Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Resipi : Camne nak buat sambal untuk Ikan Bakar
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Resipi : Camne nak buat sambal untuk Ikan Bakar
yatisham2002

1 . Dihantar pada 26hb Okt 2004 08.50:02 pagi   [Edit]
,

Sape yang pandai nak buat sambal untuk ikan bakar, sambal untuk celup ikan tu sebelum ianye dibakar, macam Ikan Bakar Jalan Bellamy tu.. atau yang seangkatan dengan nye.. tolong ye.. saya selalu nak bakar ikan cuma perap ngan kunyit, garam dan serbuk kari je.. tapi tak kaw le..
Saya pernah gak makan ikan bakar kat K. Selangor, yg tu pun ada sambal dia.. sape sape yang reti tu tolong turunkan ilmu kat sini yek... tima kasih...

IP : 210.19.4.166

rosepurple

2 . Dihantar pada 26hb Okt 2004 09.24:23 pagi   [Edit]
yatie,
best gak bila buka topik ni.rose pun nak tau jugak ada sesapa yang buat sambal ni....iakan bakar yang kat belakang istana tu memang bestlah..

IP : 219.95.85.146

yatisham2002

3 . Dihantar pada 26hb Okt 2004 09.45:13 pagi   [Edit]
hai rosepurple,

Tu la... saya nak cuba bakar ikan yang ada sambal tu, hubby kata cuba carik resipi tu..kita tunggu je la sape yang ada resipi tu ye..
Kak Noormasri mestia ada resipi tu.. hai kak.. kat mana u ?

* Mesej ini telah diedit oleh yatisham2002 pada 26hb Okt 2004 09.47:44 pagi

IP : 210.19.4.166

laylyza

4 . Dihantar pada 26hb Okt 2004 09.51:41 pagi   [Edit]

ari sabtu ari tu saya buat ikan bakar dgn resepi baru, ari
ahad suami minta buat lagi, dia beli ikan yg besar pulak.

resepi dia

ikan - contoh ikan talapia seekor
bawang kecil - 5 ulas
bawang putih - 3 ulas
sos lada hitam / lada hitam tumbuk sikit
serai dlm 2-3 batang
cili giling
air asam jawa sikit
garam, gula

cara

bawang kecil, putih, serai di blend hingga hancur. pastu
gaulkan bersama air asam jawa, cili giling , lada hitam
dan suai rasa kan garam dan gula. pastu perap ikan dlm bahan2 blend ni lebih kurang 1-2 jam. lepas tu bakar dlm
daun pisang hingga garing

IP : 211.24.181.34

yatisham2002

5 . Dihantar pada 26hb Okt 2004 10.04:12 pagi   [Edit]
Laylyza,

Tima kacih... ok gak resipi tu, yg ada kat peti ais saya ialah ikan jenahak.. ok ke yek..? Tak sabar nak cuba ni..

IP : 210.19.4.166

harsha

6 . Dihantar pada 26hb Okt 2004 11.47:14 pagi   [Edit]
ikan jenahak lagi sedap kot? ishkk.. kecur lah pulak

IP : 202.156.2.203

NoorMasri

7 . Dihantar pada 26hb Okt 2004 1.59:16 tghari   [Edit]


IKAN BAKAR SUMBAT


Bahan-bahan:

1 ekor ikan mackerel yg besar (boleh digantikan dgn ikan cencaru/terubuk)
1 labu bawang besar }dimayang
3 sudu besar cili kering kisar } jika suka pedas boleh tambah lagi
1 batang serai } dimayang atau dikisar
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara membuat:

Ikan di belah belakang. Buang perut dan insang ikut belakang. Cuci dan toskan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan cili kisar, serai dan belacan.
Goreng hingga naik minyak dgn api yg perlahan. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Bila hampir masak masukkan bawang besar.
Masukkan sambal yg telah masak tadi ke dalam ikan. Bakar bawah grill sehingga masak.
Jika hendak panggang di atas bara api, ikan bolehlah dibalut dengan daun pisang barulah diletak atas pemanggang. Panggang hingga masak.
Sedap dimakan panas-panas...

IP : 195.92.67.78

yusmar

8 . Dihantar pada 26hb Okt 2004 4.58:32 ptg   [Edit]
Suami saya suka sgt makan ikan bakar. Kalau malas just sapu garam kunyit.Kalau rajin blend cili kering, bwang merah dan serai.Tumiskan dan tambahkan garam gula.Ikan dibakar dulu, dah masak baru tuangkan sambal kat atas.Makan ngan air asam.

Yang terbaru ni kami cuba buat ikan bakar tomyam. Sapukan pes tomyam kat ikan dan bakarkan. Tapi jgn sapukan byk sgt sbb masin.Kalau nak kelainan cuba lah!.Atau boleh gak sapukan sos lada hitam yg dlm botol tu. Yang ni semua masa dah malas sgt, sbb suami tiap2 minggu mesti nak bakar ikan.

IP : 141.11.194.4

tuanSENTANG

9 . Dihantar pada 26hb Okt 2004 5.32:54 ptg   [Edit]
sambal dia rasa macam kuah ayam percik skit kan....
kena bubuh skit santan kot....penambahan resepi lyza tuh...

IP : 192.55.6.36

olak

10 . Dihantar pada 26hb Okt 2004 5.59:03 ptg   [Edit]


tumpang sekaki yer kak..
saya nak tau sapa kat sini yg pandai buat dodol..tak kira la
apa jenis ramuan sekali pon ..yang penting mesti jadi dodol. harap ade yang sudi bantu yer.. mekasih

IP : 203.106.114.30

hanieliza

11 . Dihantar pada 26hb Okt 2004 8.28:16 mlm   [Edit]
Kebanyakn kita suka bakar ikan...
ni kak liza berikan sos untuk bakar ikan...
boleh buat /masak dan simpan untuk diperapkan pada ikan...
lepas tu boleh bakar...

Sos Ikan Bakar

bahannya..
2 batang serai[hiris]
2 kuntum bunga kantan [hiris]l
10 biji cili api
10 biji cili merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 biji buah keras
3 labu bawang besar
belacan secukupnya
[ semua bahan ni dimesinkan]

3 helai daun kunyit
5 hemai daun limau purut
3 tangkai daun kesum
semua bahan ini dimayang halus]

2 biji ubi kentang kentang[mesin halus dn tapiskan]

1 cawan cili sos
2 s/b gula
1/2 cawan air asam jawa
garam
minyak untuk tumis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimesin sehingga berbau wangi dan garing.
2. Masukkan air asam jawa dan bahan yg lain.
3. Bila sudah agak pekat, masukkan hirisan daun.
4. Rasakan masin dan manisnya.
5. Bila telah pekat, angkat dan sapukan pada ikan.
6. Perapkan dalam 1 jam baru dibakar.

IP : 219.93.198.252

yatisham2002

12 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 08.37:57 pagi   [Edit]


Terima kasih pada sume yang tak lokek resipi, hari ini juga saya nak try resipi yang lyza bagi, esok lusa nak buat sambal/sos ikan bakar yang kak liza bagi pastu boleh buat banyak 2 & simpan dalam ice box...

IP : 210.19.4.166

Farzana

13 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 08.58:40 pagi   [Edit]

okey ini adalah resepi hubby kite...rase nye memang yummmyyy....sama dengan yak jual kat kedai......dan aku rase tak ramai tau resepi nie.....aku cuma bagi bahan dia je sukatan tu dari korang punye idea lah......caranye sama macam masak sambal biasa.........

bahan-bahanye
kunyit hidup
halia
lengkuas
lada kering
bawang kecil
bawang putih
serai
(bahan diatas semua dikisar)
petis - masukan bila bahan-bahan yang dikisar tu naik bau.......
garam
pak aji
asam jawa
minyak untuk menumis

caranye kisar semua bahan-bahan diatas dan tumis sehingga naik bau dan caranye sama macam masak sambal biasa......sukatan bahan-bahan diatas ikut korang le 1 inci ke......

bakar ikan tu beralaskan daun pisang kemudian tutup dah nampak masak baru letak sambal atas ikan tu dan biarkan sekejap atas api (untuk sambal tu menyerap dalam ikan) pas tu angkat le dan perap asam limau dan........emmmmmmm.....puasa nie.......terliur......hari tu hubby buat 3 ekor ikan, 2 ekor untuk aku, sekor je untuk dia....memang sedap...cubalah......

* Mesej ini telah diedit oleh Farzana pada 27hb Okt 2004 09.01:40 pagi

IP : 202.95.80.70

farmin

14 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 09.36:22 pagi   [Edit]
wah..banyak nyer jenis sos ikan bakar..tak tau nk try yg mana satu semua nyer memecahkan liur...

IP : 219.95.111.235

Farzana

15 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 10.43:38 pagi   [Edit]

farmin
ini resepi dari kedai makan tau......cubalah....hubby kite belajar dari rase aje.....setiap kali dia beli ikan bakar kat kedai kesukaan dia dia mesti catitkan apa bahan-bahan yang dapat dia rase pas tu dia cubalah memang sebiji kat kedai tu jual.....kalau harapkan aku, memang tak reti nak rase bahan tu.......tau makan je....hehehehe...okey le tu dah jodohnye memang dengan orang pandai masakkan.....resepinye ringkas je tak yah nak perap-perap dulu.........macam kat kedai tu.........cubalah.....nanti bagitau kite best ke idak.......

IP : 202.95.80.70

Imann

16 . Dihantar pada 28hb Okt 2004 1.28:32 tghari   [Edit]
kuah ikan percik

sukatan ni agak2 lah yek...

cili api or cili besar
lengkuas
bawang putih
bawang besar
halia
serai
pati santan
serbuk kunyit.
garam/aji/gula

cara:-blend semua bahan...masak atas api pelahan sampai agak pekat...

pakai ikan (kosong)...hingga 1/2 masak...angkat...dan sadurkan ikan tadi dengan kuah percik...lepas tu bakar balik hingga masak...

selamat mencuba

IP : 219.93.6.131

SeraiWangi76

17 . Dihantar pada 05hb Nov 2004 1.29:35 tghari   [Edit]
dengar aje ikan bakar dengan kuah air asam keloq air liuq...feberet aku no 1 tu.. selalunya bahan2 aku simple aje..

bahan2nya..

4 ekor ikan kembung sedang2 aje/ cencaru atau terubuk
(a)
cili kering
bawang
b.putih
serai
daun pisang
butter

(b)kuah air asam
Asam jawa
belacan bakar
cili api kampung - (20 bijik, 5 dihiris, 15 lagi ditumbuk kasar)
limau kasturi - (1/2 diperah jusnya, 1/2 dihiris)
cili merah-dihiris
bawang besar

Cara:
1.Bersihkan ikan kemudian salutkan ikan dengan bahan2 (a) kemudian bungkus ikan tadi dgn daun pisang sehingga habis.
2.bakar ikan sambil disapu dengan butter keliling daun pisang tersebut untuk membangkitkan aroma wangi ikan bakar tersebut. bakar sehingga ikan betul2 masak.
3. siapkan bahan2 untuk membuat air asam.
4. perahkan asam jawa untuk mendapatkan lebih kurang 1/2 mangkuk jusnya kemudian tumbuk cili api+belacan, kemudian masukkan kedalam air asam jawa tadi.
5.Hiriskan cili api+cili merah+bawang besar+limau kasturi tadi. kemudian masukkan kedalam air asam tadi, tambahkan garam sedikit + gula secukup rasa.
5. ikan berserta air asam siap untuk dihidang

nyum..nyummmmmmmmm




IP : 61.6.157.128

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "