Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> PENTING!! : Kosmetik bakar kulit
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : PENTING!! : Kosmetik bakar kulit
Gegirl

31 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 3.57:03 ptg   [Edit]
Hi lilo_stich

how r u? nape tak reply my mail?
dah settle ke bab2 menghias rumah?

IP : 202.188.113.70

lilo_stitch

32 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 4.14:33 ptg   [Edit]
sori ek... tak reply, bkn apa sibuk sket, ni pong baru selepas ISO Audit. Tapi dah addict to MDC, mesti nak jengah hari2.

Hias rumah... blom abih dekorate laie...

IP : 210.19.249.105

Rosniena

33 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 4.24:37 ptg   [Edit]
senang cerita takyah pakai apa-apa..eheh

IP : 161.142.100.85

pacatsejuk

34 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 9.40:23 mlm   [Edit]
sapa pernah pakai produk NV?

ada sorang kawan pacat pakai..
mak aih...
1)kulit jadi cekang sangat sampai berkilat mcm plastik!
2)then, kulit mula mengelupas.. mmg mcm ular salin kulit!
3)maybe kawan pacat ni x seswai lgsg pakai NV kot, tak lama lepas tu, bahagian pipi yg dekat ngan telinga tu siap luka2 lagi bila lap muka even dgn tuala lembut.
4)then, muka pun elok balik dia punya texture kulit.... tapi...
5)merah tak asli! mcm udang kena bakar! kalau berpanas... huh! kawan pacat mmg tak nak kena panas.. sbb sakit muka katanya..
6) lama lepas tu... dia pun stop pakai.. sbbnya... hasilnya menakutkan.. dan duit dia pun terbang dekat 500 utk set NV tu. skang dia produk lain plak.

IP : 210.186.182.2

syuhada_ain

35 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 10.44:34 mlm   [Edit]
me skang pakai produk BIOMEDIC..salah satunye barangnye ada kandungan HYDROQUINON 2%.. sebab tu instruction pakai dia 2-3 titik jer sehari skali..
ok ke tak aaa?? tolong le saper tau??takut nih..

IP : 210.195.150.139

cookie

36 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 11.24:31 mlm   [Edit]
syuhada_ain,

Ni pandangan jer la..,.. cookie rasa kalau u dah tau produk tu ada Hydroquinone, rasanya better terus stop jer guna. Sebabnya kesannya kita dah tau. Even guna 2-3 titik pun,.. kita still tak tau effect bahan kimia tu macamana kan...

IP : 203.106.197.183

nurul7581

37 . Dihantar pada 25hb Apr 2003 08.14:40 pagi   [Edit]
hai!!Pn ann.saya dah baca artikel ni sblm ni.saya nak bgtau saya ni pengguna tawas.mulanya saya Xtau nape kwn2 kata kulit muka saya nampak hitam.skrg baru saya tahu tawas tu menghitamkan kulit saya.saya dah memakainya selama 2thn. agaknya saya akan terkena ke kesan2 buruk tawas tue? apa pendapat Pn ann tentang produk ZA?saya memakai pencuci muka ZA dan krim pencerah Ponds.Harap
Pn ann dpt memberi penjelasannya.Terima kasih.

IP : 161.142.112.8

zamar65

38 . Dihantar pada 25hb Apr 2003 08.53:25 pagi   [Edit]
Hi semua...mencelah sikit ya.....

pengalaman saya bila tengok isteri guna satu produk ELKEN MAJESTA dan kawan-kawan saya yang lama dah guna produk nih nampak cantik dan muda...kulit licin macam bayi memang best. Saya sendiri ada guma MAJESTA nih dan memang rasa kesannya. Foam buihnya bila dipusikan dengan air R.O. memang bagus, ia menyuci lebih dalam sebab air tuh memang paling halus dan bersih...

Jangan guna lagi produk RDL memang produk nilah yang mengandungi bahan yang digunakan dalan pencuci filem dan akan membawa kesan nanti....baik beringat sebelum kena, baik guna yang terjamin mesra untuk kulit dari pada alami mimpi ngeri nanti...jangan sayang duit kerana kesannya untuk kita juga, kerja dah teruk-teruk mestilah nak gunakan yang terbaikkan?

Boleh hubungi saya kalau nak produk MAJESTA atau LAIN-LAINNYA....MASUK JADI MEMBER ELKEN LAGI BAGUS....MEMANG BEST (DAH ADA LEBIH 34 JUTAWAN ELKEN SEKARANG)

hubungi zairri@yahoo.com untuk info lanjut nak join ELKEN

* Mesej ini telah diedit oleh zamar65 pada 25hb Apr 2003 08.56:13 pagi

IP : 210.187.170.36

PnAnn

39 . Dihantar pada 25hb Apr 2003 1.07:50 tghari   [Edit]
Salam Kengkawan,

Ramai yang khuatir tentang produk Kosmetik yang berada dipasaran ini dan inginkan komen dari Pn Ann.

Senarai Bahan-bahan merbahaya dalam produk kecantikan, Pn Ann sudah senaraikan. Maka terpulang pada kalian untuk menilai yang mana baik dan yang mana tidak elok untuk kulit.

Pn Ann bukannya tidak mahu komen..jika komen, ada nanti akan labelkan atau berkata..Pn Ann hendak promosikan produk Zai's Beauty Formula. Selain itu, akan mengecewakan perasaan orang lain. Jutaan maaf !

Untuk makluman, Pn Ann ikhlas dan menyatakan fakta yang sahih. Malahan, Pn Ann buat rujukan sendiri tentang barangan kosmetik.

Bukan sampaikan secara "kosong". Apabila Pn Ann dapat tahu, Pn Ann hebahkan pada laman keluarga e-groups, Relexjap dan Melayu.com untuk tatapan semua Wanita.

Mesej Pn Ann adalah dari Wanita untuk Wanita, atas kesedaran kerana terlalu ramai wanita merana sakit kanser rahim, payudara, muka dan sebagainya. Semuanya itu adalah kesan sampingan dari apa yang kita gunakan untuk muka, badan dan makanan.

Kalian harus ingat, sekiranya ada produk kecantikan mengandungi bahan-bahan yang merbahaya yang disebutkan sekalipun dengan kadar yang sedikit, sekiranya digunakan setiap hari dan memakan tahun, maka jumlahnya yang sedikit menjadi banyak terpendam dalam kulit.

Maka bayangkan impaknya pada diri anda ?

Tidak hairanlah banyak produk kesihatan untuk wanita berada dipasaran.

IP : 203.121.30.140

Hasya

40 . Dihantar pada 25hb Apr 2003 3.25:27 ptg   [Edit]
zamar65...
produk ELKEN MAJESTA tu mahal tak?apa bahan kandungan yg terdapat dlm setiap barangan ni?dari negara mana?apa kesan lepas memakai produk ni?

IP : 219.92.122.17

m_a_y_a_

41 . Dihantar pada 25hb Apr 2003 3.32:09 ptg   [Edit]
hai semua....

betul cakap zamar65... barangan yg diperbuat dgn campuran RO memang bagus.. so barangan BEAU SAL yg maya promote ni kira ok la harga pun tak mahal ... sapa nak order bulih call ...

IP : 161.142.100.85

zamar65

42 . Dihantar pada 25hb Apr 2003 9.49:10 mlm   [Edit]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terima kasih saya ucapkan kerana reply mel saya dan inginkan info tentang produk ELKEN.
Wajah yang jelita merupakan impian setiap wanita dan banyak sekali kini produk kecantikan yang terdapat di pasaran tetapi awas!!! Jika tersalah produk yang ada bahan-bahan merbahaya atau racun akan menyebabkan kesan yang buruk untuk kita...

Produk dari ELKEN memang telah dihasilkan menggunakan bahan semulajadi dan memang dihasilkan oleh NARIS JAPAN yang dah terkenal lama dengan produk bermutu tinggi di Jepun. Tak perlu takut untuk menggunakannya kerana ianya memang tiada kesan KELUPASAN kulit seperti kebanyakan produk di pasaran kini...

Majesta untuk peringkat dewasa dan ke atas dan ianya akan menghasilkan wajah yang cerah dan berseri serta selembut bayi. Diperkaya dengan 99% ramuan semulajadi dan mengandungi bahan PENCEGAH PENUAAN.

Kandungannya: Pati Ros, Pic, Oligo G, Rutin serta CM3 dan sebagainya...
melindungi kolagen dan asid hialuronik daripada merosot dari kulit dan ini mengekalkan kulit sentiasa muda dan mudah pulih serta tegang.
http://www.elken.com.my

* Mesej ini telah diedit oleh zamar65 pada 25hb Apr 2003 9.53:05 mlm

IP : 210.187.170.92

pacatsejuk

43 . Dihantar pada 25hb Apr 2003 10.24:33 mlm   [Edit]
pacat pakai cosmoderm. ok je la... tapi parut jerawat tak ilang. dia tak cekang kan kulit muka.. just nice..

IP : 210.186.182.44

sasa72

44 . Dihantar pada 26hb Apr 2003 2.32:16 ptg   [Edit]
takut ler baca lani saya jadi pengedar bsb kosmetik dan pearrich. selamat ke tidak. pelanggan dah ramai jugak. raser berdose ler kalau produk tu tak boleh pakai. taknak ler jual produk macam tu. nanti kat akhirat susah nak jawab so macam mane nak tau produk mana yang selamat?kawan sayer kata metro awal minggu lepas ada siarkan kosmetik yang diharamkan tapi saya tak bace .ada kekawan yang baca tak?jom ler syer dengan sayaer...bye tolong tau.

IP : 211.24.43.216

Diana_ros

45 . Dihantar pada 27hb Apr 2003 01.47:07 pagi   [Edit]
guna petua zaman dahulu kala nampak gayanya.......nak pakai mcm-mcm
takut lak la ni......saper tak nak cantik....tapi banyak sangat masalahnya.

IP : 203.106.77.176

ask_nee

46 . Dihantar pada 29hb Apr 2003 1.40:14 tghari   [Edit]
assalamualaikum....
saya nak jwb pertanyaan Hasya ttg kosmetik o'lynn...
sebab saya dah pernah guna...
bukan nak burukkan pulak..
mungkin saya tak serasi ngan produk tu kot..w/pun kata takde proses pengelupasan..tapi bila saya pakai kulit saya mengelupas dan pedih sangat
mula2 saya ingat tak ape2 tapi saya rasa kulit saya cam makin nipis..terus saya stop..
bila saya stop muka saya naik jerawat sampai sekarang non stop.
sedih gak ..tapi sekarang saya dlm proses nak rawat muka balik..
masih tak tau nak guna produk ape?
saya guna produk tu dulu pun sebab terpengaruh kat iklan ttg keberkesanannya utk hilangkan parut jerawat...masa tu muka saya tak la byk sgt jerawat...
tapi sekarang lagi teruk...
saya ingat nak cuba produk sendayu tinggi yg berasaskan herba tu?
ade sesape tau ttg produk tu tak?

IP : 161.142.100.85

tia75

47 . Dihantar pada 29hb Apr 2003 2.07:28 ptg   [Edit]
ask_nee : betul tu. saya pernah jugak guna produk olynn. 3 bulan saya guna.
saya terpengaruh dgn kawan saya sbb dia ada bukak saloon olynn.
mula-mula pakai kulit saya peeling...bila tanya kawan saya dia kata memang macam tu sbb nak buang kulit mati. dah ler tu tonner pulak pedih.
masuk bulan kedua muka saya memang licin....jerawat resdung yg darah & nanah langsung tak keluar. ramai yg memuji muka saya..licin...cerah..(kembang idung masa tu)...hehhe. tapi bila lama-lama pakai..saya rasa macam kulit saya semakin menipis...bila nyamuk gigit muka saya, saya garu pun dah tinggal kesan. dulu tak macam tu. bulan ketiga saya stop pakai. bila stop muka saya back to normal.
lepas tu saya guna de wajah...tak de peeling..tp nampak cam jeragat kecik-kecik naik kat muka. saya stop..sekarang ni tengah mencari produk yg sesuai.
tp buat masa ni saya cuma guna sabun Sendayu Tinggi untuk resdung sbb saya ada resdung.

IP : 192.228.137.71

AcikIja

48 . Dihantar pada 29hb Apr 2003 3.01:35 ptg   [Edit]
A'kum semua,

Acikija pun pakai sendayu tinggi punyer skincare tuh... mmmph, naik jerawat byk sgt... baru 3 minggu pakai... kalau dah sebulan tak ok jugek, nak kene berenti la nampaknyer... tensen, tensen... buang duit ajer...

IP : 161.142.100.85

Nadiaconda

49 . Dihantar pada 20hb Mei 2003 11.24:14 mlm   [Edit]
Krim luar biasa licinkan kulit
http://uk.geocities.com/gano_x/

IP : 219.92.176.102

Hasya

50 . Dihantar pada 21hb Mei 2003 02.57:43 pagi   [Edit]
nasib baik sya tak terpengaruh beli produk O'lynn sebab bestfriend sya keje kat salon.so dia syorkan sya pakai brg ni.fuhh...syukur,syukur sya tak beli dan tak pakai.kalau tak duit melayang,muka hancus...

IP : 210.186.83.165

piqah

51 . Dihantar pada 21hb Mei 2003 10.14:59 pagi   [Edit]
kat bawah ni adalah penerangan mengenai Majesta kepada sesiapa yang berminat.


Majesta mengembalikan Keremajaan Dan Kelembutan Kulit Wajah Anda

Sejak 1984, Majesta terus meningkat maju dari segi kualiti melalui penggunaan teknologi yang canggih. Berasaskan penyelidikan selama 18 tahun, Majesta menggunakan perumusan yang tulen dan semulajadi untuk menghasilkan keberkesanan kecantikan yang nyata.

Siri Majesta mengandungi ramuan yang diadun daripada ramuan aktif tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti Rutin, Ekstrak Ros, Ekstrak Pic, Coptis Japonika, Pekatan Maltosa dan CM-3. Ekstrak kelopak Magnolia Putih dan Ekstrak Ros yang semulajadi dapat mencegah penuaan, mencergaskan sel kulit, menjadikannya lebih muda dan berseri.

Siri Majesta – produk pencegahan penuaan yang unggul, membolehkan anda memiliki kulit yang lembut, cantik dan sempurna serta mengembalikan keremajaan kulit anda.


DOUBLE CLEANSING

Mempunyai bebuih dwi-fungsi yang dapat menanggalkan mekap dan membersihkan muka tanpa merosakkan tisu kulit. Mengandugi bebuih Mikro-hoc yang dapat meresap kedalam liang roma untuk melarutkan kekotoran serta melembapkan sel-sel kulit. (Digunakan bersama Netting untuk mencapai kesan yang lebih baik.)


CLEAN CARE CONC

Ramuan pekatan melembutkan lapisan kulit yang menyingkirkan lapisan menua kulit dengan lembut, meningkatkan penyerapan lembapan dan nutrient. Ramuan aktifnya menggalakkan pemutihan kulit.


MOIST BALANCE LOTION

Astrigen lembut dapat mengembalikan lembapan dan menormalkan pH kulit untuk mengekalkan keseimbangannya dengan berkesan, dan pada masa yang sama menambahkan kelembutan dan kegebuan kulit. Sesuai untuk kulit jenis biasa atau kering.



WATER BALANCE LOTION

Astrigen lembut dapat mengembalikan lembapan ke setiap lapisan kulit untuk mengekalkan kelembutan kulit. Agen pelembapnya (Prodew) dapat menyegarkan kulit. Sesuai untuk kulit jenis biasa atau berminyak.


NOURISHING CRÈME LOTION

Mengandungi komponen pengemulsi-mikro yang dapat meresap jauh kedalam lapisan kulit untuk membekalkan lembapan dan nutrient. Ia juga membantu menyeimbangkan lembapan dan kandungan minyak kulit sewaktu meningkatkan respirasi kulit, dan seterusnya melembapkan, melembutkan dan menambahkan ketegangan kulit.

CONCENTRATE CRÈME

Membantu menghindari kekeringan dan kedutan kulit. Mengandungi pekatan komprehensif anti-penuaan yang dapat memutih, melembap dan mencantikkan kulit, menjadikan kulit lebih putih dan cerah.

MASSAGING PACK

Mengandungi ekstrak teh hijau dan karot yang dapat mencegah pembentukan radikal bebas serta meningkatkan metabolisme kulit. Vitamin A Derivatif mencegah kekeringan kulit dan penghasilan kedutan. Memberikan kesan optimum apabila digunakan bersama Guasa Kecantikan Elken.

IP : 203.121.0.8

ctamira

52 . Dihantar pada 21hb Mei 2003 10.42:46 pagi   [Edit]
Cik piqah u pon pakai produk ni ke? Berapa harga satu set tu? Mahai tak?

IP : 161.142.78.84

piqah

53 . Dihantar pada 21hb Mei 2003 4.12:19 ptg   [Edit]
ctamira.... majesta ni memang mahal.... I dulu pun fikir 2 -3 kali nak beli... tapi sebabkan my mentor buat facial kat I, memang sungguh lembut, halus dan selesa... tiada kesan pengelupasan langsung.... I pun tekad cuba....

Dia ada dua kit, satu starter kit sets yang kecik dan satu lagi yang besar....
Yang kecik tu harga dia RM400++... boleh guna up to 3 months. starter kit ni ada double cleansing, clean care conc, moist balance/water balance (salah satu yang sesuai ngan kulit muka) dan nourishing creme balance.


actually ada beberapa skin care lagi yang ada kalau nak info pasal yang lain tu boleh email piqah. Semua keluaran Naris.

IP : 211.24.9.153

saujana007

54 . Dihantar pada 21hb Mei 2003 4.46:41 ptg   [Edit]
netters semua tak nak ke mencuba barangan dari CVT (Colour Vibration Theraphy)?????????????. pencuci mukanya bukan saja untuk mencuci muka tapi untuk semua masalah kulit. Saya telah mencubanya hampir 2 bulan dan kesannya begitu baik sekali. Saya gunakan sekali dengan seri wajah tak perlu pakai toner. Kulit muka kita akan jadi lebih berseri, dan menjadi segar. ada apa apa boleh contact saya di 0133948309.

IP : 210.187.89.7

joyahspot

55 . Dihantar pada 22hb Mei 2003 10.56:44 pagi   [Edit]


Antara kosmetik yang tinggi kandungan hidrokuinon....(tak tau le spellingnya camne)

ialah : RDL (baby face)dan Citra Ayu....

IP : 161.139.100.202

jelatah

56 . Dihantar pada 02hb Jun 2003 6.42:37 ptg   [Edit]
pencucu muka Tracia Teen pulak ada SODIUM LAURYL SULFATE....hei patut ler muka sayer makin menjadi2 jerawatnyer....taubat.....

lagi stu kosmetik jenama Cleopatra jugak ader kesan sampingn.sayer pernah try.walaupun ia utk resdung tapi tonernyer punyer ler pedih.katenyar boleh melincinkan kulit dan kulit nampak kemerahan.itu kan style zaman kini.rupenye produk tu hakis kulit kiter dari dalam..........wallahualm

IP : 219.92.206.141

sk8er

57 . Dihantar pada 02hb Jun 2003 7.57:03 ptg   [Edit]
bakar kulit???

nanti bertambah hitam la kulit..

IP : 202.188.127.61

SiGambir

58 . Dihantar pada 02hb Jun 2003 9.34:42 mlm   [Edit]
MMMMMMMMMMM

IP : 210.195.228.50

dinni

59 . Dihantar pada 03hb Jun 2003 08.32:31 pagi   [Edit]
apa kata STOP pakai product yg ada pengelupasan kulit nie...betuii tak. Cari product lain yg ada di pasaran yg sudah m'dapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan.....sayangilah kulit muka anda....kalo asyik mengelupas ajer...apa yg tinggal...pikir dulu sblm pakai...

IP : 61.6.64.98

azmi_69

60 . Dihantar pada 03hb Jun 2003 10.37:47 pagi   [Edit]
Nak pakai juga produk macam tu?
Pakailah! Kalau tidak kau akan menyesal.

IP : 161.142.100.85

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "