Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> RESIPI: : BAGAIMANA BUAT BERGEDIL KENTANG/DAGING?
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : RESIPI: : BAGAIMANA BUAT BERGEDIL KENTANG/DAGING?
Liz_Dee

1 . Dihantar pada 22hb Jul 2004 2.46:39 ptg   [Edit]


Bagaimana nak buat bergedil kentang/daging?


Liz pernah buat, tapi semacam rapuh la.. Pastu rasa mcm hangus/pahit la..

Bergedil Kentang & Daging
Kiriman: Norizan Razali
Sumber: Sendiri
Hits: 7601 Rating: 9.61 Review: 3 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:
6 biji kentang
kilo daging cencang
1 biji bawang besar - di cincang
sedikit daun sup - di hiris
sedikit lada hitam - di tumbuk halus
sedikit garam
2 biji telur - di pukul
minyak yang secukupnya untuk menggoreng


Cara:
Panaskan minyak di kuali. Kentang di buang kulit dan di belah ikut suka. Goreng kentang selama 10 minit,angkat dan toskan.

Bila telah sejuk, tumbuk atau lecek kentang tersebut hingga lumat. Kemudian masukkan daging cencang, bawang, daun sup, lada hitam dan garam. Gaulkan. Buat bulat-bulat dan celupkan ke dalam telur dan bolehlah di goreng hingga kekuningan.
Cadangan Hidangan:
Sedap di makan bersama-sama nasi,soto atau mee sup.

* Tolong la, sbb liz nak buat ni utk mom in law this weekend. Dia tgh sakit tu so kena masak makanan bersup.

IP : 202.75.160.254

nurafieza

2 . Dihantar pada 22hb Jul 2004 4.02:12 ptg   [Edit]
Liz,

Eiza lihat...resepi ni sepatutnya dah ok dah...cam ner bleh rapuh lak...

Agaknya liz goreng kentang lama sangat....goreng dgn api perlahan..jangan potong kentang terlalu nipis...tebal skit...goreng sampai empuk / gebu...

IP : 219.94.62.118

sriputri

3 . Dihantar pada 22hb Jul 2004 4.15:39 ptg   [Edit]
Liz

Kalau sri buat sri suka rebus je kentang tu... daging tu pulak masak dulu... selalunya sri tumis bawang putih, bawang merah dgn biji ketumbar yang dah ditumbuk dulu, dah naik bau masukkan perencah sup yg dah dibancuh sket, masukkan daging yang dipotong kiub... takyah potong kecik sangat pun takpe... masukkan air sket... biar sampai air kering dan daging dah agak2 masak... angkat daging, blenderkan daging tu... lepas tu campur dgn kentang dan bahan2 lain dan proses seterusnya sama je la dgn resepi liz tu... masa goreng tu tak payah goreng lama2 sangat... sbb daging dlm tu pun dah masakkan... cuba la...

IP : 202.188.101.219

yatideen

4 . Dihantar pada 22hb Jul 2004 4.21:54 ptg   [Edit]


resepi kat atas tu dah ok dah
tapi kalau tak nak rapuh/berderai..
taburkan sedikit tepung gandum ke dalam adunan tu, gaul rata
tapi jangan banyak sangat tepung tu..agak2 ler, nanti keras plak..

IP : 219.95.189.204

Liz_Dee

5 . Dihantar pada 22hb Jul 2004 4.31:05 ptg   [Edit]
Tq semua..

Ada setengah resepi daging dan kentang dikisar.. Camne tu?

IP : 202.75.160.223

yatideen

6 . Dihantar pada 22hb Jul 2004 4.34:51 ptg   [Edit]


kalau ikut saya, daging tak perlu dikisar dan tak perlu direbus
kalau direbus dan dikisar, akan tambah berair, zat pun dah kurang
hanya potong nipis2 dan hiris kecil2
kentang pula di tumbuk atau dilecek

* Mesej ini telah diedit oleh yatideen pada 22hb Jul 2004 4.36:32 ptg

IP : 219.95.189.204

irdhani

7 . Dihantar pada 22hb Jul 2004 4.40:37 ptg   [Edit]
Dhani pernah buat dan jadi rapuh...
mak kata, sebab kentang dia kurang berbanding bahan lain...
Dhani buat lagi, kali ni lebihkan kentang...
dan memang dia tak rapuh lagi...
make sure gak, kentang tu direbus (lebih lembut dari digoreng)...

IP : 203.115.226.151

hanieliza

8 . Dihantar pada 22hb Jul 2004 6.10:54 ptg   [Edit]
Kak liza selalu gak buat untuk dimakan ngan sup or soto
kekadng tu makan camtu saja..

pegedil daging

bahan
500 gm kentang....rebus dan hancurkan
100 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng

Cara..
1. Gaulkan semua bahn kecuali telur.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupan kedalam telur yg dipukul.
4. Gorengkan dalam minyak.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto

* Mesej ini telah diedit oleh hanieliza pada 22hb Jul 2004 6.11:24 ptg

IP : 219.95.97.76

NoorMasri

9 . Dihantar pada 22hb Jul 2004 9.41:49 mlm   [Edit]
quote:
Bahan-Bahan:
6 biji kentang
kilo daging cencang


Banyak sgt daging nya tak berbanding dgn kentang, tu pasal jadi rapuh.

Selalu Noor buat sama cam resepi Liza Dee (kuantiti daging/kentang tu biasanya Noor main campak2 jer, agak2 je) cuma bezanya Noor letak bawang goreng bukan bawang besar mentah(lagi sedap rasanya, bau pun harum jer) dan daging cincang tu masak dulu (just letakkan daging cincang dlm kuali sekejap tanpa taruk apa2, nanti kuar air daging tu dan masak sekejap)
Kalau tak mau rapuh/berderai boleh letakkan telur skit dlm adunan ( fungsi telur ni akan melekatkan adunan), ini kawan Noor kat sini yg ajar cam tu.

So masa goreng tak perlu goreng lama2 sbb semua bahan dimasukkan dah masak. Kalu goreng lama2, telur yg tersalut diluar tu mudah hangit tu yg buat pahit kot.

Kentang kalau di rebus nanti kita nak kepal2 kan bergedil tu payah skit sbb ianya lembik tapi kalau kentang tu digoreng senang skit nak dikepal sbb kuantiti air dlm adunan kurang. (Berdasarkan pengalaman Noor buat bergedil mula2 guna2 kaedah kentang direbus tapi akhirnya lebih suka kentang digoreng dulu setelah tahu teknik ni)

IP : 195.92.67.76

sriputri

10 . Dihantar pada 23hb Jul 2004 01.32:00 pagi   [Edit]
Yang sri buat tu sebenarnyer letak air tu sebab tak nak bende yg tumis tu hangus je... takle letak banyak mana pun sikit je... bagi ada air supaya tumisan tak hangus... bila dah masuk daging tu pun nanti air mmg la keluar tapi lambat... sementara nak tunggu tu kang terhangit pulak... tapi sri mmg setuju kentang kena banyak dari daging... nanti dia jadi lembut dan sedap... lepas tu telur tu pun sri letak gak sikit dalam adunan... dia berfungsi macam gam la...
Betul ke kentang tu goreng lagi senang Noor... kalau camtu boleh try goreng pulak la kentang tu...

IP : 210.195.36.153

eternal_beau

11 . Dihantar pada 23hb Jul 2004 02.59:40 pagi   [Edit]

satu lagi cuba goreng kentang guna deep fryer(sesapa yang ada la) lagi cepat masak dan tak berminyak...kentang bagus di goreng dari rebus...

IP : 82.41.68.58

eternal_beau

12 . Dihantar pada 23hb Jul 2004 03.07:08 pagi   [Edit]
samabungan
satu lagi biasanya pergedil ni kita makan dgn. supkan ,kalau saya suka buat bawang goreng sendiri pakai onion,(kat sini shallot/b.merah tu susah nak cari) sebelum tu gorengkan onion ( utk. buat bawang goreng la ) pas tu minyak dia saya gunakan utk. goreng pergedil....sedap dan wangi baunya... selamat mencuba

IP : 82.41.68.58

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "