmg sahhhh...tgk2 nak masuk 3 bln dh...skrg nie dh masuk 7 bln pregnent..tinggal 2 bln lg...

IP : 203.121.0.10

zizi

7 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 09.04:09 pagi   [Edit]
maslinazaris
period zizi ni sikit2 ja..tapi tiap hari.keluar waktu pagi ja.darah merah cam biasa,ada juga darah keluar yang hitam2 tu ja.zizi tak pernah ada pengalaman cam ni,tu yang risau tu.cuma period zizi kadang2 tak menentu..yang selalunya lambat la..sebulan lebih baru ada.

IP : 202.186.7.251

maslinazaris

8 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 11.33:50 pagi   [Edit]
Zizi...
Pertama kalau zizi tenguk ada perkara yg meragukan nasihat Ina gi check doktor. Pakar sakit puan.Dulu Ina ada gak kena period yg macam tu..letih..yelah kita pun takut dibuatnya.
Period yg tidak tetap/ darah yg tidak normal byk puncanya.
1. Zizi ada makan apa2 ubat tak-tanpa sedar ke...sebab ada yg boleh effect haid.
2. Masalah/stress
3. Infeksi
4. Ketumbuhan spt fibroid & polyps

Zizi kena byk. bertenang, tangani stress maklumlah perubahan sejak berumahtangga nie. Byk cabarannya. Relax..jangan cepat letih, kurangkan berdiri sewaktu dtg haid...Jaga pemakanan jgn makan nenas ketika haid.
Ina sarankan cuba pemakanan kesihatan utk bersihkan darah, lancarkan pengaliran darah, stabilkan hormon dan bantu keuburan.
Gamat eMas dapat membantu dlm proses membersihkan darah dr. toksin, bantu peredaran darah, stabilkan hormon dan pentingnya dpt bantu kesuburan utk pregnant.
1. Bioseed
2. Pati gamat plus bervitamin

keterangan lanjut
012 2029481

IP : 219.93.8.8

Rosniena

9 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 2.18:52 ptg   [Edit]
tanda pregnant tu biasanya buang air kecik byk kali then asyik lapar ek?hmmm pinggang ada rasa sakit tak..then kat bhg bawah perut tuh rasa cam sakit n sengal2 ek?pastu..ada angin banyak dlm badan ek?berapa byk ek aku nih

IP : 192.228.219.13

comeydokada

10 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 2.22:46 ptg   [Edit]
erm abg aku masa dia kawen.. pastu dia yg mual2 tak sedap badan sampai 3 bulan.. masa awal dia sakit tuh.. gi jumpa dr.. upanye akak ipo aku ngandung.. akak ipo aku plak yg tak alah..

IP : 202.184.17.249

dettol

11 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 2.48:07 ptg   [Edit]
assalamualaikum...
bagi sy masa mula mengandung anak sulung dulu, seminggu lepas period ade gak tanda2 darah tapi tak banyak.. walaupun tak byk kerap jugak, kekadang tu dalam seminggu 2x mesti turun darah but sikit2.. mula2 ingat kot2 darah period tak habis lagi tp masa tu dah mula rasa something.. nak muntah la.. meloya la.. tak tahu pulak mengandung sebab baru seminggu habis period.

Yg buat sy gi jumpa doktor sbb satu ari lebih kurang 2 bulan lepas tu sy pitam.. masa tu bulan puasa.. asben dah kecoh suruh gi jumpa doktor.masa jumpa doktor sy tanya jugak why ade kesan darah.. doktor cakap tu tanda2 keguguran.. dia suggest jumpa pakar...

so sy suggestkan zizi jumpa pakar.takut jugak kalau2 itu tanda2 keguguran

IP : 202.188.115.100

NuRieYaNa

12 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 7.39:21 ptg   [Edit]
Pergilah jumpa doktor
senang abis citer.....

IP : 202.188.130.254

zizi

13 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 09.40:12 pagi   [Edit]

Kawan semua..thanks coz sarankan zizi pegi klinik.asben zizi pun dah naik angin kat zizi dulu coz zizi takut nak gi jumpa doktor.zizi takut gak masa jumpa doktor tu,malu pun ada maklumlah doktor lelaki.selepas check air kencing,dan sken perut.Alhamdulilah zizi sihat.Doktor cuma bagitau ada 2 kemungkinan.1 darah haid zizi yang dulu tak habis keluar dan 2 ini tanda2 awal zizi mengandung.Dokter sarankan zizi check balik jika zizi miss period.Dokter kata kandungan yang terlalu awal memang tak boleh nak kesan.usia 2-3 minggu macam tu baru boleh kesan.Dokter siap bagi buku tentang mengandung,susu mama plus dan vitamin.Kalau betul zizi mengandung zizi gembira betul.Kawan2 kat sini doakanlah untuk zizi ya.Zizi harap kita dapat kongsi2 pengalaman macam nikan.

IP : 202.186.7.250

eidadara

14 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 4.33:03 ptg   [Edit]


eida dah misperiod ni.....
hubby dah ngadu muntah, loya2...
eida ok jer...
eida takut nak check...
jeng..jeng..jeng....

IP : 219.93.124.74

Ashsha

15 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 7.33:28 ptg   [Edit]
dah ter'pregnant' kot,eida?takpe lah.kalau ada,kabarkanlah burita gumbira itu kat mdc ni ye....nah bunga.

IP : 210.186.82.158

eidadara

16 . Dihantar pada 25hb Feb 2004 09.24:20 pagi   [Edit]


Baru 2 bulan kawin....
Eida memang menanti cahaya mata.
Eida tak check lagi pun, nak suspense skit.
Seronok kalau jadi....
Ashsha...thanks a lot.
Nah jantung plasti aku....

IP : 219.93.124.50

zizi

17 . Dihantar pada 25hb Feb 2004 09.40:01 pagi   [Edit]

eidadara....
jeng jeng jeng....ha kalau miss period tu..hati2 tau.Doktor zizi kata,jangan makan ubat sembarangan.Pastu banyak rehat tau.Takut prgnent.
zizi pun macam eida juga..tunggu2 ada baby ni.zizi bersyukur sangat kalau zizi mengandung sekarang ni.Kalau ada rezeki adala tu kan.kita doa banyak2.

IP : 202.186.7.251

buazo

18 . Dihantar pada 25hb Feb 2004 1.38:03 tghari   [Edit]

zizi..cam tanda awal mengandung tu..buazo dulu pun camtu...cuma jaga2 masa awal pregnent nie..mkn pun kena pantang..

* Mesej ini telah diedit oleh buazo pada 25hb Feb 2004 1.39:49 tghari

IP : 210.19.203.100

mamanisa

19 . Dihantar pada 25hb Feb 2004 2.33:26 ptg   [Edit]
saya memula tu demam tak pernah surut-surut. Kajab deman kejab baik then demam balik. Pastu maaaaalaaaaass semalas malasnya. Asik nak relax jer keja nya. Lagi sau cepat penat.
Bila lewat seminggu, gi check sah confirm .Masa tu dag 6 minggu pun

IP : 219.95.148.66

zizi

20 . Dihantar pada 25hb Feb 2004 3.07:40 ptg   [Edit]
buazo...
Tak taulah ni..Tapi yang zizi rasa sekarang ni sakit ja kat punggung,pastu kat bawah perut..yang klakanya buang angin ja keja zizi..Kadang2 macam sakit nak period.

IP : 202.186.7.251

rosepurple

21 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 3.27:55 ptg   [Edit]
kawan2 MDC,
rose nak tanya sikitlah, rose ni teringat sangat nak ada baby.hari ni hari ke29 dari start period.semalm rose arasa macam badan seram sejuk.bila bangun pagi je rose sajer jer buat pregnancy test sendiri lepas tu ingat (-ve) sebab timbul satu line jer.rose dah frust sangat.dalam frust2 tu macam tak puas hati so 1 jam lepas tu saje jer rose tengok balik kit tu dalam tong sampah tiba2 nampak macam garis yang warna pink untuk second line yang tak berapa clear.rose nak tanya lah kawan2 yang ada pengalaman macam ni,rose pregnant ker?ada gak tanya member kat opis ni kemungkinan besar untuk pregnant tu ada.so member suruh tunggu lagi beberapa hari.rose punya period memang tetap 29 hari.rose nak tau walaupun belum missed period dah boleh kesan ker samaada mengandung atau pun tak?ada tak pengalaman kawan2 yang jadi macam rose ingatkan pregnant rupanyer memang tak pregnant?tolonglah yer kawan2 kongsi pengalaman dengan rose.berdebar nak tunggu beberapa hari lagi ni.

IP : 219.95.109.182

just4fun

22 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 3.38:27 ptg   [Edit]
quote:
bila bangun pagi je rose sajer jer buat pregnancy test sendiri lepas tu ingat (-ve) sebab timbul satu line jer.rose dah frust sangat.
terus buang ke? tak tunggu sekejap ke?

selalunya kalau ada line kat the first screen itu bermakna ujian itu successful. kalau kat screen lagi satu ada line walaupun tak clear itu tandanya berkemungkinan besar hamil.

whatever it is, it's best to go and see your doctor. buat test sekali lagi kat klinik.

* Mesej ini telah diedit oleh just4fun pada 06hb Mei 2004 3.39:35 ptg

IP : 219.95.195.238

rosepurple

23 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 3.56:32 ptg   [Edit]
rose memang terus buang sebabnyer memang first screen dah clear giler tu yang rose tak tunggu lama tak sampai 1 minute rose dah buang.tapi hati macam tak sedap lepas 1 jam rose tengok balik adalah plak kat second screen line macam tak clear.

alhamdulillah syukurlah kalau rose mengandung.rose memang nak sangat baby.tapi rose ingat nak tunggu until end of this week kalau tak period gak baru rose check sebabnyer kalau rose pegi awal pun mesti doktor tanya bila last period lepas tu mesti doktor cakap masih terlalu awal nak check.

tapi rasa2nyer rose patut tunggu ke ataupun pergi clinic untuk comfirm?

IP : 219.95.109.182

just4fun

24 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 4.05:02 ptg   [Edit]
kalau ikut apa yg saya pernah baca, the test on urine becomes positive within 3 days after the menstrual period is missed. kalau nak tunggu lagi a few days then buat test sekali lagi pun boleh gak. terpulang pd rose

IP : 219.95.195.238

rosepurple

25 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 4.23:24 ptg   [Edit]
just4fun,

thanks for the info.insyaAllah kalau ada rezeki rose takkan kemana kan.itulah yang rose pegang.
dulu just4fun ada tak rasa2 selain morning sickness kat body.cthnyer breast rasa denyut2 ke ataupun pinggang sakit ker ataupun kat ari2 tu rasa sengal dan lagi satu masa buang air kecil rasa ngilu.ada tak saper2 yang rasa macam ni masa early pregnant?

IP : 219.95.109.182

maria03

26 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 4.27:36 ptg   [Edit]
x sabo2 nak pregnant walhal baru 5 hari bergelar isteri...

IP : 219.94.82.237

rosepurple

27 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 4.30:18 ptg   [Edit]
maria03,

insyaAllah kalau dah niat kita nak baby cepat akan diizinkan Allah.tapi kena berusaha dan bertawakal.

IP : 219.95.109.182

june_zaidi

28 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 4.33:55 ptg   [Edit]
,

citer sal pregnant nie besh plak kan..sambil tuh june nak kongsi news ngan sumer kat mdc...semalam try g beli pregnancy test coz period lewat 2/3 hari....saje je la kononnya..alhamdullilah..+tive...then tadi june g klinik, doktor kata baby baru nak masuk 4week ++...happy sesangat2 la...tanda2 yg membutakan june target june pregnant, sakit2 tulang belakang and selalu sangat pening...asal sampai ofis jer sure pening....

eidadara,

try la check...mana tau ade good news ker...2 bulan kawin?? bulan februari ker?? june nikah 28/2...kalau eida pregnant, nampaknya baby kiter bakal jadi baby new year la ekk....

* Mesej ini telah diedit oleh june_zaidi pada 06hb Mei 2004 4.35:11 ptg

IP : 219.94.104.101

rosepurple

29 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 4.42:57 ptg   [Edit]
tahniah june dah pregnant,
sorry to say sblm ni tak silap rose june ada luahan perasaan kat dalam SKR kan.mungkin tu pembawaan baby kot..
alhamdulillah hasrat june nak jadi ibu dimakbulkan.rose jugak yang sedang menanti.

IP : 219.95.109.182

maria03

30 . Dihantar pada 06hb Mei 2004 4.48:28 ptg   [Edit]
thanks rose,

memula dulu rancang xmo dulu..
tapi bila dah kawen nih tingin lak nak cepat..ehehehe..

Tahniah June..

IP : 219.94.82.237

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "