Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Diskusi >> Kemusykilan : Blacklist By Bank Negara???
(Pengendali : abe )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Kemusykilan : Blacklist By Bank Negara???
sunsnake2nd

1 . Dihantar pada 22hb Nov 2004 2.49:01 ptg   [Edit]
Assalammualaikum,
Nak minta tolong kengkawan sikit laaa..
camana nak check sama ada nama kita dah kena
blacklist by bank negara or another bank??

example..aku kantoi kad kredit..bank call aku suruh bayar dan ugut nama aku dah blacklist.
camana aku sahkan kata-kata bank tuh??

please assist..

TQ

IP : 210.186.191.1

eyzlyn

2 . Dihantar pada 22hb Nov 2004 2.55:41 ptg   [Edit]
bayorler kad kredit ko tu..

IP : 216.148.246.89

edinamaya

3 . Dihantar pada 22hb Nov 2004 3.23:08 ptg   [Edit]
Laaaaaaaaaaaa kalau x bayo camne bank x call...berani berhutang beranilah tgg risiko..

IP : 161.139.100.22

dPJ

4 . Dihantar pada 22hb Nov 2004 3.39:19 ptg   [Edit]
dia kelentong ko je.
Bukan blacklist lagi TAPI nama ko akan tersenarai dlm Biro Kredit di Bank Negara yg menggunapakai CCRIS.



quote:
Semakan Kredit CCRIS di Biro Kredit
Sumber : Bank Negara Malaysia


Untuk pengetahuan semua, apabila anda memohon pinjaman dari sesebuah institusi kewangan terutamanya bank dan
syarikat finance, mereka akan melaksanakan proses penilaian kredit ke atas anda. Ianya adalah satu
penyemakan latar belakang mengenai sejarah kredit terhadap bakal peminjam sebelum keputusan pemberian
pinjaman dibuat.

Semakan dibuat melalui Biro Kredit di Bank Negara Malaysia menggunakan sistem yang dipanggil CCRIS.
Antara maklumat yang dikumpulkan adalah butir maklumat peribadi anda spt nama, nombor i/c dan alamat, serta
butir terperinci akaun kredit anda, seperti jenis kemudahan kredit/pinjaman yang anda ada, had kredit,
baki belum jelas, pengendalian akaun dan status undang2 jika ada.

Sebagai contoh:
Jika anda mempunyai baki tertunggak pinjaman kereta 3 bulan. Ini akan memberi kesan kpd semakan kredit CCRIS
anda, dimana jumlah bayaran tertunggak ini akan 'timbul' sebagai satu rekod pembayaran yang tidak elok.

Walaupun anda selesaikan bayaran 3 bulan yang tertunggak itu sekaligus, rekod pengendalian akaun
anda akan tetap menunjukkan anda pernah tidak bayar pinjaman kereta untuk 3 bulan.

Dalam erti kata lain, semua maklumat ini ada direkodkan dan semuanya diberi kepada institusi
kewangan berkenaan untuk membantu mereka membuat keputusan samada untuk meluluskan pinjaman atau tidak.

Sistem CCRIS atau Biro Kredit tidak memberi pendapat terhadap semakan kredit seseorang. Sebaliknya hanya
memberi maklumat kredit sebagai rujukan bank berkenaan. Semua keputusan samada untuk meluluskan
pinjaman, bergantung kepada polisi dan budi bicara bank tersebut.

Jadi, jagalah rekod pembayaran pinjaman anda dengan baik supaya ia memudahkan pengurusan kewangan anda di
kemudian hari.

Diharap maklumat ini dapat membantu anda memahami mengapa pihak bank agak strict sejak akhir-akhir ini
dalam meluluskan apa jua permohonan pinjaman.

Maklumat lanjut berkenaan biro kredit boleh didapati di
http://creditbureau.bnm.gov.my/



IP : 219.94.53.236

sunsnake2nd

5 . Dihantar pada 22hb Nov 2004 6.24:11 ptg   [Edit]
waaaa..berapa punya detail penjelasan daripada
sahabat DPJ nih!!
Terima Kasih banyak juga buat semua..

nasihat aku..sesape yang tengah guna kad ceti tuh..bebawak la buang..
kepada yang belum apply...jangan apply!!
jangan tergoda dengan pujuk rayu salesgirl bank2 tu!!!!

OK? Wassalam

IP : 210.186.191.2

dizzy

6 . Dihantar pada 22hb Nov 2004 8.40:02 mlm   [Edit]
Bole tolong settle hutangni.....
but pls jgn ada court order.
Kalau ada, payah aku nak tolong ni.



IP : 218.208.198.115

izahaz

7 . Dihantar pada 23hb Nov 2004 08.46:12 pagi   [Edit]
kena blacken?
tukar jer nama..

IP : 202.185.98.122

muhibbah

8 . Dihantar pada 23hb Nov 2004 08.50:45 pagi   [Edit]
kalau guna kad kredit untuk berbelanja umpama berbelanja menggunakan tunai - belanja ikut kemampuan, aku rasa takde masalah. Bayar bila guna, Insya-Allah selamat. Tapi kalau rasa tak leh kawal diri, baik toksah ada, lagi selamat

IP : 203.82.65.66

LoneStarLady

9 . Dihantar pada 23hb Nov 2004 2.24:43 ptg   [Edit]
Barulah aku fahama apa dia CCRIS.
Selama hari ni, cuma dengar saja.

IP : 218.208.111.10

asmaan

10 . Dihantar pada 23hb Nov 2004 8.26:42 mlm   [Edit]
sun

kalau ko nak check = ada ko dah bankcrupt or not ko boleh g kat pejabat Insolvensi Malaysia then bayo RM10 untuk buat searchnye.

org yg bancrupt nie hanya akan di isytiharkan oleh mahkamah sahaja bukan pihak bank.

IP : 219.95.9.85

SITI7677

11 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 00.16:04   [Edit]


asmaan..

pejabat Insolvensi Malaysia tu kat maner yer..

IP : 210.186.62.254

dadikool

12 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 11.29:08 pagi   [Edit]
Isk kita pun hadapi masalah seperti awak jugak..yg berbeza masalah tsbt berpunca dari saya.Minta kawanČ dpt memberi pandangan dan nasihat.Selepas settle problem nih tobat saya tamau buat dah! (wawawaaa)

Saya mempunyai tunggakan dgn bank sebanyak $2000.00++. Bulan September yg lalu saya telah menerima surat peringatan dari pihak bank yg meminta saya membayar wang tersebut.Oleh yg demikian saya membayar pendahuluan sebanyak $1000.00 sahaja.Tetiba bebaru nih saya mendapat surat tersebut lagi dgn menyatakan akan diambil tindakan mahkamah.Terkejuz juga saya sbb baru jea baru $1000.00.

Hajat dihati balance dari hutang tersebut ,saya ingin membayar secara bulanan iaitu sebanyak $150 (sbb nak pakai duit sesangat) SO, adakah perlu saya membuat surat rayuan kepada bank atau apakah langkah lain yg perlu saya ambil.Dalam pada masa yg sama juga saya perlu membayar monthly loan perumahan sebanyak $566 (jika dicampur dgn duit tersebut bermakna sebulan saya perlu mebayar $666.00)

Saya benarČ memerlukan pertolongan!!!!

IP : 210.187.49.125

muhibbah

13 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 12.04:49 tghari   [Edit]
maaflah, aku kurang arif sbb bukan keje dgn bank tapi seingat aku, pengalaman kawan aku yang dah sampai ke tahap masuk court, kes kau ni tak kritikal pun lagi. Boleh bawak runding dgn bank. Kalau dgn citibank, dia ada skim baru utk lupus hutang (kalau CC lah) tapi lepas tu tak boleh apply card dgn dia dah (kira mcm blacklist lah)

IP : 203.82.65.66

kadir

14 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 12.22:34 tghari   [Edit]
dadikool,
Pls negotiate dgn bank , memang boleh punye, saya pernah tolong member pasai perkara ini, member saya lagi kes berat, hutang hanya RM 3000 pada tahun 1993, so pada tahun 2000 dapat pergi kursus selama 2 tahun kat Australia, so kalau tak settle, passport kena tahan, kena declare bankrup ke..hutang dari rm 3000 bank jadi RM 16000, saya beritahu member tu suruh negotiate direct dengan Pengurus Bank tersebut not dengan officer. Last-last negotiate, member saya kena hanya RM 8000. So buat cara ni.
Kalau nak save interest buatla balance transfer di Standard Chartered hanya 4.99 sehingga 36 bulan. I ada kawan di sana nama AZIZZUDEAN HASSAN 012-6561487

jUST TO HELP PEOPLE.

IP : 61.6.163.24

dadikool

15 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 2.18:34 ptg   [Edit]
Err..loan yg saya maksud tu loan rumah bukan kad kredit.So adakah kita boleh buat penjadualan bayaran sperti bulan december 2004 bayar $150, kemudian januari 2005 $150 and so on lah kiranya sampai habis utang tu lah.

Saya buat loan rumah tu dengan mayban finance berhad.Adakah perlu saya bercakap dgn boz dia ataupun officer saja.PErnah call bank tapi dia org suruh direct ke Alor Setar.But the officer suruh saya bayaq ASAP.Takleh deal bayar bulanan eventhough saya dah bayar separuh!

IP : 210.187.49.125

asmaan

16 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 7.19:24 ptg   [Edit]
siti

Jabatan Insolvensi Malaysia @
Jabatan Pemegang Harta Malaysia
Aras 3&4, Blok 7,
Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60210 Putrajaya,
tel no. 03-88881957
fax no. 03-88883717

kalau sesape nak check sama ade dia bankcrupt ke tak g la buat search kat sana dengan RM10-00 sahaja.


untuk pengetahuan semua

1. APA ITU KEBANKRAPAN?

Kebankrapan adalah suatu prosiding Mahkamah di mana harta dan tanggungan siberhutang adalah terletak hak kepada Pegawai Pemegang Harta dan harta tersebut akan dihasilkan dan dibahagikan kepada pemiutang-pemiutang.
atas

2. SIAPA BOLEH DIISTIHAR BANKRAP?

Seorang siberhutang penghakiman yang memenuhi syarat-syarat berikut:-

jumlah hutang sekurang-kurangnya RM 10,000 yang tidak mampu dibayar hutang adalah untuk satu jumlah yang boleh itentukan dan perlu dibayar serta-merta atau di suatu waktu yang akan datang perbuatan kebankrapan telah berlaku dalam tempoh 6 bulan sebelum petisyen difailkan bermastautin di Malaysia atau mempunyai tempat tinggal atau menjalankan periagaan dalam tempoh satu tahun sebelum petisyen difailkan

IP : 219.95.26.107

SITI7677

17 . Dihantar pada 24hb Nov 2004 7.27:30 ptg   [Edit]


tima kasih asmaan...nah

IP : 210.186.62.143

dadikool

18 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 10.05:37 pagi   [Edit]
takde org kerr boleh tolong saya nih.....

IP : 210.187.49.125

hokage_sama

19 . Dihantar pada 25hb Nov 2004 3.02:44 ptg   [Edit]
kalo kene blacklist kat MDC nie cemane lak ek?

IP : 203.106.133.248

balun

20 . Dihantar pada 14hb Okt 2005 03.23:21 pagi   [Edit]
tolong!!

IP : 219.95.104.118

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "