Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> hias menghias : hias rumah flat
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : hias menghias : hias rumah flat
norfarrah

1 . Dihantar pada 23hb Mei 2003 3.17:31 ptg   [Edit]
date : 23/05/03-3.15ptg


Hai kekawan saya nak tanya bagaimana nak hias rumah flat agar nampak kemas dan selesa.ruang nya tak besar, bila masuk saja set kusyen dah penuh belum lagi meja makan. Set tu taklah banyak kerusinya.disamping almari untuk simpan set pinggan.
beri sikit pandangan.

tQ
Senyum selalu.

IP : 202.75.165.82

kadir

2 . Dihantar pada 26hb Mei 2003 10.08:38 pagi   [Edit]
Kalau anda hendak menghias rumah , pasangla cornice atau pun plaster ceiling. Buat sendiri , rasa-rasa tak susah. Cornice ni murah saja belanja bawah RM50.00 utk ruang tamu 10 X 10. Kedai tu terletak dekat jalan Pahang sebelum traffic light ke gombak (Balai polis setapak), dekat dengan klinik.

Haha selamat mencuba...


IP : 161.142.112.8

atysya

3 . Dihantar pada 26hb Mei 2003 5.07:37 ptg   [Edit]

bagi cat warna putih atau krim, mesti nampak luas dan kemas. Bagi langsir pun warna putih, cantik gitu...

* Mesej ini telah diedit oleh atysya pada 26hb Mei 2003 5.07:53 ptg

IP : 210.195.234.112

ayangzurin

4 . Dihantar pada 26hb Mei 2003 5.37:09 ptg   [Edit]
kalau tanak serabut dan nampak penuh sbb banyak perabut..seelok2nya beli perabut yang boleh pakai utk 2 kegunaan,contohnya guna meja jepun untuk jimat ruang..boleh digunakan untuk meja makan dan boleh digunakan sebagai meja kopi...tak banyak space yang digunakan dalam rumah sempit cam flat tu...

IP : 161.142.100.85

pualam3

5 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 7.41:49 ptg   [Edit]
emm..nak hias umah flat ye..menarik tu.aku penah nengok umah contoh kat damansara.. very simple but nice..untk ruang tamu.. ko just letakkan sofa bed.. meja tamu..tambahkan plak ngan cabinet tv yg nak kata beso tak beso kecik pun tak jugek le..sedehana je lah..so ko tak perlu beli set2 tv&radio yg mengarut tu,,..(jimat tak??).just letak tv,vcd/dvd/mp3, utk hiasan plak letakkan vase yg diisi ngan bunga yg simple..cth bunga kering ke..

IP : 210.187.110.110

pualam3

6 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 7.44:06 ptg   [Edit]
lagi satu kan utk meja makan ko beli meja bulat je..utk 2-4 orang makan..

IP : 210.187.110.110

Imann

7 . Dihantar pada 28hb Mei 2003 11.08:04 pagi   [Edit]
farra
tak susah nak hias rumah flat, asal buat perancangan yg teliti. Pilih perabut yg sederhana besar supaya tak sesak. Imann sekarang pun dok umah flat jugak keluasan 675sq ft jerk...tapi sebelum masuk umah dulu, imann rancang betui2 agar selesa dan luas.

1. Ruang tamu - hanya sofa 2 seater, meja kopi mcm kotak yg dalamnya boleh simpan majalah dan kabinet TV yg sederhana. lepas tu belilah kerusi lipat cam kat IKEA tu wat spare kalau ada tamu (boleh simpan dalam stor). letak kusyen besar dua biji.kalau boleh jgn letak carpet yg corak berserabut dan besar...cuba ganti dengan rug yg sederhanda besar....cukup.

2. Ruang makan - Imann beli meja makan jepun utk 4 org dan lapik dengan tikar rotan supaya kena dengan konsep. And one small cabinet utk display pinggan ker or apa2 perhiasan (make sure kanibet rendah dan sederhana).

3. Bilik Utama - hanya basic furniture yg perlu, katil almari tinggi dan almari rendah berlaci (bolah jadik dwifungi)...dalam almari letak baju harian, atas lamari letak alat2 solek..dah gantung cermin besar sebagai meja solek.

4. Keemasan dinding - kalau nak luas..make sure guna cat yg lembut...seperti biru lembut ker...krim ker...light yellow ker...yg penting kaler lembut...dan biarlah satu kaler jer....kalau nak buat 2 tone and nal letak border, cat lah guna kaler lembut jugak...but lebih baik kalau satu kaler..nampak harmoni...umah imann guna kaler krim kekuningan utk ruang tamu & ruang makan...memang tenang...kalau kita tengok Hotel, boleh di katakan guna earth color...or krim kekuningan...

5. kemasan bilik - kat bilik, boleh diseragamkan kaler dgn ruang tamu atau pun nak tukar kaler pun boleh...cam imann...semua bilik punya tema memasing...sebab taknak jemu dengan satu kemasan. bilik utama, imann pilih...very light blue...bilik kedua...light hijau kekuningan (cam kaler pucuk pisang)..and bilik ketiga pulak...imann letak kaler light pink (feminin sikit)...

6. dapur - kalau boleh pilih kabinet yg kaler earth..so namapak luas...cam imann...kabinet dapur kaler krim keputihan and cat dinding pulak..imann ambil yg kontra utk nampak lifely sukit...imann guna cat kaler hijau pucuk pisang...so ceria sikit dapur tu...rug/kain lap tangan/mugs semua kaler hijau pucuk pisang...so nampak lah serasi ngan tema.

7. kemasan langsir - langsir putih or krim boleh masuk dengan semua kaler dinding..langsir berbunga akan nampak sesak...cam imann...hanya guna blind & langsir sheer putih sebab nak nampak kemas tapi berseri.

cukuplah kot..imann kongsi apa yg imann wat kat umah....harap2 dapat membantu

IP : 219.93.6.146

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "