Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Imej dan Gaya : : Panduan untuk Mereka yg akan Mula Bekerja
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Imej dan Gaya : : Panduan untuk Mereka yg akan Mula Bekerja
najia

1 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 12.20:57 tghari   [Edit]



Selalunya, saya banyak mengupas mengenai imej dan penampilan mereka yg sudah bekerja dlm sektor korporat dan sbgnya. Kali ini, saya akan memberi serba sedikit panduan untuk mereka yg baru menamatkan pengajian dan masih belum pasti akan kesesuaian pakaian ke pejabat mahupun temuduga.

Buat pengetahuan anda, first impression selalunya akan mengekalkan imej anda sampai bila2. Ini kerana, org akan menilai anda terus dari pandangan pertamanya. Jadi, seharusnya, anda perlu menjaga personaliti anda seawal saat pertama. Ini bukan rekaan saya, tapi ia berdasarkan sebuah kajian. Sekiranya, pada awal2 lagi anda sudah kelihatan selekeh, sudah pasti harapan utk diambil bekerja sgt tipis. Walaupun keputusan anda bagus, namun penampilan masih berperanan dlm menentukan kejayaan anda.


Lelaki
1.Pakailah kemeja lengan panjang dan kancingkan butang di pergelangan. Tidak seharusnya lengan digulung atau dilipat. Kalau pergi temuduga, pakailah tali leher yg sepadan dgn warna baju atau seluar. Kalau yg sudah bekerja, terpulang pada sykt anda bekerja, adakalanya boleh memakai kemeja lengan pendek. Seharusnya anda ada 7 helai kemeja, kerana baju harus ditukar setiap hari. Dan, masukkan baju ke dlm seluar dan pakai tali pinggang. Kepala tali pinggang juga jgnla besar dan fancy. Tali di tali pinggang tu, jgnla jenis anyam atau tali lutsinar. Elok warna hitam, agar senang disuai padan.
2.Begitu juga seluar luar dan dalam dan juga stokin wajib tukar! Jeans tidak sewajarnya dipakai walaupun hari sabtu. T-shirt berkolar utk hari sabtu, bolehlah dipakai bukan kolar bulat.
3.Stokin harus mengikut warna seluar bukan warna putih! Stokin putih adalah utk bersukan. Kasut jenis moccasin – kulit yg berbulu lembut adalah tidak sesuai sama sekali kerana fungsinya adalah utk kasual. Pakailah kasut sarung yg tutup penuh samada yg bertali atau tidak, terpulang kpd citarasa anda. Stokin perlu tukar setiap hari.
4.Dan tidak lupa, rambut, potonglah mengikut kesesuaian wajah dan seeloknya jgn dibiar panjang melebihi kolar anda dan sikat kemas. Anda pergi bekerja bukan bersantai dgn rambut terjuntai di dahi.


Wanita

1.Terpulang pada citarasa anda utk mengenakan baju kurung, kebaya atau berseluar mahupun skirt. Baju kurung jgnlah terlalu gelobos dan lengannya digulung2. Kebaya dan kurung tak seharusnya berwarna terlalu terang atau fancy dgn corak dan motifnya. Seolah2 anda mahu ke kenduri atau majlis. Sederhana adalah yg paling selamat dlm bergaya.
2.Kalau mengenakan skirt yg berbelah, pastikan belahan berselisih dan tidak belah sampai atas kepala lutut. Anda bekerja, bukan menarik perhatian org kepada kaki anda. Begitu juga kain kebaya, seeloknya kain anda tdk berbelah. Kalau berskirt pendek, jgnlah atas dr lutut.
3.Kalau beli seluar, sewajarnya beli yg classic cut, ada pleats pada pinggang. Namun, sekarang ada juga yg hanya ada darts dan potongan straight cut, itu terpulang pada anda. Belilah warna yg padan dgn kemeja yg ada utk menjimatkan budget.
4.Kemeja sewajarnya labuh dr paras pinggul atau 8 inci labuh dr paras pinggang, begitu juga kebaya pendek dan sbgnya. Jgnlah pakai kemeja nipis sehingga menampakkan pakaian dlm.
5.Serikan wajah anda dgn sedikit alatan solek. Setidak2nya berbedak dan oles sedikit gincu, sudah memadai. Kadang2 ada yg pergi temuduga dgn wajah yg berminyak2 dan pucat lesi, seolah2 anda kelihatan sakit dan tidak bermaya. Secara tak langsung, anda kelihatan tidak kompetitif dan tdk produktif. Pakai tudung kemas tapi jgn terlebih kerongsang sampai tiga utk semat ditudung. Dan yg tak bertudung, sikatlah rambut anda dan pakai gel atau minyak supaya kemas, atau dapatkan potongan yg kemas agar anda tak perlu bersikat terlalu kerap atau yg rambut panjang, ikat kemas2
6.Kasut seeloknya tutup penuh dan bertumit remdah dah lebar, bukan sandal bertali, bukan mules iaitu kasut sarung yg bertutup dihadapan atau kasut bertumit runcing. Anda bukan pergi jalan2 atau kenduri maka tak seharusnya bahagian jari kaki anda dipamerkan. Apa2 yg aksesori yg berloceng wajar dihindarkan. Anda bukannya sbg tumpuan org, anda adalah seorang pekerja.


Seperkara lagi, anda seharusnya memakai jam tgn yg bertali biasa, bukan yg ranggi atau fancy, seolah2 anda masih bersantai dan merasa diri sbg pelajar. Dunia kerjaya adalah penting setelah anda tamat pengajian. Walau pakaian anda tidak mahal, namun, ia harus bertepatan dgn fungsi dan sesuai dgn formaliti utk bekerja. Namun, setelah mempunyai kewangan yg mencukupi, seharusnya, anda mengadakan peruntukan membeli pakaian yg lebih bermutu dan tahan lama, bukan kerana jenamanya.

IP : 219.93.217.16

anala

2 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 6.07:33 ptg   [Edit]
A'kum all

TQ my dear najia.

Panduan berguna utk lelaki slumber.


Ws.

IP : 203.115.233.98

najia

3 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 8.19:50 mlm   [Edit]
w'salam anala....

actually, semua org boleh guna panduan nie....

p/s... anala kelihatan segak di gath mdc...

IP : 210.186.130.11

anala

4 . Dihantar pada 06hb Jan 2003 09.49:43 pagi   [Edit]
A'kum Al -Najia

Terima kasih. Jia pun apa kurangnya.... siap puisi terpuitis 2002 lagik.

OK. skrg tgh planning guna note jia ni...nak pakai utk gi exam... ada hints?


ws

IP : 203.115.233.98

M_74

5 . Dihantar pada 07hb Jan 2003 04.24:40 pagi   [Edit]
Assalamualaikum..

selalunya aaku kena tegur ngan
boss aku.. sebab baju atas tak pernah kancing..
tah le.. aku dah biasa sejak sekolah..
rimas.. tapi lama kelamaan.. ia ok..
nak pratik tuh yang makan masa..

IP : 219.93.188.90

nettbiru

6 . Dihantar pada 11hb Jan 2003 10.07:49 pagi   [Edit]
saya selalu lipat lengan baju kurung saya..walaupon dah ramai yang menegur...tapi entah..dari sekolah lagi dah jadi camtu..satu tabiat yang sukar untuk dikikis....bukan tak pernah tak lipat tapi rasa cam kekok jer kalo tak dilipat....:-)

anyway...thanks for the info najia...

IP : 202.47.167.10

najia

7 . Dihantar pada 11hb Jan 2003 10.29:42 pagi   [Edit]

A’kum… salam buat anda.. maaf lama tak up date..

Menjawab soalan anala tu.. er, pakaian yg sesuai utk exam. Kalau exam bertulis, yg penting anda selesa semasa duduk. Well, sunat memakai pakaian yg terbaik atau pakaian yg paling anda gemar. Jadi, secara psikologinya, anda lebih tenang dan selesa dengan penampilan anda. Dan seeloknya, bagi lelaki, pakailah kemeja tuck in dalam seluar, pakai tali pinggang.. nampak kemas. Rambut disisir kemas, pakai bedak atau perfume sket supaya berbau bersih dan segar. Kebersihan diri juga penting, kuku jgn panjang atau hitam dgn kotoran. Pakailah kasut, bukan selipar atau sandal. Dan stokin juga jgn lupa. Diharap anala, M_74 dan nettbiru lebih tampil bergaya.



Seterusnya, ingin saya nyatakan beberapa kecuaian yg selalu dilakukan oleh mereka yg baru di alam pekerjaan, terutama di pejabat.

1. Memakai beg galas yg biasanya dibawa utk gi jalan-jalan bagi perempuan. Dan beg sekolah bagi lelaki. Anda kelihatan seperti seorang pelajar bukan pekerja. Dan agak keanak-akan.

2. Memakai tali pinggang dengan kepala tali pinggangnya tertulis LEVIS dan sbgnya.

3.Rambut panjang bagi lelaki.

4. Memakai baju kebaya terlalu glamer seperti hendak ke majlis kenduri.

5. Menyembur minyak wangi terlampau banyak sehingga org sebelah pening

6. Kurang menghormati senior dalam pejabat

7. Takut untuk bertanya kepada mrk yg lebih bawah atau yg lebih atas pangkat dari kita.

8. Bersolek terlebih-lebih. Solekan sian lebih tipis berbanding malam. Ataupun tak bersolek langsung, dan anda sungguh pucat seolah2 tak bersemangat bekerja.

9. Pakai kasut flat, langsung tiada tumit, seolah-olah sedang bersantai

10. Gelak ketawa tak terkawal, seolah-olah anda di rumah sendiri, sedangkan anda perlu hormat org sekeliling anda.

11. Pakai sarung kaki hitam atau putih ke pejabat bg wanita. seharusnya warna yg senada dgn warna kaki.

12. Perempuan selalu pakai kepit rambut dgn simpul rambut, lepas tu kepit... itu agak selekeh sebenarnya.



itu di antaranya shj.... bersama2 memperbaiki diri... selamat mencuba..

IP : 210.195.90.155

najia

8 . Dihantar pada 16hb Jan 2003 8.36:56 mlm   [Edit]

Selalunya, kita sering melakukan beberapa perkara di bawah sedar dalam membeli pakaian ke pejabat. Mari teliti di antara perkara2 tersebut agar kita dapat menjimatkan kos dalam berbelanja pakaian pejabat.

1.membeli pakaian yg diperbuat daripada fabrik yg mudah renyuk atau pun berkedut. Bayangkan, anda baru turun kereta atau bas, pakaian sudah berkedut2 di lengan dan bahagaian belakang. Sedangkan, hari itu anda ada temujanji dgn client atau ada mesyuarat atau juga perlu masuk ke bilik org atasan anda. Sekaligus, daya keyakinan menurun, namun bukanlah hilang sama sekali, cuma keadaan menjadi kurang selesa.

Bagaimana hendak mengetahui fabrik jenis mudah berkedut? Senang sahaja. Anda boleh mengujinya semasa sedang meneliti pakaian tersebut. Cuba pintal sedikit fabrik pakaian tersebut. Jika anda lihat ia berkedut atau crease teruk, maka elakkanlah. Jika sedikit sahaja yg renyuk, maka, bolehlah membuat pertimbangan utk membeli pakaian tersebut.

2.membeli kemeja/jaket/blouse yg tidak sesuai. Selalunya, kita membeli kemeja atau pun blouse tanpa memikirkan kesesuaian warna dan rekaannya dengan seluar atau pun skirt labuh/panjang yg kita ada. Ini menyebabkan, baju yg dibeli kurang dipakai kerana tidak dapat disuaipadan dr segi warna atau pun rekaannya.

Untuk mengelakkan perkara ini, seharusnya, anda melihat pakaian yg anda miliki. Jika anda mempunyai sehelai seluar biru gelap, dan anda mahukan kelainan dalam memadankannya, mungkin anda harus membeli sehelai kemeja ungu muda ataupun hijau pastel. Dan segi rekaannya pula, anda mahukan ia longgar sedikit untuk keselesaan atau ada darts agar tubuh nampak lebih kemas dgn blouse yg terletak.

Seharusnya, anda merancang dahulu sebelum membeli pakaian, ataupun, pergi window shopping, bukan membeli secara spontan. Ini adalah langkah bijak dlm mengelak dr membazir.

3.membeli tali leher. Ramai juga lelaki yg masih kurang pandai memilih tali leher. Yelah, kadang2 disesetengah pejabat, tdk mewajibkan kaum lelaki memakai tali leher. Namun, apabila ada mesyuarat atau situasi2 yg memerlukan anda memakai tali leher, mulalah pening utk membeli/memilih tali leher yg sesuai. Ia tidaklah sesusah mana pun kerana banyak pilihan tali leher dr pelbagai saiz, warna dan corak.Pilihlah tali leher potongan klasik dlm 7cm-8cm lebarnya. Dan labuh tali leher biarlah sama paras dengan kepala tali pinggang anda.

Tali leher yg terbaik adalah dr silk dan diikuti dgn polyester. Warna tali leher boleh mengikut warna baju anda, senada. Ataupun kontra dgn baju anda. Katakanlah baju anda warna off white dan seluar anda berwarna biru gelap, maka, tali leher anda pilihan anda mungkin berwarna latar belakangnya biru gelap, tapi ada corak berwarna silver. Ataupun, lebih berani, apa kata warna latarbelakang merah dengan corak2 berwarna biru gelap untuk mengharmonikan warna tali leher dan seluar dan jaket biru gelap dipakai sebagai pelengkap gaya, memang menarik. Mungkin warna tali leher kontra, tapi corak atau motif yg senada dengan seluar baju, boleh mengharmonikan warna keseluruhan. Tapi jika anda mahu membeli satu tali leher, belilah warna yg harmoni dgn kebanyakkan seluar dan baju yg anda ada. Ia lebih jimat dan anda tidak pening kepala.

4.belilah sehelai jaket yang kurang mutu dan kualitinya. Jika anda bekerja di dalam pejabat yg agak dingin, jgnlah pakai baju sejuk. Sebaiknya, anda dapatkan sehelai jaket yg bermutu untuk menahan kesejukan anda. Anda kelihatan lebih kemas dan menarik. Dengan baju sejuk yg besar, anda kelihatan gelobos dan agak selekeh.

Sehelai jaket yg baik mutu jahitan dan kualiti serta warnanya agak mahal. Tapi fikirkan tentang ketahanannya. Jika yg bermutu, ia akan tahan bertahun lamanya, terpulang dr segi anda menjaganya. Anda pula hanya membeli sekali sahaja berbanding yg murah, mungkin anda terpaksa membeli 3-4 kali dan harganya pasti melebihi dari sehelai jaket yg baik, membazir bukan? Bagaimana utk memilih jaket? Jaket dinilai dari segi potongannya, jahitan yg kemas serta mutu fabriknya. Pastikan lining atau lapik bahagian dlm tidak berpintal2 atau kelihatan tertarik di bahagian luar. Seharusnya jaket kelihatan rata terutama pd bahagian basi tangan dan hujung jaket begitu juga pada bahagian lapel (kolar). Pastikan tiada benang2 yg terjurai dan fabriknya tidak mudah berbulu. Warnanya pula, pastikan ia boleh disesuaikan dgn kebanyakkan baju anda dan potongannya selesa dgn tubuh anda, bukannya terlebih besar atau muat-muat badan sahaja. Ini lebih menjimatkan anda dlm berbelanja.

5.membeli kasut yang tidak sesuai. Kasut juga penting untuk pergi bekerja. Kadang kala, kita terlalu ghairah membeli kasut yg trendy utk ke pejabat. Namun, apabila ke pejabat ia rekaannya agak keterlaluan dan ia merengsakan atau tidak selesa bila dipakai. Kasut kemudiannya dibiarkan dan kasut baru dibeli. Namun, situasi yg sama tetap berulang.

Seharusnya, lihat kasut2 yg selesa utk anda bergerak dan tahan utk anda berjalan lama. Terutama bagi mereka yg berjalan jauh utk ke pejabat. Bagi wanita, seharusnya memakai kasut tertutup sepenuhnya dan bertumit lebar. Tumit yg lebar akan memudahkan anda berjalan berbanding tumit yg halus dan ia kurang berbunyi bila berjalan atau menuruni anak tangga. Kasut yg bertutup juga mengelakkan anda dr terlibat dengan situasi tali-tali halus kasut putus dan sebagainya, lagipun, ia seolah nampak anda sedang bersantai dan bukan sedang bekerja. Kasut yg dibeli biarlah tahan, bukan dua tiga kali pakai sudah terkoyak atau rosak. Dan warnanya biarlah mudah disuai padan dgn koleksi pakaian anda. Jgnlah beli kasut warna maroon kerana rekaannya menarik, sedangkan kebanyakkan pakaian anda berwarna hitam dan biru.

Itu adalah di antara tips utk menjimatkan kos dlm membeli pakaian pejabat. Di harap anda dapat memanfaatkannya utk berbelanja lebih bijak dan lebih memahami apa yg kurang dan apa yg patut ditambah dalam almari pakaian anda. Bukanlah anda harus membeli semua secara serentak. Bergantung pd kemampuan, sekiranya bln ini anda beli kasut, maka mungkin lg 2-3 bulan anda kumpul duit utk beli jaket pula dan begitulah seterusnya. Moga anda lebih berjaya dalam berjimat semasa berbelanja.

IP : 210.195.90.73


UGLY


9 . Dihantar pada 17hb Jan 2003 09.41:31 pagi   [Edit]
nasib baik aku kerja designer.. tak banyak sangat songel kena pakai.

IP : 161.142.81.114

lynnda

10 . Dihantar pada 17hb Jan 2003 5.11:02 ptg   [Edit]
Najia

nice tips... thanx...
masa studi dulu, lynn overdressed sampai orang gelar Datin
tapi my style sering jadi ikutan....
now dah kerja, agak kurang skett dari bersikap overdressed tu sbb melaksanakan kerja lasak

ada tips utk memilih kasut serta padanan beg atau aksesori?

errr... nak nyelit skett, gambar lynn masa gath ri tu takde ke?




IP : 161.142.78.84

najia

11 . Dihantar pada 17hb Jan 2003 8.26:50 mlm   [Edit]
Salam buat ugly n lynda...

IP : 202.188.25.43

najia

12 . Dihantar pada 17hb Jan 2003 8.36:18 mlm   [Edit]
Salam buat ugly n lynda...

Er... ly, yerp as a designer atau mrk yg keje bahagian yg kreatif, takla
terikat sgt.. cumer sesekali jer perlu kemas mengikut situasi2 yg penting
cam time gath tu ke ek... ehehehee... ungu tu.....

dear lynda, mungkin anda digelar datin sbb terlalu trendy.. erm... biasala
zaman ipt.. zaman melaram... but, bila dah kerja, semuanya perlu ikut etika tempat bekerja... dan insya allah, saya akan beri tips padanan beg dan aksesori... kene kumpul sket maklumat, baru saya post disini...

gambo, ehehhe... insya allah, nanti cek bagitau noh...

dan sekiranya ada sesiapa yg ada kemusykilan ttg imej dan fesyen, atau pendapat, silalah kemukakan. saya hanya mempraktiskan saja ilmu saya utk dimanfaatkan bersama... wassalam..

IP : 202.188.25.43

fia_rindui

13 . Dihantar pada 20hb Jan 2003 7.45:55 ptg   [Edit]
o kat cni seketeri aku melepak ekk..!?

well done babe..

IP : 219.93.189.18

ikan_emas

14 . Dihantar pada 24hb Jan 2003 12.22:12 tghari   [Edit]
hi! lame dah tak nampak akak jia nih haa..

pasal mekap atau tak mekap langsung masa pegi keje tuh..aku nak share sket ye..slalu nyer kalo aku dah rush sgt nak kluar (lambat la tuh)..at least aku akan put on mosturizer, foundation and loose powder..then kalo tak sempat sgt nak pakai lipstick, sapu jek lip gloss..so, tak la nampak tak bermaya jek..and kalo kerje lasak, kene kehulu-kehilir, bawak lipgloss jek senang.

lagi satu tips mase nak pi keje tuh, kalo pakai baju ketat, cuba pakai dengan seluar yg loose.. begitu juga sebaliknye..
tp, seeloknyer, elakkan la pakai pakaian yg TERLALU ketat kan..

IP : 161.142.3.18

najia

15 . Dihantar pada 26hb Jan 2003 1.44:19 tghari   [Edit]
eheeh... sinila aku fia oi... seketeri bergerak ko.. eheheh.. Ko tak bagi aku keje.. aku wat keje lain aa...

ai ikan emas... erm, lamer tak nampak.. bz ker org johor...
dan yerp.. tips ko tuh, bagus juga.... mmg praktikal...

IP : 210.187.129.184

ikan_emas

16 . Dihantar pada 27hb Jan 2003 12.18:39 tghari   [Edit]
hehehehe...bz la jugak...almaklum lah.. "Baru mule keroje"

IP : 161.142.3.18


UGLY


17 . Dihantar pada 27hb Jan 2003 2.18:01 ptg   [Edit]
najia:
yup!! sometime memang kena formal.. xpesially time client nak datang melawat.. right now aku just pakai kemeja n seluar slack.. kira formal gak kalau nak di bandingkan dengan designer yg lain.. but boss aku tak kisah sangat kalau we all pakai t shirt.. kengkadang bangun lambat tak sempat gosok baju.. sapu je round net tshirt tu..hahahah.

dah lama aku tak pakai baju full set.. kemeja, kasut kulit , seluar slack n net tie..hahheehee bila pakai itu hari.. rasa macam tak nak bukak.. hensem nya aku.. wakakakakakakak

IP : 161.142.81.114

gee

18 . Dihantar pada 27hb Jan 2003 3.37:42 ptg   [Edit]
fulamak ..tak pernah tau pun pasal dress code ahli-ahli korporat .. macam2 nak kene jaga dr hujung rambut sampai hujung kaki .. kalah org nak gi bersanding ni....hehehe
sib baik tmpt kite keje tak de cenggitu .. pakaian biasa je .. pastu hari Jumaat pulak ade dress down day boleh pakai seluar jeans & t-shirt je ..selesa skit.

IP : 61.6.38.132

najia

19 . Dihantar pada 27hb Jan 2003 7.54:21 ptg   [Edit]
cenggitu ker ikan emas.... ekekek.. baru keroje yer.. keroje baik2..

uiks ly.... waa... ensemla ko waktu kene neck tie sumer.. ehehhe
lebih sket ensem dr aritu la? kikikkiiki... apa pun, jagalah imej sendiri udahla..

n gee... sometimes imej nie penting.. dlm kenaikan pangkat..
but yg penting, dress appropriately... mengikut dress code office la..

IP : 210.195.90.24


UGLY


20 . Dihantar pada 28hb Jan 2003 09.52:35 pagi   [Edit]
najia:
encem? heheehhe sebab tu aku malas smart sangat.. nanti berduyun yg kenyit mata kat aku..keh keh keh.. aku tetap dengan cara aku, kiranya ikut majlis la..but identiti rock tu still ada..ahaks!!

IP : 161.142.81.114

ikan_emas

21 . Dihantar pada 02hb Feb 2003 4.15:31 ptg   [Edit]
kasik up!
ada pendapat utk sesape yg jadik guru/tenaga pengajar..
dulu, masa aku skolah, cikgu2 aku ada yg kemas, ada yg lawo, ada yg encem, and ada yg selekeh, ada yg boring..

so, eloknye la kan, bukan aje org yg keje kat office jek kene jaga imej. Tenaga pengajar lagi lah penting jaga penampilan. Penampilan guru mempengaruhi mood murid. Plus, guru selalu tunjuk contoh pada murid.

Jangan masuk kelas pakai selipar aje..pastuh bawak buku sebemban dlm tangan. Aku masa skolah dulu cukup bengang kalo hanta buku kat cikgu, pastuh bila dpt balik, buku dah jadik tak lawo.

Bawak brief case ke, atau beg yg muat letak buku2.Kalo nak gendong buku pon jgn sampai sekali segunung banyak nyer..

IP : 161.142.3.18

abe

22 . Dihantar pada 04hb Feb 2003 12.52:19 tghari   [Edit]
***luar topik***

najia... abe dah hantar e-mail kat najia besertakan dengan panduan kertas kerja.

abe cuba hubungi najia tapi tak pernah dapat pun.

IP : 202.184.225.16

najia

23 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 9.07:35 mlm   [Edit]
Abe.... thanx...

saya dah terima e mail abe, dan maaf, saya 'diluar kawasan' 2 3 hari nie....
ehehe...


ikan emas... tul tuh, kekadang ada cikgu mcm tuh, tp ada gak yg pandai bergaya...

ly... tak kisahla aper pun, aku tau.. ko tuh, janji rock, ye tak..ehehe...
sesekali smart, macam satu kejutan yg menarik jugak kadang2... erm..

IP : 210.186.52.36

cinta5

24 . Dihantar pada 07hb Feb 2003 09.44:09 pagi   [Edit]
najia...

boleh cerita sikit pasal gaya beg yg sesuai digayakan utk temuduga...
cinta nie baru nak pegi temuduga...so agak was2 dlm hal camnie...

lagi satu...cinta konfius camna nak pilih jaket....coz hari tuh cinta ada beli one suit....bila try ketat kat lengan tapi dah fit ngan badan...problem nak gerak tgn....bila try on one size bigger....dah loose sgt...mcm pakai baju pinjam jerk...camnerk eks..??..

and one more thing....baper jaraj hujung suar ngan kasut....coz selama nie cinta pijak suar kalau suar labuh sgt...takkan nak pegi kerja kena pijak suar...selekeh sgt...

IP : 219.92.60.203

PnAnn

25 . Dihantar pada 07hb Feb 2003 10.02:40 pagi   [Edit]
Pemilihan Warna Baju memainkan peranan penting untuk mereka yang mula bekerja.

Pn Ann perhatikan kebanyakkan mereka cenderung kearah warna ceria. Bukan tidak boleh, tetapi adalah nampak janggal.

Bagi wanita pula, ada yang tidak pandai menyuai padan kordinasi warna atau memilih corak baju. Mereka seharusnya pandai memilih corak sesuai dengan usianya. Bukan berdasarkan faktor "minat warna atau corak".

Selain itu, mungkin Najia boleh terangkan cara pakaian ke majlis rasmi, majlis makan malam, majlis pelancaran, majlis minum petang, majlis perkahwinan atau hadiri acara pengkebumian. Semuanya mungkin yang berprasangka berpakaian adalah sama tetapi sebenarnya, tidak.

* Mesej ini telah diedit oleh PnAnn pada 07hb Feb 2003 10.03:14 pagi

IP : 203.121.0.10

najia

26 . Dihantar pada 10hb Feb 2003 11.36:16 mlm   [Edit]
A'kum dan salam harmoni...

Lama tak b'kunjung, terlupa nak balas sbb topik nie dibawah.

buat cinta5,

Herm, agak bermasalah juga anda ya cinta5. Well, mmg kalau beli jaket besar, nnti t'lalu gelobos. T'lalu kecil, nampak padat. Tp, satu shj nasihat saya, anda perlu tempahlah nampaknya. Itu adalah jln terakhir kalau dah tiada saiz yg sesuai. Tp jaket yg anda cuba itu, adakah yg kontemporari atai yg klasik potongannya? Kalau kontemporari, bhg lengan agak tirus, berbanding yg klasik. Anda nampaknya, kene survey beberapa tempat, sbb kdg2 cara potongnya berbeza. saya suka di sogo di Euro Moda punya outlet.. jaketnya boleh tahan, ada mahal ada murah tp pandai2 memilih kain yg tahan lama.

dan seluar perlulah atas sedikit dari tumit kasut anda, mungkin dalam 3-4 cm, so, ia tergantung pd kasut tp tak cecah lantai. Tp, kalau nak gi interview pakai bj kebangsaan pun boleh, cuma, warnanya jgnlah terlalu warna warni dan terlalu garang. elakkan dr fabrik yg berkilat. silau mata penemuduga nanti..


dan benar kata pn Ann, ada bezanya berpakaian. kita perlu tahu, majlis yg kita hadiri itu, sama ada rasmi atau tidak rasmi. Itu penting. Kalau majlis yg rasmi, majlis makan malam, majlis pelancaran, majlis minum petang (high Tea), majlis perkahwinan atau hadiri acara pengkebumian... di malaysia nie, mmg boleh pakai bj kebangsaan yg sopan mahupun jaket blaus dan skirt labuh. tp utk makan mlm bolehlah pakai pakaian yg ada sequin yg bekerlip dan sentuhan aksesori yg menarik. Selendang sbg penambah seri. ttp jgn terlalu menonjol pakaian anda krn agak kurang sopan keterlaluan dlm b'gaya. lainlah kluar dgn suami atau bf... itu lainla..

Tapi, majlis pelancaran atau mlm anugerah, ianya lebih glamour, so, mungkin ianya lebih flashy dan bergaya rekaannya.

high tea juga spt pkn majlis rasmi, cuma, ia lebih santai. Boleh kenakan seluar/skirt labuh dan jaket blouse dgn aksesori yg bersesuaian. Tidaklah terlalu plain. Mungkin boleh pakai mules, sbb lebih santai.

Majlis, perkahwinan... jgnlah lebih sgt gayanya dan aksesori melebihi pengantin! itu saja pesan saya... eheh

dan akhir sekali... elok pakai baju putih ke majlis pengkebumian bg org islam... Ada juga yg memakai hitam, tp itu biasanya bangsa lain sbg tanda berkabung. Waktu begini, sekurang2nya hormat lah si mati dan jgnla ketawa atau berseronok sgt semasa majlis berlansung...

mungkin kurang lengkap penerangan nie.. so, sesiapa harap boleh beri pendapat...

IP : 210.187.129.184

giGi

27 . Dihantar pada 11hb Feb 2003 3.21:54 ptg   [Edit]
najia:
ko dah jumpa aku kan.
so apa yg perlu aku lakukan untuk kelihtan lebih anggun dan menawan..
gek gek gek gek...

IP : 199.40.206.3

najia

28 . Dihantar pada 13hb Feb 2003 09.41:11 pagi   [Edit]
Gigi..oh gigi...

Nak menawan ka? eheheh... Pakai lipstick sket, pakai blusher sket, pastu sembuq minyak wangi... kikikiki.. menawan sungguh hang nanti..
Gigi.. jadikla macho... bukan dot dot dot... kes..kes..kes..
jgn mara aaa...

IP : 210.187.129.184

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "