Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> TIROID : PENYAKIT TIROID-SAPA ADA PENGALAMAN
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : TIROID : PENYAKIT TIROID-SAPA ADA PENGALAMAN
maslinazaris

1 . Dihantar pada 30hb Jan 2004 4.49:27 ptg   [Edit]

Ina nak tahu ada tak sesiapa ada pengalaman menghidapi penyakit tiroid. Selain dari ubat yang diberi oleh doktor utk terlebih/terkurang hormon apa alternative (ubat lain) yang dicuba?

Bagaimana pula dengan kes pembengkakan kelenjar tiroid? Sekirannya seseorang itu tidak mahu dibedah...ada tak sesiapa tahu perubatan secara tradisional utk kecutkan/hilangkan pembengkakan tersebut...

Ina ada baca pasal gamat emas.Sesiapa yang pernah mencuba...apa kesannya?

IP : 219.93.8.8

aman65

2 . Dihantar pada 31hb Jan 2004 3.24:22 ptg   [Edit]
ASM! Nak cuba b'young? Ianya mempunyai 61 ramuan dari sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. 21 dari ramuannya adalah anti kanser.

Kalau nak cuba atau kerangan lanjut, call saya di 019-3238780. Saya boleh kerumah anda untuk membantu.

IP : 210.186.27.84

Diana_ros

3 . Dihantar pada 31hb Jan 2004 3.38:00 ptg   [Edit]
maslina

cuba produk DXN....GL dan RG ia merupakan cendawan Reishi(Ganoderma Iucidum) dianggap oleh org cina harba yang berkualiti tinggi, mengikut teori perubatan tradisional cina.......ramai yang telah mencuba produk ni.....mcm-mcm penyakit ada yang dapat disembuhkan........apa-apa pun kita hanya mencuba tapi tuhan menentukan.

IP : 202.188.75.20

Liz_Dee

4 . Dihantar pada 03hb Feb 2004 09.39:53 pagi   [Edit]
Apa yg liz nak cerita ni bukanlah nak jual apa2 brg atau recommend brg . Tapi liz nak share sikit pasal TIROID yg bahaya ni. Kawan liz sebaya la.. umur 25 dah dpt Tiroid ni.
Mula2 tu dia batuk biasa pastu meleret sampai 4bulan. Batuk keluar darah, pastu mata dia dah kabur.

Kedai cermin mata tu kata mata dia takde problem, so bila dia pergi jumpa doc kat hosp, doc kata dia ada TUMOR dlm otak. Doc kata kuman dlm Tiroid tu bawak kat saraf mata dan menyebabkan dia rabun. Dan setiap hari penglihatan dia makin kabur dan skrg cuma nampak 10% sahaja. Maknanya dia cuma boleh nampak byg2 orang atau cahaya, tapi dah dianggap buta.

So kalau ada Tiroid cepat2 la carik ubat, sbb akut2 jadik mcm ni.

IP : 202.75.160.174

lissa84

5 . Dihantar pada 03hb Feb 2004 11.48:28 pagi   [Edit]

mas..
mak lissa mengidap penyakit tiroid ni..
ceritnya:
bdn mak lissa menjadi susut dr keadaan gemuk..dia pegi la klinik.doktor kata dia kena tiroid..hormaon terlebih..so doktor tu pn ks la ubat..mak lissa ade mkn ubat sampingan iaitu produk DXN..alhamdullillah le..mak lissa sembuh sikit..bdn pn dah gemuk blk..tp doktor kata tiroid ini blh menyebabkan kt dpt byk penyakit lain..
kalau kena tiriod ni..pemakanan kena jg..takleh makan2 mknan laut byk sgt..

IP : 219.95.9.140

smh

6 . Dihantar pada 17hb Feb 2004 1.01:18 tghari   [Edit]
ingat nak buka satu topik baru berkenaan tiroid tadi, tapi selak punya selak, lembaran demi lembaran, jumpa la topik ni. so tumpang la umah kejap.

saya sekadar ingin bertanya apa kena mengena tiroid dgn masalah kesuburan utk mengandung??

memang lama ke nak tahu keputusan ujian darah untuk tiroid??

itu saja. bimbang juga dengar cerita dr liz. anyway, terimakasih bg sesiapa yg berikan respon utk soalan saya.

IP : 219.92.140.121

Ashsha

7 . Dihantar pada 18hb Feb 2004 00.47:44   [Edit]
sha pun pernah kena tiroid.masa tu thn 99.hampir nak kena bedah tapi sha berusaha mencari ubat.semua klinik dan farmasi kat seremban sha pegi.duit sha banyak habis.dekat 4 bulan juga merana.suara pun tak berapa jelas.alhamdulillah akhirnya pulih juga.dann.....

bebaru ni,sha kehilangan suara.cakap guna isyarat tangan.pegi jumpa pakar,barulah ok tapi poket suami sha 'rabak' le.RM100.sha dibekalkan ubat untuk 2minggu.tak boleh miss walaupun sehari.skrg ni suara sha jadi serak2 basah.rock gitu....

tiroid ni sebenarnya takkan 100% pulih.mcm sha pernah kena tahun 99.tahun 2004 kena semula.so,berhati-hati dgn pemakanan kita seharian.

IP : 219.92.125.16

krismann

8 . Dihantar pada 18hb Feb 2004 01.02:14 pagi   [Edit]
Apakah simptom atau tanda-tanda awal seseorang telah/sedang mengalami tiroid ni?

IP : 210.186.103.108

smh

9 . Dihantar pada 18hb Feb 2004 05.37:21 pagi   [Edit]
semalam jalan2 cari maklumat kat internet jumpa la yg ni dan byk lagi...


gejala-gejala penyakit tiroid

HIPERtiroidisme

denyut jantung yg cepat
tekanan darah tinggi
kulit lembat & berkeringat banyak
gemetaran
gelisah
nafsu makan bertambah disertai penambahan berat badan
sulit tidur
sering buang air besar & diare
lemah
kulit diatas tulang kering menonjol & menebal
mata membengkak, memerah & menonjol
mata peka terhadap cahaya
mata seakan menatap
kebingungan


HIPOtiroidisme

denyut nadi yg lambat
suara serak
berbicara menjadi lambat
alis mata rontok
kelopak mata turun
tidak tahan cuaca dingin
sembelit
penambahan berat badan
rambut kering, tipis, kasar
kulit kering, bersisik, tebal, kasar
sindroma terowongan karpal
kebingungan
depresi
demensia

IP : 219.92.140.55

eidadara

10 . Dihantar pada 18hb Feb 2004 10.34:34 pagi   [Edit]


Actually eida penah alami masalah ni. Dulu eida disyaki ada penyakit ni sbb masa check up (Sekolah menengah), doktor nampak something weird at my tekak, nampak bengkak semacam jer.
Masa tu eida tak pandai sgt hal2 kesihatan...ye la umo dalam 15 masa tu.
Eida ada buat appoinment dgn doktor.Seingat eida diorg check denyutan nadi, jantung, darah dll (dah lupa). Lepas 3, 4 kali jumpa doktor, kes tu abis macam tu jer. Tak tahu samada eida ni tiroid atau tak. Doktor bagi ubat vitamin (yg kecik dan busuk).

Hingga skrg, eida rasa macam ada skit tiroid tu tapi tak serius kot. Sebab eida ada masalah hormon, rambut gugur pun disbbkan hormon terlebih. Then, eida mmg selalu batuk, kalau batuk paling sekejap seminggu baru sembuh. Kadang2 masa makan masa 2 bulan!Ehhh....betul ke eida ada penyakit tu?

Apa yg meyebabkan tiroid? eida tak tahu la perkara ni...

IP : 219.93.124.186

aman65

11 . Dihantar pada 18hb Feb 2004 1.13:17 tghari   [Edit]
Itu sebab saya syorkan mengambil B'Young. Insyaallah, boleh sembuh sebab ramuan-ramuan di dalamnya ada 61 ramuan dan 21 darinya adalah agen anti kanser. Contactlah saya di 019-3238780. Kita boleh buat temujanji.

SEMAKIN HARI SEMAKIN MUDA - ANDA INGIN KEKAL MUDA?

Anda dijemput untuk mencuba produk kesihatan ini yang berasaskan dari sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiri. Produk ini mengandungi fiber serta serat yang tinggi dan sememangnya bagus untuk tubuh kita.

Ia mempunyai liabiliti isuran sebanyak RM2juta. DITANGGUNG HALAL dari JAKIM dan berbentuk serbuk agar mudah untuk diserap kedalam tubuh kita.

Kesan-kesan Efektif:

. Merangsang dan menggalakkan sistesis semulajadi MELATONIN badan
. Melambatkan / membalikkan proses penuaan
. Mencegah bermulanya penyakit dan peningkatan insiden penyakit
. Merangsang tidur yang sempurna
. Membersih usus besar untuk pergerakan buangan najis yang sihat
. Meningkatkan paras tenaga badan
. Meredakan tekanan / kemurungan
. Memperbaiki keanjalan kulit agar kelihatan muda
. Meningkatkan kekuatan mental
. Menggalakkan kawalan berat badan
. Menuetralkan radikal bebas
. Memperkuatkan sistem pertahanan badan (imuniti)
. Mengawalatur sistem penghadaman
. Mengawalatur sistem peredaran
. Menggalakkan penyerapan nutrien
. Mengawalatur fungsi kelenjar dan organ dalaman
. Menolong mencegah penyakit koronari
. Merencat fungsi pra-kanser dan pertumbuhan tumor kanser
. Mencergaskan libido (syahwat)


Anda diwajibkan untuk mengambil 3 kotak (3 bulan berturut) kerana fungsi B'Young adalah:

Kotak Pertama - RELEASE (SINGKIR) (menyahracun dan menyingkirkan bahan yang tidak perlu dan toksin yang membahayakan badan).

Kotak kedua - RELAX (REHAT) (membebaskan tubuh dari ketegangan agar dapat berehat secukupnya serta memulihkan badan agar kekal sihat dan muda. Sintesis semujadi MELATONIN badan memainkan peranan penting dalam hal ini).

Kotak Ketiga - REVIVE (PULIH) (Membina semula tisu-tisu, memperkuat pertahanan badan dan memulihkan fungsi-fungsi tubuh).

Kepada yang berminat boleh order dari saya. Hubungi saya di 019-3238780 RAHMAN


HORMON YANG PALING HEBAT – MELATONIN
TEMUILAH “ KEAJAIBAN TERUNGGUL ALAF BARU” DAN TAMPILKAN DIRI MENGIKUT KEINGINAN ANDA – SIHAT, MUDA MENARIK DAN BERTENAGA.

RENUNGKAN FAKTA BERIKUT:

“...jasad pineal mengawal proses penuan dengan MELATONIN sebagai agennya...”
- Dr. W. Regelson dan Dr. W. Pierpaoli, 1987
(pengkaji MELATONIN / kelenjar pineal yang terkenal) tentang penemuan “jam usia” badan.

“...Kita menghasilkan MELATONIN dengan banyak sehinggalah baligh, ia kemudiannya berkurangan sehingga ke umur tua...”
- Dr. Russel Reiter, University Texas

“...Pengurangan paras MELATONIN dengan bertambahnya usia merupakan punca utama penuaan dan penyakit-penyakit yang berkait dengan peningkat umur...”
- Dr. Roman Rozenwaig, Medical Hypothesis 1987(Vol.23)

“...Vitamin , mineral dan unsur surih dalam buahan dan sayuran membantu kelenjar pineal dalam penghasilan MELATONIN ...”
- Dr. Ingeborg Cernaj (ahl biokimia dan biologi manusia)

“...Cara terbaik untuk mengatasi kemerosotan paras MELATONIN semulajadi badan adalah dengan meningkatkan pengambilan makanan semulajadi yang menyumbang secara langsung dalam penghasilan MELATONIN dan membekalkan nutrien-nutrien penting untuk fungsi tubuh yang sempurna...”
- Dr. Azhar Mat Easa (Universiti Sains Malaysia)




Anda ada penyakit kronik seperti ASMA, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, JANTUNG, LUMPUH, KANSER, KETUMBUHAN, MIGRAIN DLL? Cubalah B'Young Advanced Functional Food Course.

SELAMAT MENCUBA!

ANDA INGIN KEKAL MUDA? INGIN KELIHATAN CANTIK? INGIN MEMILIKI KULIT YANG CANTIK SERTA WAJAH YANG BERSERI? INGIN MEMILIKI KESIHATAN YANG OPTIMUM?

JAWAPANNYA ADALAH: B'YOUNG ADVANCED FUNCTIONAL FOOD COURSE

Jika ada warga MDC yang ingin memiliki produk ini dan ingin dapat good offer, contact saya SEGERA di 019 - 3238780

.ANDA MENGHADAPI MASALAH TIDUR?
. TERPAKSA MENGAMBIL PIL TIDUR?
. TIDUR CUKUP JAM TETAPI MASIH MERASA LETIH, TIDAK BERMAYA?

Cubalah B'Young dan anda akan dapat tidur yang benar-benar berkualiti.

Hubungi saya di 019-3238780 untuk keterangan lanjut

* Mesej ini telah diedit oleh aman65 pada 18hb Feb 2004 1.25:41 tghari

IP : 61.6.163.20

krismann

12 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 03.20:52 pagi   [Edit]
Terima kasih, smh, for the info. Nak tanya lagi:
Remaja perempuan yang pangkal lehernya nampak macam bengkak tu tiroid ke?

Masa disyakki dulu, pangkal leher Eida bengkak tak?

* Mesej ini telah diedit oleh krismann pada 19hb Feb 2004 03.23:45 pagi

IP : 210.186.103.153

smh

13 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 08.42:12 pagi   [Edit]
saja la nak kongsi paste and cut:-

KELENJAR tiroid yang terletak pada bahagian depan leher mempunyai peranan penting dalam menghasilkan hormon yang bertindak untuk mengawal metabolisme dalam tubuh manusia.
Kelenjar yang berbentuk seperti rama-rama ini juga berfungsi memastikan bahawa hormon tiroid yang dihasilkan dalam keadaan seimbang dengan keperluan tubuh. Ini kerana sekiranya hormon tersebut tidak dihasilkan mengikut keperluan tubuh, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah.

Masalah biasa kelenjar tiroid ialah hipotiroid (kekurangan penghasilan hormon tiroid) dan hipertiroid (penghasilan hormon tiroid yang berlebihan).

Pakar Perunding Perubatan dan Endokrinologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Ikram Shah Ismail memberitahu hipertiroid merupakan masalah yang sering berlaku.

Menurut beliau statistik menunjukkan seramai 60 pesakit datang ke klinik endokrin Hospital Universiti setiap minggu.
Dr. Ikram memberitahu, penyakit ini perlu ditangani dengan sebaik-baiknya kerana rawatan yang tidak tepat boleh mengakibatkan kematian. ``Ini kerana, tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang pesakit hipertiroid menyebabkan ramai beranggapan bahawa penyakit ini merupakan dengan penyakit buatan orang.

``Sebaliknya, masalah ini boleh ditangani sekiranya pesakit datang awal berjumpa doktor,'' katanya.


TANDA-TANDA
Antara tanda-tanda yang biasa dialami ialah :

jantung berdebar-debar

tangan berpeluh-peluh dan menggeletar

penurunan berat badan

keguguran rambut

kerap membuang air besar

tidak boleh duduk diam

Bagi pesakit wanita, kitaran haid mereka akan terganggu dan menyebabkan pengeluaran darah haid berkekurangan.



INDIVIDU BERISIKO
Masalah ini boleh berlaku kepada mana-mana individu, namun wanita dalam lingkungan umur reproduktif lebih terdedah dengan masalah ini. Di samping itu, mereka yang merokok juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.

IP : 219.92.140.188

smh

14 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 08.46:25 pagi   [Edit]

PUNCA
Antara punca yang biasa menyebabkan masalah ini ialah :

1. Penyakit Graves
-Penyakit ini merupakan antara punca penyebab yang paling biasa berlaku di mana ia mengakibatkan penghasilan hormon tiroid yang berlebihan. Penyakit ini timbul kerana terdapat masalah pada sistem pertahanan tubuh. Biasanya, sistem pertahanan tubuh (immune system) akan mempertahankan tubuh daripada sebarang serangan bakteria dan virus.
Sebaliknya, bagi penyakit autoimun (penyakit Graves), sistem pertahanan tubuh akan menyerang tisu-tisu tubuh. Bagi penyakit ini, tubuh menghasilkan antibodi yang bertindak ke atas kelenjar tiroid yang menyebabkan ia menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid. Kebiasaannya, mereka yang menghidap penyakit ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit seumpama ini.
Nisbahnya dianggarkan lebih tinggi di kalangan wanita sebanyak lima kali ganda.
Penyakit ini juga boleh mengakibatkan warna kulit seseorang itu bertompok-tompok putih (vitiligo).

Antara gejala penyakit ini ialah :

mata seakan-akan terkeluar (exophthalmos)
-Penyakit Graves mengakibatkan salah satu atau kedua-dua belah mata terkeluar daripada soketnya. Sehubungan itu, keadaan ini mengakibatkan mata akan kehilangan kawalan otot-ototnya, penglihatan berganda dan boleh mengakibatkan hilang penglihatan.
Namun, risiko hilang penglihatan ini agak jarang berlaku.

bengkak pada kelenjar tiroid dikenali sebagai penyakit Goiter

tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah

tangan sering menggeletar


2. Adenoma toksik
-ketumbuhan pada tiroid yang menyebabkan hormon tiroid dihasilkan secara berlebihan

Manakala punca yang juga mempunyai kaitan tetapi agak jarang berlaku ialah :

3. Tiroiditis
-radang pada tiroid

4. Pengambilan hormon tiroid
-Pengambilan hormon tiroid di katakan berkesan untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Bagaimanapun, pengambilan hormon ini boleh menimbulkan implikasi sekiranya ia diambil berlebihan seperti merosakkan jantung dan mereputkan tulang seperti osteoporosis.

IP : 219.92.140.188

smh

15 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 08.50:59 pagi   [Edit]
RAWATAN

Peluang untuk seseorang pesakit sembuh dari penyakit ini ialah 100 peratus, namun masa yang diperlukan untuk sembuh tidak menentu.

1- ubat-ubatan

2- radio aktif iodin

3- pembedahan

Masalah ini boleh diatasi dengan rawatan ubat-ubatan. Peluang untuk sembuh bagi pesakit yang mendapatkan rawatan ubat ubatan ialah 50 peratus. Pesakit perlu mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan ini selama 18 bulan hingga dua tahun secara berterusan tanpa henti.

Pesakit dinasihatkan supaya tidak berhenti daripada mengambil ubat daripada tempoh yang di tetapkan. Ini kerana sekiranya pesakit berhenti daripada mengambil ubat-ubatan tersebut, peluang untuk sembuh agak tipis. Bagaimanapun, pesakit boleh menghentikan pengambilan ubat-ubatan ini selepas tempoh yang ditetapkan. Biasanya pesakit tidak perlu menggunakan ubat ini lebih dari dua tahun.

Sekiranya masalah hormon tiroid yang berlebihan ini berulang atau tidak sembuh selepas 18 bulan, pesakit perlu menjalani rawatan radio aktif iodin atau pembedahan.

b. Radio aktif iodin (RAI)
-kaedah ini biasanya akan digunakan apabila pesakit gagal dirawat dengan rawatan ubat-ubatan. Ramai di kalangan pesakit takut untuk menjalani rawatan ini kerana salah anggap mengenai risiko untuk mendapat penyakit kanser. Bagaimanapun, hakikatnya kaedah ini selamat digunakan. Malah, kaedah seumpama ini digunakan agak meluas di Amerika Syarikat tanpa pesakit menghadapi sebarang komplikasi.

Melalui rawatan ini pesakit perlu minum radio aktif iodin sekali. Keberkesanan rawatan akan dapat di lihat dalam tempoh antara tiga bulan hingga satu tahun.
Pada masa yang sama, pesakit juga perlu makan ubat-ubatan. Namun, dengan rawatan ini pesakit juga boleh menghadapi masalah lain seperti kekurangan hormon tiroid (hipotiroid).
Masalah kekurangan hormon tiroid ini boleh diatasi dengan mengambil hormon thyroxine seumur hidup.

Rawatan hormon ini mudah diamalkan di mana pesakit hanya perlu mengambil ubat sekali sehari. Melalui rawatan ini paras hormon akan stabil, di mana pesakit hanya perlu berjumpa doktor setahun sekali.

Kaedah rawatan ini juga digunakan untuk merawat kanser tiroid. Bagaimanapun, dos yang digunakan 10 kali ganda lebih tinggi berbanding dos untuk penyakit hipertiroid.
Sekiranya pesakit terdiri daripada kalangan wanita, mereka tidak digalakkan hamil dalam tempoh enam bulan kerana bimbang timbul sebarang kemungkinan yang berbahaya kepada bayi.


PANDUAN
Dalam tempoh seminggu selepas pesakit meminum radioaktif iodin ini, mereka dinasihatkan supaya tidak menghampiri wanita hamil dan kanak-kanak. Ini bagi mengelakkan kemungkinan rencatan pertumbuhan terutama bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Bagaimanapun, hingga kini belum ada catatan rencatan tumbesaran kanak-kanak ekoran dihampiri oleh individu yang meminum radioaktif iodin.

IP : 219.92.140.188

smh

16 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 08.54:25 pagi   [Edit]
KOMPLIKASI

Penghasilan hormon yang berlebihan ini sekiranya dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti :

•masalah jantung-
degupan jantung menjadi laju dan lama-kelamaan ia menjadi lemah biasanya masalah ini akan timbul dalam jangka masa antara lima hingga enam tahun apabila ia tidak dirawat

•penyakit osteoporosis


TIROID AKUT
Pesakit tiroid yang tidak memakan ubat-ubatan boleh mengakibatkan metabolisme mereka meningkat terlalu tinggi dan menimbulkan masalah pada jantung. Pada masa yang sama, masalah tiroid yang dihidapi boleh berlaku secara mendadak sekiranya mereka mendapat serangan jantung, strok atau jangkitan.

Pesakit juga mempunyai risiko tinggi menjadi gila (psikosis).

PESAKIT WANITA
Bagi wanita yang menghadapi masalah ini, mereka dinasihatkan supaya meneruskan pengambilan ubat-ubatan tiroid apabila hamil. Ini kerana sekiranya keadaan tiroid tidak terkawal, ia boleh mengakibatkan keguguran.

Kadangkala, doktor akan menggantikan ubat-ubatan yang di katakan lebih selamat dimakan. Walau bagaimanapun, masalah tiroid ini biasanya akan pulih dengan sendirinya apabila seseorang wanita itu hamil. Apa yang mengelirukan ialah simptom kehamilan dan hipertiroid sukar untuk dibezakan. Jika keadaan ini berlaku, doktor mungkin akan menghentikan ubat-ubatan untuk mengawal tiroid.

Bagaimanapun, selepas bersalin masalah ini akan muncul semula di mana terdapat kemungkinan keadaan menjadi lebih serius. Justeru, pesakit perlu mendapat rawatan seawal mungkin iaitu sebaik-baiknya enam minggu selepas kelahiran.

IP : 219.92.140.188

eidadara

17 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 09.21:25 pagi   [Edit]
Krismann

Masa disyakki dulu tu, pangkal leher eida nampak menonjol skit tapi tak obvious sangat. Kebetulan masa tu eida agak plump. Bila dah tua (meningkat dewasa)...badan kurus. Eida rasa eida ada tiroid kot tapi tak teruk.

Sampai skrg tak jelas bengkak kat leher eida. Tapi rambut eida selalu gugur (doktor kater masalah hormon), period (masa remaja, skrg dah ok)) tak menentu , batuk kerap (hingga skrg)

Eida kena check up balik laaa....takut.

IP : 219.93.124.195

maslinazaris

18 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 2.25:18 ptg   [Edit]
Terima kasih pada semua yg menyumbang utk topik ini.
Server down...payah betul leee...
Smh..Ina dah pernah baca maklumat yg u tulis..dari internet gak sebijik.TQ sebab rajin...utk kawan2 yg lain.
Sejak disahkan kena Tirod oleh Dr. Ina mmg rajin cari sumber maklumat ttg penyakit & juga ubat.

Pada sesiapa yg rasa2 ada sintom2 yg tersenarai baik cepat2 buat pemeriksaan darah.Kalau periksa kat Hospital Kerajaan makan masa sebulan nak tahu overall result. Amik darah (utk pastikan kandungan hormon)...amik sampel tisu kat leher (check ada kanser ke tidak) then scan.Pas2 baru le tahu sama ada Hyper/hipo.
Bagi masalah Ina...Hormon normal so tidak perlu mengambil sebarang ubat tapi ada sedikit pembengkakan pada kelenjar tirod..maka Dr. suruh buang kelenjar yg bengkak. Masalahnya bila dah buang tiada lagi kelenjar nak hasilkan hormon...dan terpaksa makan ubat seumur hidup...

IP : 219.93.8.8

maslinazaris

19 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 2.35:54 ptg   [Edit]
Gamat adalah ubat yg paling sesuai utk penyakit Tirod sbb mengandungi Iodin. Puas Ina mencari,..Kawan2 kat MDC pernah bercerita pasal gamat eMas.
Ina makan Bioseed & Pati gamat Plus bervitamin

Sebelum.
Badan cepat letih,asik mengantuk, tak berpeluh, selera makan..kuat makan tapi badan tak gemuk.Badan asik bisa2..rasa nak demam je..Rambut byk gugur..dll

Selepas makan gamat(tk sampai 2 minggu)
Badan rasa sihat.Bertenaga.Makan macam biasa.Rasa kenyang memanjang(makan bioseed). Rambut tumbuh mencanak.

Malah Ina dapati Gamat eMas sesuai utk macam2 penyakit.

Keterangan lanjut
012 2029481

IP : 219.93.8.8

aneesa

20 . Dihantar pada 19hb Feb 2004 8.03:17 mlm   [Edit]
buat yg berminat nak mencegah peyakit ni..pun boleh oder TM Drops dengan saya...berminat boleh call atau email di azliana_a@hotmail.com..

p/s:mas...sorry nak tumpang nyibuk..he..he..

IP : 219.93.58.102

maslinazaris

21 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 11.46:32 pagi   [Edit]
Aneesa tak apa...

Malam tadi Ina pergi buat lawatan kali pertama..belum mula pun. Perubatan secara tradisional.Kat UIA, Gombak.
Kawan Ina yg kenalkan. Dia pun kena sakit TIROID lagi pulak siap dah sign surat utk operation tapi sbb bapa dia tak mampu kos more tah RM10k bapa dia cari alternative lain.
Org tu, ubat guna telur ayam kg. Alhamdullilah bengkak hilang..Dr siap bangun duduk >10x ..napa tak pecaya...
Tak operation...
Tulah kadang2 sains tidak dapat mengurai segala penyakit. Org kata mencegah lebih baik dr. mengubat..tapi macam Ina sapa tau nak kena...sekarang nie budak lahir2 je dah dpt macam2 penyakit..
terima kasih pd kawan2 yg menyumbang utk topik TIROID nie..
Bila kata tiroid nie boleh bawa maut...rasa umur tu pendek je...

Tolong2 le doakan Ina sihat kembali...tak yah le masuk bilik operation tu..
Pada kawan2 yg menghadapi masalah sama sekiranya berminat nak berubat secara kg. hubungi Ina...Ina boleh bantu jumpa org tersebut.Kita berusaha Allah tentukan.Jangan biarkan sakit dah melarat.
Tiroid nie hidup..makin lama makin besar, bila dia menghimpit peti suara itu yg boleh jadi serak silap2 hilang suara.Kelenjar terletak terlalu hampir dgn peti suara.
1% kemungkinan drp pembedahan Dr kata terpotong peti suara. BISU jadinya...

IP : 219.93.8.8

shasha13

22 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 1.18:03 tghari   [Edit]


Kepada sesiapa yang sedang bertarung dengan penyakit tiroid ni...bersabarlah... Sha2 pun mengidap penyakit titoid jugak. Ceritanya macam nih... dalam tahun 1996 ada benjolan kecil kat leher. pegi check kat doktor ada 2 benjol rupa2nya..kecil diameternya abt 1.5 cm and besar 3 cm. So doktor refer to SJMC...buat test (cucuk tekak, kena bius setempat) & ambik spesimen sebab nak confrimkan whether it's malignant tumor or not. Tapi tak berjaya jugak..last2.. buat operation to remove the tumors & doktor terus hantar lab kat S'pore. Rupa2nya memang cancer dah macam"grapevine" kat leher Sha2 ni.kalau tak operate, boleh biak di merata2 bhg badan. Kos operation RM15k tapi Sha2 nasib baik masa tau dah cofirm kerja jadi Co. yg bayarkan. Lepas operation tuh...kena minum radio iodin nak matikan sel2 canser yg tinggal..sampai efek suara & other hormon dlm badan nih...suara tak keluar langsung masa lepas minum radio iodin tuh. Tulah minuman paling mahal Sha2 minum seumur hidup...(satu doz = 3 teguk, harga lebih kurang RM600).

Then, bila cakap pun suara garau macam lelaki coz masa operation tuh, doktor dah "terusik" saraf peti suara sikit. Banyak jugak pi jumpa macam2 specialist ... tak terkecuali O& G almaklumlah perempuan. So O&G kata noproblem..you can stll have kids (mas tu bujang lagi, risau gak coz boipren pun tak dak lagi...karang sapa pun tak nak). So la ni tengah pregnant anak no. 2 tapi O&G dok sentiasa monitor hormon tiroid dlm darah ler takut aper2. Every year kena bualt MRI Body scan..seram jugak sebab kena masukkan whole body dlm mesin tuh..sekarang dah biasa.

So, la ni dah tak boleh karaoke sangat coz susah nak buat high pitch. Every day kena makan tiroid hormon (bentuk pil)tak boleh miss. ada org kata ni ubat tiroid tapi sebenarnya dia ni bukan ubat tapi hormon supplement..nanti badan akan lesu, asyik menguap sepjg hari, nak mengira pun malas coz kurang tiroid (masa operation dah remove 75% of tyroid gland)

Dah lepas operation and minum radio iodin tuh...try jugak berubat kat darul Shifa. Tak salah Sha2 ambik daun delima & daun rusa...?(tak sure tapi memang ada ditanam kat belakang rumah Ust Harun Din) + campur air yg ditawarkan oleh ust Harun Din sendiri campur ngan bedak sejuk hasil drp beras yg direndam selama 1 tahun...buat 3 hari berturut2...

Tahun lepas tak sempat buat body scan coz pregnant tapi lepas bersalin ni Insyaalah 2 minggu lagi due...lepas pantang ni pi buat body scan kat Ampang Puterior Hospital Pantai.

Makan...tak der pantang2 pun cuma jgn over dah ler...

Punca ada kanser dlm tiroid nih...wallahualam...

Sekarang ni kena makan hormon tiroid sampai mati.

IP : 161.142.112.8

maslinazaris

23 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 2.21:31 ptg   [Edit]
Shasha..
Bersabar je la..Syukur penyakit tu dpat dikesan awal. Tahniah utk pregnant ke-2.Ina seram baca pengalaman sha.
Nak tergelak sikit(sori) sbb sha guna ayat...makan ubat sampai mati.
Syukur Ina bukan jenis kenser tiroid.Tak dapat dibayangkan kena melalui pengalaman macam sha.Takutnya....Yelah sha, walaupun Ina check darah- normal Ina still dulu (lemah, asik menguap je..) tengah main badminton, berjalan kat taman ptg2 pun >10x menguap.Berpeluh jauh sekali.Kuat tido. Pagi bangun, sekejap then sambung tido..macam tak boleh buka mata. Malam tido awal lagi.
La nie sejak amik ubat gamat2...dah ok lak.Sbb gamat ada iodin.TQ Sha

IP : 219.93.8.8

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "