Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> Resepi : Juadah Hari Raya
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Resepi : Juadah Hari Raya
PnAnn

1 . Dihantar pada 26hb Nov 2002 12.17:59 tghari   [Edit]


Jom kita kongsi bersama resepi untuk hidangan Hari Raya. Mungkin dengan resepi ini boleh dimasak untuk Rumah Terbuka..


MEE BANDUNG

Bahan-bahan A

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering
1 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 cawan udang kering (rebus dengan secawan air)
1/2 cawan udang hidup
1 kilo daging (dipotong nipis dan rebus)
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan B

Sayur Sawi (ikut suka)
FishBalls
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Tahu goreng (potong dadu)
Daging (potong nipis)
Telur rebus


Cara masak kuah

1) Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, bubuh sedikit gula, bawang putih & bawang merah.

2) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi (jangan sampai garing) dan masukkan sos tiram.

3) Masukkan udang dan daging rebus dan masukkan air rebusan daging dan bubuh garam secukup rasa. Masak hingga pekat.


Pada amatan Pn Ann, kuah mee rebus guna Udang kering lebih sedap berbanding guna tomato.



IP : 203.121.0.10

PnAnn

2 . Dihantar pada 26hb Nov 2002 3.13:58 ptg   [Edit]

Selain makanan ketupat, rendang, laksa, mee sup dan sebagainya...mungkin molek dicuba resepi berikut dan pastinya enak di makan.


Murtabak Crackes

Bahan-bahan A
36 keping biskut Cream Cracker (tertakluk saiz dulang - 4 segi)
1 biji santan kelapa
4 biji telur

Bahan-bahan B
Setengah kilo daging cincang
5 biji bawang merah besar (dipotong dadu)
4 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih (ditumbuk)
2 sudu udang kering (ditumbuk)
2 sudu serbuk kari daging (ditumbuk)
1 sudu sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis


Caranya

Masak Bahan B (inti)

1) Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga kekuningan dan masukkan serbuk kari hingga naik bau barulah masukkan daging cincang.

2) Masukkan sedikit air, tumis hingga kering dan masukkan sos tiram dan masukkan bawang yang dipotong dadu.

3) Ketepikan hingga sejuk.


Bahan A

1) Celup kepingan biskut cream crackes dalam santan, hingga meresap santan (jangan terlalu lembik) dan letakkan atas dulang pembakar bersaiz segi empat.

2) Apabila inti sejuk, letakkan inti diatas biskut cream crackes dan taburkan sebiji telur yang sudah dipukul.

3) Lakukan selapis demi selapis (makan buat kek lapis). Selang selikan biskut dan inti macam kek lapis.

4) Apabila siap, bakar dalam ketuhar dengan suhu 175C selama 15 minit.

5) Apabila masak, potong kecik-kecik. Anda boleh lihat lapisannya dan rasanya yang enak.

IP : 203.121.0.10

TuMbLeR_TK

3 . Dihantar pada 26hb Nov 2002 3.49:34 ptg   [Edit]
errr..betul ke yg psl cream crackers tue? err,camner lak rasa murtabak tue nanti? tgk la camner,kalau ade kesempatan,akan cuba la..x semestinya tunggu raya..heheh

IP : 202.135.8.1

Suria_Shafie

4 . Dihantar pada 27hb Nov 2002 08.30:49 pagi   [Edit]
raya nie aku nak buat laksa la...

IP : 202.184.22.181

anniey

5 . Dihantar pada 27hb Nov 2002 1.49:29 tghari   [Edit]
Pn. Ann

Ani penah rasa resepi cracker tue masa raya kecikČ dulu kat umah orang. Memang sedap dan lama dah ani carik resepi dia. Thanksss....

IP : 210.195.228.79

PnAnn

6 . Dihantar pada 27hb Nov 2002 3.13:29 ptg   [Edit]
Tumbler
memang enak dan sedap....cubalah !

Anniey
Jika ditabur diatasnya dengan bawang goreng dan bubuh cili sos lebih enak dan sedap dimakan.

IP : 203.121.0.10

PnAnn

7 . Dihantar pada 27hb Nov 2002 3.18:32 ptg   [Edit]

Resepi ini memang sedap di sajikan untuk hidangan raya. Pencuci Mulut selain buah-buahan potong, lebih enak digantikan buah-buahan ini.

Fruit Cocktail

2 tin fruit Cocktail
1 tin susu sejat Nestle (susu lemak krim)
1 tin Nata D'Coco


Caranya;

1) Buang air buah-buahan dalam tin. Ambil buahnya sahaja (toskan).

2) Setelah sejat. Masukan buah Nata D'Coco dan susu sejat tadi.

3) Simpan didalam peti sejuk selama setengah jam. Bila sejuk boleh hidangkan untuk dimakan.

IP : 203.121.0.10

nuryl

8 . Dihantar pada 27hb Nov 2002 5.30:05 ptg   [Edit]
apakaitan dengan bandung ?

IP : 203.106.170.125

nuryl

9 . Dihantar pada 27hb Nov 2002 5.34:30 ptg   [Edit]
*********************@#############################@!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!@?????????????????????????????

IP : 203.106.170.125

TuMbLeR_TK

10 . Dihantar pada 28hb Nov 2002 08.28:24 pagi   [Edit]
nuryl apsal? sakit kepala ke? apa lak psl bandung nie? kan sini utk semua koleksi JUADAH RAYA..x kira la apa2 pun,mi ke,lontong ke,nasi impit ke..

IP : 202.135.8.1

PnAnn

11 . Dihantar pada 28hb Nov 2002 12.41:21 tghari   [Edit]
nuryl

Bila bicara pasal Juadah, pelbagai aneka masakan atau resepi boleh diberikan. Juadah hari raya Tidak semestinya terhad kepada rendang, ketupat, nasi impit dan kuah kacang. Banyak resepi boleh dihidangkan untuk jamuan tetamu.

Kebiasaannya apabila kita hadiri rumah terbuka, ada orang akan hidang Laksa, maka Pn Ann juga boleh katakan apa kaitan Laksa dengan Hari Raya ?

Sebenarnya apa pun menu masakan untuk hidangan tetamu ianya tidak terhad. Kita harus variasikan aneka masakan kita.

IP : 203.121.0.10

PnAnn

12 . Dihantar pada 28hb Nov 2002 1.17:32 tghari   [Edit]

Nasi Kurma

1 cupak beras siam
1 kilo daging @ 1 ekor ayam
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
4 sudu tomato sos
4 sudu ketumbar
4 sudu jintan putih
4 sudu jintan manis
1 susu kaskas
4 tahil bawang merah
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 inci halia
4 batang bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
1 cawan minyak kelapa
1 senduk minyak sapi
garam secukup rasa


Cara membuatnya;

1) Beras dibasuh dan direndam selama 5 minit. Kemudian kukus separuh masak. Daging atau ayam dipotong besar. Kesemua bahan-bahan rempah digiling halus. Kemudian masukkan susu, tomato dan garam. Biarkan selama 5 minit

2) Jerangkan periuk. Masukkan minyak sapi dan minyak kelapa. Apabila panas masukkan daging atau ayam yang sudah digaul sebati dengan rempah. Kacau sehingga pecah minyak.

3) Masukkan air untuk empukkan daging atau ayam. Apabila pekat, masukkan beras yang sudah dikukus dan kacau sehingga rata. Kecilkan api tutup sehingga naik wap.

4) Setelah masak, hiaskan dengan lada dan daun sup.

IP : 203.121.0.10

PnAnn

13 . Dihantar pada 28hb Nov 2002 1.26:03 tghari   [Edit]

Nasi Tomato Singapura

4 tin beras
1 tin kecil minyak sapi
1 tin kecil susu cair
1 tin kecil tomato puri
1 labu bawang besar
3 cm halia
2 biji tomato
6 ulas bawang putih
1 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah tomato
2 sudu besar serbuk jintan manis dan jinta putih
4 tin susu cair
1 sudu teh serbuk lada sulah
200 gm daging cincang
sedikit daun pudina
bawang goreng
kismis

Cara membuatnya;

1) Tomato dibasuh dan dihiris bulat. Bawang besar dimayang halus. Bawang putih, halia dan bahan-bahan rempah digiling lumat. Serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih dibancuhkan dengan sedikit air setelah itu campurkan dengan bahan yang telah digiling tadi.

2) Beras dibasuh dan toskan airnya. Panaskan minyak sapi di dalam periuk setelah itu tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kemudian masukkan campuran rempah-rempah yang sudah digiling tadi bersama bawang besar dan tomato.

3) Bila telah garing masukkan daging cincang sambil dikacau-kacau hingga rata. Setelah itu masukkan susu sair, tomato puri, daun pudina dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.

4) Setelah mendidih, masukkan beras dan masak hingga kering. Setelah masak taburkan bawang goreng dan kismis untuk hidangan.

IP : 203.121.0.10

PnAnn

14 . Dihantar pada 28hb Nov 2002 2.11:41 ptg   [Edit]

Sotong Goreng Crispy

Bahan-bahannya

1/2 kilo sotong (dipotong halus)
1/2 sudu serbuk kari ikan
4 sudu tepung jagung
sedikit garam
2 cawan minyak masak

Cara membuatnya;

1) Campurkan garam, serbuk kari dan tepung jagung. Kacau sebati. Kemudian masukkan sotong yang sudah dipotong dan kacau sekata.

2) Panaskan minyak masak dan gorengkan sotong yang sudah digaul bersama tepung tadi. Goreng hingga garing.



AYAM BEREMPAH CRISPY

Bahan-bahannya;

1 kilo ayam (dipotong ikut suka)
3 biji telur
1 pekat serbuk kari ayam
8 sudu besar tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng
sedikit garam

Cara membuatnya;

1) Basuh bersih ayam dan toskan.

2) Campurkan serbuk kari, tepung jagung dan garam. Kacau sekata.

3) Gaulkan ayam dan telur yang sudah dipukul hingga sebati dan biarkan selama 5 minit.

4) Panaskan minyak dan golekkan ayam didalam campuran tepung dan siap untuk menggoreng.

IP : 203.121.0.10

anala

15 . Dihantar pada 28hb Nov 2002 5.58:53 ptg   [Edit]
a'kum all

LAKSA SELATAN

BAHAN UNTUK KUAH :

5 ekor ikan kembung + 1 ekor ikan tenggiri (rebus & ambil isi & blend)
8 biji bwg merah (blend)
4 biji bwg putih (blend)
1 ibu jari lengkuas (blend)
2 batang serai (blend)
sedikit halia (blend)
2 sudu ketumbar (blend)
sedikit jintan (blend)
sedikit udang kering (blend)
10 biji lada kering (blend)
1/2 paket rempah kari
1 biji kelapa ( santan)
sedikit air asam jawa
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
sedikit perasa jika suka
2 kuntum bunga kantan
sedikit daun kesom
minyak

BAHAN SAMPINGAN :

1 PAKET SPAGGETTI (direbus, toskan)
kacang panjang dihiris halus membulat
timun dihiris membulat
taugeh
tauhu dihiris kecil
sambal belacan
limau kasturi dibelah 2
hirisan daun selasih (jika suka)
hirisan daun kesom (jika suka)

CARANYA :

1.Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar
tadi.Kacau hingga naik wangi.
2.Masukkan rempah kari yang dicairkan. Kacau .
3.Masukkan isi ikan, santan, garam , gula melaka, air asam jawa,
daun kesom dan bunga kantan. Kacau hingga masak.

CARA HIDANG :

Ambil sedikit spaggetti, taburkan bahan2 sampingan tadi dan curahkan
kuahnya.


Tauhu Goreng S'pore
Bahan - bahan
10 keping tauhu
Timun 2 batang dihiris nipis
200gms taugeh dicelor
Minyak masak untuk digoreng
Bahan-bahan untuk kuahnya
600gms kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar
15 biji cili padi
15 ulas bawang putih
4-6 camca besar gula melaka
5 camca besar kicap pekat
3 camca besar cuka ataupun Asam Jawa secukup rasa asamnya
Air panas secukupnya.

Cara-cara membuatnya

1.Didalam alat pengisar makanan, kisar bawang putih, cili padi
sehingga lumat bersama kacang.
2.Salinkan kedalam mangkuk dan digaulkan gula melaka, kicap manis
ataupun cuka secukup rasa. Tambahkan air. Kuahnya mesti cukup manis, pedas dan masam.
3.Sementara itu goreng tauhu di dalam minyak selama 3-4 minit
sampai kuning. Keluarkan dan potong empat segi.
4.Susunkan di atas pinggan dan taburkan taugeh serta timun di
atas.




Sekian.

IP : 203.115.233.98

batman2000

16 . Dihantar pada 29hb Nov 2002 3.17:44 ptg   [Edit]
Pn. Ann....

Saya dah cuba semalam resepi murtabak creackers. memang sedap. Lembut isinya. Farook pun suka. TQ


batlady (wife batman)

IP : 210.187.125.251

najia

17 . Dihantar pada 02hb Dis 2002 12.13:34 tghari   [Edit]
erm.... best... bestnyer makan.... kalo rajin bleh cuber... kalau tak..?
ehehehheee.....

IP : 161.142.100.81

PnAnn

18 . Dihantar pada 02hb Dis 2002 12.33:56 tghari   [Edit]
Anala
Pn Ann nak cuba la masakan Laksa Selatan..nampak macam sedap..

Batlady
Anak apa khabar ? Batman dah lama tak menjengah..sibuk ke ?
Sedap kan Murtabak Crackers ?

najia
memang sedap tau masakan tu..cubalah...

IP : 203.121.0.14

mummy17

19 . Dihantar pada 02hb Dis 2002 3.29:45 ptg   [Edit]
Tengah sibuk cari resepi "Sambal Goreng Pengantin".
Ada tak sesiapa yang tahu?
Tolonglah kongsi dengan mummy17.
Terima kasih.

IP : 202.79.110.2

ironman

20 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 01.57:46 pagi   [Edit]
PnAnn - sila bukukan koleksi masakan anda......saya berminat untuk mendapatkannye...walaupun saya "terer" memasak, cara masakan orang lain jugak boleh dicuba dan jadikan panduan.....

1. resepi masakan harian
2. resepi masakan cina
3. resepi masakan barat
4. resepi biksut raya
5. dll termasok petua.....

IP : 210.186.216.204

PnAnn

21 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 09.07:56 pagi   [Edit]
Ironman
Mungkin di laman Sembang-sembang ini boleh dijadikan tempat untuk semua ahli kongsi-kongsi resepi masakan memasing mengikut kategori yang anda cadangkan. Maka, dengan variasi menu masakan lebih memberi banyak informasi berguna tentang kaedah dan tips masakan memasing. Koleksi masakan...Pn Ann memang tiada..hubby yeap..banyak sangat..tetapi semuanya entah kemana buku-bukunya..
Apa pun insyallah akan di laksanakan di laman sembang ini, maka bolehlah dikompilasikan menu-menu masakan itu.

IP : 203.121.0.14

neha

22 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 10.35:40 pagi   [Edit]
assalamualaikum sume

saya ada masalah sikitlah ngan apa2 menu yang mengunakan beras...misalnya nasik tomato, nasik minyak,..nasik beriani dll

masalah saya dari dulu sampai ;la ni..bila nasik tu dah masak..rasa dia muak semacam..saya tak tawu apa silap saya dah banyak kali cuba...nak makan pun tak lalu..akhirnya..buang jer dalam tong sampah..sedih gaklah...ada sesapa tahu tak apa petuanya....

IP : 170.38.99.108

lala_ru

23 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 10.45:33 pagi   [Edit]
pn ann, nanti lala nak cuba yang fruit cocktail tu lah. simple je kan.
ada sapa2 yang ada resepi rendang daging? yang senang dan sedap...

lala pulak asal tiap2 tahun buat puding laici. tahun ni husband kata udoh-udoh ler tu... cari lah resepi lain pulak....

IP : 219.93.8.5

PnAnn

24 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 10.52:05 pagi   [Edit]
neha
Soalan anda kurang jelas..?

Mummy17
Resepinya seperti dibawah.


SAMBAL UDANG GORENG PENGANTIN

Bahan-bahannya

500 gram Udang besar (buang kepala dan ekor udang sahaja)
3 senduk besar cili giling
10 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu makan gula
2 sudu besar sos tomato
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 biji bawang merah (dipotong bulat)

Cara membuatnya

1) Goreng udang terlebih dahulu. Asingkan selepas menggoreng.

2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Setelah kekuningan, masukkan cili giling dan tumis sehingga garing. Setelah garing masukkan gula, garam dan sos tomato.

3) Setelah naik minyak, masukkan udang yang telah digoreng dan hirisan bawang tadi.

IP : 203.121.0.14

PnAnn

25 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 11.15:45 pagi   [Edit]
Lalaru
cubalah Fruit Cocktail tu..sedap..setiap tahun di ofis kalau buat staff party..memang member ofis dah awal-awal suruh Pn Ann yang buatkan..walhal simple aje bahannya.

OK..jika hendak lain..ini resepi memang best dan enak..lain sikit hidangannnya..biasanya di hotel memang ada..comel-comel aje kuihnya..


TART FRUIT COCKTAIL

Bahan Untuk Kulit - Bahan A

225 gram mentega tanpa garam
150 gram gula halus
3 biji telur
500 gram tepung roti

Bahan untuk krim - Bahan B

2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanila
4 biji kuning telur
125 gram gula halus
50 gram tepung jagung
100 gram mentega

Bahan C

Sedikit coklat cair
Sedikit jem aprikot
Buah-buahan pilihan*
(* Biasanya Pn Ann suka pilih buah dalam tin iaitu aprikot @ nenas @ fruit cocktail)


Cara membuatnya ;

Bahan A - Tart

1) Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, diikuti dengan tepung.
2) Bulat-bulatkan doh, bungkus dengan plastik dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 2 jam. Canai dan lapiskan ke dalam acuan-acuan tart kecil.
3) Bakar kosong, tutup dengan kertas timah dan isi kekacang, pada 175C @ 350F selama 10 minit sehingga kuning keemasan dan dasarnya kering. Angkat kertas timah dan kekacang. Keluarkan dan sejukkan.

Bahan B - Krim

1) Renihkan susu dan esen vanila di dalam periuk.
2) Di dalam mangkuk lain pukul kuning telur, gula dan tepung jagung sehingga tidak berbintil. Perlahan-lahan masukkan campuran susu dan esen vanila tadi.
3) Tuang kastard semula kedalam periuk dan masak di atas api kecil sehingga pekat dan berbuih. Masukkan mentega, kacau dan tutup api. Dinginkan di dalam peti sejuk.

Bahan C

1) Sapu coklat cair di dasar kulit tart agar kulit tart tidak menjadi lembik setelah dibubuh krim.
2) Paipkan krim pastri ke dalam kulit tart dan atur buah (potong kecil) di atasnya. Glis buah dengan jem aprikot yang dipanaskan dengan sedikit air agar buah kelihatan segar.
3) Siap untuk hidangan.

* Mesej ini telah diedit oleh PnAnn pada 03hb Dis 2002 11.16:24 pagi

IP : 203.121.0.14

sufiku

26 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 2.20:35 ptg   [Edit]
PnAnn

... sufi mmg selalu gak buat fruit cocktail tuu ... tapi guna buah~buahan segar ... honey dew, orange, epal, anggur, tembikai, pear etc ... mmg sedappp ... ditambah plak dgn nata d`cocoa.

Selalu 'nyum nyum' sambil nengok tv ngan hubby. Bukannya apa, hubby tu selagi sufi tak potongkan bebuah dan hulur yg siap utk disuap, tak de nye dia nak amik + potong sendiri ...


E`ehh ... cam sama jerr resepi kita ... sotong crispy tuu ... tapi sufi biasanya guna tepung beras sbb lebih rangup. Selain seafood, sesuai juga utk ayam + ikan ... menambahkan lagi selera ... lagi dan lagi ... rasa kari tu mmg spesel ...

* Mesej ini telah diedit oleh sufiku pada 03hb Dis 2002 2.25:21 ptg

IP : 161.142.78.84

ironman

27 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 2.23:46 ptg   [Edit]
PnAnn - terimakasih, buat masa ni saya akan print koleksi resepi ini untuk simpanan sementara atau selamanya ....


ada sesapa nak cuba resepi "ayam bungkus seriwangi"

IP : 202.188.21.200

neha

28 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 2.24:02 ptg   [Edit]
Tima kasih PnAnn,

Begini, kalau saya masak nasik yg menggunakan susu cair ke...santan ker...bila dah masak..nasik tu jadi lembik..dan bila makan rasa cam loya / muak semacam....Pn Ann tawu ker apa masalahnya

IP : 170.38.99.108

TuMbLeR_TK

29 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 2.45:25 ptg   [Edit]
abang man taruk je la resepi tu..nak gak tau..

IP : 202.135.8.1

mummy17

30 . Dihantar pada 03hb Dis 2002 4.53:50 ptg   [Edit]
Pn Anne
Terima Kasih kerana susah-susah cari resepi tu utk mummy17. Thanks!

Sebenarnya resepi yang mummy17 cari tu, the main ingredients pakai hati lembu, paru, dan daging. Tak ingat pula apa lagi, yang mummy17 tahu sambal goreng pengantin tu memang syiok! Kalau tak keberatan dan Pn Anne tahu tolonglah kongsi dgn mummy17. Terima Kasih bebanyak!!!

IP : 202.79.110.2

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "