Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Resepi : Acar Buah (yang sedap)
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Resepi : Acar Buah (yang sedap)
maizana

1 . Dihantar pada 20hb Mei 2003 4.08:50 ptg   [Edit]
Dulu...6 tahun lepas..I memang boleh buat acar buah...sampai i buat untuk majlis perkahwinan adik...dan ramai yang puji sedap. Resepi ni..kawan yang bagi...(dia minta dari mak dia - orang Perak), I salin...dan masa buat I ikut resepi...tapi masa pindah..I terhilangkan resepi tu...

Walaupun pernah buat..tapi sebab tak selalu..I dah lupa macam mana cara nak buat...So kalau ada sesiapa yang tau..kita kongsi2 lah bersama...

IP : 161.142.100.85

dinni

2 . Dihantar pada 20hb Mei 2003 4.15:00 ptg   [Edit]
kak zana:

acar buah mmg favorite dinni...tak sah kalo pergi rumah org kahwin kalo tak ada acar buah nie...resipi ni, dinni belum cuba lagi...tapi dinni buat koleksi utk file resipi dinni dari Restoran Pak Amir...cubalah..


Acar Buah

Bahan-bahan

1. 20 ulas bawang merah, belah 4
2. 10 ulas bawang putih, belah 4
3. 3 inci halia, hiris halus
4. 10 tangkai cili kering, direbus dan kisar
5. 1 cawan kurma - buang biji, direndam hingga lembut dan kisar (air
jangan dibuang)
6. 1 cawan prune, potong 2 jika suka
7. 1 cawan kismis hitam (raisins)
8. 1 cawan sultanas
9. cawan aprikot kering - dihiris
10. cawan asam boi (jika suka)
11. cawan buah pala (dihiris)
12. peket serbuk kari daging Adabi
13. 1 batang kayu manis
14. 3 sudu makan cuka /air asam jawa
15. 1 cawan gula merah
16. sedikit garam
17. 3 sudu makan minyak masak
18. 1 cawan air

Cara membuat:
1. Panaskan periuk, didihkan secawan air dan masukkan cuka (atau air
asam jawa), gula dan garam.
2. Bila mendidih, masukkan bawang merah. Ketepikan
3. Pijarkan minyak didalam periuk yang agak dalam. Api perlahan
4. Tumiskan halia, bawang putih dan kayu manis
5. Masukkan rempah kari & cili kering dan goreng sehingga agak garing
6. Masukkan kurma yang sudah dikisar. Gaul sebati.
7. Masukkan aprikot dan buah pala. Biar hingga lembut
8. Masukkan bawang yang sudah dijeruk bersama air jeruknya sekali
9. Masukkan buah-buahan lain dan gaul rata.
10. Sesuaikan rasa gula dan garamnya.

Note: Boleh juga gunakan buah-buah lain seperti limau jeruk, rambai dan
jambu batu kering.

Acar buah lebih sedap kalau tak simpan dalan fridge, it will keep until 2-3
weeks. Kalau masuk fridge, it will keep sampai fridge rosak.

IP : 61.6.64.98

mangkukayun

3 . Dihantar pada 20hb Mei 2003 4.44:25 ptg   [Edit]
Asben den memang tere buat acar buah ni.Tp masaalahnyo den tak pula
dok tengok caro dibuetnyo.Memang resepi dia well kept secret. Katonyo
arwah neneknya punyo resepi dan terkonal di Penang.Kalau bulan puasa
berpeket-peket dibuat jualnya. Kekadang sampai tak terbuat kalau ikut
permintaan.
Yang den tengok memang dia tak gunakan rempah,air asam,kayu manis dan
buah2 asam tu. Dia punya simple tetapi bila terasa memang nak lagi.
Lobih-lobih laaii bila bangun sahor makan dongan nasi panas pun dah
cukup tak payah lauk lain.
Nanti den cubo tanyo kalau dia nak bagi resepi tu tak.Macam mano den
tak jadi montel. Dapat asben pandai masak macam-macam masakan.

IP : 211.24.129.132

maizana

4 . Dihantar pada 20hb Mei 2003 5.01:19 ptg   [Edit]
thanks dinni..mangkuk..cuba2lah tanya hubby u.

Yang Kak Zana ingat..resepi dulu tu..(yang kawan bagi...dia guna rempah acar)..nanti kalau g..Chow Kit...Kak Zana tanya. Lepas tu...cili kering kena goreng tanpa minya kat kuali (atau kalau nak letak pun..letak sikit jer minyak) - itu sebab..Acar Buah tu..kaler dia hitam...lepas tu..guna Cili Padi...Cuka memang banyak...kalau tak silap..1 cawan.

Lepas tu...buah2 yang kita nak masukkan semua kena goreng (goreng dengan minyak panas).

IP : 202.190.80.250

mangkukayun

5 . Dihantar pada 21hb Mei 2003 10.43:50 pagi   [Edit]
Asben den dah tengok senarai bahan2 Dinni tu, katonyo mungkin resepi
orang KL kut. Sebab bahan2 yang asben den guna tak ado apricot, asam boi,
buah pala, kayu manis, asam jawa, gula merah dan jeruk jambu batu dsbnya.

Masaalahnya dia tak tahu macam mana nak bagi sukatan sebab dia main lebur2
sajo. Pastu ikut bau/aroma masakan acar kalau kurang itu ini dia akan
campur kemudian. Tapi yang hairannya rasanya memang ummmph. Masam ado, manis
ado, pedas pun ado.Bawang kecil India dan bawang putih cukup ranggup.Entah lah
den macam mano dibuek nyo.

Musim cuti sekolah ni dah ado orang tompah untuk kenduri-kendara nanti den
duduk sobolah tengok cara2nyo. Yang tak tahan tu duduk sobolah api selamo
3 jam untuk satu masakan satu kuali bosar.Panas panas panas......

IP : 211.24.129.132

NOBODY

6 . Dihantar pada 21hb Mei 2003 11.01:37 pagi   [Edit]
Kalau duduk di Trengganu ada bekas guru yang pandai buat acar buah ni. Macam di Trengganu tak adalah banyak buah yang di campurkan cuma buah yang simple -simpel jer . Cuba cari dekat www.mesra.com (bahagian resepi)

IP : 200.76.240.9

erida

7 . Dihantar pada 24hb Mei 2003 12.48:52 tghari   [Edit]
hai maizana,ini respi yg mak i ajar la,nak cuba.....
bahan,,
10-15 biji limau jeruk
20 biji bawang kecil[sebiji2]
10 biji bawang putih[sebiji2]
lada kering[mesin halus]
halia[ mayam halus]
buah kurma[buang biji]
kismis
buah2an jeruk lain[kalau suka]
bijan.biji sawi,jintan manis/putih
2 cawan cuka,air secukupnya
1cawan gula merah/1/2 cawan gula putih
garam/serbuk perisa
cara
tumis biji sawi,jintan,masukan lada kisar,sampai pecah minyak
masukan cuka,air-garam,gula,dan semua buah2an jeruk tadi,last masukan biji sawi

IP : 210.186.168.174

Es00

8 . Dihantar pada 03hb Jun 2003 4.20:26 ptg   [Edit]
maizana - suka acar buah ya?
mak mentua saya memang selalu buat acar buah ni,
kira expert gakle tu pasal kalau majlis kawin org
selalu tempah kat dia.
saya dulu masa belum ada baby memang suka nak belajar
dgn dia tapi bila dah ada baby segala resepi yg dia ajar
tu down into the drain pasal tak nyempat nak mencuba.

rasa2nya acar buah mcm dinni kata tu lebih kurang le
resepi mentua buat. cuma dia ada bagi pesan,
kira mcm petua le ni (=PEsan menTUA) ,
dia kata kalao buat acar buah JGN LETAK AIR, cukuple
cuka tu n air yg keluar dari buah2 asam tu,
pasal kalau letak air, nanti acar tak tahan lama.

gitu lah adanya.

IP : 161.142.121.220

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "