Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Pharmacist : Anda Tanya Saya Jawab
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Pharmacist : Anda Tanya Saya Jawab
pharmacist

1 . Dihantar pada 14hb Mac 2003 00.37:39   [Edit]
Assalamualaikum


Saya refer pada soalan yang lepas..

Mederma Gel tu tak la mahal sangat.Lebih kurang RM 26.00 per tiub.InsyaAllah Mederma Gel boleh hilangkan parut lama..cuma ambik masa ja.Testimonial yang saya buat dah terbukti pada parut accident.

IP : 210.187.192.86

dinni

2 . Dihantar pada 14hb Mac 2003 09.46:46 pagi   [Edit]
Assallamualaikum,

Semalam dinni gi check up utk kandungan dinni yg baru nak masuk 2 bulan nie...masa buat ultra-sound, gynae dinni dapati dinni ada cyst kat ovari dinni..lebih kurang 3cm besarnya. So, dinni nak tanya pada pharmacist..adakah kalo kita makan spirulina dapat mengecutkan balik cyst tersebut kepada asal.

Bila tanya gynae...dia cakap jangan risau...tak bahaya sangat..unless kalo cyst tu membesar barulah kena operate.....eeeiii takutlah dinni dengarnya....adakah kaedah lain dapat membantu????

Terima kasih.

IP : 161.142.100.85

mama80

3 . Dihantar pada 14hb Mac 2003 09.52:33 pagi   [Edit]
Mr/Mrs Pharmacist,

Untuk pengetahuan pharmacist saya punye period tak regular......2 bulan kekali baru datang....... dan bila saya pergi klinik .saya diberi NOR-E utk datang period.......dan baru-baru ni saya period saya (tanpa bantuan ubat) datang terlalu lama.hampir 23 hari......pastu gi klinik doktor bagi NOR-E utk berhenti period......dan dia suruh makan pil perancang....NOR-DEX.....tapi makan 1 hari dah bliding balik....so saya terus berhenti makan ubat tu......tapi darah tu datang macam period....selama 8 hari......pastu sampai sekarang saya belum period lg.....nak tanya ...darah yg keluar 2 time tu period ke apa?????tolonglah.........

IP : 161.142.100.85

MAIL8881

4 . Dihantar pada 14hb Mac 2003 12.15:49 tghari   [Edit]
PHARMACIST,Minta pendapat u,isteri I selalu lemah badan tak bermaya,kurang selera makan,dan tak ada keinginan untuk ber........ minta bantuan u apakah yang patut i berikan sebagai makanan tambahan,muga u dapat bantu bagi menceriakan kami suami/isteri umur isteri 38yers tq.........

IP : 202.188.127.61

Nuruldania

5 . Dihantar pada 14hb Mac 2003 4.34:05 ptg   [Edit]
a'kum,
pharmacist kalau bekas kudis yg. lama boleh hilang ke bekasnya, yelah kan dah dekat 20th. dah tu banyak gak sbb saya ni jenis kulit manis kalau kena gigit nyamuk boleh jadi kudis dah tu alergik lak ngan makanan laut. doc pernah suggest gunakan immedden tp sbb alergik tak sesuai... apalah pandangan pharmacist

IP : 210.186.229.145

pharmacist

6 . Dihantar pada 15hb Mac 2003 02.28:14 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

Dinnni

Cyst yang terjadi pada ovari ni ada kalanya boleh mengecut sendiri tetapi ada juga yang membesar.Pn Boleh gunakan spirulina sebagai makanan tambahan untuk membantu mengecutkan cyst tersebut.Bagaimanapun berdasarkan pengalaman saya..penggunaan Jeli Gamat Healin Master [ Formulasi Prof Hassan Yakob] banyak membantu mengecutkan kembali cyst tersebut.Saya ada ramai patient yang berjaya mengecutkan cyst mereka apabila mengambil jeli gamat tersebut.

Mamma

Sebenarnya dalam kaedah perubatan moden apabila wanita mengalami gangguan hormon yang mengakibatkanperiod tidak teratur, makan hormon gantian akan digunakan.Ini termasuklah pil perancang yang diberi oleh doktor tersebut.Pada peringkat awal pengambilan pil perancang tersebut..memang ada kemungkinan berlaku bleeding yang berpanjangan.
Saya menasihatkan Pn agar mengambil Pil Perancang jenis Marvelon kerana ianya lebih toleran kepada fungsi badan dan kurang kesan sampingan yang tidak diingini.
InsyaAllah selepas Pn mengambil Marvelon selama 3 bulan berturut2..kitaran haid akan kembali normal.


Nurulnadia

Kalau dah Cik alahan ngan Seafood..maka eloklah diambil Vit E Cap 400IU sebiji sehari selama 5 bulan.Ambil juga Vit C 1000mg sehari sekali.Ianya akan membantu mencantikkan kulit dan mengurangkan masalah alahan.

IP : 210.187.192.130

PUTERIJINGGA

7 . Dihantar pada 15hb Mac 2003 09.10:32 pagi   [Edit]
Salam buat kamu...pharmacist

Puteri seorang ibu dan mempunyai 5 orang cahaya mata. Anak bungso Puteri
berumur 5 tahun setengah dan yang sulung 11 tahun. Umur Puteri sekarang
31 tahun.

Puteri ada sedikit soalan....masa bersalin anak ke 5 pada 6 jun 1997 yang
lalu, Puteri bersalin melalui pembedahan kerana berlaku kes pendarahan
disebabkan uri tersumbat. Selain dari kes itu... masalah Puteri ialah
dari kawasan paha hingga ke kaki ada urat-urat besar timbul menyebabkan
payah untuk bergerak.

Soalan Puteri...macam ni. Semasa pembedahan anak ke 5 dulu Puteri dan suami
telah menandatangani surat yang Puteri sanggup untuk " berikat " atau pun
kalau tak silap Puteri istilahnya BTL( kalau tak salahlah ). Puteri takut
satu hari nanti tiba-tiba suami Puteri mahu tambah seorang lagi. Bolehkah
ikatan ini dibuka atau macam mana ????

Puteri harap pharmacist boleh menjawab pertanyaan Puteri ini.

IP : 202.188.65.25

AlAmin

8 . Dihantar pada 15hb Mac 2003 6.11:55 ptg   [Edit]
pharmacist

saya alami mabuk tiap kali mens...tapi kali ni paling teruk...sejak yang lepas(25/5/03) saya masih lagi mabuk.During mens time tu saya tak boleh tengok sabun, atau sink...mesti saya muntah...lepas tu saya tak leh naik keta...
saya dah cuba bermacam ubat..termasuklah ambik charcoal . segala macam anti acid saya dah ambik...tapi saya tetap mabuk. Ni waktu saya taip ni pun saya raser cam nak muntah

saya tak leh makan nasik berkuah...dan terpakser makan cili dengan banyak untuk elakkan muntah...camaner nak buat ni...doktor cakap itu biaser...tapi ni dah lamer sangat...

* Mesej ini telah diedit oleh AlAmin pada 15hb Mac 2003 6.12:36 ptg

IP : 203.121.0.10

pharmacist

9 . Dihantar pada 15hb Mac 2003 6.30:42 ptg   [Edit]
Assalamualaikum

Salur Peranakan memang boleh diikat.Itu perkara biasa dan salah satu kaedah untuk menjarakkan anak.Untuk mendapatkan anak kembali ialah..kena pergi ke hospital tersebut dan doktor akan lakukan pembedahan kecil untuk membuang kembali ikatan pada salur peranakan tersebut.

Tetapi jika saluran peranakan telah dipotong..memang tak leh ngandung lagi.Saya rasa Puan cuma diikat saluran peranakan , bukan dipotong terus.Biasanya doktor di Malaysia jarang buat lagu tu.

AlAmin

Pernah ambil ubat tahan muntah atau tak? Kalau tak pernah..boleh cuba ambil tab Dimenhydrinate.Saya tak pasti kenapa awak ambil Charcoal dan antacid...ianya bukan untuk tujuan penahan mabuk @ loya.Selain dr tu cuba ambil antihistamin seperti piriton 8mg dan juga motidone tab.

Kalau ianya tak membantu..lain kali sehari sebelum period awak dah kena makan antihistamin dan juga dimenhydrinate sebagai langkah pencegahan.

IP : 210.187.192.122

AlAmin

10 . Dihantar pada 15hb Mac 2003 10.09:11 mlm   [Edit]
saya ambik charcoal sebab doktor syak sayer keracunan makanan...sebab ubat lain tak jalan...tambah sayer ni alergik ngan banyak ubat...piriton tu bukan ubat bukan ubat selsema ker?

IP : 219.93.184.238

Kitana

11 . Dihantar pada 15hb Mac 2003 10.44:34 mlm   [Edit]
Assalammualaikum dan selamat berkenalan

Saya nak tanya boleh?
Apakah cara untuk mengubati penyakit buasir yg serius tanpa menjalani pembedahan? Apakah ubat2 moden/tradisional yg efektif utk ubati penyakit ni? Kawan saya telah mencuba pelbagai ubat tapi semakin teruk. Doktor dah terangkan pada kawan saya hanya ada 1 cara iaitu melalui pembedahan.
Tau tak kalau ada cara2 tradisional atau moden yg lain? Macamana kalau dia ambil ubat propolis gold? Ada effect tak?

Thanks, pharmacist

IP : 210.54.247.221

pharmacist

12 . Dihantar pada 16hb Mac 2003 02.09:34 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

AlAmin

Awak tak bagitaupun yang awak mengambil sesesuatu makanan yang menyebabkan awak muntah semasa period.Doktor mungkin telah memberikan awak Charcoal dan juga Atrotil untuk merawat keracunan beserta antacid bagi melegakan kerengsaan perut.

Piriton ialah sejenis antihistamin...yang berfungsi untuk merawat selsema dan juga sebagai anti alergik.Jadi kalau awak alergik dengan sesuatu makanan..piriton boleh digunakan untuk merawatnya.


Kitana

Buasir disebabkan oleh pelbagai faktor tetapi diburukkan lagi oleh faktor sembelit dan juga pemakanan.Kebiasaannya sembelit dirawat menggunakan ubatan Gingkor Forte, Daflon , Beacon H dan banyak lagi bergantung kepada tahap serius buasir.Bagaimanapun perlu diketahui bahawa rawatan buasir adalah mengambil masa ..ada kalanya sehingga 6 bulan.

Penggunaan Propolis Gold untuk merawat buasir memang boleh ..ianya sekadar makanan kesihatan atau adjunt kepada ubat ubatan yang lain.Selain drp itu ramai pesakit yang meminum Jeli gamat dan menyapu gel gamat pd tempat buasir dan didapati ada perubahan yang menggembirakan.

IP : 210.187.192.59

dinni

13 . Dihantar pada 17hb Mac 2003 11.51:07 pagi   [Edit]
Pharmacist:

dinni nak tanya...kalo dinni tengah pregnant sekarang nie..boleh ker makan jely gamat tu??? kat mana nak beli jely gamat jenis nie...kalo kat pharmacy ader jual tak???

IP : 61.6.64.98

Gee

14 . Dihantar pada 17hb Mac 2003 1.31:06 tghari   [Edit]
pharmacist:

nak tanya sikit .. anak saya berumur 7 tahun mengalami allergic reaction baru2 ini setelah makan udang .. muka & badannya tumbuh bintik2 merah dan gatal, saya bawa ke klinik dan doktor beri ubat liquid (piriton .. kalau tak silap saya & cecair jernih utk allergy yg perlu dihabiskan) serta HCT cream utk sapu .. saya juga diberitahu cream tu ade steroid .. kene guna sikit2, soalan saya apakah kesan steroid pd badan jika digunakan dlm jangkamasa yg panjang? saya juga beri anak saya clarityne - liquid form 5ml disebelah pagi, berapa lamakah allergic reaction tu akan hilang sepenuhnya?

IP : 61.6.38.132

chetam

15 . Dihantar pada 17hb Mac 2003 1.50:43 tghari   [Edit]
Assalamualaikum Pharmacist

Chetam nak tanya sikit. Apa kegunaan pil Metformin HCI?

Lagi satu, sekiranya lelaki disahkan tiada benih untuk menghasilkan zuriat, ada tak sebarang kaedah perubatan yang boleh membantu.

Chetam

IP : 203.121.0.10

lilo_stitch

16 . Dihantar pada 17hb Mac 2003 2.38:22 ptg   [Edit]
Ms Pharmacist :

Kalau tak silap ada pil yg boleh dibeli di farmasi utk elakkan pregnant yg dimakan before or after bersama. Apa nama pil ni ye... Lagi ada tak pil perancang yg boleh menyebabkan kita kurus, sbb lilo takut kalau lilo makan berat makin naik..

lagi satu, ventolin syrup & attarax boleh beli kat pharmacy tak????

2 mg lepas, anak lilo (2 yrs) kena gigit ngan semut api dlm 5-6 bites. Pastu, dlm masa less 15 mins tiba2 semua sendi2 dier, termasuk sekeliling mata & mulut bengkak. lilo dah bawa pi hospital & now dah ok. kenapa dia jadi camtu sdgkan anak2 lilo yg lain pernah alami keadaan spt tu. Dia allergic ker...????

IP : 203.121.0.10

mochimochi

17 . Dihantar pada 17hb Mac 2003 2.57:43 ptg   [Edit]
Ms Pharmacist,

Tumpang tanya, ada tak ubat atau cara paling sesuai utk pregnant sbb I teringin nak pregnant, anak yg 2 nak masuk 5 thn. I punya period tiap2 bulan tak ada masalah cuma kadang sengugut itu sahaja. 2 tahun lepas I dah 2x miscarriage & Sept last year ada jumpa Gynae ttp suruh I cuba pregnant dgn cara sendiri, if pregnant my Gynae akan bagi ubat menguatkan kandungan. Your advice would be appreciated.
Thank you

IP : 219.94.98.170

sayang79

18 . Dihantar pada 17hb Mac 2003 6.36:19 ptg   [Edit]
pharmacist...

sejak 2-3 bulan ni.. saya rasa tekak saya cepat sangat loya.. asyik rasa nak muntah saja... memang selalu terjadi... 15-20 kali sehari.. .kenapa yerk?.. nak kata saya pregnant.. saya ni ... anak dara tulen..... nak kata nak period.. sebelum period pun mcm tu.. lepas period pun macam tu.. kadang2 hari2... kenapa yerk?...

IP : 211.24.32.111

seri79

19 . Dihantar pada 18hb Mac 2003 10.20:03 pagi   [Edit]
askum..
seri ada masalah kerap kencing dan kencing tak lawas.
kencing seri plak keruh dan ada bau semacam je yang pasti bukan bau urine
tu. napa ek, ubat aper yang seri amik...

IP : 203.106.248.5

naiza03

20 . Dihantar pada 18hb Mac 2003 10.42:09 pagi   [Edit]
seri
bulan lepas masa nak datang bulan naiza pun alami kencing kotor & tak lawas mcm seri. kadang2 tu sampai 2-3 kali bangun mlm semata mata nak terkencing.... naiza tak makan apa-apa ubat pun, cuma amalkan minum air suam bebanyak.. rasa nye sekarang dah ok... lagi satu ada member naiza kata kalau kencing kotor salah satu sebabnye badan panas... bulan lepas memang badan naiza panas pun... siap demam lagi.. seri try ler.. minum air suam bebanyak.. air barli pulak bagus untuk sejukkan badan....

IP : 161.142.78.84

seri79

21 . Dihantar pada 18hb Mac 2003 10.58:51 pagi   [Edit]
naiza
seri dah cuba semua tu...kejap dia ok lah tapi
bila bersama ngan hubby kan jadik balik..
tak tau la pesal.dan yang seri pelik tu bau kencing tu semacam

IP : 203.106.248.5

lilo_stitch

22 . Dihantar pada 18hb Mac 2003 12.04:19 tghari   [Edit]
Ms Pharmacist.... di manakah anda....????

lilo ada lagi soklan nak tanya.... sori ler byk sgt soalan yg nak lilo tanya.
lilo suka gak guna perfume, tapi mmg ler jarang guna. Apa yg lilo peratikan selalunya lepas 2-3 bln lilo guna perfume, lilo dpt rasakan side effectnya cth : gatal2 kat underarm. Selalunya lilo apply perfume ni kat underarm, pastu tu kat tengkok. lilo ni allergic ker...??? By right kat mana sepatutnya lilo apply perfume tu...???

IP : 210.19.249.105

Kitana

23 . Dihantar pada 18hb Mac 2003 3.18:20 ptg   [Edit]
lilo

Tempat yg paling best letak perfume kat pulse/nadi. Tempat pulse biasa kat tepi leher, kat nadi tangan, belakang lutut kat pelipat tu, belakang siku kat pelipat juga.....
Maybe gatal2 tu sebab sensitif kot. Kadang² saya pun rasa gatal² jugak kalau pakai setengah perfume sebab tak tahan allergic, lagi² kalau pakai perfume oil sebab concentrated sangat, kulit tak tahan.

IP : 210.54.247.221

edyna

24 . Dihantar pada 18hb Mac 2003 6.14:22 ptg   [Edit]
hi,

apakah ubat/petua yg berkesan utk melebatkan rambut, utk pengetahuan semenjak bersalin lebih setahun yg lebih, dyna mengalami keguguran rambut yg agak ketara, dulu rambut dyna memang lebat, takut nanti lama2 botak lak..

IP : 219.93.209.38

pharmacist

25 . Dihantar pada 19hb Mac 2003 01.01:30 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

Saya minta maaf kerana lambat jawab.Saya dah hantar jawapan 3x tp tak appear dlam ruangan ni.

Dinni

Anda boleh ambil Jelly Gamat w/pun mengandung kerana ianya bukan ubat tetapi hanyalah makanan kesihatan.Ianya tidak merbahaya pd fetus.

IP : 210.187.192.113

pharmacist

26 . Dihantar pada 19hb Mac 2003 01.06:37 pagi   [Edit]
Gee

Sirap piriton tu adalah sebagai anti alergik.Begitu juga dengan Clarytine Syr.Kesannya alergik tu mungkin hilang setelah 2 @ 3 kali pengambilan ubat anti alergik tersebut.

Krim steroid jika diambil dalam kuantiti yang banyak dan tempoh masa yang lama dan berpanjangan mungkin akan menyebabkan masalah seperti kulit menjadi tidak sensitif dengan ubat dan nipis, mudah merekah, kering serta mudah dihinggapi penyakit kulit.Sistem imun akan jadi lemah dan terlalu bergantung kepada steroid.Kadangkala kulit jadi hitam dan pucat .Bagaimanapun kesan sampingan steroid ni kurang kalau dibandingkan dgn steroid oral..iaitu jenis tab, sirap atau inj.

IP : 210.187.192.113

pharmacist

27 . Dihantar pada 19hb Mac 2003 01.23:15 pagi   [Edit]
Chetam

Pil Metformin HCL ialah untuk merawat Diabetes Melltus ataupun kencing manis.Ianya mempunyai dos 500mg, 850mg dan 1000mg.

Amnya..kalau tak ada benih tak leh nak mengandung.Tp saya rasa bukan tak ada benih tp sperm lelaki tu kurang.So kena buat ujian penentuan benih dahulu.
Bagi pihak suami, ujian benih mesti dilakukan, jika belum pernah dilakukan sebelum ini. Tujuan ujian ini ialah untuk mendapat maklumat tentang hitungan benih ( Normal – 20 hingga 60 juta / ml. ), daya pergerakkan benih ( Normal – Lebih 50% bergerak) dan bentuk benih ( Normal – Lebih 50 %).

Diantara perkara2 yang boleh menyebabkan benih suami kurang, tidak aktif atau tidak normal bentuknya ialah penyakit2 jangkitan kuman yang munkin berlaku pada umor kanak2 saperti demam benguk (mumps) yang ditandakan dengan bengkak lehir dibawah telinga, biasanya dirawat dengan nila. Virus benguk boleh menyerang buah zakar dan merosakkan kilang benih lelaki. Kadang2 berlaku buah zakar tidak turun masuk kedalam karungnya tetapi tersangkut dilipatan paha (undescended testis). Keadaan ini juga merosakkan benih2 lelaki.

Ada beberapa kaedah untuk mendapatkan zuriat bagi lealki bermasalah ini tetapi hanya boleh dilakukan dgn bantuan pakar sahaja.Sila rujuk kepada pakar sakit puan yang berdekatan untuk maklumat lanjut.Saya boleh terangkan secara sepintas lalu sahaja.
Antara kaedah nak dapatkan anak bagi mereka yang bermasalah ialah :


a.Suntikan Benih Suami (Artificial Insemination)


Rawatan secara “artificial insemination” adalah satu kaedah dimana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntikan ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur. Proses ini sering juga digelar dengan nama ‘IUI’ (intra uterine insemination).

Siapakah yang perlu menjalani rawatan IUI ?

1 Benih suami kurang, lemah atau bermasalah.

2 Mandul tanpa sebab2 yang diketahui (Unexplained Infertility)

3 Isteri mengidap penyakit endometriosis tetapi saluran falopian tidak tersumbat.

4 Suami lemah tenaga batin, tidak boleh mensetubuhi isteri.

Cara menjalani IUI

1 Mulakan rawatan pada haid hari ke2 atau ke3. Perlu makan ubat subur clomid 2 biji sehari , selama 5 hari.

2 Mula ujian kencing pagi untuk mengesan waktu subur (penetsan telor) pada hari ke10. Gunakan ‘Clearplan’ atau lainnya. Apabila garis ujian sama warna saperti ‘kontrol’, ujian dianggap positif dan telor dijangka menetas 24-48 jam kemudian.

3 Satu lagi kaedah untuk mengesan ovulation atau penetasan telor ialah dengan membuat ujian “vaginal ultrasound” scanning, mulai hari ke 11 atau 12. Ujian ultrasound dilakukan untuk mengesan beberapa telor dan untuk mengukor besarnya karong telor tersebut. Biasanya bila ia telah mencapai ukoran 20 atau 22 mm diameter, telor akan menetas keesokan harinya atau lusa.

4 Pada hari penetasan telor berlaku, suami perlu mengeluarkan air mani yang akan diperoses dimakmal kesuburan, lendir dibuang, benih2 yang paling aktif dan terbaik mutunya dipileh dalam 1cc cecair khas.

5 Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan satu tiub plastik kedalam ruang rahim.

6 Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan tiga malam berturut2 selepas suntikan benih.

Rawatan cara IUI boleh diulang banyak kali munkin antara 3-6 kali. Sebaiknya dilakukan selang 2-3 bulan.


2.Bayi Tabung Uji (GIFT, IVF , ICSI)


Terdapat beberapa kaedah rawatan yang menggunakan teknklogi kesuburan, diantaranya GIFT, IVF dan ICSI.

Jika semua kaedah rawatan dan ujian telah dijalankan , tetapi masih gagal lagi untuk hamil, jalan terakhir untuk dipertimbangkan ialah mealkuak kaedah ‘Bayi tabung uji’. Rawatan secara GIFT dilakukan jika kedua atau satu saluran falopian terbuka. Tetapi jika kedua2 saluran tersumbat cara yang sesuai ialah IVF. Jika benih suami sangat kurang atau tidak aktif kaedah IVF + ICSI dilakukan. Dengan adanya kemudahan pembekuan ‘embryo’ hasil rawatan IVF menjadi lebih baik kerana lebihan embryo boleh disimpan dalam freezer dan dimasukkan balik dalam rahim pada waktu tertentu kemudian.

Kaedah rawatan ‘Bayi tabung uji’ adalah mahal (harga antara RM 6,000 hingga 15,000) bagi setiap percubaan. Disamping itu ia memerlukan lawatan keklinik berulang2 kali atau setiap hari ketika dalam rawatan. Dari segi Islam, kaedah rawatan ‘Bayi tabung uji’ tidak salah asalkan benih suami isteri digunakan dan ia tidak melibatkan benih orang lain.


IP : 210.187.192.113

pharmacist

28 . Dihantar pada 19hb Mac 2003 01.30:49 pagi   [Edit]
Mochimochi

Memang ada beberapa jenis ubat untuk subur seperti Clomid..tetapi saya rasa Pn tak perlu guna lagi kerana secara relatifnya Pn masih subur sebab pernah bersalin ..cuma rezeki yang belum ada lagi.

Perlu diketahui bahawa waktu subur perempuan adalah antara hari ke 10 hingga hari ke 20 haid.Jadi pd waktu tu mesti berlaku kekerapan melakukan hubungan suami isteri supaya persenyawaan dapat berlaku.Bila kaedah ini dicuba selama 4 bulan tp belum mendapatkan hasil, barulah pil kesuburan diambil.

Bila dah pregnant,bermula dr bulan ke 3 saya syorkan mengambil Pil Bersalin Salindah..ianya membantu menguatkan rahim dan fetus,InsyaAllah masalah keguguran dan lain2 penyakit semasa mengandung tidak timbul.

IP : 210.187.192.113

pharmacist

29 . Dihantar pada 19hb Mac 2003 01.36:06 pagi   [Edit]
Lilo

Atarax dan Syr Ventolin memang ada dijual di mana2 pharmacy.Boleh beli kat sana.

Pil perancang yang dimakan sejam sebelum @ sejam selepas hubungan kelamin tu namanya POSTINOR.Ianya tak sesuai untuk mereka yang aktif seks kerana ubat ini tidak boleh dimakan melebihi 4 biji sebulan.

Pil perancang jenis Loete dan Mercilon kurang menyebabkan masalah sampingan berat badan bertambah.Tp ubat ni mahal sikit berbanding dgn biasa.

Anak Lilo mungkin mengalami masalah alahan ngan gigitan semut tu, sebab tu terjadinya bengkak.Sirap Piriton atau Zyrtec boleh membantu mengurangkan masalah alahan ini.Tetapi kalau terlalu banyak syr Prednisolone terpaksa diberikan bersama dgn sirap piton tadi.

IP : 210.187.192.113

pharmacist

30 . Dihantar pada 19hb Mac 2003 01.49:31 pagi   [Edit]
Sayang 79

Masalah selalu loya dan muntah ni mungkin disebabkan awak silap makan ..jadi sistem penghazaman mengalami sedikit gangguan.Jika keadaan ini berlaku awak boleh ambil Pil Prepulsid bersama dgn disflatyl tab selama seminggu.Tetapi Pil Prepulsid perlu diambil setengah jam sebelum makan..waktu perut kosong..baru efektif.

Seri 79

Masalah kencing tak lawas..saya beranggapan Pn tak ada masalah buah pinggang atau kencing manis.Ianya mungkin berlaku akibat gangguan pd sistem renal.Kebiasaannya ia dirawat menggunakan Mixture Pottasium Citrate dan juga Rowatinex Cap.Ambil Mixture Pottasium Citrate sebanyak 10ml..campur dgn air suam dan minum 4x sehari.Cap Rowatinex..sebiji 3x sehari.Kalau tak ada Mixture Pottasium Citrate..gunakan Citravescent @ Ural granules..bancuh dgn air suam..minum 4x sehari.InsyaAllah..masalah ni akan hilang.Anda dinasihatkan supaya minum banyak air masak.

Lilo

Kalau guna perfume tetap[i mengalami masalah gatal..mungkin ada bahan aktif yang menyebabkan badan kita alahan.Jadi elakkan guna pd badan, tp guna pd baju @ kain.

Edyna

Rambut yang luruh biasanya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti syampoo, habuk, stress, minyak rambut dan sebagainya.Jika disebabkan masalah tersebut..kena cuba elakkan.

Antara kaedah yang kerap digunakan untuk merawat keguguran rambut ialah :

Kaedah tradisional: Minyak Kelapa @ Minyak Serasi @ Minyak Unique..membantu secara perlahan2.Tp tak ada bukti saintifik.

Kaedah kimia..Minoxidil Lotion dan Tab Alopecia...Berkesan tp perlu dapatkan nasihat dan rawatan dr doktor dulu.

IP : 210.187.192.113

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "