| Dimasukkan oleh |
Tajuk Topik :
Resepi : Kuih Tradisional Melayu
|
PnAnn
|
1
. Dihantar pada
02hb Jul 2003 11.07:26 pagi
[Edit]

Resepi Kuih Tradisional Melayu
Pn Ann tengah buat kompilasi resepi kuih melayu lama...oleh itu, jomh kita kongsi bersama..mungkin kalian ada resepi atau petua orang dedulu untuk menyedapkan lagi rasa kuih melayu lama.
Selain itu, siapa tahu dimana boleh dapatkan acuan KUIH BAKAR ? Jenuh Pn Ann mencari di Area pusat membeli belah sekitar KL..tidak ketemu..mungkin kalian tahu dimana boleh dapatkannya ?
Jom kita kongsi resepi ?
IP :
203.121.0.15
|
chetam
|
2
. Dihantar pada
02hb Jul 2003 12.44:36 tghari
[Edit]
Kuih bakar yang macam mana ni? Orang belah Perak panggil kuih bangkit tu kuih bakar. Ataupun kuih bakar yang warna hijau tabur ngan bijan tu ker?
Setau saya tempat yang paling sesuai cari acuan kuih2 ialah kedai cina yang jual household items. Segala mak nenek acuan ada depa jual. Baru-baru ni saya beli acuan Pai Tee. Kat Kajang ada 2 atau 3 kedai yang jual acuan kuih-muih ni.
IP :
203.121.0.15
|
PnAnn
|
3
. Dihantar pada
02hb Jul 2003 2.36:51 ptg
[Edit]
Chetam
Kuih Bakar yang ada bijan diatasnya.
Pn Ann dah cari sampai ke Chow Kit..pun tak de..memang tak jumpa..
Enko ada resepinya tak ?
IP :
203.121.0.15
|
chetam
|
4
. Dihantar pada
02hb Jul 2003 4.39:39 ptg
[Edit]
hehehehe.....tak tau simpan ke tak resepinya tapi rasanya pernah came across the resepi dalam email dari Restoren Pak Amir. Chetam tak pernah buat kuih bakar ni, beli jer.
IP :
203.121.0.15
|
sk8er
|
5
. Dihantar pada
02hb Jul 2003 7.13:47 ptg
[Edit]
IP :
202.188.127.61
|
noralie
|
6
. Dihantar pada
02hb Jul 2003 11.55:35 mlm
[Edit]
best nyer
IP :
161.142.78.84
|
yusnida
|
7
. Dihantar pada
04hb Jul 2003 10.44:51 pagi
[Edit]
Ini resepi dari sebuah majalah wanita ...saya tak pernah cuba lagi .
KUIH BAKAR
Bahan – bahan
10 biji telur ayam
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk gula pasir
1 mangkuk tepung gandum
Air pandan/pewarna hijau
3 sudu bijan
Garam secukup rasa
Cara membuatnya
1. Campur semua bahan kecuali bijan. Gaul adunan hingga sebati dan tidak berbiji - biji.
2. Panaskan acuan kuih bakar dan sapu sedikit minyak menggunakan daun pandan .Tuang adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit bijan diatasnya .
3. Bakar hingga masak . Untuk mengetahui kuih sudah masak , cucuk tengah kuih dengan lidi. Jika tidak melekat , bermakna kuih sudah masak .
IP :
203.121.0.15
|
reno
|
8
. Dihantar pada
04hb Jul 2003 11.05:14 pagi
[Edit]
Hi Pn Ann,
Dah pi cari kat CM? Ada gerai kat tetengah tu segala macam loyang depa jual...Cubalah...
Em...lama betoi tak pi ronda CM...dengar cerita ada banyak perubahan...tak taulah...
IP :
202.151.216.23
|
PnAnn
|
9
. Dihantar pada
09hb Jul 2003 09.49:47 pagi
[Edit]
yusnida
Terima kasih diatas resepi kuih Bakar..
reno
Pn Ann dah dapat..TQ
IP :
203.121.0.15
|
PnAnn
|
10
. Dihantar pada
09hb Jul 2003 09.52:26 pagi
[Edit]
SERIMUKA PULUT HITAM
(Bahan A)
1 cawan pulut hitam
2 cawan pulut putih
½ cawan gula pasir
2 sudu the garam
3 cawan santan biasa
(Bahan B)
3 ½ cawan santan
4 biji telur (gred A-4 @ gred B-5)
1 ½ cawan gula
½ cawan gandum
¼ cawan tepung ubi/jagung/kastard
¼ sudu the garam
Cara membuat Bahan A;
1. Rendam pulut hitam selama 3 jam dengan air panas mendidih.
2. Rendam pulut putih selama 3 jam dengan air sejuk.
3. Letakkan pulut putih kedalam loyang, masukkan gula, garam dan santan sama paras dengan pulut. Kemudian letak pulut hitam. Jangan dikacau, terus kukus.
4. Apabila santan dah sebati dengan pulut putih, barulah kacau pulut putih dan pulut hitam.
5. Apabila masak, tekan sampai mampat & kukus kembali selama 5 minit.
Cara membuat Bahan B;
1. Semua bahan B dicampurkan dan diblender.
2. Masak bahan tadi diatas api sampai naik wap (15-20 min).
3. Setelah naik wap, masukkan bahan tadi keatas pulut yang tengah dikukus dan biarkan selama 10 minit.
4. Setelah masak, sejukkan serimuka tadi sehingga bahagian atas menjadi keras.
IP :
203.121.0.15
|
PnAnn
|
11
. Dihantar pada
09hb Jul 2003 09.57:46 pagi
[Edit]
KARIPAP PUSING
Kulit (Pastri)
Doh Minyak;
1 cawan tepung gandum
¼ cawan majerin
¼ cawan lemak sayuran
• Gaul rata dan bulat-bulatkan.
Doh Air;
2 cawan tepung
½ cawan air + 2 sudu makan air
1 sudu makan majerin
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
• Gaul rata dan bulat-bulatkan.
Inti Karipap
4 biji kentang dipotong dadu
½ cawan udang kering
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 sudu makan rempah kari daging
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
½ inci kulit kayu manis
daun kari, garam & sos tiram
1. Rebus kentang separuh masak dan dipotong dadu.
2. Tumis bahan rempah dan daun kari hingga garing.
3. Masukkan kentang, udang kering, bawang dan perasa. Masak hingga kering.
4. Masukkan daun bawang, sup dan bawang goreng.
Untuk membuat FROZEN KARIPAP
1. Bakar didalam ketuhar dengan suhu 150C selama 10 minit.
2. Setelah itu, sejukkan dahulu sebelum disimpan didalam peti sejuk.
IP :
203.121.0.15
|
PnAnn
|
12
. Dihantar pada
09hb Jul 2003 10.01:30 pagi
[Edit]
KARIPAP BIASA
Kulit (Pastri)
1 cawan tepung gandum
¼ cawan majerin
¼ minyak (panaskan dahulu)
Secubit garam
Air untuk menguli
Inti Karipap
4 biji kentang dipotong dadu
½ cawan udang kering
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 sudu makan rempah kari daging
daun kari
garam secukup rasa
Cara membuatnya
1. Rebus kentang separuh masak dan dipotong dadu.
2. Tumis bahan rempah dan daun kari hingga garing.
3. Masukkan kentang, udang kering, bawang dan perasa. Masak hingga kering.
4. Masukkan daun bawang, sup dan bawang goreng.
IP :
203.121.0.15
|
PnAnn
|
13
. Dihantar pada
09hb Jul 2003 10.02:45 pagi
[Edit]
APAM BUNGA WARNA WARNI
Bahan-bahan:
300gm tepung
250gm gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovellete
2 biji telur
200ml air
2 sudu makan susu manis
1 sudu kecil esen ros
pewarna merah & hijau
Cara membuatnya
1. Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk dan putar hingga kembang.
2. Bahagikan adunan kepada tiga mangkuk, satu diwarnakan merah, satu lagi diwarnakan hijau dan satu lagi dibiarkan tanpa warna.
3. Masukkan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10 minit.
IP :
203.121.0.15
|
PnAnn
|
14
. Dihantar pada
09hb Jul 2003 10.04:11 pagi
[Edit]
SERIMUKA DURIAN
( Bahan A )
2 cawan pulut
3 ½ cawan santan
Secubit garam
½ cawan gula pasir
( Bahan B )
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung / ubi
4 biji telur
½ cawan gula
3 ½ cawan santan
6 ulas isi durian (ambil isi sahaja)
Secubit garam
Cara membuat Bahan A
1. Rendam pulut putih selama 3 jam dengan air sejuk.
2. Letakkan pulut putih ke dalam loyang, masukkan gula, garam dan santan sama paras dengan pulut.
3. Kukus pulut.
4. Setelah masak, tekan sampai mampat dan ketepikan.
Cara membuat Bahan B
1. Semua bahan B dicampurkan dan diblender.
2. Masukkan bahan tadi keatas pulut yang telah dikukus.
3. Kukus selama 20-30 minit sehingga bahagian atas menjadi keras.
IP :
203.121.0.15
|
PnAnn
|
15
. Dihantar pada
09hb Jul 2003 10.05:46 pagi
[Edit]
KUIH KETAYAP
Bahan A
Kelapa Parut sebiji
1 ½ cawan gula merah
3 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit Air
Bahan B
2 mangkuk tepung gandum
4 mangkuk air garam
Sesudu pati pandan
2 biji telur
Cara membuat Bahan A
1. Masak gula merah bersama air dan daun pandan sehingga larut dan pekat.
2. Setelah pekat, masukkan kelapa parut dan secubit garam.
3. Biarkan sehingga kering, setelah itu angkat dan ketepikan.
Cara membuat Bahan B
1. Campurkan kesemua bahan tersebut dan blender.
2. Panaskan kuali dadar dan sapu minyak bersama daun pandan.
3. Masukkan satu senduk bahan B dan pusing-pusing kuali dadar (seolah membuat empeng).
4. Setelah masak, angkat dan isikan dengan inti kelapa dan gulung kuih tersebut.
IP :
203.121.0.15
|
yusnida
|
16
. Dihantar pada
11hb Jul 2003 10.35:31 pagi
[Edit]
Assalamualaikum Pn Ann,
Saya nak tanya pada Pn Ann .. bagaimana cara yang betul nak buat karipap pusing tu . Dulu saya ada cuba buat beberapa kali ..tetapi tak menjadi la .. rangup tetapi pusingannya tak nampak dan senget benget
IP :
210.19.249.197
|
maisa
|
17
. Dihantar pada
11hb Jul 2003 2.57:15 ptg
[Edit]
nyum nyum
terima kasih Pn Ann kerana menulis resepi seri muka durian tu... Maisa memang suka sangat.. tapi tak reti nak buat.. lepas ni insya allah leh buat.... sedappnyerrr....
IP :
161.142.22.240
|
cik_laser
|
18
. Dihantar pada
11hb Jul 2003 3.24:17 ptg
[Edit]
meleleh air liur dibuatnya....
IP :
211.24.86.254
|
Mawarmelati
|
19
. Dihantar pada
11hb Jul 2003 9.48:47 mlm
[Edit]
Mmmm ......dah rasa Kuih Kole Kacang tak?
saya expert buat kuih tu
resepi orang johor
IP :
202.156.2.90
|
eena03
|
20
. Dihantar pada
16hb Jul 2003 12.04:13 tghari
[Edit]
Mawarmelati
Bagilah rewsepi kole kacang tu. Dah lama mencari
IP :
61.6.58.72
|
rindupdmu
|
21
. Dihantar pada
18hb Jul 2003 11.31:51 pagi
[Edit]
a'kum..
akak pun sedang mencari resepi koleh kacang nie..
lebih bagus jika empunya resepi, yg expert membuatnya..
IP :
219.93.8.8
|
PnAnn
|
22
. Dihantar pada
18hb Jul 2003 12.10:37 tghari
[Edit]
yusnida
Itu kena tunjuk cara..baru boleh menjadi..jika jelaskan disini..takkan fahamnya..
maisa
Pn Ann memang banyak resepi berkenaan durian..almaklum anak-anak suka makan durian..maka apa jenis kuih-muih @ kek pasal durian..Pn Ann cuba..
cik_laser
sedap tau..serimuka durian..
Mawarmelati
Turunkanlah disini resepinya..Pn Ann pun nak gak tahu macam mana nak buatnya 
eena03
Setahu..Pn Ann orang Utara memang expert buat kuih kole kacang..
rindupdmu
Pn Ann pun sama..jenuh koreksi majalah..tak jumpa resepinya..
IP :
203.121.30.135
|
Ibu
|
23
. Dihantar pada
20hb Jul 2003 2.34:59 ptg
[Edit]
Assalamualaikum
Puan Ann.....tau tak resepi jenekek.Sejenis kuih lama tpg manis.Lama cari resepi tapi tak jumpa.Ada tak members kat MDC tau akan resepi berkenan.Jenekek namanya.
IP :
165.21.154.13
|
Ibu
|
24
. Dihantar pada
20hb Jul 2003 2.49:30 ptg
[Edit]
Sori........eh kuih nie kat S'pore kita panggil jenekek.Tapi tak tau lah kat M'sia panggil ape eh.
IP :
165.21.154.11
|
yatideen
|
25
. Dihantar pada
20hb Jul 2003 2.55:00 ptg
[Edit]
jenekek..
tak nah dengo pun nama kuih tu.. cemaner rupanya.. 
IP :
161.142.3.18
|
Ibu
|
26
. Dihantar pada
21hb Jul 2003 11.16:00 pagi
[Edit]
Tu lah.......yati
Kita tak tau lak kat m'sia kueh ape tu eh....Rupa kuih tu mcm jemput2 tapi besar sikit,kadang dorang bikin size rectangle sedang dan manis rasanya.Dan lembut pulak.Rasanya org dulu2 bikin pakai potas mungkin kalau skarang dah diubahsuai pakai yeast,telur dll.Tak tau eh.....Yati tau tak?
IP :
165.21.154.8
|
PnAnn
|
27
. Dihantar pada
21hb Jul 2003 5.21:12 ptg
[Edit]
Ibu
Pn Ann pun kurang jelas..maca mana rupa kuihnya..di M'sia..walaupun rupa kuih sama tetapi nama kuih berbeza..seperti "kuih badak berendam"..setengah negeri dinamakan "puteri berendam" - kuih berinti kelapa dan direndam didalam santan.
IP :
203.121.0.10
|
Ibu
|
28
. Dihantar pada
22hb Jul 2003 12.23:37 tghari
[Edit]
Pn Ann
Kuih nie spt cucur manis.Tapi digoreng besar sedikit.Kalau ada jual cha kuay.... jenekek nie pun mesti ada.Tolong lah kalau ada sesiapa yg tau akan resipi nie.Kongsi lah bersama ok.Kuih nie sejenis kuih org2 lama.Kuih tradisional.
IP :
203.125.68.175
|
maisa
|
29
. Dihantar pada
22hb Jul 2003 3.34:29 ptg
[Edit]
Ibu
kuih ni yg boh tepung gandum,telur, susu dan garam ..soda bikarbonat sikit... pastu goreng cam jemput2 tu ker???
IP :
61.6.116.18
|
ibumillenium
|
30
. Dihantar pada
22hb Jul 2003 4.57:56 ptg
[Edit]
As'kum sume....
Mawarmelati, mene ler kuih koleh kacang awak tu......
Pn Ann, saya nak cubalah buat karipap pusar tu...selalunya saya buat karipap (tp biasanye) byk2, dlm 1 kilo tpg, then frozen kan....tp dok lapis jer dgn plastik supaya ia tidak melekat....Sepertimana yg pn ann cakap tu...kene bakar dulu tu yg jenis pusar jer ke?
Cakap pasal frozen ni memang saya minat....actually byk kuih/tradisional yg kita leh buat frozen...cth selain karipap, kuih gendang kasturi, cucur badak, popiah/samosa....dll.
Ibu, saya tak pernah dgrlah kuih tu...Kat giant Jurong East tu ade ker...nanti saya pi tengok...
IP :
220.255.123.46
|