Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> sudah 9 bulan kahwin : masih begini....
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : sudah 9 bulan kahwin : masih begini....
qurratulain

1 . Dihantar pada 26hb Jul 2003 01.20:16 pagi   [Edit]
Assalamualaikum warga mdc....
saya peminat setia mdc....cuma jarang hantar topik...atau balas.....

saya mula2 malu nak cerita...dulu ada hantar topik pasal vagina kering...
saya sudah puas berusaha....dan ada juga hantar msg pd beberapa org via personal....dlm mdc nie utk minta nasihat...

macamana nak buat ye...??
selalu menangis...minta doa pd Allah biar dimudahkan urusan perkahwinan saya ini....sudah 9 bulan kahwin....masih begini....masih anak dara...tentu ramai yg tidak percaya...tapi inilah hakikatnya...membuatkan saya rasa rendah diri...sedih kerana tidak mampu berbakti utk suami....sedih kerana Allah masih belum mengizinkan saya utk merasa nikmat hubungan perkahwinan....lagi sedih bila lihat suami tertekan....

pd para isteri....tolong syorkan saya ubat....hantar mail pd saya...

ini bukan rekaan...atau berniat kotor....saya sudah tidak mampu menyimpannya....takut rumahtangga saya hancur je...kasihan pd suami....

tolonglah.....saya ada last choice iaitu buat anatomical operation....i don't want to elaborate more...but anybody married will understand this..

IP : 62.135.41.17

ummiey27

2 . Dihantar pada 26hb Jul 2003 08.00:14 pagi   [Edit]
assalamualaikum..

Qurratulain..percayalah setiap penyakit ada ubatnya...cuma kita kenalah berusaha untuk mencarinya.Tanyalah pada mereka yg pakar.

IP : 61.6.47.39

gee67

3 . Dihantar pada 26hb Jul 2003 09.12:23 pagi   [Edit]
Assalamualaikum,

Kak Gee setuju dengan ummiey27. Masalah Qurratulain ni serius, dah 9 bulan kahwin masih anak dara. Kesian Qurratulain dan kesian kat suami Qurratulain. Kak Gee cadangkan Qurratulain pergilah jumpa doktor pakar. Doktor sakit puan. Itu lebih baik. Cuba jumpa dengan Prof. Dr. Hamid Arshat. Atau pergi berubat cara kampung. Suami isteri kena pandai memainkan peranan sewaktu bersama. Kak Gee nak cerita lebih-lebih pun tak elok kat sini. Kak Gee dah berumahtangga selama 11 tahun, jadi pengalaman tu Insyaalah banyak le jugak. Kalau Qurratulain nak cuba LD Venus pun boleh. Kak Gee sekarang mengamalkan memakan LD Venus dan IG6, alhamdulillah. Ini produk dari Elken. Dalam pada tu pergi juga berjumpa dengan doktor.

* Mesej ini telah diedit oleh gee67 pada 26hb Jul 2003 09.20:53 pagi

IP : 210.186.42.123

nunwaura

4 . Dihantar pada 26hb Jul 2003 11.42:37 pagi   [Edit]
Ain, kalau sudah Dr nasihatkan buat anatomical operation tu...Nun rasa ikutlah demi kebaikan Ain dan suami,disamping mencuba rawatan tradisional

IP : 219.93.8.6

sri_intan

5 . Dihantar pada 26hb Jul 2003 12.19:43 tghari   [Edit]
sri_intan cukup simpati dengan masalah qurratulain
Setuju ngan nunwaura...eloklah ruku pada yang pakar...
Berjupalah pakar sakit puan untuk masalah ini. Jangan segan dengan Dr. dia dah tak kisah..penyakit yang lagi teruk pun ada.
cubalah...berikhtiar...

IP : 161.142.112.5

yah

6 . Dihantar pada 26hb Jul 2003 12.55:50 tghari   [Edit]
Yah ada masalah pasal vagina jugak...tapi bukanlah kering..cuma time intercourse rasa pedih...kahwin dah 6 bulan tapi stiil rasa sakit..however I dah pregnant 4 bulan...tapi hubungan suami isteri tu masih tak rasa nikmatnya..kesian juga kat hubby.Tapi I ada buat banyak research and dapat figure out what is wrong with me...its a common penyakit called dispareunia, and in my case I suffer from vulvar pain....ada banyak cara nak ubati & cara terakhir operation lah (severe case)...I tak consult doktor lagi but mmg ada niat nak consult...
However kalau ada ahli mdc yg ada cadangan produk2 dipasaran yg sesuai utg digunakan, I mengharap sgt....

IP : 202.47.162.242

gee67

7 . Dihantar pada 26hb Jul 2003 8.05:27 mlm   [Edit]
Assalamualaikum,

Qurratulain, kalau nak cuba LD Venus dan IG6 tu, qurratulain boleh call Kak Gee di 012-5150494. Kita ni apa-apa hal kena berusaha mencari ubat untuk mengubati penyakit kita tapi yang menentukannya Tuhan. Insyaallah.

IP : 210.186.42.66

yah

8 . Dihantar pada 28hb Jul 2003 08.55:57 pagi   [Edit]
Kak Gee, kalau yah tengah pregnant tapi nak ambik LD VEnus tu selamat ker?Or should I wait sampai dah bersalin?Tapi masalah yah tak derlah sama cam qurratulain...tak kering cuma pedih...boleh pakai jugak ker peroduk tu???
Qurratulain,..sorrylah,kita dah mencelah topik awak pulak....

IP : 202.47.162.242

gee67

9 . Dihantar pada 28hb Jul 2003 09.44:04 pagi   [Edit]
Assalamualaikum yah,

Orang yang tengah pregnant tak boleh makan LD Venus ni.

Kebaikan LD Venus ni:-

Membulihkan serta mencergaskan kaum wanita selepas bersalin, membantu pengecutan otot faraj selepas bersalin dan meningkatkan pengecutan uterin.
Melegakan sakit haid, menyelaraskan sistem endokrin untuk memulihkan kedatangan haid yang normal serta mengurangkan sakit haid dan keputihan.
Merawat kedinginan seksdan mencergaskan keinginan fizikal dan meningkatkan nafsu syahwat
Memulihkan keadaan tisu kulit supaya kelihatan lebih berseri dan cerah, membantu mengurangkan kedutan akibat kehamilan,masalah kulit,bebayang mata, jeragat dan jerawat.
Mengurangkan gangguan putus haid (menopause)

Yah, kenalah tunggu sehingga selepas bersalin. Baru boleh ambil.

Ibu-ibu yang sedang mengandung eloklah mengambil food suppliment seperti IG6 dan Spirulina. Ianya elok untuk ibu tersebut dan juga anak didalam kandungan.

012-5150494

* Mesej ini telah diedit oleh gee67 pada 28hb Jul 2003 09.50:07 pagi

IP : 210.186.42.224

anala

10 . Dihantar pada 28hb Ogo 2003 05.18:56 pagi   [Edit]
a'kum all

1st utk QuratulAin. nama yg mengingatkan nostalgia di Qurata riverside dan seseorg yg bernama serupa.
Nasihat saya teruskan berusaha tanpa jemu keaarah pemantapan institusi kekeluargaan anda. Positive thinking for both of you.

2nd.
Produk Elken. Saya baru menerima pil spirulina 1 botol percuma setelah menderma darah. Tapi tak cuba lagi utk memakannya. maybe i need more info baru nak cuba.

3.Dear Friends, Please forward this to all your friends. From 16th August 2003 to 30th September 2003, customers using Telekom Malaysia fixed line service in your home can enjoy only RM5.00 call charges for all National calls to any fixed line number within Malaysia. This means that you can talk for hours and hours during Reduced Rate Period (7pm to 7am) and pay only maximum RM5.00. Take advantage of exciting promotion to do all your talking! Happy chit chatting on the phone. Regards, Filzah Md. Yassin Telekom Malaysia Berhad

http://www.telekom.com.my/telekomhtml/general/whats.php
Cuba la promo diatas dengan menelefon mana2 tempat, org perseorangan yg munkin boleh membantu anda.

Sekian Wassalam

IP : 219.95.166.112

abede

11 . Dihantar pada 28hb Ogo 2003 3.13:07 ptg   [Edit]
sorry aku adalah seorang lelaki yang sedang konfius dengan kes ni..aku tak fahamler..citer la sket...aku pun dah kawin anak dah 4 orang tapi bila baca kes korang jadi konfius laa...cam na tu?

IP : 192.198.147.96

Hasya

12 . Dihantar pada 28hb Ogo 2003 5.33:40 ptg   [Edit]
kak gee...
nak tanya.berapa harga produk yg akak katakan tu?sya ni cuma menolong member sebelah rumah je.dia kata dia 'kedinginan' selepas bersalin 9 bulan yg lalu.so bila sya dah terbaca produk ni boleh membantu,why not sya tolong dia kan?anak baru sorang.kang tak pasal2 laki dia gi cari orang luar lak...

tolong kak gee ye.berapa harga brg tu.

IP : 219.92.125.29

gee67

13 . Dihantar pada 12hb Sep 2003 7.23:12 ptg   [Edit]
Assalamualaikum,

Minta maaf, lambat jawab. Bukan apa tak tahu yang MDC ni dah on balik.

Untuk Hasya harga produk ni RM142. Biasanya memang macam tu, bila kita dah melahirkan anak kita akan 'kedinginan'. Ini jugak pengalaman pada diri Kak Gee. Kak Gee dapat tahu pasal produk ni pun bila anak dah masuk 4. Tapi sekarang ni alhamdulillah. Lagi elok kalau diambil sekali dengan LD Esteem.

Kebaikan LD Estem :

Apabila buah dada yang montok dan seimbang menjadi impian setiap wanita, LD Estem ialah penyelesai yang dapat merealisasikan mimpi anda. Dengan menyuburkan dan mencergaskan fungsi hati dan ginjal, LD Estem berupaya mengalakkan aktiviti sistem endokrin dan kalenjar seks dalam ovari untuk merangsang pertumbuhan asini kalenjar mamari, membantu pembentukan saluran laktiferus dan melancarkan peredaran darah dalam buah dada. Dalam keadaan ini, ia menentukan khasiat yang secukupnya di terima oleh buah dada dan sekali gus mengumpulkan lebih banyak lemak supaya membentuk buah dada yang lebih besar secara semulajadi.


Walaupun saiz buah dada amat penting, namun buah dada yang besar semata-mata tidak dapat menentukan kontur yang cantik tanpa memiliki sifat sifat sepeti tegang, montok dan kenyal. LD Estem membantu mempercepatkan penjanaan semula tisu fibrous di bahagian buah dada supaya menjadikannya lebih tegang.

Melahirkan anak atau akibat gangguan endokrin sering menyebabkan warna putting dan areola berubah. Biasanya daripada warna merah muda pada zaman gadis kepada merah bernyala atau hitam selepas melahirkan anak. Untuk mengatasi masalah ini, LD Estem berupaya melaraskan rembesan hormone supaya memulihkan warna putting dan areola, membolehkan anda menikmati rasa muda remaja semula.

Meskipun pada hakikatnya, LD Estem tidak mengandungi hormone, ia menghasilkan kesan yang sama dengan hormone seks wanita. Ia sangat berkesan dalam meningkatkan fungsi kalenjar mamari dan melaraskan fungsi endokrin untuk memulihkan keadaan jeragat, ketiaktentuan haid, kekeringan faraj, hilang nafsu seks, kesan kedutan semasa hamil dan sebagainya.

Tapi LD Esteem ni untuk orang yang anaknya masih menyusu badan tak boleh ambil, kang kering pulak susu. Ambil LD Venus je pun ok.

012-5150494/017-3339880

IP : 210.186.42.68

Hasya

14 . Dihantar pada 13hb Sep 2003 01.12:46 pagi   [Edit]
ok dah tahu harga LD Venus.la ni nak tau gak harga LD Estem.kalau ambik dua-dua,takde diskaun ker?sya berminat yg LD Estem tu...

IP : 210.186.83.104

gee67

15 . Dihantar pada 13hb Sep 2003 8.39:48 mlm   [Edit]
Assalamualaikum,

Ok, harga LD Esteem ni RM182. Nak discount, no problem Kak Gee boleh bagi discount. Kak Gee bagi harga RM172. Yang LD Venus tu pun Kak Gee boleh bagi discount. Kak Gee bagi harga RM132. Macamana? Kalau nak jangan segan-segan dan jangan malu-malu call Kak Gee ok.

017-3339880/012-5150494

IP : 210.186.42.148

AA76

16 . Dihantar pada 17hb Sep 2003 1.47:29 tghari   [Edit]
QURRATULAIN,MACAMMANA DENGAN MASALAH U TU?DAH SELESAI KE?SEBENARNYA BUKAN U SORANG JE YANG MENGALAMINYA,RAMAI LAGI YANG MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA.U ADA KATA PENYELESAIAN TERAKHIR IALAH DENGAN MELAKUKAN MINOR OPERATION.MACAM MANA CARANYA?

IP : 203.115.208.214

AA76

17 . Dihantar pada 19hb Sep 2003 1.21:41 tghari   [Edit]
aik qurratulain......sonyap yo.dah solosai le masalah tu yee.....

IP : 203.115.208.214

azezul68

18 . Dihantar pada 04hb Okt 2003 07.45:03 pagi   [Edit]
Seseorang isteri perlulah menghayati sepenuhnya hubungan yang sedang dijalankan. Tumpukan sepenuh perhatian dan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melayan suami dengan cara yang terbaik yang boleh membuatkan suami benar-benar puas. Hubungan seks ini juga kena ada kreativiti. Kalau tidak hambar aje rasanya. Kadangkala para isteri tak concentrate sangat ketika bersama. Ingat anak tidurlah, kerja rumah tak siaplah, duit tak cukuplah dan apa-apa lagilah. Itupun boleh jadi problem juga dalam mencapai kebahagiaan berumahtangga.

wassalam

IP : 219.92.84.1

suzismi

19 . Dihantar pada 10hb Okt 2003 03.35:05 pagi   [Edit]
gee..nak tanyalah
LD VENUS ni sesuai tak utk masalah
peranakan yg sering turun..

IP : 203.106.197.176

gee67

20 . Dihantar pada 10hb Okt 2003 1.35:18 tghari   [Edit]
Assalamualaikum,

Suzismi, Gee dah confirmkan dengan upline Gee bahawa LD Venus ni sesuai untuk orang yang mengalami masalah peranakan sering turun tapi dengan syarat Suzismi tak ada masalah ketumbuhan atau kanser kat dalam rahim. LD Venus ni, Insyaallah kalau diamalkan berkesan untuk memulihkan keadaan uterus serta mengawal fungsi fisiologikal kaum wanita selepas haid.

Kalau berminat boleh email Gee di fauziah@time.net.my atau telefon di 017-3339880.

IP : 203.106.98.153

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "