Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> OVEN: : OVEN MURAH TAPI ADA KUALITI? BRAND APA?
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : OVEN: : OVEN MURAH TAPI ADA KUALITI? BRAND APA?
Liz_Dee

1 . Dihantar pada 16hb Feb 2004 5.14:42 ptg   [Edit]


Hai kawan2...
Liz ni minat sgt nak buat cookies.. cake tak berapa.. Lain la auntie liz dah mmg expert buat cookies.

So liz ingat hari raya tahun ni nak buat cookies sendiri.. especially kuih tart dan almond london dan kuih sugee tu.... mmg gila abiss la..

Tapi liz nak tanya sblm beli Oven baru, liz nak tanya jenama apa yg paling bagus tapi murah. Sesuai la utk liz yg permulaan ni.
Ada org kata Jenama Butterfly Rm70+ jer. Tak tau la liz. Tolong bg idea ek...
Thank you...

* Mesej ini telah diedit oleh Liz_Dee pada 16hb Feb 2004 5.17:03 ptg

IP : 202.75.160.166

hani_ls

2 . Dihantar pada 16hb Feb 2004 5.41:50 ptg   [Edit]
dulu..masa zaman tak banyak duit..mmg guna oven itam tu..(butterfly la tu..)ala..yang kena guna dapoq gas untuk membakar...mmg bagus...biskut masa elok atas bawah..samapi buat jual guna oven tu..
bila dah berduit sikit...tukaq pakai molinex..yang letrik punya...pun bagus jugak...dah 7 tahun pun..tak rasa nak tukaq ovon lain...tapi rega dia mahi la sikit...rm300+ kalau tak silap...

IP : 147.128.2.36

ashra

3 . Dihantar pada 17hb Feb 2004 1.46:25 tghari   [Edit]
haah cam kak hani ar dulu kai oven butterfly yg kale
itam tu kan hehehe..skang ni pakai oven letrik pensonic
baru seratus lebih..so far ok

IP : 203.78.194.18

Liz_Dee

4 . Dihantar pada 17hb Feb 2004 4.28:18 ptg   [Edit]
bukan ke yang RM100 tu kecih dah leper je. Mcm tak leh masuk kek je. hehe. nak cuba beli yg electric la. Sbb Dapur gas panas.

IP : 202.75.160.166

blossom

5 . Dihantar pada 18hb Feb 2004 10.13:11 pagi   [Edit]
Liz

Utk raya last yr saya beli electric oven brand SHARP rege lebih kurang dlm RM180++. Alhamdulillah ok menjadik kuih raya sebanyak 10 jenis(excited punya pasal nak cuba buat kuih raya).

IP : 219.95.20.56

Liz_Dee

6 . Dihantar pada 18hb Feb 2004 10.40:03 pagi   [Edit]
blossom .. cake boleh masuk tak?

IP : 202.75.160.166

maizana

7 . Dihantar pada 18hb Feb 2004 11.02:37 pagi   [Edit]
Oven Pembuat Roti Noxxa



Begitu serba guna! Menggabungkan ciri-ciri pembuat roti, oven elektrik dan pembakar roti, nikmati terus roti, biskut, kek dan pastri, daging panggang/gril, sayuran dan roti bakar selepas membuatnya

Fungsi Pembuat Roti
Membakar roti yang beratnya sehingga 2 paun
12 program (8 menu roti / 1 kek/ 2 doh / 1 menggaul)
Fungsi pelewat masa sehingga 13 jam, membolehkan anda preset pembuat roti untuk mendapatkan roti yang segar pada keesokan paginya.
Pilihan bagi mengguna dulang roti untuk membuat roti, fungsi doh bagi menguli doh untuk roti/pizza/pasta atau fungsi menggaul bagi menggaul beter kek/biskut
Fungsi Oven Elektrik
Program memanas dahulu
Program membakar : masa 4 jam
Program Memanggang/Menggril : masa 1 jam
Dengan termostat yang boleh diubahsuai dengan julat suhu dari 40-260C untuk program Memanas Dahulu/Membakar
Fungsi Nyahfros
Fungsi Menghangatkan
Fungsi Membakar Roti
Membakar 2 atau 4 keping roti dengan pilihan tekstur cerah, sederhana, gelap
Guna untuk memerangkan hiasan atas makanan
Pilihan untuk menggunanya bagi membuat roti telur goreng dan telur goreng separuh masak
Spesifikasi
Kapasiti : 17.6
Pembuat Roti : 650W
Oven Elektrik : 1500W
Motor Penguli : 100W
Berat : 24lb
Dimensi (LxPxT) : 24in x 15in x 16in

Harga : Kalau tak silap dalam RM 500++..

IP : 202.190.80.250

maizana

8 . Dihantar pada 18hb Feb 2004 11.07:13 pagi   [Edit]
Ni lagi satu

Ketuhar Gelombang Mikro Asas SHARP R348F



Peralatan penting untuk semua barangan di rumah.
Begitu mesra pengguna. 1100W, ketuhar gelombang mikro asas yang kapasiti 34 liter yang luas untuk keluarga yang sibuk.
Ia pantas. Ia mudah diguna. Ia bersih. Bagus untuk setiap rumah moden.

Fungsi

34 liter
1100W (gelombang mikro) dengan 5 tahap kuasa
Kekunci Sentuhan dalam B.Inggeris & Cina
Penggera
Kunci keselamatan Kanak-kanak
Nyahbeku Pantas
11 Menu Memasak Auto
4 Menu Memanas Semula
Memasak Perlahan
On Line Chef
Masak Segera/Mula
Memasak automatik: Masa memasak dipraprogram untuk penggunaan yang mudah dan senang.
Menu Memanas Semula: 4 menu untuk memanaskan semula sup, minuman, roti dan pastri.
Memasak Auto: 11 menu untuk memasak nasi atau bubur, ikan kukus, kentang bakar, daging atau sayuran kukus.
Nyahbeku Mudah: Untuk menyahbeku makanan beku sekejap sahaja dibandingkan dengan masa yang diperlukan.
Masak Perlahan: Bagus untuk stew, merenih dan membru.
Kuasa Output: 1100Watt, satu daripada model ketuhar gelombang mikro asas yang paling berkuasa.
Panel Sentuhan: Arahan dalam B. Inggeris & Cina.
Fungsi Lebih/Kurang: Membenarkan anda menyelaraskan masa memasak untuk fungsi-fungsi Memasak Auto,Memanas Semula dan Nyahbeku Mudah.
Kunci Keselamatan Kanak-kanak: Membolehkan anda mengunci oven apabila tidak diguna.
Dimensi Luaran : 520(L)x302(T)x436(D)mm
Dimensi Kaviti:347(L)x227(T)x399(D)mm
Dimensi Piring Putar:335mm
Berat: 17kg
Bahagian Dalam : Bahagian bersalut enamel
Tahap kuasa : 5
Waranti: Waranti satu tahun terhadap kerosakan pengilangan.
Untuk kegunaan rumah tangga sahaja. Bukan untuk kegunaan komersial/industri.

Harga : 600 ++

IP : 202.190.80.250

blossom

9 . Dihantar pada 18hb Feb 2004 11.19:42 pagi   [Edit]
Liz,

Cake...tersangatlah bolehnya.....muat...bentuknya oven ni lebih kurang mcm microwave dan besarnya pun sama jer....jgn pulak beli toaster oven...haa yg tu yer kecik takleh masak cookies n cakes.

Ala Liz...u gi jer survey kat kedai2 elektrik tengok camana..then baru decide nak beli yg mana..

IP : 219.95.20.56

ashra

10 . Dihantar pada 18hb Feb 2004 11.27:07 pagi   [Edit]
tula liz jgn igt oven 100++ nih tak boleh buat kek
kalu tak bole takde le kitaorg beli..aparaaa hehehe

IP : 203.78.194.18

si_sutra

11 . Dihantar pada 20hb Feb 2004 6.06:59 ptg   [Edit]
Maizana

Okay jugak oven tu sbb all in one.tapi rega nye memang sekurangnye rm500 ke atas ke?tahan lama tak.antara sharp ngan roxxa tu mana lagi bagus?sesetengah org kata kalau semua sekali senang rosak.sutra kalau boleh nak all in one senang beli sekali je semua benda bole buat

IP : 202.190.180.200

Liz_Dee

12 . Dihantar pada 21hb Feb 2004 08.46:07 pagi   [Edit]
kak zana, budget takde la tinggi gitu.
Sbb ni baru beli rumah, nak pindah nak beli brg itu ini, nak renovate apa sumer..

Cuma nak yg murah sikit sbb I'm beginner so taknak mahal2. Takut tak guna pulak function byk2 tu.

Maybe liz nak try yg below RM200. Thnx

IP : 202.75.160.168

putrii

13 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 10.42:48 pagi   [Edit]
bole tolong saya tak apa jenis mangkuk untuk masuk kan dalam microwave dan nak beli kat mana tolonglah

IP : 202.184.17.249

maizana

14 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 11.37:19 pagi   [Edit]
Semalam I jalan2 kat JJ Alpha Angle...tengok2 lah jugak oven..mana2 yang murah. I memang dah ada..microwave oven jenis National (convection)..masa beli tahun 2000..masa tu..RM 1999. Tapi I puas hati pakai..sebab besar..boleh buat macam2.. I buat Kuih Tart..bakar roti..buat kek..semua pakai oven ni.

Tapi kalau u all nak budget murah...ada jugak..macam blossom kata tu..RM 180++..memang ada..tapi kan..my personal point of view...kecik lerrrr. Kalau buat kuih raya..100 pices tu..jenuhlah menunggu... rasanya 1 kali bakar..boleh isi..10-12 keping kuih.

si_sutra
Kak Zana rasa Noxxa tu lagi ok... sebab dia boleh panggang ayam..buat cookies...boleh buat roti lagi..tak pernah try lagi (sebab dah ada oven)..tapi tengok cousin pakai..nampai ok jer... selalunya i pergi rumah dia..dia eksen dengan roti dia..

Liz_Dee
Kalau tak cukup budget..apa kata u all buat sistem kutu...tak payah ramai2..buatlah 5 orang ke... dapatkan 1 oven yang sesuai untuk jangka masa panjang.

IP : 202.190.80.250

Liz_Dee

15 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 12.00:32 tghari   [Edit]
Takpe kak zana, maybe July ni dpt duit share. mintak2 saham naik la..

Maybe liz beli yg murah sikit dulu.

Tak pernah main kutu la.

IP : 202.75.160.168

ella973

16 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 12.03:00 tghari   [Edit]
2 tahun lepas I ada beli oven elektrik jenama pensonic. murah je, lebih kurang RM139. mana-mana hypermarket/kedai letrik ada jual. I rasa oven nie sesuai bagi mereka mempinyai budget kecil. walaupun murah kualiti dia bagus. nak baking kek pun boleh,tapi yg paling penting sesuai utk mereka yg budget kecil.

IP : 219.93.8.16

blossom

17 . Dihantar pada 24hb Feb 2004 12.12:10 tghari   [Edit]
Utk mereka yg bajet kecik rasanya ok beli yg below RM200. So far electric oven yg saya beli tu blom lagi mengecewakan.
Lagipun masa saya buat kuih raya thn lepas...utk dptkan 100 biji tu takdelah kena bakar byk kali...sbb dlm oven tu ada 3 tingkat so ikut suka nak bakar 1-2-3 dulang skali bakar..tp dr pengalaman saya...utk satu dulang tu boleh bakar dlm 20 biji...so kalu guna 2 tingkat dah boleh gandakan jumlahnya.

* Mesej ini telah diedit oleh blossom pada 24hb Feb 2004 12.13:55 tghari

IP : 219.95.19.125

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "