Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Resepi : kuah kacang untuk ketupat
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Resepi : kuah kacang untuk ketupat
arjunadewi

1 . Dihantar pada 30hb Dis 2002 4.28:01 ptg   [Edit]
Assalammualaikum...
Hai!...saya pengguna baru laman nie.
Kat sini saya nak tanyalah tentang pelbagai resepi.
1 ) Rendang Daging yang warna hitam tu. Macamana nak buat?
2 ) Macam mana nak buat kuah kacang yang pekat dan sedap?
Tolonglah!!! dah berapa kali saya buat tapi tak sedap pun.
Kalau boleh bagilah resepi penuh kat saya.
Bahan-bahannya dan cara membuat dengan betul.

IP : 210.186.26.137

lini

2 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 09.29:31 pagi   [Edit]
salam...

ok laa....lini nie tak bule aa kalo org dah mintak tolong
try carik gak...hehe..
ada jumpa resepi rendang nie.....tapi tak complete aa....
main campak2 org kata....so, try aa...pastu ajak laa lini makan...hehe..

RENDANG MASAK HITAM

Daging
Bawang merah, bawang putih, halia (blender)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Serai (diketuk)
Daun kunyit
Lada hitam (blender)
Santan
Kerisik
Gula
Kicap (saya suka guna kicap tamin sbb rasanya masin,sedap & tak yah guna garam)
Perencah sup adabi
Cili kering (blender)

Caranya:
1. Perap daging dgn bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam yg
telah diblender. Gaul dgn perencah sup. Perap sekali dgn kicap tamin. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih & halia yg telah diblender. Tumis
sekali dgn kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang. Masukkan sikit cili kering yg telah diblender. Masukkan serai dan daun kunyit. Masukkan daging yg telah diperap tadi. Tuangkan kicap, kacau sehingga rata. Bila air daging agak mengering, masukkan santan dan kerisik. Masukkan gula sedikit. Kalau nak pedas, tambahkan lada hitam. Biarkan sehingga agak kering macam kita buat rendang biasa tu.

nanti lini bagi resepi sambal kacang yg biasa lini buat....sat aa...

IP : 202.47.165.131

chunk35

3 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 09.48:44 pagi   [Edit]
arjuna,

sedap betul nama kau tu.

Soalan kau :

1 ) Rendang Daging yang warna hitam tu. Macamana nak buat?

Tak silap aku yg daging warna hitam tu ada dua jenis. Satu daging tok dan satu lagi daging minang. Sorry kalau tak betul.
Dan bahan2 nak buat rendang ni semuanya sprt biasa tapi ada sedikit beza bagi rendang minang kerana dimasukkan rempah ratus, manakala daging tok tak dimasukkan rempah ratus. Warna daging itu hitam sebab rendang tu dimasak dgn menggunakkan kayu api. Ha... kitorang kat sini memang insyallah tiap2 tahun buat rendang tok.

*** Kalau silap penerangan diatas harap dimaafkan

2 ) Macam mana nak buat kuah kacang yang pekat dan sedap?

Yg ni aku pun selalu ada problem. Tapi tahun ni aku dpt resepi drp kawan sepejabat. So aku panjangkan formula kat kawan2 di sini.

Kuah Kacang Kak Zan

Bahan A (di darat)

Kacang yang telah digoreng, diblend – 1 kg
Bawang putih
Bawang merah – kg
Gula pasir
Gula merah
Air asam jawa

Kesemua bahan di atas dicampuri.

Bahan B

Bawang besar dihiris
Bawang putih

Cara Memasak

Tumiskan bahan B hingga naik bau
Masukkan bahan A
Sentiasa dikacau hingga agak pekat

Ada satu lagi resepi, pun dari seorang sahabat.

kacang tanah
gula merah
limau nipis boleh, limau kasturi boleh...
pertis(betul ke ejaan aku ni?)
cili padi boleh, cili merah pun boleh....
air perahan asam..
nak lebih sedap dan bau wangi kuah tu letak la daun limau purut....


Bahan A : Kacang tanah - goreng tanpa minyak & tumbuk / blender

Bahan B : Cili kering, belacan, bawang besar, bawang putih (yg ni toksah buh banyak, kang...), bawang merah, udang kering

Bahan B ditumis sampai wangi lepas tu baru ditumbuk / blender. Dah siap tu, barulah tumis balik bahan tumbuk/blender, bila dah naik bau masukkan air & kacang. Last sekali baru masuk air asam jawa, garam & gula. Siap.

Semoga mesej ni membantu kau.

IP : 210.187.25.51

arjunadewi

4 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 10.52:13 pagi   [Edit]
Hi!!!!
Terima kasih lah bebanyak kat you all yang sudi bagi resepi tu.
Nanti dewi try satu-satulah. Mana yang best.
Okeh..Thank You.

IP : 210.186.26.206

sufiku

5 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 12.27:16 tghari   [Edit]
Kuah Kacang

Kacang tanah (goreng tanpa minyak + blend)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
Cili kering
(blend semua bahan2 di atas)


Bhn2 utk digoreng tanpa minyak + blend :
3 sudu teh jintan manis
3 " " jintan putih
10 gm udang kering
(udg kering jgn campur ngan jintan)

2 btg serai (diketuk)
Gula
Garam


Cara memasak

Tumis bwg merah, bwg putih, lengkuas, cili kering, jintan manis + jintan putih yg tlh dikisar hingga naik bau. Masukkan gula.

Campurkan 3 gelas air (ikut "timbangrasa" sendiri nak letak banyak mana) ... pas mendidih masukkan kacang tanah tadi + juga serai yg tlh diketuk. Campur garam sesedap rasa + udang kering. Pas tu tutup periuk ... pastikan dgn api yg perlahan dan biarkan ia benar2 mendidih, pekat + pecah minyak.

Kalau nak rasa yg lbh enak, masukkan daging tetel yg tlh dihiris nipis – tumis slps tumis bahan2 yg dikisar tadi. 1 lagi petua arwah mak, kalau boleh bwg merah, bwg putih, cili kering tu semua di"goreng" sblm blend - awas, kolesterol !

* Mesej ini telah diedit oleh sufiku pada 31hb Dis 2002 12.34:13 tghari

IP : 161.142.78.84

lini

6 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 12.36:45 tghari   [Edit]
salam..

huhhh! tgk tu....sekali byk daa resepi yg datang...hehe..
kena try sume tu tau arjuna...
sambal kacang pun dah byk org bagi tu...cam mana..
tak pe laa...sbb lini dah janji...nie resepi versi lini laa yea...
simple dan mudah..


SAMBAL KACANG

Bahan-bahannya :

Cili kering }
Bawang merah } dikisar
Serai }
Kacang tanah disangar dan ditumbuk (kalau nak sedap kasar2 skit...)
Sedikit air asam
Gula biar lebih
Skit garam
Minyak utk menumis

Peraturan
Kisar bahan diatas dahulu
Tumiskan bahan-bahan diatas hingga naik baunya.
Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk, kemudian
digaul rata, masukkan gula dan sedikit garam. Akhir
sekali masukkan sedikit air asam jangan pekat sangat..
dan masaklah hingga mendidih.

IP : 202.47.165.131

t_teja

7 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 3.28:26 ptg   [Edit]
A'kum..

hi arjuna..nak tau resepi rendang warna itam..

macam kata chunk tu..actually rendang itam ada 2 jenis iaitu rendang tok dan rendang minang..

rendang tok famous bagi org2 belah utara esp. perak..ni mmg resepi turun temurun keluarga teja..every time raya..mak mesti masak ketupat palas dan rendang tok..istimewanya rendang tok ni..dia tahan lama..sbb masaknya lama..kalau hari kedua ketiga tu..kita panaskan lagi..lagi bertambah hitamlah dia...

kalau nak cuba..teja try turunkan resepinya di sini..

Bahan2:-
Daging - kalau boleh daging batang pinang..
Santan
Kerisik
Daun limau purut
Garam dan gula
Bahan2 dikisar..
Cili merah
Bawah merah dan putih
Halia
Lengkuas
Serai

Cara2nya:-
Masukkan santan dalam kuali..kacau...campurkan dgn bahan2 yg dikisar...
masukkan daging...Kacau rata...Masukkan garam dan gula..sesedap rasa..bila dah agak2 kering kuahnya...campurkan kerisik...then last sekali..masukkan beberapa helai daun limau purut...kacau hingga kering..

cubalah..resepi teja ni simple jek..kami selalu panggil resepi campak2..

IP : 203.82.64.225

arjunadewi

8 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 1.14:27 tghari   [Edit]

Alamak !!!!! pening kepala nak pilih resepi mana satu nie???
Sekali datang banyak pulak. Anyway....terima kasih bebanyak kat you all yang sudi kongsi resepi ngan arjuna.
Korang memang best lerrr....
nanti arjuna ajak datang rumah bila dah siap ...okey!

IP : 210.186.26.54

dettol

9 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 5.20:48 ptg   [Edit]
akum..
aku ada cara nak sedapkan kuah kacang
kacang tanah
cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
serai
lengkuas
buah pelaga (sebijik 2 aje)
air asam jawa
gula
garam
air
daging cincang
cara:- cili+bwg merah+bwg putih+halia ---> blend sekali (A)
halia+lengkuas + serai ----> titik (B)
tumis (A) sampai naik bau (sampai keluar minyak) + (B) + buah pelaga
+ daging cincang . + air asam jawa + kacang + air ---> masak sampai pekat

cuba baru tau keenakkanya......

IP : 202.188.127.61

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "