Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Produk : Skin care Cosmoderm
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Produk : Skin care Cosmoderm
joyahspot

1 . Dihantar pada 09hb Jun 2003 10.04:41 pagi   [Edit]


Telah 2 minggu saya menggunakan set skin care Cosmoderm...yang dibeli dari Farmasi.....Menurut ahli farmasi tersebut...ianya tidak mengandungi sebarang campuran bahan kimia..hanya ekstrak buah dan RoseHip Oil....RoseHip Oil bagus untuk mengilangkan parut....dan garis2 kedut...serta membaikpulih kulit muka yang rosak..

Saya baru 2 minggu menggunakannya...jadi kesannya belum nampak sangat...cuma apa yang saya rasa...selepas menggunakan pembersih mukanya...kulit saya terasa amat lembut...tanpa rasa kering... kebanyakan pencuci muka yang saya gunakan..membuatkan kulit saya kering... selepas mencuci muka saya menggunakan toner dan krim vitamin E.... setakat ni rasa okey...

Memandangkan kulit muka saya amat kering saya perlu berhati-hati dalam menggunakan produk penjagaan muka.... Saya nak tanya sikit kepada sesiapa yang pernah menggunakan produk Cosmoderm ini....adakah ianya bagus? dan bagaimana kesan yang anda rasakan?

Terima kasih...

IP : 161.139.100.202

mamanisa

2 . Dihantar pada 16hb Mac 2004 12.46:58 tghari   [Edit]
hi,saya pernah nampak kat satu farmasi tu.Tapi belumcuba lagi.My skin jenis oily,pimples dan ada scar then dia tak recomen sangat guna tu. Dai suh rawat pimplem dulu then baru guna . Masalahnya nak guna apa la untuk rawat pimple ni.Benci sungguh!

IP : 218.208.238.120

arelya

3 . Dihantar pada 16hb Mac 2004 12.55:44 tghari   [Edit]
arelya tak pernah try...
tapi ada member arelya cakap..
produk ni ok untuk kulit berparut...
tapi tak tau la...depends pada org gak kot...

IP : 219.95.8.231

miraidora

4 . Dihantar pada 16hb Mac 2004 1.24:05 tghari   [Edit]
mamanisa kalau nak kurangkan pimple makan la zink dari 21st century untuk mengecutkan pimple plak kena guna gel c-mycin yang dijual di farmasi2...tanya pada ahli farmasi dan mintak dua produk tu..ini biasanya untuk masalah pimple yang agak serius yang biasanya timbul-timbul tu...gel guna 2 kali sehari zink ambik sekali sehari..cubala ..kalau pencucui muka plak guna yang untuk kulit berminyak macam st ives ker...gerenti okay..ini untuk peringkat permulaaan la lepas nie biler dah kurang boley la guna set yang sesuai untuk kulit...cosmoderm pun okay last year sy guna produk tu okay jugak tapi sekarang dah stop...sebab susah nak dapat laa

IP : 219.93.8.15

Liz_Dee

5 . Dihantar pada 16hb Mac 2004 4.03:21 ptg   [Edit]
nak share sikit.. ipar liz mmg byakk sgt jerawat.. dia dah mcm2 guna.. tahun lepas dia start pakai cosmoderm tea tree..
bersih gila kulit dia.. tapi tgk kesesuaian gak la..

IP : 202.75.160.166

maslinazaris

6 . Dihantar pada 16hb Mac 2004 4.24:23 ptg   [Edit]
Ina guna prodok Cosmoderm.
1. Pencuci muka-Scrub
2. Vitamin E-cream
3. Vitamin E-minyak

Asalnya masa pergi Watson, promoter tu demo,dan terangkan kebaikannya kebetulan memang tengah cari Vit. E. So dia kata Vit.E cream elok diguna bersam-sama dengan minyak Vit.E utk kesan yg lebih cepat. Vit. E berfungsi utk hilangkan parut & garis2 kedut.
Masa mengandung anak ke-2 Ina kena alah. habis le tangan & kaki nampak bekas2..putih2. Ada org tegur sangka kena campak.Lepas guna..kira dekat habis gak set nie..parut/putih2 kat tangan tu mengecil..makin lama makin kecil dan ada yg terus hilang.Parut/kesan hitam sebab jerawat pun cepat hilang.Memang betul lepas cuci muka rasa soft sangat..sebab dia ada Vit.E.
Utk sesiapa yg byk jerawat,adik Ina (muka dia dulu byk jerawat) la nie dah bersih... and tak de kesan..dia suggest guna Dalecent-T(betoi ke eja nie) ubat nie jenis cecair, botol cam gam, sapu kat tempat nk tumbuh/ sedang tumbuh jerawat (roll)boleh dapat kat klinik/ farmasi harga dia +-RM50.Jerawat yg baru nk tumbuh terus kecut.Dulu 6th sebelum Ina ada guna-Dr klinik yg bagi masa tu dekat nak majlis kawin..jerawat lak tumbuh besor kat pipi...Memang bagus!! Dapat le melawa masa majlis kawin tu...


IP : 219.93.8.8

Ayuk

7 . Dihantar pada 16hb Mac 2004 11.18:47 mlm   [Edit]
Hrmm.. saya stuju ngan miraidora .. zink memang bagus untuk kulit esspecially yang ader jerawat n berparut... suppliment zink banyak lam market tapi saya suggestkan amik yang jenis abbot punyer.. pasal dia skali ngan vitamin B complex plus vitamin c bagus rega dia pun kalu nak murah beli lah time sale...

IP : 202.188.22.132

mamanisa

8 . Dihantar pada 17hb Mac 2004 09.32:24 pagi   [Edit]
Kalau tak salah cosmoderm ni product local kan. Harga dia pun tak le mahal sangat. Macam yg biasa ada kat supermarket jer kan. So sesiapa yg guna sila beri pendapat...

IP : 219.95.151.201

daisy79

9 . Dihantar pada 17hb Mac 2004 10.00:02 pagi   [Edit]
kulit daisy jenis combination... tapi lately jadi kering pulak.. mengelupas bhg. tepi hidung ngan bawah dagu... nak tahu berapa harga setiap barang tu.. hari tu masa baca mag. dia kata kulit kering bagus pakai yang ada vitamin E...

IP : 210.187.1.11

mamanisa

10 . Dihantar pada 17hb Mac 2004 5.38:55 ptg   [Edit]
Eh eh, joyahspot yg bukak topic ni apa khabar .Lama tu tak nampak nick dia. Dah cantik ker kulit pakai cosmoderm ni. Helo-helo... bagi le feedback..

IP : 219.95.151.201

mamanisa

11 . Dihantar pada 18hb Mac 2004 3.04:09 ptg   [Edit]
Ini saya copykan from another site...

"COSMODERM: NAK ILANGKAN JERAWT/PARUT

mix nak share sikit. Adik ipar mix lelaki, penuh satu muka jerawat. Jerawat kecik, jerawat batu, yg bernanah, parut, semua ada. Merah2, membengkak. Pendek kata, worst gila la. Apa saja ubat dia makan, telan dan apa saja org rekomen dia pakai. Tak gak sembuh.

Dah dua bulan mix tak jumpa dia. Last week balik, aikk terkejut mix, mana jerawat2 sumer tu..!? Rupanya dia pakai Cosmoderm ni. "

2
Saya pun telah cuba yang Cosmoderm hijau kerana muka saya berminyak. Dah pakai selepas dua minggu I perasan muka saya improve. Tidak sensitive dan berminyak saperti dulu. Baunya pun saya suka. Harga nya ok"


PS.. Liz,ko ker yg bukak topic kat site tu... Macam terbiasa jer dgn jln criternya....

IP : 218.208.239.48

khai6147

12 . Dihantar pada 20hb Mac 2004 4.12:23 ptg   [Edit]
nak tanya skit....

Minyak vitamin E tu ada dua jenis kan?...15,000 I.U ngan 30,0000 I.U....apa beza dua jenis tu dan mana satu yg lagi bagus???....

IP : 210.186.46.46

peachlily

13 . Dihantar pada 20hb Mac 2004 4.44:39 ptg   [Edit]
lagi tinggi Iu tu lagi baik dan lagi berkesan nak ilangkan parut...

IP : 219.95.198.233

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "