Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Maklumbalas >> Cadangan : Buka laman "Sejarah"
(Pengendali : Pojie )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Cadangan : Buka laman "Sejarah"
Alpine2

1 . Dihantar pada 02hb Jul 2004 4.53:25 ptg   [Edit]
Kepada para moderator,

Merujuk kepada tajuk di atas, saya ingin membuat cadangan supaya laman sejarah Melayu, Malaysia dan Islam di Tanah Melayu di buka. Laman itu hendaklah merangkumi bab-bab seperti:-

1. Sejarah pemerintah melayu di Melaka dan Malaysia. Boleh dijadikan contoh seperti bagaimana mulanya parameswara datang ke melaka dan bagaimana pemerintahan negeri melaka mencapai kegemilangannya.

2. Sejarah panglima-panglima melayu termasuklah hang tuah, hang jebat, tok janggut, mat kilau, dan ramai lagi wira-wira melayu termasuklah mereka-mereka yang mempertahankan malaysia semasa zaman darurat memerangi komunis.

3. Sejarah kedatangan islam ke tanah melayu seperti bagaimana pedagang arab datang ke melaka, kelantan dan riau. Kalau boleh, senaraikan nama-nama ulama terkenal di Malaysia sejak daripada zaman kesultanan melayu melaka hinggalah sekarang.

4. Sejarah perdagangan dan ekonomi malaysia melalui kekuatan politik bangsa melayu. Pengkajian hendaklah dilakukan dan laman yang menceritakan tentangnya dengan detail dan memiliki fakta yang tepat dan jelas amat diperlukan.

5. Sejarah penubuhan setiap negeri-negeri di Malaysia, yang berkait rapat dengan orang-orang melayu. Sejarah penubuhan negeri di indonesia, dan brunei juga boleh dilakukan untuk menambahkan lagi kehebatan bangsa melayu itu sendiri.

6. Sejarah politik di malaysia juga boleh ditambah berdasarkan penelitian yang jujur dan adil.


Kesemua di atas adalah cadangan. Setiap bahagian bolehlah dilantik moderator untuk menambah fakta untuk rujukan dan sebagainya. Jika dapat melakukannya secara detail dan di dalam bahasa inggeris adalah lebih baik. Ini akan membantu para pengkaji sejarah di sekolah dan universiti untuk melakukan rujukan di melayu.com Malah, ianya akan dapat menaikkan lagi imej Melayu.com supaya menjadi satu portal yang lebih berilmu dan berprestij tinggi.

Saya amat mengalu-alukan cadangan dan pandangan daripada pihak2 lain untuk memperbaiki melayu.com yang sedia ada.

Sekian.

IP : 170.38.99.95

PnAnn

2 . Dihantar pada 02hb Jul 2004 5.33:40 ptg   [Edit]
Alpine2
Masa zaman Pojie, saya pernah cadangkan..Laman Artikel dan laman tersebut saya minta di Arkibkan..bukan sahaja info berkenaan sejarah tetapi informasi berkenaan budaya melayu secara amnya. Malang ~ tiada respon lanjut..

IP : 210.19.241.4

Alpine2

3 . Dihantar pada 03hb Jul 2004 4.06:47 ptg   [Edit]
Hopefully, kali ini akan ada tindakan, sebab ironinya di sini, jika sebuah laman yang menggunakan title [melayu] sendiri tidak memiliki ruang untuk memberikan fakta khas dan berbentul ilmiah tentang orang melayu dan sejarahnya, bermaksud "kualiti" laman www.melayu.com akan dipandang rendah oleh orang-orang melayu di tempat lain seperti indonesia, brunei, singapura, filipina, dan thailand. Malah, ramai lagi orang melayu di afrika, myanmar, kemboja dan juga vietnam. Jika benar itu berlaku, maka bolehlah disimpulkan, kewujudan www.melayu.com hanyalah sebagai tempat untuk berhibur sahaja. Oleh itu, pahala pun tak dapat malah lelah dan penat sahaja. (Paling kurang pun, dapat la duit sikit).

Tetapi, matlamat kita ialah untuk menaikkan imej laman ini di mata dunia. Sehinggakan bila sebut Melayu.COM saja, semua orang tahu, "Ah! Laman yang penuh informasi tentang sejarah kaum melayu, tentang perpaduan melayu, tentang agama mereka, tentang ekonomi mereka dan sebagainya." Maka, akan terbentuklah suatu model, dan dimana jika parti UMNO dan PAS melihatnya pun, akan berasa segan. Kerana, mereka sendiri pun tak mampu nak buat laman khas yang boleh mencari pemikir sebenar kepada fakta2 sejarah tersebut.

Kadang-kadang, saya cuba mencari laman web tersebut, tetapi tidak berjumpa. Saya khuatir, ramai lagi orang yang seperti saya di luar sana, sedang terkial2 mencari bahan ilmu dan kajian tentang sejarah kesultanan melayu melaka misalnya. Dan jika itu berlaku, maka tidak mustahil jika mereka mendapati, dan apabila mereka berjumpa laman web melayu ini, mereka mendapati, bahawa laman ini tidak memberikan apa-apa kelebihan, melainkan tempat berforum, dan menghantar karya.

Dan saya khuatir juga jika Perdana Menteri Malaysia sendiri, yang mungkin kalau2 dia nak cari sesuatu tentang "melayu" dan berjumpa dengan laman "melayu" dan didapati di dalamnya tiada langsung pengkajian yang detail tentang orang2 melayu dan sejarahnya sendiri.

Dan jika itu berlaku, mungkin juga boleh berlaku jika para pengkaji sejarah diluar sana mendapati laman ini tidak ada fakta berguna kepada orang 2 yang mahu mengkaji kaum melayu.

Tidak mengapa jika tidak mahu membuka laman tersebut, tetapi at least, permulaan ke arahnya hendaklah dilakukan. Buatlah perkara ini, for the sake of the malays, and for the sake of our future generation.

Terima kasey!!

IP : 170.38.99.95

gojira

4 . Dihantar pada 03hb Jul 2004 5.27:05 ptg   [Edit]
1. Tubuhkan jawatan kuasa online/maya
2. Senaraikan data, fakta dan perkara yang diperlukan.
3. Kemudian dikumpulkan, diproses, diolah, dikemaskini dan disadurkan ke bentuk lelaman.

Peh.. jadik.. AMACAM?

* Mesej ini telah diedit oleh gojira pada 03hb Jul 2004 5.27:56 ptg

IP : 161.142.38.251

betterman

5 . Dihantar pada 03hb Jul 2004 9.19:52 mlm   [Edit]
Setuju dgn alpine

IP : 199.41.197.24

jimi

6 . Dihantar pada 04hb Jul 2004 9.43:00 mlm   [Edit]
bai..
lu kije ker malam nih bai...
kawan lu hari nih cam ner??
ok tak?

IP : 219.95.198.184

PnAnn

7 . Dihantar pada 05hb Jul 2004 09.35:37 pagi   [Edit]
bett
jangan setuju ajeeee..ko pi laaa pukul palu kat KREW ..Pn Ann dah surrender..angkat tangan..itu sebab saya buat ikut channel lain..demi Melayu..

IP : 210.19.241.4

Alpine2

8 . Dihantar pada 05hb Jul 2004 1.37:41 tghari   [Edit]


Kemungkinan, kita perlu melakarkan beberapa pelan dan strategi, bagaimana kita mungkin boleh mewujudkan lelaman "sejarah" yang boleh dipanggil sebagai (Pusat Khazanah).

Pusat Khazanah bolehlah di pecahkan ke beberapa bahagian seperti "sejarah", "sosio-ekonomi/budaya", "lagenda/heroisme" dan "kepercayaan".

Sejarah:
"Di dalam bahagian ini, bolehlah diklasifikasikan sebagai sejarah melayu itu sendiri. Bolehlah diletakkan beberapa laman yang menceritakan sejarah dari mana datangnya orang-orang melayu. Mungkin banyak rasanya yang hendak ditulis atau diletakkan, namun bolehlah diringkaskan kepada:-"
1. Sejarah Kaum Melayu:- Origin, logistic, bagaimana mereka datang ke tanah melayu, siapakah mereka? dan sebagainya.
2. Sejarah pemerintahan orang melayu:- BOleh diambil contoh seperti kesultanan melayu melaka, majapahit, srivijaya, acheh, petani dan sebagainya.
3. Sejarah agama orang melayu:- boleh dimulakan dengan zaman batu di mana orang melayu percaya kepada mitos2 dan kemudian, masuk agama hindu, dan kemudian agama islam, kristian dan pelbagai agama yang mencampur adukkan kebudayaan bangsa melayu.
4. Sejarah budaya melayu:- boleh diklasifikasikan kepada beberapa negeri dan negara. Fokuskan kepada malaysia sahaja.
5. Sejarah penubuhan malaysia:- boleh diringkaskan sahaja kepada perjuangan kemerdekaan dan sebagainya.

Sosio Ekonomi:-
1. boleh di ceritakan fakta2 bernas mengenai orang melayu dan kejayaan mereka. Boleh diklasifikasikan kepada beberapa peringkat dan level. Mungkin, level pertama, kisah bagaimana orang melayu bercucuk tanam, level 2, bagaimana orang melayu berniaga dan sebagainya, hingga ke saat ini, dan cabaran mereka untuk menyaingi bangsa lain seantero dunia.
2. Sejarahnya, apabila dikaitkan dengan kejayaan kesultanan melayu melaka yang menjadikan melaka sebagai pusat dagangan dunia di asia tenggara. Apakah mungkin malaysia kini boleh dijadikan setaraf dengan kejayaan melaka di saat itu?

Kisah2 lagenda: (secara ringkas sahaja)
1. Hang Tuah
2. Puteri Gunung Ledang
3. Mahsuri
4. Tun Teja
5. Tok Janggut
6. Mat Kilau
dsbg.

kepercayaan, samada pelik dan karut, atau benar?
1. Bomoh (berikan juga hal-hal syirik yang diharamkan di dalam agama
2. Jin
3. Orang bunian
4. menyabung kaki etc.
dsb

Budaya
1. Seni mempertahankan diri:- Silat Gayung
2. Perkahwinan:- Adatnya dan bagaimana dilaksanakan mengikut negeri.
3. Tarian:- dsbg


Dan lagi idea2 lain diperlukan dari anda semua!! HIDUP Melayu.Com!!!!

IP : 170.38.99.95

gojira

9 . Dihantar pada 05hb Jul 2004 2.22:15 ptg   [Edit]
canteeekkkkkkk..........

IP : 202.185.221.50

fauzihusin

10 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 2.22:26 ptg   [Edit]
quote:
1. Tubuhkan jawatan kuasa online/maya
2. Senaraikan data, fakta dan perkara yang diperlukan.
3. Kemudian dikumpulkan, diproses, diolah, dikemaskini dan disadurkan ke bentuk lelaman.

Ini yang sepatutnya...
Siapa yang volunteer...

Tenaga diperlukan:
1. Pengumpul/penganalisa data.. (kat diskusi pun tengah best pasal topik ni)
2. Penyemak.. membuat tapisan terakhir
3. Perekabentuk. (designer - Compile dalam bentuk yang lebih menarik)
4. Dipaparkan (krew mdc)

dan kalau boleh...
lebih elok kalau ada penterjemah ke bahasa asing supaya Bangsa asing dapat maklumat tepat berkenaan melayu.

melayu.com adalah pilihan pertama untuk carian "melayu".

ada sukarelawan???

IP : 210.187.14.202

fauzihusin

11 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 2.23:43 ptg   [Edit]
Kalau ada bolehlahh kita dok semeja....

Saya boleh jadi projek manager... wakakakkakaka

IP : 210.187.14.202


UGLY


12 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 2.26:10 ptg   [Edit]
krew mintak artikel biasa yang bebas punya tajuk pun berapa kerat je yg respond.

IP : 218.111.27.204

fauzihusin

13 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 2.30:35 ptg   [Edit]
Ly..

Aku rasa kita kena kaji... sebab apa??
mdc kena hasilkan suatu yg baik.. tanpa henti.

IP : 210.187.14.202


UGLY


14 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 2.34:01 ptg   [Edit]
jwok:
aku no hal punya kalau nak kerja dengan orang mulut sama tangan sama jalan, but kerja sama org mulut je jalan tangan duk dalam poket.. hmmm boleh jalan ahaks!!

IP : 218.111.27.204

gojira

15 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 2.46:47 ptg   [Edit]
pojie - aku leh tolong menyemak sahaja..
tapi aku bukan jenis leh tau, adakah data itu benar atau palsu.. cam ne tu?

IP : 202.185.221.50

fauzihusin

16 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 2.49:42 ptg   [Edit]
Gojie..

Sebab tu kena ada pengumpul dan penganalisa..
Penganalisa.. kena laa buat analisis sikit.. mana datangnya sumber2 tu..

Mungkin boleh buat secara berperingkat....

Boleh lepak kat perpustakaan negara..

IP : 210.187.14.202

gojira

17 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 2.52:40 ptg   [Edit]
pojie.. aku rasa.. kalau benda ni dibuat dalam bentuk tesis
aku rasa.. bila selesai.. silap-silap orang tu boleh dapat
Master atau PHD aaa...

IP : 202.185.221.50

fauzihusin

18 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 2.56:01 ptg   [Edit]
Gojie...

Takde laa cam buat tesis...
Kita cuma mengumpul data.. dan persembahkan..
Cuma data tu biarlah dari sumber yang boleh dipercayai..

IP : 210.187.14.202

PnAnn

19 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 3.18:40 ptg   [Edit]

Pendapat saya tidak perlu semua itu..yang penting tajuk-tajuk berkenaan Melayu yang pernah didiskusi boleh dikumpulkan semula dan dijadikan Arkib.

Usop ada buat system dia sendiri...saya juga ada buat arkib beberapa topik yang saya anggap penting..dari situ, kita boleh kumpulkan semula..

IP : 210.19.241.4

aridzaj

20 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 4.27:05 ptg   [Edit]
Kalau ada ahli yg betol expert pasal sejarah cam Prof ker saya setuju..takut nanti sejarah jadik macam2 pulak....
Sejarah boleh dijadikan iktibar..tapi kalau asyik sangat kaji sejarah, future plak terabai.....so objection!!!

IP : 219.95.130.32

AlWali

21 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 4.31:17 ptg   [Edit]
Ly

Article bebas tu kureeeeeng la. Tapi kalau bab sejarah ni, orang suka semak dan baca. Lagi pulak pasal Iskandar Zulkarnain ngan Dajjal Al Masikh.

IP : 61.6.39.138

kams

22 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 4.55:08 ptg   [Edit]
bagus cadangan mue nih Alpine2...
harap2 cadangan nih diterima.......
sungguh terperinci maklumat yg diberi... ahaks.......

slmt berjaya.............


IP : 219.92.111.11

fauzihusin

23 . Dihantar pada 07hb Jul 2004 5.29:40 ptg   [Edit]
Aridzaj

quote:
Kalau ada ahli yg betol expert pasal sejarah cam Prof ker saya setuju..takut nanti sejarah jadik macam2 pulak....
Sejarah boleh dijadikan iktibar..tapi kalau asyik sangat kaji sejarah, future plak terabai.....so objection!!!


Kita bukan nak kaji sejarah... cuma nak kumpul artikel dan persembahkan kat laman mdc. Sebagai pengajaran anak bangsa.

* Mesej ini telah diedit oleh fauzihusin pada 07hb Jul 2004 5.30:16 ptg

IP : 210.187.14.202


UGLY


24 . Dihantar pada 08hb Jul 2004 12.27:28 tghari   [Edit]
Fauzi husin
aku bz skit lately ni, so aku harap ko dapat la ketengahkan idean Alpine ini, make ur team n insyallah arkid tersebut akan terlaksana sekiranya team bekerja sama.

ok gerak sekarang!!

IP : 218.111.107.165

aridzaj

25 . Dihantar pada 08hb Jul 2004 1.09:05 tghari   [Edit]
yeah..but still the credibility of the article need to be endorsed by an expert....Giving facts only...how do u ensure that each article is genuine and credible for public viewing......

IP : 219.94.60.20

Alpine2

26 . Dihantar pada 08hb Jul 2004 9.57:47 mlm   [Edit]
SEMUA!

Kepada yang sudi respon, terima kasih. Kepada UGLY dan beberapa pengendali, terima kasih kerana sudi memberikan harapan baru. Saya sanggup datang ke mana-mana meeting untuk menghasilkan sebuah laman khas samada dalam bahasa melayu ataupun inggeris bagi memuatkan fakta-fakta sejarah yang tepat, padat dan mampan.

Tujuan utama adalah kerana nama yang dimiliki oleh laman ini ialah Melayu.COM dan sepatutnya memiliki hak yang tersendiri terhadap memartabatkan kualiti laman ini ke peringkat yang lebih boleh dihormati oleh komuniti melayu yang lain di Asia. Malah, tidak keterlaluan jika saya juga mahu mencadangkan agar laman khas di dalam bahasa inggeris ditubuhkan dan dikawal selia oleh pengendali yang pakar di dalam bahasa tersebut, supaya non-malays ataupun foreigner akan boleh mengenali bangsa melayu dan negara malaysia ini dengan lebih dekat. Malah, tidak keterlaluan juga jika saya membayangkan kalau-kalau ada yang mahu mengenali melayu kerana mahu mengenali agama Islam itu sendiri. Siapa tahu, nanti ada di antara kita yang mendapat pahala kerana perjuangan ini?

Saya sanggup menjadi penganalisa khas bagi laman khas sejarah ataupun boleh menjadi pengendali laman itu dengan syarat tidak melakukannya sepenuh masa. Maklumlah, ada kerja juga di sini (Intl. Mktg.) dan selalu kena travel sana sinun. So, bukannya boleh bagi komitmen. Namun, bahan tu saya memang ada banyak. Malah, kita boleh mendapatkannya dengan pembacaan dan kajian di perpustakaan. Kalau ada sesiapa yang mengenali profesor di fakulti sejarah dan sastera pun bagus juga. Minta sahaja mereka menjadi pakar yang akan memberikan isi dan nas-nas yang sesuai bagi menjadikannya sebuah laman sejarah yang paling tepat dan berinformasi dari kalangan laman2 lain.

Kemudian, jika berjaya, teruskan dengan meminta universiti di indonesia, brunei dan thailand untuk memberikan lagi fakta yang sesuai mengenai melayu. Maka, laman ini bukan sahaja menjadi laman komuniti, malah akan terkenal menjadi portal komuniti yang berinformasi tinggi. Barulah terkenal. Kalau tak, bila tanya orang (even masih ramai kawan2 saya yang tak tahu) "Tahu tak MELAYU.COM?"... "entah?" jawab mereka. Tetapi, kalau ada banyak informasi, entah2 dalam laman web lain seperti laman web Universiti Hawaii dan Australia yang membuat kajian tentang Asia Tenggara akan melinkkan laman Melayu.Com kerana mereka boleh membaca bahasa melayu.

At least, takde la nampak macam keterbelakang sangat laman ni nanti. Sudah hampir 7 tahun saya bersama Melayu.com namun aplikasinya masih tidak banyak berubah.

Jika ianya menjadi berjaya, siapa tahu, akan ada artikel khas dari Prof. Khoo Khay Kim, Prof. Diraja Ungku Aziz, Presiden NGO, dan ramai lagi. Kita kena proaktif dan kalau boleh, jadikan seperti laman Malaysiakini tu. Baru terkenal. (At least dalam Malaysia) sebab Malaysiakini tu dalam bahasa inggeris. Ini entah2 tiada seorang pun tokoh yang mahu masuk ke dalam laman ini, sebab tak tahu.

Tapi tak pe, sikit2 lama2 nanti jadilah yang terbaik. Teruskan usaha kita berdiskusi, hinggalah berjaya untuk menjadi yang terbaik.

Sekian.

IP : 170.38.99.96


UGLY


27 . Dihantar pada 12hb Jul 2004 11.10:37 mlm   [Edit]
Alpine
terimakasih atas usaha ko tu yerk, kalau nak kirakan ko lagi lama jadi ahli melayu.com dari aku, masa aku mula join melayu.com ko dah jadi pengendali kat sini dulu, tahun 99. apapun selepas aku tak bz nanti, insyallah kita bole jumpa n sitdown untuk bincang benda ni kay. amcam?? err asi no tepon ko..
012-3311951 ugly

fauzi:
oit!! mana pigi senyap je?? respond la tugasan aku kasi tu.. amacam bole tak?

IP : 219.95.36.207

OrangMinyak

28 . Dihantar pada 13hb Jul 2004 11.36:01 pagi   [Edit]
mot
i kurang kemampuan la hehehhe

IP : 218.111.107.165

fauzihusin

29 . Dihantar pada 13hb Jul 2004 11.47:42 pagi   [Edit]
Hohh ada tugasann... hehehhe sori tak terperasan...

Okeh.. mula2 aku nak diskas ngan Bro Alpine dulu..

my mobile: 012-6963005

IP : 210.187.14.202

OrangMinyak

30 . Dihantar pada 13hb Jul 2004 11.49:50 pagi   [Edit]
jwok:
wokeh cun, kalau dapat kita sitdown ber3 ke.. tak pun ko diskus dulu sama pine then ada masa kalu kita jumpa plak lepas tu.. amacam?

IP : 218.111.107.165

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "