Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> pharmacist: : Tanya sama saya 2
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : pharmacist: : Tanya sama saya 2
pharmacist

31 . Dihantar pada 27hb Feb 2003 01.42:26 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

Chetam

Awak guna Minyak zaitun.InsyaAllah ianya boleh membantu.Kalau tak berkesan baru guna syampoo berubat.

Keen

Guna Vit E Cream selam 3 bulan.Boleh hilangkan parut dan kudis.Pengambilan Vit C membantu badan mengurangkan masalah alahan dan juga membantu mendapatkan kulit yang cantik.

IP : 210.187.192.165

pharmacist

32 . Dihantar pada 27hb Feb 2003 01.50:55 pagi   [Edit]
Hilda

Dalam darah kita ada lipid @ lemak.Bila darah mengandungi lemak banyak..[ Gemuk tak semestinya banyak lemak dalam DARAH ..Kurus tak semestinya kurang lemak dalam Darah ].Bila lemak tinggi..saluran darah akan mudah tersumbat.Bayangkan saluran paip air yang mengalir dari sungai yang tidak bertapis.Bila tersumbat.aliran darah akan menjadi perlahan dan jantung terpaksa mengepam darah dgn lebih kuat supaya sel badan mendapat darah secukupnya.Jantung bekerja lebih drp hadnya.Dalam darah ada oksigen..bila kurang darah dihantar ke sel badan..oksigen kurang..sel badabn akan mati.Dapt la stroke.

Kolesterol @ lemak ni tak macam hormon.Hormon seperti insulin dikawal oleh kelenjar pankreas.Bila gula dalam darah banyak..insulin akan dirembeskan dgn banyak..jadi gula akan rendah balik dalam darah.Tp kolesterol tak ada mekanisme macam tu.Kalau kolesterol tinggi..kena cari ubat dr luar untuk membuangnya dr aliran darah.

Setakat hari ni..lestrik masih selamat untuk jangka masa panjang.

IP : 210.187.192.165

Gee

33 . Dihantar pada 27hb Feb 2003 3.00:15 ptg   [Edit]
Pharmacist,
terimakasih dgn maklumbalas pasal Dalacin T.

Ada satu soalan lagi berkenaan hypertension pil jenis norvasc
adakah pil ni yg terbaik berada dipasaran skrg? apakah kesan sampingan pil ini dan kenapakah perlu ada prescription dr doktor utk mendptkan pil ini?

* Mesej ini telah diedit oleh Gee pada 27hb Feb 2003 3.01:27 ptg

IP : 61.6.38.132

pharmacist

34 . Dihantar pada 28hb Feb 2003 01.24:25 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

Norvasc ialah sejenis ubat darah tinggi yang mengandungi bahan aktif Amlodipide yang dikeluarkan oleh sykt Pfizer dan ia mempunyai 2 dos iaitu 5mg dan 10mg.

Norvasc ini tergolong dalam kumpulan ubat darah tinggi jenis Calcium Channel blocker @ Calcium antagonist.Sebenarnya doktor anda mungkin menimbangkan pelbagai sebab sebelum dia prescribe ubat ini.

Dalam undang2 racun 1961..ubat group B dimestikan mempunyai preskripsi doktor sebelum dijual dan Norvasc adalah termasuk dalam poison group B.

Setakat ini tindakbalas negatif norvasc adalah mild seperti sakit kepala, mengantuk, gusi berdarah, muntah dan juga cramp.Biasanya jarang berlaku.Biasanya kebaikan ubat adalah jauh lebih banyak mengatasi kesan buruknya itu.

IP : 210.187.192.38

sayang79

35 . Dihantar pada 28hb Feb 2003 6.00:25 ptg   [Edit]
pharmacist...

syampu apakah yang sesuai utk rambut gugur?... thank you.....

IP : 203.121.0.10

Lynnda

36 . Dihantar pada 28hb Feb 2003 6.26:11 ptg   [Edit]
Cik/En pharmacist...

boleh terangkan apakah punca breast kanser? bagaimana ia boleh terjadi? apakah penyebabnya? ubatan apakah selain pembedahan dan kimoterapi yg boleh menyembuhkan kanser ini? kenapa org bertubuh kurus lebih banyak menghidapi breast kanser berbanding org bertubuh gemuk?

byk soalan saya... harap dapat memberikan serba sedikit makluman sbb lynn byk baca article in english... byk yg tidak lynn fahami terutamanya punca kanser tersebut

* Mesej ini telah diedit oleh Lynnda pada 28hb Feb 2003 6.27:16 ptg

IP : 161.142.100.81

nitacyber

37 . Dihantar pada 28hb Feb 2003 6.30:06 ptg   [Edit]
pharmacist
terima kasih atas bantuan anda...sorry lambat sikit sebab sibuk melayan anak yg tak sihat....nie adik pulak demam...tu yg tak keruan tu...

IP : 202.184.1.5

pharmacist

38 . Dihantar pada 28hb Feb 2003 11.47:48 mlm   [Edit]
Assalamualaikum

Sayang 79

Sebenarnya tiada syampoo yang khusus untuk rambut yang gugur.Bagaimanapun di pasaran sekarang terdapat banyak syampoo herba yang mempunyai kesan untuk mengurangkan masalah rambut gugur iaitu seperti Bajaj Shampoo, Brahmi Amla Syampoo dan juga Shampoo Buah Badam.

Lynda

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel. Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.

Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.

Penyelidik belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.

Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

Sebenarnya tidak benar pendapat yang mengatakan bahawa mereka yang kurus lebih banyak menghidap tumor buah dada berbanding mereka yang gemuk.Tiada satu statistik khusus mengenainya.Barah buah dada tidak membezakan lelaki dan perempuan, gemuk atau kurus.

Setakat ini..anatara ubat kanser yang popular adalah jenis makan ialah methotrexate.Bagaimanapun pengambilannya perlulah disahkan oleh pakar barah terlebih dahulu kerana kesan sampingan ubat ini adalah kuat.

Nitacyber..

Anak Puan camna..masih sakit gigi lagi ke?

IP : 210.187.193.77

Lynnda

39 . Dihantar pada 03hb Mac 2003 08.51:23 pagi   [Edit]
Dear Cik Pharmacist

terima kasih di atas maklumat tersebut.. nampaknya apa yg saya faham tak jauh lari daripada penerangan anda....

ok, saya ada persoalan lagi... saya menghadapi masalah air yg sgt beralkali di rumah... adakah apa2 cara yg boleh saya lakukan utk mengurangkan kadar ketinggian alkali tersebut selain menapis air tersebut? ATAU adakah apa2 cara yg boleh saya lakukan utk mengelakkan kekeringan terhadap kulit saya selain memakai losyen atau pelembab badan.... doktor di sini kata tak boleh nak buat apa2 selagi ciri air tsbt tidak improve...

terima kasih byk...

IP : 161.142.100.81

tia75

40 . Dihantar pada 03hb Mac 2003 12.42:10 tghari   [Edit]
pharmacist: baru-baru ni saya ada buat rawatan pakar sakit puan. saya mengalami masalah period yang tak teratur..dan hormon saya tak balance. so pd pendapat doc susah sikitlah saya nak dapat anak. (anak pertama dah 7thn).
doc pakar advice saya ambik pil 'tab diane 35'. tp dia cakap kat tempat dia tak de jual..saya kene beli sendiri di farmasi. so saya nak tanya ni..apa fungsi ubat tu..dan berapa harganya.?

IP : 192.228.137.71

keen

41 . Dihantar pada 04hb Mac 2003 00.53:16   [Edit]
pharmacist: Thanks for the info pasal cream (Vit. A) untuk hilangkan kudis & parut. Boleh tolong suggest which brand/name is the best ?

IP : 210.195.36.138

pharmacist

42 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 01.42:43 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

Lynda.

Air yang terlalu beralkali memang menimbulkan masalah kepada kulit.Kulit jadi tak cantik dan mudah menggelupas serta kering.Setakat hari ini saya tidak pasti sama ada terdapat penapis yang berfungsi untuk mengurangkan tahap alkali air kepada normal.Walaupun sesetengah syarikat filter membuat dakwaan..namun keberkesanannya adalah diragui.

Cuba ambil Vit C dan Vit E secara teratur..insyaAllah masalah kulit kering tu akan berkurang.

Tia75

Diane 35 itu merupakan salah satu jenis ubat perancang keluarga.Di dalam pil tersebut terdapat hormon yang akan membantu puan supaya perjalanan haid pn menjadi teratur kembali seperti normal.Pn kena ambil pil Diane ini selama 4 bulan @ lebih sehingga kitaran haid teratur.Bila dah teratur ..paru senang nak plan dapat baby.Harga Diane ni dalam lingkungan RM 20 ringgit.

Keen

Sebenarnya semua jenis Vit E boleh digunakan.Kebiasaanya kandungan Vit E adalah sama tetapi company yang berbeza.Kalau nak Vit E 4001U Capsul yang boleh dimakan...cuba awak ambil Hovite Vit E 400IU , keluaran Sykt Hovid Pharmacy dr Ipoh.Vit E keluaran syarikat ini telahpun diuji secara clinikal.

IP : 210.187.192.196

sabit79

43 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 09.31:37 pagi   [Edit]
pharmacist, nak tanye..ape brand bagik ubat jerawat yg paling baik? pasal saya ada problem jerawat..takle bnyk..seketula dua jer..tapi takes long time nak ilang..mau gakla sebulan dua..diharap pharmacist bole tolong..thanks..

IP : 161.142.100.81

milia

44 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 10.17:45 pagi   [Edit]
pharmacist..
Milia nak tanya sikit.. vitamin e oil tu bleh pakai untuk muka ke?
Apakah jenama VITAMIN E OIL yang elok utk digunakan di muka.

IP : 219.92.234.114

Lynnda

45 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 10.30:49 pagi   [Edit]
Cik pharmacists

thanks for the respond

masalah lynn tu sebenarnya kombinasi dgn pelbagai faktor
buat masa ni i am supecting virus spreading from paper being imported.. combine with too alcaline water.. it's like anthrax but i don't think it's anthrax
i am now looking for any chemical labs to do testing on the paper
ada cadangan?
kerana terlalu sibuk, lyn juga tak berkesempatan ke klinik, lynn nak bawa paper tu ke klinik tp terlupa pula
pada mulanya lynn ingat mslh ni lynn sorang je hadapi, tapi ia semakin merebak kpd beberapa org lain yg terlibat... that's why lynn suspect there are virus spreading within

IP : 161.142.78.84

farhanah

46 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 11.54:27 pagi   [Edit]
pharmacist,

saya nak tanya sikit. Saya ada anak kecik berumur 1 tahun dan setiap bulan saya pegi buat injection imunisasi kat Tawakal Hospital. Masa injection utk 1 tahun (MMR), doktor tu ada tanya saya bagi anak susu apa. So saya beritau la saya beri anak susu Isomil (soya base) since masa kecik dulu anak saya ni ceret beret sbb minum susu lembu. So doc ni suggest to change again susu isomil ni ke susu sustagen sbb dia kata susu ni ada something like (actually saya tak berapa paham sgt maksudnya) hormon2 perempuan. Anak saya tu pulak lelaki. So saya nak tanyalah pharmacist kalau u pernah come accross this kind of subject ker whatsoever. I thought sume jenis susu takde specific utk girls/boys (macam diapers pulak). So any comments??

IP : 203.121.0.10

chubuck

47 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 2.20:38 ptg   [Edit]
kita baru kena melecur....mintak vitamin e kat doctor , kosmetik katanya.so beli sendiri..beli organic aid tu....masa buat dressing , tunjuk kat nurse tu, dia kata nak yg elok pili IU yg banyak..so gi beli baru yg IU dia 28000 hmm aper yek jenama dia....lupa lah..but dia cam minyak..likat ....
any suggestion.

IP : 170.38.99.107

pharmacist

48 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 10.06:18 mlm   [Edit]
Assalamualaikum

Farhanah

Sebenarnya susu untuk bayi tak ada beza antara lelaki dan pompuan.Mungkin awak dengar silap kot dr doktor tu.Yang ada perbezaan hanyalah dr segi kandungan..sama ada susu tu free lactose, Susu kacang soya dan juga yang dr lembu yang diproses secara saintifik.Beza antara susu Sustagen ngan Isomil tu ialah...Sustagen ialah susu lembu manakala Isomil ialah susu kacang soya.Mana ada hormon2 sama ada lelaki @ pompuan dalam susu.

Chubuck

Pada masa mula2 melecur mungkin doktor telah sapu sejenis cream pada awak iaitu SSD Cream yang bertujuan untuk menghalang melecur.Vit E 28000IU yang awak beli tu mungkin jenama Organik Aid.Tak kisahlah..mana2 keluaran.Yang penting Vit E tu berfungsi untuk menghilangkan parut.Selain dr tu..awak boleh gunakan Gel Gamat DR Hassan yang memang berkesan untuk mengelakkan parut dan melecur.Harga gel tu hanya RM 19.90 per tiub.Kalau awak tak dapat gel tu..cari Solcoseryll Jelly..apply kat situ.Solcoseryl Jelly mudah didapati dimana2 farmasi dgn harga RM 12.00 ja.

IP : 210.187.192.145

HikayaT

49 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 02.09:52 pagi   [Edit]
Tak der korelasi dengan kesihatan badan.. nak dikata batin tak juga hehhehe..
Tanya: Pharmacist nie yang mana satu.. cik/encik Puan/Tuan??

IP : 202.52.204.130

Gegirl

50 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 09.46:33 pagi   [Edit]
Hai En pharmcist...

GeGirl pun nak tanya gaklah...anak GeGirl (2 tahun lebih) terkena ekzos motor, apa ubat yg paling baik utk hilangkan kesan melecur dna parut tu? skrg ni kulit dia still merah lagi sebab baru je kena. Kesian dia...besar pulak tu setompok kat betis....ishhh sedih tengok...
Tolonglah En pharmacist yek!

IP : 202.188.113.70

Nuruldania

51 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 11.12:47 pagi   [Edit]
maaf mencelah....... nia nak lari sikit dari topik asal... nak mintak pendapat je cam ni nia ada anak bulan 12 ni cukup 4th, tapi punyalah susah nak putuskan susu badan.. macam-macam dah cuba tapi tak jalan... ada apa-apa pendapat tak mana tau ada effect lain ke @dari sudut agama ada sapa-sapa tau tak yek......

IP : 210.186.229.177

sakura_2320

52 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 3.52:27 ptg   [Edit]
pharmacist, nak tanya sikit, vit E cream ni ada banyak jenisnya kat pasaran, so yang mana satu yang lebih berkesan. maksud saya boleh tak kasi jenama vit E cream tu. contohnya St Ives ker, organic aid ker..tengkius

IP : 161.139.100.150

hilda

53 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 5.01:11 ptg   [Edit]
pharmacist,
terima kasih, hilda ada satu lagi pertanyaan
apakah yang dikatakan bengkak kelenjar?
apa hubung kaitnya dengan ketumbuhan yang
dinamakan sis? bagaimana sis boleh terjadi?
adakah ia sejenis ketumbuhan yang berulang?
dan bagaimana pencegahannya?


hilda ng

IP : 219.93.198.116

pharmacist

54 . Dihantar pada 09hb Mac 2003 02.42:56 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

Gegirl..

Kalau masa mula-mula kena ekzos motor..terus sapu solcoseryl Jelly @ SSD cream..mungkin tak melepoh @ ada kesan parut.Jadi kalau dah banayak hari..cuba guna gel gamat dan juga Vit E cream .InsyaAllah ianya membantu.Satu lagi..di mana 2 pharmacy ada jual Mederma Cream for Scar.Ianya boleh digunakan untuk hilangkan parut.

Nurulnadia

Sebenarnya tidak ada cara yang khusus untuk putuskan susu badan.Kena practise secara beransur ansur.Mungkin puan boleh beri dia makan makanana tambahan lain selain susu, jadi pergantungannya kpd susu akan menjadi semakin berkurangan.

Hilda

Bengkak kelenjar biasanya adalah bengkak yang dialami seiring dengan keadaan seperi demam, sakit bahagian pundi kencing dan lain2.Biasanya ia adalah disebabkan jangkitan kuman dan diubati dengan pemberian antibiotik dan ubat tahan sakit @ surut bengkak.

Cyst ini ialah satu keadaan pundi yang abnormal dimana di dalam pundi ini mengandungi cecair @ separa cecair yang berketul2.Ada banyak jenis cyst dan ianya berbeza pada setiap anggota badan.Sebagai cont: Dental Cyst..berlaku dalam rahang.Retention Cyst terjadi pd kelenjar peluh tersumbat.
ada juga cyst yang berlaku sejak lahir dan kadangkala ada kaitan dgn barah.
Jadi pencegahannya bergantung kepada bahagian mana yang dihinggapi cyst tadi.
Katakan pada rongga mulut...jaga kebersihan gigi dan selalulah berkumur.

IP : 210.187.192.89

Nea

55 . Dihantar pada 09hb Mac 2003 11.47:45 mlm   [Edit]
en. pharmacist..

ader idea tak pasal product cica-care which can remove scar
mmg mahal rm200 lah lebih kurang
rasanya worth it tak i nak beli..
parut lama kan payah nak hilang

atau u can give me an idea any product that can remove scar (parut lama)
tak kisah mahal..tapi dijamin berkesan...
di farmasi la...bcoz we can trust kan

* Mesej ini telah diedit oleh Nea pada 09hb Mac 2003 11.49:12 mlm

IP : 210.186.88.212

BungaAngkasa

56 . Dihantar pada 11hb Mac 2003 11.18:48 pagi   [Edit]
Cik pharmacist..

Saya nak tanya..apa cream yg bagus utk hilangkan stretch mark.Stretch mark saya ni bukan disebabkan pregnancy tapi coz penurunan berat badan yg mendadak.Ada orang kata vitamin E pun boleh.betul ke?Kalau boleh pharmacist suggest kan lah yg the best yg boleh dibeli di farmasi2 kat kl nie.
Selain krim/losyen ada tak cara lain utk mengatasi stretch mark nie?
TQ.

IP : 202.188.127.61

pharmacist

57 . Dihantar pada 11hb Mac 2003 3.30:34 ptg   [Edit]
Assalamualaikum

Nea

Memang diakui parut lama susah nak hilang , terutama parut luka @ accident.Kebanyakan product yang ada di pasaran..ianya boleh mengurangkan kesan parut tu..bukan menghilangkannya.Jadi bila kita sapu pada parut..kesan parut tu pudar dan tak la nampak sangat.

Saya tak ada customer yang pernah pakai produk Cica Care..tp Mederma gel memang ada.Dia sapu pada parutnya setiap hari selama 6 bulan.Alhamdulillah..nampak ok.

Bunga Angkasa

Memang Vit E Cream dan Cap boleh membantu menghilangkan strech Mark.Awak boleh Guna Vit E Cap 400IU...Mana2 Company pun sama ja @ Vit E Cream .Antara jenama yang famous digunakan ialah Nathopherol keluaran Abbot Company.

IP : 210.186.114.106

Nea

58 . Dihantar pada 11hb Mac 2003 3.42:53 ptg   [Edit]
en. Pharmacist

boleh tau tak Mederma gel berapa harganya..
and available kat semua farmasi ke

IP : 210.187.204.38

BungaAngkasa

59 . Dihantar pada 11hb Mac 2003 3.51:08 ptg   [Edit]
TQ pharmacist..
Saya memang amalkan vit E brand Natopherol tu..tapi yelah kena sabaq lah kan ape2 pun terus time tu gak nak baik.Di samping tu saya ada gak amik vit C 1000mg dan Marino tab..so ok ke kalau saya telan semua tu setiap hari?takut gak nak sihat n cantik punya pasal terlebih dose plak.Dulu saya amalkan EPO tapi sejak amik vit E 400iu saya dah stop.

Saya ada gak terbaca kalau selepas makan seafood kita di larang makan vitamin c kerana akan menyebabkan arcenic poisoning?betul ke?So mcm mana kalau amik marino tab then mkn vitamin c,takpe ke?coz marino tab to asalnye seafood kan?

IP : 202.188.127.61

eszett

60 . Dihantar pada 11hb Mac 2003 4.13:38 ptg   [Edit]
A'kum..

Pharmacist,kite ade pakai Mederma gel tu.Kite ade parut accident kat kaki.Kite accident masa tahun 2001.Besar die lebih kurang sama ngan duit 5 posen.Risau sbb parut tu itam skit,takut susah nak ilang kaler tu.Boleh ke ilang?Sbb besar.Pehtu plak dah lama parut tu.Kite baru je pakai Januari thn nih.Tolong yekk..

IP : 202.47.162.242

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "