Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Diskusi >> Peragut : Miliki Mercedes & Perdana V6
(Pengendali : abe )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Peragut : Miliki Mercedes & Perdana V6
eynda

1 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 11.37:08 pagi   [Edit]
Petikan akhbar...

quote:
SHAH ALAM: Peragut ‘profesional’ yang ditahan Rabu lalu, menyimpan semua dokumen pengenalan mangsanya serta barang tidak boleh dijual di rumahnya bagi mengelak polis mengesannya berdasarkan kesan cari.

Serbuan polis ke rumah lelaki berusia 45 tahun itu di Bukit Rimau dekat sini, menemui pelbagai barang mangsa bernilai kira-kira RM300,000, termasuk pas kerja dan perakam kaset, dipercayai dimiliki seorang wartawan sebuah majalah berbahasa Cina.

Selain itu, polis merampas 92 kad pengenalan, 96 kad ATM, 106 buku akaun pelbagai bank, lima buku cek, satu pasport China, 10 slip bank, 101 beg tangan, 88 dompet, lima beg sandang, 161 kad nama, empat kamera, 10 cermin mata, 24 telefon bimbit, 11 jam tangan, 141 kad SIM telefon bimbit dan 41 barang kemas.

Turut ditemui tiga sijil, 89 anak kunci, tujuh buku catatan dan diari, 16 kad bonus, sembilan kad Touch ‘n Go dan Smart Tag, empat salinan fotostat kad pengenalan, 12 surat pajak gadai, sekeping cukai jalan, satu saman polis, sembilan mesin kira dan satu ‘walkman’ serta wang tunai RM1,190.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fauzi Shaari memberitahu sidang akhbar di sini semalam, lelaki licik itu dipercayai memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan berdasarkan kekerapan aktivitinya, terutama selepas berhenti kerja dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan sejak dua tahun lalu.

Lelaki yang tinggal di sebuah rumah teres di kawasan perumahan Bukit Rimau serta memiliki sebuah kereta Mercedes E Class dan Proton Perdana V6 itu, sering berpakaian kemas seperti seorang eksekutif ketika menjalankan aktivitinya di sekitar USJ, Subang jaya, Damansara dan Kelana Jaya.

“Ada kalanya dia mengutip RM1,000 sehari dan menjalankan kegiatan ragut kira-kira empat atau lima kali sehari. Bagaimanapun dia tidak meragut setiap hari,” katanya sambil menambah, lelaki itu direman sejak Rabu lalu.

Akhbar ini Ahad lalu melaporkan lelaki berkenaan, yang isterinya tidak bekerja dan mempunyai dua anak, ditahan Rabu lalu apabila gagal melarikan diri selepas meragut seorang mangsa.

Siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan meragut lebih 150 kali di kawasan ter*sensored*t menggunakan sebuah motosikal Honda EX5, dipercayai dicuri.

Mohd Shaari berkata, setakat semalam, tiga lelaki sudah ditahan untuk membantu siasatan terhadap peragut itu. Lelaki berumur antara 29 hingga 31 tahun dipercayai membeli barang kemas dan telefon bimbit daripada peragut berkenaan.

Beliau meminta mangsa ragut di sekitar Damansara, Subang Jaya, USJ dan Kelana Jaya menghubungi Inspektor Kamal Hashim Shamsuddin di talian 03-5510 2222 bagi membantu siasatan.




Siapa sangka????




IP : 219.95.17.204

aneesa

2 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 11.43:46 pagi   [Edit]
eynda...

heheheh..baru jer lepas baca tadi...
Tapi itulah...peragut tu memang terror abis dan idup pun dah macam orang kayoo lagi

Nasib baik ler dapat tangkap,kalau idak mau ditambahnya koleksi keta BMW pulak nanti

Itulah,kalau idup tak pikir nak mati dan hari pembalasan nanti....asyik nak nyusahkan orang jer kat dunia ni....

p/s:dia tu islam ker apa?..maksudnya kaum apa?

IP : 210.186.16.58

Mann70

3 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 11.48:48 pagi   [Edit]
tu peragut dan perompak yg tak bertauliah...bagaimana dgn peragut yg bertauliah...

IP : 61.6.157.111

eynda

4 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 11.55:11 pagi   [Edit]
aneesa,

Eynda pun terkejut gak dengar berita tu. Senangnya dia nak hidup kat dunia ni. Curi hakmilik orang, lepas tu hidup mewah!!


Kereta yg dimiliki peragut


Pendapatan dia pun mengalahkan org lain yg penat dok perah otak nak cari duit.

* Mesej ini telah diedit oleh eynda pada 10hb Ogo 2004 11.55:38 pagi

IP : 219.95.17.204

maya_lara

5 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 12.08:41 tghari   [Edit]
10,000 ribu sebulan.... mau tak kaya...
senang nye hidup kan...

tapi sepandai-pandai tupai melompat...
akhirnya jatuh ke tanah juga...

Bangkai gajah mana boleh ditutup ngan daun pisang....

IP : 202.129.165.202

aneesa

6 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 12.17:18 tghari   [Edit]
eynda...maya...

itulah...dah namanya rezeki tak berkat...idup mewah camner pun akan terima gak balasannya...sekarang baru di dunia...kat sana nanti ,lagilah...

p/s:minta simpang anak2 dan sanak-saudara jauh dan dekat buat keja cenggini....tak berkat dunia akhirat

IP : 210.186.16.128

laylyza

7 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 12.36:48 tghari   [Edit]

m"embina istana di atas lelehan air mata org lain".

apakah hukum yg paling best utk dia didunia ini?.

IP : 210.187.119.26

semutmerah

8 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 12.51:05 tghari   [Edit]
Kesian anak-anak dia (2 orang, kan?)
hidup dengan rezeki yang tak halal...

IP : 203.115.226.151

ferio

9 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 12.53:58 tghari   [Edit]
dia dah kawin ker..?

IP : 219.94.117.22

semutmerah

10 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 1.08:04 tghari   [Edit]
quote:
Akhbar ini Ahad lalu melaporkan lelaki berkenaan, yang isterinya tidak bekerja dan mempunyai dua anak, ditahan Rabu lalu apabila gagal melarikan diri selepas meragut seorang mangsa.

dah kawen... dah ada 2 anak...
dulu keje sebagai pengawal keselamatan...

IP : 203.115.226.151

danialhafis

11 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 1.19:18 tghari   [Edit]
kalau nak katakan terdesak..,dah lama sangat dia buat kerja ini.,ataupun mungkin pada mulanya dia dah tak de pilihan lain.,sekali buat terlepas..dah jadi ketagih..tapi kesimpulannya kalau buat perkara yang salah ni..terbongkar juga akhirnya.,Siapa yang malu/siapa yang susah sekarang ni.,anak2 dan keluarga jua laa akhirnya


IP : 219.95.62.238

katakhuduh

12 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 5.14:06 ptg   [Edit]
hukumannya? kerja tapi potong gaji bayar balik kat mangsa-2 dia. macam mana? ngeri tak?

IP : 210.187.105.137

azlalchedin

13 . Dihantar pada 10hb Ogo 2004 11.13:07 mlm   [Edit]
quote:
hukumannya? kerja tapi potong gaji bayar balik kat mangsa-2 dia. macam mana? ngeri tak?

mana sumber hukum ko pakai ni beb.....
jangan main hentam saja....
Me'sia negara Islam.....ikut jer cara Islam....

Siapa kah kita .....pepandai lak nak ubah hukum!!!

IP : 210.187.156.30

eynda

14 . Dihantar pada 11hb Ogo 2004 08.48:43 pagi   [Edit]
Kalau nak ikut hukum hudud, kena potong tangan??!!.

IP : 219.95.19.222

kitty_chan

15 . Dihantar pada 11hb Ogo 2004 09.11:40 pagi   [Edit]

setakat potong tangan tu mmg setimpal le ngan
ape yg dia dah buat
bayangkan berapa ribu org sebab apa yg dia
dah buat.. mane tau ade yg cedera, patah kaki tangan
time dia meragut tuu????
mmmmm.. padan le ngan muka. kalo tak insaf lagi
tak tau la.

sorry yek. kongsi infro pasal hudud.
ustaz kata hukum hudud tu sebenarnya bknnya kejam,
nampak berat sebab nak menakutkan org yg membuat.
tapi sebenarnya lebih byk utk melepaskan dr
menghukum. sebab bukan senang2 hukumun nak dijalankan
tanpa saksi yg sah.

IP : 202.75.191.18

katakhuduh

16 . Dihantar pada 11hb Ogo 2004 10.24:20 pagi   [Edit]
sumber? mana ada sumber? sendiri bikin la. abis tu? nak potong tangan? selagi ramai orang belum sedar dari mimpi, selagi itulah kita bermimpi. tak percaya?

IP : 210.187.105.130

eidadara

17 . Dihantar pada 11hb Ogo 2004 12.30:21 tghari   [Edit]


Potong Tangan jer....biar dia rasa. Setakat masuk penjara....tak jadi apa pun! Manusia tak akan serik bila undang2 negara longgar. Setakat penjara, bayar saman....ramai yg tak takut. Hati penjenayah ni 'hati kering'...tak heran la...

Ada keta mercerdes, V6...tapi bekerja pakai motosikal...

IP : 219.93.124.161

pu3ba2

18 . Dihantar pada 11hb Ogo 2004 12.38:26 tghari   [Edit]
.....dlm malay mail kata...wife dia ex stewardess....ni mmg bebetul gi -class punyer peragut....keta mewah....umah mewah....isteri cantik.....jgn ler pasni ader lak org yg bercita2 nak jd peragut....yer ler.... pendapatan sebulan 10k....kalah golongan2 yg bertahun2 perah otak kat ipt....semata2 nak dpt sekeping degree....just utk dapatkan kijer....yg gaji nyer...suku dr "gaji" peragut....

apa2 pun....yg haram tetap haram....pepandai ler kite membezakannya...cari ler rezeki yg halal....supaya berkat idup sekeluarga...

IP : 210.187.114.22

adikcomelx

19 . Dihantar pada 11hb Ogo 2004 1.02:29 tghari   [Edit]
Petikan Berita Harian
quote:
Reman peragut profesional dilanjut tujuh hari


PERAGUT profesional dibawa
keluar dari Mahkamah
Majistret Shah Alam selepas
tahanan reman terhadapnya
dilanjutkan tujuh hari lagi.

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini semalam membenarkan tempoh tahanan reman terhadap peragut profesional yang dilaporkan hidup mewah sejak menjalankan kegiatan itu dua tahun lalu, dilanjutkan selama tujuh hari lagi.

Majistret Khainur Aleeza Ismail, membenarkan perintah ke atas peragut berusia 45 tahun itu disambung bermula semalam hingga 17 Ogos ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Permohonan terhadap peragut itu yang ditahan polis di USJ 6, Subang Jaya pada 5 Ogos lalu, dibuat oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Kamal Hashim Shamsuddin.

Sebelum ini, peragut yang memiliki sebuah rumah teres di kawasan perumahan Bukit Rimau dekat sini serta memiliki sebuah kereta Mercedes E Class dan Proton Perdana V6, direman seminggu.

Lelaki itu ditahan polis selepas ter*sensored*t dengan satu kemalangan kecil di USJ 6 ketika melarikan diri daripada dua anggota polis selepas cuba meragut seorang wanita.

Setakat ini, polis percaya lelaki itu melakukan kira-kira 150 kes ragut di sekitar Damansara, USJ, Subang Jaya dan Kelana Jaya sejak dua tahun lalu dan memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan.

Dia boleh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan boleh dikenakan hukuman lima tahun penjara dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Polis menemui pelbagai barang mangsa ragut bernilai kira-kira RM300,000, selain dokumen dan wang tunai dalam satu serbuan polis di rumahnya lelaki berusia 45 tahun itu di Bukit Rimau dekat sini, beberapa hari selepas penangkapannya.

Peragut itu dipercayai memperoleh ‘pendapatan’ berdasarkan kekerapan kegiatannya, malah pernah mengutip RM1,000 sehari apabila melakukan empat atau lima kali ragut sehari.

Dia dikatakan meninggalkan rumah dengan berpakaian kemas dan menaiki kereta mewah miliknya, sebelum menukar pakaian dan menaiki motosikal untuk melakukan kegiatan ragut.

IP : 161.142.112.8

eidadara

20 . Dihantar pada 11hb Ogo 2004 3.14:32 ptg   [Edit]


pu3ba2

quote:
.....dlm malay mail kata...wife dia ex stewardess....ni mmg bebetul gi -class punyer peragut....keta mewah....umah mewah....isteri cantik.....

Macam mane tau wife dia ni cantik? Sbb dia stewardess atau ada gambar dia? Kalau dia tau karier laki dia tu peragut, sama2 la masuk jail...kesian kat 2 org anak!

IP : 219.93.124.253

kitty_chan

21 . Dihantar pada 11hb Ogo 2004 5.14:39 ptg   [Edit]

mmg kesian kat anak isteri dia.
tp tak kan le isteri dia tak tau langsong kegiatan
suami musykil la ni.
padahal barang2 curik semua simpan kat rmh..

paling kesian kat anak2 dia la.
ciss..sanggup bagi rezeki cam tu kat anak2.
tp cam ne pun depa tak berdosa .

IP : 202.75.191.18

Sweety

22 . Dihantar pada 11hb Ogo 2004 5.36:03 ptg   [Edit]
mmg anak2 dier tak berdosa.. sebab tak tahu rezeki yg masuk ke dlm bdn mereka dtgnya dari sumber yg tak halal.. tapi apakah pandangan masyarakat seperti kita jugak?? ... kdg2 aku kesian kat anak2 perompak.. pembunuh.. pencuri dan sebangsa dgnnya.. mereka juga terkena tempias atas perbuatan ibu/bapa mereka.. diejek.. di cerca oleh masyarakat yg rendah mentalitinya.. ...

alahaiiiiiiii manusia..

IP : 211.24.138.210

tuanSENTANG

23 . Dihantar pada 11hb Ogo 2004 5.40:42 ptg   [Edit]
tetiba tingat...tak silap ada sorang laki tel halim othman ..era...masa tuh topik putus tunang...
...laki tuh cakap...dia baru putus tunang ..pas tuh halim osman tuh tanya mengapa....pas tuh laki tuh cakap sebab dia anak mona fendi..terkedu kejap halim...

IP : 192.55.6.36

semutmerah

24 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 09.54:52 pagi   [Edit]
elok la tu... sumbat masuk dalam penjara... bagi dia rehat... makan minum dia dalam penjara, kita semua yang tanggung (kita jer yang masih tak sedar)... dah la memburukkan nama negara, negara plak tanggung dia... huh, potong je tangan tu... salah dia, biar dia tanggung sendiri la... buat apa kita plak nak tanggung makan minum dia dalam penjara nu? tak adil!...

IP : 203.115.226.151

babunya

25 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 10.18:20 pagi   [Edit]
dahsyatnyerrrr....peragut kaya..sib baik leh tangkap klu tak terkezutt sawan kekalau dier tersenarai lam fortune jadi orang terkaya kat dunia ishkss..

IP : 202.160.7.80

pokcu

26 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 10.22:08 pagi   [Edit]
di sudut yang positif.. itu le bahagian untuk yang serius dan tekun dengan tugas dan kerja masing masing...

IP : 203.82.90.92

eynda

27 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 10.43:53 pagi   [Edit]
quote:
SUBANG JAYA: “Kami yang memberkas peragut mewah sebelum diserahkan kepada polis,” kata seorang daripada pemandu teksi yang berjaya menahan peragut itu sebelum seorang anggota polis datang memberi bantuan.

Menceritakan kejayaannya menahan peragut yang mempunyai harta bernilai lebih RM300,000 pada 4 Ogos lalu di Jalan USJ6/4, di sini, Ahmad Sabri Zakaria, 34, berkata, dia dan rakannya, Abdul Aziz Hashim, 46, bertindak demikian selepas peragut itu cuba melarikan teksi rakannya itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Dahlan mengesahkan kedua-dua pemandu teksi berkenaan memberkas peragut itu. Pada sidang akhbar kelmarin, polis tidak menjelaskan siapa yang menahan peragut berkenaan.

“Mereka bertindak berani membantu polis membanteras jenayah. Saya harap lebih ramai orang tampil membantu polis mencegah jenayah,” katanya.

Berikutan penahanan itu, polis menyerbu rumah peragut berusia 45 tahun itu di Bukit Rimau di Shah Alam, menemui pelbagai barang milik mangsanya bernilai lebih RM300,000, sebuah kereta Mercedes E Class dan Proton Perdana V6 dan dikatakan beroperasi di sekitar USJ, Subang jaya, Damansara dan Kelana Jaya.

Ahmad Sabri berkata, ketika kejadian jam 9 pagi dia dan Abdul Aziz sedang berbual di tepi jalan dan terdengar dentuman kuat dari arah belakang.

“Apabila menoleh, kami lihat sebuah kereta jenis Citroen melanggar peragut berkenaan yang menunggang motosikal.

“Pemandu kereta itu menjerit curi, curi. Pada masa sama, peragut itu yang membawa beg sandang lari menuju teksi Abdul Aziz dan cuba melarikan teksi itu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Ahmad Sabri berkata, dia dan Abdul Aziz meluru ke arah peragut itu dan terus menangkapnya dengan memaut leher.

“Ketika itu, beg sandang peragut berkenaan terbuka dan beberapa telefon bimbit jatuh dan di dalamnya terdapat beberapa beg tangan wanita,” katanya.

Ahmad Sabri yang bekerja sebagai pemandu teksi sejak tujuh tahun lalu terus meminta bantuan Aziz untuk menahan peragut yang cedera di lengan selepas terjatuh dari motosikal.

“Kami menahannya sebelum seorang polis tiba di tempat kejadian. Selepas itu peragut berkenaan dibawa menaiki teksi Abdul Aziz ke balai polis USJ8,” katanya.

Abdul Aziz yang memandu teksi sejak 22 tahun lalu pula, berkata ketika di tempat kejadian dua wanita datang mengadu mereka menjadi mangsa ragut lelaki berkenaan.

“Saya meminta kedua-dua wanita itu mengenal pasti beg tangan mereka dan mengambilnya semula,” katanya.

Menurutnya, pemandu kereta yang melanggar peragut itu dikatakan melihat perbuatan peragut berkenaan sedang meragut beg tangan seorang wanita.

“Saya dan Ahmad Sabri bangga dapat berbakti kepada masyarakat dan tidak perlukan apa-apa balasan,” katanya.



Bangga dgn kedua-dua pemandu teksi tu....


IP : 219.95.22.77

Sweety

28 . Dihantar pada 12hb Ogo 2004 12.02:54 tghari   [Edit]
sentang
emm.. mmg ader kisah ttg anak mona fendi nie.. dulu femes gak .. dier citer.. ttg mentaliti masyarakat kita yg menuduhnya bebukan sampaikan dier hilang pekerjaan.. dan juga kehidupan normal.. hanya disebabkan perbuatan ibunya.. dier terkena tempias yg teruk..

IP : 211.24.138.210

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "