Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Yg mana satu : oven atau microwave
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Yg mana satu : oven atau microwave
suzismi

1 . Dihantar pada 20hb Ogo 2004 4.16:25 ptg   [Edit]
nak tanya kwn2 kat mdc ni...
baru2 ni hubby offer nak belikan microwave/oven
dia suruh pilih salah satu...su pening dah nak pilih..
kwn2 boleh bagi komen sikit..antara 2 ni yg mana harus su pilih.s0
yg mana bagus ekkk...tolong ye..

IP : 203.106.198.172

ashra

2 . Dihantar pada 20hb Ogo 2004 5.12:52 ptg   [Edit]
kalau ash ar kan ash suke lagi oven elektrik tu drp microwave..senang nak handle,nak paham kalau nak buat cookies ke kek ker memang cantik menjadi..tak tahu la kat org lain camner kan..dari segi brand nak melaram ke boleh la pakai microwave tu heheh

IP : 203.78.194.18

nid

3 . Dihantar pada 20hb Ogo 2004 5.15:56 ptg   [Edit]
Kalau nid, nid prefer microwave....

IP : 203.121.49.5

cikciti

4 . Dihantar pada 20hb Ogo 2004 5.59:26 ptg   [Edit]
kalau microwave, nak masak kek pun kekadng tak jadi...susah sgt...
apa kata suzismi ambik dua2 sekali , beli la m/wave yg murah punya(just utk panaskan lauk)...ini cadangan je

IP : 202.184.211.193

ashra

5 . Dihantar pada 20hb Ogo 2004 6.06:34 ptg   [Edit]
CIKSITI
same le gan ash kalau buat cookies ker kek ke pakai microwave hitam legam le bende tu sume ekekeke takat nak pangang ayam atau panaskan lauk ok le

ker aku tak pandai guna microwave tu ekeke

IP : 203.78.194.18

zettyhani

6 . Dihantar pada 20hb Ogo 2004 6.55:50 ptg   [Edit]
Microwave convection mahal sikit dan boleh guna untuk bakar ikan, ayam dan segalanya dan juga boleh masak biskut atau kek. Yang ni kena belajar dari orang yang tahu.Macam-macam boleh dibuat hatta masak nasi pun boleh.

Oven pula, memang kita tau digunakan untuk apa. Akak beli satu microwave yang murah harganya dalam lingkungan rm 700 dan beli satu oven yang harganya dalam rm 300. Microwave akak guna untuk panaskan makanan especially dibulan puasa, masa sahur dan oven akak guna untuk buat kek atau biskut.

akak pun bukan reti guna m/wave utk buat benda lain selain memanaskan makanan.

Kalau rasa nak beli yang mahal rm 2000-3000, tak yah lah beli oven lagi.Jadi kenalah belajar betul2 guna m/wave tu supaya tak membazir 2,3 ribu tu.

IP : 218.111.2.90

asmaan

7 . Dihantar pada 21hb Ogo 2004 12.02:53 tghari   [Edit]
zetty

quote:
Microwave convection mahal sikit dan boleh guna untuk bakar ikan, ayam dan segalanya dan juga boleh masak biskut atau kek. Yang ni kena belajar dari orang yang tahu.Macam-macam boleh dibuat hatta masak nasi pun boleh.


kakak as ade benda tu tp tak reti nak guna pun... abis kuat pun panaskan makanan sahaja.

IP : 219.95.233.226

hanieliza

8 . Dihantar pada 21hb Ogo 2004 1.14:26 tghari   [Edit]
suzismi ...

kak liza rasa jika beli convectional microwave memang mahal..agak susah nak program/gunakan...kalau dah pandai..kira okey laa..ada gaya sikit laa...

kak liza beli even yg biasa jer dalam RM400 dan sekarang ni m/wave biasa pun dah murah..beli jugak satu..

oven senang nak bakar kek..cookies [dah nak raya ni kan..] bakar ikan..ayam.. daging....

microwave pulak mmg senang nak panaskan makanan [bulan posa ni]..
bab resepi m/wave..http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?12.0000000796

IP : 219.95.102.182

suzismi

9 . Dihantar pada 22hb Ogo 2004 01.02:40 pagi   [Edit]
thanks ye kwn2...mcm kata ciksiti senang2 ambik dua2 sekali.
su ingat nak beli oven dululah...m/wave tu kemudianlah..
terimakasih bnyk2 ok nah bunga

IP : 203.106.196.189

suzismi

10 . Dihantar pada 22hb Ogo 2004 01.04:25 pagi   [Edit]
hanieliza...
nnt kalau su dah ada m/wave bolehlah su cuba resepi tu ye..

IP : 203.106.196.189

maizana

11 . Dihantar pada 23hb Ogo 2004 11.47:16 pagi   [Edit]
quote:
nak tanya kwn2 kat mdc ni...
baru2 ni hubby offer nak belikan microwave/oven
dia suruh pilih salah satu...su pening dah nak pilih..


suzismi

Bagi I eloklah beli microware yang complete dengan grill dan boleh bake cake dan cookies. Sebab kalau beli yang basic...tak boleh nak buat kek atau panggang ayam...yang basic sekadar masak biasa..reheat kan makanan jer.

Masa nak membeli dulu..macam2 pandangan yang I terima..ada yang kata buat kek dalam micriwave tak cantik lah..cookies nanti terlalu kering lah. Tapi alhamdullilah dengan microwave tu lah..I boleh bisness Tart Nenas and almond cookies..pada raya tahun lepas, beli since 1999..sampai sekarang masih elok dan kelihatan baru.

Hari Sabtu lepas..I dan Laylyza (ahli MDC)..secara kebetulan...ikuti bengkel memasak menggunakan microwave...siap dia demo kan bagaimana nak buat dodol (part ni yang menarik)..betapa senang memasak gunakan microwave.

Kalau ada sesiapa nak ikuti Bengkel memasak menggunakan microwave..boleh call I..nanti I cuba arrange untuk Bengkel Memasak tu...tapi bayaran RM 10 dikenakan setiap peserta

IP : 202.190.80.250

mamanabil

12 . Dihantar pada 23hb Ogo 2004 12.18:22 tghari   [Edit]
suzismi..

u bodek kuat sikit.. beli dua sekali.. kan senang.. rasa nak masak guna oven... boleh.. nak tukar citarasa guna microwave pun boleh.. cam i... ada 2 sekali.. semua dapat present kahwin... tapi still dalam kotak tak guna lagi.. tunggu rumah siap.. sekarang nie hentam mak punyalah.. microwave..

IP : 61.6.163.24

cikciti

13 . Dihantar pada 23hb Ogo 2004 1.55:42 tghari   [Edit]
hari tu masa nak beli m/wave hubby kata beli la yg mahal..boleh buat panggang ayam ke bakar ikan ke...so beli la..last2 skg ni buat reheat je pas tu ada la cuba kukus ikan, masak stew(resipi k.liza :tq k.liza) itu je la...rasa membazir pulak...sbb kalau nak buat kek @ cookies guna oven...tula suzismi pikir betul2...
tapi kalau pandai guna m/wave berbaloi jugak beli...

IP : 202.184.211.193

cikciti

14 . Dihantar pada 23hb Ogo 2004 1.57:12 tghari   [Edit]
hari tu masa nak beli m/wave hubby kata beli la yg mahal..boleh buat panggang ayam ke bakar ikan ke...so beli la..last2 skg ni buat reheat je pas tu ada la cuba kukus ikan, masak stew(resipi k.liza :tq k.liza) itu je la...rasa membazir pulak...sbb kalau nak buat kek @ cookies guna oven...tula suzismi pikir betul2...
tapi kalau pandai guna m/wave berbaloi jugak beli...

IP : 202.184.211.193

maizana

15 . Dihantar pada 23hb Ogo 2004 2.10:18 ptg   [Edit]
quote:
hari tu masa nak beli m/wave hubby kata beli la yg mahal..boleh buat panggang ayam ke bakar ikan ke...so beli la..last2 skg ni buat reheat je pas tu ada la cuba kukus ikan, masak stew(resipi k.liza :tq k.liza) itu je la...rasa membazir pulak...sbb kalau nak buat kek @ cookies guna oven...tula suzismi pikir betul2...
tapi kalau pandai guna m/wave berbaloi jugak beli...

Itulah..sebelum membeli....kena belajar atau tengok demo memasak menggunakan microwave oven...bila dah tau..senang jer..menjimatkan masa..dapur pun tak kotor..pakai baju cantik2 pun boleh memasak..Apa kata kita buka satu topik..memasak menggunakan microwave..atau kita anjurkan bengkel memasak memasa menggunakan microwaveoven

IP : 202.190.80.250

cikciti

16 . Dihantar pada 23hb Ogo 2004 2.41:00 ptg   [Edit]
kak maizana,
ok jugak tu...apakata akak ajar kitaorg memasak pakai m/wave...

IP : 202.184.211.193

monica

17 . Dihantar pada 08hb Sep 2004 10.58:35 pagi   [Edit]
kak maizana,

Saya memang tengah ricky2 nak beli microwave, tapi type yg boleh guna utk grill, reheat, bake etc. kalu beli yg biasa2 nak kena beli oven gak, so amik space & membazir.
Boleh tau akak beli jenis apa, berapa pulak harga dia?????

IP : 218.208.18.131

whitecabai

18 . Dihantar pada 08hb Sep 2004 11.53:31 pagi   [Edit]
Kak Zana ...

menarik tuhhhh ... saya COP nak JOin sekalik... tapi Pliss buat awal tawun depan lah... atau lepas raya ker... saya dan nak terbesalin nih... hehheheheh ... Menghitung Hari bak lagu Kris Dayanti...

Saya dah ader Microwave .. hadiah kawen sampai 2 bijik... tak tahu la sehsuai ker idOk buat cookies atau kek.. mak mertua saya kata BOley... Ontah ler tak Ponah cuba.. biasa pakai utk reheat dan masak lauk yg pesen stim dan cemplong2 jek... sonang.. hehehhehe..

aku kalo boley nak masak sambal dan segala mak nenek yg tumis2 dalam microwave.. boley ker dok? hehhehehee.. tensen ler menumis mercik satu daPO berminyak... arrr...arrr manyak tensen... kalo tengok Online shopping tuh ader sejenis kuali ker piuk ntah yg tayah tumis... goreng kentang / telo pon tayah pakai minyak... kire bersih arr... tapi kite org melayu nih cam tak reti jek nak gune.. dah biasa sangat musti nak tumis ....

* Mesej ini telah diedit oleh whitecabai pada 08hb Sep 2004 11.59:43 pagi

IP : 202.184.114.253

hanieliza

19 . Dihantar pada 08hb Sep 2004 1.34:18 tghari   [Edit]
kaka liza masak jenis tak tumis pun dalam micro gak..
aada gak cuba yg tumis.cuama asik kena keluar masuk jer mangkuk tu..
but now dah ramai anak..tak bolehlah nak gumakan mangkuk jer..
kena pakai periuk beso tu dah..
kalau tidak asik duduk kat dapur jer pagi dan petang..

IP : 219.93.198.90

monica

20 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 11.46:07 pagi   [Edit]
kak maizana,

Akak beli microwave oven yg amway punya ker? if saya x silap yg boleh guna utk grill, bake, reheat etc tu harga di rm 1800+++, but ada yg lagi 1 type rm899, boleh buat roti.

Kalu x beli dari amway pun, boleh bagitau saya jenis apa & berapa lak harganyer, tengah buat survey, kalu ada rezeki lebih nak beli....

IP : 218.208.18.131

NoorMasri

21 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 5.52:10 ptg   [Edit]
Noor pernah buat sate masak dlm microwave. Ok gak.

Noor pernah guna panasonic combination microwave (grill + oven) beli kat sini dlm 170 lebih. Lepas setahun lebih pakai fius terbakar kot, nak gi baiki org kedai tu kata kos baiki dgn beli baru hampir sama so belilah pulak Combination gak jenama sharp harga lebih kurang cam tu gak...ok lah sampai sekarang. Pernah masak dodol dlm microwave, mmg sekejap je masak.

Cuma satu je lah leceh grill sate atau ayam dlm microwave kesan percikan tu payah nak tanggal..nak cuci dgn kain/span basah mana boleh. Lap skit2 bolehlah.

Kalau beli combination nak masak pizza & baking pun boleh. Dia akan berfungsi macam oven + fungsi microwave utk cepatkan masakan. Kalau beli microwave combination selalu depa bagi buku resepi tapi oleh krn Noor beli microwave kat sini resepi pun stail omputeh lah..

* Mesej ini telah diedit oleh NoorMasri pada 09hb Sep 2004 5.54:00 ptg

IP : 195.92.67.76

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "