Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Tukar sarung sofa : English Style Part 2
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Tukar sarung sofa : English Style Part 2
RED

1 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 7.49:41 ptg   [Edit]

Liz Dee and friends
Sorry lambat balas coz saya kerja kat sekolah tak de internet.. La ni nak explain ttg tukar sofa hari tu. Saya tukar sofa 3 seater upah kusyen bawah RM20 satu so 3 RM60, Kusyen atas RM10 satu jadi RM30 and ada alas lengan kat sofa tu charge dia RM8 satu saya buat 2 alas tu. Jadi suma RM106 upah 6 sarung kusyen tu.. Kain lak RM7.50 semeter and saya pilih plain colour.. Nak cari English style tu saya rasa kat situ ada gak tapi tak de la mcm kain Eliza or Biggiebest tu.. Bunga ros Eliza lagi cantik tapi padan la dgn herge dia kan.. Rangka tak tau la pulak upahnya..

IP : 219.92.3.19

RED

2 . Dihantar pada 15hb Okt 2004 7.56:54 ptg   [Edit]
Lupa lak nak jawab Tewah yg saya cerita tu kat
giant USJ 1. Saya tukar sarung sofa sama fabriknya dgn langsir skali.. Kain lak jenis yg tak licin and tak keras.. nak hantar gambar tak de scanner.. sorry yek.. Tapi kalau nak tempah kena bawah sampel skali baru dia kira upahnya..

* Mesej ini telah diedit oleh RED pada 15hb Okt 2004 7.58:10 ptg

IP : 219.92.3.19

Liz_Dee

3 . Dihantar pada 16hb Okt 2004 09.33:41 pagi   [Edit]
Apa kata sambung part yg liz buka. Liz continue di situ, cuma tajuk je berlainan sikit.

http://melayu.com/sembang2/mesej.php?12.0000001027

* Mesej ini telah diedit oleh Liz_Dee pada 16hb Okt 2004 09.36:57 pagi

IP : 202.75.160.212

Wallaby

4 . Dihantar pada 20hb Okt 2004 1.17:55 tghari   [Edit]

Kak!

Englishman tak tukar kain sofa set settee. Mereka tukar sofa. Itu ler english style.

Malay style tak tukar kain sofa gak. sebab orang melayu duduk atas tikar mengkuang. Lagi jimat

Bali style pun tak tukar kain sofa, sebab settee mereka plainkayu jati.

Contemporary style tak tukar sofa gak. Sebab mereka baring atas kerusi malas. Langung mereka pun malas nak tukar sofa.

Ada satu set sofa, sampai bila2 tak payah tukar... 7 lapis, tanpa patern... suci bersih dan harum baunya. Nama dia kain kapan. itu memang betul2 soft.

IP : 219.95.24.40

RED

5 . Dihantar pada 22hb Okt 2004 9.28:34 mlm   [Edit]

Kenapa ni Wallaby.. Boring sangat dah ke?..Bagus le kalau ingat pasal kain kapan.. Sama-sama la kita bertaubat dan ingat tuhan selalu.. Akak tak mampu nak tukar sofa mcm Englishman semata-mata nak buat English Style tu, tapi minat gaya hiasan diorang. Jadi tukar sarung je la.. Akak memang Melayu tulen, tapi tak sanggup lak tengok org datang duduk atas tikar mengkuang kat umah.. Sebab kita ikut arus semasa dan tinggal di bandar.. Lantai semen bukan kayu, nak buat mcm mana?.. Nak tukar lantai kayu umah nak pakai duit gak, pemaju tak de lak sedia ruang tamu dari kayu.. kalau ada ok la dgn statemant u tu..

Tak salah kalau kita minat dgn sesuatu drp bangsa lain asalkan tidak menyimpang dari agama..
Terima kasih atas info anda di atas..

* Mesej ini telah diedit oleh RED pada 22hb Okt 2004 10.21:06 mlm

IP : 219.92.3.65

fadzreen

6 . Dihantar pada 23hb Okt 2004 08.32:14 pagi   [Edit]
RED

takde le mahal sangat kan upah dia.. ok ler.. dengan harga lebih kurang RM150 jer dah dapat rupa sofa baru kann.. meriah lah raya nanti ! ihiksss

IP : 202.185.186.6

balqis78

7 . Dihantar pada 23hb Okt 2004 10.16:51 pagi   [Edit]


saya pun nak tanya la pasal tukar sarung kusyen...nie jenis sofa yg camner...???saya nak tukat nie opis punya..kain dia dah kotor, cuci pun dah tak mau dah...boleh tukar ker sofa camni..???

IP : 219.95.165.183

RED

8 . Dihantar pada 23hb Okt 2004 7.38:52 ptg   [Edit]
Fazdreen
Betul tu.. My hubby pun suka tengok sofa lama dia dah berwajah baru and tak pakai banyak duit..

Balqis78
Uncle kat Tewah tu cakap apa2 peten pun dia boleh buat tapi kena tengok contoh dulu.. jadi kena bawak contoh kalau nak tempah kat situ..

* Mesej ini telah diedit oleh RED pada 24hb Okt 2004 05.16:34 pagi

IP : 219.92.3.28

fadizh

9 . Dihantar pada 25hb Okt 2004 12.00:30 tghari   [Edit]
kat mana erk uncle tewah tu punyer kedai?? nak jugak tempah ..sebb sarung sofa tu dah x boleh nak basuh lagi ..murah jugak awak tempah ..

IP : 219.95.111.235

risam

10 . Dihantar pada 25hb Okt 2004 12.05:29 tghari   [Edit]

RED dan kawan2 semua. selalu baca saja sembang2 ni. ari ni ada kesempatan nak bertanya sikit.
saya ada sofa dari PVC boleh tak kalu di sarungkan dengan sarung fabrik ek? sayang pulak kalau tak digunakan.
TQ

IP : 203.106.135.46

risam

11 . Dihantar pada 25hb Okt 2004 12.05:45 tghari   [Edit]

RED dan kawan2 semua. selalu baca saja sembang2 ni. ari ni ada kesempatan nak bertanya sikit.
saya ada sofa dari PVC boleh tak kalu di sarungkan dengan sarung fabrik ek? sayang pulak kalau tak digunakan.
TQ

IP : 203.106.135.46

ashra

12 . Dihantar pada 25hb Okt 2004 12.49:05 tghari   [Edit]
Red
Biasa la masing2 ade pendapat tersendri..Nak2 si Wallaby nih..tak caya cuba cari message2 si Wallaby yg pena dia hantar sume menyakitkan ati hehehehe..Jgn amik ati..Nah

IP : 203.78.194.18

atoncute

13 . Dihantar pada 25hb Okt 2004 2.36:38 ptg   [Edit]

tengah syok2 baca citer tukor sofa nie..tiba terbaca pulak komen siwallaby nie...apsal dia kak red?? musuh akak ke atau dengki ngan akak?? dah nama lg sembang nie sem resipi, hiasan & fesyen..apsal tiba2 dia nak khutbah kat sini pulak...buat spoi mod jer....

p/s : jgn mudah nak memperbetulkan org lain..kalo diri sendiri pun belum tentu betul lagik..

IP : 218.111.101.2

risam

14 . Dihantar pada 25hb Okt 2004 2.42:08 ptg   [Edit]

risam pun setuju la ngan ashra dan atoncute.
kita pun tgh syok2 baca bila ada msg macam tu x best la.. tak mesra alam.
dah jd sentyap pulak topik ni... mana tuan umah?

IP : 203.106.133.35

fadzreen

15 . Dihantar pada 25hb Okt 2004 3.00:39 ptg   [Edit]
kengkawan

buat tak nampak je ngan msg wak labi tu.. dia kat memana pun main sergah jer.. dah le tak bagi salam..

IP : 202.185.186.6

balqis78

16 . Dihantar pada 25hb Okt 2004 4.05:23 ptg   [Edit]


kak, kat mana kedai nya uncle tewah tu...???

IP : 219.95.165.183

RED

17 . Dihantar pada 25hb Okt 2004 8.36:56 mlm   [Edit]
Sorry ye.. saya mmg boleh sembang waktu malam je.. Haa pasal Wallaby tu, Red tak pernah sembang dgn di langsung.. Tiba2 je ada..

Risam
Tak tau lak kalau boleh tukar sofa PVC tu tapi kena survey tempat baiki kerusi kut2 boleh tukar ke fabrik..

Balqis78
Tewah tu kat Giant USJ 1. Ada gak cawangan kat Balakong.. Kat Giant USJ 1 tu, uncle yg ambik tempahan tu masuk kerja pukul 2pm sampai 10pm. Weekend mesti ada.. Kualiti yg dia buat ok.. Happy betul tgk sofa 'baru' saya tu boleh matching dgn langsir..

IP : 219.92.3.62

dowry

18 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 10.47:50 pagi   [Edit]
cisss wallaby ..potong stim betui la hang ni..ingatkan nak kasi tau kat mana tempat lagi murahh..mata garfiled aku ni dah jadi bersinar plak haiiii la wallabbyyy
sib tak jadi bini hang kalau takk tak merasa la nak beli sofa.

IP : 192.228.129.114

fadizh

19 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 1.24:32 tghari   [Edit]
red betul ke boleh buat ...sofa rumahs saya jenis besar ...kalau buat kat tempat yg kitaorang beli ..kain lain harga tempah je nak 300..mahal ..awak nyer hari tu berapa?? sofa jenis yang besar ke atau yg sedang-sedang??

IP : 219.95.111.235

lilo_stitch

20 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 3.16:41 ptg   [Edit]
risam
sofa pvc or semi leather tu boleh convert to fabric, coz lilo dah penah buat dah. Sofa lilo dulu semi leather, sbb dah koyak lilo gi hantar wat upholstery (tukar cover).

but lilo rasa laa, maaf kalo lilo silap ingatan. RED cuma buat sarung kusyen bagi sofa dia sahaja di Tewah. Bukan keseluruhan body sofa tu. That's Y laa charge dia murah. Betul tak RED, ko cuma tukar kusyen sofa jer kan.. If lilo tersilap maaf ler yeaa..

IP : 210.19.249.107

RED

21 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 8.32:23 mlm   [Edit]
Lilo
Betul tu. RED just tukar sarung kusyen je coz my sofa tu kusyen fabrik tapi bodynya PVC..

Fadizh
Sofa RED 3 seater nak kata besar tak la jugak tapi kusyen bawah utk duduk tu besar dan ada kedut2 sikit tepinya, upahnya RM20 satu sebab uncle tu kata patern dia lain sikit and besar.. Tapi syarat tewah tu kalau nak tempah kat situ mesti beli kain kat situ gak..

IP : 219.92.3.14

Wallaby

22 . Dihantar pada 29hb Okt 2004 2.11:01 ptg   [Edit]

dowry!...

kiter tak tukar kain sofa la... rumah kita ala jepun la... cumer ada meja square... tak ada kerusi, tak ada sofa.. jadi tak ada sofa atau fabrik sofa nak beli n tukar ganti. tiga taun sekali, kiter cat kan ajer meja kasi baru...

beli sofa mahal2 dan menyempitkan rumah wat pa.. satu ari bapa jam jer kiter duduk atas sofa tu? Dan bapa jam pulak sofa kita duduk kat umah kita tapi tak buat kejer? kan membazir jer?

Bapa jam lak kiter habis kan masa kemaskan sofa kiter? Hek eleh itu belum masuk fabrik dia kena kencing budak2... yang air milo atau kuah megi mi tumpah atasnya.. yg lusuh sebab peluh orang bebaring atasnya.. atau fabrik dia kena cakar kucing?

IP : 219.95.24.40

siti5184

23 . Dihantar pada 29hb Okt 2004 3.24:56 ptg   [Edit]
Wallaby...
hmm...cara u jwb tu cam apa yg diorg buat cenderung ke arah tidak elok ajer..membazirlah..Rumah i pun tak der kerusi meja, tikar getah ajer, org datang hamparlah tikar mengkuang @ plan nak beli karpet lembut tuh..tp tak der lah komen member2x yg suka mencantikkan perabot mereka.sedap mata memandang!!..Bukankah Islam itu Indah dan sukakan keindahan??...kiranya hiasan dpt menyenangkan bukankah ia menimbulkan kerukunan dlm rumah tangga??..soal kebersihan, klu dah tumpah milo+ maggi taulah diorg basuh n lap. jika berpeluh dan nampak lusuh tupasal RED tukar sarung baru...

IP : 219.93.21.20

RED

24 . Dihantar pada 29hb Okt 2004 9.32:21 mlm   [Edit]

Bagusla Wallaby buat cara Jepun yg menjimatkan.. Mungkin minat u kat situ tapi minat org lain macam2..
RED minat perabot tapi kebykkan yg murah je.. Tapi tak pernah lak anak kencing or muntah kat sofa sebab dah dilatih supaya gi toilet.. Cuma nak tukar sarong je supaya nampak baru sket.. yg lama tu dah pakai hampir 3 tahun..
BTW buat la apa yg kita minat dan suka asalkan tak menyusahkan org lain..

* Mesej ini telah diedit oleh RED pada 29hb Okt 2004 9.37:27 mlm

IP : 219.92.3.15

Wallaby

25 . Dihantar pada 30hb Okt 2004 10.30:04 pagi   [Edit]
dear siti5184

kita beli perabut, bukan utk hiasan. Kita pakai dia semaximum mungkin. Produktif, kata ahli ekonomi.

Ada banyak konsep hiasan dalaman. salah satu nya orang bercakap tentang ruang. Ruang amat berharga. Tetapi ia satu dari dimensi kehidupan yang diambil remeh. Orang hanya membesar2kan tentang benda2 (termasuk wang dan harta) dan masa. Mungkin saya tak faham konsep perhiasan perabut.

Di Jepun, rata2 rumah mereka kecil. tapi kalau kita masuk rumah mereka hati kita rasa lapang ajer... mereka blend apa yang ada dalam rumah dengan apa yang ada diluar. ruang amat berharga. Itu tekanan mereka sebab penduduk mereka ramai dan padat.

di negara kita, dalam rumah nampak sempit. sebab itu ramai orang renovate rumah mereka utk mendapatkan ruang yang lebih luas. bila dah luas ... mereka isi ruang lebihan itu dengan benda2.. akhirnya rumah mereka nampak sempit balik semula.

...by that time mereka merancang untuk buat renovasion atau berpindah kerumah lebih besar.. mereka sudah pun tua.. anak2 dah bawa hal masing2, jauh dari mereka....dan tinggal lah berdua suami isteri. pada masa itu mereka tau lah betapa sukarnya nak servis semua peralatan dan ruang rumah...

then saat akhir hayatnya pun sampai... akhir diam dalam satu lubang yg cukup muat2 utk satu orang... tanpa perabut, pastinya.

sayangnya orang jepun rata2 bukan islam.. kalau lah mereka beragama islam.. inilah satu contoh orang yang menghayati iman.


IP : 219.95.24.40

RED

26 . Dihantar pada 30hb Okt 2004 4.38:14 ptg   [Edit]
WaJllaby
Rasanya topik yg saya tulis ni dah ok.. tak tau la lain pulak jadinya.. Sebenarnya topik ini adalah sambungan dari topik Hiasan Gaya Inggeris yg telah dikunci.. Ini adalah utk sesiapa yg berminat utk mengetahui ttg sarung sofa. Jika ada yg berminat ttg Gaya Jepun yg menjimatkan duit dan ruang serta menenangkan, kenalah buka topik tu pula..

Iman bergantung pd diri individu dan Allah yg menentukannya. Jika seseorg ingin mencantikkan rumahnya utk merai tetamu mengikut kemampuan dan rezeki yg Allah berikan, tidak bermakna dia tidak beriman krn Allah yg menentukannya.. Bagaimana keadaan kita di hari tua dan di dlm liang lahad, Allah juga yg menentukannya.. Ke mana arah kita di akhirat nanti tidak sesiapa yg tahu hanya Allah shj yg mengetahuinya, samaada kita beli perabot di dunia ini atau pun tidak.. Adalah lebih menyedihkan lagi kalau di dunia pun kita serba kekurangan dan di akhirat juga tiada apa pada kita..

Islam itu Indah

IP : 219.92.3.19

yatie75

27 . Dihantar pada 30hb Okt 2004 9.40:21 mlm   [Edit]
thanks RED kasi information bout tukar sarung sofa tu. at least jimat duit dari tukar sofa baru terus.

wallaby..
kalau nak jimat, kena ikut style rumah awak. memang tak ramai orang di malaysia yg rumahnya hampir tiada perabot. kalau yg ada..cuma 2 jenis orang 1. miskin (tak mampu) 2. orang yg memikirkan semuanya perlu dimaximumkan.

ingat..kita sebagai pengguna... 7 sentiasa di pihak anda..eheks!!

IP : 218.208.224.118

mamaboomboom

28 . Dihantar pada 31hb Okt 2004 2.22:25 ptg   [Edit]
macam2 citer rupa nya kat sini..

Tewah tu..kat Giant Taman Permata pun ada!
Kalau leh buat kat situ pun orait gak..alahai..dah tak sempat la!!Lepas raya pun..lepas raya laa

IP : 218.111.26.176

borneo

29 . Dihantar pada 02hb Nov 2004 08.39:04 pagi   [Edit]
sume..

kebetulan borneo pun mmg tgh mencari2 tempat menempah sarung sofa..saja nak menyerikan rumah jer. Sofa tu dah nmpk buruk,hubby nak beli br tp borneo sayang ler..

cuma nak tanya kat RED ke..mamaboomboom ke..atau sesiapa yg tahu..

Tewah kat balakong kat mana yer..smlm terbaca RED kata Tewah ada cawangan kat Balakong..balik keje survey2 ler tp x jumper ..so pls somebody help me to fulfill my dream ni..

IP : 202.75.142.29

fadzreen

30 . Dihantar pada 02hb Nov 2004 09.40:05 pagi   [Edit]
borneo

TEWAH kat dlm Mines Shopping Fair.. same level ngan bowling centre..

IP : 202.185.186.6

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "