Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Diskusi >> nak tanya : nama blacklist boleh beli rumah tak?
(Pengendali : abe )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : nak tanya : nama blacklist boleh beli rumah tak?
aneesa

1 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 09.27:05 pagi   [Edit]

hai sumer selamat pagi..
buat yg keje tu,bestlah ari ni half-day kan?..buat yang tak keje lagi ler bestboleh ngular kat rumah

Ok nak tanya korang ni,kalau kita nak beli rumah,tapi nama my asben blacklist disebabkan angkara kawannya yang tak bayar hutang bank sebab dia ni jadi penjamin...terpaksalah tanggung risiko tu

Kalau nak buat loan rumah,agak2 mana yg senang dan prosesnya mudah dan cepat..
Lagi satu selalunya kalau nak buat pengeluaran KWSP..baper lama tempohnya....

p/s:paling penting ,boleh ker nak beli rumah tapi nama blacklist?

tolong ekk...mekasihh

IP : 210.186.16.35

Wali9

2 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 11.20:43 pagi   [Edit]
kalu nama blacklisted by banks..pasti susah nak apply. Jadi anak gomen pasti dtanggung beres....KWSP makan masa 2 minggu tak pun 1 bulan....1 tanda tangan ambil 4 arie...biasalahh anak2 gomen nie keje selembut sutera kelantan....

kalu go under the table pasti easy access.....within 24 hrs

* Mesej ini telah diedit oleh Wali9 pada 25hb Sep 2004 11.23:32 pagi

IP : 202.156.2.202

aneesa

3 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 11.31:00 pagi   [Edit]
wali9..
maksudnya memang tak boleh beli rumahlah...?

IP : 210.186.16.49

harsha

4 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 11.34:17 pagi   [Edit]
tak bolehlah rasanya aneesa.. pasal ada kawan tu, namanya blacklist. nak beli kereta/rumah.. semuanya masalah.. even nak beli kereta guna nama company di mana dia ni jadik directornya pun tak boleh.. tapi ni dalam 5-6 tahun lepas, laa ni tak pasti..

IP : 202.156.2.202

aneesa

5 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 11.41:28 pagi   [Edit]
sha...
alahai..kalau camtu susahlah ekk
Tapi kalau nak guna nama saya lak camner ekk?
Maklumlah kita ni maner ler ada payslip...tak keje katakan...
Kalau orang yang tak keje makan gaji ni,rasanya mesti dia nak tengok buku akaun kan?..betul tak?

IP : 210.186.16.49

harsha

6 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 11.45:05 pagi   [Edit]
ntah nyerr.. rumah ni mahal belaka. masa aku beli keter dulu, depa takde pulak mintak tgk buku akaun.. maybe coz keter tak semahal rumah. explain kat depa, aku tak makan gaji and hubby sporean.. so depa mintak mak jadik penjamin.. dua hari loan dah approve. depa cuma tgk slip gaji mak aku jer..

IP : 202.156.2.202

aneesa

7 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 12.14:13 tghari   [Edit]
sha..
memang ler...tapi tulah,masalah tul kan kalau nama kena blacklist...kalau kutahu gini jadinya...time keje dulu lagi aku beli rumah
nyesal gak ni...

Wahh ko punya loan,cepat tul lulus ekk

IP : 210.186.16.49

harsha

8 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 12.25:11 tghari   [Edit]
heheh.. cepat ek?? mamat bank yg handle loan tu berkenan kat adik aku kot?? tak abis abis jeling adik aku.. cakap ngan aku, mata tgk adik aku!

IP : 202.156.2.202

tirmidzi

9 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 1.49:42 tghari   [Edit]


keciann dah keene...black list...

IP : 210.187.87.162

azlalchedin

10 . Dihantar pada 25hb Sep 2004 2.45:02 ptg   [Edit]
aneesa

quote:
boleh ker nak beli rumah tapi nama blacklist?

boleh....

quote:
Maklumlah kita ni maner ler ada payslip...tak keje katakan...
Kalau orang yang tak keje makan gaji ni,rasanya mesti dia nak tengok buku akaun kan?..betul tak?

tak kerja pun boleh...meh sini aku ajar...tapi tak boleh citer open kat sini.... emel aku ... azlalchedin@yahoo.com

IP : 210.187.156.132

aneesa

11 . Dihantar pada 01hb Okt 2004 11.37:15 pagi   [Edit]
sha..
ooo patutler...

tirmidzi..
heheheh..tulah susah jadi penjamin...kaibatnya terpaksa tanggung risiko tu bila kawan buat cenggitu
p/s:ko mana pegi,lama tak nampak

azlal...
ok dah mail..ko gi check ekk..mekasihh

IP : 210.186.16.138

SITI7677

12 . Dihantar pada 01hb Okt 2004 12.47:14 tghari   [Edit]


azlalchedin

aku pun nak tahu gaks..email kat aku ok..thanks..nah..

siti7677@hotmail.com

* Mesej ini telah diedit oleh SITI7677 pada 01hb Okt 2004 12.48:28 tghari

IP : 210.195.24.12

aneesa

13 . Dihantar pada 01hb Okt 2004 12.54:36 tghari   [Edit]
siti..
ko tak keje gak ker..heheheh

IP : 210.186.16.138

kudean

14 . Dihantar pada 02hb Okt 2004 08.44:26 pagi   [Edit]


apa hal plak klu black list tak boleh beli umah ... boleh ape ...yang tak boleh nyer nak buat pinjaman ...

dah blacklist tuh, beli cash ler ...

IP : 219.93.6.131

aneesa

15 . Dihantar pada 02hb Okt 2004 12.10:07 tghari   [Edit]
kudean
quote:
dah blacklist tuh, beli cash ler

heheheh
masalahnya sebab takde duit cash seketul cam bukit tu lah...nak kena buat loan
kalu ader takdelah sesibuk nak risau pasal nama kena blakclist ke apa ker

p/s:alangkah bestnya kalau jd.orang kaya..tak yah pk apa2 kalau nak beli itu ini...terus beli jer

IP : 210.186.16.102

BoyLoCo

16 . Dihantar pada 02hb Okt 2004 12.14:33 tghari   [Edit]
angkat sumpah tukar nama lah..

IP : 210.187.12.50

azlalchedin

17 . Dihantar pada 02hb Okt 2004 11.21:25 mlm   [Edit]


maaf la kat teman ni....tak sempat nak balas emel ko'rang yekkk.....

aneesa dan member mdc .... fly juger...

quote:
boleh ker nak beli rumah tapi nama blacklist?

boleh,
bagaimana......?
quote:
dah blacklist tuh, beli cash ler ...
tapi kalau tak'de duit cemana pula....
hmmm...gini...kalau tak'de duit, tentunya kena buat loan ngan bank....tapi nama dah blacklist....

jadi, guna jer nama mak atau ayah, isteri atau suami, anak-anak.....cara gini di gunakan oleh XXXX untuk membeli rumah murah 5-10 biji .... sedangkan mereka cuma goreng mee jer.....

dan bank pula tentu nak 'pay slip'....
hmmm....yg ni boleh di buat sendiri....

untuk nak bagi orang pinjam....kita tentu nak tengok income dia.....boleh ker dia bayar hutang tu nanti....
so, cenggitu juga dengan pihak bank....
untuk yg ini.....buka satu akaun di bank....sebaiknya akaun semasa, pastu masukkan duit.....keluarkan duit , masukkan duit......cth. cenggini...

tarikh------------------masuk------------------keluar
1/10/04------------------500.00
2/10/04------------------50.00------------------400.00
3/10/04------------------300.00
4/10/04------------------50.00
5/10/04------------------100.00
6/10/04------------------100.00------------------100.00
7/10/04------------------60.00
8/10/04------------------100.00
9/10/04------------------400.00------------------800.00
10/10/04------------------600.00
11/10/04------------------1000.00
12/10/04------------------500.00
13/10/04------------------500.00------------------800.00
14/10/04------------------500.00
15/10/04------------------500.00
16/10/04------------------500.00------------------800.00

dan seterusnya selama 3 - 4 bulan ......

selepas bulan ke 4, dapatkan 4 bulan punya penyata dan tunjukkan kepada bank....inilah pendapatan harian saya....encik
ala encik....meniaga kecik-kecik jer....untung ciput.....

ok.....semoga berjaya....
kalau tak berjaya ...gi mandi bunga...
dan yg ptg sekali kena ada 5% atau 10% duit muka + duit loyar....

p/s: sebenarnya teman malas nak citer kat sini...sebab ada unsur-2 penipuan skit....tapi nak buat cemana .....kan...
dah gitu yg mereka dan keluarga mereka mau'kan....buat jer la....

cara macam ni la juga yg teman guna untuk beli kereta , buat loan skim mikro kredit dsb....
pastu nak bayar bulan-bulan .... pepandai la.....nak hidup beb....
jangan la dihabiskan duit tu....cari la biz apa yg patut.....

* Mesej ini telah diedit oleh azlalchedin pada 02hb Okt 2004 11.34:24 mlm

IP : 210.187.156.254

kudean

18 . Dihantar pada 04hb Okt 2004 9.55:23 mlm   [Edit]


boy >> klu tuikar nama .. no ic pun tukar jugak tak ?!!! sepanjang hayat kat m'sia nie berapa kali boleh tukar nama hah ? ... hebat jugak idea ko nie ...

azlal >> bravo .. bravo ... bravo inspector sahab ... mmg kelllllass idea tuh ... akan dipraktikkan ... ada jln belakang lain lagi dak ?!! nak menuntut jadi anak murid ....

wassalam

IP : 219.93.6.131

harsha

19 . Dihantar pada 04hb Okt 2004 11.07:33 mlm   [Edit]
quote:
sepanjang hayat kat m'sia nie berapa kali boleh tukar nama hah ?

hehehe.. nak tuko tetiap hari pun no hal...

IP : 202.156.2.202

azlalchedin

20 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 00.08:47   [Edit]
kudean
quote:
ada jln belakang lain lagi dak ?!!

ada.....jom kita pakat pi rompak bank....

hmmm...gurau jer....ko buat jer macam aku ajor tu...sure dapat....tapi pastikan .... kalau ko nak loan rumah rm35k., bulan-bulan ko kena bayar maybe dalam rm300.00 ++++ , jadi pastikan baki akhir bulan penyata ko tu sekurang-kurangnya rm2500.00 +++ sebab nanti, pihak bank akan kira balik...cth:

belanja rumah = rm1000.00 ++
kereta = rm400.00 ++
lain-lain = rm300.00 ++
----------------------------
jumlah = rm1700.00 ++
so, ada baki lagi rm 800.00
bulanan rumah baru rm 300.00....isk ...boleh la sangat...

jadi kalau ko duduk tempat pegawai bahagian loan tu....mesti ko pun akan luluskan loan tu....yer tak.....

oh ya....kalau nama b'lisk ... buka akaun tu atas nama orang lain...tak'kan tak'der sorang pun yg ko percaya.....

IP : 210.187.156.177

dizzy

21 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 1.17:37 tghari   [Edit]
black list...emmmm....nak tau which bank.
Ada certain bank, walaupun di black list,
still bole apply loan lagi kat tempat lain.

I have helped several people yg dah di black list
utk dptkan loan. tapi, nak tau which bank and brapa amount
yg masih tak berbayar.

IP : 219.94.82.157

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "