Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Biskut Samperit : Resepi Biskut Samperit
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Biskut Samperit : Resepi Biskut Samperit
maktua

1 . Dihantar pada 24hb Sep 2003 3.57:00 ptg   [Edit]
Assalamualaikum,

memandangkan hari raya Puasa menjelang tiba, maktua terigin nak buat sendiri biskut Samperit....dah cuba dua tiga kali tapi tak menjadi....kadang kadang kembang semacam aje..dah tu pula bunga yang dibentuk langsung tak jadi bila dah masak...mengapa ya...kalau sesiapa ada resepi biskut samperit..bolehlah tolong maktua ya...

IP : 144.199.176.70

Adiera_83

2 . Dihantar pada 29hb Okt 2003 3.15:43 ptg   [Edit]
w'salam.......maktua cuba resepi iera nie....
mesti jadi punyer hingga menjilat jari

bahanyer....

6 sudu tepung gandum
3 sudu tepung kastard
1/2 sudu tepung jagung
3 sudu gula halus
5 sudu majerin
1/2 sudu teh baking powder
1 biji telur ayam

caranyer....

1) Tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung di ayak dgn baking powder. Pukul majerin dgn gula hingga kembang dan menjadi putih.
2) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan majerin dan uli hingga sebati.
3) Masukkan ke dalam acuan samperit dan tekankan ke atas dulang pembakar.
4) Hiaskan dgn ceri yg telah dipotong kecil ke atasnyer seterusnyer bakar....

selamat mencuba.....

IP : 219.95.18.165

chetam

3 . Dihantar pada 29hb Okt 2003 3.58:38 ptg   [Edit]
Adiera

Dapat berapa ketul ni? Sikitnya adunan dia.

IP : 203.121.87.75

lilo_stitch

4 . Dihantar pada 29hb Okt 2003 4.02:30 ptg   [Edit]
wah..! Chetam ngeram ker.. gi bertapa? Lama tak mai sini.. meh ler dok sini selalu2, donate2 ler koleksi resepi sempena Ramadhan & Aidilfitri nih..

IP : 210.19.249.107

aneezs

5 . Dihantar pada 29hb Okt 2003 4.04:12 ptg   [Edit]
chetam,
janganla sukat guna sudu yang kita makan mee goreng tu. rasanya sudu kat sini bermaksud senduk kot, maybe senduk nasi ke. i pernah cuba resepi camni, memang sedap dan biskut pun gebu. masa tekan dalam acuan tu jangan tekan besar sangat, takut nanti jadi biskut kembang semangkuk pulak.

IP : 219.95.35.177

aneezs

6 . Dihantar pada 29hb Okt 2003 4.04:52 ptg   [Edit]
chetam,
janganla sukat guna sudu yang kita makan mee goreng tu. rasanya sudu kat sini bermaksud senduk kot, maybe senduk nasi ke. i pernah cuba resepi camni, memang sedap dan biskut pun gebu. masa tekan dalam acuan tu jangan tekan besar sangat, takut nanti jadi biskut kembang semangkuk pulak.

IP : 219.95.35.177

harsha

7 . Dihantar pada 29hb Okt 2003 4.10:45 ptg   [Edit]
apalahhh salahnya kasi resepi yg bersukatan metrik ataupun menggunakan cawan sukatan?

aku phobia resepi pakai 'sudu', 'tin', 'tong' dsbnya. .

IP : 202.156.2.202

lilo_stitch

8 . Dihantar pada 29hb Okt 2003 4.48:52 ptg   [Edit]
alah.. sha, tak per ler resepi yg pakai sudu, senduk, or tong tu.. for us yg tak dak timbang tu.. esok2 kot bila aku dah ada timbang tu aku pun jadi phobia cam ko gak kot !

IP : 210.19.249.107

chetam

9 . Dihantar pada 30hb Okt 2003 11.12:42 pagi   [Edit]
Lilo

Bukan pegi bertapa. Sentiasa mengikuti perkembangan MDC tapi malas nak mencelah. Kebetulan tahun ni teringin nak buat samperit so terpaksa masuk laluan.......

Tersengih Chetam nampak Lilo sekarang dah rajin sumbangkan resepi. Banyak perubahan nampak gayanya. Gerenti meja penuh ngan biskut raya tahun ni. Sori tak balas SMS sebab masuk air....hehehehe...terkejut juga bila Lilo kata naik pangkat...hehehehe....

aneezs

U punya resepi sama macam Adiera ker? Guna sudu jugak ker? Chetam teringin nak buat semperitla sebab selalu makan biskut yang orang hidang, gebu dan hilang terus bile letak dalam mulut.

IP : 203.121.87.75

harsha

10 . Dihantar pada 30hb Okt 2003 11.20:10 pagi   [Edit]
so..sesapa yg ada respi yg bersukatan metrik tu.. tolonglah sumbangkan..

bak kata chetam, semperit yg melt in your mouth gitu!

IP : 202.156.2.202

Ibu

11 . Dihantar pada 30hb Okt 2003 12.20:01 tghari   [Edit]
Harsha kalau pakai sudu atau cawan kan ada.Memang khas utk sukatan tu.Mcm metrik jugak lah.

IP : 165.21.154.8

aneezs

12 . Dihantar pada 30hb Okt 2003 12.20:48 tghari   [Edit]
chetam,
kalau biskut semperit ni biasanya i buat ikut suka hati. malas nak sukat2. agak2 tepung dah betul2 lembut, tekan dengan acuan. seronok buat biskut semperit nih, cepat je siap. ye la, main tekan je.
kalau nak biskut yang lebih gebu, kurangkan tepung gandum dan lebihkan tepung jagung. sure gebu dan sedaaaappp.

IP : 219.95.215.193

Ibu

13 . Dihantar pada 30hb Okt 2003 12.24:55 tghari   [Edit]
Chetam......nanti akak carikan ya resepi kuih samperit tu.tunggu ye nanti akak carikan.

IP : 165.21.154.12

chetam

14 . Dihantar pada 30hb Okt 2003 12.28:56 tghari   [Edit]
Aneezs bagi jer resepi Aneezs......kalau ngam, boleh la cuba nanti.

IP : 203.121.87.75

chetam

15 . Dihantar pada 30hb Okt 2003 12.37:38 tghari   [Edit]
Thanks Ibu.

Chetam suka makan semperit dari kecik. Dulu mak buat biskut reben.....sedap juga.....Emak chetam terror buat biskut raya tapi sekarang dah bersara sebab kesihatan tak mengizinkan.

IP : 203.121.87.75

martikafasya

16 . Dihantar pada 30hb Okt 2003 1.54:30 tghari   [Edit]
resepi yg adiera bagi tu ok dah...
tapi tepung jgn terlalu lembik atau keras...tu yg tak menarik samperit tu nanti..

IP : 219.95.60.183

aneezs

17 . Dihantar pada 30hb Okt 2003 9.56:52 mlm   [Edit]
chetam,
esok i balik kedah. next week insyaAllah i kasi resepi yang sukat ikut cawan. tu pun kalau terjumpa buku lama tu. kalau tak jumpa juga minta maaf banyak2 la.

IP : 219.95.211.23

harsha

18 . Dihantar pada 30hb Okt 2003 10.56:24 mlm   [Edit]
Ibu

sha tau..sha ada sukatan cawan tu. . tapi rasanya, kalau nak gunakan sudu sukatan metrik, dapat 8 keping jer semperit tuh.

sha lebih confident pakai timbang!

lilo

cepatlah beli timbang! kalau kau dekat ngan aku, aku dah kasi timbang aku kat kau. aku ada lebih satu. . .

IP : 202.156.2.202

lilo_stitch

19 . Dihantar pada 31hb Okt 2003 09.21:55 pagi   [Edit]
Harsha :

tak sempat nak gi beli lagi... ko pos jerk kat aku, ahaks...!!

anyway weekends kot aku nak gi ronda

IP : 210.19.249.107

harsha

20 . Dihantar pada 31hb Okt 2003 09.30:16 pagi   [Edit]
lilo

sampai kat kau nanti..timbang tu berkecai!

IP : 202.156.2.202

chetam

21 . Dihantar pada 31hb Okt 2003 10.29:43 pagi   [Edit]
martikafasya
Since u kata resepi Adiera dah ok.....saiz sudu macam mana? Tak konfiden la nak buat.....hehehehe

Aneezs...
Thanks....kalau jumpa Alhamdullilah, kalau tak, maknanya tak ada rezeki kita...

Lilo
Pi la Giant Shah Alam tu beli penimbang.

IP : 203.121.87.75

siapa

22 . Dihantar pada 31hb Okt 2003 11.37:34 pagi   [Edit]
maktua..
..bahaya sebenor nyerr aku masuk sini nih...ekekek...
buat aku terliur jer...
ompompuan mmg cukup hebat aaaa...
errrr...kat nerr aku nak oder semperitt nih..
boleh oder lagik ker nih...
...aduhhhh...kalah apam kak minah kalu cam nih...


oh apammm...

IP : 219.95.208.112

maktua

23 . Dihantar pada 31hb Okt 2003 2.11:02 ptg   [Edit]
siapa, kalau kau nak order kau orderlah kat Adiera_83 ,ni dianye resepi..maktua baru nak cuba buat .selalu buat tak menjadi aje..harap harap kali ni menjadi...

IP : 144.199.176.70

siapa

24 . Dihantar pada 31hb Okt 2003 4.41:02 ptg   [Edit]
oooooooooooo... maktua...
..tu macam kaa...
kena oder kat diera nih laa yerrrrr...i see...


diera...
..errrr...aiseyyy..
errr...cemana aku nak oder kuih nih ngan ko...?????
rasa aku dah takda masa nak wat dah nih..
elok beli jerr..senanggg...



oh apammm...

* Mesej ini telah diedit oleh siapa pada 31hb Okt 2003 4.41:50 ptg

IP : 219.95.208.112

AlWali

25 . Dihantar pada 03hb Nov 2003 12.42:20 tghari   [Edit]
Biskut Semperit

Bahan-Bahan:
cawan mentega
1 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanila
2 cawan tepung kastard
cawan gula
1 biji kuning telur

Cara:

Pukul mentega bersama gula hingga kembang, masukkan kuning telur dan vanila. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak terlebih dahulu. Gaul hingga sebati hingga menjadi satu doh. Terap dengan acuan semperit dan bakar hingga kekuningan.

Kalau nak banyak, buatlah 3-4 kali ganda dari sukatan yang diberi. Tepung gandum jangan lebih dari tepung kastard. Tak menjadi nanti.

IP : 61.6.39.138

chetam

26 . Dihantar pada 03hb Nov 2003 2.18:26 ptg   [Edit]


Chetam baru lepas membelek koleksi resepi yang Chetam simpan. Baru perasan ada banyak resepi semperit. Chetam tampal semuanya, nanti minta tolong sesapa bagitahu resepi mana yang paling best....thanks


Biskut Samperit 1
1 tin tepung custard (atau tepung jagung)
1/2 tin yg sama tepung gandum
1/2 tin gula
6 biji telur merah
1 tin kecil butter

Cara:
Telur merah dipukul hingga kembangGaulkan semua bahan yang lain.Guna acuan samperit atau acuan biskut bunga dahliaBakar seperti biasa.Sambil bancuh adunan zikir banyak-banyak, InsyaAllah akan jadi cantik biskut tu!


BISKUT SEMPERIT 2
2 biji telur ayam
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan mentega
1/4 sudu tej esen vanila
1/4 sudu teh baking powder
susu pekat secukup lembut
4 biji ceri merah dipotong kecil-kecil (untuk hiasan)

CARA
Ayak tepung gandum dengan tepung jagung dan baking powder
Pukul gula dengan mentega hingga kembang
Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati
Masukkan tepung ke dalam adunan gula gaulkan hingga rata
Tambahkan susu pekat secukupnya (hingga adunan lembut) sambil diuli hingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam acuan semperit dan tekankan ke atas dulang pembakar yang sudah disapukan dengan sedikit mentega.
Hiaskan atasnya dengan ceri merah yang sudah dipotong kecil-kecil. Setelah itu bolehlah dibakar hingga masak


Biskut Semperit 3
250gm mentega (1 buku)
1 tin tepung jagung@ custard (I guna tepung Bird Custard)
tin gula ising (guna tin bird custard tu juga)
tin tepung gandum (guna tin bird custard yang sama)
1 cmt. Essen vanilla
6 biji kuning telur

Caranya:
Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan mentega, gula dan pukul lagi. Masukkan tepung custard, diikuti tepung gandum. Adunlah menjadi doh.........kalau lembut sangat tambahkan tepung gandum sikit-sikit....ikut kesesuaian. Terap dan bakar hingga kekuningan.


Biskut Semperit 4
6 biji kuning telor
1 buku mentega (250g)
1 tin tepung custard
1 tin gula castor (gunakan tin tepung custard juga)
1/2 tin tepong (gunakan tin tepung custard juga)
1 sudu kecil vanilla essen
Hiasan di tengah bunga (saya gunakan mini M & M) sungguh cantik

Cara 2 nya
Pukul kuning telor hingga kembang. Masukkan kan gula castor pukul hingga sebati dan masukkan mentega kacau hingga sebati, masukkan tepung custard, tepung dan vanilla essen masukkan satu per satu dan kacau hingga sebati dan terapkan mengunakan acuannya.


Biskut Semperit 5

1/2 tin atau 4 cawan tepung jagung
1 cawan tepung castard
1 cawan tepung susu
11/2 cawan planta
11/2 cawan gula halus
2 biji telor
esen vanila
serbuk penaik

Cara buat macam biasalah.

IP : 203.121.87.75

aneezs

27 . Dihantar pada 07hb Nov 2003 1.13:02 tghari   [Edit]
chetam,
aneezs masih kat kedah. dah jumpa buku tu tapi lebih kurang sama je dengan resepi chetam yang no. 1 tu. tapi biasanya aneezs campur tepung jagung sikit, macam tepung kastard 1 tin, masukkan separuh je. yang separuh lagi tu tambah tepung jagung. hrap2 menjadi la biskut semperit chetam nanti.
resepi no. 5 pun nampak sedp gak tu. selamat mencuba ye chetam.

IP : 219.95.12.132

zettyhani

28 . Dihantar pada 07hb Nov 2003 9.59:18 mlm   [Edit]


Nah dulu. Lepas tu ambil resepi ni. Akak buat setiap tahun dan resepi ni dah beredar kat ramai orang dan depa semua kata sedap. Akak ambil dalam majalah SAJI entah tahun bila.


BISKUT SAMPRIT

150 GM MAJERIN/BUTTER
80 GM GULA ISING
50 GM TEPUNG JAGUNG
80 GM TEPUNG KASTAD
120 GM TEPUNG GANDUM
1 BIJI KUNING TELUR
HIRISAN CERI MERAH/HIJAU

CARA MENYEDIAKANNYA

PUKUL MAJERIN DAN GULA ISING SEHINGGA MENJADI KRIM. MASUKKAN KUNING TELUR DAN KACAU RATA. MASUKKAN TEPUNG GANDUM, TEPUNG JAGUNG DAN TEPUNG KASTAD. GAUL DAN ULI HINGGA MNEJADI DOH. LEPAS TU GUNAKAN ACUAN SAMPRIT DAN JADIKAN DIA KUIH SAMPRIT.

Suhu, akak tak tau tapi gunakan suhu untuk bakar biskut la. InsyaAllah, menjadi. Cuba dulu sebelum raya kalau tak percaya.


* Mesej ini telah diedit oleh zettyhani pada 07hb Nov 2003 10.05:02 mlm

IP : 219.92.194.61

harsha

29 . Dihantar pada 07hb Nov 2003 10.02:50 mlm   [Edit]
kak zetty

mana resepinya?? yg ada juz tajuk! ni mesti case copy and paste tak menjadik ni. .

IP : 202.156.2.202

zettyhani

30 . Dihantar pada 07hb Nov 2003 10.07:09 mlm   [Edit]
cepatnya sha reply. Sebenarnya akak tertekan send terus. Lepas tu kena editlah pula. Akak tak copy paste. Terus taip saja.

IP : 219.92.194.61

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "