Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Resipi Dadeh : Mcm mana nak buat dadeh ??
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Resipi Dadeh : Mcm mana nak buat dadeh ??
GhOsTLaDy007

1 . Dihantar pada 11hb Sep 2003 00.32:33   [Edit]
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Hi kengkawan....
Su nak tanya ni, apa resipi nak buat dadeh.. Pencuci mulut yg ada beraneka perisa: durian,pandan,susu,etc...thanx alot!

Sapa2 yg tau silalah bilang yer..tak baik lokek2..kekekeek thanx again

IP : 202.156.2.170

gigi

2 . Dihantar pada 11hb Sep 2003 11.52:28 mlm   [Edit]
Dadih Istimewa
Sumber: Majalah Jelita Disember 1997

Bahan-Bahan:
380 ml krim putar
120 g gula pasir
4 camca teh gelatin sayuran (direndam 90 ml air 10 minit)
540 ml dadih
1 camca teh esen vanilla Bahan untuk sos strawberi:

300 g strawberi (dikisar halus)
2 camca besar gula halus
1 camca besar perahan limau nipis
Cara:
Jerang krim putar bersama gula pasir di dalam periuk kecil di atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga gula larut. Ketepikan.

Masukkan gelatin sayuran, kacau hingga ia sebati. Tuang ia di dalam mangkuk, biar lima minit. Masukkan dadih bersama esen vanilla, kacau hingga ia sebati. Kocak sedikit air di dalam acuan pilihan.

Buang air (biar acuan basah). Tuang adunan tadi di dalam acuan, biar ia dua jam. Gunakan pisau dicelup di dalam air suam untuk mencungkil tepi dadih supaya ia mudah dikeluarkan daripada acuan. Bubuh dadih di dalam piring dan dihidang.

Untuk sos strawberi pula, gaul strawberi bersama gula halus dan perahan limau nipis hingga ia sebati. Tuang sos di atas permukaan dadih tadi.

------------------------------------------------------

Utk maklumat lanjut, ada boleh layari laman web yg tertera dikaca television anda... http://resepi.mesra.net/

Terima kasih..
--------------

IP : 199.40.206.3

chetam

3 . Dihantar pada 12hb Sep 2003 12.25:20 tghari   [Edit]
Resepi Dadih dari Restoren Pak Amir. Chetam belum sempat cuba sebab mangkuknya tengah cari dalam stor. InsyaAllah akan cuba resepi Dadih Kak Gie tu.

DADIH (Kak Gie)
Bahan-nya .

35gm agar-agar powder
6 liter air - anggaran 4 jag ( kalau u ada pitcher tupperware gunakan yg
kecil - 1.5 liter)
500 gm susu tepung ( dibancuh dgn 1 cawan air)
700 gm gula castor ( ikut rasa , tapi mesti manis kalau tidak , tak
sedap)
20 gm esen vanilla
Perisa emulco - strawberry, jagung & chocolate

Cara-cara nya.

1. Masak agar agar dgn air hingga larut.
2. Masukkan gula , masak hingga mendidih. Sejukkan 15 minit (suam suam
kuku)
3. Masukkan susu kedalam agar agar tadi,kacau rata, masak hingga
mendidih dan tapiskan.
4. Akhir sekali masukkan perisa yg anda suka ,kalau boleh biarlah lebih
sedikit barulah 'kaw' , kacau rata rata dn masukkan kedlm acuan kecil yg
ada penutup. Sejukkan dlm peti sejuk. Sedap di makan bila sejuk dan
kegemaran anak anak saya ialah perisa jagung & strawberry.

==================

Dadih dari Meen76

Agar-agar ( tak perlu byk - half daripada 1 bungkus tu cukup, sebab
tak nak keras cam agar˛ lain)

Gula ( dalam 2 cwn)

Coffemate ( dlm 2 cwn)

Susu ( susu dutch lady tu) - ikut suka nak perasa apa, strawberry ker
atau coklat atau susu plain

Caranya;
Masak agar-agar dgn air sampai hancur cam biasa, masuk gula, masuk
coffeemate, masuk susu.. itu jer. Pastu masuk dalam bekas kecik˛ dan
masuk peti ais...selesai! Boleh la try sukatan˛nya ikut sedap.

Senang jer kan.. selamat mencuba.

=================

Dadih dari Noraini Mansur

1 liter susu segar/susu kotak
1 cawan susu pekat manis
1 sudubesar serbuk agar-agar
1 biji limau kasturi (diperah ambil airnya)
sedikit garam
1 tin buah koktel

Cara:
1. 1 cawan air dan serbuk agar-agar dicampur dan didihkan hingga agar-agar larut.
2. Setelah larut tambahlah 1 cawan air lagi.
3. Masukkan susu segar, sus pekat, air limau dan garam hingga mendidih.
4. Tuang ke dalam acuan. Masukkan buah-buahan yang telah disejat airnya. Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk. (jika makan manis tuangkan air buah koktel di atas agara-agar yang telah beku.

IP : 203.121.87.75

GhOsTLaDy007

4 . Dihantar pada 12hb Sep 2003 6.35:31 ptg   [Edit]
WAAAAAA!! Best la!! Tak sangka ada beraneka
cara nak buat dadeh ni yer. Terima kasih,
thanx a million la members yg budiman. Now
boleh la su cuba each one kan. Bukan apa,
Puasa ni da nak dekat kan, so ingatkan nak
jual dadeh kat bazaar. Agak2 laku tak kengkawan?
bagi yg dah biasa buat dadih , Su ada beberapa soalan.
Memandangkan su nak buat jualan,
what steps should i take to ensure dadih to
tak basi ke apa ker. Then,dadih ni boleh disimpan
4 how long? Takkan hari2 nak kena buat new batch kan.
Kalau boleh simpan dlm 2-3 hari, senang skit.

Terima kasih atas pertolongan u all sumer.

PS: Oh yer, btw, nak tanya jugak yer,
kalau di JB tu kat mana boleh Su pergi
untuk beli bahan2 dapor dgn harga
borong la kalau beli banyak. Selain
dari pasar raya mcm macro n giant
n carrefour la kan. Biasalah nak
kena budget jugak. And also utk
container2 plastik nak buat isi
dadih ni. So bagi members2 yg tinggal
di JB tu kan, boleh tak berikan Su lokasi2
tempat nak beling dgn harga borong.
Terima kasih la many2

* Mesej ini telah diedit oleh GhOsTLaDy007 pada 12hb Sep 2003 6.38:32 ptg

IP : 202.156.2.170

gigi

5 . Dihantar pada 14hb Sep 2003 12.03:09 tghari   [Edit]
jadi pemborong terus...

IP : 199.40.206.3

attyra

6 . Dihantar pada 14hb Sep 2003 8.13:19 mlm   [Edit]
mana resepi yang paling sedap tapi paling senang nak dibuat..
terasa mcm nak try sendiri....
attyra

IP : 61.6.121.49

gigi

7 . Dihantar pada 15hb Sep 2003 10.05:48 pagi   [Edit]
Utk maklumat lanjut, ada boleh layari laman web yg tertera dikaca television anda... http://resepi.mesra.net/

IP : 199.40.206.3

chetam

8 . Dihantar pada 16hb Sep 2003 11.08:56 pagi   [Edit]
Chetam ada dapat tips dari resepi yang kak Gie bagi. Kak Gie buat dadih ni untuk jualan pada budak2 sekolah. Sebab tu dia gunakan susu tepung. Kalau untuk makan sendiri, Kak Gie kata boleh tukar kepada susu UHT. Kata Kak Gie lagi, dengan satu adunan dadih tu, dia boleh dapat 65 mangkuk kecil. So kalau Ghostlady007 nak cuba, kenala kurangkan adunan tu kepada separuh atau suku. Masa nak tuang dadih ke dalam mangkuk kecil, make sure tutup mangkuk tu cepat2 supaya tak terdedah kepada suhu persekitaran. Kalau dah simpan dalam peti sejuk, dadih ni boleh tahan selama seminggu.

IP : 203.121.87.75

chetam

9 . Dihantar pada 16hb Sep 2003 11.12:48 pagi   [Edit]
Chetam sertakan emails yang kak Gie hantar pada Chetam :

Mesej 1:
Normally dadih ni tahan dlm masa 1 minggu dlm peti sejuk. Air yg 1 cawan
, tidak diambil dari yg 6 liter. Nak tambah sikit , lupa nak beritahu
tadi...Kawan kalau nak makan sendiri bolehlah pakai susu UHT mahal lah
sikit harganya tapi rasanya lebih sedap . Resipi yg Kak Gie bagi tadi
dapat dlm 65 bekas kecil .Kak Gie buat utk jual , kenalah pakai susu
tepung coz tak boleh jual mahal sangat kat budak budak sekolah...

Mesej 2:
Jgn salah faham sayanggg ooi , maksud Kak Gie, guna susu UHT utk 6
liter sepenuhnya instead of pakai air & susu tepung.

mesej 3 :
Kalau nak cuba buat dadih nanti jgn terkejut pula, coz u kena pakai
periuk besar utk masak dadih tu. Adunan tu memang cair macam air susu
biasa . It take time utk nak keras. Nak bagi tips sikit. Selepas tuang
dlm acuan , tutup cepat jgn biarkan kena angin , espcially kalau dapur U
ada kipas , nanti permukaan dadih tu kering -berkedut, tak cantiklah.

mesej 4 :
Kalau tak ada peruik besar tak apa, U boleh buat half of the resipi .
kalau tak ada acuan kecil pun, U boleh tuangkan dim cawan je.tapi tak
bolehlah disimpan lama sangat nanti tak fresh . Permukaan atasnya keras
sedikit.

Hopefully boleh membantu business Ghostlady007

IP : 203.121.87.75

sitislam

10 . Dihantar pada 16hb Sep 2003 11.31:18 pagi   [Edit]
assalammualaikum semua


cheetam,emulco ni dalam bentuk pes atau cecair yang biasa dalam botol kecil tu.wassalam

IP : 202.188.115.100

chetam

11 . Dihantar pada 16hb Sep 2003 11.43:59 pagi   [Edit]
chetam tak pernah buat dadih ni lagi tapi bahan-bahannya Chetam dah beli. Chetam beli emulco yang dalam bentuk cecair dalam botol kecik

IP : 203.121.87.75

GhOsTLaDy007

12 . Dihantar pada 18hb Sep 2003 00.48:55   [Edit]
waaa, thanx alot chetam, the tips tu mmg useful.
Su da cuba buat, terkejut jugak kan bila kena
pakai 6litre air...ni su ada soalan, apasal eh,
dadih tu mcm berpecah2? maksudnya, time da set n
sejuk, permukaan nampka lawa la kan, tapi bila
da disudu, ah, yg kat bwh2 tu sumer mcm berkecai2..
Nak tau jugak apa silapnya kan.


Yg kak Gie tu dia jual satu brapa harganya? pasal su pon nak cuba2 jual gak pat bazaar puasa nanti. Maceh sumer~~~

IP : 202.156.2.170

chetam

13 . Dihantar pada 18hb Sep 2003 10.30:31 pagi   [Edit]
Ni Chetam kasi email Kak Gie. Ghostlady007 contact dia sendiri dan tanya. Lagi senangkan? Dapat buat kenalan. Kata jer dapat resepi dari Restoren Pak Amir.

fauziah@intria.com.my

IP : 203.121.87.75

Ibu

14 . Dihantar pada 18hb Sep 2003 12.51:25 tghari   [Edit]
Assalamualaikum
Hi Chetam.......apa kabar?lama tak jumpa ye.Oh mengenai dadeh?Saya ingat kan dadeh tu ape benda.Tapi bila dah baca baru tau lah agar2 rupanya.Kita org kat S'pore panggil dadeh tu agar2.Pelik2 ye...........makanan kat M'sia nie namanya.

IP : 165.21.154.9

chetam

15 . Dihantar pada 18hb Sep 2003 2.26:08 ptg   [Edit]
Waalaikumsalam Ibu

Apa khabar orang Singapura? Lama kita tak bersiaran....

Dadih ni bukan agar-agar la Ibu. Selalu kat pasar malam atau pasar tani di Malaysia ni ada orang jual Dadih ni. Kandungan agar-agar dalam ramuan dadih ni pun sikit sesangat. Kalau ikut bahasa omputih, dadih ni kira macam yougurt la...cara penyediaan tu lain....so idakla macam yougurt yang jual kat supermarket tu.

IP : 203.121.87.75

Ibu

16 . Dihantar pada 19hb Sep 2003 12.19:36 tghari   [Edit]
Hi Chetam..........
Org Spura sihat.Alhamdulillah.Ima acih Chetam.Oh kisahnya dadih tu.Yogurt.Rasanya kat sini S'pore tak ada kot mcm gitu yg dijual.Kalau yg dijual kat supermarket tu ada lah.

IP : 165.21.154.11

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "