Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Pharmacist : Tanya Sama Saya
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Pharmacist : Tanya Sama Saya
pharmacist

1 . Dihantar pada 02hb Feb 2003 03.21:24 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

Saya ni ahli baru dalam Kelab ni.Saudara /Saudari boleh bertanyakan apa saja hal yang berkaitan dengan ubat - ubatan dan kesihatan kepada saya dan saya akan cuba menjawabnya dengan sebaik yang mungkin.Harapan saya semoga setiap ilmu yang kita dapat akan memberi manfaat kepada semua.

Saudara/saudari boleh juga menghantar segala permasalahan kesihatan dan ubat-ubatan kepada saya di alamat : pharmacist@malaysia.com

Terima Kasih.

IP : 210.187.193.59

senul

2 . Dihantar pada 02hb Feb 2003 08.17:05 pagi   [Edit]
Saya mempunyai komplikasi kulit ( saya rasalah ) yakni bukan sahaja di kepala malah di telinga juga saya dapati ada sesuatu seperti kelemumur yang merunsingkan saya. Saya ada membaca mengenai psoriasis, mungkinkah gejala ini melanda pada telinga saya?

Namun begitu tidaklah ' kelemumur ' itu serius sangat ... cuma yang merunsingkan saya ialah apabila saya sudah mengeluarkan kupin @ bekas kelemumur itu , ' kelemumur ' itu kembali ' tumbuh ' kalau saya tidak silap 1 - 2 hari selepas itu.

Saya ada juga baca mengenai gejala psoriasis ini yang menyatakan ia tidaklah pula menggambarkan bahawasanya si polan itu tidak mementingkan ' hygiene ' tetapi lebih kepada satu kondisi kulit yang rutin. Benarkah ... ? Saya fikir saya setuju jika ia satu fakta yang betul sebab saya bukanlah orang yang suka mengabaikan kebersihan diri

Namun mungkin juga gejala psoriasis tidak ada kena mengena dengan telinga saya

Harap tetuan Pharmacist dapat mendiagnosis apakah masalah aktual yang melanda saya ... TQ

Sekejap ... Tunggu sekejap !

Sebelum akhri mesej saya, dapatkah tetuan Pharmacist ceritakan profil akademik perubatan tetuan ... yelah saya percaya banyak ahli sembang2 yang ingin tahu ... tetapi janganlah tipu kami ya

* Mesej ini telah diedit oleh senul pada 03hb Feb 2003 07.25:54 pagi

IP : 210.186.89.248

pharmacist

3 . Dihantar pada 02hb Feb 2003 1.12:24 tghari   [Edit]
Terima kasih berkenaan solan saudara.

Saya lebih suka untuk tidak mendiagnoskan penyakit kulit pada kepala saudara sebagai psoriasis kerana 'term psoriasis' ini agak berat dalam perubatan dan tidak semudah itu untuk kita melabelkan penyakit seseorang itu sebagai psoriasis.

Saya lebih suka mengatakan bahawa saudara mungkin mengalami masalah kelumumur yang disebabkan oleh fungus p.ovale yang terdapat pada kulit kepala dalam kuantiti yang banyak.Kelumumur tidak ada kena mengena dengan masalah kebersihan kerana orang yang bersih pun ada juga mengalami masalah kelumumur.

Saya nasihatkan saudara agar menggunakan syampoo berubat 'Ketokenazol' seperti Nizoral Syampoo @ Dezor Shampoo yang hanya boleh didapati di Farmasi sahaja.Gunakan shampoo ini 2 kali seminggu selama sebulan.Selepas itu shampoo ini perlu diguna seminggu sekali selama beberapa bulan.

InsyaAllah,masalah penyakit saudara akan dapat diatasi.

Pasal profil akademik....I was graduated in Pharmaceutical Science and have done clinical traning in Hospital Universiti Sains Kubang Kerian and now I'm a pharmacist by profession.

IP : 210.187.192.165

anisya

4 . Dihantar pada 02hb Feb 2003 2.12:36 ptg   [Edit]
Problem Senul tu lebih kurang ngan problem hubby nisya ga. Mungkin lagi teruk kot. Kelemumur dia kat kepala berkeping2 pastu lak habis sampai ke dalam telinga kot. Hubby saya ader pakai syampu selsun. Dua tiga hari okey pastu ader lagi balik. Kadang2 sampai ke muka. Tengok cam panau tapi bukan. Bolehkah suami saya pakai syampu yang u sarankan tu???

IP : 203.106.55.151

pharmacist

5 . Dihantar pada 02hb Feb 2003 3.57:59 ptg   [Edit]
Suami Puan boleh guna Shampoo Nizoral tu.Nizoral lebih berkesan drp Selsun.

IP : 210.187.192.26

mama_comel

6 . Dihantar pada 02hb Feb 2003 9.40:26 mlm   [Edit]
akumm..


betul tu.. macam hubby saya .. dia guna shampoo zorinac ataupun nizoral..(betul ke ejaan ni.. ) kedua-dua tu ada dijual kat farmasi..

IP : 161.142.100.81

anisya

7 . Dihantar pada 03hb Feb 2003 08.43:04 pagi   [Edit]
a'kum,
Nisya nak tanya satu perkara lagi. Anak nisya 10 bulan, tapi masa timbang bulan lepas badan dia just 7.8 kg. Meningkat tapi makin menurun. Anak nisya isap susu Nan. Makan tak ler banyak sangat. Nisya nak bagi makan vitamin tapi sesuaaaaai ke sebab umur dia kecik sangat. Pastu bleh tak sarankan susu aper lagi yang bagus untuk baby

IP : 203.106.55.96

pharmacist

8 . Dihantar pada 03hb Feb 2003 11.25:47 pagi   [Edit]
w'salam

Anak Pn mungkin aktif sikit kot sebab tu kurang minum susu.Susu Nan pun OK..tak ade masalah.Tp kalau nak tukar Pn boleh guna susu Bebelac No 2. Pasal Vitamin....Pn boleh gunakan Appeton Lysine Drop For Baby...Guna 1 drop sekali sehari.

Kalau nak mudah...masukkan 5ml Scott Emulsion dalam susu anak Pn..sehari sekali dah cukup.

Thanks.

IP : 210.187.192.33

lynnda

9 . Dihantar pada 03hb Feb 2003 4.25:47 ptg   [Edit]
Assalamualaikum

saya nak bertanya.

Adakah benar seperti dakwaan ramai orang bahawa ubat gatal berwarna kuning dan biru (sorry nama dia saya tak tahu) yg diberi oleh pihak doktor mempunyai kesan jangka panjang iaitu ia boleh merosakkan buah pinggang apabila kita makan ubat tersebut?

Harap mendapat penjelasan dari pakar.

IP : 161.142.78.84

lini

10 . Dihantar pada 04hb Feb 2003 08.47:38 pagi   [Edit]
salam...

bagus dan bersyukur lini kerana anda sudi hadir dan menyumbang tenaga di ruangan ini. kerjasama anda menyalurkan maklumat dan meleraikan kemusykilan pembaca di sini amat2 kami hargai.

sekian, terimakasih.

IP : 202.47.165.131

miababy

11 . Dihantar pada 04hb Feb 2003 09.21:16 pagi   [Edit]
Alhamdulillah dsini boleh bertanya soalan tentang masalah penyakit ni..
Saya ada mangalami seakan jerawat banyak tumbuh dibelakang badan saya dan bhgn dada, saya alami sejak saya sekolah menengah lagi hingga sekarang..saya dah jumpa doktor dan hanya dberi ubat sapu n antibiotik ..
saya juga ada mencuba bbrapa krim tapi hingga sekarang masalah tu tak dpt diatasi lagi..malahan ada ketika tumbuh besar2 n gatal, bernanah dan berbekas..kalau boleh Tuan syorkan pada saya ubat2an atau krim yang sesuai..

T.kasih.

IP : 203.121.0.10

flyguyz

12 . Dihantar pada 04hb Feb 2003 10.03:08 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

fly nak tanya satu soalan kepada pharmacist ... adakah anda tahu apakah konsep MRT secara mendalam dalam menyembuhkan penyakit..?? cuba anda terangkan, bagaimanakah cara yang sesuai bagi menyembuhkan penyakit2 kronik zaman moden sepeti kencing manis dan sebagainya.. adakah ada ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut.. dan sekiranya boleh, berilah fakta2 dan statistik ringkas ...semoga semua dapat pengetahuan..

satu lagi, adakah anda tahu, dimanakah unsur2 penyakit kronik bermula..?dan bagaimanakah penyakit2 tersebut secara perlahan2 menyebabkan penyakit2 kronik yang lain...

best jugak, at least kita boleh berdiskus panjang lebar pasal ini.. sebabnya sepupu terdekat fly seorang senior medical assistant, banyak jugak yg fly belajar dari dia...



* Mesej ini telah diedit oleh flyguyz pada 04hb Feb 2003 10.04:40 pagi

IP : 202.188.87.110

flyguyz

13 . Dihantar pada 04hb Feb 2003 12.39:41 tghari   [Edit]
SEMBELIT, AIR BESAR BERDARAH, BUASIR, BISUL, BERJERAWAT, GATAL2, ALAHAN, KURAP, IMSOMNIA, PANAU, PEGMENTASI, BADAN LETIH, SAKIT BADAN, SAKIT DI TELAPAK KAKI, MIGRAIN, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, SAKIT JANTUNG, OBESITI DAN KEGEMUKKAN dan sebagainya

ADALAH BERPUNCA DARI PERUT, adakah anda percaya?? so ubatilah dari puncanya... tak guna mengubati dari luar sedangkan puncanya dari dalam...terimalah konsep MRT supaya anda dapat manfaat...

IP : 202.188.87.32

isabella

14 . Dihantar pada 04hb Feb 2003 3.04:51 ptg   [Edit]
hai pharmacist.
sebelum tu bella nak tau u ni doktor ke ahli pharmasi ke atau aper
ye la nak tau gak takut2 nasihat yang diberikan tu salah ke
nayaaa plak,,

kat sini bella ade persoalan sikit utuk pharmcist
nak tau betul ke yang bella ambik ni..

*pati ayam brand 2hari sebotol@seminggu 1botol maklumlah bukan kay sgt nak beli hari2 kan,,student lagi....
*kekadang amik gingko biloba yg ngan jingseng tu
*ader gak amik spirulina ,tapi stop bila 2/3 hari pas makan tumbuh jerawat/toksik di keluarkan,,,
*amik wintea dari keluaran 'elken' utk buang toksik gak tapi minum bila rasa perlu ajer la..
*ader gak amik EPO sofgel keluaran 21century

tapi bella amik ni tak la selalu amalkan cuma bila rasa perlu,tapi abihkanla 1 botol tu,,pastu malas beli/tak rasa penting nak beli selalu/sebenarnya takde duit sgt,,,,,,

tapi yang bella amalkan pati ayam brand tu la dari dulu sampai skrag lagi2 time nak exam..
pastu minum anlane/susu tu,,,setiap hari
dan minum air glukose bila time aktive brsukan kat kolej tp skrg ni tak de sukan/aktiviti tak minum...

so camner ha pharmacist?????

babai
zas_mn@yahoo.com

* Mesej ini telah diedit oleh isabella pada 04hb Feb 2003 3.06:12 ptg

IP : 202.185.96.223

Pharmacist

15 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 02.18:09 pagi   [Edit]
ASsalamualaikum

Saya Jawab soalan Part by part.

Soalan Lynda..

Saya tak pasti apa ubat yang Lynda cakap sebab tak disebutkan namanya.Tapi saya rasa...kalau ubat gatal warna kuning tu...mungkin piriton..dan yang warna biru tu...prednisolone tab.

Actually Piriton ni...bahannya ialah Chlorpheniramine Maleate..biasanya dos tab ialah 4mg per tab.Ubat ni..tak ada side effect for long term..cuma rasa mengantuk macam tu ja.
Kalau prednisolone tab...memang la ada side effect yang tak baik kalau ambik dalam dos yang banyak dan berterusan.Biasanya untuk penyakit gatal...jarang kita ambik steroid dalam dos yang tinggi dan berterusan.Biasanya orang yang penat @ asthmatic problem ja yang ambik steroid dalam jangka masa lama.Sebab tu pada pesakit yang penat ...dia selalu kena buat checking...nak tentukan sama ada dia boleh kurangkan pengambilan steroid secara beransur-ansur.Memang benar salah satu kesan sampingan steroid ni..[Prednisolone] adalah melibatkan buah pinggang.Kalau pengambilan sekejap sahaja...tak ada masalah sangat.


Soalan Miababy

Kemungkinan awak mengalami masalah alahan terhadap sesuatu makanan ...mungkin sotong,udang atau lain2 lagi menyebabkan awak merasa gatal dan dihinggapi penyakit kulit seperti jerawat.Saya syorkan awak ambik antibiotik Minocycline 100mg one daily dan zyrtec Tab 1 daily.
Kalau nak guna sabun...guna Acne Aid bar..Kalau nak guna lotion...Guna Dalacin T solution..sapu 2x sehari selama 2 minggu.

Soalan flyguyz

Saya tak familiar ngan MRT.Secara mudah...Diabetes Mellitus {DM} iaitu Kencing manis ni ada 2 jenis...Type I and Type 2.Type I...IDDM..maksudnya Insulin Dependant Diabetes Mellitus..yakni pesakit ni bergantung kepada Insulin dari luar badan untuk hidup.So dia terpaksa inject insulin kedalam badannya .Type 2...NIDDM..maksudnya Non Insulin Dependant Diabetes Mellitus..yakni badan pesakit masih mampu hasilkan insulin tetapi kuantitinya tak cukup.Jadi pesakit terpaksa ambil ubat yang boleh merangsang penghasilan insulin dalam badan.

Penyakit kronik seperti kencing manis ni...kalau mengikut perubatan moden ianya tidak boleh disembuhkan..tetapi hanya boleh dikawal supaya tidak melarat.Penyakit Kencing manis ni tidak diketahui sebabnya tetapi faktar keturunan adalah salah satu sebab.Selain drp itu berlakunya kerosakan pada pangkreas yang menghasilkan insulin juga menyumbang kepada penyakit Kencing manis.

Bila paras gula dalam darah tinggi...Sel badan tidak boleh lagi menggunakan glucose sebagai sumber tenaga sebaliknya sel lemak akan dipecahkan sebagai sumber tenaga.Semasa proses ini berlaku..ketone akan dihasilkan dan bila kandungan ketone yang tinggi terkumpul...ia akan merosakkan sel badan.Jadi tisu akan mati..badan rasa kebas...oksigen tak samapi ke tisu....maka terjadilah penyakit kronik lain seperti rabun mata, buah pinggang dan lain2.

Memang benar...kebanyakan penyakit kronik berpunca dr makanan..sebab tu kena maintain body supaya sentiasa fit.Jangan over eating.Tapi penyakit seperti PANAU,KURAP...disebabkan oleh masalah kulat. Jadi kebersihan diri penting.Bukan disebabkan faktor makanan.

Soalan Bella

Saya ni registered Pharmacist.Now i'm practise pharmacy in retail comunity.
Kebanyakan vitamin yang awak ambik tu sebenarnya dikategorikan sebagai makanan kesihatan...OTC..Over The Counter.So tak perlu ambik kesemua sekali dalam satu masa.Memadailah awak concentrate dengan mana mana satu vitamin..tu lebih baik drp ambil semua tp on and off.
Gingko biloba....memang baik untuk improve blood circulation.Jadi bila blood circulation baik..oksigen dapat pergi nkesemua tisu badan dan otak.Jadi badan sentiasa sihat dan otak sentiasa mudah mengingati pelajaran.

Tq.


IP : 203.121.0.10

hanturaya

16 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 02.27:56 pagi   [Edit]
Fly, MRT tu apa? tolong terangkan kasik paham sikit.... nak le tau jugak......

Kalau tak silap den agama kita pun ada cakap kebanyakkan penyakit berpunca dari perut.....

IP : 202.188.246.191

flyguyz

17 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 09.51:23 pagi   [Edit]
pharmacist,

semoga ilmu anda dapat dikongsi dengan sebaiknya di sini, dalam kajian fly, PANAU dan KURAP pun disebabkan cara pemakanan kita, apabila berlebihan asid, maka badan kita tidak stabil / bertoksid dan akan menyebabkan imunisasi badan melawan penyakit tidak bagus, maka "fungus" panau dan kurap dari luar (tidak menjaga kebersihan) akan mudah menjangkiti badan kita dari luar kerana kulit kita sensitif tambah lagi imunisasi badan kita melawan penyakit kurang. Maka makanan yang boleh memberikan kulit badan yang baik akan mengurangkan risiko terkena panau dan kurap.. kalau salah betulkan dan berilah fakta yang menyokong..

thanks...



IP : 202.188.87.240

lynnda

18 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 09.58:48 pagi   [Edit]
Pharmacist

betullah nama pil tu piriton dan prenidsolone

terima kasih kerana membenarkan dakwaan ramai org bahawa pil tersebut boleh memberikan kesan jangka panjang (side effect) merosakkan buah pinggang jika kita tidak mengambil mengikut dos yg dibenarkan....

sebelum ni, lynn keliru samada nak dgr kata doktor atau kata org ramai yg berpengalaman dijadikan bahan ujikaji

lyn pernah bersemuka dgn doktor yg memberikan pil2 tersebut dan bertanyakan soalan tu, dia pun mengakui spt kata2 Pharmacist...

sebenarnya, bukan pil2 itu saja, banyak lagi pil2 lain di pasaran yg boleh memberikan side effect kpd tubuh badan manusia.. even panadol dan uphamol yg sering kita telan tu....

IP : 161.142.78.84

flyguyz

19 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 10.39:12 pagi   [Edit]
Pharmacist,

dalam menyokong penyataan lynnda.. bolehkah anda beri tahu kami setiap medicine yang boleh memberikan side effect pada badan kita samada short/long term. Semoga semua berwaspada.. jangan jadi TIKUS PUTIH...

Molecular Reform Therapy
Molecular Reform Therapy (MRT) is an approach to living healthfully based on the holistic study of human cell activities. It reinstates what our biological needs are and what we are biologically adapted to by ensuring that the 6 trillion cells constituting to our body are adequately nourished and nurtured. MRT concept promotes proper cell metabolism, stronger body self defense system and an enhanced health restoration ability. Because of its emphasis on an adequate supply of nutrients and oxygen, it is also widely known as the "Nutrition Therapy". Molecular Reform Therapy works through the synergy of 4 basic components required for living healthfully :



Step 1
Balanced Nutrition : aims to overcome nutrition imbalance

Step 2
Metabolism : promotes the increase of oxygen intake

Step 3
Detoxification : promotes effective and natural detoxification

Step 4
Health Regulation : promotes health regulation

* Mesej ini telah diedit oleh flyguyz pada 05hb Feb 2003 10.42:07 pagi

IP : 203.106.224.193

Ich_Dich

20 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 1.52:30 tghari   [Edit]
Dear Tuan Punya Topik.... ( orang lain tak bley baca..heheheh )

Saya ada masalah berat badan. Tinggi 164, berat lebih kurang 46-48 kg dah skang ni. Sejak 2 menjak ni berat sokmo susut. Nak naik punyalah susah.

Oleh kerana saya tinggi maka berat badan itu tak sesuai. Skang saya tgh mengambil primrose selain Pharmaton. Pharmaton tu utk kuat tulang besi jer.. heheheh errr saya mmg le sihat, kuat dan cergas, tapi kalo tak berxtvt saya akan mengalami masalah keletihan yang melampau sehinggakan saya tido jer.

leh kerana permasalahan dikenalpasti sebagai kandungan metabolisma yang tinggi, bagaimanakah caranya untuk saya merendahkannya?

Postur tulang saya pun tak betul la menyebabkan saya cam bongkok gitu. Saya dah try tegak tapi macam kelakau le pulak. Sampai sakit tulang saya sebab nak jalan tegak. Masalah ni memang macam kelakau... tapi masalah jugak ni... Tolong yer...

Hah yang lelain tu jgn gelak!

IP : 161.142.78.84

lynnda

21 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 2.53:32 ptg   [Edit]
Puan Seri Ich Dich

nak lynn ajar cemana nak tegakkan postur tubuh?

nanti masa kita meeting, lynn ajar ekk... dlm topik yg lama dulu lynn ada kuarkan tips tersebut sbb lynn pun amalkan... dan sampai kini my postur sungguh best... ekekekekke....

IP : 161.142.78.84

pharmacist

22 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 00.30:25   [Edit]
Pn Ich Dich...


Saya nak tau sama ada awak mengidap penyakit Thyroid @ tidak?

Tq

IP : 210.187.192.13

no.ma

23 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 00.38:56   [Edit]
hai pharmacist...

ibu saya mengalami ketuat, namun setelah sembuh dgn menggunakan sejenis cecair dr pharmacy (lupa namanya), benda itu berulang lagi.. jadi bagaimana nak sembuhkan benda nie dan macamana ia boleh terjadi ya? dan ketuat itu dikenali sbg corn ke? tq...

IP : 210.195.90.1

lynnda

24 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 08.35:30 pagi   [Edit]
no.ma

nak nyampuk... lynn pun menghadapi masalah corn.. ketuat dgn corn tak tau le sama ke idak.. (pharmacist blh tolong betulkan?).. masalah corn ni sentiasa menjadi masalah utama lynn sbb lynn alah dgn air kotor... dulu lynn pakai collomax, boleh la baik... harga collomax pon tak mahal.. tapi lama kelamaan, corn tu jadi lali dgn collomax.. .. maka semakin membesarlah corn tu sampai sakit tapak kaki ni nak berjalan.. lynn samggup pegi ke Herbaline utk buat operation... corn yg kecik tak sampai berapa cm tu kena charge sampai RM 300.... tapi sebab nak baik nyer pasal, sanggup jer... padahal boleh pergi ke klinik kerajaan utk potong free (dulu masa kat universiti, doctor lynn selalu ugut nak potong kaki lynn.. sebab tu ler lynn tak suka g sepital/klinik kerajaan).. tapi tak baik gak.... hasilnya still takde perubahan... rasa nyesal pon ada sbb tak g klinik kerajaan yg free tu... last2, lynn makan spirulina dari Luxor dgn niat utk dijadikan supplementary food je ... tanpa lynn sedar, kulit kaki lynn yg ada corn tu jadi licin bersih.... sungguh tak di sangka.... tak meninggalkan sebarang kesan langsung sampai lynn ingat, lynn bermimpi ke masa tu....

sorry, bukan nak promote spirulina walaupun lynn adalah dealernya, just nak share cerita dan penderitaan sepanjang lebih 5 tahun menjadi penghidap corn yg berjaya...

IP : 161.142.78.84

Ich_Dich

25 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 09.08:21 pagi   [Edit]
Tuan punya topik,

Saya sihat semula jadik.

Tengkiu...

Cik Lynn..

Ajor jalan tegak.. jangan bengkang bengkok... tapi jgn cam robot... MIahhaha

Pn Sri Ich

IP : 161.142.78.84

jalan

26 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 12.57:15 tghari   [Edit]
pharmacist,nak tanya.penyakit G6PD tu apa maknanya?bagaimana boleh seseorang itu mengidap penyakit tersebut?boleh tak pharmacist menerangkan dengan detail mengenai penyakit ini.TQ

IP : 203.115.208.214

pharmacist

27 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 4.36:57 ptg   [Edit]
ok...

G6PD bermasuk Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenase Deficiency iaitu kekurangan enzim glucose 6 phosphase.Ianya juga kadang2 dikenali sebagai favism.

Penyakit ini biasanya melibatkan sel darah merah dimana berlaku kekurangan enzim yang diperlukan untuk pembinaan tenaga sel darah merah.Bila enzim ni kurang....tenaga drp glucose kurang..jadi Sel Darah merah cepat mati.

Oleh kerana penyakit ni banyak melibatkan Kromosom X...orang lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini berbanding pompuan.

Pesakit G6PD perlu berwaspada kepada beberapa jenis makanan dan ubat ubatan di mana mereka tidak boleh mengambilnya kerana dikuatiri terjadinya hemolisis darah merah yang boleh membawa maut.

IP : 210.187.192.236

sayang79

28 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 5.01:32 ptg   [Edit]
pharmacist...

actually saya ada byk soalan nak tanya.. hope tolong ler jawab...

1st..

actually, i dah buat mc (medical check-up) byk kali.. 1st time msk poli.. 2nd.. time keje petronas... 3rd.. time keje maybank.. 4th time keje kat kurnia... dgn kata lain 4x ambil mc...

ada tak sign effect.. sbb i rasa i kena sakit kepala.. dan badan i cepat lemah ler.... i rasa mcm antibodi i kureng sikit....

2nd...

i biasa di serang sakit tekak.... so i makan sejenis ubat utk sakit tekak.. (warna hijau bulat.. dan ada lubang ditengah2).. ubat tu ada sign effect tak?


3nd...

kulit i ni mmg sensitif ler... selalu kena gatal2.. .doktor selalu beri ubat alahan.. saya byk kali dah mkn ubat alahan... malah saya pernah kena inject.. sbb alahan saya tak baik.. tak tau ler apa nama injection tu.. tp kata doktor kesan jangka panjang dia.. .kena darah tinggi.. nasib baik i darah rendah time tu.. tp skrg darah dah normal...

4th..

i punya skin sejak duduk kl ni jd sensitif ler.. i means.. kulit muka.. mudah sgh tumbuh jerawat dan bintik2 merah kalau gatal.... boleh tak syorkan cara penjagaan kulit dgn betul?.. rimas gak. .tak baik2.. sbb i tak nak guna produk pengelupasan...

5th..

dulu.. waktu ting.2.. i kena campak.. last2 campak i tu.. luka dah skrg dah jd keloid (mcm daging sikit).. so ada tak ubat utk menghilangkan keloid tu?.. dan ada tak sign effect keloid tu?

6th...

ada sign effect tak kalau terlebih ambil vitamin c.. kawan i suruh tanya...

thank's kerana sudi menjawab... sblm terlupa. .farmasi awak kat mana?...

IP : 203.121.0.10

piqah

29 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 5.20:16 ptg   [Edit]
Pharmacist....

I pernah diberitahu oleh doktor bahawa sesetengah G6PD akan menjadi normal apabila usia mencapai 3 tahun. Betul ker? Sebab my son is G6PD so cadang untuk chek darah bila dia mencapai usia 3 tahun....

IP : 203.121.0.10

Ich_Dich

30 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 6.03:48 ptg   [Edit]
Mek Pharmacist..

Ko lom jawab lagik soalanku

IP : 161.142.78.84

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "