Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Resepi Dlm Pantang : Meh....ada la sikit sikit kat dalam ni!!
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Resepi Dlm Pantang : Meh....ada la sikit sikit kat dalam ni!!
suria02

1 . Dihantar pada 17hb Mac 2003 10.12:29 pagi   [Edit]
A'kum..

Kengkawan seperjuangan dan semengandungan sekelian..di bawah ni ada beberapa resepi untuk ibu ibu lepas bersalin..atau dlm pantang. Resepi ni ada yg Suria dapat dari tok nek dulu..ada yg dari majalah..

Pada mereka mereka yg bakal bersalin, resepi ni bolehlah buat rujukan..kot dah jemu makan ikan kering je..boleh la cuba resepi ni utk tukar selera..

Utk para suami..boleh la pass resepi ni kat wife korang yg mana nak bersalin tuu...

-----------------------------------------------------------------------------

Kerabu Kurau Kering

Bahan :

5 keping ikan kurau kering
1 sudu kecil lada hitam kisar
2 helai daun cekur (dimayang)
2 sudu besar cuka

Cara :

Bersihkan ikan kurau, goreng dgn minyak seminimum mungkin hingga masak dan kecaikan isinya dan tumbuk. Satukan dengan semua bahan yg lain, gaul rata. Hidangkan dgn nasi panas.

________________________________________________________________________________

Singgang 44 Hari

2 ekor ikan selar
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar (potong bulat)
2cm halia muda (hiris nipis)
3 keping asam keping
2 cawan air
sedikit kunyit serbuk
garam

Cara:
Rebus air bersama asam keping, bawang putih, bawang merah, halia,garam, dan sedikit serbuk kunyit hibgga mendidih. Masukkan ikan dan didihkan sehingga ikan masak.
________________________________________________________________________________

Ayam Ungkep

1 ekor ayam kampung (bersihkan dan potong 12)

Tumbuk halus:
5 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan putih
4cm halia
1 sudu besar lada hitam
4 batang serai
6 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
4cm kunyit hidup

Sedikit air asam jawa
garam
4 cawan air.

Cara:
Lumur ayam dgn bahan tumbuk, garam, air asam dan isikan dalam kuali , tuangkan air dan kacau sebentar. Tutup kuali dengan penutup periuk yg tinggi dan didihkan hingga ayam masak serta kering kuahnya.

________________________________________________________________________________

Kopi Halia Kering

1 sudu kecil madu
1 sudu kecil kopi
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 keping halia kering
1 cawan air panas

Cara:
Tumbuk halia kering hingga jadi serbuk.Satukan serbuk kopi,madu dan serbuk ketumbar. Tuang air, kacau rata.
Minum waktu pagi dua hari sekali ketika dalam pantang.

________________________________________________________________________________

Tenggiri Bakar Herba

Bahan asas:
3 keping ikan tenggiri
1 biji kelapa - ambil semangkuk santan
2 peket suun
Sedikit minyak masak
Sedikit garam

Bahan Kisar
1 sudu kecil lada hitam
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm cekur
4 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
8 biji buah keras
2 cm buah keluak
1 cm biji pala
1 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai cabai lempuyang atau cili jamu - gi cari kat pasar melayu
Sedikit kayu musawin - optional - gi cari kat pasar melayu

Cara:
Bakar tenggiri dgn dapur kayu atau dapur arang hingga masak, angkat dan ketepikan. Panaskan periuk, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan ikan, balik balikkan sebentar. Tuangkan santan biarkan mendidih masukkan suun. Biarkan mendidih lagi, beberapa minit sambil dikacau agar tak pecah minyak. Perisakan dgn garam dan hidangkan.

________________________________________________________________________________

Sup Ikan Haruan

Bahan2

1 ekor ikan haruan
5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1-2 teh lada hitam }
Garam
Serbuk perasa
Halia diketuk
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Air (agak2 la)

Bahan utk menumis

3 ulas bawang merah- dihiris halus
Halia - dihiris halus
Sedikit minyak

Bahan hiasan

Daun bawang & sup-dihiris halus

Cara membuatnya:

Masukkan bahan2 yg ditumbuk, halia, kulit kayu manis, bunga lawang , bunga
cengkih, garam & serbuk perasa kedalam periuk berisi air-masak hingga mendidih.Bila mendidih masukkan ikan - rebus sehingga masak & ketepikan.
Tumiskan bahan2 utk menumis sehingga garing-kemudian tuangkan ke dalam periuk
sup tadi (minyak tumisan tu diambil sedikit sahaja) & tutupkan periuk.

Masa utk menghidang baru diletakkan bahan hiasan.

Selamat mencuba- sup ni baik utk luka dalaman.
___________________________________________________________________________

Adoiihhh..penat jari menaip ..sambung kemudian nanti la ye..ada 2 - 3 resepi lagi.. antaranya :

- Rebus Tenggiri
- Tenggiri Masam Panggang Berempah - slurrppp..ni sedap ni!
- Ayam panggang selera pantang
- Ikan kukus satawar
- Pindang bentara.

IP : 210.186.216.1

cikgu_taska

2 . Dihantar pada 17hb Mac 2003 2.18:03 ptg   [Edit]
Assalamualaikum...

Dulu masa Emak aku lahirkan adik aku yg bongsu...aku yg take over jaga dia sbb nenek aku dah tadak...kekekekek...drp bab mandikan baby sampai makan aku yg uruskan...yg lelain tu abah aku handle...ekekkekeke...ada satu lauk yg selalu aku buat untuk mak aku tapi tak tau nama dia...ekekekkekeke


Bahan-bahan
Lada hitam...
Ikan bilis yg digoreng
Lempoyang

Bahan-bahan nie disatukan dan di tumbuk sehingga lumat....

IP : 210.186.229.143

dagoonn

3 . Dihantar pada 17hb Mac 2003 4.13:53 ptg   [Edit]
Assalammualaikum..
cikgu_taska.. tanyerr sikit buleh kerr..
Resepi tuh nampak memang sedap.. tapi lempoyang tuh aperr.. konpius gilerr nih..
Buleh kerr tulung jawabkan.... harap cikgu_taska tak marah.. saja nak tau.. kut2 esok buleh guna resepi nih..
kalau tak bersalin .. tak buleh lerr nak makan resepi nih ker.. kerr.. haaa.. buleh lerr.. buleh ler.. ker.. kerr..

IP : 219.93.8.22

cikgu_taska

4 . Dihantar pada 18hb Mac 2003 12.13:07 tghari   [Edit]
Erk....cam ner nak terangkan eik....hehehehhe...lempoyang nie bentuk dia lehbih kurang cam halia...rasa dia ada sesikit pahit....pokok pun rendang jerk...

Erk...rasanya dlm resepi Sis Suria pun ada sebut lempoyang...mungkin dia boleh terangkan dgn lebih terperinci....

IP : 210.186.229.153

suria02

5 . Dihantar pada 19hb Mac 2003 11.24:46 pagi   [Edit]
Cikgu Taska

Ha'ah..betullah tu..lempuyang ni bentuknya cam halia..tapi rasanya berbeza samasekali..ianya pahit..dah cuba dah cari gambar lempuyang ni kat internet..tapi tak ada la..

Sesenang gi je pasar, tanya org yg jual sayur kampung..yg mana satu lempuyang?

IP : 210.186.216.237

cikgu_taska

6 . Dihantar pada 19hb Mac 2003 12.20:28 tghari   [Edit]
Sis...
Ada lagi tak resepi untuk org bersalin sbb org nak print and hantar pada kat sepupu yg duk kat sabah nun....ehehehehe

IP : 210.186.229.131

chetam

7 . Dihantar pada 19hb Mac 2003 1.07:57 tghari   [Edit]
Resepi yang Chetam kutip dari Restoren Pak Amir

Ikan Kukus Satawar

Bhn-bhnnya

Ikan Merah @ Ikan Tenggiri @ Ikan Parang (ikut suka janji jgn ikan yg
boleh menakibatkan gatal)
1/2cm halia }
1 btg serai }ditumbuk
2 ulas bwg putih }
lada hitam }
sedikit garam
Air (ikut suka nak kuah banyak @ sikit)

Cara

bersihkan ikan, lumurkan dgn bhn-bhn tumbuk & garam
kukus hingga masak.

===========

sekejap, tengah cari dalam hard disk.

IP : 203.121.87.75

chetam

8 . Dihantar pada 19hb Mac 2003 1.19:59 tghari   [Edit]
Lagi resepi dari Restoren Pak Amir

[ TELUR DADAR HALIA ]
===================


Bahan-bahan :
--------------------

Minyak bijan 3 sudu besar
Telur ayam 2 biji dipukul lebih kurang dan masukkan-
sedikit soya sos
Halia dimayang halus secara banyak
Sedikit garam


Cara :
---------

1. Panaskan minyak bijan.
2. Tumis halia yang dimayang sehingga keemasan.
3. Masukkan sedikit garam.

=================

[ SUP AYAM ALA PANTANG 1 ]
=======================


Bahan-bahan :
---------------------

2 keping besar peha ayam kampung ( buang kulit ), dipotong
Serai 5 batang diketuk
Bawang kecil 10 biji diketuk
Lada putih 20++ biji diketuk sekali
Garam sedikit
Air

Cara :
---------

1. Sediakan separuk periuk air, masukkan semua bahan di atas kecuali garam.
2. Masak selama 1.5 jam untuk dengan api sederhana / perlahan.
3. Sebelum dihidangkan, masukkan sedikit garam secukup rasa.
4. Hidangkan.

============

[ SUP AYAM ALA PANTANG 2]
=======================

Bahan-bahan :
--------------------

1/2 ekor ayam kampung ( buang kulit )
( Boleh juga menggunakan hasil ayam yang digunakan untuk menyediakan pati ayam )
Halia lebih 10 keping
Bawang kecil 8 biji diketuk
Serai 3 batang diketuk dan dipotong separuh ( 2 inci setiap bahagian )
Air separuh periuk

Cara :
---------

1. Sediakan separuk periuk air, masukkan ayam ke dalamnya.
2. Masukkan kepingan halia.
3. Masukkan bawang kecil yang telah diketuk.
4. Masukkan serai yang telah diketuk dan dipotong.
5. Masak selama 1 jam ( untuk ayam recycle pati ayam ), dan 2 jamuntuk ayam segar dengan api sederhana / perlahan.
6. Hidangkan.

==============================

[ SAYUR KAILAN GORENG ALA PANTANG ]
==================================

Bahan-bahan :
---------------------

Sayur kailan
2 sudu besar minyak jagung
Beberapa keping halia
Sedikit garam
Sedikit sahaja air


Cara :
---------

1. Panaskan minyak, tumis halia sebentar.
2. Masukkan sayur dan goreng sebentar.
3. Percikkan sedikit air dan goreng lagi.
4. Masukkan sedikit garam secukup rasa.
5. Sedia untuk dihidangkan.

======================

[ SAYUR GORENG ALA PANTANG ]
============================

Jenis-jenis sayur boleh dimakan :
---------------------------------------------

Sayur sawi
Sayur bunga kobis
Sayur kailan

Bahan-bahan :
---------------------

2 sudu besar minyak jagung
2 ulas bawang putih diketuk
2 ulas bawang merah diketuk
2 keping halia
Sedikit soya sos
Sedikit tepung jagung digaul bersama air

===============

[ JUS PATI HALIA KUKUS ASLI ]
=========================

Bahan-bahan :
--------------------

Halia tua yang banyak


Cara :
---------

1. Semua halia diambil jus aslinya sebanyak satu mangkuk jus.
2. Masukkan jus halia ke dalam lesung kukus ( pot tembikar ).
3. Masukkan lesung / pot tembikar ke dalam satu periuk disimpan air tidak melebihi had permukaan pot tembikar tadi ( separuh sudah memadai ) dan kukus ( Tan ) dengan api sederhana besar selama 2 jam.

=============

[ PATI AYAM KUKUS ALA PANTANG ]
=============================

Bahan-bahan :
---------------------

1 ekor ayam kampung ( buang kulit dan lemak )
* Hancurkan macam cincang daging ( kalau hendak )
Sedikit garam sebagai perasa

Lesung kukus
Slow-cooker / periuk.


Cara :
---------

1. Ambil mangkuk nasi, terbalikkan dan masuk ke dalam lesung kukus.
2. Letak sekeping dua halia.
3. Ayam dimasukkan ke dalam bahagian atas permukaan mangkuk yang telah diterbalikkan tadi.
4. Lesung kukus dimasukkan ke dalam slow-cooker, dan tuangkan sebahagian air didih ke dalam slow-cooker, kukus selama 8 jam semalaman ) dalam slow-cooker ( high speed ) atau 3 jam di dalam periuk dengan api sederhana.
5. Selepas kukus, keluargakan isi ayam dan masukkan sedikit / setitik sahaja garam sebagai perasa.
6. Ambil pati ayam dan hidangkan.

=====================

[ AYAM IBU KUNYIT ( 1/2 EKOR AYAM ) ]
=================================


Bahan-bahan :
---------------------

1/2 ekor ayam kampung ( buang kulit ) dan dipotong kecil
Ibu kunyit 2 ketul sebesar ibu jari, lesung dan tumbuk hancur
Minyak bijan 2 sudu besar
Soya sos sedikit
Garam secukup rasa
Air sedikit


Cara :
---------

1. Panaskan minyak bijan.
2. Tumis ibu kunyit
3. Masukkan ayam yang telah dipotong, goreng sampai naik bau.
4. Percikkan sedikit air dan goreng sebentar, boleh ditutup tudung periuk sekejap.
5. Masukkan garam, soya sos dan goreng.
6. Hidangkan.

===================

[ AYAM GORENG HALIA & MOK-YEE ALA PANTANG ]
===========================================


Bahan-bahan :
---------------------

Minyak bijan 3 sudu besar
Bawang merah kecil 5 biji diketuk sekali sebiji bulan-bulat gitu
Ayam dipotong kecil
Halia dimayang secara banyak
Beberapa keping Mok-Yee ( direndam semalaman dan dibuang
tangkai keras )
Sedikit Garam
Air separuh cawan

Cara :
---------

1. Panaskan minyak bijan.
2. Goreng dulu biji bawang yang diketuk sekali sehingga naik bau.
3. Tumis pula halia yang telah dimayang halus sehingga keemasan dan naik bau.
4. Masukkan ayam dan goreng sehingga separuh masak.
5. Masukkan kepingan Mok-Yee dan goreng lagi.
6. Masukkan air dan goreng lagi sekejap sehingga ayam masak.
7. Angkat dan hidang panas-panas.

========================

[ AIR KURMA CINA ]
=================


Bahan-bahan :
---------------------

2 mangkuk nasi kurma cina yang telah buang biji dalamnya
Air 2 liter

Slow cooker / Periuk


Cara :
---------

1. Tuangkan sebanyak 2 liter air panas ke dalam slow cooker /periuk.
2. Masukkan 2 mangkuk nasi kurma cina yang telah dibuang bijinya ke dalam slow cooker / periuk yang diisi air panas tadi. Setiap sais mangkuk nasi mewakili lebih kurang 40 biji kurma cina.
3. Kukus sehingga didih dengan high-speed, selepas mendidih,tukar kepada medium-speed atau slow-speed dan kukus hingga ke semalamam. Kalau masak dengan memakai periuk, kukus selama 1.5 - 2 jam.
4. Tapis isi-isi kurma cina dan ambil airnya untuk diminum.
5. Tidak seharus banyak minum air kosong sewaktu dalam tempoh pantang, lebihkan minum air kurma cina ini sebagai pengganti. Kemanisan asli kurma cina dan tidak perlu ada tambahan gula diperlukan.
* Boleh juga dimasukkan sesudu teh biji lada hitam / biji lada putih.

===================

[ ABC SUP ALA PANTANG ]
======================


Bahan-bahan :
---------------------

2 keping besar peha ayam kampung ( buang kulit ), dipotong
( Boleh juga menggunakan hasil ayam yang digunakan untuk menyediakan
pati ayam )
Halia beberapa keping
Bawang kecil 6 biji diketuk
Karot merah dipotong dadu
Ubi kentang dipotong dadu
Potato dipotong dadu
Lada putih 20 biji diketuk sekali
Garam sedikit
Air


Cara :
---------

1. Sediakan separuk periuk air, masukkan semua bahan di atas kecuali garam.
2. Masak selama 1 jam ( untuk ayam recycle pati ayam ), dan 2 jam untuk ayam segar dengan api sederhana / perlahan.
3. Sebelum dihidangkan, masukkan sedikit garam secukup rasa.
4. Hidangkan.


IP : 203.121.87.75

chetam

9 . Dihantar pada 19hb Mac 2003 1.42:21 tghari   [Edit]
Lagi resepi dari Restoren Pan Amir

Sup Ikan Haruan


Bahan2

1 ekor ikan haruan
5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1-2 teh lada hitam }
Garam
Serbuk perasa
Halia diketuk
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Air (agak2 la)

Bahan utk menumis

3 ulas bawang merah- dihiris halus
Halia - dihiris halus
Sedikit minyak

Bahan hiasan

Daun bawang & sup-dihiris halus

Cara membuatnya:

1. Masukkan bahan2 yg ditumbuk, halia, kulit kayu manis, bunga lawang , bunga cengkih, garam & serbuk perasa kedalam periuk berisi air-masak hingga mendidih.
2. Bila mendidih masukkan ikan - rebus sehingga masak & ketepikan.
3. Tumiskan bahan2 utk menumis sehingga garing-kemudian tuangkan ke dalam periuk sup tadi (minyak tumisan tu diambil sedikit sahaja) & tutpkan periuk.
4. Masa utk menghidang baru diletakkan bahan hiasan.

Selamat mencuba- sup ni baik utk luka dalaman.

=========================

AYAM HALIA

Bahan2
ayam - dipotong kecil2
halia muda - dipotong panjang2 & halus2
bawang puteh - dipotong panjang2 & halus2
minyak bijan
air
cuka
kicap hitam
serbuk perase

Cara2nye
1) panaskan minyak bijan & tumiskan halia muda+bawang puteh hingga agak layu dan garing sedikit..

2)masukkan ayam+sedikit air+cuka...gaul rata, kemudian tutupkan seketika.....lebih kurang 5 minit kemudian gaul lagi untuk memastikan ayam tadi masak.

3)Akhir skali masukkan kicap hitam+serbuk perase secukupnye.

p/s: terpulang jika hendak berkuah sikit...tambah air, jika tidak biar masak lebih lama & kering sikit.....

==============

Ini ada pesanan dari Pak Amir sendiri....

Sebagai peringatan, dalam adat melayu secara amnya kita selalu mengamalkan
memakan jamu. Memang tidak boleh menafikan bahawasanya orang-orang melayu
peka dan handal dalam pemakanan jamu dah akar kayu untuk menjaga
kelangsingan badan selain sebagai pemakanan yang sihat khususnya buat
ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Tetapi harus diingatkan bahawa, jika anda dalam keadaan berpantang selepas
bersalin, dan jika anda menggunakan sebarangan ubat jamu tradisi melayu,
maka resipi-resipi yang Pak Amir hantarkan tadi / dan juga akan datang, sila
KURANGKAN kandungan ukuran halia dan lada putih / lada hitam, begitu juga
lain-lain bahan yang panas. Pak Amir takut ianya mungkin menimbulkan
permasalahan sekiranya diberi secara berlebihan.

Namun, untuk pengetahuan semua, wanita yang dalam pantang selepas bersalin
MAMPU menahan segala jenis pemakanan yang panas, lagi panas lagi ada
"ummpp", dan itulah sebaik-baiknya...Insya Allah. Namun, sebagai langkah
berjaga-jaga, Pak Amir tetap mengingatkan supaya mengurangkan sesetengah
kandungan masakan tersebut. Itu sebab bagi warga cina, mereka begitu banyak
memakan makanan yang panas selain membuang angin dalam badan yang begitu
banyak yang hanya dapat diatas masalah ini dalam masa tempoh pantang sahaja,
selepas tempoh tersebut maka menangis tak guna lagi kerana ianya sukar
diatasi masalah "angin" dengan mudah dan bakal menderita di usia yang tua
nanti. Begitu juga mereka banyak menggunakan arak terutama DOM kerana
dipercayai dan terbukti kemampuan pengaliran darah serta seluruh anggota
tubuh badan secara yang sihat, namun perkara ini kita dapat atas dengan
pengambilan JAMU. Pilihlah jamu yang berkualiti dan wang ini tidak boleh
jimat sebenarnya.

Sekiranya ibu yang mencuba resipi pantang Pak Amir ini, Insya Allah jangan
risau, jika dimasak secara kandungan sepenuhnya dan jika dimakan bersama
jamu dan didapati tiada apa-apa masalah maka teruskan sahaja, ingat.. ibu
dalam pantang mampu menahan segala bentuk makana yang panas, dan itu yang
dicari kalau mampu.

Kepada abang-abang semua, tunggu apa lagi, dengan adanya resipi yang begitu
menarik lagi enak sudah tentu melilir air luih dan anak tekak kita bukan ?
Maka ambillah kesempatan ini untuk menambahkan lagi zuriat yang sedia ada,
demi menambahkan umat Islam secara amnya, sudah tentu para ibu nak bersalin
sahaja lepas ini sebab dapat menu yang begitu istimewa sekali, hanya di
Restoran Pak-Amir, dan Pak Amir pun dapat pahala nanti sebab usaha Pak Amir
ini diniatkan semata-mata untuk amal sahaja...Insya Allah. Kepada yang masih
belum ada kesempatan rezeki, cuba dan cuba lagi... Bawalah pulang
resipi-resipi ala pantang ini dan tunjuk kepada isteri / isteri-isteri agar
mereka diberi galakan untuk melahirkan lebih ramai lagi anak yang
berkualiti, Amin.

Sekian, wassalam.
Pak Amir Pak Dollah.

Beberapa perkara yang perlu diperhatikan :

1. Ayam mesti pakai ayam kampung dara SAHAJA. Dapatkan ayam ini di pasar
gerai cina, dan sembelih di gerai Islam.

2. Minyak bijan sahaja boleh digunakan.

3. Kalau nak ikutkan sayur, hanya sayur sawi sahaja dibenarkan, tetapi masih
terdapat beberapa sayuran lain yang sangat berkhasiat yang harus diambil
seperti karot.

4. Tiada ikan dibenarkan tetapi Pak Amir menolak falsafah ini. Ikan-ikan
yang tidak gatal perlu diambil untuk kepentingan kesihatan dan khasiat
terutama ikan bilis dan lain-lain. Cari ikan yang tidak gatal...

5. Bahan-bahan khusus seperti Muk-Yee, kurma cina ( warna merah tu ) dan
lain-lain lagi yang anda akan jumpa ( yang tidak pernah anda dengar sebelum
ini ) dari masa ke semasa boleh terus beli di kedai ubat cina. Jangan reply
dan tanya Pak Amir sebab susah nak terangkan. Setiap resipi yang dihantar
telah Pak Amir usaha menulis dengan terang dan mudah difahami...Insya Allah.

6. Lesung kukus adalah sejenis tembikar sais sederhana, biasanya orang cina
pakai untuk mengkukus ( atau panggilan "tan" ) dan meletakkan lesung kukus
ini ke dalam satu periuk lebih besar, dimasukkan separuh air tidak melebih
permukaan lesung kukus tadi dan kukus selama beberapa jam, atau boleh letak
dalam slow cooker...dapatkan nasihat daripada tuan punya kedai jual periuk /
tembikar. Nama cinanya ialah " Tan-Jong "

7. Slow cooker, slow pot, Beli di kedai elektrik.

===============

[ AYAM GORENG HALIA & MUK-YEE ALA PANTANG ]
==========================================


Bahan-bahan :
----------------------

Minyak bijan 3 sudu besar
Bawang merah kecil 5 biji diketuk sekali sebiji bulan-bulat gitu
Ayam kampung dara dipotong kecil
Halia dimayang secara banyak
Beberapa keping Mok-Yee ( direndam semalaman dan dibuang tangkai keras )
Sedikit Garam
Air separuh cawan

* Muk-Yee = macam cuping teling warna hitam sekeping-sekeping nipis kering,
dapatkan di kedai ubat cina, cakap sahaja Mok-Yee.


Cara :
-------

1. Panaskan minyak bijan.

2. Goreng dulu biji bawang yang diketuk sekali sehingga naik bau.

3. Tumis pula halia yang telah dimayang halus sehingga keemasan dan naik
bau.

4. Masukkan ayam dan goreng sehingga separuh masak.

5. Masukkan kepingan Muk-Yee dan goreng lagi.

6. Masukkan air dan goreng lagi sekejap sehingga ayam masak.

7. Angkat dan hidang panas-panas.


* Boleh juga dimasukkan sesudu teh biji lada hitam / biji lada putih.


PERINGATAN : JANGAN hidangkan resipi ala pantang ini kepada ahli keluarga
atau kanak-kanak kerana semua resipi ala pantang adalah menggunakan
bahan-bahan yang panas, hanya sesuai untuk dihidangkan kepada ibu yang baru
lepas bersalin sahaja. - Restoran Pak-Amir.

===================

SUP KURMA MERAH

100 gm ayam / 50 gm ikan bilis
20 gm kacang hitam
20 gm kurma merah

Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk dan sesuai dimakan semasa
masih panas.

==================

SUP LOBAK PUTIH

1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
Sedikit daun kucai
Garam secukup rasa

Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan
terlalu lama. Sedia untuk dihidangkan.

=========================

Resipi India

KARI IKAN YU

2 potong ikan yu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit
3 cm halia
3 sudu makan serbuk kari
1 batang kulit kayu manis
sedikit cengkih dan bunga lawang
400 ml santan kelapa
garam secukup rasa

Tumbuk awang merah, putih, kunyit, halia dan campurkan serbuk kari.
Tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan bahan2 yang telah
ditumbuk tadi hingga naik baunya. Masukkan ikan dan biar seketika.
Kemudian masukkan garam secukup rasa. Masukkan santan dan kacau
perlahan hingga mendidih. Sedia untuk dihidang.


DAUN MURUNGAY BERGORENG

1 cekak murungay
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
50 gm ikan bilis
1 camca makan minyak masak

Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bersama ikan bilis.
Masukkan daun murungay dan sedikit air. Goreng seketika dan angkat
untuk dihidangkan.

=========================

Resipi Melayu

IKAN BILIS BERKUNYIT

5 cm kunyit
1 genggam ikan bilis
2 camca teh lada hitam

Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat). Siap untuk
dimakan bersama ulam-ulamam seperti ulam pegaga dan daun selom.

==================

Ikan Goreng Halia Muda
Bahan2:
Ikan parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2
Bawang besar di mayang

Cara2:
Ikan digoreng garing
Halia muda di hiris
Bawang besar di mayang
Tumbuk halia muda dan bawang besar
Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat)
Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur)

* sedap dimakan dengan nasi panas2.


Ikan bilis masak lemak lada hitam
Bahan2:
Ikan bilis (agak2 banyaknya)
1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
2-3 ulas bawang kecil
1/2 inci kunyit hidup
lada hitam

Cara2:
Tumbuk kunyit, bawang merah dan lada hitam
Bahan yang ditumbuk, dimasukkan dalam santan
Jerang atas api, dan kacau selalu - kalau tak nanti naik minyak
(macam kita buat masak lemak cili padi)
Agak2 dah mendidih, masukkan ikan bilis
Tunggu sampai masak

* sedap di makan dengan nasi panas2.

====================

Ikan Haruan Goreng Rempah


1 ekor ikan haruan (sedang besar)
2" halia
2 ulas bawang merah
40 biji lada hitam di tumbuk (2 sudu Besar sos lada hitam Cheaf Wan atau
muslim Best)
2 sudu rempah ikan
air asam jawa/garam secukup rasa


Cara:

1, Ikan disiang dan dipotong dadu lbih kurang 2"
2. Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk - perapkan 15 minit
3. Goreng ikan hingga kekuningan / garing ( angkat tos minyak)
4. Tumis bawang (tumbuk) dan halia (ketuk-ketuk)
5. Masukkan rempah dan lada hitam - biar naik minyak
6. Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa dan garam

* Biasanya dalam pantang kita digalakkan makan dengan nasi yang panas dan
minuman yang sesuai ialah air akar kayu. Tidak digalakkan minum air masak
terlalu banyak.

===========================

Ikan Bilis Rendang dengan Lada Hitam

1/2 kilo ikan bilis yang sedang besar
200grm lada hitam
2 " halia



Cara:

Goreng ikan bilis bersama lada hitam dan halia - tanpa minyak hingga ranggup
angkat dan biarkan sejuk sedikit . Bolehlah di blender kering simpan dalam bekas yang kedap udara.

Boleh dimakan dengan nasi panas ...pasti sedap..

====================

Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri

Ikan Haruan @ Tenggiri
Lada hitam 20 biji
Halia 1 inci @ lebih
Kunyit Hidup 1 inci @ lebih
Bawang Putih 2 ulas
Asam Keping 2 keping
Air
garam secukup rasa


Lada hitam ditumbuk halus. Halia, Kunyit Hidup & Bawang Putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis.
Masukkan Ikan dipotong ikut suka. Basuh bersih dan masukkan ke dalam periuk.
Isi air, agak-agak menutupi ikan. Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam
keping, garam & bawang putih tadi kedalam periuk yang sama. Masakkan sehingga kuahnya pekat.
Makan dengan nasi panas. Kalau kita hiris bahan-2 tadi. Kita boleh makannya sekali.

Mak saya kata, halia dan lada hitam memanaskan badan. Asam dan kunyit pula
mengecutkan luka dalaman. Dan ikan haruan pula bagus untuk pulihkan luka.

=================

Limpa Goreng Kunyit

1/2 kilo Limpa dipotong kecil
1 labu Bawang Besar dihiris
Kunyit hidup ditumbuk halus
Halia ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
lada hitam @ putih ditumbuk halus
kunyit serbuk dua sudu kecil
asam keping 1 keping
garam


Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih
asam keping, halia dan garam. Goreng hingga agak garing, toskan.
tumis sedikit bawang putih, hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau
bancuh kunyit serbuk dengan air. Masukkan dalam tumisan tadi. last sekali
masukkan limpa goreng tadi, tambah serbuk perasa dan garam jika perlu.

Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu. Ia baik untuk menambah
darah (kata orang). Halia, bawang putih dan kunyit hidup tadi boleh juga
dihiris dan digoreng dan dimakan bersama limpa.

==============

Setakat ni ajela.....Dah penat Chetam selongkar koleksi Chetam. Kalau Chetam jumpa lagi, InsyaAllah Chetam akan hantar.

Assalamualaikum....

Chetam

IP : 203.121.87.75

dagoonn

10 . Dihantar pada 20hb Mac 2003 4.20:19 ptg   [Edit]
Assalammualaikum..

suria02 n cikgu_taska..
Betul kerr bentuk dia cam halia.. pastuh pokok dia rendang jerr.. pokok dia aderr tak cam pokok bunga kantan..
pastuhkan.. kalau lempoyang tuh cam halia.. (kalau salah tak tau lerr)
jadi betul kerr lempoyang tuh samerr ngan lengkuas.. betul kerr..
sebab rasernyerr lengkuas jerr yang macam halia..

IP : 219.93.8.22

noname123

11 . Dihantar pada 31hb Mac 2003 10.41:59 pagi   [Edit]
suria02, bila lagi u nak sambung resepi u tu... tak sabar ni nak nengok.

anyway .. thank you ye.

IP : 210.187.111.34

harsha

12 . Dihantar pada 31hb Mac 2003 6.23:06 ptg   [Edit]
haa. . . betullah tu, lempoyang tu lengkuas!!

IP : 202.156.2.202

dagoonn

13 . Dihantar pada 31hb Mac 2003 6.52:39 ptg   [Edit]
kak harsha..
thanks.. i luv u so muchhhhhhhhhh.. muahhh cikit.. pasal dah menjawab segala persoalan yang amat memeningkan kepala dagoon nih.. yahooooooooooo.. akhirnyerr dagoonn tau gakk yang lempoyang tuh ialah LENGKUAS..tahniah untuk diri dagoonn sendiri.. syabass inspector sahab..( alamak dagoonn dah start merepek lak dah..)

IP : 219.93.8.22

cikgu_taska

14 . Dihantar pada 01hb Apr 2003 11.25:50 pagi   [Edit]
Wei....wei...lengkuas tu bukan lempoyang ler....rupa dia memang macam lengkuas...Erk...tak kan masak rendang guna lempoyang akak oit...pahit ler rasanya...Hmm...cam ner aku nak bagitahu eik...ish...kang aku cari gambar dia kalau dapat...tak pun kan...dagoon...bila hang pi market yg ada jual daun-daun ulam...selalunya makcik-makcik tua yg jual kat area aku nie...cuba hang tanya....ada tak lempoyang...Tapi sememangnya lempoyang bukan lengkuas...

IP : 210.186.229.133

suria02

15 . Dihantar pada 03hb Apr 2003 12.17:51 tghari   [Edit]
Errkkkk...lempuyang bukan lengkuas le sayang oiii...

Aaa..camne la nak describe ye..puas dah cari kat website gambar lempuyang ni..

Sori aa lama tak sambung resepi..InsyaAllah dalam masa terdekat ni ye..(sebenarnya..maleh nak menaip pepanjang..lotih laa..sejak pregnant ni paras kerajinan aku menurun sama sekali..)

P/S : Susah susah..aku beli lempuyang, pastu scan..pastu masukkan dalam MDC ni..

IP : 210.186.217.23

unta2020

16 . Dihantar pada 03hb Apr 2003 12.37:26 tghari   [Edit]
wow..bagus topik ni...

boleh aku print...
utk isteriku tercinta..

tapi bab memasak..aku hanya pandai buat nasi gireng..use perencah adabi..heheh
buat telur goreng je..
buat sambal ikan..dll yg simple..
masak air, masak nasi..

info dalam topik ini..aku print dan taip balik..
minta mak mertua aku buatkan..
sebab dia yg akan jaga wife aku..bila

baby taq pink....keluarrrrrrrrrrr
nur raihana...bila nak kuar...papa tak sabar dah ni...nak tunggu

IP : 210.186.79.105

cikgu_taska

17 . Dihantar pada 03hb Apr 2003 1.30:25 tghari   [Edit]
Kak Suria...
Orang baru nak msg kak Su kat sembang keluarga suruh masuk topik nie...heheheh...sib baik dah ada....erk...tu arr pasal...orang pun tak dapat cari gambar lempoyang tu....cam ner eik...hehehehehhe....

Unta....
Print pakcik...print....

IP : 210.186.229.7

chetam

18 . Dihantar pada 04hb Apr 2003 11.15:44 pagi   [Edit]
Assalamualaikum

Pada sesaper yang nak menambah koleksi resepi untuk sebelum dan selepas bersalin, belilah majallah RASA keluaran April 2003. Padi tadi Chetam dah beli kat KL Sentral.

So UNTA2020, belila untuk ibu mertua tersayang.

regards
Chetam

IP : 203.121.0.10

harsha

19 . Dihantar pada 04hb Apr 2003 11.47:49 pagi   [Edit]
eerrkk!!!
bukan lengkuas ke? maaplah. . .sha tanya kakak ipar, dia kata sama. . .manalaaahhhh sha tau!

IP : 202.156.2.202

cikgu_taska

20 . Dihantar pada 16hb Apr 2003 10.36:06 pagi   [Edit]
up...up...

IP : 210.186.229.252

Wallaby

21 . Dihantar pada 16hb Apr 2003 10.10:14 mlm   [Edit]
mak bidan oi!

resipi yg kat bawah ni termasuk ke tidak utk lepas bersalin?
"peria rendang kunyit-hidup berlada hitam" utk memulihkan ke'daraan' para ibu2, membuang angin dan panas badan, dan supaya baby yg menyusu ibu tak kembung malam!

IP : 161.142.78.84

chetam

22 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 12.23:05 tghari   [Edit]
Assalamualaikum

Saja nak upkan topik ni. Chetam dok belek email yang lama-lama. Ada 3 petua berpantang yang Chetam nak selitkan di sini. Hopefully untuk bakal-bakal ibu, petua ni dapat membantu sebab petua ni sumbangan orang yang dah mengalami dan mengamalkannya. Petua ni Chetam dapat dari Petua - Pak Amir

Petua pertama dari Salina Abdul Samad
============================================================================
I ade pengalaman bersalin tapi tak lah sepower org bersalin yg dulu-dulu tu.. coz kite ni hidup dekat bandar kebanyakan bahan asli yg kite perlukan susah nak dapat tapi I ade cadangan, selalunye produck / salon mustika ratu dia ade mengadakan perkhidmatan penjagaan di dalam pantang. selain kite menggunakan produk dia kite jugak boleh suruh dia datang ke rumah untuk bertungku, bertangas, berurut, pakai bengkung (ade 2 jenis bengkung) & macam - macam lagi lah. cuba awak pergi survey kat salon mustika ratu atau mana salon lainlah. Kos nye agak kencang sikit lah tapi kalau nak cantik untuk suami tersayang ape salahnye berhabis sedikit.
So far yg I tahu dekat Salon Mustika ratu Kak Nuri di jalan genting klang. I rasa dia dah selalu masuk tv.
kalau you tak nak pakai perkhidmatan dia org, you boleh jugak makan jamu nona rogay tu jamu yg makan masa dalam pantang tu memang elok( you will alway go to ladies) tapi yg bubuh kat perut tu tak berapa effective lah I lebih suka pakai produt tradisional atau cari yang panas sikit. coz yg nona roguy tu dia tak panas tau (I suka panas coz ia cepat berfungsi untuk pecahkan kandungan lemak di perut).
org dalam pantang ni banyak pantang larangnye kalau nak di ikutkan tapi kalau tak nak ikut terpulang pada diri sendiri, kalau kite ikut lebih elok untuk diri kite.
Ustazah tempat I belajar pun ade memberitahu wanita yg dalam pantang jgn sesekali mengibas lampin ke @ kain ke @ ape-ape aje terutama masa menjemur dan melipat kan. Juga dia berpesan tidak boleh menyapu sampah sampai 44 hari.
Wanita yg dalam pantang jugak dinasihatkan bangun awal pagi siapkan diri anda (mandi, bertungku, pakai param, pilis,ikat rambut tinggi) kemudian bersarapan. kalau tak ade bende yg hendak dimakan janganlah pulak nak makan nasi lemak ke mee hon cukup sekadar air secawan dan roti serta biskut. elakkan makan makanan yg berminyak, sebab luka didalam kita tak tahu dan jahitan kite pun perlu disembuhkan dgn segera barulah kite lebih selesa lagipun kalau kite megelakkan makanan yg berminyak boleh membantu menurunkan berat badan. begitu jugak dengan makan tengahari kalau boleh makan pada pukul 12:30 tgh sepinggan nasi & secawan air sahaja (maksud I di sini jgn tambah air dan nasi) lauk pauk tu pandai you all lah. tapi elok jugak kalau dapat you makan sawi bukan sahaja membantu menambah darah malahan menambah susu. selain tu kalau lalu minggu pertama lepas bersalin apabile selesai berurut 3 kali berturut turut minum air akar kayu direbus dengan manjakani. pahit & payau itu sudah semestinye tapi nak cantikkan. dan jugak minum pati ikan haruan, kalau nak minum pilih yg kotak berwarna hijau sedap sikit tapi lebih berkhasiat dan berkesan jika dapat makan ikan haruan itu sendiri. jika lalu boleh jugak minum pati ayam brand fungsinye untuk memberi kesegaran dan tenaga.
kebanyakan wanita yg dlm pantang selalu mengalami masalah susah buang air besar kadang-kadang sampai 8,9 hari tak ke tandas. ini tidak sihat untuk badan kite. apa yg perlu makan banyak sayur sawi dan jugak boleh makan buah tapi imported sahaja (tidak digalakkan sangat memakan buah ni sebab ade terdapat buah-buahan yg banyak air macam lai, paer. macam I hanya makan buah sunkist shj. itu pun sedikit sahaja tidaklah sampai sebiji sehari.) tapi kalau you makan jamu nona roguy insyaallah tak ade masalah ini.
rasanye itu sajalah yg I dapat kongsikan.... ade banyak lagi sebenarnye tapi tak ingat sangatlah.
===========================================================================

IP : 203.121.0.8

chetam

23 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 12.24:12 tghari   [Edit]
Petua kedua dari Halijah Hashim
=====================================================================
Assalamualaikum !
Ini adalah dari pengalaman saya yang telah melahirkan 4 org anak kalau nak cuba caranya. Saya betul betul ikut cakap ibu saya yang yg memang sangat particular. Kalau nak ikut ni petua yang major saja.

1. Masa dalam pantang hendaklah minum air suam saja. jangan sekali ambil air sejuk. dan sukatan nya juga hendaklah tidak lebih dari satu cawan tidak boleh lebih. Air lain seperti kopi, milo ovelt'n ok tu pun jangan banyak sangat minum. tapi jangan minum teh sebab teh tu angin.

2. Makan pun serupa juga, nasi mesti makan nasi panas, tak mau yang sejuk. Makan nasi ni tak boleh tambah, kalau nak makan banyak kena bubuh siap siap dalam pinggan. Ni yang paling important, Lauknya ni masa 1st week saya makan ikan kering masin atau ikan gelama, ikan tenggiri pun boleh buat masak asam atau masak lada. 2nd week baru masak kari ke buat kerabu dari daun mengkudu atau daun cekur. Jauhkan makanan yg sejuk sejuk seperti kacang panjang, kangkong, timun dan banyak lagi.
Masa pantang makan ni lama. ikut saya sampai 44 hari. Lepas tu pun saya tak makan dan minum yang sejuk sampai 6 bulan. Buah buahan pun kena jaga juga tak boleh makan sebarangan.

3. Saya pakai cara traditional, Bengkung yg di buat oleh sendiri.
Bengkung ni di jahit sendiri ikut suka panjang nya elok tu dalam 4-5 panjang . Di pakai pada waktu malam atau nak tidur. Saya amalkan begini, sebelum nak lilit bengkung tu saya sapukan bahan yg telah dicampur ini. ambil sedikit kapor makan dan limau nipis (yg bubuh dalam mee)belah dua dan kacau pada kapor tadi. Apabila sudah naik buih sapu lah kat perut kita. Buat lah setiap malam sampai habis pantang dan selepas 1-2 jam waktu makan.

4. Mandi - utk beberapa hari mula kena air suam dan daun daun. tapi kalau tak ada daun daun mandi air suam saja.

5. Tentang jamu ni saya guna jenama nyonya meneer sebab masatu belum ada nyonya rogay. Ambil jamu ni kena ikut peraturan betul betul, kalau tak nanti dia tak akan mujarab.

6. Urut - ini amat penting juga sebab ini akan memberi kita rasa segar selepas habis bersalin yg menggunakan banyak tenaga. selain itu ia juga dapat memberi rasa kelainan selepas bersalin. urut ni boleh di buat 3hari
7hari 14hari. ikut kemampuan kita. Kalau ada jahitan di... cuba ambil manja kanni dan lumatkan kemudian sapu supaya ia cepat sembuh.

7. Bertungku - Saya menggunakan tungku jenis lama iaitu batu sungai. Tapi kalau tak ada, boleh juga beli kat kedai. ini di buat 2 kali sehari pagi dan petang
==============================================================================

IP : 203.121.0.8

chetam

24 . Dihantar pada 27hb Mei 2003 12.25:12 tghari   [Edit]
Petua ketiga dari Norrizan Jaafar
==========================================================================
memang susah nak dapat ubat bersalin yang baik, tambahan pula tinggal di bandar-bandar, tapi apa yang saya amalkan masa saya bersalin tidaklah susah sangat. Ubat spt. akar-akar kayu, rempah-rampah biasanya saya order yang original daripada kampung. Bertungku saya buat sendiri. Saya alas batu yang panas dengan daun-daun spt. lengkuas, daun pandan dan daun serai sebelum dibungkus dengan kain untuk kepanasan yang lebih lama.

Air mandian, biasanya saya rebus air daun serai wangi dan air daun lengkuas. Basuh dulu sebelum direbus. Daun-daun lain susah saya nak cari. Itupun saya tanam sendiri (Lengkuas dan serai)

Pagi, saya minum sesudu jeli gamat, untuk luka-luka dalam perut insyaalah lekas baik. dismaping itu saya beli air ikan haruan buatan orang kampung boleh dibeli dimana-mana pasaraya.

Jika boleh beli ikan haruan yg fresh lagi baik.

Cara masak ialah, perap ikan haruan yang telah dibersihkan bersama garam, kunyit yang ditumbuk lumat, bawang putih (5 biji), Sedikit air asam jawa, dan dua sudu kecil serbuk lada hitam. Kukus atau rebus di atas api yang perlahan. Bila masak makanlah bersama
nasi panas.
Selamat mencuba...
================================================================

IP : 203.121.0.8

yusmar

25 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 10.20:10 pagi   [Edit]
up...up mungkin ada yg boleh menambah kat sini.

IP : 141.11.194.4

shaliana

26 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 12.12:48 tghari   [Edit]
thanks....byk dah resepi dlm pantang yg shaliana dah tahu......

IP : 219.95.14.56

Lalita88

27 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 2.11:54 ptg   [Edit]
..biar betul..dlm pantang pun makan itu ini

IP : 202.188.127.61

yusmar

28 . Dihantar pada 12hb Okt 2004 10.09:27 pagi   [Edit]
Lalita
jangan terlalu mengongkong diri semasa dlm pantang.Maksud saya ikut cara kampung, yg mana byk tak boleh mkn.Saya pernah tengok sepupu suami yg pantang kat kampung. Hari-hari makan nasi ngan ikan kering, susu tak boleh minum, roti, sayur,buah tak boleh makan.Sembelit dibuatnya dah tu pucat dan tak bermaya je, susu badan pun tak byk. Masa dlm pantang pun asyik tak sihat.Nak minum air pun tak bagi.Sebenarnya bukan tak boleh minum cuma hadkan untuk sekali minum , biar berulang takpe. Lebih2 lagi kalau menyusu badan memang cepat dahaga.

Sebenarnya semasa dlm pantang ni apa2 pun berpada-pada jgn keterlaluan. Jangan pula tak ikut langsung.Yang penting semasa dan selepas pantang kita sihat dan boleh meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

IP : 141.11.194.4

whitecabai

29 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 6.29:17 ptg   [Edit]
Terima kasih .. topik yg beh ingat baru nak bukak satu topik ... kkikikiik...

Lunch tadi makan ikan haruan bakar .. cicah air asam.. pedas cili api digantikan ngan lada itam.. sedap gak.. sedap2 Pon still tak de mood nak makan... tensi..tensi..

IP : 210.186.158.203

asmaan

30 . Dihantar pada 14hb Okt 2004 7.17:19 ptg   [Edit]
nak kasi resepi .. sambal kunyit org dlm pantang

bahan-bahan

kunyit muda
halia muda
lada itam
sedikit garam

tumbuk semua nie dlm batu lesung yek.. jgn lumat sangat tp tak de la kasar sangat.. then makan dengan nasi panas & ikan bakar / ikan goreng .. boleh menambah selera.

belajar dr my mum yg mmg bidan.

IP : 219.95.233.217

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "