Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Hiasan : Dekorasi Rumah (2)
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Hiasan : Dekorasi Rumah (2)
PnAnn

1 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 12.35:28 tghari   [Edit]



Pada mereka yang tidak berkesempatan melawat topik Dekorasi Rumah (1), kalian boleh klik di http://melayu.com/sembang2/mesej.php?12.0000000938.

Saya akan cuba paparkan beberapa contoh hiasan dan beberapa tips atau panduan berkenaan hiasan rumah.

Insyallah, jika saya kelapangan. Atau pada mereka yang minat, mungkin boleh uploadkan gambar hiasan disini.

IP : 210.19.241.4

tempoyak

2 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 12.38:55 tghari   [Edit]
saya minat interior design ni, cume fulusnye je yg takdek.. heheheh

IP : 203.106.245.6

zurina77

3 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 12.49:49 tghari   [Edit]
PnAnn

Jgn lupa paparkan konsep moden ye.. TQ in advance..

Saya suka hiasan rumah yang ada feature wall.
Nak tanya sikit, langsir elok kaler sama mcm feature wall atau mcm mana ye? Tak tau nak pilih color langsir yg sesuai..



* Mesej ini telah diedit oleh zurina77 pada 24hb Nov 2004 1.09:11 tghari

IP : 202.161.129.58

siti5184

4 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 1.11:46 tghari   [Edit]
cantiknyaa...Pn Ann...
klu Pn Ann ada gambar hiasan utk ruang tamu yg terhad (cam rumah flat ker)..ok gak.tak nak yg ada sofa besa/meja besar,cukup klu meja jepun tu. ok ker?...


gambar yg Pn Ann masukkna semua saya save dlm folder utk hiasan dlmn bila boring bukak utk dptkan idea...

IP : 219.93.21.9

PnAnn

5 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 2.15:10 ptg   [Edit]
tempoyak
saya tidak fikir..untuk menghias rumah kasi cantik..kita memerlukan bajet yang banyak..coz saya dah lakukan untuk rumah sendiri..hanya RM400..orang lihat macam RM10,000..yang penting kreativiti dan padanan warna..

zurina77
saya akan cuba masukkan.

siti
untuk rumah Flat..saya syorkan anda..banyak guna warna yang cerah..dan elakkan perabot gelap..mungkin boleh terapkan konsep ZEN..

IP : 210.19.241.4

tempoyak

6 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 3.53:12 ptg   [Edit]
pn ann
saye melawak aje la... agreed, memang betul kalau kreatif, yg bermodalkan kecil pun boleh nampak menarik. tengok la macam mana kite buat.. masing2 ade taste sendiri, macam saya, saya senang kalau rumah berhias ringkas. tak minat sangat segale saknika jambangan bunga, pasu banyak2 kat dalam rumah. tapi buat mase ni rumah yg saya duduk tu belum lagi saya nak usik dalamnya except bilik aleya. barang rumah pun tak banyak lagi.. kalau rumah yg berkonsepkan english tu rasenye saye tak tahan kot, tengok macam serabut je. hahahaha.. no offense aa sape yg minat stail/decor inggeris.

anyway, thanks pn ann, gambar2 yg ade dlm topik 1 tu memang menarik dan boleh dibuat 'modal' nak hias rumah nanti. uhuh, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.. raye tak habih lagi nih.. takde ke nak jemput kitorang semue beraye kat rumah pn ann? hehe... buat la minggu lagi satu, minggu ni saye nak gi amik baby irfan ngan wife kat kg.

IP : 203.106.245.6

Liz_Dee

7 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 4.56:17 ptg   [Edit]


Liz nak tanya Pn Ann atau sesiapa yg expert bab cantikkan rumah. Mana lebih bagus, buat cat 2 color atau satu color, tapi still letak border wallpaper di tgh2?

IP : 202.75.160.181

zurina77

8 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 5.24:21 ptg   [Edit]

Liz,

Saya suka kalau guna 2 color. Tak suka guna wall border sbb siling akan nampak rendah.

Kalau nak letak wall border saya suka letak kat betul2 bawah siling.

Itu taste saya..

IP : 61.6.54.163

Liz_Dee

9 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 5.26:07 ptg   [Edit]
zurina, bawah siling? itu wallpaper ke wall border.
Maksud liz wallpaper yang selalu org letak di tgh2 tu apa nama? Ish...

IP : 202.75.160.181

lilo_stitch

10 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 5.43:05 ptg   [Edit]
Liz
tak semestinya wallborder tu kita letak kat tengah2 jer.. boleh gak letak towards siling tu. Eric Leong Casa Impian ckp, if letak border kat tgh2 menyempitkan ruang. Tapi pada lilo terpulang pada citarasa kita. Teori dia probably betul cuma rasanya kalo kita cat 2 kaler satu dinding peh tu border letak kat siling, nampak cam missing something jer kan.. kalo letak border tgh2 antara 2 kaler (selalunya belah bawah lebih gelap) lebih nampak ceria sket kot..

Cuma kalo nak guna 2 kaler & letak wallborder kat siling, lilo cadangkan cat satu dinding satu kaler gelap as wall featured, lagi tiga dinding kaler cerah or 2 dinding kaler gelap 2 dinding lagi kaler cerah.

Apa2 terpulang pada citarasa sendiri.., mungkin lain org lain minatnya kan..

IP : 218.111.235.10

Farzana

11 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 08.23:57 pagi   [Edit]

PnAnn
boleh tak attachkan gambar dekorasi rumah dan susunan atur macam dalam rancangan who will win homelife tu...saya suka konsep bilik tidur untuk anak siap lukis bintang dan latar belakang cat yang sesuai.......

IP : 202.95.80.70

zurina77

12 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 09.36:07 pagi   [Edit]
quote:
wallpaper yang selalu org letak di tgh2 tu apa nama? Ish...

Liz
Yang tu wall border.

Saya lebih suka buat feature wall, so guna 2 color. Wall border saya tak nak letak.

Betul la mcm lilo kata, segala2nya bergantung pada citarasa sendiri. Kalau nak letak wallborder kat tengah2 mcm selalu org buat tu, mcm lilo cakap ,elok kita letak color gelap kat bawah, yg cerah kat atas.

Tapi make sure yg siling kita mmg tinggi. Kalu rendah jadi tak elok. Sbb tu kadang2 kita masuk rumah org ada yg elok dan ada yg tak elok.

Satu lagi kalau nak kasi nampak siling tu tinggi, panjang curtain mestilah dari aras siling ke lantai. Cubalah, mesti tak nyesal. Saya pun belum implement lagi, tapi dalam masa terdekat ni mmg nak cantikkan rumah, hubby pun dah setuju lepas dipujuk berkali2.. ye la umah sewa.

Kos cat lagi, curtain baru etc etc. Cuma saya tak pandai nak match kan color je..

Sofa saya color mcm kat dalam gambar, so feature wall color apa cantik?

* Mesej ini telah diedit oleh zurina77 pada 25hb Nov 2004 09.38:57 pagi

IP : 202.161.129.58

Liz_Dee

13 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 10.03:10 pagi   [Edit]




Cabinet mcm ni sesuai ke utk rumah kecil? Tapi cantikla.

IP : 202.75.160.181

Liz_Dee

14 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 10.04:18 pagi   [Edit]
Lilo, zurina, maksudnya kalau siling rendah tak sesuai pakai wallborder?

Ohhhh..

IP : 202.75.160.181

zurina77

15 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 10.14:37 pagi   [Edit]

Kalau siling rendah mmg tak sesuai pakai wall border sbb siling akan nampak lebih rendah..

IP : 202.161.129.58

PnAnn

16 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.18:52 pagi   [Edit]



Maaf mencelah berhubung soalan ini;
quote:
kalau siling rendah tak sesuai pakai wallborder?
Dalam konsep hiasan dalaman, samada syiling rendah atau tinggi ~ masih boleh guna wall paper atau border.

Tekniknya;

Syiling Rendah

(1) Penggunaan Border
~ Gunakan border size 2cm : agar kelihatan ruang luas. Yang boleh diletakkan ditengah dinding.
~ Corak : elakkan corak penuh dan warna terang.
~ Jika guna border size 5cm - 10cm : letak dibawah syiling rumah untuk kelihatan ruang dinding tinggi dan luas.
~ Kaedah yang menarik; guna border kayu.

(2)Penggunaan Wall Paper
~ Pilih corak jalur dan warna terang. Kaedah ini akan kelihatan ruang luas dan rumah seolah tinggi.
~ Jika berkenan corak penuh floral, letakkan pada satu dinding saja sudah memadai untuk wujud kelainan pada ruang rumah.

TIPS

Sebenarnya syiling rendah memang limited design. Tetapi kalian harus bijak memilih dalam cat warna dinding, warna perabot dan pemilihan langsir.

(1) Pilih Langsir warna terang atau kain sheer. TIDAK perlu guna NIGHT CURTAIN..cukup satu curtain iaitu langsir yang jarang untuk memberi cahaya masuk atau rumah terang dan sedap mata memandang.

(2) Pasang Rail bawah Syiling untuk kelihatan rumah tinggi. Elakk paten langsir cangggih manggih ie. scallop dan Blinds.
Kalian boleh gunakan valance (kepala langsir) sahaja sudah memadai. Kalian boleh lihat kelainan dan rumah kelihatan luas.

IP : 210.19.241.4

PnAnn

17 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.27:28 pagi   [Edit]

Sebelum ini, saya ada terangkan berkenaan saiz perabot.

Saya nak sentuh sekali lagi berkenaan ruang rumah yang terhad dan syiling yang rendah.

Pemilihan Perabot

~ Elakkan perabot antik dan besar.

~ Pilih perabot size small. (ADA, boleh tanya di kedai perabot).

~ Elakkan beli sofa sampai 3+2+1..cukup dan memadai dengan 2 seater sofa sahaja.

~ Pilih warna perabot yang terang.

~ Elakkan beli Kabinet yang boleh menyebabkan ruang rumah sesak atau sempit.

~ Beli kabinet saiz kecil atau mungkin boleh letakkan TV yang tergantung dari atas syiling.

~ Kabinet Hiasan - elakkan. Beli rak yang boleh letak di dinding untuk letak perhiasan.

~ Gambar - gantung gambar dari eyes to eyes..maksudnya gambar yang digantung biar bertentang mata anda apabila berdiri. ELAKKAN FRAME BESAR..beli saiz medium. Elakkan terlalu banyak frame.

IP : 210.19.241.4

OoooD

18 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.29:44 pagi   [Edit]
nak nyampuk skit la....bab2 hiasan ni allergic

rumah kite ada 2 tone warna aje....vertical wall sumer kaler kuning (baby corn)..horizontal wall sumer kaler light pepel (lavender)...1 wall je kat ruang tamu kedua letak kaler merah (chili red)..
wall border lak kite letak sejengkal dari cornis...cantik bebbb....
nanti kite letak gambor yerk...
semua cat dari npm...heee..
thanks lilo...

IP : 192.228.129.114

Cintamanis

19 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.31:12 pagi   [Edit]


Pn Ann,

Saya akan berpindah ke rumah baru penghujung Disember nie. Rumah yang kami beli nie, rumah flat kos rendah. Barang2 pun tak banyak. Perabot pun tak der dibeli lagi.

Di sini saya ingin meminta pendapat Pn. Ann tentang perabot untuk ruang tamu. Perabot jenis camner yang sesuai untuk menampakan ruang tamu kami luas.

Lagi satu, kalau kami cat ruang tamu warna kuning cerah untuk feature wall dan 3 lagi cat guna teknik 2 colour. Sesuai ke? Warna apa yang nampak sesuai dengan warna kuning cerah? Saya memang mengimpikan rumah yang berkonsepkan gaya Inggeris, tapi sesuai keruntuk flat yang sempit cam rumah kami nie?

Tolonglah saya,
Saya budak baru nak belajar?

Terima kasih bebanyak!

IP : 60.48.156.41

PnAnn

20 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.34:00 pagi   [Edit]
Ooood
colour merah lagiii.

IP : 210.19.241.4

lilo_stitch

21 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.35:36 pagi   [Edit]
Ann
thanks for tips psl wallborder & siling rendah.. eii, syoknya.. a lot yg U know laa..

ttg cadangan tak yah guna night curtain, tetiba terlintas kat kepala.. probably kita boleh gunakan 2 jenis day curtain/sheer curtain.. satu kaler cerah & satu lagi kaler gelap sket ker utk beri kelainan. fungsi paling penting, so that memalam, tak ler see thru sangat dari luar kan...

zurina77
cantik sofa ek.. berkenan plak, beli kat mana? feature wall tu mungkin guna kaler orange lantern atau coral ke

OoooD
amboi2 ko ek.. ni nak kena gi audit nih..

* Mesej ini telah diedit oleh lilo_stitch pada 25hb Nov 2004 11.38:54 pagi

IP : 218.111.235.10

PnAnn

22 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.39:28 pagi   [Edit]

Cintamanis

Soalan anda;
quote:
Perabot jenis camner yang sesuai untuk menampakan ruang tamu kami luas.
Memandangkan anda minat pada English Style, saya syorkan anda beli sofa 2 seater sahaja yang saiz medium atau small. Atau jika bajet terhad, beli kerusi teak charm yang dua set + meja kecik (RM150) dan letak pelapik kerusi yang bersarungkan corak floral atau english cottage. Ini sudah memadai.

quote:
cat ruang tamu warna kuning cerah untuk feature wall dan 3 lagi cat guna teknik 2 colour. Sesuai ke?
Cat 2 colour memang tidak sesuai. Kelihatan rumah tidak ceria atau tidak berseri. Anda boleh lagi guna 2 colour melainkan atau warna kuning cerah dan bahagian bawah teknik spounge. Kesan atau impak teknik spounge..kelihatan rumah lagi besar dan kelihatan menarik.

IP : 210.19.241.4

Liz_Dee

23 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.42:38 pagi   [Edit]
Tq Pn Ann. Tips yang berguna.
Siling rumah liz takde la rendah sgt, tapi tak tinggi...

Liz dah beli wallborder tu. Cuma tak tau lagi nak cat diffrent colot atas bawah atau same color.

IP : 202.75.160.181

PnAnn

24 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.46:36 pagi   [Edit]

Lilo

Berkenaan idea anda;
quote:
probably kita boleh gunakan 2 jenis day curtain/sheer curtain.. satu kaler cerah & satu lagi kaler gelap sket ker utk beri kelainan. fungsi paling penting, so that memalam, tak ler see thru sangat dari luar kan...
Sebelum tu nak babab niii..macam mana anak murid niii..day curtain & sheer curtain ??? sheer ialah day curtain leee ?? ni nak babab niiii....dah diajar kannnnn...

Elakkan langsir warna gelap..memang kita tidak mahu see thru pada waktu malam..tetapi bila malam..ruang rumah kelihatan kusam..tidak menarik jika langsir gelap..jika kita biarkan langsir jarang sahaja..ruang rumah kelihatan menarik dengan suasana romantik dengan warna malam masuk kerumah.

Sebenarnya langsir jarang sekarang ada pelbagai design (corak) yang menarik. Pilih warna yang menarik dan petan yang kelihatan terserlah..baru kelihatan menarik.

IP : 210.19.241.4

lilo_stitch

25 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.46:36 pagi   [Edit]
Ann
soklan ni dah lama dlm kepala cuma tak terluah.. pernah terbaca posting, kalo nak wat english concept jgn matchkan dgn teak furniture.. sbb dah lari concept. So sampai skrg masih terpk kebenarannya, sbb terpk gak cam cadangan U sofa floral plus 2 teak chairs.. terlanjur U dah study pasal home furnishing, mungkin boleh berikan pendapat.

tapi kan kalo nak ikut sgt pasal konsep, sure tak terikut jugakan.. yg penting sedap mata memandang ek..

Tang day curtain & sheer tu.. alaa, jgn ler babap laie.. maklum blom graduate laie.. sijil pun blom dpt, ahaks.. No laa lilo tau day curtain & sheer benda yg sama, cuma masa type tu suppose type day curtain @ sheer.. heh heh jgn babap haa..

Tu laa sheer tu kan skang ada bermacam paten, bunga & kaler, mungkin kita beli laa 2 kaler, satu putih yg satu laie mungkin kaler yg suit warna tema

* Mesej ini telah diedit oleh lilo_stitch pada 25hb Nov 2004 12.01:01 tghari

IP : 218.111.235.10

Cintamanis

26 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.50:57 pagi   [Edit]


Thanks a lot Pn Ann.

Nak tanya lagi nie...

IP : 60.48.156.41

Cintamanis

27 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.55:37 pagi   [Edit]


Sorry.. tetiba tertekan enter.

Pn Ann,

Kalau saya cat feature wall menggunakan teknik sponge kesemuanya dan lagi 3 wall tu warna kuning cerah untuk ruang tamu, sesuai tak? Teknik sponge tu colour apa yang Pn. Ann rasa sesuai nak match ngan kuning cerah...

TQ. Pn. Ann

IP : 60.48.156.41

PnAnn

28 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 11.56:19 pagi   [Edit]
Lilo

Ko sama cam saya sebelum belajar..
quote:
kalo nak wat english concept jgn matchkan dgn teak furniture.. sbb dah lari concept.
OKee..sebenarnya penggunaan Teak Furniture orang sering kaitkan dengan Konsep Nusantara @ Etnik @ Bali, sebab warna ira kayunya yang asli atau sering dikaitkan dari negara mana asal perabot tersebut.

Jika perabot antik, orang akan kaitkan dengan Konsep Traditional, sebab penggunaan kayu ukiran.

Jika perabot sofa berbunga, orang akan kaitkan dengan Konsep English Style, sebab penggunaan berbunga. Malahan fahaman yang paling-paling salah..english konsep kelihatan semak..sebab banyak penggunaan bunga...

emmm...dah masuk bab texture perabot dan hiasan niii..

Mengikut lecture saya, konsep yang paling jimat dan kelihatan sepanjang zaman (yakni kekal selamanya) dan tidak membazir ialah Konsep English Style. Sebab warna dan perabot.

Konsep English Style ~ adalah hiasan perabot hasil dari yang asli atau hidup.

Maksudnya ~ kita lihat perabot teak charm - lihat warna kayu dan ira kayu - wujud keaslian tak ? Makanya penggunaan perabot teak charm kita boleh kategorikan dalam konsep English Style.

nanti sambung....

* Mesej ini telah diedit oleh PnAnn pada 25hb Nov 2004 11.58:35 pagi

IP : 210.19.241.4

Liz_Dee

29 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 12.28:38 tghari   [Edit]
Nak tanya satu lagi. Liz tak suka kuning tapi tgk kalau cat mcm kuning cair tu nampak cantik. Cat selalunya ikut warna sofa atau perabot?
Dan satu lagi nak tanya..



kalau cat dinding sebelah shj color lain dan sebelah lagi color lain mcmnana nak cari kesesuaian ? Maksud liz sesuai tak utk rumah aprt?

* Mesej ini telah diedit oleh Liz_Dee pada 25hb Nov 2004 12.49:22 tghari

IP : 202.75.160.181

lilo_stitch

30 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 1.00:17 tghari   [Edit]
Topik yang sungguh memberangsangkan, Ann teruskan memberikan pandangan. Frankly speaking, dah lama lilo tunggu satu perbincangan antara sesama ahli berhubung hiasan dalaman yang mana perbincangan tu adalah hasil pendapat & pengalaman selain dari teori sedia ada. Ada ketika lilo rasa kecewa bila setengah ahli (bkn semua) yang agak 'kedekut' berkongsi idea dan pendapat tapi lebih ke arah business minded. Bukan soal kedekut nak keluar wang ringgit, cuma rasanya kita mungkin akan dapat menyumbang serta belajar dari pandangan @ pendapat serta pengalaman org lain.

Oppss.. mengarut plak.. ehh.. jangan ada yg ambil hati pula..

Ann
Berminat plak nak mendalami hiasan dalaman lebih lanjut..

IP : 218.111.235.10

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "