Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Petua : Hilangkan jeragat kat muka
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Petua : Hilangkan jeragat kat muka
azmil

1 . Dihantar pada 06hb Jun 2003 4.25:04 ptg   [Edit]
Kawan2 ada tak petua nak hilangkan jeragat esspecially yg ada kat pipi...dua2 belah pulak tu...Dah banyak product cuba..tapi tak OK jugak.kalau pergi facial tu boleh hilangkan ke..tapi Az suka yg tradisional punya..tak banyak keluar belanja...yg moden mungkin ada OKnya tapi tak cukup bajetlah...

IP : 219.93.226.150

Lynnda

2 . Dihantar pada 06hb Jun 2003 5.05:14 ptg   [Edit]
Azmil

utk makluman, jeragat ni terhasil akibat kurangnya/silapnya penjagaan yg betul terhadap kulit wajah.

contohnya, salah menggunakan produk, utk kulit kering tapi guna produk utk kulit berminyak... selalunya utk kulit yg berjeragat ni lebih kpd kulit kering dan kombinasi... seeloknya amalkan penggunaan pencuci yg tiada alkohol dan berPH sama dgn kulit.

rajinkan penggunaan masker yg dapat mengembalikan kesihatan kulit dan amalkan meletak vitamin E dan C ke tempat bermasalah tu

dan akhir sekali, lindungi kulit drp pancaran UVA dan UVB...

petua org tua, asah kulit kayu manis di belakang pasu dan tenyeh di muka.... yg ni lynn pernah cuba masa study dulu....

petua lain yg kena mengeluarkan belanja agak besar, gunakan vitamin C&E Complex dan sapu di wajah.... atau guna marine mud... tu yg lynn pernah cuba dan berbaloi...

selamat mencuba

* Mesej ini telah diedit oleh Lynnda pada 09hb Jun 2003 08.06:24 pagi

IP : 161.142.78.84

azmil

3 . Dihantar pada 10hb Jun 2003 2.05:25 ptg   [Edit]
lynn..marine mud nih macamana bentuknya..krim atau losyen..berapa harganye?

IP : 219.93.226.150

Lynnda

4 . Dihantar pada 10hb Jun 2003 3.01:49 ptg   [Edit]
azmil

ia adalah sejenis mask yg diperbuat drp lumpur halus dan garam mineral yg byk membekalkan vitamin kpd kulit yg bermasalah jeragat dan jerawat terpendam... bukan itu saja, malah uneven skin tone pun boleh diperbaiki menggunakan marine mud.. lynn dah pakai dan muka lynn tak lagi berbelang mcm dulu.... sbb tu berani nak berikan cadangan

ia bukan berbentuk krim mahupun losyen....

harga di pasaran RM 195... boleh tahan digunakan sehingga lebih 6 bulan
kalau nak dptkan rega diskaun, lynn boleh tolong dapatkan rega diskaun.. bulan lepas ada promotion... ada byk diskaun masa tu.... sempat la lynn tolong belikan utk kawan2 masa tu....

IP : 161.142.78.84

kaya

5 . Dihantar pada 10hb Jun 2003 11.31:54 mlm   [Edit]
Azmil,

Mungkin kaya boleh kongsi pendapat. Jeragat ini selalunya terdapat di kebanyakan kulit muka yang terlalu sensitif.Elakkan daripada terlalu berpanas. Elakkan juga daripada menggunakan sebarangan krim. Nanti lain yang diharap,timbul lain pula masalah. Di samping itu, minum air masak suam banyak-banyak....Cubalah..Insya-Allah.Inilah yang termurah!

IP : 210.186.162.119

Rosniena

6 . Dihantar pada 11hb Jun 2003 08.04:18 pagi   [Edit]
jeragat pun ada kaitan dgn faktor dalaman sebenarnya,maybe u ada masalah hormon dan pencernaan.Pasal my akak ada jeragat n semakin berkurang dgn makan supplement.Pemakaian utk luaran pun membantu juga.

IP : 161.142.100.85

Mumy_Sofhea

7 . Dihantar pada 11hb Jun 2003 10.18:02 pagi   [Edit]
lynda
Cam ner nak dapatkan Marine Mud ni? ada discount tak lagi??

IP : 202.75.160.230

Lynnda

8 . Dihantar pada 11hb Jun 2003 10.38:20 pagi   [Edit]
Betul juga kata kaya tu bahawa masalah jeragat lebih mudah menjangkiti org yg suka berpanas.... dan kita cuba elakkan daripada berpanas.. seelok2nya pakai payung atau gunakan perlindungan UV ketika berpanas...

tapi berkenaan ia mudah menjangkiti kulit yg sensitif, bg lynnda sebenarnya tidak... kulit yg sensitif mudah dijangkiti komplikasi lain.... dan bukannya jeragat... jeragat lebih kpd kurangnya vitamin pada kulit dan kekeringan yg melampau pada kulit

ada 5 jenis kulit yg perlu kita kenal pasti dan setiap jenis mempunyai masalah dan jangkitan yg berbeza2... kulit kering, lain masalah nya, kulit sensitif lain masalahnya, kulit campuran lain masalahnya, kulit berminyak, lain masalahnya

air suam juga merupakan di antara alat bantuan utk membekalkan lembapan pada tubuh badan.. tapi utk diserap oleh kulit di bhgn wajah, seeloknya amalkan pemakanan bervitamin tinggi seperti buah2an, ulam2an dan sayur2an..

di antara yg terbaik spt epal hijau (pastikan kulitnya dibuang separuh krn buah epal zmn sekarang byk lilin yg boleh menjadi punca barah), limau sunkist (limau besar yg lainnya), jambu, tomato, carrot, soya (terutama tempe dan tauhu)...

seelok2nya setiap sayuran yg hendak di makan perlu dicuci dgn air garam bg membersihkan ia drp kesan racun perosak.... kalau di basuh dgn air pili biasa, anda sebenarnya mkn sayur yg beracun....

kelebihan mencuci dgn air garam ni ialah, tanah yg melekat pada akar pokok juga mudah tanggal dan binatang2 halus spt serangga mudah tanggal kerana kita selalunya susah nak nampak mereka ni.. halus sangat

saya setuju dgn saranan Rosniena.. bahawa penjagaan dalaman mmg perlu dan penjagaan luaran juga perlu.. keduanya saling berkait.. tanpa salah satu maka kekurangan akan tetap berlaku.... byk faktor menjadi penyumbang kpd masalah kita...

* Mesej ini telah diedit oleh Lynnda pada 11hb Jun 2003 10.40:54 pagi

IP : 161.142.78.84

Lynnda

9 . Dihantar pada 11hb Jun 2003 10.42:24 pagi   [Edit]
mumy sofea

marine mud boleh diperolehi di kedai2 di KL, Penang dan JB.... boleh hubungi saya utk dptkan diskaun

IP : 161.142.78.84

Lynnda

10 . Dihantar pada 11hb Jun 2003 11.23:39 pagi   [Edit]
Buat Eisza

saya baru terima sms anda, tapi saya tak boleh send email kpd anda kerana alamat email anda salah... boleh tolong beri email address yg betul?

IP : 161.142.78.84

pacerinanas

11 . Dihantar pada 11hb Jun 2003 11.46:02 pagi   [Edit]
a'kum.

paceri nak kongsi pengalaman sikit pasal jeragat ni.paceri pun dulu ada masalah jeragat ni tapi lepas member opis kenalkan pencuci muka gamat dan pelembab gamat, muka paceri dah nampak ok sebabnya memang pun muka paceri selalu terdedah pada panas matahari memandangkan paceri kena selalu pergi site.cubalah baru tau kesannya.ternyata berkesan.

IP : 202.188.0.12

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "