Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Resepi : Makanan bayi umur 1 tahun
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Resepi : Makanan bayi umur 1 tahun
pingu

1 . Dihantar pada 15hb Mac 2004 2.13:14 ptg   [Edit]


Pingu ada anak umur nak masuk 1 tahun esok (16/03). Anak Pingu ni lelaki nama Muhammad Harith Haikal.

Yang menjadikan Pingu "kelam kabut" sikit ialah tentang pemakanan anak Pingu ni...bukannya apa , Haikal ni nampak macam agak cerewet sikit tentang makanan dia...kalau yang suka tu tak sempat nak suap...kalau yang dia tak suka...siap sembur-sembur lagi... Pastu Haikal ni pulak cepat jemu...kalau selalu sangat bg makanan yang sama , mula la buat muka boring dia tu...

Di sini Pingu nak minta bantuan dari segi pendapat camna nak atur makanan dia (pagi, tghari, malam) dan yang paling penting kalau kawan2 yang lain boleh kongsi idea resepi-resepi makanan bayi ni... Utk pengetahuan semua Haikal ni cukup suka makan makanan berasaskan nasi.....

* Mesej ini telah diedit oleh pingu pada 15hb Mac 2004 2.15:56 ptg

IP : 202.58.80.14

mamanisa

2 . Dihantar pada 15hb Mac 2004 3.23:44 ptg   [Edit]
err saya pun nak jugak sebab nisa pun macam jemu jer asik-asik bubur nasi.

IP : 219.95.149.97

Melurputih

3 . Dihantar pada 15hb Mac 2004 3.32:47 ptg   [Edit]


Cubalah resipi ni...
1. Bubur daging minyak sapi
Tumis bawang kecil & bawang putih, gunakan minyak sapi, masukkan daring yang dipotong dadu, masukkan air secukupnya setelah daging agak empuk, masukkan beras yang telah ditoskan.
Masukkan juga lobak merah dan kentang yang dipotong dadu kecil. Didihkan dgn api yang kecil. setelah agak masak, barulah dimasukkan garam sedikit dan sedikit gula.



IP : 204.79.89.3

maizana

4 . Dihantar pada 15hb Mac 2004 4.25:01 ptg   [Edit]
RASANYA TAK SUSAH NAK BAGI ATAU MENYEDIAKAN MAKANAN ANAK.

Kalau I.. u masak bubur..kemudian garingkan (sangai) ikan bilis ..blend banyak2.. setiap kali nak bagi baby makan..campurkan dengan ikan bilis serbuk. Bubur tu.. tak payah letak garam..sebab ikan bilis tu dah masin.

Tak pun.. ambil nasi...air panas..campurkan sayur..daging..blend dalam blender.

Biasanya I bagi anak makan..waktu sarapan..I bagi makan cereal... tengahari baru i bagi bubur..dan petang I bagi biskut farley...

IP : 202.190.80.250

NoorMasri

5 . Dihantar pada 15hb Mac 2004 11.49:03 mlm   [Edit]

Hai Pingu..cuba u bagi baby u makan karot kukus. Karot tu dipotong2 panjang mcm kentang goreng (fries tu) kemudian masukkan dlm pengukus..kukus sekejap jer..bila dah lembut. Anak I suka makan karot kukus ni..manis je rasanya. Karot ni boleh dijadikan snek utk baby.

IP : 195.92.67.76

pingu

6 . Dihantar pada 17hb Mac 2004 1.24:32 tghari   [Edit]


Minta maaf la sebab tak menjenguk sini...bz sket...anyway terima kasih sumer...

Melurputih

Ok jugak...Pingu dah selalu buat..ari2 makan bubur masuk sayur (karot + ubi kentang) dan juga daging/ayam.Haikal memang suke tapi kalau ari2 tak jemu ker..?

Maizana

Itupun dah Pingu buat...kekadang tu siap bagi makan nasi (tak lenyek) ngan sup lagi....boleh abis 2 mangkok...
Pagi2 sarapan memang Pingu bagi makan cereal...tghari nasi/bubur , petang terus makan nasi sebab Pingu balik keje lewat.. cuba jugak bagi roti farley, dulu memang suka sekarang dah tak lagi...

NoorMasri

hmmm..ok jugak...tak pernah la Pingu cuba dengan karot..kalu ubi kentang tu selalu jugak la...ubi kentang tu...Pingu guna fries ajer....

* Mesej ini telah diedit oleh pingu pada 17hb Mac 2004 1.31:58 tghari

IP : 202.58.80.14

hemobikbik

7 . Dihantar pada 17hb Mac 2004 1.36:55 tghari   [Edit]
Pingu,

kengkadang malas nak masak bubur, hemo kasik anak hemo makan pasta. sebab dia pun dah pandai kutip & masuk mulut, so jadi mcm game utk dia tang makan. hemo selalu buat dua batch, 1 utk hemo suapkan & 1 hemo letak kat atas tray dia. sos dia, improvise resipi sos spaghetti aje... kasi sesuai utk budak kecik.

IP : 202.189.55.141

buy5n675

8 . Dihantar pada 18hb Mac 2004 06.54:26 pagi   [Edit]
anak buy masa nak masuk umur setahun masa lunch dan dinner buy beri dia makan bubur nasi beserta dengan apa saja yang buy hidang untuk keluarga untuk hari tu kecuali yang pedas-pedas. bezanya cuma makanan tu buy potong kecil-kecil. masa breakfast selalunya buy selang-selang bagi oatmeal, cream of rice, sooji atau nestum dicampur dengan susu penuh krim. untuk snek pagi dan petang bagi dia mashed banana atau ubi keledek rebus/kukus(kalau dapat ubi keledek yang isinya warna orange tu lagi bagus sebab banyak beta carotene) atau labu air rebus/kukus yang dah dilenyek. kalau nak tambah madu dan serbuk kayu manis sikitpun okay. buy cuba elak bagi anak buy makan makanan yang manis-manis macam farley's rusks (29% gula! tak berapa elok untuk toddlers)

IP : 12.158.24.18

mamanisa

9 . Dihantar pada 18hb Mac 2004 10.34:32 pagi   [Edit]
Ni ada satu resepi.
Sup campur kacang panggang
1/2 tin kacang panggang
Ilabu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang carrot di dadukan
1/2 cawan daging cincang
1 biji kentang didadukan
sedikit garam
2 sudu minyak untuk menumis
1 cawan air

cara-cara
Tumis bawang besar dan bawang putih yg sudah dicincang. Biar garing.Masuk carrot dan kentang. Didihkan bersama secawan air. Masuk pula daging cincang. Renih sampai empuk then masuk kacang panggang. Rasakan garamnya ( kalau dah cukup masin takpayah ler tambah garam lagi) Biar mendidh.

Biar hingga suam-suam kuku, then blender.( kalau sukalah)
Boleh buat sos untuk cicah roti putih atau di makan dgn bubur kosong. Atau pun kalau anak suka, biar dia hirup gitu jer. Lagi best. ( rasa lebih kurang sup campbell tu kot)


Resipi ni saya import dari member,belum try lagi pun..hehahe..


IP : 219.95.148.228

sueez

10 . Dihantar pada 18hb Mac 2004 3.23:25 ptg   [Edit]
. ok gak resipi2 yg korang berikan. tapi cam aku ni tak der masalah nak masak makanan utk bby. masalah nya bby aku ni tak nak makan dah macam2 aku masak. kalau suap langsung tak nak buka mulut. nak suap sendiri. taulah kalau dia pegang sudu sendiri bkn masuk dlm mulut tumpah keluar yg byknyer.kalau yg aku suap dah masuk mulut dia leh keluarkan balik dah yg dah jatuh tu dia kutip masuk mulutnya. tensyen tul aku. cam ner nak bagi dia makan haha korang ader pendapat tak?

IP : 219.93.8.8

buy5n675

11 . Dihantar pada 20hb Mac 2004 00.02:21   [Edit]
Memang la sueez, kengkadang nak bagi makan anak macam nak pegi perang. kena siap alas plastik kat lantai , kena sarung baju hujan, siap tuala nak lap muka bila kena sembur, macam-macam lagi. budak umo ni banyak main dari nak makan! anak buy kalau dia nak main, buy biar dia main asalkan masuk 4-5 sudu makan ke dalam mulut dia. kalau dia nak kutip dari lantaipun buy biar asalkan dia makan. sebab tu buy lapik plastik bersih keliling meja makan dia, boleh masuk washing machine lepas makan. kalau dia nak cuba suap sendiri, bagi je sudu kat dia. kitapun pegang sudu sendiri. time dia buka mulut nak suap sendiri kita cepat-cepat suap makan masuk mulut dia. lagi satu trick buy letal makanan dia dalam pinggan orang dewasa. buy letak makanan yang buy nak makan sikit pas tu makan sesambil suap mulut anak. dia ingat dia makan makanan orang dewasa. kengkadang budak-budak umo ni dia nak makan apa yang tak ada kat pinggan dia. nak rasa apa yang ada kat pinggan mak dan abah dia! sekarang anak buy dah masuk 2 tahun. dah tak berapa susah sangat nak bagi dia makan. lunch time, kalau dia kat rumah dengan buy kami main masak-masak dua beranak. dia bagi makan anak patung dia, buy pulak bagi dia makan. kalau tidakpun kami main game, dia kena makan paling kurang 5 sudu. Tiap habis satu sudu buy tarik dia keliling rumah atas basikal dia (dia nak kayuh sendiri kaki lom sampai pedal!). untuk snek buy letak je jenis-jenis digestive cookies, hirisan buah, keju atau putih telur rebus dan jus buahan kat dulang dia. bila dia rasa lapar dia datang ulang ke meja snek dia. So far ni selera dia okay. Ada le sekali-sekala dia buat perangai tak mahu makan. But most of the time she is a good eater.

IP : 12.158.24.18

Lynnda

12 . Dihantar pada 20hb Mac 2004 11.20:59 pagi   [Edit]



hehehehe.. baca citer korang... cam susah bebenor nak bg anak makan ekkkk.... ehehehehhe.. tingat masa kekecik lynnda suapkan adik2 makan.... nasib la adik2 tak leceh tang makanan... syaratnya satu jer, kena mintak along dia suap pakai tangan...

IP : 218.208.18.131

sueez

13 . Dihantar pada 23hb Mac 2004 10.58:52 pagi   [Edit]
BUY5
adussssssssssssss.. dah tak taunak buat per ngan anak I yg sorang ni langsung tak mo mkn. Tensyen tul. dah macam2 i try. kalau bagi mkn dia nak suap sendiri, tapi bukan suap kemulutnya, dia suap lak kat mulut I, bila I suap dia lansung tak nak buka mulut kalau tak pun dia meradang habis dibalingnyer. Suap ke luar yg byknyer tabur-tabur. kalau yg i suap dah masuk mulut pun dia luah semula. FFFening tul. dua hari, tiga hari tak mkn aper, cuma susu jer. Bila nak besar kalau cam nie, tapi lasak yg amat. Entah lah... ader idea lain ker?

IP : 219.93.8.5

mamanisa

14 . Dihantar pada 24hb Mac 2004 11.33:03 pagi   [Edit]
Baby kalau dah mula aktif biasa la ,mulah kurang nak makan sebab dia dah seronok nak explore sana sini. Cuba tukar menu bagi colouring skit.Pastu buat macamiklan dypers tu,buat bentuk pokok, dinosor ke arnab ker.. kira macm makan for fun la ni.Kot baby you seronok nak makan nanti.. Try le

IP : 218.208.238.247

buy5n675

15 . Dihantar pada 25hb Mac 2004 00.42:52   [Edit]

sian sueez. bagi makan anak ni kena banyak bersabar dan trial and error.
since anak sueez suka minum susu sueez tak de cuba campur bijirin lain kat dalam susu dia? berapa umo anak sueez? doktor ada komen apa-apa pasal berat badan dia? kalau dr kata berat dia ok untuk umo dia, buy rasa sueez tak perlu bimbang sangat. pasal anak sueez suap tak masuk mulut tu biar je la. lama-lama dia akan master jugak teknik menyuap sampai masuk dalam mulut dia. let anak sueez take his/her time makan. anak buy ada satu masa tu semua benda nak cicah dengan ketchup. buy biar je dia cecah roti dengan tomato ketchup atau chicken breast dengan peanut butter, asal dia makan sikit - kombinasi makanan dia kengkadang buat buy sendiri nak muntah! kalau ada kanak-kanak lain yang sebaya dengan dia, sekali-sekala ajak datang makan sama-sama, mungkin bila dia tengok kanak-kanak lain makan dia akan ikut makan sama. good luck sueez. jangan give-up. most of all, jangan bagi anak nampak yang perangai dia tak suka makan tu is driving you nuts. nanti dia lagi suka sebab he/she thinks she can get a reaction dari kita. he/she thinks being a picky eater is getting him/her a lot of attention from you. buat rileks je. kalau dia tak nak makan after a while, just remove the food away from her. anak buy kalau buy tengok dia main-main je kat meja makan, buy nanti kata, "you are done" dan terus angkat dia keluar dari kerusi makan dia. she understand the rule is "if you want to be at the dinner table, you have to eat".

IP : 12.158.24.18

pingu

16 . Dihantar pada 25hb Mac 2004 1.38:28 tghari   [Edit]


Terima kasih atas kesudian anda semua membantu Pingu dalam kekalutan Pingu mencari-cari resepi yang sesuai untuk hero Pingu yang sorang tu.

Ribua kemaafan Pingu pinta sebab tak dapat nak balas mesej semua buat masa ni sebab Pingu sekarang tgh sibuk dengan Program Khidmat Negara , jadi Jurulatih modul Kenegaraan. Insyaallah bila berkelapangan nanti Pingu balas kay...

namun begitu Pingu harap kengkawan sumer tak serik nak sumbangkan menu2 yang berkhasiat dan juga menarik untuk kita berkongsi bersama.

Wassalam.

IP : 202.58.80.14

pingu

17 . Dihantar pada 25hb Mac 2004 1.39:16 tghari   [Edit]


Terima kasih atas kesudian anda semua membantu Pingu dalam kekalutan Pingu mencari-cari resepi yang sesuai untuk hero Pingu yang sorang tu.

Ribua kemaafan Pingu pinta sebab tak dapat nak balas mesej semua buat masa ni sebab Pingu sekarang tgh sibuk dengan Program Khidmat Negara , jadi Jurulatih modul Kenegaraan. Insyaallah bila berkelapangan nanti Pingu balas kay...

namun begitu Pingu harap kengkawan sumer tak serik nak sumbangkan menu2 yang berkhasiat dan juga menarik untuk kita berkongsi bersama.

Wassalam.

IP : 202.58.80.13

hananHanani

18 . Dihantar pada 01hb Jun 2007 5.45:02 ptg   [Edit]

kak buy (eh tak pe panggil kak)..hanan punya masalah sama cam sueez tu..hanan ada anak umur 11 bulan lebih..baru2 ni dia demam..tp dh baik dah.alhamdulillah.cuma skrg yg buat hanan pening fikir tiap2 hari kenapa dia susah sgt nak makan.dah 2hari dia tak makan makanan bergizi.hanan buatkan bubur campur ubi kentang untuk dia tp dia buang bila dah masuk mulut.bagi roti yg sebelum ni favourite dia pun tak nak..bagi biskut pun tak nak.semua benda dia taknak.aduh susahnya hati hanan fikirkannya..dahlah sekarang hanan tgh exam..lagi satu masalah dia susah nak tidur..selalu dia paksa diri dia tak tido malam.macam mana ye?

IP : 196.202.18.59

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "