Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Hiasan : Dekorasi Rumah (2)
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Hiasan : Dekorasi Rumah (2)
Adinra

31 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 1.33:31 tghari   [Edit]
Pn.Ann, trima kasih o 4 d raya card. Gambar famili lagi gitu! Class!!

Saya raya baru buat langsir sliding door pakai sheer curtain je, yang ada corak tu. Saya tak buat night curtain sebab rmh condo je. Lagipun dari luar tak nampak sgt sebab dihadang oleh window shutters kat balcony.

Bila dah pasang tu...baru la terasa terangnya dunia. Rumah rasa lebih luas & lapang. Padahal, curtain lama tu bukannya saya pakai warna gelap tapi warna terang. Still terasa perbezaannnya.

So, kalau siapa rmh kecik mcm condo & flat, kalau terasa nak rmh lapang...cubalah pakai sheer curtain je.

Only my 2 cent tot!!

Selamat hari raya semua...!

IP : 211.24.129.66

zurina77

32 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 1.54:27 tghari   [Edit]
PnAnn

TQ sbb bagi byk tips ttg hiasan dalaman. Tips mcm ni yg saya suka..

Umah saya kecik je, plan nak buat day curtain dan night curtain. Tak sesuai la ye.. Nasib baik belum beli kain lagi..

lilo

Saya kat kedah ni. Beli dekat2 sini je.. TQ for suggestion utk feature wall. Dah ada pilihan ni.

Plan asal nak beli 3 seater ataupun sofa L shape. Tiba2 terbeli yg 3+2+1. Dah tak sesuai dgn rumah. Nak buat camne dah beli. Guna je la.

IP : 202.161.129.58

Liz_Dee

33 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 2.06:14 ptg   [Edit]
TIPS WALLPAPER.

Here are some tips I've put together to help you navigate the wallpaper menu:

Use small prints to create a feeling of space. Small prints are most commonly used in bathrooms and kitchens. Light colors tend to make a room feel more expansive.

Large prints will make a room look smaller, cozier and darker. Colors, which absorb light, will give a more intimate feel to the space.

Vertical stripes and floor-to-ceiling patterns make a ceiling in a room seem higher; horizontal stripes and patterns make a narrow room appear to be wider.

To warm up a room and make it feel more inviting and cozy, use rich earthy colors such as golds, pumpkins, subdued reds and terracotta colors. These vibrant tones work well in rooms with a northern exposure or with limited sunlight.

In rooms with direct sunlight, use cool colors such as blue, celadon and greens to create a cool feeling.

If you will be displaying art, textiles and richly detailed objects in a room, opt for more neutral wall coverings to create a backdrop for these items without competing with the art works. White, gray, cream and beige colors work well as do wall coverings made of linen, silk, raffia, hemp and grass cloth. Natural fiber wall coverings also add texture, dimension and interest while remaining subtle and serene.

You can add architectural interest and old-home character to a ceiling using embossed wallpapers with coordinating borders that nicely mimic the look of elegant plasterwork or pressed tin.

Bathrooms have always been a popular venue for wallpaper because they are small, contained spaces often lacking in visual interest. New collections of wallpaper make playful reference to "reading matter" for the bathroom including wallpaper that looks like a collection of vintage postcards, reproductions of old-fashioned newspapers, and, one of my particular favorites, Brunschwig & Fils handsome "library" wallpaper.

If you are papering a child's bedroom, you might want to consider a washable paper such as those used in the bath. I think we've all learned that no wallpaper will stand up to abrasive cleaners, though my own wallpaper hanger showed me a neat trick to clean up spots; a little sprinkle of cleanser such as Comet on a damp sponge. Just don't actually scrub the wall with it; keep a light hand.

If you are papering the type of sloped upper walls typically found in an attic room, it is best to choose an airy, loose pattern that doesn't have to be matched exactly when applying, such as a romantic floral from Schumacher.

Use wallpaper to create faux appeal, or give your walls the illusion of being something they are not, such as with a faux paneling, stone, or one of my favorites, the log and chinking paper from Seabrook that suggests a log cabin. I have used this paper in my son's room and in our house in Vermont.

For an interesting yet cohesive look when papering adjoining rooms (like a master bedroom and bath or dressing room), select different wallpapers and link them with the same border.

* Sorry dlm BI. Letih gak nak translate. Yang rajin tu leh la tolong.


Hmm.. dr sini baru liz tau wallpaper pun ada washable. Hehe

IP : 202.75.160.181

PnAnn

34 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 2.43:32 ptg   [Edit]

Liz Dee

TQ 4 the tips berkenaan Wall paper yang boleh dikongsi untuk semua.

Memang benar, ada terdapat pelbagai jenis texture wall paper. Malahan bukan saja jenis paper, jenis kulit kayu, kayu dan plastic.

Di M'sia jenis kulit kayu dan kayu memang ada..jenis plastic PVC tebal, saya belum jumpa lagi..

IP : 210.19.241.4

PnAnn

35 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 3.06:15 ptg   [Edit]

Lilo

Okee..sambung semula diskusi..

Ko baca tak email kita semalam ?..ko belajar le..mana tau..boleh jadik consultant....ko tau..bila masuk bab Subjek Bed Furnishing..sampai kepala katil pun ada covernya..

Aaa..yang tuuu..korang tak menuntut lagi tuuuu..

Sambung...

Konsep English Style

Selain penggunaan perabot yang asli, yang banyak kekal warna asal dan ira kayu perabot..konsep ini amat menitik beratkan warna.

Biasanya banyak penggunaan warna alam. Warna alam ialah hijau, putih, kuning dan biru. Warna-warna ini, adalah warna ASAS.

Maksud warna asas ialah ~ warna-warna ini, boleh disuai padan atau di match dengan mana-mana warna yang lain. Malahan warna-warna ini kekal sepanjang zaman.

Selain itu, warna-warna itu juga dikenali sebagai warna-warna yang mendamaikan atau tenang...ops ini dah masuk bab Feng Shui..

Orang sering kaitkan apabila English Style..mesti ada corak berbunga. Sebenarnya info ini adalah salah !

Tidak Semestinya Harus ADA corak bunga. Corak kotak-kotak, jalur, dedaun dan sebagainya boleh digunakan untuk mewujudkan gaya desa Inggeris.

My final working paper..saya masukkan Konsep Malay Style....saya kaitkan antara English Style & Malay Style..

Jika kalian lihat..Malay Style lebih banyak menggunakan warna-warna alam atau warna asli. TETAPI, kenapa orang kita tidak mahu guna teknik Malay Style ?

Lilo

Kalo ko lihat my dinding..ada kombinasi Malay Style & English Style..disebabkan itu, assignment saya LULUS dengan jaya..

IP : 210.19.241.4

PnAnn

36 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 3.11:28 ptg   [Edit]
Adinra

selamat hari raya jua dari saya..

Seperti mesej saya para 24. Anda juga boleh lihat kelainan dan suasana dalaman rumah.

Mesej saya;
quote:
Elakkan langsir warna gelap..memang kita tidak mahu see thru pada waktu malam..tetapi bila malam..ruang rumah kelihatan kusam..tidak menarik jika langsir gelap..jika kita biarkan langsir jarang sahaja..ruang rumah kelihatan menarik dengan suasana romantik dengan warna malam masuk kerumah.

Mesej Adinra;
quote:
Saya raya baru buat langsir sliding door pakai sheer curtain je, yang ada corak tu. Saya tak buat night curtain sebab rmh condo je. Lagipun dari luar tak nampak sgt sebab dihadang oleh window shutters kat balcony.

Bila dah pasang tu...baru la terasa terangnya dunia. Rumah rasa lebih luas & lapang. Padahal, curtain lama tu bukannya saya pakai warna gelap tapi warna terang. Still terasa perbezaannnya.

Kalian boleh guna panduan tersebut untuk rumah Flat, Apartment @ Kondo.



IP : 210.19.241.4

PnAnn

37 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 3.20:49 ptg   [Edit]

Liz Dee ~ Maaf tak perasan soalan anda di para 29

quote:
Cat selalunya ikut warna sofa atau perabot?
Warna perabot secara keseluruhannya. Yakni, dari perabot, meja, sofa, frame gambar dan langsir rumah. Pastikan semuanya senada.

quote:
kalau cat dinding sebelah shj color lain dan sebelah lagi color lain mcmnana nak cari kesesuaian ?
Gunaka skala warna atau tonasi warna. Untuk mencari kesesuaian warna dalam rumah;

(1) Keluasan rumah.
(2) warna perabot secara keseluruhan.
(3) kemasukan cahaya dalam rumah - maksudnya jika rumah menghadap cahaya matahari atau terlindung matahari.
(4) Ketinggian rumah.
(5) Jenis lantai - texture lantai atau warna.

IP : 210.19.241.4

tejaputeri

38 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 4.06:23 ptg   [Edit]
assalammualaikum semua..

best la topik ni...saya pon minat interior juga...rumah kecik jadi nak bagi nampak luas, ruang tamu saya cuma beli seat 3 -seater sahaja.skrg ada jual yg L-shape, tak sampai RM 500 pon.pastu tambah 2 bangku kecik ..table tengah pon kecik...nak lagi luas, cat rumah saya cat color terang...so, tak nampak messy.tentang umah flat, saya paling suka cara IKEA, sebab ada pilihan kabinet utk rumah kecik.harga pon takdelah mahal sagt sebab kabinetnya semua complete dan nampak proper...comel jer tgk...
sapa2 ada pic tu, bole la letak dalam ni...bule tukar2 pandangan...

ok...

IP : 210.186.172.181

PnAnn

39 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 4.56:47 ptg   [Edit]

Saya jelaskan Sofa L Shape. Sofa jenis ini adalah dalam kategori sofa rehat @ santai.

Maksudnya, sofa jenis itu tidak sesuai diletakkan diruang tamu rumah. Sofa jenis itu, sesuai di letakkan di bilik rehat, i.e. ruang rehat keluarga - ruang bacaan, karaoke atau tv.

Selain itu, Sofa L Shape..menjadikan ruang nampak kaku atau terhad untuk ubahsuai dan sempit..malahan membawa maksud bukan untuk menjamu tetamu..sebaliknya mengajak tetamu bersantai....


IP : 210.19.241.4

tempoyak

40 . Dihantar pada 26hb Nov 2004 10.57:27 pagi   [Edit]
good topic and discussion
pn ann
boleh cerite malay style tu macam mana, ade gambar contoh tak?

IP : 203.106.245.6

PnAnn

41 . Dihantar pada 26hb Nov 2004 11.23:45 pagi   [Edit]




Tempoyak

Berhubung soalan anda;
quote:
boleh cerite malay style tu macam mana, ade gambar contoh tak?
Sebenarnya memang ramai yang tidak tahu berkenaan hiasan Malay Style. Orang kita suka ikut-ikut atau meniru orang lain.

Contoh gambar memang tidak ada. Tetapi anda boleh lihat sendiri apa barang-barang perhiasan yang sinonim dengan budaya Melayu. Dari situ, anda sudah boleh gambarkan bagaimana yang anda inginkan untuk hiasan rumah.

Sebenarnya setiap konsep hiasan adalah mengikut negeri. Contoh Konsep Zen yang diadaptasi dari hiasan orang-orang Jepun, English Style adalah dari kehidupan perkampungan Inggeris, Moden Style kehidupan orang-orang moden, Konsep Mediterranien ect. Semuanya ada identiti atau dari mana asal negara itu, maka begitu jugalah hiasan rumahnya.

Maka kita Melayu, ada identiti sendiri..tetapi kenapa orang Melayu tidak mahu wujud identiti hiasan untuk rumah sendiri.

Contoh; Tikar ~ kenapa guna karpet ?

Rumah Melayu lama ada ukiran kerawang, ada kaca-kaca warna-warni, tingkap melayu yang unik, kerusi meja makan melayu, kerusi ruang tamu etc..semuanya memang unik dan cantik jika dijadikan hiasan.

Majalah hiasan/dekorasi masakini keluaran M'sia juga tidak mahu cungkil perhiasan orang-orang Melayu. Bahan bacaan itu, lebih suka siarkan gambar-gambar hiasan berkonsepkan moden.

Maka tidak hairan, jika konsep hiasan Melayu tenggelam..




IP : 210.19.241.4

zurina77

42 . Dihantar pada 27hb Nov 2004 08.50:31 pagi   [Edit]
quote:
Saya jelaskan Sofa L Shape

Mekasih atas penjelasan PnAnn. Ishk, byknya benda saya tak tau ni.. Kena belajar byk lagi.
Kebanyakan info pasal hiasan dalaman ni saya dapat dari Casa Impian dan majalah Anjung Seri. Sbb tu dah mula melanggan Anjung Seri.

Macam mana pulak dgn lantai?

Selalu org tumpukan pada dinding dan perabot je. Kalau konsep moden, lantai elok color cerah ke gelap? Mcm Eric Leong selalu guna warna2 yg cerah.

IP : 202.161.129.58

cha

43 . Dihantar pada 27hb Nov 2004 10.38:03 pagi   [Edit]
quote:
Rumah Melayu lama ada ukiran kerawang, ada kaca-kaca warna-warni, tingkap melayu yang unik, kerusi meja makan melayu, kerusi ruang tamu etc..semuanya memang unik dan cantik jika dijadikan hiasan

tertarik ngan statement pn ann.... camtulah rumah idaman bpren cha... di tambah ngan atap dr kayu berlian... alangkah cantiknya...

rumah idaman cha lak, dlm umah ada taman...

camna ek nak combinekan ciri2 umah idaman bpren ngan rumah idaman cha???

tapi tula, kemampuan lom ada...

IP : 161.142.141.6

Liz_Dee

44 . Dihantar pada 27hb Nov 2004 11.17:03 pagi   [Edit]
Betul ke kalau rumah sempit, gunakan warna terang.
Kalau lantai pun kena warna cerah, perabot pun yg cerah...

Bila rumah smpit, guna perabot mcm kayu jati dan gelap tu nampak rumah lagi gelap dan sempit. betul ke?

IP : 202.75.160.181

PnAnn

45 . Dihantar pada 29hb Nov 2004 2.42:10 ptg   [Edit]

Nanti saya jelaskan..tidak sempat hari niii..

IP : 210.19.241.4

Liz_Dee

46 . Dihantar pada 29hb Nov 2004 2.58:54 ptg   [Edit]
Pn ann dpt tak gambar cadar? Tadi dah reply pn ann punya mail.

IP : 202.75.160.176

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "