Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> PENTING!! : Kosmetik bakar kulit
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : PENTING!! : Kosmetik bakar kulit
cookie

1 . Dihantar pada 22hb Apr 2003 8.54:29 mlm   [Edit]
I nak kongsi info ni yang diambil dari berita Harian Metro:

Kosmetik bakar kulit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Wanita yang ghairah untuk kelihatan cantik mungkin bertukar hodoh seumur hidup kerana memakai kosmetik mengandungi kimia Hydroquinone yang boleh menyebabkan kulit muka rosak.

Kimia Hydroquinone yang biasa digunakan untuk proses mencuci gambar diadun secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai ejen pemutih kulit.

Bahan itu juga dikatakan boleh menyebabkan sakit sawan, kulit wajah menjadi hitam, koma, mual dan kanser kulit yang serius.

Timbalan Pengarah Kesihatan/Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Wan Hamid Wan Ibrahim, berkata Kesatuan Negara-Negara Eropah (EU) sudah mengharamkan penggunaan bahan itu sejak dahulu lagi.

Beliau berkata, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi Hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.

“Bagaimanapun, wanita yang terlalu teringin untuk kelihatan cantik tidak menyedari mereka boleh menyebabkan kerosakan kulit muka.

“Memang, di peringkat awal wajah akan bertukar putih dan licin tetapi dalam tempoh jangka panjang, mereka akan mengalami mimpi ngeri,” katanya selepas operasi ‘Ops Hitam Muka’ di sekitar Jalan Masjid India, petang semalam.

Seramai 37 pegawai Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Terengganu dan Kelantan menyertai operasi bersepadu berkenaan yang bermula jam 2.15 petang.

Operasi besar-besaran berkenaan ditumpukan kepada tindakan merampas produk kecantikan mengandungi Hydroquinone, Tretinoin dan raksa yang berbahaya dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau mendakwa terdapat ramai pengguna terutama gadis dan wanita muda yang kurang arif dan kini menjadi mangsa kosmetik.

“Mereka mungkin tidak mendapat maklumat jelas mengenai bahaya Hydroquinone hingga sanggup menghabiskan banyak wang membeli produk berkenaan.

“Hasil kajian pakar kesihatan mendapati, penggunaan Hydroquinone berbahaya kepada individu yang tinggal di kawasan iklim tropika yang sentiasa menerima pancaran matahari sepanjang tahun,” katanya.

Menurutnya, secara perlahan Hydroquinone boleh menjejaskan fungsi perlindungan kulit daripada sinaran Ultra-Violet (UV) oleh pancaran matahari berlebihan.

“Akibatnya, pengguna akan terdedah kepada kesan sinaran UV dan mendapat barah kulit,” katanya.

Wan Hamid berkata, Hydroquinone biasanya menyebabkan kulit muka menjadi kemerahan-merahan dan rasa pedih serta terbakar.

“Penggunaan kimia ini yang berterusan atau digunakan dengan banyak (kepekatan yang tinggi) boleh mengakibatkan ‘hyperpigmentasi’ iaitu jeragat hitam pada kulit muka yang sukar dihilangkan.

“Kesan ini menjadi lebih buruk pada produk yang mengandungi alkohol (spirit) yang menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas atau luka teruk,” katanya.

Kajian makmal turut mendapati kimia ini tidak boleh digunakan untuk memutihkan bulu kening dan mesti dielakkan daripada terkena mata kerana ia menyebabkan selaput dan perubahan pada kornea mata.

Selain itu, penyerapan kimia berkenaan ke dalam peredaran darah di dalam kuantiti yang besar boleh menyebabkan pendengaran berdengung, menggigil, perasaan lemas, mual dan muntah-muntah, sentakan otot, sakit kepala, sawan, sukar bernafas dan koma.

Selain itu, pihaknya turut mengesan penggunaan kimia Tretinoin di dalam produk rawatan kecantikan berbentuk krim atau losyen khusus untuk merawat jerawat.

Menurutnya, kimia tretinoin mempunyai kesan sampingan seperti rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit mengelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya Ultra-violet.

“Malah, saya bimbang kesan jangka panjang produk berkenaan yang boleh mencacatkan wajah wanita,” katanya.

Menurutnya, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.

“Pengguna dinasihatkan supaya berhenti menggunakan sesuatu produk sekiranya merasa kesan pedih atau kulit muka menjadi kemerahan selepas memakainya.

“Saya menasihati wakil pengedar produk ini menyerahkan produk yang disyaki mengandungi kimia ini kepada unit penguatkuasa farmasi di negeri masing-masing atau menghadapi tindakan ,” katanya.

IP : 203.106.80.236

intanbalqis

2 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 08.04:49 pagi   [Edit]
assalamualaikum....
Di mana kita nak dapatkan senarai barangan yang mengandungi kimia Hydroquinone ...sepatutnya pihak berkenaan perlu mengeluarkan list product kepada pengguna..kalau pihak kerajaan sayangkan rakyat jelata nak siarkan kat TV pun tak pe sebab tulah cara yang paling berkesan.....betul tak...kite ni sebagai pengguna hanya tahu menilai barangan dari kesan yang dijanjikan...kekadang tu pengedar pun sama naik jual minyak coz nak lariskan jualan kekadang tu ada yang sanggup berbohong ...

IP : 219.93.8.5

ayangzurin

3 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 08.17:10 pagi   [Edit]
ya btul intanbalqis...ayang setuju..sepatutnya pihak yang berwajib perlu keluarkan senarai syarikat dan pengilang yang menggunakan Hydroquinone walaupun dengan kadar sedikit untuk pengetahuan awam.khususnya wanita.
Syarikat sekarang kebanyakkannya menjual nama tapi barang yang dujual hampeh
ada jugak yang menggunakan model2 yang cantik2 sekadar untuk melariskan barangan sedangkan model tu tak pakai pun barang yang dikeluarkan syarikat ..camno tu...

IP : 161.142.100.85

Lynnda

4 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 08.25:39 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

mmm semalam lynn dah baca tentang ni di forum yg lain.. lynn ingat nak share kat sini tapi cookie dah upkan dulu topik seperti ini... bagus .. Alhamdulillah, ada gak org yg prihatin....

IP : 161.142.78.84

alina

5 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 1.33:03 tghari   [Edit]
ya.allah..ngerinya membaca artikal tersebut...

pada pihak dan warga MDC yang prihatin ...jika ada sebarang info tentang kosmetik yang mengandungi HYDROQUINONE...TOLONGLAH BERITAHU YER..

IP : 161.142.100.85

putriselatan

6 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 1.48:31 tghari   [Edit]
yelah kalau ade senarai barangan kan lagi bagus.. takut bila baca artikal yg cookie antar.. sbbnye dulu kita pernah pakai babyface... tapi tak berani nak pakai bebnyk.. lastly buang cam tu je... la nie pakai produk lain, katanye dari pati buah-buahan..tak tau tul tak...

IP : 161.142.78.84

PnAnn

7 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 1.53:41 tghari   [Edit]

Pn Ann sebelum ini pernah kemukakan senarai bahan-bahan merbahaya dalam produk kecantikan. Sekali lagi Pn Ann senaraikan.

BAHAN-BAHAN MERBAHAYA DALAM PRODUK KECANTIKAN

HYDROQUINON

a) 1-5 gm sudah boleh menyebabkan kematian apabila termakan.

b) Mendatangkan kanser pundi kencing, kerosakan hati dan buah pinggang.

c) Allergi pada kulit.

d) Berdengung dalam telinga.

e) Boleh menyebabkan mutasi pada sel - kemungkinan besar merbahaya pada janin.

f) Mata boleh menjadi kabur.


TAWAS (ALUM)

a) Boleh menyebabkan jerawat / akne (kehitaman) pada kulit muka atau ketiak.

b) Boleh menyebabkan radang gusi, dan pendarahan dalam perut ("Food and Drug Administration" - 1992 dalam laporannya mengatakan bahan ini tidak selamat.

c) Apabila termakan 1 ounce boleh menyebabkan kematian.

d) Boleh merosakkan buah pinggang.


ALPHA HYDROXY ACID (AHA)
(Glycolic Acid, Citric Acid, Malic Acid, Fruit Acid (Ekstrak Buah), Orange Acid, Sugar Cane (Ekstrak Tebu)

a) AHA boleh menyebabkan kerosakan kulit apabila kulit terdedah kepada matahari dan panas dan dalam jangkamasa lama, menjadi kanser kulit. Kulit terasa pedih ketika kena matahari.

b) Jika menggunakan produk yang mengandungi bahan ini, anda dinasihati berhenti penggunaan jika kulit terasa pedih, merah dan radang. Sesuatu bahan kosmetik tidak sepatutnya membuatkan kulit jadi menggelupas, perit, pedih dan radang.

c) Membuang kulit luar melalui pengelupasan menyebabkan kulit yang tinggal didedahkan kepada kuman, kekotoran dan pencemaran dari alam persekitaran yang merosakkan kulit. Penggunaan AHA boleh menyebabkan seseorang pengguna mengalami penuaan kulit lebih cepat. Anda mungkin kelihatan muda sekarang tetapi tidak lama. Kulit luar merupakan pelindung utama.


SODIUM LAURYL SULFATE
(Bahan yang digunakan untuk mengeluarkan buih dalam produk kecantikan, seperti pencuci muka, sabun, syampoo dan sebagainya. Adakalanya juga diselindungi dengan nama 'bahan dari kelapa')

a) Bahan ini menjadi bahan nitrate yang boleh meyerap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh menyebabkan kanser.

b) Boleh menyebabkan radang kulit, pedih mata dan sebagainya.

c) Bahan ini juga terdapat dalam pencuci lantai, pencuci kereta dan pembersih enjin.


MERCURI

a) Menyebabkan kehitaman di bawah dagu atau dahi.

b) Timbul ruam-ruam atau bintik-bintik seperti biji nasi.

c) Merupakan bahan beracun.


RETINOL @ RETIN A

a) Racun yang di haramkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

b) Banyak digunakan untuk produk kecantikan untuk melambatkan proses penuaan.

c) Bintik-bintik dan menggelupas.


Bahan Rujukan
American Medical Accosiation, Committee on Cutaneous Health & Cosmetic 1971.
Cosmetic Ingredient Review.
Dictionary of Cosmetic Ingredients.
Cutaneous Reaction to Cosmetic - American Medical Association.

IP : 203.121.30.140

PnAnn

8 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 2.00:30 ptg   [Edit]

Ketika Pn Ann baca Buku "Cosmetic Reactions - Jurnal of American Academy of Dermatology", kebanyakkan produk kecantikan banyak menggunakan bahan ALPHA HYDROXY ACID (AHA).


Kenapa pengilang Kosmetik menggunakan bahan AHA ?

AHA - merupakan bahan pemutih kulit muka. Kebiasaannya AHA akan bercampur dengan MERCURI dan dua gabungan itu memberikan kesan atau kerosakan pada kulit muka. Seperti pigmentasi, pedih dan kehitaman di bahagian dagu, pipi atau dahi.

Kesan jangka pendek memang tidak terasa, tetapi sekiranya digunakan secara berterusan dan untuk jangkamasa panjang, maka memberikan kerosakan pada kulit dan kesihatan badan.

Maka tidak hairan sekiranya, golongan Wanita lebih berpenyakit berbanding golongan lelaki. Semuanya berpunca dari penggunaan bahan kosmetik.

IP : 203.121.30.140

PnAnn

9 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 2.08:54 ptg   [Edit]

Kebanyakkan pengguna Kosmetik tidak tahu akan isi kandungan produk kosmetik itu sendiri, kerana kebanyakkan produk adalah di import dari negara luar. Seperti Korea, USA, Filipina dan Thailand.

Pn Ann senarai pendekkan disini produk kecantikan yang berada dipasaran kini yang diimport dari kilang yang sama.

BML, AG 2000, Sri Cahaya dan lain-lain - pengilang dari Filipina.

(Maaf tidak niat untuk memperlekehkan jenama produk tersebut, tetapi hakikat)

Produk-produk tersebut ada terkandung bahan "peeling" yang boleh merosakkan kulit muka.

IP : 203.121.30.140

cookie

10 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 2.31:41 ptg   [Edit]

Betul kata Pn. Ann tu,..

Kebanyakan produk kecantikan sekarang terdapat bahan2 kimia seperti yang dah dinyatakan,.. (Bukan sekadar yang dinyatakan saja,.. cookie tak nyatakan).

So.. lebih baik kita mengambil langkah berjaga2, sebelum kulit muka rosak untuk seumur hidup. Bagi yang sedang/sudah memakainya,... fikir jugalah hari2 depan bagi jangka masa yang panjang...

IP : 203.106.196.32

maisa

11 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 2.34:48 ptg   [Edit]
tolonnnnn....... apa skang ni aper yg selamat yer...

IP : 161.142.112.8

RedTomato

12 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 3.31:07 ptg   [Edit]
Assalamualaikum semua,

sekadar nak tanya pendapat semua yer..
agak2 produk BODY SHOP tu ok ker??
saya nie tak berapa tau pasal produk2 kecantikan..
tapi setahu saya BODY SHOP tu menggunakan bahan2 semulajadi dlm semua produk keluarannya..
camana tu yer..ada ker campuran bahan2 merbahaya macam PnAnn nyatakan tuu..

IP : 210.19.80.2

PnAnn

13 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 3.42:10 ptg   [Edit]
Red Tomato
Produk dari Body Shop terjamin selamat yakni bebas dari Bahan Kimia.

IP : 203.121.30.140

RedTomato

14 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 3.49:36 ptg   [Edit]
tq PnAnn..lega rasanya..
saya baru plan nak tukar produk..
sekarang saya guna loreal..
memang ler sesuwai produk tu ngan saya..
cuma rasa2 macam kandungan kimianya pun tinggi kot..

IP : 210.19.80.2

monica

15 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 4.01:46 ptg   [Edit]
Pn. Ann,

Dulu saya pernah guna product BML (Dr. Backy betul ker eja nama dia ni)a few days pakai muka peeling teruk sampai org tegur (macam ular salin kulit) bila dah habis peeling tu dah okylah kot.... muka nampak kemerahan... sampai gelak & bercakap pun muka merah padam macam kena panas.... dan bila kena panas kulit muka rasa macam kena hiris2...... & mahal tu ???? so stop guna this product.. baru one week stop muka dah jadi kelam balik....... cuba plak Sirna Sari memang ok coz dia tak peel off kulit pun muka pun nampak bersih.... tapi hubby plak dok bising kata bau busuk lak (bila saya guna krim malam) so saya stop pakai sirna sari dan sekarang guna Olay murah pun murah, tapi tak taulah selamat tak. kalu Pn.Ann tak keberatan bolehlah bagi komen sikit... Guna Olay ni muka tak nampak kemerahan pun sebab kulit tak peel off pun. Ader kawan syorkan guna Extradem(kalu tak betul ejaan maaflah ye)Tapi takut.....

IP : 161.142.78.84

dinni

16 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 4.06:08 ptg   [Edit]
hemmm...teringat dulu dinni pernah pakai product Nouvelles Vissages (NV)...adoii..pedih muka dibuatnya....bayangkan kalo nak amik air sembahyang kita akan rasa kulit kita nie cam dihiris-hiris..nak basuh muka pun kita jadi takut...pedih sangat...dinni terus stop...sekarang nie dinni pakai Reenas Cosmetic...so far dinni rasa o.k...tak adalah cam NV tuu...

IP : 61.6.64.98

azalea

17 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 4.09:50 ptg   [Edit]
Pn. Ann

macam mana pulak dengan produk Beau Sal yang dipromote oleh Maya tu...murah pulak tu?

IP : 202.185.66.55

PnAnn

18 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 4.26:58 ptg   [Edit]
Monica, Dinni & Azalea

Pn Ann nak komen bebanyak sebenarnya takut..sebab nanti membuatkan orang lain marah khusus untuk pengedar produk-produk yang kalian katakan.

Senang aje..jika kalian ada duit RM50,000 tunai, kalian boleh adakan produk jenama sendiri (ikut suka, nak bubuh nama anda atau nama lain) dan kalian boleh jadi PENGASAS PRODUK. Pn Ann boleh berikan contact no. direct dari Korea, China dan Hong Kong...jika anda berminat..

Pilihan di tangan anda..soalan utama HALAL dan SELAMAT ke ?

Jawapan Pn Ann TIDAK..malahan jika kulit muka bermasalah macam pengguna produk BML..muka anda rosak..dia nak tolong ke ? pasti tidak..sebab bukan dia pengilang dan bukan dia pencipta produk.

IP : 203.121.30.140

azmi_69

19 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 4.33:51 ptg   [Edit]
Pn. Ann

Saya pun nak dapatkan komen dari Puan Ann. Produk kami berasaskan konsep naturopati...misalannya PROGENE....produk ni tak digunakan di luar tetapi akan merawat masalah dari dalam...dalam bentuk pil...berfungsi untuk merawat masalah kulit muka seperti jerawat, pigmentasi, kedutan, parut dsbnya.
Apa komen Pn Ann?

IP : 161.142.100.85

PnAnn

20 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 4.38:52 ptg   [Edit]
Azmi69
Berikan nama penuh isi kandungan ? sebab soalan kurang jelas..

IP : 203.121.30.140

azmi_69

21 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 4.47:35 ptg   [Edit]
Minta maaf Pn Ann!

Produk ni untuk dimakan dan bukannya untuk di sapu diluar....tapi fungsinya seperti yang saya katakan tadi. Kat Indon CNI jual, tapi kat sini syarikat lain...tak tau le kalau CNI sini pun ada jual.

Kandungannya terdiri dari Royal Jelly, Hydrolyzed Pearl Powder, Job,s Tear Seed, Ginseng, Lingzhi, Chinese Yam, super oxidize dismutase(SOD.

IP : 161.142.100.85

Hasya

22 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 4.56:31 ptg   [Edit]
Pn.Ann...
produk yg sya senaraikan ni berbahaya tak kat kulit?
~AVON~
~LAFIQUE~
~DE'WAJAH~
~REENA'S~
~DWI D'BEAUTE~
~DE BELLA~ (katanya dari Aloe Vera)
~CLEOPATRA~
~FELISA~
~ADDURA~
~SHADIRA~
~SENDAYU TINGGI(body & skincare)~
~NUCELL~
harap dapat keterangan dari Pn.Ann.bukan nak boikot tapi bimbang dgn isi kandungannya.nak cantik tapi dapat penyakit pulak tu.

* Mesej ini telah diedit oleh Hasya pada 23hb Apr 2003 6.24:44 ptg

IP : 219.92.122.232

putriselatan

23 . Dihantar pada 23hb Apr 2003 5.48:32 ptg   [Edit]
PnAnn

sekarang saya guna FELISA... coz produk lain tak sesuai.. so cmne tu.. masa pakai tu pengelupas ade tapi tak bnyk... tapi takut gak kesan jangka panjang..
boleh tak pn ann berikan beberapa jenama yang selamat..coz muka saya sensitif
.. susah nak cari produk yang sesuai...

IP : 161.142.78.84

m_a_y_a_

24 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 11.33:41 pagi   [Edit]
akum...

Pn. Ann, maya pakai produk BEAU SAL, produk tu 100% bumiputera punye, rasa2 bahaya jugak ke... coz so far tak pulak ade rase pedih kat muka, kandungan die yg maya ingat guna Reverse Osmosis, setahu maya le kan air RO nih adalah air yg paling terbaik untuk diminum, kandungan yg lelain tu tak ingat, nanti balik maya check yek....

IP : 161.142.112.8

alina

25 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 12.30:28 tghari   [Edit]
Assalamualaikum...

Pn Ann..Alina pun nak tanya jugak..alina sekarang nih gunakan Krim Temulawak..Whitening Krim...dan pelembap muka Safi..adakah ia selamat di gunakan? tolong jawab ye..puan ann..

Terima kasih...

IP : 161.142.100.85

reno

26 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 12.57:10 tghari   [Edit]
Hi!

* Mesej ini telah diedit oleh reno pada 24hb Apr 2003 1.00:53 tghari

IP : 202.151.220.1

reno

27 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 12.59:37 tghari   [Edit]
Ayoyo....Pn Ann dah jadi macam beauty consultant lah plak!!!

Jawab Pn Ann...Depa semua nak tau!!!

IP : 202.151.220.1

Hasya

28 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 2.35:13 ptg   [Edit]
Pn.Ann...awat tak jawab soalan2 sya?letih dah nunggu...
lagi satu produk kosmetik yg sya nak tanya.
~O'lyyn~
iklan kata dari ekstrak buah-buahan.bahaya ke tak?

IP : 219.92.122.18

Gegirl

29 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 3.49:28 ptg   [Edit]
Hai!

Gegirl pun nak tanya gak lah...emm...camana kalo produk yg kita pakai tu memang mengandungi AHA etc...tapi ia taklah sampai buat muka kita merah padam or perit bila kena matahari. Pengelupasan tu adalah jugak tapi taklah teruk dan lama...camana tu..selamat ke tak? Ada sesiapa boleh jawab...emm...Pn Ann?

IP : 202.188.113.70

lilo_stitch

30 . Dihantar pada 24hb Apr 2003 3.53:01 ptg   [Edit]
Gegirl : Hi... lama tak nampak !

IP : 210.19.249.105

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "