Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Nak resepi : Masakan ala cina
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Nak resepi : Masakan ala cina
CutiePooh

1 . Dihantar pada 03hb Feb 2003 12.23:57 tghari   [Edit]
Saya ni teringin sangat nak makan selalu masakan ala cina.Tapi,makanan jenis ni mahal sikit sebab restoran2 standard je yang ada sediakan makanan yang halal.

So,kalau ada sesiapa yang tahu resepi2 masakan ni, bolehlah kita kongsi sama.okey, kan?

Antara yang kita teringin nak cuba masak sendiri ialah hokkien fried mee, 'tong ku'(mushroom),sharkfin soup dll.

Okey!Terima kasih................!!

IP : 210.195.66.150

harsha

2 . Dihantar pada 03hb Feb 2003 6.59:09 ptg   [Edit]
sharks fin soup ni sha pun tak brapa reti masak sebenarnya. but har tu ada tgk kakak ipar masak (dia cina muslim). caranya lebih kurang cam ni. . .

chicken stock (rebus ayam bersama tulangnya selama lebih kurang dua jam)

apa sahaja yg hendak anda masukkan ke dlm soup tersebut (cth : udang, isi ketam, filamen berperisa ketam, isi ayam) ikut kesukaan masing masing

sharks fin (kalau di pulau temasik ni, kat Giant ada jual) ada mcm mcm grade, terpulang anda nak yg murah atau mahal. yg murah, agak susah nak hancur dan selalunya berketul ketul.

telur 2 biji, dipukul

tepung jagung, dikacau bersama sedikit air

bila chicken stock anda dah tersedia, masukkanlah bahan bahan spt udang, isi ketam dsb, lepas tu, mskkan sharks fin, kacau perlahan lahan sampai sharks fin anda hancur.

tambahkan bahan perasa (garam dsb) mengikut kesukaan anda.

bila dah berpuas hati dengan rasanya, masukkan telur sambil dikacau perlahan lahan supaya telur anda tidak berkumpul di satu tempat sahaja.

kemudian, masukkan tepung jagung sehingga anda berpuas hati dengan kelikatannya.

bila nak mkn, campurkan black rice vinegar dan pepper.

amacam? hantarlah sini sikit!!

IP : 202.156.2.202

CutiePooh

3 . Dihantar pada 04hb Feb 2003 1.21:39 tghari   [Edit]
Alamak sha.....!! Terima kasih bebanyak atas resepi tu.
InsyaAllah petang esok Pooh nak nak try.
Baru tengok resepi,belum cuba lagi ni!!
Tapi tanya skit,chicken stock tu, boleh tak kalau Pooh nak gantikan dengan stock segera cam brand knorr tu?
Sha tinggal kat mana?Lepas cuba bolehlah Pooh hantarkan.Mungkin..........!

IP : 210.195.66.192

harsha

4 . Dihantar pada 04hb Feb 2003 1.30:50 tghari   [Edit]
masa my kakak ipar masak arituh, dia pakai yg original, and dia pun ada tambahkan chicken stock yg brand maggi (dlm botol). rasanya pakai yg original lagi sedap, but kalau pakai yg instant pun boleh jugak lah. sama je sedapnya, cuma mungkin kena taruh lebih sikit, iktu kesukaan pooh lah.

tinggal kat mana? pulau temasik, larat ke nak hantar? heheheh!! tak yah lah hantar, pooh tolong makankan je cukup.

IP : 202.156.2.202

harsha

5 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 11.57:05 pagi   [Edit]
ok pooh, ni pulak untuk Fried Hokkied Mee

300g mee
seulas bawang putih
sebiji telur
100g daging ayam cincang
2 sudu besar tpg jagung
sebiji carrot
sedikit cili merah
sekeping fish cake yg telah digoreng ala kadar
sedikit tauge
50g udang
sedikit sayur sawi
sedikit daun parsley
sebiji bawang merah
garam
pepper

caranya

hiris bawang merah dna bawang putih, goreng hingga kuning keemasan.

masukkan tauge, sayuran dan fish cake

goreng ala kadar, jgn sampai lecur. keluarkan sayuran tadi.

campurkan tpg jagung, garam dan pepper dgn daging ayam cincang, goreng sampai masak dan pastikan daging ayam tersebut tidak berketul

masukkan mee dan goreng sebentar, masukkan telur yg telah dipukul dna goreng lagi

masukkan sayuran, teruskan menggoreng dan kemudian masukkan air dan biarkan mereneh (simmer) utk lebih kurang 2 minit.

dah siap, hiaskan dengan chilli, daun parsley.

MAKAN!!

IP : 202.156.2.202

maizana

6 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 12.35:09 tghari   [Edit]
I nak bagi 1 resepi..tak tau lah sama ada kategori masakan cina ke apa...tapi memang guna cendawan cina..dan tak guna cili.

MEE HOON CENDAWAN.

1 paket mee hoon ( rendam 20 minit sebelum goreng)
75 g cendawan hitam ( cendawan ni kering dan kena rendam dalam 10 minit..lepas t u hiris halus-halus)
Lobah merah (kerat anggaran 1 inci dan hiris halus2..lagi senang beli parut yang boleh hiris memanjang tu)
isi ayam ( 2 ketul ayam - potong dadu)
5 ulas bawang putih (hiris)
5 ulas bawang merah (hiris halus)
sedikit lada hitam ( tumbuk kasar)
Sedikit minyak untuk tumis, garam dan serbuk perasa.

Cara.

Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah dan lada hitam...lepas itu..masukkan ayam....kacau sebentar..bagi ayam masak..

Masukkan lobak merah dan cendawan..masukkan serbuk perasa dan garam...kacau dalam 5 minit..masukkan mee hoon yang dah rendam tadi...masak hingga mee lembut..



* Mesej ini telah diedit oleh maizana pada 06hb Feb 2003 12.50:12 tghari

IP : 202.190.80.250

PnAnn

7 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 1.11:16 tghari   [Edit]

Sebenarnya untuk menyedapkan lagi rasa masakan Sharks Fin Soup, dibubuh sesudu White Wine atau perasa jus anggur (masam).

Pn Ann lupa apa nama brandnya....nanti balik tanya hubby..sorry yek !

Kedian jika hendak nampak likat...pukul telur bersama tepung jagung atau masukkan tepung jagung dahulu...setelah nampak likat..masukkan telur.

Barulah kelihatan macam 'awan larat'.

IP : 203.121.0.10

harsha

8 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 1.22:20 tghari   [Edit]
thanx PnAnn.

sha tgh masak sharks fin soup ni. nasib baik bukak mdc dulu, kalau tak, tak menjadilah sup tu.

IP : 202.156.2.202

CutiePooh

9 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 2.42:48 ptg   [Edit]
Alamak makin menjadi-jadi lah kesedapan sharkfin soup kita ni.

Harsha
terima kasih atas resepi tu.Resepi lain lagi,ader tak?
Sat lagi kita tolong makankan untuk Sha sharkfin soup yg kita buat

Pn Ann
Terima kasih coz sudi tambahkan power sharkfin soup ni.

Maizana
Kalau dah black mushroom tu yang dijadikan resepi, Pooh mesti bantai punyerrr...!!Ahakkks......Pooh suka sangat dengan black mushroom ni.Ader apa 2 lagi resepi untuk mushroom ni ke ?Anyway, terima kasih..............!!!!

IP : 210.195.66.53

harsha

10 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 3.01:45 ptg   [Edit]
pooh

boleh jugak tambahkan black mushroom dlm sharks fin soup tu kalau suka. kita yg buat dia kan? lagipun, kita yg nak makan.

laa ni sha tgh makan sharks fin soup lah ni, nak sikit ke?

IP : 202.156.2.202

maizana

11 . Dihantar pada 06hb Feb 2003 3.40:45 ptg   [Edit]
I tak tau nama masakan ni apa dia...tapi hubby I..kalau nak makan..just mention...nak makan TAUHU JEPUN. I rasa semua tau macam mana rupa tahu jepun ni, dia ni ada jual kat pasar raya...bahagian cheese...bentuk dia bulat dalam plastik.

TAUHU JEPUN ni sedap masak dengan sayur campur...

Bahan.

2 tahun jepun ( potong tengah...kerat 15mm...pas tu goreng dalam minyak panas...bila masak angkat)
jagung muda
cendawan butang (dalam tin tu)
lobak merah ( potong nipis )
kobis panjang
5 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah (hiris nipis)
1 sudu sos tiram
sedikit air dan bancuhan air & tepung jagung
minyak untuk tumis, garam dan serbuk perasa.

Masak dia.

Panas minyak..tumis bawang putih..bawang merah..naik bau masukkan lobak merah, jagung muda, cendawan..masukkan sos tiram dan sedikit air...campur bancuhan air dan tepung jagung (untuk pekatkan dia), lepas tu masukkan garam dan serbuk perasa....kacau kejap..masukkan kubis panjang dan las sekali masukkan tauhu jepun yang dah goreng....

mmmm sedap.

IP : 202.190.80.250

Presint9

12 . Dihantar pada 10hb Feb 2003 3.16:14 ptg   [Edit]
maizana.... terima kasihhhhhh bebanyak... resepi ni lah yang pi.nine dok cari... nanti nak cuba try test... mesti syokkk punyeee

IP : 210.187.129.184

mangkukayun

13 . Dihantar pada 19hb Feb 2003 4.50:43 ptg   [Edit]
Kalu nak resepi ala Cino, den suggest engko pergi kat website

"www.thestar.com.my" pastu engko click kat "cyberkuali"

bukan sajo ado masakan Cino, orang Koling pun ado, melayu pun ado.

pilih mano engko nak, pastu cubo buet yang terbaik,

tak paham namo-namo daunnyo engko check kamus lee....

IP : 211.24.129.132

Es00

14 . Dihantar pada 20hb Feb 2003 11.58:24 pagi   [Edit]
mak mentua nih cina, so hubby cukup suka makan nasi goreng cina. tapi Es tak penahnye menjadik bila buat.. eh tolongle sesapa yg ada resepi NASI GORENG CINA power tuh bagile panduan kat sini. hubby kalau dine kat luar pon asik mintak nasi goreng cina jek.. adusss hai..

kalau boleh nak jenis nasi goreng cina yg lembab jek tu. err.. biasanye ada tambah aji-no-moto ke? kalau bleh nak dia sedap tanpa ajinomoto. Es tak suka guna ajinomoto tu. tolong yek kekawannn...

IP : 161.142.100.81

mangkukayun

15 . Dihantar pada 20hb Feb 2003 3.03:56 ptg   [Edit]

Es00

Ekau kalu nak cari resepi, den suggest ekau pergi surf kat "www.thestar.com.my" pastu ekau click kat Cyberkuali yang
terperosok ket bawah page tu haa.

Pastu kau click le hurup abjad ket bawah tu "A" sampai "Z"

Segala mak nenek punya resepi adoo, semuanya Chinese felevor. Indian felevor pun adoo termasuk dongan Continental , he he he

Ekau kalu tak cayo, tak dapet den nak nolong laiie.

Den kiro hubby kau memang akan cayang lobih ket kau.

IP : 211.24.129.132

Es00

16 . Dihantar pada 27hb Feb 2003 12.37:46 tghari   [Edit]
mangkukayun, Es dah cuba carik kat cyberkuali tu memang le banyak flavour tapi takda pun Nasi Goreng Cina atau Chinese Fried Rice.. agaknya sebab common sgt sampai tak masuk dlm list tu.
so sesapa yg pakar buat Nasi Goreng Cina tu tolong la turunkan resepi kat sini pasal ni nak menambat hati, eh silap, perut suami ni hehe.. tulung ye.

IP : 161.142.100.86

mangkukayun

17 . Dihantar pada 28hb Feb 2003 2.36:07 ptg   [Edit]
Es00
La ekau cari Chinese Fried Rice, cubo cari bawah huruf "N"
Pastu poghi ko "Nyonya Fried Rice" samo lah tu haah.
Jom poghi check ket Cyberkuali sekali laaiii
Eden dah cubo dah sodap amek.

Cubo jangan tak cubo.

IP : 211.24.129.132

mscomet

18 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 12.06:09 tghari   [Edit]
harsha:

boleh bagi resepi claypot rice. sizzling mee tak??///

IP : 203.121.0.10

mangkukayun

19 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 3.36:02 ptg   [Edit]
Comet

Eden, bukan apo tapi nak rekomen ekau cubo poghi website "thestar.com.my"
Pastu kau click "Cyberkuali".
Kat bawah nu haa ado hurup "A to Z"
Kalau Claypot rice kau click kat hurup "C"
Ekau scroll down pasti dapetnya

Untuk sizzling mee
Ekau poghi ko "S" under Sizzling Yee Mein
Tu lah dia
Sonang ajo buetnyo
Cayalah
Happy trying

IP : 211.24.129.132

sitislam

20 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 4.17:19 ptg   [Edit]
Assalammualikum, Siti dah cuba resepi maizana iaitu tauhu jepun.T.Q sebab resepi tu memang sedap,My hubby dan anak-anak kata apa tau...Hari ni ibu masak macam makan kat restoran....sedap...T.Q again

IP : 202.188.115.57

mscomet

21 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 11.28:23 pagi   [Edit]
mangkukayun:

dah try bukak dah...tapi takdepun untuk Cyberkuali...????????

IP : 203.121.0.10

harsha

22 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 12.22:33 tghari   [Edit]
mscomet
nanti petang sha bagi yek? sori lama tak reply. bz lah. sekarang nak kuar kejap.

IP : 202.156.2.202

sitislam

23 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 1.26:50 tghari   [Edit]
mscomet....Siti pun try tak dapat ...tadi try guna yahoo..Type cyber kuali...search..tu dia macam-macam resepi cina keluar sampai nak tengok nasib tahun ni pun ade....

IP : 202.188.115.57

mangkukayun

24 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 3.26:17 ptg   [Edit]
Comet

Ekau cubo sekali laii, poghi ko "thestar.com.my"
pastu ekau scroll down sampai bawah
ado "Cyberkuali" click sajo
kalau nak tenyok resepi "A sampai Z" ado dibawah sekali nu haaa
selamat mencubo

IP : 211.24.129.132

harsha

25 . Dihantar pada 06hb Mac 2003 10.19:22 mlm   [Edit]
mscomet
maaf bebanyak ye, sha lambat bagi resepi ni. bukan apa, bz ngan si baby, baru lepas injection yg 4 bulan tu, demam pulak. tu yg tak sempat tu.

ok, ni resepi utk sizzling yee mee

bahan bahan
yee mee, agak agak cukup utk anda suami isteri lah

utk sos dia
daging ayam tanpa tulang
cendawan hitam, jgn dipotong, cuma rendam utk bagi dia kembang
carrot, potonglah bentuk apa pun yg berkenan di hati, celurkan dia sedikit, biar tak keras sangat.

bahan utk rencah
minyak bijan
sos tiram
kicap soya cair
garam
gula
lada sulah
sedikit tpg jagung utk likatkan kuah
kiub pati ayam sikit
air

cara
rendam mee dlm air panas, bagi dia lembut. then bilaskan ngan air paip, di dalam tapis. jgn rendam pulak dlm air paip tu, setakat lalukan je air paip tu.
toskan, gaulkan ngan sedikit minyak dan minyak bijan, jgn banyak sangat, muak pulak nanti.

utk kuahnya
panaskan minyak sikit, masukkan daging ayam dan cendawan hitam. gorenglah lebih kurang sampai hang confident dia dah masak. masukkan air dan segala bahan yg utk rencah kat atas tu.

biarkan mendidih dan renih utk lebih kurang 10 minit. masukkan carrot dan biarkan kuah jadi pekat.

lepas ni panaskan pulak hot plate. biar betul betul panas tau!! baru menjadi! dah panas, angkat daripada stove, letakkan atas kayu pengalas, baru leakkan mee dan terus tuangkan kuah tadi. haa. . . tang ni lah mee dan kuah tadi akan menggelegak. makanlah panas panas ngan hirisan cili padi dan kicap cair. baik baik, jgn melecur lidah!!

kalau nak letak telur, masukkan je selepas masukkan kuah tadi, terus ke hot plate. haba daripada hot plate tadi akan buatkan telur tu masak. . .lagi best ooo kalau ada telur ni!!

dah cuba nanti, bagitau sha ok??!!


* Mesej ini telah diedit oleh harsha pada 06hb Mac 2003 10.24:15 mlm

IP : 202.156.2.202

mscomet

26 . Dihantar pada 07hb Mac 2003 2.59:38 ptg   [Edit]
sha:


terima kasih.....ummmmm bestnya...tak sabor rasanya nak buat....tengok ari minggu ning...lepas buat nanti mscomet inform sha key......

IP : 203.121.0.10

harsha

27 . Dihantar pada 07hb Mac 2003 4.03:27 ptg   [Edit]
comet

ni pulak resepi claypot rice. maaplah ye, resepi ni daripada kakak ipar sha, dia chinese tak tau berbahasa melayu. letih pulak nak translate. .

Clay Pot Rice
Ingredients:
chicken
chinese sausages
spring onion - chopped
oil
sesame oil
ginger - shredded
dark soya sauce
light saya sauce
Method:

Cook rice separately in a rice cooker or a pot. When it's done, put a plate of sausages on top to steam.

Brown shredded ginger in oil, throw in the chicken, add dark soya sauce, light soya sauce and cook till it's done. Add a little water if necessary. Splash a little sesame oil and set aside. Make sure there is enough sauce for the amount of rice you've cooked.

Put cooked rice in an oiled clay pot and cook over medium heat till the bottom is crispy.

Put all the ingredients over and pour in the sauce, splash in addictional black soya sauce, sprinkle some spring onion over and serve.

IP : 202.156.2.202

cikni

28 . Dihantar pada 02hb Apr 2004 1.11:37 tghari   [Edit]

Cik sajer la nak bagi up topik ni pasal dia dok kat Laman 17 nun...

Ada satu masakan ala chinese yang cik suka sangat tapi bila buat asyik tak jadik
Nampak masakan tu simple aje, kalau ada sesiapa yang tahu boleh tak post kat sini-
masakan tu kuah sket je, sekadar basah2- ada ayam dipotong kecil, ada halia, ada cili merah potong, warnanya coklat krim; senang ajekan nak masak lauk nikan TAPI apakah rahsia yang membuatkan lauk ni sedap? Sape tau?

IP : 202.190.27.254

yusmar

29 . Dihantar pada 02hb Apr 2004 4.58:47 ptg   [Edit]
memang ngam, kawan baru ambil mai buku resepi Y3K. Kebanyakannya resepi masakan cina.Tak larat nak salin
(10 buku), ingat nak fotostat.Saya sempat taip ni je..

Chicken Char Siew
Ingredients:
6-8 medium sized chicken legs(deboned)
180-330ml water

Marinade: (30-60 Minutes)
3 pips garlics (pounded)
10 coriander leaves (pounded)
1 tsp rose wine
1 tbsp soy sauce
1 tsp salt
2 tbsp sugar
1 tsp five spice powder

method :
1. Marinate chicken for to 1 hour . Cook chicken legs over medium heat till oil surfaces.
2. Add water which barely covers chicken legs and bring it to a boil.
3. Cover wok and simmer till chicken is fork tender.
4. Open wok cover, turn high heat. Stir char siew occasionally till sauce begins to thicken.
5. Cut char siew into slices before serving.

Sorry, tak sempat nak translate

IP : 141.11.194.4

yusmar

30 . Dihantar pada 02hb Apr 2004 6.25:54 ptg   [Edit]
sambung...

Saucy chicken wings
Bhn2:
3 kepak ayam

perap:
3 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
sedikit halia
(tumbuk, ambil jusnya)
sedikit garam, kicap cair dan lada sulah

Plum sos:
2 camb sos plum
1 tbsp sos tomato
1 camb cili sos
1 mangkuk air

Pemekat:
1 camt tepung ubi
1 camb air

Cara2:
Perap ayam dgn bhn2 perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dan goreng ayam. Angkat dan letakkan atas pinggan.
Panaskan bhn2 utk sos dan pekatkan dgn bhn pemekat.
Tuangkan sos keatas ayam tadi.

Steam Homemade Beancurd

Bahan A: (tauhu)
600ml soya
6 telur

Bahan B:
8 sawi pendek
150g tauhu kering (taokan)
Segenggam hirisan cuttlefish kering (rendam hingga lembut)
300ml superior stock

Perasa:
1 camt garam
3 camt serbuk pati ayam

Pemekat:
1 camt tpg jagung
1 camt air

1. Alaskan dulang aluminum 8" dgn cling film.ketepikan.
2. Pukul telur dan tapiskan
3. Masukkan soya dan kacau. Tuangkan kedlm dulang tadi dan kukus 10 Minit dgn api perlahan.
4. Alihkan tauhu tadi kedlm pinggan. Celurkan sawi dan susun di dlm pinggan bersama tauhu tadi.
5. Panaskan 1 camb minyak , gorengkan hirisan cuttlefish hingga wangi. Masukkan superior stock
tauhu kering dan perasa hingga mendidih.
6. Pekatkan kuah dgn bhn pemekat. Tuangkan kuah ini ke atas tauhu dan sawi tadi.

IP : 141.11.194.4

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "