Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> resepi ikan pekasam : siapa ade resepi ikan pekasam yg bestnya
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : resepi ikan pekasam : siapa ade resepi ikan pekasam yg bestnya
zety

1 . Dihantar pada 06hb Jun 2003 1.51:12 tghari   [Edit]

Askum, semua..

zety teringin sangat nak makan ikan pekasam yang siti buat sendiri..
lagi pun dekat KL nie sesah nak cari ikan pekasam.

Jadi, jika sesiapa yang ada resipinya boleh lah kongsi bersama..dulu zety suka makan ikan pekan yang mak buat tak ada lauk lain pun ok,janji ikan pekasam ada boleh jalan, tapi sayangnya zety tak sempat nak ambik petua dengan dia..
dia pergi buat selama2 pada usia zety 15 tahun.

"SUKA MAKAN IKAN PEKASAM YANG MAK BUAT....."

IP : 219.92.60.196

mannix

2 . Dihantar pada 07hb Jun 2003 04.56:02 pagi   [Edit]
saya dah surf tak dapat cari web yang bagi resepi ikan pekasam.
nanti saya tanyakan orang kampung saya sementara tu belilah di pasar malam dulu

IP : 202.188.221.70

chunk35

3 . Dihantar pada 09hb Jun 2003 09.56:49 pagi   [Edit]
Assalamualaikum,

Zety, saya dapat resepi ni dr my mum. My mum guna ikan duri, dipotong keping2 dan dicampur gaulkan dgn asam jawa. Asam jawa ni di lumurkan dengan byk. Lepas tu dibiarkan di dlm satu bekas tertutup dan dimasukkan ke dlm fridge. So, kira2 selepas beberapa hari u dah boleh goreng dan makan. Jangan terperanjat warnanya hitam, tapi mak oooooi sedap.

IP : 210.187.25.51

cikbusuk

4 . Dihantar pada 09hb Jun 2003 4.38:09 ptg   [Edit]

kalau ikan talapia lagi sedap... tp bau dia sebelum goreng busuk sgt...

IP : 161.142.112.8

dinni

5 . Dihantar pada 09hb Jun 2003 4.47:25 ptg   [Edit]
emmm...rasanya dah pernah dah keluar topik nie...tapi tak pelah...kita kongsi resipi ikan pekasam nie sama-sama yek...

hubby dinni mmg hantu ikan pekasam...dulu sblm kahwin mmg tak pernah makan ikan pekasam nie....lepas kahwin, bila emak dinni masak ikan pekasam nie....sampai skrg dah jadi favourite dia.....

kalo kat tempat dinni, bapa dinni yg selalu buat ikan pekasam nie. Biasanya bapa dinni pakai ikan loma (maaf yer, tak tau kat KL nie panggil ikan apa)...ikan tu dibasuh bersih, lepas tu letak skit nasi sejuk, asam keping & garam kasar. Letak dlm balang.....lepas seminggu, bolehlah di goreng dan letak skit bawang merah yg dihiris & cili kering (di potong)....hemmmm jiran sebelah pun boleh bau bila kita goreng ikan pekasam nie.

kalo kat sebelah utara, ikan pekasam di campur bersama ngan beras bakar yg telah di tumbuk halus. tapi rasanya, bapa dinni buat lagi best...

IP : 61.6.64.98

mannix

6 . Dihantar pada 09hb Jun 2003 8.17:58 mlm   [Edit]
resipi ikan pekasam dinni tu betulah ada kelas. kalau buat style orang utara lagi terangkat

IP : 202.188.221.70

zz1501

7 . Dihantar pada 10hb Jun 2003 09.26:25 pagi   [Edit]
dinni,ikan loma tu ikan ape? zz tak pernah makan ikan pekasam.tapi rasa teringin pulak nak makan sbb korang kata sedap sgt. tu yg nka tau rasa dia mcm mana?

selain ikan loma....boleh pakai ikan ape?

IP : 202.184.17.249

Masha

8 . Dihantar pada 10hb Jun 2003 11.20:23 pagi   [Edit]
zety,
Ini resepi lama turun temurun dari orang utara, resepi mak I. Selalunya kami pakai ikan sungai/darat. Ikan haruan, lampam, talapia, puyu dan sepat. Basuh bersih. Toskan airnya. Goreng beras kekuningan tanpa minyak dan blander menjadi separuh tepung. Ikan digaulkan dengan garam sdt. Lepas tu gaulkan ikan tadi dgn beras. Lagi byk beras lagi sedap, jd. mcm breadcrumbs coats. Perap dalam bekas kedap udara selama 4-7 hari, goreng dengan beras sekali. Fuyuhhhh.... meleleh air liur U....

IP : 202.188.217.214

Nilamsina

9 . Dihantar pada 12hb Jun 2003 1.50:09 tghari   [Edit]
ikan pekasam.....hmmmmm sedapnye...
nak cari kat mana?
nak buat sendiri?..ikan laut boleh buat ikan pekasam ke?
selalu org buat ikan sungai...

IP : 161.139.72.75

cikbusuk

10 . Dihantar pada 12hb Jun 2003 2.14:37 ptg   [Edit]
busuk selalu amik dr kg... kalau tak dapat beli kat pasar selayang... murah je..

IP : 161.142.112.8

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "