| Dimasukkan oleh |
Tajuk Topik :
Kahak : Mengeluarkan kahak baby
|
addina
|
1
. Dihantar pada
23hb Jan 2003 2.20:10 ptg
[Edit]
A'kum...
Saya ingin meminta petua tradisional dari sesiapa yang tahu tentang bagaimana cara mengeluarkan kahak baby saya yg berusia 9 bulan. Baby saya sering kedengaran bunyi kahak di dadanya sejak sebulan lalu. Telah berkali-kali saya membawanya ke klinik, tetapi kahaknya masih tidak mahu hilang.
TQ.
IP :
202.188.178.130
|
tarantula
|
2
. Dihantar pada
23hb Jan 2003 3.04:38 ptg
[Edit]
Kasi dia makan honey..insyaallah kahak akan keluar ataupun cair
IP :
219.93.243.213
|
Mrs_Red
|
3
. Dihantar pada
23hb Jan 2003 4.52:51 ptg
[Edit]
Nih mak mentua Mrs_Red bagi petua...
Seelok-eloknya masa lepas bersalin, dah bersihkan baby tu..taruk madu kat lelangit baby. InsyaAllah baby susah kena hidung tersumbat ke selsema ke.. Dulu Adik Mrs_Red terlambat amalkan petua nih.. dah dekat 2 minggu baru buat..tapi alhamdulillah baby dia memang jarang sesangat kena selsema dan kahak..
Next time bolehla Mrs_Red cuba pulak...
IP :
202.188.16.40
|
addina
|
4
. Dihantar pada
24hb Jan 2003 11.06:59 pagi
[Edit]
Terima kasih bebanyak.... tarantula dan mrs red.
Insyaallah addina akan cuba petua tu....
TQ.
IP :
202.188.178.130
|
noghoy
|
5
. Dihantar pada
24hb Jan 2003 11.18:48 pagi
[Edit]
addina
Cuba awak gi kat Sembang Keluarga dan cuba tgk topik yg lama2 tuh balik sbbnya dulu kita ada gak bukak topic ni.....Byk yg respon,dan mcm2 nasihat..alhamdullilah baby kita pun dah ok....cuba le cari...
IP :
161.142.78.84
|
addina
|
6
. Dihantar pada
25hb Jan 2003 09.42:30 pagi
[Edit]
A'kum..Noghoy....
Ya..la...banyak petua dan nasihat kat situ... tq bebanyak....
IP :
210.187.129.184
|
isabella
|
7
. Dihantar pada
04hb Feb 2003 2.34:20 ptg
[Edit]
senang ajerrr
walau pun bella tak de anak lagi,tapi bella tau la
manala tau nanti kalau dak kawin dan ade anak kan senang dah ada pengetahuan ttg baby ni kan
cuba akak guna
madu dari keluaran"genesis world" jualan langsung tu
akak bagi baby mkn tu dan lihatlah hasilnya,
kahak2 yang dah bertahun pun boleh cair tau
kanak2 atau orang tua pun boleh guna
sebab anak abang bella guna tu,, gak dari baby sampai beso ni.
rasenye pun sedap
hmmmm..enak dimakan begitu saja..hmmmm
harganya pun tak mahal RM30 lebih jer la rasenya lupa plak..
ok selamat mencuba...
IP :
202.185.96.223
|
Pharmacist
|
8
. Dihantar pada
05hb Feb 2003 02.37:44 pagi
[Edit]
Pn Adinda
Pastikan dulu sama ada anak Adinda tu mengalami masalah kahak banyak disebabkan apa...mungkin dia alah kepada persekitaran , cuaca atau kadang kadang masalah alah kepada kain/ baju yang tak sesuai.
Sambil2 tu sapukan minyak Telon pada bahagian belakang dan tengkok bayi anda.
IP :
203.121.0.10
|
PnAnn
|
9
. Dihantar pada
05hb Feb 2003 5.10:32 ptg
[Edit]
Sebenarnya dengan sapuan minyak Telon boleh meredakan dada anak, tetapi TIDAK untuk mencairkan kahak.
Kaedah yang terbaik selain petua Mrs Red ialah dengan kaedah Fisioterapi. Kaedah tersebut boleh melonggarkan kahak yang terkumpul didada anak dan senang untuk keluarkan kahak.
Kaedahnya;
(1) Baringkan (telangkup) anak dengan kaki diatas dan kepala dibawah.
(2) Bengkukkan sedikit telapak tangan kita.
(3) Tepuk secara perlahan-lahan dibelakang badan anak.
(4) Tepuk disekitar belakang badan selama 35 minit dan didepan 35 min.
Selepas beberapa minit, anda boleh lihat..banyak lendir keluar dari mulutnya..kemudian ambil "straw" dan sedut kahak tersebut.
Kaedah tersebut diajar oleh Doktor Pakar Kanak-kanak Hospital Ampang Puteri ketika anak Pn Ann serius diserang demam selsema selama 3 bulan berturut-turut dan hampir diserang paru-paru berair kerana kahak penuh didadanya.
IP :
203.121.0.10
|
pharmacist
|
10
. Dihantar pada
06hb Feb 2003 00.34:53
[Edit]
Pn Ann
Kaedah yang diberikan oleh Pn Ann seperti yang disyorkan oleh pakar hanya berkesan apabila bayi telahpun diberikan leftose syrup.
IP :
210.187.192.13
|
makcu
|
11
. Dihantar pada
10hb Feb 2003 4.23:04 ptg
[Edit]
anak aku pun selalu tersumbat hidungnya. tak tahulah sebab apa. mungkinkah sebab aku baru pindah rumah baru (apartment tingkat 12) mungkin tinggi sangat dan persekitarannya sentiasa sejuk. betul ke kalau baby demam kita tak boleh mandikan dia just lapkan badan dia
IP :
210.187.129.184
|
addina
|
12
. Dihantar pada
14hb Feb 2003 2.52:19 ptg
[Edit]
Terima kasih banyak-banyak untuk petua-petua dari... Isabella, Pharmacist, Makcu dan PnAnn.....
sibuk sikit....sebab tu lama tak jengok sudut sembang ni...
anyway tq.
IP :
202.188.178.130
|
harsha
|
13
. Dihantar pada
16hb Feb 2003 11.25:52 pagi
[Edit]
bukan kah bayi di bawah umur satu tahun tak boleh diberikan madu? sha ada terbaca di babycenter.com. . .
IP :
202.156.146.96
|
addina
|
14
. Dihantar pada
17hb Feb 2003 1.56:52 tghari
[Edit]
Eh..betul ke Harsha.....
Saya ada bagi madu kat baby.... apa effectnya untuk baby bawah 1 tahun....
IP :
202.188.178.130
|
harsha
|
15
. Dihantar pada
17hb Feb 2003 2.13:02 ptg
[Edit]
addina
quote: Honey — Honey can harbor spores of Clostridium botulinum (botulism), which can grow and produce life-threatening toxins in your baby's intestinal tract
IP :
202.156.146.162
|
kanee
|
16
. Dihantar pada
17hb Feb 2003 4.45:27 ptg
[Edit]
apa susah
kasi laa ubat pencair kahak..mintak laa kat Hospital...bayar RM 1.00
IP :
203.106.55.20
|
Filiyya
|
17
. Dihantar pada
27hb Nov 2004 05.19:42 pagi
[Edit]
utk PuanAnn

f tak berapa faham some parts
Kaedahnya;
(1) Baringkan (telangkup) anak dengan kaki diatas dan kepala dibawah. << meaning kita place baby dlm position meniarap ke?but then apa maksud kaki di atas and kepala di bawah? ni dah macam hanging pula
.
.
.
.
(4) Tepuk disekitar belakang badan selama 35 minit dan didepan 35 min. << as for this one, tepuk di depan tu, meaning tepuk perlahan pada dada baby ke PuanAnn?
sorry if my q's menyusahkan PuanAnn
but then i really want to understand the procedures
thanks so much in adv
=)
-F-
IP :
128.125.242.112
|
borneo
|
18
. Dihantar pada
27hb Nov 2004 08.13:55 pagi
[Edit]
as for baby borneo yg juga berusia 9 bulan...ms kena batuk kahak ni dulu borneo memula kasi ubat batuk jer..x ilang jugak..so 2nd time p klinik Dr suh amik ubat sedut..dlm 2 kali la jugak baby borneo kn amik then Dr kasi ubat kahak beserta antibiotik..Borneo bg tu but by following the real procedure..means that dlm ms seminggu antiobiotik dan ubat kahak tersebut mesti diberi mengikut masa n sukatan yg betul..alhamdulillah lastly baik jugak..Salah borneo jugak sbb ms memula kn batuk tu,x sampai hati nak paksa baby mkn ubat sbb dia meraung teruk sgt..
IP :
202.75.142.29
|
mustika78
|
19
. Dihantar pada
29hb Nov 2004 08.26:53 pagi
[Edit]

anak mus pon bunyi mcm ada kahak dalam tekak, selalu jugaklah.. kesian dengar dia bunyi bernafas, sampai berdengkur kalau dia tido sbb bunyi nafas dia.. hingus tak pulak kuar.. jumpa dr, dr kata baby mus kecik lagi.. so dia tak bagi ubat batuk or selsema.. tak elok.. mus ada ikut yg pn ann ajar tu.. kahak takde kuar tapi lepas tu bunyi dia bernafas ok je.. lepas tu ada balik.. kalau boleh nak juga petua dari members semua
IP :
203.115.208.214
|
ananipa
|
20
. Dihantar pada
29hb Nov 2004 2.17:47 ptg
[Edit]
semua,
Saya nak share ttg cerita kahak ni dgn semua warga. Kot-kotlah boleh membantu.
Anak saya masa berumur 5 bulan pernah kena admitted kat Assunta Hospital sebab terlalu byk kahak dlm dada dia. Kena sedut kahak tak sampai hati nak tgk.
Bila dah o.k, ada seorg kawan Cina saya kat Penang suggestkan satu ubat cina. namanya "Chan Chee Chin Pui".Ia adalah gabungan serbuk mutiara (yang boleh dimakan) dgn sejenis kekacang (warna putih).Kena beli kat kedai ubat Cina. Cakap kat dia umur anak berapa tahun tapi sekali makan (sepeket) harga RM 10. Bancuh dgn air suam , tapi kalau anak tak nak campur dlm susu.
Alhamdulillah, setakat ni bila anak saya kena selsema saya pergi beli 2 peket dan bagi pada dia minum 2 hari berturut-turut. Fungsinya adalah utk sejukkan badan dan kurangkan kahak. Saya juga ada suggestkan utk my brother, anak dia kena demam panas tak nak baik. Bila minum Alhamdulillah, o.k . Terus boleh main.
Cubalah, mana tahu. Kot2 serasi. Bukan apa kesian budak-budak kalau kena. Dia orang tak tahu macamana nak keluarkan kahak.
Harap boleh membantu.
IP :
219.94.53.212
|