Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Resepi Popia : Popia Basah/Popia Goreng/Popia Salut Sos
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Resepi Popia : Popia Basah/Popia Goreng/Popia Salut Sos
ireena

1 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 3.51:38 ptg   [Edit]
saja je ireena buka topik ni nak tanya kot2 ada kengkawan yang ada resepi penyediaan popia ni. Bukan apa, resepi2 yang ireena dapat macam-macam, so nak la try yang mana yang tersedap dan tersimple.

pada kawan-kawan yang tau dan biasa buat popia ni tolonglah kongsi resepinya ya?

tq

IP : 219.93.8.5

ashra

2 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 3.57:49 ptg   [Edit]
aku paling suke popia salut sambal tu tabur gan kacang tumbuk tapi tak tau resepi lak ehehehe

IP : 203.78.194.18

zamniza

3 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 4.33:41 ptg   [Edit]
niza pun suka sgt popia basah tu arsha

IP : 219.93.56.198

NoorMasri

4 . Dihantar pada 26hb Ogo 2004 11.14:23 mlm   [Edit]
quote:
Bukan apa, resepi2 yang ireena dapat macam-macam, so nak la try yang mana yang tersedap dan tersimple

ireena

Cuba pastekan kat sini camna rupa resepi yg macam2 tu...boleh share bersama

tapikan kalau nak sedap bubuh udang hidup byk2 dlm inti popia tu, gerenti besttt..tak caya try ler

* Mesej ini telah diedit oleh NoorMasri pada 26hb Ogo 2004 11.15:25 mlm

IP : 195.92.67.74

hanieliza

5 . Dihantar pada 27hb Ogo 2004 00.11:27   [Edit]
kak liza maleh nak belajo kueh popiah basah ni..
anak2 tak suko..pulak tu ada jual yg sedap kat sini..so rembat jer yg dah siap dijual tu..tak lah penat..
diaorang[anak2] suko popiah goreng jor..so kak liza buat yg tu..

IP : 219.95.101.204

azad

6 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 09.41:58 pagi   [Edit]


sy pun mmg suker sangat ngan popia basah nih.
tapi sampai ari nih dah posa 13 ari, sy masih tak dapat
cari!! susah tul nak jumpa kuweh yg satu nih.

tulun la pd kengkawan yg tau camner nak buat..
share la ngan saya

IP : 218.208.35.125

siti5184

7 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 12.16:08 tghari   [Edit]
PENAT KITA TULIS MENU TADI TETIBA KENA SIGN IN SEMULAAAAA..

ADA MASA KITA TULIS LAGI..

IP : 219.93.21.20

azad

8 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 2.15:16 ptg   [Edit]
resipi tuk sy ke ?
takpe, sy tungguuuuuuuuuuu.

IP : 218.208.35.125

hakikat

9 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 2.19:51 ptg   [Edit]
dalam 2 hari ni asyik duk makan popia basah tu jer...best ooo

IP : 203.115.226.145

siti5184

10 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 2.50:07 ptg   [Edit]
ireena dan azad..ni resepi popia yg selalu sy buat masa open house. memandngkan say buat sendiri saya agak-agak ajer. bahan2x tu tambahlah setakat yg awak suka.

POPIA GORENG

Bahan2x:
1 peket saiz sedan mix vege
1 peket kulit popia kecil (50 keping)
2 biji telur
1 atau 2mangkuk tauge
2 ulas bwg putih-tumbuh halus
3 ulas bawang besar-dihiris bulat
2 sudu air masak
cili boh sudu makan
1 sudu sos cili
garam/minyak/
2 sudu gandum dicampur sedikit pekat (utk gam)

cara: membuat inti
tumis bawang putih &bawang besar dgn minyak, hingga wangi dan masukkan cili boh hingga masak dan masukan air, kacau. Masukkan telur, garam & sos cili secukup rasa.sos cili masuk setakat yg anda suka.tambah mix vege, hingga masak (lembut) lepas tu masuk tauge.kacau sehingga tiada air dalam kuali, sedikit kering.

Tip: boleh juga dimasukkan hirisan lada besar atau daging jika suka.

Lepas masak inti masukkan ke dalam kulit popia (korang tau gukung ker)..lepastu gamkan dengan tepung gandum yg bercampur air. AND GORENGLAHHH..

Boleh mkn dgn sos atau buat sos sendiri:

Cara buat sos:
bahan2x:
3 ulas bwg putih diketuk
2 sudu cili boh
2 sudu sos cili
garam/ gula melaka 2 keping saiz syiling 50 sen/
sudu makan asam jawa
1 cwn air

masukan semua bahan tadi kecuali cili sos,dan garam. kacau dan masukkan sedikut gula secukup rasa, kacau dgn api perlahan dan masukkan sos, biarkan mendidih. Tambah garam secukup rasa. Kacau hingga pekat, jika suka boleh masukkan cili api 2 biji.angkat apabila sesedap rasa dan telah pekat.

Selamat mencuba..

IP : 219.93.21.20

azad

11 . Dihantar pada 27hb Okt 2004 2.50:26 ptg   [Edit]
haki

terliurrrr sy


siti

TQ. resipi popia basah ada ?

* Mesej ini telah diedit oleh azad pada 27hb Okt 2004 2.52:44 ptg

IP : 218.208.35.125

siti5184

12 . Dihantar pada 28hb Okt 2004 09.30:26 pagi   [Edit]
azad...

popia basah...kulit dia tak pernah tanya camne nak buat...lagipun saya kurang minat...

harap2x member2x lain dpt bantu.. bleh gak belajo..

IP : 219.93.21.20

Teja_77

13 . Dihantar pada 28hb Okt 2004 12.43:03 tghari   [Edit]
teja pernah makan popia basah yg paling best kat pj sek 14.
pukul 3 ptg org dah siap beratur,hari2 macam tu.
nak makan kenalah beratur.

tapi memang sedappun.

IP : 219.95.17.103

hanieliza

14 . Dihantar pada 28hb Okt 2004 1.24:34 tghari   [Edit]
arini kak liza nak perabih kulit popiah yg ade dalam petisejuk tu..
tapi kak liza nak buat inti sardin..

POPIAH SARDIN

POPIAH SARDIN

bahan

kulit popia saiz besar
1 biji telur [pukul sikit]

1 tin kecil sardin [hancurkan]
1 cawan kobis [mayang halus]l
2 labu bawang besar [cincang]
2 biji cili merah [cincang]
minyak untuk menggoreng
garam

Cara:
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan sardin dan sayur kobis.
3. Masak sehingga layu dan rasakan garamnya.
4. Angkat inti dan masukkan dalam mangkuk bertapis supaya minyak turun.
5. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak dan gulungkan.
6. Buat begini sehingga habis.
7. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing. Setelah itu angkat dan toskan minyak.
6. Hidangkan dengan cili sos.


Sos Cili

bahan
3 biji cili merah
1 s.b cili mesin
1 ulas bawang putih
1 s/b cuka
gula dan garam
1 s/k tepung jagung

[Mesinkan semua bahan dan didehkan sebentar.]

* Mesej ini telah diedit oleh hanieliza pada 28hb Okt 2004 1.31:47 tghari

IP : 219.93.198.252

azad

15 . Dihantar pada 28hb Okt 2004 2.29:14 ptg   [Edit]
hehe dah jumpa pun.
weekend nih berkobar2 semangat nak buat.
nih sy pastekan ye.

Membuat kulit popia segar agak rumit dan memerlukan sedikit kesabaran serta kesanggupan jari melepuh. Jadi, di bawah ini diberikan resepi popia basah lengkap dengan kulit (yg agak berbeza) dan ini adalah ala Nyonya. Popia yg biasa mempunyai inti lobak merah, sengkuang, udang, timun dan taugeh (ditambah sos tiram, serbuk lada sulah sebagai perisa).

Kulit Popia
150 g tepung gandum
1 camt tepung ubi kayu/arrowroot
sedikit garam
2 biji telur Gred A, dipukul
400 ml water
1/2 camb minyak
Bahan Inti
60 ml minyak
8 ulas bawang putih, ditumbuk
2 camb taucu
300 g udang, dibersihkan
2 kg sengkuang, dihiris halus
2 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
2 camb gula
sedikit garam
2 liter air
110 g tauhu, dihiris memanjang & digoreng
Bahan Sampingan
20-30 helai daun salad, dibuang batang tengah
4 ulas bawang putih} ditumbuk
3 camb cili merah }
1 biji timun, dihiris 2.5cm & dipotong halus
140 g taugeh, dibuang ekor & dicelur
200 g isi ketam, jika suka
3 tangkai daun ketumbar
1 biji telur, dibuat dadar & dihiris nipis
100 g bawang merah goreng
100 g kacang tanah, digoreng & ditumbuk

Bahan Sos
200 g tepung gandum
200 g gula melaka, dihancurkan
330 ml air
sedikit garam
2 camt gula pasir
1 camt kicap pekat

Untuk membuat kulit.
Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.

Bahan Inti.
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan taucu dan udang, kacau hingga ia berubah warna. Bubuh sengkuang, kacau 3 min. Campurkan dengan bahan perisa. Tuangkan air, masak hingga mendidih. Masak hingga kuahnya tinggal sedikit. Bubuh pula tauhu. Angkat dan biar sejuk.

Untuk menggulung. Letak sekeping kulit popia di atas pinggan besar. Alas dengan daun salad, diikuti sos, cili merah dan inti sengkuang. Bubuh timun, taugeh, isi ketam, daun ketumbar, telur dadar, bawang goreng dan kacang tumbuk. Gulung kemas dan hiris sebelum disajikan.

Bahan Sos.
Goreng tanpa minyak tepung hingga keemasan. Ayak ke dalam mangkuk dan biar sejuk. Satukan semua bahan lain dan jerang hingga gula larut. Tapiskan sirap ini. Tuangkan sirap panas ke dalam tepung sambil dikacau tanpa henti hingga sos tidak bergentel.

IP : 218.208.35.125

hanieliza

16 . Dihantar pada 28hb Okt 2004 4.17:34 ptg   [Edit]
azad
terimakasih..
lama dah kak liza cari resepi buat kulit popiah ni..
memang kak liza nak cuba buat..

IP : 219.93.198.252

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "