Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Rendahkan Kolesterol : Kesihatan
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Rendahkan Kolesterol : Kesihatan
julily

1 . Dihantar pada 13hb Apr 2003 8.00:44 mlm   [Edit]
Assalamualaikum semua,
Saya nak tanye kengkawan semua. Sapa tau macamana nak rendahkan tahap kolesterol dalam darah. Saya ni pengidap hypertension sejak 8 tahun yang lampau semasa pregnent anak sulong tapi sampai la ni tak ilang lagi plus ada high cholesterol lagi. Boleh bagi jalan untuk saya?

IP : 61.6.39.138

Lynnda

2 . Dihantar pada 14hb Apr 2003 5.14:07 ptg   [Edit]
Julily

bagaimana dgn saranan doktor? ada mengambil sebarang ubat2an?

IP : 161.142.78.84

mofaini

3 . Dihantar pada 14hb Apr 2003 8.16:13 mlm   [Edit]

Kolesterol tinggi banyak berkaitan dengan tabiat pemakanan harian selain faktor lain seperti genetik (keturunan). Julily elok kurangkan makanan mengandungi kolesterol yang tinggi. Maknanya diet harian kenalah diubahsuai. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berasaskan bijirin seperti roti dan kurangkan minyak dalam masakan. Kurangkan santan dalam masakan dengan menambahkan susu kurang lemak.

Doktor juga ada memberi ubat kepada mereka yang mempunyai high colesterol level dengan tujuan untuk mengurangkan arasnya.

Persatuan Pemakanan Malaysia ada menerbitkan buku resepi sihat untuk panduan masakan bagi mendapatkan diet yang betul. Buku ni ada dipasaran. Kreativiti dalam masakan boleh menyumbang kepada makanan yang sedap dan menarik dengan kurangnya lemak. Kebanyakan kita selalunya berpendapat makanan tak sedap kalau serba serbi kena kurang dan makanan ini hanya untuk orang sakit aje. Pendapat tu sebenarnya tak betul.

Sekian.

Yang jauh diperantauan

IP : 138.250.140.230

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "