Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> .anika keraftangan : minat pada keraftangan
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : .anika keraftangan : minat pada keraftangan
erida

1 . Dihantar pada 07hb Mei 2003 3.00:44 ptg   [Edit]
hai.i minat pada bidang keraftangan.seperti buat bakul berhias dengan renda
cantikan barangan terbuang..dan macam2 lagi..disini i nak kongsi minat dengan siapa2 yg berminat..sila email pada i..kalau siapa tahu laman web pun lagi bagus..boleh sama2 kita cuba..ok

IP : 210.186.168.198

ayangzurin

2 . Dihantar pada 07hb Mei 2003 3.13:19 ptg   [Edit]
erida

ayang pun suke ngan handcraf ni,kalau pegi window shopping tak leh tengok bakul2 kecik ke,rotan ke..mesti nak belek2 kalau dah terpaut beli plak...sampai tak tau nak letak mane...,

IP : 202.186.134.9

monie747

3 . Dihantar pada 07hb Mei 2003 10.29:11 mlm   [Edit]
erida dan ayang..
kongsi la apa2 hasil craft yg telah anda berdua buat. blh saya try pulak nanti. saya ni minat juga sikit2. tapi x begitu creative.

IP : 203.106.158.90

ctamira

4 . Dihantar pada 08hb Mei 2003 2.32:55 ptg   [Edit]
cik erida gubahan bunga sabun ada tak? akak minat tapi tak tahu macamana nak buat. tengok dalam majalah cantik-cantik diaorang buat.. kalau ada tempat nak belajar silalah beritahu akak yea..

IP : 161.142.78.84

yusmar

5 . Dihantar pada 08hb Mei 2003 5.52:49 ptg   [Edit]
Nak menghias bakul, senang aje.Bakul tak semestinya mahal, murah cukup.lapikkan bawah bakul dengan span nipis.Kemudian balutkan dengan kain satin luar dan dalam bakul.Letakkan renda di sekeliling bakul tambahkan reben dan bunga.Pegi je ke kedai jual bunga, boleh tengok berbagai jenis renda dan reben yang cantik2.Asalkan kreatif cantik bakul tu.

IP : 141.11.80.1

yattcute

6 . Dihantar pada 08hb Mei 2003 7.30:23 ptg   [Edit]
saya..!
saya suka pun suka menghias barang terbuang.
saya suka bakul.. suka bunga...

IP : 202.75.165.82

monie747

7 . Dihantar pada 08hb Mei 2003 8.49:36 mlm   [Edit]
kak siti.
guna sabun mandi such as lux, kao etc..
parut sabun tu dlm besen.
campur air suam sedikit demi sedikit sambil mengacau/menguli or whatever.. sampai jadi mcm doh iaitu senang utk dibentuk. blh campur bahan pewarna in case nak bunga warna lain. but make sure pewarna tu sebati dan sekata dalam adunan tu.
then amik sikit, bentukkan jd kelopak bunga mawar. cantum2... jadi sekuntum.
keringkan betul2 kering... spray utk matikan. spy tahan lama, berkilat dan tak mudah berkulat.

ada lagi satu cara... buat bunga roti. hasilnya sama je ngan bunga sabun. bezanya, bunga sabun wangi la. blh guna roti slice putih yg dah nak expired tu.. so.. lebih jimat.. hahaa..

IP : 210.186.183.134

chetam

8 . Dihantar pada 09hb Mei 2003 5.19:01 ptg   [Edit]
Meh Chetam ajar buat hiasan dinding dari tali guni.

Ambik dua keping tali guni. 1 keping panjang 2X dari yang satu lagi. Cth : 1 keping tu 1 meter dan sekeping lagi 0.5 meter. Adik2 ngan cik kak2 oi, tali guni ni bukan saiz yang masuk dalam pelita minyak tanah tapi yang besar tu yang macam ikat lembu tu. Jangan pulak beli tali yang ikat sampan dah la. Lipat tali yang panjang. Cantumkan tali pendek di antara lipatan tali panjang ni dan diikat ngan dawai di bawah atas sekali. Make sure ada ruangan untuk mengantung tali tu nanti. Ukur dalam 2 inci dari atas sekali baru ikat ngan dawai. Lepas tu mulala menjalin tali yang dah jadi 3 helai ni macam kita dandan rambut. Dandan sampai habis, pastu ikat ngan dawai. Biarkan ada lebihan kat bawah supaya merumbai sikit. Ambik bunga dan daun. Batang tak nak tau. Gunakan hot gun untuk melekatkan bunga di atas ikatan dawai sebelah atas dan tengah. ikut suka macam mana nak hias. Ikatan dawai di bawah tu di balut ngan ikatan reben kertas hiasan. Alah kertas bergulung tu. Bila dibuka jadi kedut. Buatlah reben ikut suka sendiri. lagi elok kalau reben ni dibuat dari 2 atau 3 kombinasi warna. Baru menarik.

Faham tak? kalau tak faham, angkat tangan.....

IP : 203.121.0.14

yusmar

9 . Dihantar pada 09hb Mei 2003 6.52:18 ptg   [Edit]
angkat tangan!!!!

IP : 141.11.80.1

erida

10 . Dihantar pada 09hb Mei 2003 8.25:37 mlm   [Edit]

terima sih ciktam..ada apa gubahan yg u tahu lagi tak

IP : 210.186.168.121

monie747

11 . Dihantar pada 11hb Mei 2003 11.09:55 pagi   [Edit]
pahammm cekgu!

bestnye che tam...

IP : 203.106.158.187

chetam

12 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 10.27:41 pagi   [Edit]
Alah Yusmar...apsal angkat tangan? Erida ngan monie747 dah faham. Yusmar tak faham bab mana? Cuba citer sikit ngan Chetam.

Buat guni kecik yang bubuh kacang2 atau rempah ratus tu tahu tak Erida?

IP : 203.121.0.14

lilo_stitch

13 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 10.36:00 pagi   [Edit]
Chetam : Apsal Chetam tau byk benda ekk...??? Jelez ler... nak belajar kat Chetam bleh..??? Share lagi...

Kelas langsir kita nih camner ek...??? Nak cari Maizana plak...

IP : 203.121.0.14

monie747

14 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 10.37:50 pagi   [Edit]
guni kecik? kena guna kain guni la?
buat mcm nak buat unsang tu eek?

IP : 210.186.182.147

chetam

15 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 10.58:29 pagi   [Edit]
Alah Lilo, janganla tegur kang tersentap pula idea Chetam. Chetam minat banyak benda. Kalau pegi rumah Chetam, penuh ngan bunga yang Chetam gubah sendiri. Projek terbengkalai pun banyak gak. Chetam rasa nak belajar ngan Maizanala. Kak Red nak bawa anak. Chetam tak ada anak. Cuma kena cari tarikh sesuai.

monie747, unsang tu aper? Ni guna guni betul. Beli jer dari kedai borong yang jual ikan masin, bawang dll. Benda ni kalau tak silap orang panggil Little Herbs, agaknyala. Kalau kat kedai, punya la mahal. Chetam belajar dari majalah Mingguan Wanita kalau tak silap.

IP : 203.121.0.14

yusmar

16 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 2.18:39 ptg   [Edit]
maaf cikgu...sekarang dah paham dah!.Slow sikit.
Ada sesiapa yang ada idea terbaru untuk gubahan hantaran perkahwinan?.

* Mesej ini telah diedit oleh yusmar pada 12hb Mei 2003 2.30:55 ptg

IP : 141.11.80.1

chetam

17 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 2.39:09 ptg   [Edit]
Adoi...kat ofis org panggil cikgu. kat MDC pun panggil cikgu gak.

Cayala Yusmar, kalau dah faham bolehla buat yer. Pasal hantaran ni, maafla.....tak terror tapi Chetam pernah tengok kat kedai buku ada buku khas untuk gubahan hantaran. Dah beli ke?

IP : 203.121.0.14

azalea

18 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 2.57:28 ptg   [Edit]
Monie

buat bunga sabun tu pakai sabun ngan air suam je ke...tak yah tambah apa2 lagi ke...and then spray tu mana nak beli...apa namanya? mahal tak?

IP : 202.185.66.55

yattcute

19 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 3.03:20 ptg   [Edit]
eee..
bagusnya..
saya kan sebenarnya memang minat ngan kraftangan ni...

gubahan hantaran pon minat gak..
tapi so far terdapat beberapa masalah yang menghadkan kebebasan saya membuat kraftangan ini..
setakat ni saya memang banyak menyimpan koleksi gambar2 kraftangan..

kan baik kalau kita dapat berjumpa dan bertukar idea..



-----------------------
hiasan tali tu kureng paham la.. kalo dapat tengok rupa kan besss..

-------------------------
setakat ni saya banyak buat bekas & uncang potpouri..
saya juga menyewakan alas dulang untuk hantaran pengantin..!

IP : 202.75.165.82

chetam

20 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 3.39:45 ptg   [Edit]
yattcute

Nak tengok hiasan tali tu bisa diatur. Masalahnya, Chetam tak pandai masukkan dalam MDC. Yattcute ajar Chetam, balik nanti bila senang, Chetam ambik gambar ngan kamera video Chetam.

IP : 203.121.0.14

yattcute

21 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 4.00:25 ptg   [Edit]
chetam
1. ambik gambar - kalau digital terus leh masuk pc. kalau tak digital kena la scan dulu
2. masukkan dalam website - kalau tak da website sendiri, try search website yang provide service bubuh gambar, contoh www.picturefuse.com
3. link dalam mdc dengan guna command image seperti dalam ikon masa kita type mesej

* Mesej ini telah diedit oleh yattcute pada 12hb Mei 2003 4.01:14 ptg

IP : 202.75.165.82

Gor_don

22 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 4.45:37 ptg   [Edit]
em.. terpikat kat tajuk kali nie..
ari nie Gor nak kongsi KerasTanganyang Gor udah buat.

Bebaru nie Gor ada buat hiasan lilin. Kira buatan sendiri la nie.
tapi tak le wangi macam kat kedai tu. Nak yang wangi ble gak. Tapi nanti
Gor ajor caranya.

Bahan yang Gor guna ialah,
1)Lilin biasa.
Tapi ada dua jenis, satu yang putih jernih,
satu lagi putih macam susu (yang nie tak jernih)
Kalo nak bagi nampak bahan yang kita buat, ambil yang lilin putih jernih.

2) Hirisan limau nipis yang telah di keringkan (jemur kat panas le)

3) Bekas acuan untuk letak lilin.

4) Bekas besi atau Aluminium spt tin sardin, tin susu. (pastikan bersih)

Cara2:-

Potong lilin yang bersumbu ikut tinggi bekas acuan lehih baik tinggi sket.
Susun kepingan limau yang dah dikeringkan dalam acuan.
(letak kat keliling acuan)
Letakkan potongan lilin bersumbu kat tengah2 acuan.
Cairkan lilin dalam tin sardin/tin susu.

Setelah lilin agak suam kira tak berasap (terlalu panas) baru masukkan
cairan lilin dalam acuan.
Biar seketika hingga lilin membeku.

kalo nak kuarkan dari acuan, tunggu satu hari, bila lilin bebetul longkah
dan mudah dikeluarkan dari acuan.

Note:-
kalo taknak lilin lobang tengah(mendak tengah) masukkan lilin bersumbu
setelah lilin hampir beku.

sekian. selamat mencuba.

selain hiasan limau, benda lain pun boleh spt bunga kering, kelopak bunga
hidup, kerang dll.

Gor pun ada buat guna kelopak bunga rose yang dah kering dan bunga carnation.

Try le .. pasti menyeronokkan.




IP : 202.188.246.191

yattcute

23 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 5.38:02 ptg   [Edit]
don
lama x sembang

IP : 202.75.165.82

yusmar

24 . Dihantar pada 15hb Mei 2003 09.10:49 pagi   [Edit]
Chetam, buku hantaran tu ada tapi kebanyakannya nampak sama aje.Tengah cari idea untuk buat hiasan sabun kecil bentuk love.Untuk buat cenderahati hari perkahwinan adik ipar.

IP : 141.11.80.1

PnAnn

25 . Dihantar pada 16hb Mei 2003 08.59:38 pagi   [Edit]

Pn Ann pun memang minat kraftangan..bermula dengan minat, akhirnya menjadi pengajar untuk aktiviti kraftangan..itu pun pada sesiapa yang berminat..Pn Ann hanya ajarkan sahaja..kos bahan sendiri bayar.

Yattcute
Koleksi buku-buku kraftangan..jika minat mai datang rumah Pn Ann..kebanyakkan buku-buku Pn Ann beli dari luar negeri..ketika kakak, member dan boss ke overseas..maka tiap kali itulah Pn Ann kirim. Dari kraftangan "Fancy Paper", "Metal Craft", "Ribbon Embroidery", "Fabric Origami" dan lain-lain lagi.

Yusmar
mengapa tidak disimpan dalam kain macam jala emas (ada jual di kedai kraftangan, semeter RM12.00), kain tu..lebih kurang macam guni..yang beza warna emas..ikat bonjot-bonjot..bila siap nampak klasik lain dari lain..errr..faham tak ?

IP : 203.121.0.8

chetam

26 . Dihantar pada 16hb Mei 2003 09.59:06 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

Puan Ann, Chetam minat sesangat kraftangan ni. Puan Ann boleh ajar di mana? Seronoknya.....saper nak join ni?

IP : 203.121.0.8

lilo_stitch

27 . Dihantar pada 16hb Mei 2003 12.21:29 tghari   [Edit]
lilo pong nak tumpang join kelas kerastangan nih... Pn. Ann nak buek kat mano kelas nih ek..???? Tarikh tu... kalo boleh beri jarak selang 2 minggu dari kelas langsir yg kalo jadi on 7/6 tu k !

IP : 210.195.14.74

erida

28 . Dihantar pada 16hb Mei 2003 1.33:45 tghari   [Edit]
.....hai pn ann..u ni tinggal kat ner
kalau jauh cam ner i nak belajar..
u ni banyak ke idea keritif ajar la......

IP : 203.106.148.74

PnAnn

29 . Dihantar pada 16hb Mei 2003 1.37:55 tghari   [Edit]
Chetam
enko dari dulu lagi..tapi rugi tak joint masa Bengkel Wanita..tak caya tanya Nitacyber..kraftangan..tempat simpan plastik sampah..tak terjual kat kedai..

Lilo
Pn Ann - 7/6/03..memang tak leh..mohon ampun maaf..dah confirm kena pergi Penang..ada kojo..apa pun U all teruskan jua tanpa kehadiran Pn Ann..untuk kraftangan..rumah Pn Ann atau rumah sesiapa saja..OK gak !

erida
dah hobi..itu sebab sanggup koreksi cari idea..

IP : 203.121.0.8

erida

30 . Dihantar pada 16hb Mei 2003 1.40:39 tghari   [Edit]
hai..kat sini i ada resepi
cara buat kelip rambut
bahannya...sepit rambut
kain oranza
gum
bunga hiasan kecil
reben halus
kain oranza kita bentuk spt reben gum keliling sepit
tengahnya kita lekatkan reben kecil warna warni gum gak
hias dng bunga kecil
siap utk anak kita pakai

IP : 203.106.148.74

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "