Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> hiasan : air terjun,pokok langsuyar
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : hiasan : air terjun,pokok langsuyar
tuanSENTANG

1 . Dihantar pada 06hb Mei 2003 2.33:51 ptg   [Edit]
askum..geng..akak adik abg pakcik makcik...

aku punya cita2 nak reka air terjun kat tepi umah aku...ala yg selalu korang tengok kat t.b nagn majalah tu....tak silap aku ada yg jenis pasang siap...tapi rekabentuk dia terhad...
..jadi pada sesiapa yg dah buat menda nii leh tak syer kat sini camna korang buat....

2) korang pernah dengar tak pokok langsuyair.(tak silap aku itu laa nama dia)...
..pokok yg berjuntai2 daun dia tu..selalu org tanam dlm sabut....
...masalah nya...aku pernah pi umah kakak aku kat putra jaya...memang kat umah dia tu banyak dia bela pokok tu..,,masa aku pi tu..anak kecik aku dok nagis tak henti2....so..ada kemungkinan kaa kalau tanam pokok tu memamg ada makluk halus dok buat tempat port....

sekian sokalan aku buat masa nii.//...

IP : 192.55.6.36

lilo_stitch

2 . Dihantar pada 07hb Mei 2003 09.49:13 pagi   [Edit]
Terkezut tgk si Sentang menjengah kat sini. Ingatkan hang dok lepak kat SKR jer esp bab contraception

Ayaq tojun tu, lilo blom expert laie... ni next projek, so tak leh ler nak komen. Bab pokok langsuyaq or saka tu kan... eleh.. ko jgn ler percaya sangat ! Ramai apa orang letak kat umah tak de mende pong... Benda2 halus nih kalo ko kata dia ada, dia tak de pong ko perasan dia ade... Eh ! rumah kakak hang byk pokok nih eh..?? mintak sket bule?

IP : 203.121.0.14

monie747

3 . Dihantar pada 07hb Mei 2003 2.13:40 ptg   [Edit]
Tuan Sentang.

ayah saya suka sgt buat air terjun kat rumah2 kami. air ter jun tu setinggi cucur atap rumah biasanya. biasanya dia buat di sudut halaman iaitu sudut antara pagar dan diding rumah. blh imagine tak?
dia guna batu2 sg yg mcm2 saiz dan rupa utk buat air terjun tu. pastu akan ada sebuah kolah ikan yg bersesuaian saiznya utk air terjun tu mengakir masuk. ada satu pam air yg di sembunyikan di dalam gua spy x nampak. pam tu utk pam air dalam kolam naik ke atas puncak dan turun sebagai air terjun. gua tu ayah saya buat dalam kolam betul2 bawah air terjun. bila2 lama2, batu2 sungai tadi akan mula berlumut sbb air sentiasa mengalir. ia memang cantik. sbb makin real jadinya.

Tuan sentang,
selain pokok langsuyar, ada sejenis paku pakis yang blh hidup di kasawan yg sgt lembab. kalau tuan sentang dpt pokok paku pakis tu, jez selitkan guna batu2 sungai di pinggir air terjun tu. lama2 ia akan melekat terus di batu sungai basah tadi dan anak2 pokok tu akan naik di tgh2 air terjun. cantik sungguh!
nak tambah effect dia lagi, beli spotlight kecil2 dan halakan ke kolam air terjun tu. mlm2 buka spotlight tu.

kalau laman rumah besar, kolam tu boleh buat besar2. boleh buat titi menyeberangi kolam tadi. dalam kolam pun jgn lupa hias. bykkan batu sungai. bela lah ikan mcm taiwan carp ke, japanese carp ke, bila banyak2, besar2, nampak cantik. pastu, tanam pokok keladi yg blh idop dlm air dlm kolam tu. tak perlu tanah. tindih2 guna batu pada satu tempat. biar jadi ala2 rockgarden gitu..
kemudian, jgn lupa, pada aras tertinggi air kolam tu, buatkan satu lubang berjaring dan pasang paip dari lubang tu terus ke longkang. ini supaya, bila hujan, air kolam x melimpah. ia akan keluar terus ke longkang. tapi paip tu ada dalam tanah la. kita x nampak. org tak tau pun.

ini dari apa yg monie nampak ayah monie buat la.

salah silap harap maafkan.

IP : 203.106.157.66

yatideen

4 . Dihantar pada 07hb Mei 2003 3.11:14 ptg   [Edit]
tuan sentang,
biasanya pokok yang berjuntai macam pokok langsuyar tu
memang digemari oleh makhluk halus seperti jin/syaitan
sebagai tempat persinggahan...
ini citer betul tau, bukan main2.....
tak percaya... jom tengok.... he he

* Mesej ini telah diedit oleh yatideen pada 07hb Mei 2003 3.13:51 ptg

IP : 219.95.52.170

monie747

5 . Dihantar pada 07hb Mei 2003 6.21:01 ptg   [Edit]
saya tak tahu dan pernah dgr pun mengenai perkara itu sebelom ni.
kalau betul la.. elakkan lah. tambahan pula kalau ada anak kecil.. nasib baik la rumah saya tak pernah tanam pun pokok tu.

IP : 210.186.182.25

chetam

6 . Dihantar pada 08hb Mei 2003 10.16:45 pagi   [Edit]
Assalamualaikum TuanSentang dan Gang

Ni keratan yang Chetam ambik dari Berita Online - hari Ahad lepas

=============================================================================

DERUAN dan percikan air yang mengalir di celahan batu sungai memberikan suasana kedamaian, begitu juga dengan jatuhan air daripada batu yang mewujudkan irama tersendiri yang sukar untuk diungkapkan.

Suasana ini memberikan ketenangan, sekali gus boleh membuatkan seseorang itu lupa seketika perkara yang berserabut di kepala, yang diperindahkan lagi dengan kelibat anak ikan berenang gembira di air.

Bagi mereka yang mempunyai kediaman berhampiran sungai, suasana sebegini adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Namun begitu, tidak semua di kalangan kita berkemampuan memiliki kediaman dengan suasana sebegini, apa lagi tinggal di bandar dan mereka yang mendiami pangsapuri.

Satu cara untuk menikmati muzik indah ini adalah dengan mengunjungi rimba rekreasi.

Apa pun, dengan perkembangan teknologi, semua orang kini berpeluang untuk memainkan muzik indah ini sama ada di halaman rumah atau di ruang sempit balkoni unit pangsapuri mereka.

Dengan hanya berbekalkan beberapa biji tempayan dan guri serta pam, air terjun buatan dapat dibina yang mana kewujudannya bukan saja memberi daya tarikan kepada halaman tetapi juga memberikan suasana segar.

Perunding landskap Jai Garden, Jailani Johari atau lebih dikenali sebagai Jai berkata, ramai menganggap dengan membina air terjun buatan di rumah ia memberikan suasana damai di samping menjadi bahan untuk terapi minda.

“Bunyi yang dikeluarkan memberikan ketenangan dan ada seorang pelanggan saya memberitahu, sejak beliau membina air terjun di rumah, suaminya yang sebelum ini sentiasa sibuk kini kerap pulang awal semata-mata ingin menikmati ketenangan mendengar deruan air daripada air pancut buatan itu,” katanya.

Katanya lagi, seseorang itu juga tidak perlu mempunyai ruang yang besar untuk membuat air terjun di halaman atau di satu sudut rumah kerana ruang sebesar 3 kaki x 3 kaki dan 4 kaki x 4 kaki juga memadai untuk menampung sebuah air terjun yang tidak kurang hebatnya.

Untuk ruang sebesar ini apa yang diperlukan ialah sebuah tempayan utama sebesar 28 inci serta beberapa tempayan kecil sebagai tambahan, pam untuk turun-naik air juga bahan sampingan seperti pokok hiasan serta batu-batu kecil yang digunakan bagi menyerikannya, katanya.

Katanya, jika suka boleh juga ditambah dengan patung comel binatang seperti katak, kura-kura, arnab atau burung bangau dan dalam menghasilkan air terjun buatan yang baik, ia semua terpulang kepada kreativiti.

Selain mengupah, pemilik kediaman juga boleh membina sendiri air terjun buatan dengan membeli bahan asas di kedai pasu dan tapak semaian kerana pembuatannya tidaklah sebegitu sukar dan mungkin apa yang dihasilkan lebih bersesuaian dengan minat dan kehendak mereka, katanya.

Jai Garden yang terletak di Ampang Park, Kuala Lumpur turut menawarkan pelbagai pilihan air terjun buatan daripada yang berharga dari RM90 hinggalah kepada sebesar yang diingini pelanggan.

Selain diletakkan di kawasan taman, pancutan air mini boleh dijadikan hiasan menarik di tempat letak kereta, pintu masuk dan ruang tamu rumah. Ada juga penghuni meletakkan ikan kecil di bahagian bekas paling besar dan bawah.

Di samping membeli yang baru, tempayan lama (yang semestinya tidak bocor) serta takungan mandian yang diperbuat daripada tanah liat atau ayan juga boleh digunakan yang mana ia mewujudkan keunikan tersendiri.

Kata Jai, selain menyerikan kediaman, ada juga yang menganggap unsur air mempunyai nilai feng shui.

Namun katanya, ia semua terpulang kepada pemilik kediaman kerana walau apa pun alasan pemilik kediaman untuk membina air terjun buatan, satu yang pasti ialah ia menambah seri kediaman selain mewujudkan kedamaian di persekitaran rumah.

====================================================================

Ada juga disertakan 3 gambar contoh air terjun tapi Chetam tak tau macam mana nak masukkan ke sini. Kalau TuanSentang nak tengok, masuk ke dalam berita online, dan pegi ke bahagian lanskap.

IP : 203.121.0.14

gojira

7 . Dihantar pada 08hb Mei 2003 1.43:29 tghari   [Edit]

TEMPAYAN dan pasu pelbagai bentuk menghasilkan binaan air
terjun yang diletak dalam bekas yang diimport dari China.

IP : 202.185.221.50

gojira

8 . Dihantar pada 08hb Mei 2003 1.44:04 tghari   [Edit]

HIASAN seperti burung dan itik menambah seri air terjun
buatan yang direka untuk mereka yang mempunyai halaman luas.

IP : 202.185.221.50

gojira

9 . Dihantar pada 08hb Mei 2003 1.45:02 tghari   [Edit]

LATAR putih menguasai air terjun yang nampak
serasi dengan tumbuhan di sekelilingnya.

IP : 202.185.221.50

DaniaAlia

10 . Dihantar pada 08hb Mei 2003 1.54:10 tghari   [Edit]
lentang..tak yah aaa pokok langsuir tuh...dengaq nama pun dah seremmm...tapi pokok tu sebenarnya memang tak elok la untuk di buat perhiasan di rumah...banyak lagai alternatif lain...pokok paku-pakis ka...pokok orkid kaaa...lagi ok aper...

IP : 210.195.240.69

tuanSENTANG

11 . Dihantar pada 08hb Mei 2003 9.15:00 mlm   [Edit]
askum..

kemek..orkid aku tanam jugak..tapi manja sgt laa pokok nii..ada 3 pokok kat umah aku nii...idup segan mati tak mau jer ropanya...sebab mungkin sebab cuaca paneh stg kot...tak sila aku dia nak cuma 15% cahya matahari...kena pakai kelambu itam tu....

gojik...gambar yg tempayan tu cantik weee berkenan gak aku...tapi nampak cam amahai jer wee ekkekekeke..aku pk jenis nak korek tanah bancuh simen sendiri jer....pas tu leh gak lepas 2-3 ekor ikan kap...tak pon lampam pon cantik gak kekekekek...

chek tam....mekasih memang pada aku dengar bunyik air terjun mengalir manja tu cukup utk mendamai kan jiwa raga...org kata leh jugak rendam2 kaki lam kolam tu....kalau nak buat kolam renagn memnag tak mampu...cukup laa kolam 2-3 kakang kera tu kekekekek.....tengah dok pk nak buat dlm luas 5 kaki x 3 kaki..itu pon tengok budget jugak laa....insyaallah...tengah carik design yg sesuai....


monie....bunyik macam menarik jer air tojon /taman ayah buat tu....leh scan gambar letak kat sini tak.....plsssssss....susah laa nak imagin......aku bab lain tu ....leh laaa imagin kekekek
..tentang pokok langsuyar tu...yatie n monie...mungkin masa org tua2 dulu taruk nama dia base pada citer2 cam tu laa jugak kot.....mungkin org sekarang cakap tahyul...jer percaya menda2 cam tu....macamana pon terserah laaa memang setakat ni tak der terdengar citer org mati pasai tanam menda tu kat umah..kekkeekek

lilo stitch,,,,isss kartun nii...aku multinasional...punya minded...kekekekek
..ko nak kaaa pokok tu...umah kak aku pada aku dah ilang lawa dah...semak sgt aku tengok macam umah nenek kebayan jer...dah pon....kalau ko btoi2 nak nanti aku tanya kak ...aku....kalu dia nak bg....itu pon kalu dia nak bagi laa....kekekeke

IP : 192.55.6.36

chetam

12 . Dihantar pada 09hb Mei 2003 09.41:18 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

Gojira, makacih bebanyak sebab masukkan gambar2 tu sumer. Sejuk mata memandang. Camna nak masukkan gambar tu, boleh bagi kursus ringkas ker?

IP : 203.121.0.14

lilo_stitch

13 . Dihantar pada 09hb Mei 2003 5.38:21 ptg   [Edit]
Eh... ! Sentang, ader ker panggil aku kartun ?? 2-3 hari ni hang jarang melekap kat MDC ek..?? Apsal... bz ker... sibuk meeting eh...?? Tetiba mlm tadi terjengul hang kat sini plak eh..??

Terlanjur Sentang bukak topik ayaq tojun, tumpangn sekaki...cara2 camana nak buat ayaq tojun mini. Bole sesapa beri step by step ???

IP : 210.19.249.105

tuanSENTANG

14 . Dihantar pada 09hb Mei 2003 9.31:31 mlm   [Edit]
chek tam..ko ada gambor2 lagik kaa>>>???


lilo....aku pon dok tunggu gak info pasai nak buat mini air tojun nii..

IP : 192.55.6.36

lilo_stitch

15 . Dihantar pada 10hb Mei 2003 00.07:56   [Edit]
Nak buat mini ayaq tojun ni apa bahan2 dier ek..??? Ada sesapa bole list down, pastu berapa rege n kat mana boleh beli bahan2 nih...??? Kat hardware shop ader ker...????

Pam ayaq tu kan serupa ker cam pam ayaq utk akuarium tu ker...??? Hari tu lilo pi tgk kat Sg Buloh, kolam mini siap ngan ayaq tojun dlm RM 3-4 ratus jer... Tapi boleh buek sendiri, lagi best kan !

IP : 210.195.14.162

tuanSENTANG

16 . Dihantar pada 10hb Mei 2003 01.11:50 pagi   [Edit]
lilo kartun yg kaki dia besorr..kekekkeke.....
weee kalau kecik macam gambar gojie antar tu rasa aku cukup kot pam akorium tu...tapi kalau dah macam saiz kolam renang tu kena pakai yg besau lagik laa
..yg ni aku tak pasti rega dia....

...yg pasang siap nya paling murah aku survey 120 ringgit....
..dan aku tak berkenan pasai...tak lawa..kekekek....aku lebih suka...yg buat sendiri....tu yg dok tunggu kot2 ada specialist kat sini..nak terang camna nak buat...

IP : 192.55.6.36

sufiku

17 . Dihantar pada 10hb Mei 2003 1.39:47 tghari   [Edit]
chetam

... ada contact no Jai garden tu tak ..???

gojira

... TQ usha kan gambo2 tu ... uihhh ... t`pesona + t`goda eden ...
nak jugak ... nak jugak ... isyhh, ada setaun lbh lagi baghu umah siap!

IP : 161.142.78.84

lilo_stitch

18 . Dihantar pada 10hb Mei 2003 3.32:45 ptg   [Edit]
Sufiku : No. telefon Jai Garden : 019-333-3581 @ Ampang Park Shopping Complex.
Tiap2 bulan Jai Garden buat promosi kat Majalah Impiana. Keluaran Apr 03 kalo tak silap Impiana show koleksi mini ayaq tojun.

IP : 210.195.12.175

monie747

19 . Dihantar pada 10hb Mei 2003 7.03:20 ptg   [Edit]
tuan sentang..
amboi... imagine menda lain bley ye...
alah... gambo tu ada... tapi scanner tak de...
hehhehe... cuba la imagine lagi...

IP : 210.186.182.1

langsuir80

20 . Dihantar pada 11hb Mei 2003 01.58:19 pagi   [Edit]
Aku rasa cam ade org sebut˛ je nama aku ni...

IP : 219.93.93.150

monie747

21 . Dihantar pada 11hb Mei 2003 11.05:04 pagi   [Edit]

IP : 203.106.158.187

scarlet

22 . Dihantar pada 11hb Mei 2003 6.33:24 ptg   [Edit]

IP : 219.93.8.6

b2002

23 . Dihantar pada 11hb Mei 2003 8.43:50 mlm   [Edit]
a'kum,

sebenarnya anda boleh buat sendiri water fall tu....
mudah aje gi kat kedai ikan kat Jln. Pudu...beritahu
cina tu nak motor utk. water fall saiz besar kecik pun ada..
yg. kecik dlm. RM 20/-.....tak tahulah skg. ni klu. dah naik
arga....lepas tu beli pasu bunga yg. besar sekali mcm. kuali tu
& satu pasu kecil yg. ada lubang kat bawah dia utk. masukkan
paip getah ....so aturlah pasu2 tu letakkan pasu kecil tu kat
tempat tinggi alaslah dgn. batu ke besi tempawan ke ......susun
dikelilingi pasu2 dgn. pokok2 yg. tahan c. matahari @ tak.
Tapi anda kenalah bela ikan, klu. tak ada jentik2...

Pokok langsuir tu lebih dikenali kat nurseri sebagai `bird nest'.
Tapi kalau anda takut blh. gunakan pokok tanduk rusa @pun paku
pakis......selamat mencuba.

IP : 161.142.112.8

tuanSENTANG

24 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 06.42:34 pagi   [Edit]
terima kasih b2002...info yg macam nii laa yg aku tunggu2....thks....

scarlet gambaq tu macam lorah kat blakang umah org tua aku jer kekekek.....

langsuir....kekeke ada jugak nick tak bejenis kat sini wakakakakkaakkaka....

monie.....pagi sejuk2 nii tak payah imagin.....kekekek dah memang melekat kat minda aku ni ..kekekeke.....

IP : 192.55.6.36

scarlet

25 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 07.38:58 pagi   [Edit]
alamak...lentang...gambar tuh kat blakang rumah aku....
mesti aku jiran ngan orang tua ko..hehehkekke

IP : 219.93.8.6

chetam

26 . Dihantar pada 12hb Mei 2003 11.01:24 pagi   [Edit]
Thank Lilo sebab bagi nombor talipon Jai tu. Memang dia selalu keluar dalam Impiana.

Gambar2 yang Gojira masukkan tu sumer adalah dari Jai's Garden.

IP : 203.121.0.14

ghoststalker

27 . Dihantar pada 16hb Mei 2003 11.23:02 pagi   [Edit]
ko bela syaitan ke shidi

IP : 202.187.32.179

tuanSENTANG

28 . Dihantar pada 22hb Mei 2003 10.02:55 pagi   [Edit]
scalet...jiran blahh laa..hang dok kat ulu yam..kekekekek lagik mau tipo.....kekek

antu....kekeke dakkk aiii aku bela antu raya jerr.....kekeke...

IP : 192.55.6.36

lilo_stitch

29 . Dihantar pada 22hb Mei 2003 11.05:22 pagi   [Edit]
Eh Sentang ... !!! Lama tak nampak ko ek... pi renovate kelab malam ko jadi kelab siang eh..???

Heh heh ko kerja kilang eh... minggu ni syif pagi kan !

Eh ko nyer email apa ek..??? bknnyer apa, lilo ada word document ttg cara2 nak buek kolam dr Pt 1 to Pt 8. Kalo ko berminat boleh lilo htr kat ko.. tu pong kalo ko jenish yg rajin membaca ler ek....

IP : 203.121.0.8

tuanSENTANG

30 . Dihantar pada 22hb Mei 2003 11.16:07 pagi   [Edit]
kekeke...lilo gambao kolam jer kaaa....tuan punya kolam tak mo kasik kaa...kekekekekeke...nah...ebietshidi@yahoo.com

..weee dia tulih malayu kaa omputeh.....aku kalu melayu..ko anto satu buku pon sanggup baca tapi kalau artikel omputeh takat 6-7 baris tu ok laa weeee ..tak larat nak bukak kamus laa weee kalau banyak2///.kekekekek

...

IP : 192.55.6.36

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "